makna sastera

11
MAKNA SASTERA 1. Pengenalan Definisi ‘sastera’ berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu “castera”.Susastera membawa maksud yang khusus iaitu ;su – indah, baik, lebih berfaedah. Sastera-huruf, buku, karya, teks. (Ke)susastera(an) adalah kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Menurut HashimAwang, sastera adalah ciptaan atau karya seni yang disampaikan melalui bahasa. Hasil seni (karyatulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu bersandar pada zaman. Peradaban dan martabat sesuatu bangsa itu dapat dilihat melalui karya tradisional atau klasik yang dimiliki. Maka bangsa Melayu tidak terkecuali dalam hal ini. Era Tradisional merujuk kepada dinilai sebelum wujud teknologi penerbitan (SasteraLisan) manakala moden pula merujuk kepada selepas teknologi penulisan dan boleh dibuktikan sebagai teks. Karya-karya ini yang dalam bentuk cerita ditulis dalam pelbagai genre seperti cerita rakyat, panji, epic, hikayat dan sebagainya. 1.1 Sastera Rakyat. Pada awal abad ke -19, beberapa pengkaji yang terdiri daripada pegawai pentadbir Inggeris telah memberikan perhatian terhadap sastera rakyat, khasnya berbentuk cerita. Tumpuan ini dibuat kerana mereka

Upload: eliza-ramlee

Post on 12-Aug-2015

19 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Makna sastera

MAKNA SASTERA

1. Pengenalan

Definisi ‘sastera’ berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu “castera”.Susastera membawa

maksud yang khusus iaitu ;su – indah, baik, lebih berfaedah. Sastera-huruf, buku,

karya, teks. (Ke)susastera(an) adalah kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan

baik isinya. Menurut HashimAwang, sastera adalah ciptaan atau karya seni yang

disampaikan melalui bahasa. Hasil seni (karyatulisan) dalam bentuk prosa atau puisi

yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu bersandar pada zaman.

Peradaban dan martabat sesuatu bangsa itu dapat dilihat melalui karya tradisional atau

klasik yang dimiliki. Maka bangsa Melayu tidak terkecuali dalam hal ini. Era

Tradisional merujuk kepada dinilai sebelum wujud teknologi penerbitan (SasteraLisan)

manakala moden pula merujuk kepada selepas teknologi penulisan dan boleh dibuktikan

sebagai teks. Karya-karya ini yang dalam bentuk cerita ditulis dalam pelbagai genre

seperti cerita rakyat, panji, epic, hikayat dan sebagainya.

1.1 Sastera Rakyat.

Pada awal abad ke -19, beberapa pengkaji yang terdiri daripada pegawai

pentadbir Inggeris telah memberikan perhatian terhadap sastera rakyat, khasnya

berbentuk cerita. Tumpuan ini dibuat kerana mereka menyedari bahawa salah satu

fungsi sastera rakyat ialah mengungkapkan pemikiran masyarakat yang melahirkannya.

Selepas kemerdekaan pada sekitar tahun 1960-an pengkaji-pengkaji Melayu mula

memberi perhatian terhadap Sastera Rakyat. Dewan Bahasa dan Pustaka serta Universiti

Malaya telah melakukan pengumpulan dan penerbitan hasil sastera.

Istilah “rakyat” berkaitan dengan perkataan folk atau volk yang secara

umum dapat diertikan ialah sebagai kelompok orang yang memiliki ciri-ciri pengenalan

fizik mahupun kebudayaan sehingga dapat dibezakan dengan kelompok-kelompok yang

lain. Akan tetapi terdapat sarjana yang menyempitkan pengertian ini dalam

hubungannnya dengan sastera. Menurut mereka folk atau volk ialah satu kumpulan

masyarakat manusia yang mungkin masyarakat tertutup, sederhana tamadunnya,

tradisional, kukuh pegangan budaya lama dan mungkin pula terdiri daripada satu

Page 2: Makna sastera

golongan daripada sebuah masyarakat besar. Takrif ini juga selalunya dikaitkan dengan

masyarakat luar kota (A. Bakar [ed], 1974:20)

Istilah sastera rakyat juga disamakan dengan penegrtiannya dengan tradisi

lisan selain folklore. Menurut Mohd Taib Osman, sastera rakyat lebih sempit

pengertian berbanding dengan tradisi lisan. Sastera rakyat sering dilihat sebagai sesuatu

yang sudah mati atau setidak-tidaknya merupakan warisan tinggalan zaman lampau.

Menurut Safian et al.,1988:293-294 Sastera Rakyat adalah sebahagian

daripada tradisi lisan yang dapat difahami sebagai ekspresi budaya yang menggunakan

bahasa dan mempunyai hubungan langsung dengan berbagai-bagai aspek budaya seperti

agama dan kepercayaan, undang-undang, keperluan masa lapang, kegiatan ekonomi,

sistem kekeluargaan dan susunan nilai sosial masyarakatnya. Lantaran itulah mitos,

cerita-cerita penglipur lara, jenaka, legenda, peribahasa, pantun, ungkapan adat, nyanyian

rakyat, tarian, drama dan permaian rakyat adalah tergolong daripada Sastera Rakyat.

Saya turut memetik pendapat daripada sasterawan Indonesia Danandjaja,

menyatakan Sastera Rakyat merupakan tradisi lisan Indonesia. Menurut beliau, terdapat

banyak ciri persamaan antara Sastera Rakyat di Malaysia dan Indonesia.

Dalam buku Kesusasteraan Melayu Tradisional, pengertian Sastera

Rakyat ialah hasil sastera yang dimiliki oleh masyarakat Melayu, disebarkan dan

diturunkan daripada satu generasi ke satu generasi secara lisan. Cerita-cerita jenaka,

pantun, peribahasa dan sebagainya bukanlah merupakan hasil tinggalan hasil zaman

lampau tetapi ia tetap mempunyai tempat dalam budaya semasa.

Menurut Harun Mat Piah, Sastera Rakyat Melayu dapat dibahagikan

kepada dua bentuk. Iaitu sastera berbentuk cerita (kisah dan naratif) yang terdiri daripada

cerita rakyat seperti cerita penglipur lara, cerita teladan, cerita binatang, jenaka , mitos

dan lagenda. Manakala sastera berbentuk bukan cerita (bukan kisah atau bukan naratif)

sebahagian besarnya terdiri daripada nyanyian rakyat, ungkapan adat, teka-teki, pantun

dan gurindam. Terdapat berbezaan ciri antara sastera rakyat berbentuk cerita, mitos, dan

legenda daripada cerita-cerita penglipur lara, teladan, binatang dan jenaka. Perbezaan ini

dapat ditinjau dari sudut kepercayaan, latar masa dan tempat, serta sifat dan pelaku

utama.

Page 3: Makna sastera

Menurut Annas Haji Ahmad, Sastera Rakyat dikenali sebagai sastera

lisan atau sastera mulut. Terdapat perbezaan antara kedua-dua sastera jenis ini.

Kebanyakkan Sastera Rakyat disampaikan oleh tukang-tukang cerita yang mahir serta

berkebolehan seperti Tok Selampit ( Kelantan) , Awang Batil ( Kedah) dan Pawang Ana

(Perak). Orang Melayu pada masa itu mempercayai unsure anamisme dan masyarakat

bersifat tertutup. Justeru itu, sastera rakyat turut menyelitkan unsure-unsur jampi,

serapah, mentera, pemujaan dan pengaruh hindu.

Sebagai kesimpulannya,terdapat banyak persamaan pendapat dan

pandangan para sarjana sastera yang menyatakan bahawa Sastera Rakyat berkembang

melalui lisan yang disampaikan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Pada

pendapat saya, penyampaian secara berterusan ini, menyebabkan cerita-cerita warisan

sastera rakyat kekal sehingga hari ini. Malahan dalam pengajaran dan Kurikulum Bahasa

Melayu turut menyelitkan elemen sastera.

1.3 SASTERA EPIK

Definisi Epik yang diberikan oleh J.A.Cuddon “........a long narrative

poem, on a grandscale about the deeds of warriors and heroes. It is a polygonal

“heroic” story in corporatting myth, legend, folktale and history. Epic are of ten of

national significance in the sense that they embody the history and aspirations of a

nation is a lofty or grandiose manner.”

(Cuddon,1977:22)

Kepahlawanan adalah ciri utama bagi cerita. Ia digabung atau

dicampurkan dengan unsur-unsur mitos, legenda, cerita rakyat dan sejarah. Hal ini

kerana setiap bangsa mempunyai tokoh wira yang dibanggakan , diceritakan dengan

penuh keistimewaan dalam sebuah sastera yang dinamakan Sastera Epik.

Sumber yang dipetik dari laman web Wikipedia, Epik bermakna sebuah

genre puisi naratif yang luas, dicirikan dengan kepanjangannya, pelbagai latar, sejumlah

watak-watak yang besar dan berat serta jangka masa yang lama. Contohnya Hikayat

Hang Tuah mengambil latar masa yang lebih daripada 100 tahun. Bermula Melaka

dibuka 1400M sehingga dikalahkan oleh Portugis 1511M.

Page 4: Makna sastera

Cerita-cerita epic melibatkan cerita zaman kuno ratusan lampau dan

kadang kala sukar untuk difahami kerana karya epic mempunyai maksud yang tersirat. Epik

merupakan sebuah karangan yang tebal dan panjang. Begitulah halnya dengan Hikayat

Hang Tuah yang mengandungi lebih daripada 500 halaman dengan lebih kurang 146 000

patah perkataan. Di dalamnya terdapat lebih kurang 130 watak ( Kassim ,1966:ix)

Sastera Epik menampilkan ciri kepahlawanan bagi sesebuah cerita yang

digabungkan dengan unsur -unsur mitos, legenda, cerita rakyat dan sejarah. Tokoh epic

ialah tokoh superhuman. Sastera epic telah menyerlahkan sifat kepahlawanan.

Sehubungan dengan itu, ia digolongkan dengan sastera pahlawan. Menurut Koster, Epik

Kepahlawanan ialah suatu naratif tentang perbuatan agung dan gemilang yang dilakukan

oleh pahlawan-pahlawan satu masa dahulu. Pahlawan dianggap sebagi tokoh sejarah

kerana sering membela nasib orang, malahan mereka mempercayai kononnya ada orang-

orang tertentu yang hidup pada masa lampau mempunyai kekuatan luar biasa. Mereka

dikenal sebagai pahlawan dan kadang kala dimitoskan, misalnya Achilles, Hercules,

Theseau dan beberapa orang lain. (Tripp, 1970:302).

Sebaliknya, Raglan berpendapat bahawa pahlawan dalam anggapan

tradisional merupakan kisah-kisah khayalan dalam kehidupan yang timbul daripada

peristiwa ritual dan bukan merupakan peristiwa sebenar ( Raglan,1965:142).

Menurut Koolman 281

Definisi Hikayat

Sastera hikayat adalah merupakan sebuah genre yang terbesar dan genre yang

paling banyak menghasilkan karya kesusasteraan. Kebanyakan pengkaji-pengkaji sastera melayu

Page 5: Makna sastera

sependapat mengatakan bahawa sastera hikayat adalah merupakan satu genre yang penuh

dengan perkara yang begitu sukar untuk difahami.

Terdapat banyak hasil kesusasteraan Melayu kerana sastera hikayat adalah sebuah

genre yang telah lama menjadi tumpuan para pengkaji dalam bidang sastera. Kebanyakan sastera

hikayat dihasilkan dalam bentuk prosa dan puisi. Oleh itu, karya kesusasteraan hikayat banyak

membawakan cerita ajaib yang berunsurkan hiburan hasil daripada imaginasi pengarangnya

Dalam sastera Melayu tradisional, boleh dibahagikan kepada tiga kelompok yang

sesuai dengan zaman yang diwakilinya, iaitu kesusasteraan hikayat berunsur Hindu,

kesusasteaan hikayat berunsur Hindu-Islam dan kesusasteraan hikayat berunsur Islam.

Terdapat ramai sarjana yang memberi pelbagai pendapat terhadap makna atau

maksud hikayat. Pada umumnya, hikayat dicipta tanpa diketahui nama pengarang dan tarikhnya.

Safiah Hussein dan rakan-rakan (1988:98), mendefinisikan hikayat sebagai cerita yang

mengandungi ciri-ciri kesaktian, kebesaran, dan kegagahan wira yang luar biasa. Pengarang juga

melukiskan tentang kejelitaan putera-puteri, kegagahan hulubalang, bala tertera yang tidak

terpemanai banyaknya serta binatang dan benda-bendayang mempunyai unsur majis.

Dalam buku Hikayat Merong Mahawangsa, terdapat unsur-unsur mitos yang

diselitkan dalam karya sastera hikayat. Mitos berasal daripada pengaruh Hindu dan juga

setempat. Contohnya,` Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke

ngeri China telah diserang geroda’ Burung geroda, binatang mitos hindu yang menjadi

tunggangan Visynu telah ditembungkan dengan kuasa Allah. Pengaruh yang berbeza ini,

dipertembungkan untuk mengatasi satu pihak yang lain dan juga menunjukkan kemenangan

yang melampau.

Page 6: Makna sastera

Hashim Awang (1987) pula mengatakan, “Hikayat” adalah jenis yang popular dalam

sastera Melayu lama. Ia sering mengisahkan pengembaraan, percintaan, dan peperangan putera-

puteri raja, perlawanan atau saudagar. Contoh yang menunjukkan kisah penggemaran dapat

dipetik daripada buku Hikayat Inderapura dalam bab II `Al-kisah peri mengatakan tatkala

Inderapura diterbangkan oleh Merak Emas dan peri mengatakan tatkala Inderapura diangkat

cucu oleh nenek kebayan............’ Hal ini jelas menunjukkan dalam sastera Hikayat, tidak akan

terlepas daripada unsur pengembaraan.

Menurut Harun Mat Piah dan rakan-rakan (000:133-138), “Sastera Hikayat” ialah cerita-

cerita dalam bentuk bertulis, yang menggunakan bahasa Melayu lama dengan langgam bahasa

dan struktur yang tertentu, membawa cerita ajaib yang berunsur hiburan, hasil daripada

imaginasi dan fantasi pengarangnya. Menurut mereka lagi, dalam buku “First Encyclopaedia Of

Islam” perkataan hikayat dalam bahasa Melayu ini berasal daripada perkataan hikayat dalam

bahasa Arab. Hikayat pada mula-mulanya bermakna “pelbagai sejarah” tetapi makna itu telah

berubah dari semasa ke semasa sehingga akhirnya mendapat makna yang paling biasa iaitu

“cerita” dan “naratif”. Dalam zaman tradisi Arab, perkataan ini membawa makna “Hikaya”,

meniru sesuatu pergerakan, mimik, dengan tujuan bergembira. Dengan makna yang terakhir

tersebut lahir perkataan “Hakiya”yang bermaksud seorang peniru atau seorang pemimik

Dalam sastera Melayu tradisional, boleh dibahagikan kepada tiga kelompok yang sesuai dengan

zaman yang diwakilinya, iaitu kesusasteraan hikayat berunsur Hindu, kesusasteaan hikayat berunsur

Hindu-Islam dan kesusasteraan hikayat berunsur Islam. kesusasteraan ikayat

Page 7: Makna sastera

Perkataan “hikayat” berasal daripada bahasa Arab iaitu “hikaya”. Maknanya dalam bahasa

Melayu ialah “pelbagai sejarah” tetapi menerusi peredaran zaman maksudnya berubah menjasi cerita

rekaan yang berunsur naratif dengan kecenderngan berhibur yang agak ketara.

D) Nyatakan implikasi dapatan kajian terhadap pengajaran Bahasa Melayu.

Pengajaran Sastera merupakan salah satu elemen yang telah disisipkan

dalam kurikulum pembelajaran Bahasa Melayu sama ada di sekolah rendah dan di sekolah

menengah. Pengajaran sastera telah