majlis perbandaran klang - · pdf filemana tempat di mana pendidikan prasekolah (4 hingga 6...
TRANSCRIPT
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)
1
MANUAL MPK BIL : 87 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL :
GARISPANDUAN KEBENARAN
MERANCANG MENUKAR GUNA
BANGUNAN
(TADIKA/TASKA/TASKI/PUSATJAGAAN)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)
2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA i.
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN ii.
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI 6
4.0 CARTA BAHAGIAN 7
5.0 SUMBER KUASA 8
6.0 SKOP KERJA 8
7.0 PROSES KERJA 10
8.0 GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN
TADIKA/TASKA/TASKI/PUSAT JAGAAN 12
9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN 12
10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG 13
11.0 PENUTUP 14
12.0 LAMPIRAN 16
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)
3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya
pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Adalah diharap dengan penghasilan Manual ini dapatlah dijadikan
sebagai bahan rujukan dan panduan kepada warga MPK serta warga
Klang. Dengan penghasilan Manual ini juga, dapat memperjelaskan
bahawa pentingnya peranan kita sebagai PBT, mahupun individu itu
sendiri dalam mewujudkan satu pembangunan yang dapat memberi
impak yang positif di Bandar Klang.
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih
Mohd Ikhsan Bin Mukri
Setiausaha Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)
4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi TaalaWabarakatuh
dan Salam Sejahtera Syukur Alhamdulillah S.W.T
kerana dengan izinnya Manual Garis Panduan
Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan
(Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan) ini telah dapat
diterbitkan. Ucapan syabas juga kepada semua yang
terlibat dalam menyumbang idea-idea dalam
menghasilkan Manual Garis Panduan Kebenaran Merancang Menukar
Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan) bagi Edisi
Pertama ini. Buku " Manual Garis Panduan Kebenaran
Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat
Jagaan) " merupakan garis panduan edisi pertama yang diterbitkan
bagi memantapkan lagi pelaksanaan pembangunan tadika/taska/taski/
pusat jagaan di kawasan Majlis Perbandaran Klang. Tujuan garis
panduan ini diterbitkan adalah untuk memberi panduan kepada warga
Majlis Perbandaran Klang dan warga Klang. Manual Garis Panduan ini
adalah tertakluk kepada peraturan dan undang-undang serta
pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang digunakan sebagai rujukan.
Di kesempatan ini juga, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada semua
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
penghasilan Manual Garis Panduan Kebenaran Merancang Menukar
Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan) edisi pertama.
Adalah diharapkan agar apa yang dirancang akan menepati matlamat
penghasilan buku ini.
Wassalam.
En. Zailani Bin Panot
Timbalan Pengarah Perancang Bandar dan Desa,
Jabatan Perancang Bandar dan Desa,
Majlis Perbandaran Klang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)
5
1.0 TUJUAN MANUAL
i. Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
ii. Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga
Klang.
iii. Memudahkan pengusaha mengenalpasti kehendak perancangan
yang perlu dipatuhi sebelum mengemukakan permohonan
Kebenaran Merancang ke Majlis Perbandaran Klang.
iv. Memastikan pengusaha tadika/taska/taski/pusat jagaan
mendapat maklumat lengkap mengenai prosedur permohonan
bagi pembangunan tadika/taska/taski/pusat jagaan yang
dijalankan di kawasan Majlis Perbandaran Klang.
v. Memastikan pengusaha tadika/taska/taski/pusat jagaan
menjalankan aktiviti mengikut garis panduan dan peraturan yang
ditetapkan oleh Pihak Majlis Perbandaran Klang.
vi. Membantu pengusaha tadika/taska/taski/pusat jagaan untuk
menjalankan aktiviti ini dengan mematuhi Garispanduan Majlis.
2.0 LATAR BELAKANG
Garis panduan ini disediakan bagi membantu pihak Majlis
Perbandaran Klang untuk mengawal dan menentukan arah
pembangunan dengan lebih terkawal, sistematik dan terancang.
Permintaan ke atas aktiviti ini, semakin mendapat sambutan di
kawasan Majlis Perbandaran Klang.
Selain itu, untuk memastikan pihak Majlis Perbandaran Klang
mempunyai rujukan yang khusus kepada orang awam dan kakitangan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)
6
Majlis Perbandaran Klang sendiri. Bagi memberikan kemudahan
kefahaman di dalam menjalankan aktiviti ini, garispanduan ini
mengandungi perkara-perkara utama seperti tujuan, definisi, sumber
kuasa, skop kerja, proses kerja, garis panduan pembangunan
tadika/taska/taski/pusat jagaan dan lain-lain dokumen sokongan.
3.0 DEFINISI
i. TADIKA
Tadika menurut Akta 550 (Akta Pendidikan 1996 ) bermaksud mana-
mana tempat di mana pendidikan prasekolah (4 hingga 6 tahun)
disediakan untuk 10 orang murid atau lebih.
ii. TAMAN ASUHAN KANA-KANAK (TASKA)
Taman asuhan kanak-kanak mengikut Akta 308 (Akta Taman Asuhan
Kanak-kanak 1984) bererti mana-mana premis di mana 4 orang atau
lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dan lebih daripada satu isi
rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah.
iii. PUSAT JAGAAN
Pusat Jagaan mengikut Akta 506 (Akta Pusat Jagaan 1993) bererti
tertakluk kepada seksyen 3, mana-mana premis di mana 4 orang atau
lebih diterima diterima untuk jagaan selama suatu tempoh berterusan
yang melebihi 3 jam sehari antara matahari terbit hingga matahari
terbenam, dan selama sekurang-kurangnya 3 hari seminggu, samada
untuk upah atau selainnya ; tetapi dalam hal premis yang
dikendalikan atau diuruskan oleh orang sebenar, seseorang yang
merupakan saudara kepada orang itu tidak boleh dikira dalam
menentukan bilangan orang yang diterima di premis itu.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)
7
4.0 CARTA BAHAGIAN / UNIT BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANG BANDAR MAJLIS PERBANDARAN KLANG
TIMBALAN PENGARAH PERANCANG BANDAR DAN DESA
PENGARAH PERANCANG BANDAR DAN DESA
PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA (KLANG UTARA)
PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA (KLANG SELATAN)
PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA
PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA
PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA
PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN
DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
JURUTEKNIK PERANCANG
BANDAR DAN DESA
PEMBANTU TADBIR
PEMBANTU TADBIR
PEMBANTU TADBIR
PEMBANTU
TADBIR
PEMBANTU
PENGUATKUASA
PEMBANTU AM
PEJABAT
PEMBANTU AM
PEJABAT
KETUA BAHAGIAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garis Panduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)
8
5.0 SUMBER KUASA
Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual
adalah seperti berikut:
i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
ii. Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)
iii. Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133)
iv. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984
v. Pekeliling/Arahan daripada Yang Di Pertua/Setiausaha
6.0 SKOP KERJA
6.1 Pengarah Perancang Bandar
Menerima permohonan di peringkat Jabatan serta
mengesahkan surat yang diterima. Pengarah Perancang Bandar
memantau surat-surat yang diterima dan menyemak surat
jawapan. Selain itu, menyemak kertas kerja atau menyemak
minit mesyuarat yang berkaitan dan mengkaji surat jawapan
sebelum Pembantu Tadbir menguruskan surat jawapan keluar.
Pengarah Perancang Bandar akan menjalankan lawatan tapak
sekiranya perlu.
6.2 Pegawai Perancang Bandar
Memproses permohonan kebenaran merancang, tukar syarat,
dan lain-lain berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai
Perancang Bandar akan menjalankan lawatan tapak sekiranya
perlu dan menyemak ulasan yang disediakan oleh Penolong
Pegawai Perancang Bandar. Selain itu, memberi maklumbalas
kepada surat-surat yang diterima daripada orang awam dan
menyediakan kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang
berkaitan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)
9
6.3 Penolong Pegawai Perancang Bandar
Memproses permohonan kebenaran merancang dan lain-lain
yang berkaitan dengan pemajuan tanah. Penolong Pegawai
Perancang Bandar juga memberi maklumbalas kepada surat-
surat yang di terima daripada orang awam. Penolong Pegawai
Perancang Bandar juga akan menjalankan lawatan tapak dan
menyediakan laporan tapak berdasarkan maklumat gunatanah
sediada dan maklumat yang diperolehi. Selain itu, menyediakan
kertas kerja atau keputusan minit mesyuarat yang berkaitan.
Penolong Pegawai Perancang Bandar juga mengumpul,
menyelia maklumat serta data, menyediakan laporan dan
ulasan teknikal ke atas sesuatu permohonan bagi surat-surat
permohonan.
6.4 Juruteknik Perancang Bandar
Menjalankan lawatan tapak dan menyediakan laporan tapak
berdasarkan maklumat gunatanah sediada dan maklumat
arahan pegawai. Juruteknik Perancang Bandar juga melukis
Pelan Pertapakan dan sebagainya mengikut arahan pegawai.
6.5 Pembantu Tadbir
Menaip kertas kerja Mesyuarat Jawatankuasa OSC, Mesyuarat
Teknikal Pembangunan dan Mesyuarat berkaitan. Selain itu,
menaip pemberitahuan mesyuarat serta, surat bantahan awam,
lawatan tapak, panggilan mesyuarat, maklumbalas dan
sebagainya.
6.6 Pembantu Penguatkuasa
Membantu Pengarah/Pegawai/Penolong Pegawai/Juruteknik
ketika siasatan/lawatan tapak dibuat. Membantu mengenalpasti
tapak-tapak tanpa permohonan kebenaran merancang. Selain
itu, membantu mengedarkan notis penduduk berjiran.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)
10
7.0 PROSES KERJA
Carta alir proses kerja permohonan Kebenaran Merancang bagi
menukarguna bangunan (tadika/taska/taski/pusat jagaan) di kawasan Majlis
Perbandaran Klang seperti berikut:-
TIDAK
LENGKAP
LAWATAN TAPAK DAN LAPORAN
JABATAN
TEKNIKAL
TERIMA LENGKAP
SURAT
ULASAN/SOKONGAN
JABATAN TEKNIKAL
DARI OSC
PEMOHON MENGEMUKAKAN
PERMOHONAN KM DI OSC
SEMAK PERMOHONAN DI OSC
LENGKAP PEMOHON
TERIMA PERMOHONAN
DARIPADA OSC
SEDIAKAN KERTAS KERJA
MESYUARAT JAWATANKUASA
OSC
MESYUARAT JAWATANKUASA
OSC
SEDIA BORANG (KAEDAH 7) KELUAR NOTIS
BERTULIS
PEMUNYA TANAH
BERJIRAN
MESYUARAT
PENDENGARAN
BANTAHAN
SEKIRANYA
MENERIMA BANTAHAN
LULUS/LULUS BERSYARAT
PEMOHON
SEDIAKAN SURAT IRINGAN BORANG
C(A) DAN COP LULUS PELAN DAN
BORANG B (KAEDAH 10) KEPADA
PEMBANTAH
KELUAR SURAT MAKLUMAN
KEPUTUSAN KEPADA PEMOHON
KEPUTUSAN
PEMBANTAH
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)
11
7.1 Penerimaan Permohonan
Pemohon mengemukakan permohonan di kaunter OSC. Semak
permohonan samada lengkap atau tidak lengkap. Jika tidak lengkap
permohonan dikembalikan dan nyatakan sebab-sebab permohonan di
tolak.
Terima permohonan berserta ulasan Jabatan Teknikal daripada pihak
OSC. Jika lengkap dapatkan no. fail sediada atau buka fail baru jika
belum ada rekod berhubung tanah tersebut.
7.2 Notis Tuan Punya Tanah Berjiran
Borang (Kaedah 7) dikeluarkan untuk notis bertulis kepada tuan punya
tanah berjiran. Sekiranya terdapat bantahan, Mesyuarat Pendengaran
Bantahan perlu di buat.
7.3 Membuat Lawatan Tapak
Membuat lawatan dan laporan tapak. Menyediakan ulasan
berdasarkan maklumat sediada atau laporan tapak.
7.4 Penyediaan Kertas Kerja
Menyediakan kertas kerja mesyuarat Jawatankuasa OSC dan
kemukakan kepada Pengarah Perancang Bandar untuk semakan.
Permohonan dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa OSC.
7.5 Keputusan Mesyuarat
Keputusan mesyuarat dimaklumkan kepada pemohon. Pemohon akan
mengemukakan dokumen untuk tujuan pengesahan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)
12
7.6 Kelulusan
Surat iringan kelulusan mesyuarat dan cop lulus pelan dan diserahkan
kepada pemohon.
8.0 GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN TADIKA/TASKA/TASKI/PUSAT
JAGAAN.
8.1 LOKASI YANG DIBENARKAN
i. Aktiviti hanya dibenarkan di kawasan perumahan dan jenis
premis yang dibenarkan ialah rumah banglo, rumah
teres/berangkai (lot selekoh), rumah berkembar dan rumah
pangsa/pangsapuri (yang dikhaskan).
ii. Kawasan kediaman untuk rumah teres/berangkai yang
terletak di lot tengah tidak dibenarkan.
iii. Notis berjiran perlu dikeluarkan kepada jiran bersempadan
dengan tapak cadangan.
iv. Jarak antara tadika dengan tadika lain dalam satu taman
perlu lebih kurang 200 meter.
9.0 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN
i. Surat permohonan rasmi kepada Jabatan Perancang Bandar
dan Jabatan Pusat Setempat.
ii. Surat sokongan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah
Klang (berkaitan keselamatan bangunan, pintu alternatif dan
tangga keselamatan.
iii. Surat sokongan dari Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) bagi
permohonan tadika.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)
13
iv. Surat sokongan dari Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKM) bagi
permohonan taska/taski/pusat jagaan.
v. Surat sokongan dari Pejabat Pendidikan Daerah Klang (PPD
Klang) bagi permohonan tadika.
vi. Senarai nama pemilik rumah bersempadan dalam jarak 66 kaki
vii. Gambar bangunan sisi, hadapan, belakang, dalam bangunan
dan lot bersebelahan.
10.0 KAEDAH KHAS PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG
Pihak Majlis Perbandaran Klang berinisiatif menyediakan kaedah khas
ini bagi memudahkan permohonan Kebenaran Merancang untuk
tadika/taska/taski/pusat jagaan ini di buat di kawasan Majlis
Perbandaran Klang.
10.1 FORMAT KHAS
Format khas permohonan Kebenaran Merancang ini disediakan
oleh Majlis Perbandaran Klang yang mengandungi perkara
berikut:
i. Laporan Cadangan Pemajuan yang hanya perlu
dilengkapkan oleh pemohon.
ii. Pelan Kebenaran Merancang di sediakan oleh pihak
Majlis Perbandaran Klang.
iii. Pemohon perlu melengkapkan lain-lain dokumen.
iv. Membuat bayaran fee proses.
Kesemua contoh borang dan dokumen yang perlu di
lengkapkan adalah seperti di Lampiran.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)
14
10.2 PILIHAN PEMOHON
Kaedah ini dan perkhidmatan ini bagi membantu dan
memudahkan pengusaha mengemukakan permohonan
Kebenaran Merancang. Walaubagaimanapun, pemohon boleh
melantik jururancang bertauliah untuk menyediakan dokumen
lengkap dan membuat permohonan Kebenaran Merancang ke
Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Klang.
11.0 PENUTUP
Penyediaan Manual Garis Panduan ini akan dapat mempermudahkan
proses permohonan kepada pengusaha tadika/taska/taski/pusat
jagaan, di samping menjamin keselamatan kanak-kanak di dalam
proses pengasuhan dan pembelajaran prasekolah yang berkualiti.
Garis panduan ini telah memberi penekanan terhadap keperluan
penyediaan tadika/taska/taski/pusat jagaan. Walaubagaimanapun
penyediaan tadika/taska/taski/pusat jagaan di kawasan kediaman
adalah dibenarkan, sekiranya perlu. Garis panduan ini juga
menetapkan supaya permohonan bagi penubuhan
tadika/taska/taski/pusat jagaan hendaklah melalui kaunter pusat
setempat (OSC) yang mana proses kerja di OSC perlu diselaraskan
dan mengikut senarai semak yang telah diseragamkan. Namun begitu,
agensi teknikal berkaitan masih bertanggungjawab terhadap operasi
dan pemantauan tadika/taska/taski/pusat jagaan mengikut bidang
kuasa masing-masing.
Bagi jangka masa panjang, tadika/taska/taski/pusat jagaan hendaklah
dilihat sebagai entity social dan bukannya perniagaan kerana ia
menawarkan pendidikan awal kanak-kanak sebagai persediaan kea
lam persekolahan sebenar. Oleh itu, aspek perundangan dan
peraturan berkaitan, khususnya prihal tanah hendaklah diperkasakan
semula.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)
15
Adalah menjadi hasrat Jabatan Perancang Bandar dan Desa agar
Manual Garis Panduan yang digubal ini dapat memandu pihak-pihak
terlibat termasuk pengusaha, PBT dan agensi bertanggungjawab
dalam menyediakan kemudahan tadika/taska/taski/pusat jagaan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)
16
12.0 LAMPIRAN
SENARAI SEMAK PERMOHONAN UNTUK KEBENARAN MERANCANG MENUKARGUNA BANGUNAN (TADIKA/TASKA/TASKI/PUSAT JAGAAN)
BAHAGIAN A – Jenis Bangunan
Bil Perkara Tanda Catatan
1. Rumah Sesebuah
2. Rumah Berkembar
3. Rumah Teres Lot Tepi
BAHAGIAN B – Semakan Dokumen
Bil Perkara Tanda Catatan
1. Surat permohonan rasmi (Jabatan Perancang
Bandar & Jabatan Pusat Setempat)
2. Borang A (perlu dilengkapkan oleh pemohon)
3. Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)
(perlu dilengkapkan oleh pemohon)
4. Bayaran Fi Kebenaran Merancang (RM200.00)
5. Bayaran Fi Penyediaan Pelan Susunatur
(RM300.00)
6. Surat Hakmilik Tanah/ Geran Tanah/ Carian Rasmi/
Sale & Purchase Agreement (S & P)
7. Salinan cukai taksiran/cukai pintu terkini
8. Salinan cukai tanah terkini
9. Salinan Sijil Layak Menduduki (C.F) atau (CCC)
10. Salinan Surat pendaftaran syarikat (SSM)
11. Gambar bangunan sisi, hadapan, belakang, dalam
bangunan dan lot bersebelahan
12. Senarai nama pemilik rumah bersempadan dalam
jarak 66 kaki.
13. Salinan lesen perniagaan daripada Majlis
14. Surat sokongan dari Jabatan Bomba dan
Penyelamat Daerah Klang (berkaitan keselamatan
bangunan, pintu alternatif dan tangga keselamatan)
15. Surat sokongan dari Jabatan Pelajaran Selangor
(JPS)
-bagi permohonan tadika
16. Surat sokongan dari Pejabat Kebajikan Masyarakat
(PKM)
-bagi permohonan taska/taski/pusat jagaan
17. Surat sokongan dari Pejabat Pendidikan Daerah
Klang (PPD Klang)
-bagi permohonan tadika
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)
17
LAPORAN
CADANGAN PEMAJUAN
BAGI TUJUAN KEGUNAAN KHAS
(TADIKA / TASKA / PUSAT JAGAAN)
di atas
No: _______, Jalan __________________,
Taman _________________,
Mukim _________,
Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan.
Untuk Tetuan _________________________
NAMA PEMOHON :
NO TEL:
WAKTU OPERASI :
BILANGAN MURID :
BILANGAN GURU/PENGASUH:
BILANGAN KELAS:
TAHUN OPERASI:
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)
18
1.0 TAJUK PERMOHONAN
Permohonan Kebenaran Merancang Untuk ________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
1.1 Laporan Cadangan Pemajuan di sediakan untuk :
Nama Pemohon : ________________________
Alamat Pemohon : ________________________
Nama Pemilik berdaftar : ________________________
Alamat Pemilik : ________________________
2.0 PERIHAL TANAH
2.1 Hakmilikan Tanah
Nama Pemilik : __________________________________
Alamat : __________________________________
__________________________________
__________________________________
2.2 Butiran Maklumat Tanah
No. Lot/PT : ____________________________
Tempat : ____________________________
Mukim : ____________________________
Daerah : ____________________________
Keluasan Keseluruhan : ____________________________
Jenis Kegunaan Tanah : ____________________________
Syarat Nyata Tanah : ____________________________
Sekatan Kepentingan : ____________________________
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)
19
3.0 PERIHAL BANGUNAN
3.1 Struktur Bangunan : __________________________________
(cth : Papan, Kayu, Besi dan lain-lain-sila nyatakan)
3.2 Keluasan Bangunan : _________________________________
4.0 LOKASI DAN KEADAAN TAPAK
4.1 Lokasi : __________________________________
4.2 Keadaan tapak : __________________________________
5.0 GUNATANAH SEKITAR 200m
Utara : _______________________________________
Selatan : _______________________________________
Timur : _______________________________________
Barat : _______________________________________
6.0 AKSESIBILITI
Jalan utama yang digunakan untuk ke tapak cadangan/premis :
________________________________________________________
7.0 ZON PERANCANGAN
Mengikut Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang
(Pengubahan 1) 2020
________________________________________________________
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 87 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Kebenaran Merancang Menukar Guna Bangunan (Tadika/Taska/Taski/Pusat Jagaan)
20
8.0 CADANGAN PEMBANGUNAN
Komponen Pembangunan Unit Luas Peratus (%)
Maklumat ini adalah disahkan benar.
Perakuan diterima, no. daftar : _____________________________________
Tandatangan pemohon : _____________________________________
Tarikh : _____________________________________ : ____________________________________________