m19-penyalahgunaan dadah dalam sukan

8
Tarikh : Tempat : Masa : Soalan : Mendapatkan bahan daripada media cetak dan elektronik (internet) berkaitan isu-isu dalam sukan. Pilih satu isu yang berkaitan dan ulas dalam bentuk peta minda. Sebab Penggunaan Dadah diharamkan Kesan Penggunaan Dadah dalam sukan meningkatkan tahap keupayaan sukan menyebabkan kesan sampingan yang buruk membawa maut kepada ahli-ahli sukan Kesihat an Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul. Etika Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa. Undang- undang Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang dalam sukan. 'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit.

Upload: shiangtsaan

Post on 02-Dec-2015

55 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

999

TRANSCRIPT

Page 1: M19-Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Tarikh :

Tempat :

Masa :

Soalan : Mendapatkan bahan daripada media cetak dan elektronik

(internet) berkaitan isu-isu dalam sukan. Pilih satu isu yang

berkaitan dan ulas dalam bentuk peta minda.

Sebab Penggunaan Dadah diharamkan

Kesan Penggunaan Dadah dalam sukan

meningkatkan tahap keupayaan sukan

menyebabkan kesan sampingan yang buruk

membawa maut kepada ahli-ahli sukan

Kesihatan

Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul.

Etika

Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa.

Undang

-undang

Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang dalam sukan.

'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit.

Page 2: M19-Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Kaedah-kaedah yang dilarang

Strategi

Pembasmian

Salah laku dan penyalahgunaan dadah

Sikap dan kebiasaan yang cenderung ke

arah doping

Pemantauan

Ujian doping di luar pertandingan

Parameter latihan dan tahap keupayaan

Menambahkan pertukaran oksigen

Doping darah dan penggunaan produk-produk sintetik yang boleh meningkatkan pengambilan dan penghantaran oksigen keseluruh tubuh.

Manipulasi Fizikal dan Bahan Kimia

Mengubah, atau cubaan mengubah dengan menggunakan bahan-bahan atau kaedah-kaedah yang mengubah ciri-ciri sampel untuk ujian doping.

Doping Genestik

Penggunaan gen dan/atau sel-sel bagi tujuan meningkatkan prestasi.

Page 3: M19-Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN

Apakah isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan?

Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada ahli-ahli sukan tahun demi tahun.

Dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit.

Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif mengambil dadah terlarang melalui ujian secara rambang. Mereka juga akan merana akibat kesan drug samada secara jangka pendek dan panjang.

Apakah maksud Drug?

Drug adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil, akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan, drug ini disebut sebagai ubat. Sekiranya perubahan ini membawa keburukan kepada badan, ianya disebut sebagai racun.

Apakah 'doping'?

'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit.

'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang.

Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.

Kenapa sesetengah bahan dan kaedah diharamkan?

Alasan diharamkan melibatkan beberapa isu:

Kesihatan - Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul.

Etika - Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa.

Page 4: M19-Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Undang-Undang - Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang dalam sukan.

Apakah polisi penyalahgunaan drug dalam sukan di Malaysia?

Strategi yang diambil bertujuan untuk :

Pencegahan Pembasmian :

o Salah laku dan penyalahgunaan dadaho Sikap dan kebiasaan yang cenderung ke arah doping

Memantau : o Ujian doping di luar pertandingano Parameter latihan dan tahap keupayaan

Langkah berjaga-jaga

Sebelum mengambil sebarang ubat, atlit perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor, pegawai sukan bertauliah dan pegawai pusat doping, jika ingin menyertai acara sukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Ini adalah kerana terdapat banyak ubat yang boleh membawa kesan terhadap tahap keupayaan atlit. (Senarai komprehensif bahan yang dilarang boleh didapati daripada 'Prohibited List International Standard' pada tahun 2005 atau dengan melayari www.wada-ama.org.

Bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang dilarang

Senarai bahan-bahan dan kaedah doping yang dilarang. Penggunaannya merupakan satu penipuan.

Jenis dan deskripsi Kesan-kesan sampinganAgen Anabolik

Steroid anabolik androgenik adalah merupakan hormon sintetik testosteron.

Agen ini sering didapati dari pasaran gelap/haram di gimnasium dan kelab kecergasan kerana untuk mendapatkannya perlu mempunyai preskripsi doktor.

Contoh:o Danazol (digunakan untuk

mengurangkan bengkak di bahagian dada bagi lelaki)

o Clenbuterol (agonis beta-2 yang digunakan meningkatkan tumbesaran haiwan).

Botak Jerawat Penambahan bulu di muka dan

badan Kerosakan hati Bagi lelaki ciri-ciri perempuan lebih

terserlah dan sebaliknya.

Page 5: M19-Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Perubahan 'mood' Potensi untuk menyebabkan mandul Kebanyakan steroid anabolik perlu

disuntik, oleh itu pengguna terdedah kepada bahaya perkongsian jarum atau jarum yang tidak steril

Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Agonis Beta-2

Agonis beta-2 sering didapati pada ubat-ubatan asma

Hanya Salbutamol, Salmeterol dan Terbutaline dalam bentuk sedutan dibenarkan untuk rawatan dan pencegahan serangan asma

Tangan mengeletar Pening Berdebar-debar

Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Agen yang mempunyai aktiviti anti-estrogen

Agen ini digunakan secara haram, untuk mencegah kesan sampingan yang disebabkan oleh steriod anabolik, seperti pembesaran payudara

Contoh:o Tamoksifen (digunakan

dalam rawatan kanser payudara dan kemandulan)

o Clomifen (untuk kemandulan)

Muka merah dan panas Perut tidak selesa Bengkak

Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Diuretik dan agen 'samaran'

Agen samaran berpotensi melindung kehadiran bahan terlarang di dalam air kencing atau sampel lain. Contohnya: diuretik, probenesid dan pengembang plasma

Atlit selalunya menggunakan ubat diuretik untuk mengurangkan berat badan atau menyingkirkan steroid anabolik daripada badan

Contoh diuretik (ubat yang digunakan untuk menyingkirkan cecair badan) ialah furosemida dan amilorida

Contoh pengembang plasma adalah dekstran dan albumin

Dahaga Penyahhidrat

Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Analog peptid dan hormon glikoprotin Hormon tumbesaran digunakan untuk meningkatkan saiz dan kekuatan otot. Kesan sampingannya

Page 6: M19-Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Hormon ini bertindak dengan merangsang pertumbuhan, mempengaruhi kelakuan, mengubah kesan sensitiviti terhadap kesakitan dan kemahuan seks.

Bahan kimia yang mempunyai struktur yang sama dengan hormon ini (atau analog) akan memberi kesan yang sama.

Bahan-bahan yang terkandung dalam kumpulan ini adalah eritropoietin (EPO), hormon tumbesaran manusia, hormon korionik gonadotrofin (HCG) dan kortikotrofin.

termasuklah:o Akromegali - pembesaran

tangan, kaki dan muka.o Masalah otot dan sendi

menyebabkan kesukaran menjalankan latihan

Diabetis (kencing manis) Eritropoietin merangsang

pembentukan sel darah meraho Ini akan menyebabkan

peningkatan kelikatan darah dan boleh menyebabkan masalah peredaran darah (angin ahmar, serangan jantung).

Ubat perangsang

Kumpulan ini termasuklaho Amfetamino Kafein (dalam kuantiti yang

banyak).o beberapa kandungan aktif

ramuan ubat selesema dan ubat demam seperti pseudoephedrin.

Kesan sampingan termasuko Meningkatkan kadar

denyutan jantungo Menjejas kebolehan badan

untuk mengawal suhu badan.

Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Analgesik Narkotik.

Ini merupakan penahan sakit yang kuat dan kebanyakannya mengandungi bahan yang terlarang bukan sahaja untuk sukan.

Atlit cenderung menggunakan ubat-ubat sedemikian untuk menahan sakit daripada latihan intensif.

Contoh: kodein dan morfin.

Narkotik mempunyai potensi ketagihan.

Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Kaedah-kaedah yang dilarang

Menambahkan pertukaran oksigen o Doping darah dan penggunaan produk-produk sintetik yang boleh

meningkatkan pengambilan dan penghantaran oksigen keseluruh tubuh.

Manipulasi Fizikal dan Bahan Kimia o Mengubah, atau cubaan mengubah dengan menggunakan bahan-bahan

atau kaedah-kaedah yang mengubah ciri-ciri sampel untuk ujian doping.

Page 7: M19-Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Doping Genestik o Penggunaan gen dan/atau sel-sel bagi tujuan meningkatkan prestasi.

Semakan akhir : 20 April 2012Penulis : Dr. Nour Hanah bt. OthmanPenyemak : Nur Azibahwati bt. Aziz

 

http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/ubat-a-anda/umum/penyalahgunaan-dadah-dalam-sukan