majlis perbandaran klang · manual prosedur kerja yang meliputi pelbagai aspek ... kejohanan...
TRANSCRIPT
MANUAL MPK BIL : 143 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL:
PENYERTAAN PASUKAN MAJLIS
PERBANDARAN KLANG
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 143 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyertaan Pasukan Majlis Perbandaran Klang
2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 143 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyertaan Pasukan Majlis Perbandaran Klang
3
3.0 DEFINISI
3.1 : Pelepasan
3.2 : Cuti Tanpa Rekod
5
4.0 CARTA ORGANISASI 6
5.0 SUMBER KUASA 6
6.0 SKOP KERJA 6
7.0 PROSES KERJA 6
8.0 CARTA ALIR 8
9.O PENUTUP 8
10.0 LAMPIRAN
10.1 : Carta Organisasi Bahagian
10.2 : Borang Penyertaan
10.3 : Carta Alir Sistem Kerja
8
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 143 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyertaan Pasukan Majlis Perbandaran Klang
4
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum
tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Belia dan Sukan menjadi salah satu platform dalam usaha menaikkan
imej majlis melalui sukan di peringkat Antarabangsa, Kebangsaan,
Negeri dan Daerah. Jabatan Korporat sebagai urusetia sentiasa
bertungkus lumus dalam melancarkan dan menjayakan segala
program-program yang dijalankan.
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih
Mohd Ikhsan Mukri
Setiausaha MPK
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 143 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyertaan Pasukan Majlis Perbandaran Klang
5
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia-Nya, Jabatan Korporat
sebagai salah sebuah jabatan terpenting di Majlis
Perbandaran Klang telah berjaya menyediakan 15
Manual Prosedur Kerja yang meliputi pelbagai
aspek / bidang tugas Jabatan. Manual prosedur ini
adalah betujuan sebagai panduan dan bahan rujukan dalam
melaksanakan tugas dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Manual-manual ini terdiri daripada :
1) Manual Prosedur Tempahan Kemudahan Sukan
2) Manual Prosedur Proses Peruntukkan Penggerak Belia Tempatan
3) Manual Prosedur Penyewaan Tanah Lapang MPK
4) Manual Prosedur Penyertaan Pasukan MPK
5) Manual Prosedur Tempahan Peralatan Logistik
6) Manual Prosedur Tempahan Kombo Dan Kumpulan Kesenian
7) Manual Prosedur Penggunaan Sistem Siaraya
8) Manual Prosedur Program Tarikan Keusahawan
9) Manual Prosedur Program Mesra Pelaburan
10) Manual Prosedur Lawatan Dalaman Dan Luaran
11) Manual Prosedur Amalan Persekitaran Berkualiti 5S
12) Manual Prosedur Pelaksanaan Program Zon Bersih
13) Manual Prosedur Pelekat Kenderaan OKU
14) Manual Prosedur Pelaksanaan Pemberian Sumbangan Bencana
Alam Dan Sumbangan Ehsan
15) Manual Prosedur Pengurusan Skuad 3S MPK
Adalah diharapkan Manual yang telah disediakan ini dapat menjadikan
Jabatan Korporat sebagai salah sebuah jabatan pemangkin kepada Majlis
Perbandaran Klang menjadi sebuah Pihak Berkuasa Tempatan tertua di
Malaysia yang terus memacu serta menyokong segala pembangunan yang
akan dilaksanakan di kawasan Majlis Perbandaran Klang selaras dengan
hasrat dan visi MPK ke arah merealisasikan Klang sebagai Bandaraya
Terbilang di Malaysia menjelang 2015 melalui perancangan dan pengawalan
pembangunan yang mampan serta dapat memberikan perkhidmatan bandar
yang berkualiti melalui tadbir urus yang cemerlang untuk keseluruhan
masyarakat klang yang gemilang.
Dawari Bin Daud
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 143 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyertaan Pasukan Majlis Perbandaran Klang
6
Pengarah Korporat
1.0 TUJUAN MANUAL 1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Tujuan manual ini sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.
1.3 Manual ini diwujudkan bagi menguruskan pasukan Majlis ke kejohanan tanpa menggangu konsentrasi pemain terhadap pengurusan pasukan.
1.4 Meningkatkan lagi tahap keyakinan pemain untuk menghadapi
kejohanan.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Menaikkan imej Majlis di peringkat Antarabangsa, Kebangsaan, Negeri dan Daerah.
2.2 Meningkatkan tahap mutu sukan penjawat awam Majlis
Perbandaran Klang. 2.3 Mengeratkan silaturrahim diantara Majlis Perbandaran Klang dan
Agensi lain. 2.4 Melancarkan persediaan pasukan Majlis ke kejohanan dengan
teratur. 2.5 Mengelakkan atau mengurangkan masalah pasukan Majlis
sebelum, semasa dan selepas kejohanan.
3.0 DEFINISI
3.1 Pelepasan
Pelepasan ialah bekerja setengah hari pada jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang bagi kakitangan yang akan menjalani latihan untuk ke kejohanan Majlis.
3.2 Cuti Tanpa Rekod
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 143 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyertaan Pasukan Majlis Perbandaran Klang
7
Cuti Tanpa Rekod ialah tidak hadir bekerja tetapi bergaji kerana kakitangan tersebut dipilih untuk menyertai pertandingan sukan Majlis.
4.0 CARTA BAHAGIAN / UNIT
Berikut merupakan carta organisasi Bahagian Belia dan Sukan Seperti di lampiran 1.
5.0 SUMBER KUASA 5.1 Kelulusan arahan Yang Dipertua dan Pengarah Korporat 5.2 Perintah – Perintah Am dan arahan pentadbiran 6.0 SKOP KERJA
6.1 Penerimaan permohonan dari pengurus pasukan atau agensi lain
6.2 Kelulusan penyertaan dan pendahuluan tunai oleh Yang
Dipertua 6.3 Mengesahkan penyertaan kepada pihak penganjur 6.4 Permohonan pendahuluan tunai kepada Jabatan Kewangan 6.5 Permohonan Pelepasan / Cuti Tanpa Rekod Atlet MPK kepada
Jabatan Khidmat Pengurusan 6.6 Permohonan Kenderaan Atlet MPK kepada Jabatan
Kejuruteraan bahagian bengkel
7.0 PROSES KERJA
7.1 Penerimaan permohonan dari pengurus pasukan atau Agensi 7.1.1 Permohonan borang yang diterima dari penganjur atau
pengurus pasukan akan diteliti oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Korporat seperti di lampiran 2.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 143 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyertaan Pasukan Majlis Perbandaran Klang
8
7.1.2 sekiranya bersetuju untuk menghantar pasukan ke kejohanan tersebut, tindakan seterusnya akan dilakukan oleh Pembantu Tadbir seperti diminitkan.
7.2 Kelulusan penyertaan dan pendahuluan tunai oleh Yang
Dipertua. 7.2.1 TPKT akan menyediakan butiran kos perbelanjaan
pasukan tersebut untuk menyertai kejohanan tersebut. 7.2.2 PT akan menyediakan surat kelulusan penyertaan dan
pendahuluan tunai pasukan tersebut kepada Yang Dipertua.
7.2.3 Sekiranya diluluskan oleh Yang Dipertua, tindakan
seterusnya akan diambil. 7.2.4 Sekiranya tidak diluluskan, Penghantaran pasukan akan
dibatalkan serta merta.
7.3 Mengesahkan penyataan kepada pihak penganjur
7.3.1 Pengesahan penyertaan perlu dilakukan kepada penganjur melalui borang pengesahan penyertaan. 7.3.2 Sekiranya tiada borang pengesahan penyertaan,
PTharusmembuat panggilan kepada penganjur dan mengesahkannya.
7.4 Permohonan pendahuluan tunai kepada Jabatan Kewangan
7.4.1 PT akan menyediakan surat permohonan pendahuluan tunai kepada Jabatan Kewangan.
7.4.2 Surat Klulusan dari YDP adalah wajib dilampirkan. 7.4.3 Nama dan ic penerima wang pendahuluan haruslah
dinyatakan di dalam surat tersebut.
7.5 Pemohonan pelepasan / cuti tanpa rekod Atlet MPK kepada Jabatan Khidmat Pengurusan
7.5.1 PT akan menyediakan surat CTR/pelepasan kepada
Jabatan Khidmat Pengurusan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 143 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyertaan Pasukan Majlis Perbandaran Klang
9
7.5.2 Nama, Jabatan dan tarikh bercuti kakitangan tersebut
mestilah dinyatakan di dalam surat. 7.5.3 Bilangan hari CTR bergantung kepada keputusan
PKT/TPKT.
7.6 Permohonan Kenderaan Atlet MPK kepada Jabatan Kejuruteraan bahagian Bengkel
7.6.1 PT akan menyediakan surat kepada bahagian bengkel Jabatan Kejuruteraan untuk penggunaan kenderaan ke kejohanan
7.6.2 Tarikh penggunaan, masa, Tempat Berkumpul, dan
destinasi perlu dinyatakan di dalam surat tersebut 8.0 CARTA ALIR
Berikut adalah Carta alir sistem kerja Bahagian Belia dan Sukan
seperti di lampiran 3
9.0 PENUTUP Dengan persediaan yang rapi dan keperluan yang mengcukupi dapat membantu atlet MPK di kejohanan tersebut dari segi mental dan fizikal.
10.0 LAMPIRAN
Lampiran 1 : Carta Organisasi Bahagian Belia dan Sukan / Jabatan Korporat
Lampiran 2 : Borang penyertaan Lampiran 3 : Carta Aliran kerja
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 143 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyertaan Pasukan Majlis Perbandaran Klang
10
Lampiran 1
Carta Organisasi Jabatan Korporat Unit Belia & Sukan
En.Dawari Bin Daud Pengarah Korporat
Mohd Faizal Bin
Ramli (N1)
Muhammad Asil
Syafiq Bin Sehrifodin
(N1)
Abd Rani Bin Nasir
Pembantu Tadbir
Kanan (N22)
Ali Alhamidi Bin
Mohd Ayob (N17)
Nur Hidaya Bt
Muhamed Atas
(N17)
Muhamad Faizal
Bin Zainuddin
(N17)
Mohammad Nor Ubaidullah Bin Abd
Rahman (N17)
En. Ahmad Fahim Bin Rosli
Timbalan Pengarah Korporat
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 143 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyertaan Pasukan Majlis Perbandaran Klang
11
Lampiran 2
KELAB FUTSAL
PUTRAJAYA
KEJOHANAN TERTUTUP FUTSAL PUTRAJAYA 2013, PIALA Y.B DATUK SERI TENGKU
ADNAN B. TENGKU MANSOR
TARIKH: 8 FEBRUARI 2013
TEMPAT: KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK, CYBERJAYA
JOHAN: RM5000.00
NAIB JOHAN: RM3000.00
KETIGA: RM1500.00
KEEMPAT: RM1000.00
PENDAFTARAN BAYARAN: RM150.00 SETIAP PASUKAN
NAMA PASUKAN: ……………………………….
NAMA PENGURUS PASUKAN: ………………
NO. TELEFON: ……………………………………..
KATEGORI: (18 TAHUN HINGGA KE 35 TAHUN SAHAJA) –TERHAD 48 PASUKAN
NO NAMA NO I/C
1
2
3
4
5
6
7
8
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 143 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyertaan Pasukan Majlis Perbandaran Klang
12
PENGAKUAN DIRI
Saya pengurus pasukan seperti nama di bawah ini dengan ini bersetuju mengikut segala
undang-undang dan peraturan serta serta mengikut jadual yang ditetapkanoleh pihak
penganjur dan pasukan saya mengaku tidak akan mengemukan sebarang tuntutanterhadap
pihak penganjur dan agennya dia atas musibah kepada diri/pasukan saya sebelum, semasa
dan selepasmenyertai pertandingan ini.
TANDATANGAN: ………………….. TARIKH: ………
(PENGURUS PASUKAN)
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
EN.ZAID:0173276100 (presint16)
EN.MIZI: 0196936768 (presint 9)
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
SEMUA JADUAL PERLAWANAN TERMASUK TARIKH, MASA DAN TEMPAT
PERLAWANANAKAN DITETAPKAN OLEH JAWATANKUASA PENGANJUR PASUKAN
SEMUA PASUKAN DIKEHENDAKI BERADA DAN SEDIA UNTUK BERMAIN DI TEMPAT
PERTANDINGAN 30MINIT SEBELUMPERLAWANAN DIMULAKAN
TEMPOH MASA MENUNGGU ADALAH 15MINIT DARIPADA MASA YANG
DIJADUALKAN OLEH MANA-MANA PASUKAN
PASUKAN LAWAN MENDAPAT KEMENANGAN 3-0
HANYA PEMAIN DIDAFTARKAN DIDALAM BORANG SAHAJA YANG BOLEH
BERMAIN
SETIAP PASUKAN BOLEH MEMBUAT BANTAHAN SECARA BERTULIS DENGAN
MENYERTAKAN WANG RM300.00, TIDAK LEWAT DARI 30MINIT BERMAIN DI
SEPANJANG PERTANDINGAN INI
BANTAHAN AKAN DIDENGAR OLEH JAWATANKUASA RAYUAN DI BAWAH
JAWATANKUASA KECIL TEKNIKAL DAN PENGADILAN.KEPUTUSAN JAWATANKUASA
ADALAH MUKTAMAD.
SEKIRANYA BANTAHAN ATAU RAYUAN IYU BENAR DAN DITERIMA OLEH
JAWATANKUASA. MAKAN WANG CAGARAN ITU AKAN DIKEMBALIKAN DAN
KEPUTUSAN AKAN DIBUAT OLEH PIHAK PENGANJUR BERHUBUNG RAYUAN ATAU
BANTAHAN TERSEBUT.
BAYARAN PENYERTAAN BOLEH DI BAYAR KEPADA:
TARIKH: 05 FEBRUARI 2013
TEMPAT: DI BILIK MESYUARAT, DEWAN SERBAGUNA, PRESINT 16 62000
PUTRAYAYA
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 143 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Penyertaan Pasukan Majlis Perbandaran Klang
13
Lampiran 3
Carta Aliran / Sistem Kerja
Tidak Lulus
Lulus
Terima permohonan
Kelulusan YDP
Tiada
Penyertaan
Mengesahkan
Penyertaan
Memohon Pendahuluan Tunai
Dari Kewangan
Permohonan Pelepasan / Cuti Tanpa
Rekod
Permohonan Kenderaan Kepada
Bahagian Bengkel
Kelengkapan Lain