majlis perbandaran klang - mpklang.gov.my · menghukum pesalah tetapi ianya lebih kepada memberi...
TRANSCRIPT
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 1
MANUAL MPK BIL : 81 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL :
GARISPANDUAN TINDAKAN NOTIS
PENGUATKUASAAN DAN SETINGGAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 2
KANDUNGAN
NO
ISI KANDUNGAN
MUKA
SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA i
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN ii
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI 6
4.0 CARTA BAHAGIAN 7
5.0 SUMBER KUASA 8
6.0 SKOP KERJA 8
7.0 PROSES KERJA 11
8.0 PENUTUP 15
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya
pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Penguatkuasaan dibawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976,
Akta 172 menjadi pemangkin kepada tindakan perundangan bagi
mewujudkan pembangunan lestari di dalam daerah Klang. Jabatan
Perancang Bandar komited di dalam memastikan setiap pembangunan
yang berada di kawasan MPK mematuhi prosedur pembangunan yang
telah ditetapkan. Tindakan penguatkuasaan bukanlah alat untuk
menghukum pesalah tetapi ianya lebih kepada memberi pendidikkan
dan contoh kepada semua warga Klang untuk mewujudkan sebuah
Bandaraya Bersih dan Sejahtera.
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasil kerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih
Mohd Ikhsan Bin Mukri
Setiausaha Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Syukur Alhamdulillah S.W.T kerana dengan izinnya
Manual Garispanduan Tindakan Notis
Penguatkuasaan Dan Setinggan ini telah dapat
diterbitkan. Ucapan syabas juga kepada semua yang
terlibat dalam menyumbang idea-idea dalam menghasilkan Manual
Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan bagi
Edisi Pertama ini. Buku Manual ini merupakan garis panduan edisi
pertama yang diterbitkan bagi memantapkan lagi pelaksanaan
pembangunan di kawasan Majlis Perbandaran Klang. Tujuan garis
panduan ini diterbitkan adalah untuk memberi panduan kepada warga
Majlis Perbandaran Klang dan warga Klang. Manual Garis Panduan ini
adalah tertakluk kepada peraturan dan undang-undang serta
pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang digunakan sebagai rujukan.
Di kesempatan ini juga, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada semua
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
penghasilan Manual Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan
Dan Setinggan edisi pertama. Adalah diharapkan agar apa yang
dirancang akan menepati matlamat penghasilan buku ini.
Wassalam.
En. Zailani Bin Panot
Timbalan Pengarah Perancang Bandar dan Desa,
Majlis Perbandaran Klang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 5
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga
Klang.
1.3 Memberi panduan kepada pegawai dan kakitangan semasa
menjalankan tindakan penguatkuasaan dibawah Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172
2.0 LATAR BELAKANG
Unit Penguatkuasaan Dan Setinggan, Jabatan Perancang Bandar
MPK merupakan sebuah unit yang menjalankan tindakan ke atas
aduan-aduan awam yang dibuat berkaitan dibawah Akta Perancangan
Bandar Dan Desa, 1976 (Akta 172). Bidang tugas penguatkuasaan ini
memfokuskan kesalahan kerana menjalankan pemajuan tanpa
Kebenaran Merancang (KM) dibawah Seksyen 19, Akta 172 yang
membawa kesalahan dan denda dibawah Seksyen 26 -31, Akta 172
tersebut. Unit Penguatkuasaan Dan Setinggan juga bertindak sebagai
jentera utama menangani isu setinggan. Melalui kerja-kerja
lapangan/bancian majlis mengumpul data mengenai bilangan dan
perletakkan rumah setinggan serta biodata penghuni. Bagi tujuan
penyelarasan unit ini juga menguruskan mesyuarat serta segala hal
berkaitan setinggan. Bagi memastikan ketepatan data yang ada unit ini
menyediakan satu laporan yang mengandungi data dan pelan untuk
digunakan sebagai garispanduan perancangan jangka masa panjang
ke atas kawasan setinggan bagi membolehkan analisa dan cadangan
dibuat. Sebagai satu unit yang mengawal pembangunan tanpa
kebenaran kerja-kerja memantau dibuat dan kerja-kerja merobohkan
setinggan-setinggan yang baru dilaksanakan. Penduduk-penduduk
setinggan yang mana telah menerima tawaran dan berpindah unit ini
akan menjalankan kerja-kerja perobohan di tapak.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 6
3.0 DEFINISI 3.1 Penguatkuasaan Dibawah Akta Perancangan Bandar Dan
Desa 1976, (Akta 172)
Penguatkuasaan dibawah Jabatan Perancang Bandar adalah
merujuk kepada kesalahan dibawah Akta Perancang Bandar
Dan Desa 1976 (Akta 172). Berpandukan Akta Perancangan
Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) pemajuan membawa
maksud
“ menjalankan apa-apa kerja bangunan, kejuruteraan,
perlombongan, perindustrian, atau apa-apa kerja lain yang
seumpamanya pada, di atas, di sebelah atas di bawah tanah,
membuat apa-apa perubahan material mengenai penggunaan
mana-mana tanah atau bangunan atau mana-mana bahagian
daripadanya, atau memecah sempadan atau mencantumkan
tanah; dan memajukan hendaklah ditafsirkan dengan
sewajarnya;
Tindakan dibawah perancangan Bandar melibatkan kesalahan
pelanggaran dibawah seksyen 19 dimana pemajuan dijalankan
tanpa mendapat Kebenaran Merancang (KM).
3.2 Setinggan
Setinggan merupakan sebuah penempatan yang dibina tanpa
persetujuan atau kelulusan yang mana ianya dibina secara
rawak diatas mana-mana tanah tidak kira diatas tanah kerajaan,
swasta mahupun tanah persendirian. Kewujudan setinggan
memberi gambaran negative disebabkan tiadanya perancangan
teratur bagi menyusun perletakan kawasan-kawasan
perumahan, tempat beribadah, kemudahan awam dan
sebagainya. Peningkatan penduduk Bandar tidak sejajar
dengan pembekalan perumahan maka wujud kawasan
penempatan setinggan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 7
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
Unit Penguatkuasaan Dan Setinggan Jabatan Perancang Bandar telah
dibahagikan kepada 2 kawasan iaitu Klang Utara dan Klang Selatan.
Setiap kawasan diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Perancang
Bandar dan dibantu oleh 2 orang juruteknik. Setiap Juruteknik
dipecahkan kepada dua kawasan. Seorang Pembantu Tadbir
diletakkan dibawah Unit Penguatkuasaan Perancang Bandar bagi
kerja-kerja pentadbiran (penyediaan surat dan notis penguatkuasaan).
Manakala 4 orang Pembantu Penguatkuasa membantu di dalam kerja-
kerja melayan aduan awam dan pemantauan.
PEMBANTU TADBIR
PENGARAH
PERANCANG BANDAR
PEG. PERANCANG
BANDAR
PEN. PEG.
PERANCANG BANDAR
(UTARA)
JURUTEKNIK
PEMBANTU
PENGUATKUASA
JURUTEKNIK
PEN. PEG.
PERANCANG BANDAR
(UTARA)
PEMBANTU
PENGUATKUASA
JURUTEKNIK JURUTEKNIK
PEMBANTU
PENGUATKUASA
PEMBANTU
PENGUATKUASA
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 8
5.0 SUMBER KUASA
Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual
adalah seperti berikut:
i. Kanun Tanah Negara 1965
ii. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
iii. Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)
iv. Undang-Undang Kecil, Majlis Perbandaran Klang
v. Kaedah-Kaedah Am Negeri Selangor
vi. Pekeliling/Arahan daripada Yang DiPertua/Setiausaha
6.0 SKOP KERJA 6.1 Skop Kerja Unit Penguatkuasaan Dan Setinggan
6.1.1 Pegawai Perancang Bandar
Menyelaras tindakan penguatkuasaan/setinggan bagi kes-kes penguatkuasaan dibawah Jabatan Perancang Bandar.
Menyelaras aduan-aduan awam
Menyemak tindakan-tindakan penguatkuasaan dibawah Akta 172
Menghadiri Mesyuarat Berkaitan Unit Penguatkuasaan/setinggan
Membuat lawatan tapak
Menghadirkan diri ke mahkamah jika perlu
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 9
6.1.2 Penolong Pegawai Perancang Bandar
Membantu Pegawai Perancang Bandar didalam menyelaraskan tindakan penguatkuasaan/setinggan
Membuat lawatan tapak bagi kes-kes tertentu yang memerlukan tindakan segera.
Menyelaras dokumen-dokumen bagi tindakan mahkamah
Melayan aduan-aduan awam
Mengatur jadual pemantauan Daerah Klang
Menghadiri Mesyuarat Berkaitan
Menghadirkan diri ke mahkamah jika perlu
Menyelaras maklumat-maklumat setinggan
Menghasilkan data-data setinggan
6.1.3 Juruteknik Perancang Bandar
Menyediakan dokumen-dokuman bagi tindakan mahkamah
Membuat pemantauan berkala
Melayan aduan-aduan awam
Menghadiri lawatan tapak
Memberikan laporan berkaitan pemantauan atau aduan
awam
Menghadirkan diri ke mahkamah jika perlu
Terlibat secara langsung di dalam bancian setinggan
Membantu di dalam penyediaan data-data setinggan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 10
6.1.4 Pembantu Penguatkuasa
Membantu membuat rondaan berkala
Melapor jika ada sebarang kesalahan berlaku
Menyampaikan Notis Pentadbiran dan Notis Kaedah
Menyediakan dokumen-dokumen bagi tindakan mahkamah
Menghadirkan diri ke mahkamah jika perlu
Membuat pemantauan kawasan-kawasan setinggan
Terlibat secara langsung di dalam bancian setinggan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 11
Carian Rasmi & Carian
Syarikat
(1) Notis Pemberitahuan Akhir
(2) Notis Borang D ( Sekiranya tanah tidak boleh
dipulihkan dan bercanggah
dengan zon gunatanah )
(3) Notis Borang G
(4) Notis Borang H (Bagi tanah yang tidak
bercanggah dengan zon
gunatanah )
Rayuan
7.0 PROSES KERJA/CARTA ALIR
7.1 Carta Alir Penguatkuasaan
Penerimaan Aduan/Pemantauan
Siasatan Tapak & Penyediaan Laporan Tapak
Merekod
( Fail Dibuka & Didaftarkan )
Menyemak Laporan Tapak & Kandungan Fail
Pengeluaran Notis Penguatkuasaan
( Sekiranya mendapati pengusaha/pemilik tanah melanggar Sek.
19, Akta 172)
Tindakan Pentadbiran
Semakan Pegawai Perancang
Bandar
Penyampaian Notis Pemberitahuan
Simpanan Fail & Pemantauan Kes
Tindakan Perundangan
( Sekiranya pengusaha/pemilik tidak mematuhi
Borang D & Borang H )
Pematuhan Notis
(30 hari)
Jawatankuasa
Perancang &
Pembangunan MPK
Pengarah Menyemak & Mengesahkan Laporan
Bagi Tindakan Penasihat Undang-Undang
Sekiranya Tidak Lengkap
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 12
7.2 Carta Alir Setinggan
PENYEDIAAN DATA-DATA RKR
Mesy. Pemaju-pemaju
bermasalah
Dapatkan senarai pelan-pelan susunatur
(RKR) dari buku pelan lulus perancangan
Semak kelulusan pelan bangunan RKR dari
Jabatan Bangunan
Tidak lulus (tertunda dalam jangkamasa yang lama)
Surat kepada pemaju berkaitan projek RKR terlibat
dengan Program Penempatan Semula Setinggan
(PPSS)
Mula
Tamat
Lulus
Lulus
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 13
PADANAN SETINGGAN DAN RKR
Mula
Merekod surat masuk dari pemaju
Mendapatkan lokasi setinggan yang
terhampir dengan lokasi RKR dari Unit
Setinggan
Berbincang dengan Pengarah @ mesyuarat
Surat kepada pemaju berkaitan senarai setinggan
Surat tawaran dikeluarkan kepada penduduk
setinggan oleh pemaju
Penyerahan surat tawaran kepada penduduk setinggan
Perjumpaan berkaitan dengan pinjaman Tabung
Perumahan Ehsan kerjasama AmFinance, pemaju & MPK
Mendapatkan lokasi RKR
Pindah ke Rumah Kos Rendah yang ditawarkan
Surat perobohan dikeluarkan oleh Unit Setinggan
Program perobohan akan dijalankan
Setuju
Setuju
Tidak Setuju
Bincang
Semula
Tamat
Tidak Setuju
Bincang
Semula
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 14
PROGRAM PEROBOHAN RUMAH SETINGGAN
Mula
Tamat
Pemantauan/ Siasatan/ Risikan
Mendapatkan maklumat terperinci
dari PTD atau jabatan berkaitan
Lawatan tapak bersama PTD atau
Jabatan lain yang berkaitan
Serahan Laporan Bertulis Rasmi kepada
Pengarah Perancang Bandar
Arahan daripada YDP / SU MPK tentang
Operasi Perobohan yang akan dijalankan
Notis Perobohan dikeluarkan
Pengerahan notis kepada Tuan Punya
rumah
Bantahan /
Tiada Bantahan
Program Perobohan
Bantahan
Tiada Bantahan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 15
8.0 PENUTUP
Secara keseluruhan unit Penguatkuasaan dan setinggan menjalankan kerja-
kerja penguatkuasaan berpandukan kepada aduan daripada orang awam
yang disampaikan melalui Jabatan Perhubungan Awam dan aduan daripada
jabatan-jabatan yang lain berkaitan Perancangan Bandar. Selain daripada itu
unit ini juga menjalankan tindakan penguatkuasaan bagi mana-mana pihak
yang mengusahakan tanah atau mendirikan bangunan tidak menurut
Rancangan Struktur Klang, Rancangan Tempatan Klang dan Pelan-Pelan
Perancangan Majlis dan tanpa menepati Kebenaran Merancang atau tanpa
Kebenaran Merancang. Penguatkuasaan terhadap sebarang aktiviti yang
melanggar Seksyen 19, Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Akta
172) dan seksyen yang berkaitan akan disabitkan kesalahan. Bagi
memastikan undang-undang dipatuhi kaedah yang digunakan bagi mengawal
pembangunan tanpa kebenaran adalah melalui pemantauan ataupun aduan
awam.
Selain daripada tindakan penguatkuasaan unit ini juga Bertindak sebagai
jentera utama menangani isu setinggan. Kerja-kerja Mengumpul data
mengenai bilangan dan perletakkan rumah setinggan serta biodata penghuni
dibuat bagi memberi gambaran sebenar kepada pentadbir untuk membuat
keputusan yang tepat. Unit ini juga membuat kertas kerja bagi membawa isu-
isu yang tidak boleh diselesaikan di peringkat PBT / PTD je Jawatankuasa
Tetap Setinggan Negeri / EXCO-MTES. Pegawai Perancang Bandar perlu
menyediakan satu laporan yang mengandungi data dan pelan untuk
digunakan sebagai garispanduan perancangan jangka masa panjang ke atas
kawasan setinggan bagi membolehkan analisa dan cadangan dibuat.
Pembantu Penguatkuasa diantara jentera yang penting di dalam membuat
pemantauan dan merobohkan setinggan-setinggan yang baru. Unit ini terlibat
secara langsung di dalam program perobohan setinggan, selepas penduduk
menerima tawaran dan berpindah
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 81 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Tindakan Notis Penguatkuasaan Dan Setinggan 16
Selain daripada tugas-tugas yang digarikan diatas tidak dapat dinafikan juga
terdapat kerja-kerja tambahan bagi membantu unit-unit yang lain di dalam
menjayakan program-program yang dijalankan oleh pihak Jabatan
Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Klang.