majlis pelancaran program kembara merdeka ii 2014 · sempena sambutan hari kemerdekaan dan hari...
TRANSCRIPT
INFO Terkini
Bil. 38/2014 EDARAN DALAMAN SAHAJA 12 Sept 2014
® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Perhubungan Strategik & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat
Kota Kinabalu, 10 September – Majlis Pelancaran Program Kembara
Merdeka Siri 2, 2014 telah berjaya dirasmikan pada 10 September 2014
jam 8.30 pagi bertempat di perkarangan Wisma SESB oleh Pembantu
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Y.B Datuk Musbah
Jamli yang turut membuat acara pelepasan peserta konvoi. Pengarah
Urusan Ir. Hj. Abd Razak Sallim serta barisan pengurusan turut hadir
dalam menyempurnakan majlis berkenaan.
Program selama seminggu ini akan melalui 14 daerah di pantai barat
dan timur Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan sebelum
kembali ke Kota Kinabalu pada 16 September. Pengisian sepanjang
program tersebut antaranya memberikan sumbangan kepada rumah
ibadat, sekolah, rumah-rumah anak yatim dan warga tua serta Ibu
Pejabat Polis Daerah di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur
Sabah (Esscom).
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KEMBARA MERDEKA II 2014
Program Kembara ini diadakan
sempena sambutan Hari Kemerdekaan
dan Hari Malaysia. Objektif Program
ini adalah bagi meningkatkan semangat
patriotisme dan rasa tanggungjawab
terhadap negara dalam kalangan warga
kerja SESB dan perserta yang terlibat
selain.
Peserta Kembara Merdeka turut
melawati lapan tugu peringatan
termasuk Tugu Peringatan Perang Batu
7 Sandakan, Tugu Mat Salleh
Tambunan, Tugu Peringatan
Kalabakan dan Tugu Peringatan
Antenom, Tenom, Tugu Tun Mustapa,
Putatan, Tugu Peringatan, Petagas,
Double Six dan Tugu Peringatan Tun
Fuad Stephen, Sembulan.
Seramai tujuh puluh pekerja dan
vendor SESB menyertai Konvoi
Kembara Merdeka Siri dua sempena
bulan kemerdekaan ini. Program
Konvoi Merdeka SESB kali ini
menggunakan tema kebangsaan iaitu
‘Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah
Cinta’.