majlis perbandaran klang - mpklang.gov.my · oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan,...
TRANSCRIPT
MANUAL MPK BIL: 168 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL:
PENGUMPULAN DAN
PENGEMASKINIAN MAKLUMAT
LAMAN WEB/PORTAL RASMI
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
1.0 TUJUAN/OBJEKTIF MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI LAMAN WEB/PORTAL 6
4.0 CARTA BAHAGIAN 7
5.0 SUMBER KUASA 8
6.0 SKOP KERJA 8
7.0 PROSES KERJA 8
8.0 CARTA ALIR 15
9.0 PENUTUP 16
10.0 LAMPIRAN 16
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk berusaha membuat penambahbaikan agar penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Pengumpulan dan pengemaskinian maklumat dalam Laman Web/Portal Rasmi adalah salah satu elemen penting dalam
meningkatkan prestasi perkhidmatan terutamanya hebahan maklumat berkaitan aktiviti dan perkhidmatan MPK. Penyampaian perkhidmatan MPK akan dapat berjalan lebih lancar sekiranya hebahan maklumat dapat dibuat secara efektif kepada kakitangan dan orang awam melalui Laman Web/Portal Rasmi. Walaupun terdapat garispanduan dan arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan juga MPK, risiko hebahan maklumat yang tidak menepati prosedur masih boleh berlaku dan ini akan menjejaskan imej MPK secara keseluruhannya. Sebagai usaha penambahbaikan dan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, maka manual ini disediakan dengan tujuan pengumpulan dan pengemaskinian maklumat dalam Laman Web/Portal Rasmi dapat diselaraskan dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Manual ini disediakan untuk menyatakan tanggungjawab dan peranan pasukan Laman Web/Portal Rasmi agar maklumat dapat disampaikan kepada kakitangan dan orang awam secara lebih berkesan. Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat umumnya. “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih Mohd Ikhsan B. Mukri Setiausaha MPK
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Kecemerlangan sesebuah organisasi boleh diukur melalui kualiti
perkhidmatan yang disampaikan oleh pekerja kepada pelanggan. Oleh
itu dengan terbitnya Manual Majlis Perbandaran Klang (Manual MPK)
yang dikumpul daripada pelbagai proses kerja di setiap jabatan dan
bahagian ini akan memastikan dokumen/maklumat yang sama dan
standard menjadi rujukan kakitangan dalam menjalankan tugas masing-masing.
Sebagai menyahut seruan tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Klang, Tuan Mohd
Ehsan bin Mukri bagi melaksanakan Program Anjakan dan Tambahbaik Holistik
[PATH] MPK 2013, Saya bersama kakitangan bersatu hati untuk membuat
perubahan dan penambahbaikan dengan menyediakan manual proses kerja dalam
setiap bidang tugas yang menjadi tanggungjawab Jabatan Teknologi Maklumat.
Tujuan Asas Manual Pengumpulan dan Pengemaskinian Laman Web/Portal
MPKlang disediakan adalah untuk memastikan setiap jabatan menyalurkan
maklumat menggunakan prosedur yang tepat dan melalui saluran yang betul.
Proses ini dapat memastikan maklumat yang dimuat naik ke Laman web/portal
adalah maklumat yang tepat dari sumber-sumber yang sah.
Adalah menjadi harapan saya perubahan dan penambahbaikan ini dapat
meningkatkan hasil kerja setiap kakitangan yang terlibat dan seterusnya
meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.
“TOGETHER WE DO IT”
”Bersama Kita Berubah”.
Sekian, Terima kasih.
Nor Hasyimah binti Tamziz Pengarah Teknologi Maklumat
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 5
1.0 TUJUAN/OBJEKTIF MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang. 1.1 Panduan ini disediakan adalah untuk menggariskan kaedah
pengumpulan maklumat dan tatacara pengemaskinian Laman Web/Portal Rasmi bagi melancarkan aktiviti penambahbaikan dan penyelenggaraan Laman Web/Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK).
1.2 Ia juga membantu organisasi memantapkan perkhidmatan melalui Laman Web/Portal Rasmi yang efektif, maklumat yang tepat dan terkini serta kemudahan perkhidmatan atas talian yang lancar selaras dengan perkembangan teknologi global.
1.3 Selain itu, Laman Web/Portal Rasmi adalah sebagai cermin dan muka depan sesuatu organisasi yang dapat membantu meningkatkan imej Majlis dengan penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan real-time.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Laman Web/Portal Rasmi merupakan satu medium komunikasi utama antara sesebuah organisasi dengan pelanggan selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang membolehkan masyarakat berinteraksi secara maya untuk mendapatkan maklumat atau perkhidmatan.
2.2 Pembangunan sesebuah Laman Web/Portal Rasmi bertujuan untuk menyediakan kemudahan secara atas talian di samping meningkatkan kemahiran penggunaan internet di kalangan masyarakat. Selain itu, ia juga dapat memperluaskan akses kepada maklumat dan sumber rujukan di kalangan orang awam.
2.3 Laman Web/Portal Rasmi MPK (www.mpklang.gov.my) menyediakan
maklumat terkini berkaitan Majlis dan perkhidmatan yang ditawarkan yang boleh dicapai secara atas talian oleh pengguna di samping meningkatkan kemahiran penggunaan internet dan memperluaskan akses kepada maklumat di kalangan masyarakat.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 6
2.4 Melalui Laman Web/Portal Rasmi, MPK dapat memanfaatkan penggunaan ICT ke arah menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan telus.
3.0 DEFINISI/SINGKATAN
3.1 Dalam Garis Panduan ini, definisi yang diguna pakai adalah seperti berikut:
3.1.2 Laman Web - lebih bersifat terbuka untuk dilayari oleh pengguna dan kandungan laman web adalah bersifat static
3.1.3 Portal - adalah aplikasi berasaskan web yang menyediakan
pelbagai perkhidmatan dan aplikasi. Portal adalah bersifat interaktif dan dinamik
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 7
4.0 CARTA BAHAGIAN
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PENDIDIKAN ICT
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
Pengarah Teknologi Maklumat
Timb. Pengarah Teknologi Maklumat
Pegawai Teknologi Maklumat F41
Pembantu Tadbir N17
Pen. PegawaiTeknologi Maklumat F29
Pembantu Am Pejabat N1
Pen. PegawaiTeknologi Maklumat F29
Unit Pengurusan Maklumat Unit Pendidikan ICT
Juruteknik F17
Pekerja Rendah Awam R1
Operator Mesin Prosesan Data (OMPD) F11
Juruteknik F17
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 8
5.0 SUMBER KUASA
5.1 Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan Manual Pengumpulan dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi MPK adalah seperti berikut:
i. Akta Kerajaan Tempatan 1976(akta 171). ii. Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 - Pengurusan Laman
Web/Portal Sektor Awam iii. Pekeliling/Arahan daripada Yang Di Pertua/Setiausaha
6.0 SKOP KERJA
6.1 Skop Kerja bagi pengurusan isi kandungan dan pengemaskinian
maklumat media sosial adalah seperti berikut:
6.1.1 Pasukan Tadbir Urus Laman Web/Portal Rasmi;
6.1.2 Komponen Utama Tadbir Urus Laman Web/Portal Rasmi;
6.1.3 Bidang Tugas Jabatan/Bahagian dan; 6.1.4 Tempoh Pengemaskinian Maklumat.
6.2 Skop kerja ini hendaklah diambil tindakan dan dipatuhi bagi
memastikan pemilihan isi kandungan dan pengemaskinian maklumat media sosial berjalan lancar serta mengikut prosedur yang ditetapkan.
7.0 PROSES KERJA
7.1 PASUKAN TADBIR URUS LAMAN WEB/PORTAL RASMI MPK
7.1.1 Untuk memastikan tadbir urus Laman Web/Portal Rasmi agensi berjalan dengan lancar, Majlis Perbandaran Klang menubuhkan struktur (tadbir urus laman web/portal rasmi) yang merangkumi tiga (3) peringkat jawatankuasa:
i. Jawatankuasa Induk Pengurusan Laman
Web/Portal Rasmi MPK
Menetapkan dasar dan prosedur pengurusan laman web agensi jawatankuasa pemandu ICT bertindak sebagai jawatankuasa induk pengurusan laman web.
ii. Jawatankuasa Kerja Pengurusan Laman Web/Portal
Rasmi MPK
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 9
Memastikan pengurusan kandungan laman web mengikut dasar yang ditetapkan yang di anggotai oleh wakil jabatan yang telah dilantik.Senarai keanggotaan adalah seperti di Lampiran 1.
iii. Jawatankuasa Teknikal Laman Web/Portal Rasmi
MPK
Memberi bantuan teknikal bagi pengurusan laman web agensi yang dianggotai oleh pasukan teknikal Jabatan Teknologi Maklumat.Senarai keanggotaan adalah seperti di Lampiran 2.
7.1.2 Pasukan Tadbir Urus Laman Web/Portal Rasmi perlu bersidang dalam tempoh setahun seperti berikut :
i. Jawatankuasa induk: 4 kali setahun ii. Jawatankuasa kerja: 4 kali setahun iii. Jawatankuasa Teknikal:12 kaki setahun
7.1.3 Carta Pasukan Tadbir Urus Laman Web/Portal Rasmi adalah
seperti Rajah 1
RAJAH 1: PASUKAN TADBIR URUS LAMAN WEB/PORTAL RASMI MAJLIS PERBANDARAN KLANG
7.2 KOMPONEN UTAMA TADBIR URUS LAMAN WEB/PORTAL RASMI
MPK
7.2.1 Laman Web/Portal Rasmi MPK mempunyai 3 komponen utama
seperti berikut:
JAWATANKUASA INDUK
PENGURUSAN LAMAN
WEB/PORTAL MPK
(JAWATANKUASA PEMANDU ICT)
JAWATANKUASA KERJA
PENGURUSAN LAMAN WEB/PORTAL MPK
JAWATANKUASA TEKNIKAL
LAMAN WEB/PORTAL MPK
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 10
i. Ketua Jabatan merupakan pemilik maklumat yang akan mengesahkan kesahihan maklumat-maklumat yang disediakan oleh jabatan.
ii. Pegawai maklumat merupakan pegawai yang telah dilantik oleh Ketua Jabatan bagi setiap jabatan untuk mengumpul maklumat yang telah di sahkan oleh pemilik maklumat sebelum diserahkan kepada pentadbir laman web/portal di Jabatan Teknologi Maklumat.
iii. Pentadbir laman web/portal yang telah dilantik akan menerima maklumat yang telah disahkan oleh ketua jabatan masing-masing selaku pemilik maklumat, sebelum di muatnaik ke Laman Web/Portal Rasmi MPK.
7.2.2 Carta Komponen Utama Tadbir Urus Laman Web/Portal Rasmi
adalah seperti Rajah 2.
RAJAH 2: KOMPONEN UTAMA TADBIR URUS LAMAN WEB/PORTAL RASMI MPK
7.3 BIDANG TUGAS JABATAN
7.3.1 Setiap Jabatan bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat untuk tujuan hebahan dalam Laman Web/Portal Rasmi melalui ahli Jawatankuasa yang telah dilantik. Berikut adalah bidang tugas setiap Jabatan seperti Jadual 1.
Pemilik Maklumat
Pegawai Maklumat
(setiap jabatan)
Pegawai Teknologi
Maklumat (Pentadbir Laman
Web/Portal)
Menyediakan maklumat di peringkat Jabatan/Bahagian dan disahkan kesahihannya oleh Pemilik Maklumat Mengumpul maklumat yang telah luluskan/disahkan oleh Pemilik Maklumat untuk dihantar kepada Pegawai Teknologi Maklumat (Pentadbir Laman Web/Portal)
Menerima maklumat dari Jabatan/Bahagian untuk dimuatnaik ke Laman Web/ Portal MPK
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 11
JADUAL 1: BIDANG TUGAS SETIAP JABATAN
BIL PERKARA KANDUNGAN TINDAKAN
1. Profil MPKlang - Sejarah MPKlang
- Maklumat Asas MPKlang (Objektif, Wawasan & Misi)
- Piagam Pelanggan - Maklumat Ketua Jabatan - Maklumat Kawasan Pentadbiran
Majlis - Senarai Ahli Majlis
- Senarai Ahli Parlimen - Carta Organisasi - Pencapaian Piagam Pelanggan
Jabatan
Korporat/Jabatan Khidmat Pengurusan
2. Direktori - Ibu Pejabat - Pejabat Cawangan
- Kaunter Cawangan - Persatuan Kelab - Lain-lain
Jabatan Khidmat
Pengurusan
3. Maklumat Jabatan
- Fungsi Jabatan - Carta Organisasi - Maklumat Jabatan
- Aktiviti Jabatan - Senarai Kakitangan - Senarai Perkhidmatan
Semua Jabatan
4. Akta/Pekeliling - Akta Kerajaan Tempatan - Akta Berkaitan
- Pekeliling Berkaitan - Dasar/Garis Panduan/Polisi
Berkaitan
Jabatan Undang-
Undang dan Jabatan yang berkenaan
5. Maklumat Awam Klang
- Jabatan-Jabatan Kerajaan - Sekolah
- Hotel - Pusat Pelancongan
Jabatan Korporat
6. Kadar Sewa perkhidmatan
- Dewan - Pusat Sukan - Lain-lain
Jabatan Khidmat
Pengurusan
7. Ruangan Iklan - Iklan Tender Jabatan - Iklan Sebutharga Jabatan - Iklan Sewa Ruang Niaga/Gerai
- Jawatan Kosong - Lain-lain Iklan
Jabatan Berkenaan
8. Pembangunan ICT
- Maklumat-Maklumat ICT - Email MPKlang - Portal ICT - Senarai Perkhidmatan Online
- Statistik e-Perkhidmatan
Jabatan Teknologi
Maklumat
9. Program Kemasyarakat
- LA 21
- Program Bandar Selamat
Jabatan Korporat/Jabatan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 12
an - Pembasmian Kemiskinan
- Murninet
Perancang Bandar
10. Ruangan Berita MPKlang
- Berita/Buletin MPKlang
- Aktiviti/Program MPKlang - Sorotan Penting - Keratan Akhbar
Jabatan Korporat/Jabatan
Komunikasi & Pengaduan Awam
11. Ruangan Pengumuman
- Program/Aktiviti/Acara - Banner/Poster - Senarai Perkhidmatan
Semua Jabatan
12. Galeri Foto / Audio / Video
- Gambar/Audio/Video Aktiviti MPKlang
Jabatan Korporat/Jabatan
Komunikasi & Pengaduan Awam
13. Hubungan Antarabangsa
- Maklumat Lawatan - Gambar
Jabatan Korporat/Jabatan
Komunikasi & Pengaduan Awam
7.4 TEMPOH PENGEMASKINIAN MAKLUMAT
7.4.1 Tempoh pengemaskinian maklumat dalam Laman Web/Portal Rasmi MPK adalah seperti Jadual berikut:
BIL KRITERIA KETERANGAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT
1. Berita Terkini/Peristiwa Terkini
Paparan berita dan peristiwa berkaitan MPK yang telah dilaksanakan
Sehari selepas peristiwa
2. Pengumuman/ Hebahan/Maklumat
Aktiviti/Program yang akan dilaksanakan
10 hari sebelum acara/aktiviti/program
Pengumuman yang berterusan
Mengikut keperluan
3. Keratan akhbar/Rencana/Buletin
Keratan akhbar/buletin MPK Setiap bulan
4.
Poster/Banner Aktiviti/Program yang akan dilaksanakan
10 hari sebelum acara/aktiviti/program
Hebahan kempen kesedaran awam yang berterusan
Mengikut keperluan
5. Tender/sebutharga/ jawatan kosong
Iklan tawaran/jawatan kosong
14 hari sebelum tarikh tutup
6. Statistik e-perkhidmatan
Statistik perkhidmatan online
Setiap bulan
7. Maklumat anggota pentadbiran dan pengurusan atasan
Pertukaran / lantikan baru 1 hari selepas pelantikan baru
8. Pencapaian Piagam Pelanggan
Balance score card Setiap bulan
9. Sorotan Penting Pengumuman/Hebahan kempen berkaitan
Mengikut keperluan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 13
kesedaran awam yang berterusan
7.4.2Pengemaskinian kandungan Laman Web/Portal Rasmi adalah bagi menentukan kandungan maklumat laman web berguna untuk sepanjang masa di samping mempromosi perkhidmatan dan peluang-peluang yang ditawarkan oleh Majlis.
7.5 PROSEDUR PENGEMASKINIAN MAKLUMAT
7.5.1 Maklumat yang hendak dimuatnaik dalam Laman Web/Portal Rasmi perlu dihantar terus ke pentadbir Laman Web/Portal Rasmi atau melalui pegawai maklumat seperti yang dihuraikan dalam perkara 5.0.
7.5.2 Pengarah-pengarah Jabatan adalah bertanggungjawab terhadap maklumat yang diberikan. Jabatan Teknologi Maklumat tidak akan bertanggungjawab terhadap isi kandungan yang diberi dan juga sebarang penyalahgunaan hakcipta.
7.5.3 Pihak JTM akan berhubung dengan wakil tetap jabatan yang telah dilantik untuk Jawatankuasa Kerja Pengurusan Laman Web/Portal Rasmi MPK untuk mendapatkan maklumat seperti yang disenaraikan dalam perkara 6.0.
7.5.4 Pentadbir Laman Web/Portal Rasmi MPK berhak mengubah dan menolak untuk memuatkan maklumat yang disalurkan sekiranya tidak bersesuaian dan setelah mendapat kelulusan Jawatankuasa Kerja Pengurusan Laman Web/Portal Rasmi MPK.
7.5.5 Bahan maklumat yang diberi hendaklah dikemukakan dalam bentuk softcopy dan hardcopy beserta borang permohonan.
7.5.6 Setiap jenis fail yang mengandungi gambar, video, carta, logo (simbol) atau bahan media berkaitan hendaklah dikumpul didalam satu folder dan setiapnya diberikan nama untuk kemudahan rujukan muatnaik susun atur.
7.5.7 Pihak JTM berhak menolak bahan yang tidak boleh dibaca atau dibuka sekiranya terdapat masalah format fail.
7.5.8 Semua maklumat berkaitan aktiviti/acara/program Majlis untuk tujuan hebahan perlu dihantar dalam bentuk soft copy sekurang-kurangnyasatu (1) minggu sebelum program berlangsung dan JTM berhak menolak bahan tersebut untuk dimuatkan ke Laman Web/Portal Rasmi MPK sekiranya maklumat lewat diterima.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 14
7.5.9 Bahan dan maklumat yang diberikan hendaklah bersesuaian
dengan maklumat tetap jabatan dan berkaitan dengan aktiviti rasmi Majlis Perbandaran Klang dan sahaja. Walaubagaimanapun, hebahan program/acara/kempen khas boleh dibuat mengikut keperluan.
7.5.10 Maklumat bergambar hendaklah disediakan dalam format jpeg
atau psd. Manakala maklumat teks disediakan menggunakan perisian Microsoft Office/Powerpoint/Excel.
7.5.11 Bagi maklumat yang berkaitan pautan, alamat pautan yang
diberikan hendaklah jelas dan tepat untuk mengelakkan masalah broken link.
7.5.12 Bahan-bahan yang yang mengandungi perkara-perkara berikut
akan ditolak serta merta:
i. Mengiklankan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak luarseperti pengimbas web, pembekal perkhidmatan dan sebagainya;
ii. Memaparkan isu-isu sensitif seperti isu agama, politik dan perkauman;
iii. Menyebarkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi; dan
iv. Memaparkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan imej kerajaan.
7.5.13 Permohonan pengemaskinian maklumat perlu dibuat dengan
menggunakan borang permohonan seperti di Lampiran 3 dan borang maklum balas pengemaskinian maklumat adalah seperti di Lampiran 3A.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 15
8. CARTAALIR
CARTA ALIR PERMOHONAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DALAM LAMAN
WEB/PORTAL RASMI MPK
Tidak lengkap
Lengkap
Pemohon mengisi Borang Permohonan
Semakan oleh Pegawai Penyelia Jabatan
Pengesahan oleh Ketua Jabatan
Menghantar borang ke JTM
beserta maklumat dalam salinan
softcopy&hardcopy
Diterima oleh pihak JTM
Mohon maklumat lengkap
daripada jabatan yang berkaitan
Pengesahan oleh
Ketua Jabatan JTM
Maklumat dihantar kepada pihak
SKALI WEB untuk proses
pengemaskinian
Maklumat dikemaskini dalam
Laman Web dalam tempoh 2
hari bekerja
Pemakluman dibuat oleh JTM
kepada Jabatan berkaitan
melalui Borang Maklumbalas
Semakan oleh
Pengawai
Penyelia Laman
Web (JTM)
Mula
Tamat
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 16
9. PENUTUP
9.1 Komitmen semua warga MPK dituntut dalam memastikan Laman Web MPK kekal sebagai Laman Web bertaraf 5 bintang dengan maklumat yang tepat, terkini dan real-time selaras dengan usaha Majlis dalam meningkatkan tahap kecekapan teknologi ICT di peringkat kakitangan dan warga Klang.
9.2 Pengendalian Laman Web/Portal Rasmi secara profesional juga amat
penting untuk mentransformasikan Laman Web MPKlang yang lebih menekankan kepada rekabentuk terkini, memenuhi kriteria, informasi yang tepat serta mesra pengguna.
1.0 LAMPIRAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 17
LAMPIRAN 1
SENARAI AHLI JAWATANKUASA KERJA PENGURUSAN LAMAN WEB MAJLIS PERBANDARAN KLANG
BIL
NAMA
JAWATAN
JABATAN
1. Encik Mohd Idwan B Ahmad Idris Pegawai Tadbir Khidmat
Pengurusan 2. Encik Razif B Kasrin Pembantu Tadbir
3. Puan Noraini Bt Mohamed Akauntan
Kewangan 4. Encik Mohd Jeffry B Mohd Annowar Pen.Akauntan
5. Puan Emil Shaqira Bt Abdul
Rahman
Penolong Jurutera
Kejuruteraan
6. Puan Mardiana Bt Bastian Penolong Jurutera
7. Encik Mohd Faiz B Ibrahim Pen.Pegawai Undang-
Undang
Undang-Undang
8. Tun Mohd Shahmi B Ahmad Zakaria Pen.Pegawai Undang-
Undang
9. Encik Yusri Bin Mustafa Pegawai Perancang
Bandar
Perancang Bandar
10. Encik Suhaimi Bin Sabilan Pen.Pegawai
Perancang Bandar
11. Puan Nurul Balkish Bt Suratman Pen.Pegawai Penilaian Penilaian &
Pengurusan Harta 12. Encik Arbae b Poniran Pen.Pegawai Penilaian
13. Cik Nur Fisya Bt Fishol Hamdi Arkitek
Bangunan 14. Encik Mohd Rashdan B Zakaria Pen.Peg. Senibina
15. Encik Norhizam B Yunus Pen.Pegawai Pertanian
Taman & Rekreasi
16. Puan Siti Hanis Emilda Bt Ismail Pembantu Tadbir
17. Puan Norliana Bt Alwi Pen.Peg.Kesihatan
Persekitaran
Perkhidmatan
Persekitaran
18. Encik Mohd Zakri B Mohd Jaafar Pembantu
Penguatkuasa
19. Encik Mazlan B Yahya Pereka Korporat
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 18
20. Encik Maniarasan a/l Rajah Pembantu Tadbir Pelesenan &
Penjaja
21. Puan Suzana Bt Ibrahim Pen.Pegawai
Penguatkuasa
Penguatkuasaan
22. Encik Salleh Zaki B Talib Pem. Penguatkuasa
Kanan
23. Puan Fathihatul Diyana Bt Mohd
Sabdin
Pegawai Teknologi
Maklumat
Teknologi
Maklumat 25. Puan Ana Roziana Bt Razali Pen.Peg.Teknologi
Maklumat
26. Puan Lee Sin Nge Penolong Pengarah
Pusat Setempat
27. Encik Mohd Rizal B Mohd Nasir Pembantu Tadbir
28. Encik Mohamad Sofian B Yahya Timbalan Pengarah
Komunikasi &
Pengaduan Awam
Komunikasi &
Pengaduan Awam
29. Encik Masrizan B Abdul Rahim Pembantu Tabdir
30. Puan Wan Nor Hafizah Bt Amir Pen.Pegawai Penilaian Pesuruhjaya
Bangunan
31. Desmond Anthony Gerard Chee
Thin Loy
Pen.Pegawai Kesihatan
Persekitaran Kanan
Kesihatan
32. Puan Sharifah Nurainul Basirah Bt
Syed Mohmad Faudzi
Pen.Pegawai Kesihatan
Persekitaran
33. Puan Diana Bt Md Jani Penolong Juruaudit
Audit Dalam 34. Puan Siti Hajar Bt Daud Pembantu Tadbir
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 19
LAMPIRAN 2
SENARAI AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL PENGURUSAN LAMAN WEB
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
BIL
NAMA
JAWATAN
JABATAN/AGEN
SI
1. Pn. Nor Hasyimah Bt Tamziz Pengarah
Teknologi
Maklumat
2. Pn. Fathihatul Diyana Bt. Mohd
Sabdin
Pegawai Teknologi
Maklumat
3. Puan Ana Roziana Bt Razali Pen.Peg.Teknologi
Maklumat
4. Cik Norafizah bt. Awalludin Pengurus Projek
SKALI WEB
Services
5. Cik Norshela bt. Fazin Content Personel
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 20
LAMPIRAN 3
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 168 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Pengumpulan Dan Pengemaskinian Maklumat Laman Web/Portal Rasmi 21
LAMPIRAN 3A