lompat jauh kumpulan
TRANSCRIPT
Lompat Jauh
Pengenalan
Olahraga Lompat jauhmerupakan salah satu aktivitas pengembangan akan
kemampuan daya gerak yang dilakukan, dari satu tempat ke tempat lainnya. Lompat
jauh ini salah satu jenis olahraga yang dilombakan di berbagai kejuaran olahraga baik di
tingkat nasional, kawasan mahu pun dunia. Dalam lompat jauh terdapat tiga gaya
yaitu : Lompat Jauh gaya layar, gaya gantung (hang style), dan gaya tendang kayuh di
udara (walking in the air).Gaya-gaya lompat jauh mengatur sikap badan sewaktu
melayang di udara. Oleh karana itu teknik lompat jauh sering disebut juga gaya lompat
jauh.
Sejarah permulaan acara lompat jauh dapat dikesan seawal tahun 708 Sebelum Masihi
iaitu dalam Sukan Olimpik Kuno di Greece.Menurut catatan tersebut, lompatan sejauh
7.05 meter telah dibuat oleh Chionis, peserta Sparta. Bagaimanapun, teknik dan cara
lompatan yang dibuat amat berlainan daripada lompatan yang dibuat kini. Berdasarkan
bukti-bukti lukisan yang terdapat pada tembikar yang dibuat pada zaman itu, lompatan
dibuat secara berkali-kali, sama ada lompatan dalam bentukmultiple, double-triple atau
quin-triple
.
Apabila Sukan Olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauh termasuk
sebagai salah satu acara olahraga. Sejak itu ia terus diterima sebagai salah satu acara
olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat di dunia.
Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehinggalah kepada
bentuk lompatan yang ada seperti sekarang.
Walaupun lompat jauh merupakan acara yang paling mudah dipelajari berbanding
acara-acara lompatan yang lain, tidak bermakna semua orang mampu melakukannya
dengan baik. Teknik lompatan dan peaturannya perlu dipelajari dengan penuh minat. Ini
kerana, sebagai satu acara sukan, ia juga tidak lari daripada risiko kecederaan.Teknik-
teknik lompatan baru adalah diperkenalkan daripada kajian-kajian saintifik yang
dilakukan keatasnya. Rekod lompatan terjauh, yang pada suatu masa dahulu
diramalkan menjadi rekod paling lama, kini sudah pun diperbaiki.
Kejayaan Amerika Syarikat, Bob Beamon dengan lompatan sejauh 8.90 meter dalam
Sukan Olimpik tahun 1968 di Mexico telah dipecahkan oleh seorang lagi peserta
Amerika Syarikat, iaitu Mike Powell dengan lompatan sejauh 8.95meter. Ini
menunjukkan bahawa, sebagai rekod tidak mungkin ia tidak dapat diperbaiki oleh
peserta kemudiannya. Semua ini disebabkan adanya latihan, pembaharuan teknik dan
keazaman yang tinggi daripada peserta itu sendiri.
PERALATAN
Acara lompat jauh tidak memerlukan sebarang kelengkapan. Namun,
sebenarnya ia juga memerlukan peralatan khusus, iaitu ruang atau kawasan dan
juga alatan khas. Berikut adalah antara ruang dan peralatan yagn diperlukan
untuk acara lompat jauh.
LORONG LARIAN (RUNAWAY)
Lorong larian mempunyai jarak yang sesuai adalah penting untuk membuat
pecutan, larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian ialah 45 m x 1.22 m.
Ia hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan yang boleh
mengganggu peserta membuat lompatan.
PAPAN PELEPAS (TAKE-OFF BOARD)
Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan. Papan
pelepas yang standard ialah bersaiz 1.22 m panjang dan 20 cm lebar yang
diletakkan satu meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan.
Papan ini biasanya diwarnakan putih seluruhnya.
PETUNJUK PLASTISIN (PLASTICINE INDICATOR)
Petunjuk plastasin ini digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan
dalam satu-satu lompatan yang dibuat. Plastisin ini diletakkan pada hujung
papan pelepas dan sebarang kesan tapak kaki yang terdapat padanya
membuktikan bahawa lompatan itu batal dan tidak dikira dalam perhitungan
lompatan yang dicapai.
KAWASAN PENDARATAN (LANDING AREA)
Kawasan pendaratan digunakan untuk mendarat dalam satu-satu lompatan.
Kawasa ini penting dan merupakan peralatan utama dalam setiap acara lompat
jauh. Ia diisikan pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan
pendaratan ialah 9 m panjang dan 2.75 m lebar.
PITA PENGUKUR (MEASURING TAPE)
Pita pengukur digunakan unutk mengukur jarak sesuatu lompatan. Jarak
lompatan diukur dari hujung terdekat papan pelepas ke hujung terdekat tempat
pendaratan dalam kotak pendaratan. Kini, dalam kejohanan-kejohanan olahraga
utama dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat pengukur elektronik,
yang menjadikan pengukuran lebih mudah, cepat dan tepat.
PENGUKUR HALAJU ANGIN (WIND VELOCITY INDICATOR)
Pengukur halaju angin digunakan untuk mengukur halaju angin ketika satu-satu
lompatan dibuat. Ia penting untuk menentukan samada lompatan tersebut
dibantu oleh angin atau tidak. Bagaimanapun, untuk perjumpaan peringkat
sekolah atau kelab, alat ini tidak digunakan.
BENDERA ISYARAT (FLAG)
Bendera digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu lompatan. Terdapat
dua jenis bendera yagn digunakan, iaitu bendera putih dan bendera merah.
Bendera putih untuk lompatan bersih manakala bendera merah untuk lompatan
batal.
KASUT BERPAKU (SPIKE)
Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan juga sebagai perlindungan
kepada pelompat. Kasut yang berpaku dan bertumitkan plastik sesuai digunakan
untuk acara ini.
GAYA/TEKNIK LOMPAT JAUH
Terdapat tiga jenis gaya lompatan dalam lompat jauh iaitu :
Gaya Layar
Teknik ini sesuai untuk pelompat jauh yang baru menceburi acara ini kerana
lompatan mudah dilakukan.Gaya ini memerlukan seseorang pelompat itu
mengimbangi badannya dalam keadaan melunjur semasa dalam fasa layangan.
Fasa lari landas
=Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal.Lari 21-23 langkah atau
jarak 35-45 meter.
=Kawal ketetapan langkah bermula daripada langkah ke empat yang telah
ditandakan.
=Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badan menjadi
rendah untuk mengatasi halangan graviti.
Fasa lonjakan
=Kaki lonjakan dilonjakkan dengan kekuatan maksimum.
=Ayunkan lutut kaki hadapan ke atas secepat mungkin bagi menambah kelajuan
menegak.
Fasa layangan
=Rapatkan lutut ke dada dan ayun kedua-dua tangan ke atas dank e hadapan.
Fasa mendarat
=Rapatkan kaki dan hulurkan ke hadapan apabila badan mula jatuh.
=Gerakkan tangan ke hadapan apabila tumit mula mencecah tanah.
=condongkan badan ke hadapan seperti duduk ketika mendarat.
Gaya Gantung
Teknik ini memerlukan lentikan badan dan kedudukan kepala yang mendongak
ke atas semasa fasa layangan awal dan melunjurkan kaki ke depan diikuti badan
dan kaki semasa mendarat.
Fasa lari landas
=Sama seperti lari landas gaya layar.
Fasa lonjakan
=Lonjak dengan kuasa kaki maksimum
=Angkat lutut kaki hadapan seberapa tinggi yang boleh dan pada masa yang
sama angkat tangan yang bertentangan tinggi ke hadapan.
Fasa layangan
=Ayunkan kedua-dua tangan ke belakang dan lentikkan badan supaya kelihatan
keadaan seperti tergantung.
=Luruskan kaki supaya lutut diangkat ke udara.
=Angkat kedua-dua lutut serentak dengan ayunan tangan ke hadapan untuk
persediaan mendarat.
Fasa mendarat
=Ayun tangan ke belakang dan bawa kedua-dua kaki yang dirapatkan ke
hadapan.
=Dahulukan tumit untuk mendarat dan gerakkan tangan ke hadapan dengan
pantas serta badan dihamburkan ke hadapan.
Gaya Tendang Kayuh
Teknik ini lebih sukar dan memerlukan dan memerlukan kemahiran yang tinggi
kerana seseorang peserta seolah-olah berkayuh satu setengah langkah atau dua
setengah langkah di udara pada fasa layangan sebelum mendarat.
Fasa lari landas dan lonjakan
=Sama seperti lari landas gaya layar dan gantung.
Fasa layangan
=Lakukan pergerakan ‘tendang kayuh’ satu setengah atau dua setengah
langkah.
=Pergerakan ‘tendang kayuh’ dua setengah langkah:
>Langkah 1-Lonjakkan kaki dari papan lonjak dan kaki bebas di hadapan.
>Langkah 2-Kedua-dua kaki berada bertentangan dengan langkahan 1.Kaki
bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat. Badan bongkok sedikit ke hadapan.
Tangan lurus ke hadapan.
>Langkah setengah-Rapatkan kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat.
Baran bongkok sedikit ke hadapan, tangan lurus ke hadapan.
Fasa mendarat
=Bongkokkan badan sedikit dan luruskan tangan ke hadapan.
=Lunjurkan kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan.
=Bengkokkan lutut dan bawa pinggul ke hadapan semasa mendarat untuk
mengimbangi pergerakan badan dan tumit.
Perbezaan di antara beberpa gaya lompatan lebih merupakan perbezaan gaya
kedudukan badan semasa pelompat berada di peringkat layangan. Fasa-fasa
yang terdapat pada semua teknik melompat adalah hampir sama.
Prinsip Asas Lompat Jauh
Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak lompatan yang maksimum.
Jarak ini dapat dihasilkan dengan larian pantas dan disusuli dengan lonjakan yang
cukup kuat dan tinggi.
Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka masa
pelompat berada di udara.
Kedua-dua fasa ini akan menyebabkan pelompat bergerak mengikut satu
lingkungan parabola di mana jarak lompatnya dapat ditentukan.
Sebenarnya, gaya badan semasa berada di fasa layangan adalah untuk
mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat membuat persediaan untuk
mendarat dengan selamat dan berkesan.
Gaya layar adalah suatu gaya lompatan yang popular kerana ia mudah diajar
~Walaubagaimanapun, gaya layar kurang berkesan untuk dijadikan sebagai satu
teknik lompat jauh yang dapat dicontohi kerana teknik ini menyebabkan
pelompat cepat mendarat.
Gaya selangkah diperkenalkan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani supaya para
pelajar mencapai objektif pembelajaran mereka.
~Gaya yang dicadangkan ini hampir sama dengan gaya tendang kayuh, kecuali
tindakan “kayuh” itu tidak dilakukan di dalam gaya ini.
~Kelebihan gaya ini ialah dapat memudahkan para pelajar mempelajari gaya
tending kayuh apabila sampai masanya.
FASA LOMPAT JAUH
Semua gaya atau teknik lompat jauh menunjukkan empat fasa pergerakan.
Keempat-empat fasa itu ialah :-
fasa penujuan – lari menuju ke papan lonjak
fasa lonjakan – melompat dari papan
fasa layangan – badan berada di udara.
fasa pendaratan – (termasuk pulihan) sentuhan bahagian badan dengan
tempat mendarat.
FASA PENUJUAN
Fasa ini memerlukan seseorang atlet berlari dengan kepantasan yang
optimum dan terkawal.
Bilangan langkah larian ini berbeza di antara setiap individu.
Faktor penting ialah bilangan itu mesti membolehkan peserta mencapai
kepantasan yang maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan.
Gaya berlari untuk lompat jauh adalah sama dengan gaya lari pecut.
Apabila hampir sampai papan lonjak, dia mesti bersedia untuk melonjak.
Pada langkah terakhir atlet harus merendahkan sedikit bahagian
badannya untuk mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang telah
bengkok.
FASA LONJAKAN
Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi.
Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan
lonjak dengan tepat di mana hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak
di hadapan papan.
Aksi lonjakan ini mengamalkan urutan tumit-hujung kaki. Tolakan kaki
hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu lonjakan
yang tinggi.
Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendaklah dihayun dengan
kencang ke hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.
Pada masa yang sama, kedua-dua belah tangan dihayun ke hadapan dan
ke atas untuk membantu mencapai lonjakan yang lebih tinggi.
FASA LAYANGAN
Gaya badan dan pergerakan pelompat di fasa ini bergantung kepada gaya
yang hendak digunakan.
Tujuan utama ialah supaya pelompat dapat berada di fasa ini lebih lama
untuk melambatkan pendaratannya.
Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti berikut:-
Bagi tendang kayuh, pelompat seolah-olah melangkah di udara dan
badannya tegak.
Bagi gaya layar, pelompat melunjurkan kedua-dua belah kakinya ke
hadapan dan badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan
hingga hujung kaki.
Bagi gaya gantung, pelompat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke
atas seolah-olah bergantung di udara.
Kedua-dua kakinya diangkat ke belakang.
Bagi gaya selangkah, pelompat menhayunkan bahagian kakinya yang
bebas ke hadapan selepas lonjakan.
Tindakan seperti di dalam gaya tendang kayuh tidak dilakukan.
Kaki yang digunakan untuk melonjak mengikut dari belakang.
Ini bererti kaki pelompat berada di dalam keadaan terkangkang semasa
membuat layangan.
Sebelum mendarat, kaki lonjak pelompat akan dibawa ke hadapan supaya
bersama dengan kaki bebas.
FASA PENDARATAN
Ketika berada dalam fasa ini, pelompat mestilah memberi perhatian
kepada imbangan badan dan pencapaian jarak.
Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit
kaki dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan
dan tangan dihayunkan ke atas.
Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus
menuju ke hadapan.
Cara-cara Menentukan Kaki Lonjakan
Kita mesti menggunakan kaki yang kuat sebagai kaki lonjakan. Ada beberapa cara
untuk menentukan kaki lonjakan :
a) Berdiri tegak dan condongkan badan ke hadapan seolah-olah hendak jatuh.
Secara automatik satu kaki akan menyokong badan daripada rebah. Kaki ini
adalah kaki yang kuat untuk lonjakan.
b) Berpasangan. A berdiri tegak dengan kedua kaki dirapatkan. B menolok A dari
belakang tnapa isyarat. Kaki pertama yang melangkah adalah kaki yang kuat
untuk lonjakan.
Setelah mendapatkan kaki lonjakan, maka latihan bleh dijalankan secara ansur
maju.
Ansur maju 1 Larian landas menuju ke papan lonjak:
Dilakukan secara berpasangan.
A mula berlari dari tempat permulaan menuju ke papan lonjak manakala B
berdiri berhampiran papan lonjak sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di
papan lonjak.
Sekiranya A menapak lebih atau kurang pada papan lonjakan, ubahsuai jarak
ukuran di tempat permulaan.
Jika kaki lonjakan menapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat
permulaan ke belakang satu atau dua langkah.
Jika menapak sebelum papan lonjak, anjakkan tempat permulaan satu atau dua
langkah ke hadapan.
Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru.
Kawal kelajuan semasa berlari. Larian yang baik ialah lari pecut.
Menggunakan jarak langkah yang konsisten dalam setiap larian.
Ansur Maju Lonjakan
Ansur maju 1:
Lonjak dari papan lonjakan.
Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah.
Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan.
Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat
dengan tumit
Ansur maju 2:
Melonjak dari hujung bangku.
Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku.
Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi
yang termampu.
Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan.
Mendarat dengan tumit.
Ansur maju 3:
Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali
Rentangkan seutas tali di atas pasir berjarak 1-1.5 meter dari
papan lonjakan.
Lari sejauh lima hingga enam langkah.
Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat
3. Ansur Maju Layangan dan Mendarat
Ansur maju 1:
Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.
Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan
lonjakan dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan tumit.
Ansur maju 2:
Mencecah bola dengan hujung tangan.
Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di
kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh dicapai.
Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan.
Cuba mencecah bola dengan hujung tangan.
Mendarat dengan tumit.
Ansur maju 3:
Mencecah bola dengan dahi.
Gantungkan bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di
kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh disentuh.
Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan.
Lakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta
tangan ke atas.
Cuba sentuh bola dengan dahi.
Ulang lakuan. Berlari, melonjak, lentikkan badan serta dongakkan
kepala ke atas.
Mendarat dengan tumit dahulu. Hulurkan tangan ke hadapan dan gerakkan badan ke hadapan.
Latihan yang sesuai dilakukan untuk meningkatkan kemahiran lompat jauh
Bil Jenis Latihan Tujuan
1 Bangkit tubi L-seat Menguatkan bahagian abdominal
2 Bergayut pada palang dinding Menguatkan bahagian abdominal
(penting bagi lunjuran kaki
semasa mendarat).
3 Hujung kaki diletakkan di atas
platform 8 cm tebal.Naik dan turunkan
tumit pada julat yang maksimum
(lakukan dengan atau tanpa beratan).
Menguatkan achcillies tendon.
4 Naik turun bangku ketinggian 50 cm
dengan ekstensi maksimum kaki (cuba
naikkan badan setinggi yang boleh)
Menguatkan quadriceps
5 Latihan plyometric. Lompat dari kotak
berketinggian 50 cm dengan satu kaki.
Kemudian dengan pantas lompat ke
atas dengan bantuan kaki yang bebas,
tangan dan bahu.
Meningkatkan kuasa ekplosif kaki
sewaktu lonjakan
6 Lakukan aktiviti juak lentik
dinamik.Posisi duduk,lutut bengkok
dan tangan di belakang.Naikkan lutut
kaki lonjakan
Meningkatkan pergerakan dan
kekuatan bahu, pinggang dan kaki
7 Lari, lompat ke atas kotak dengan kaki
lonjak dan melonjak seberapa jauh
yang mungkin dengan ayunan kaki
bebas
Memperbaiki dan meningkatkan
kebolehan lonjakan, layangan dan
koordinasi badan dan tangan
(imbangan)
Bahagian otot yang terlibat sewaktu aktiviti lompat jauh
Pergerakan dalam acara lompat jauh lebih tertumpu kepada bahagian bawah anggota
badan. Walau bagaimanapun bahagian lain badan turut berperanan untuk menghasilkan
lompatan yang baik terutamanya ketika fasa penujuan dan layangan.
1. Fasa Penujuan
Otot Kuadrisep, Otot triseps dan biseps.
Otot yang terdapat diantara tendon dan patella.
Vastus lateralis, vastus intermedius, vastus medialis dan rectusfemoris (femur).
2. Fasa Lonjakan
- Otot kuadrisep.
- Otot di bahagian betis seperti Fibularis Longus (Fibula), Tibialis anterior (Tibia)
3. Fasa Layangan
- Otot Kuadrisep, Otot triseps dan biseps.
- Bantu kayuhan sewaktu berada di udara. Gastrocnemius, Calcaneal
4. Fasa pendaratan
Otot Kuadrisep, gluteus medius, gluteus Maximus
Calcaneal, Metatarsal, gluteus medius, gluteus Maximus
UNDANG-UNDANG & PERATURAN ASAS
• Setiap peserta dibenarkan membuat sama ada tiga atau enam lompatan, berdasarkan
keputusan yang telah dibuat.
• Dua belas atau lapan peserta terbaik kemudiannya dipilih ke pusingan akhir.
• Lompatan terbaik, iaitu yang paling jauh di antara tiga atau enam lompatan tersebut,
akan dikira sebagai pencapaian terbaik seseorang peserta.
• Setiap peserta dikehendaki membuat lompatan pada papan lompatan yang disediakan
di tempat melompat. Bagaimanapun peserta dibenarkan membuat lonjakan sebelum
kaki sampai ke papan lonjak iaitu kaki lonjak tidak semestinya menyentuh tepat di atas
papan lompatan.
• Lompatan akan dikira batal atau gagal jika seseorang pelompat melakukan perkara-
perkara berikut:
Memijak atau menyentuh kawasan hadapan papan lompatan melepasi tanda yang
dibenarkan
Semasa mendarat, seluruh badan pelompat berada di luar kawasan mendarat
(kawasan pasir).
Jarak larian untuk membuat lompatan tidak dihadkan, tetapi pada kebiasaannya, jarak
antara 15 hingga 40 meter digunakan.
Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang terdapat di kawasan mendarat.
Ukuran dibuat mengikut jarak antara papan melompat dengan kawasan pendaratan,
iaitu pada sudut tegak daripada tempat paling hampir yang disentuh oleh pelompat di
dalam kawasan mendarat.
Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan adalah dilarang, kecuali kasut berpaku
(spike)
Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai atau pengadil akan mengawasi sesuatu
lompatan, iaitu seorang mengawasi papan lompatan, seorang menentukan tempat
mendarat dan seorang lagi pencatat.
KESELAMATAN
Langkah-langkah yang perlu diberi perhatian adalah seperti:
1. Atlet hendaklah memakai pakaian yang sesuai sebagai seorang atlet
lompat jauh seperti kasut spike.
2. Papan lonjakan yang kuat dan hendaklah separas dengan permukaan
tanah.
3. Kawasan mendarat mestilah mempunyai pasir yang baik, bersih dan bebas
daripada benda-benda yang boleh memberi kecederaan kepada atlet.
4. Pembantu mesti sentiasa berada di kawasan memastikan kawasan itu
sentiasa selamat digunakan.
5. Semasa peserta membuat lompatan kawalan kawasan lompatan
hendaklah diberi perhatian untuk mengelakkan gangguan daripada peserta
lain.
6. Sistem giliran lompatan hendaklah dijalankan dengan betul agar tidak
berlaku pertindihan lompatan yang boleh mendatangkan kecederaan kepada
peserta
PENUTUP
Secara kesimpulannya, pengajaran lompat jauh penting dalam pembelajaran murid di
sekolah. Selepas mempelajari aktiviti sukan ini, murid-murid dapat melakukan aktiviti
kecergasan yang melibatkan daya tahan kardiovaskular, kelenturan dan sebagainya.
Hal ini membolehkan murid-murid lebih memahami bahagian otot yang terlibat dalam
lompat jauh.
Sebelum memulakan latihan lompat jauh, semua individu haruslah memanaskan badan
kerana ia dapat meregangkan otot-otot badan dengan sempurna. Kelengkapan yang
diperlukan bagi lompat jauh juga harus diperiksa untuk memastikan bahawa ia dapat
berfungsi dengan baik dalam latihan lompat jauh. Semua fasa latihan dalam lompat jauh
seperti fasa penujuan, fasa lonjakan, fasa penerbangan dan fasa pendaratan hendaklah
dikuasai oleh setiap individu untuk menjadi seorang atlet yang baik.
Di samping itu, semua individu haruslah mematuhi peraturan asas dan teknik-teknik
lompat jauh bagi mendapat keputusan cemerlang dalam sukan ini. Aspek biomekanik
perlu difahami dan dilakukan oleh jurulatih mahupun atlet agar mereka dapat melakukan
latihan dengan cara yang betul. Langkah-langkah keselamatan turut perlu diambil
perhatian oleh setiap individu agar dapat mengelakkan diri daripada mengalami
kecederaan.
Bagi meningkatkan kemahiran lompat jauh, terdapat beberapa latihan boleh dilakukan.
Sebagai contohnya, murid boleh melakukan bangkit tubi L-seat untuk menguatkan
bahagian abdominalnya. Latihan ini membolehkan murid tersebut melompat dengan
lebih jauh. Murid-murid juga boleh menjalankan latihan plyometric, iaitu melompat dari
kotak berketinggian 50cm dengan satu kaki, kemudian dengan pantas lompat ke atas
dengan bantuan kaki yang bebas tangan dan bahu. Latihan ini dapat meningkatkan
kuasa ekplosif kaki sewaktu lonjakan