maksud dan kepentingan metodologi sejarah

10
1. Maksud dan pengertian sejarah Perkataan atau istilah sejarah mempunyai sejarah dan pengertiannya. Jika ditinjau dari sudut etimologi, Kamus Dewan sejarah bererti sastera lama, asal usul (keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat tambo; tawarikh. 1 Dalam bahasa asing pula, khususnya di Barat, perkataan sejarah disamakan dengan perkataan history (bahasa Inggeris) yang pada asasnya berasal daripada perkataan Yunani purba, historia yang bererti penyelidikan. 2 Sejarah sememangnya mempunyai pengertian yang kompleks. Sejarawan pula kerap memberi takrif dari sudut peristiwa ataupun teori dan falsafah, ia kerap memberikan takrif dan pengertian yang dirasakannya wajar bagi sejarah. Setiap sejarawan seolah-olah memberikan takrif dan pengertian yang berbeza-beza. Sejak kurun ke-14 hingga zaman mutakhir ini, sejarawan dari Timur dan Barat terus memberi takrif dan pengertian masing- masing tentang sejarah. 3 Ibn Khaldun, seorang sejarawan Islam yang teragung pada kurun ke-14, mentakrifkan sejarah adalah catatan dan maklumat tentang sesuatu organisasi manusia dan ia serupa dengan peradaban dunia. 4 Hal ini dikaitkan dengan perubahan yang terjadi pada sifat-sifat manusia seperti kebiadaban, keramahan, dan perasaan setiakawan segolongan manusia terhadap manusia lain. Ibnu Khaldun telah melihat pentingnya prinsip penilaian yang melibatkan pemikiran kritis dalam kaedah penyelidikan bagi menentukan kebenaran sejarah. Fakta- fakta sejarah yang diperolehi melalui proses penilaian dan bagi beliau penentuan kebenaran catatan atau maklumat adalah penting. 5 Dionysius dari Halicarnassus, sejarawan Yunani abad pertama tahun masihi, misalnya telah mengatakan bahawa sejarah adalah satu bentuk falsafah yang memberikan pengajaran melalui contohnya. Masudi, sejarawan Islam kurun ke-10 pula misalnya mengatakan bahawa sejarah adalah catatan yang terhimpun tentang keseluruhan ilmu pengetahuan manusia merupakan sains yang paling mulia. Chang Hsueh-Cheng, sejarawan China pada kurun ke-18, menurut P. Demieville, antara lain menyebut bahawa sejarah bukan hanya merupakan usaha 1 Tengku Iskandar, Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1970, hlm. 1033. 2 Collingwood R.G., Idea Sejarah, Muhd Yusof Ibrahim, (Terj), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 7. 3 Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, dan Kaedah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1997, hlm. 10. 4 Ibnu Khaldun, Mukadimah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 10. 5 Ishak Saat, Ilmu Sejarah antara Tradisi dan Moden, Karisma Publications Sdn. Bhd., Shah Alam, 2007, hlm. 2.

Upload: nur-filzahruz-feel

Post on 15-Nov-2015

83 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Maksud dan pengertian sejarah.Kepentingan metodologi sejarah dalam melakukan penyelidikan disiplin berkaitan.

TRANSCRIPT

1. Maksud dan pengertian sejarahPerkataan atau istilah sejarah mempunyai sejarah dan pengertiannya. Jika ditinjau dari sudut etimologi, Kamus Dewan sejarah bererti sastera lama, asal usul (keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat tambo; tawarikh. Dalam bahasa asing pula, khususnya di Barat, perkataan sejarah disamakan dengan perkataan history (bahasa Inggeris) yang pada asasnya berasal daripada perkataan Yunani purba, historia yang bererti penyelidikan. Sejarah sememangnya mempunyai pengertian yang kompleks. Sejarawan pula kerap memberi takrif dari sudut peristiwa ataupun teori dan falsafah, ia kerap memberikan takrif dan pengertian yang dirasakannya wajar bagi sejarah. Setiap sejarawan seolah-olah memberikan takrif dan pengertian yang berbeza-beza. Sejak kurun ke-14 hingga zaman mutakhir ini, sejarawan dari Timur dan Barat terus memberi takrif dan pengertian masing-masing tentang sejarah.

Ibn Khaldun, seorang sejarawan Islam yang teragung pada kurun ke-14, mentakrifkan sejarah adalah catatan dan maklumat tentang sesuatu organisasi manusia dan ia serupa dengan peradaban dunia. Hal ini dikaitkan dengan perubahan yang terjadi pada sifat-sifat manusia seperti kebiadaban, keramahan, dan perasaan setiakawan segolongan manusia terhadap manusia lain. Ibnu Khaldun telah melihat pentingnya prinsip penilaian yang melibatkan pemikiran kritis dalam kaedah penyelidikan bagi menentukan kebenaran sejarah. Fakta-fakta sejarah yang diperolehi melalui proses penilaian dan bagi beliau penentuan kebenaran catatan atau maklumat adalah penting.

Dionysius dari Halicarnassus, sejarawan Yunani abad pertama tahun masihi, misalnya telah mengatakan bahawa sejarah adalah satu bentuk falsafah yang memberikan pengajaran melalui contohnya. Masudi, sejarawan Islam kurun ke-10 pula misalnya mengatakan bahawa sejarah adalah catatan yang terhimpun tentang keseluruhan ilmu pengetahuan manusia merupakan sains yang paling mulia.

Chang Hsueh-Cheng, sejarawan China pada kurun ke-18, menurut P. Demieville, antara lain menyebut bahawa sejarah bukan hanya merupakan usaha mengumpulkan dokumen oleh ahli-ahli biokrasi: tidak juga merupakan satu hiburan bagi sarjana; ia harus ditujukan bagi memperbaiki dunia. Selain itu terdapat juga beberapa sejawaran barat, seperti Benedetto Croce (1866-1952) mengatakan bahawa sejarah adalah kisah tentang kebebasan dan semua sejarah adalah semasa. Beliau turut menyatakan apa yang ditulis oleh sejarawan bukanlah masa lalu seperti sebenarnya berlaku tetapi adalah masa lalu seperti yang telah digambarkan. J.B. Bury (1861-1927) pula menyatakan sejarah adalah sains, tidak kurang tidak lebih.E.H. Carr antara sejarawan ternama pertengahan kurun ke-20 mengatakan Sejarah adalah satu proses berterusan interaksi antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, iaitu satu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau. Collingwood pula memberi pengertian bahawa sejarah adalah sejarah pemikiran. R.O. Winstedt, yang telah menghasilkan kamusnya pula mengatakan perkataan sejarah berasal daripada perkataan Arab. Beliau mengertikan sejarah itu sebagai salasilah, tawarikh, dan babad. Caldwell umpamanya mengatakan bahawa perkataan history (sejarah) yang berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud penyelidikan itu telah berubah maksudnya menjadi peristiwa yang pernah berlaku pada masa yang lalu dan juga ingatan yang tercatat tentang masa lalu.

Garraghan mentakrifkan sejarah mempunyai tiga konsep yang berkait rapat tetapi sangat berbeza antara satu sama lain iaitu pertamanya, peristiwa manusia masa lalu, masa lalu yang sebenarnya, kedua catatan tentang peristiwa tersebut dan ketiga proses atau teknik membuat catatan tersebut. A. Marwick juga menyebut sejarah dari sudut tahap pengertian pertama, ia merupakan keseluruhan masa lalu manusia seperti sebenarnya berlaku; kedua, ia merupakan percubaan manusia menghurai dan mentafsir masa lalu; ketiga, sebagai kajian yang sistematik terhadap masa lalu, iaitu sejarah sebagai satu disiplin ilmu pengetahuan. A.L. Rowse pula memberi pengertian sejarah dari segi keseluruhan masa lalu bagi keseluruhan benda, peristiwa, alam, manusia, haiwan ataupun makhluk secara amnya; juga dari segi sejarah yang sebenarnya, iaitu sebagai satu perkara atau peristiwa yang dikaji.

Sejarawan tempatan, R. Suntharalingam dalam karya beliau bertajuk Pengenalan kepada Sejarah, dengan merujuk pelbagai pendapat sejarawan Barat terutamanya serta menerangkan pelbagai bentuk dan aliran serta perkembangannya, beliau melihat sejarah itu sebagai ilmu pengetahuan yang mencakupi semua hal. Manakala bagi Shaharom Hussein mengatakan; daripada pelajaran tawarikh (sejarah) kita juga dapat menyingkap semula lembaran sejarah darihal kebangkitan kemajuan, kejatuhan, dan kemunduran sesuatu bangsa. Menurut Zainal Abidin Abdul Wahid pula; sejarah membolehkan kita memeriksa, mengambil pengertian dan menimbangkan satu-satu perkara itu dengan lebih saksama dan sempurna. Sejarah juga boleh jadi petunjuk dan pemandu kita. Sidi Ghazalba, seorang sejarawan Indonesia pula memberi empat pengertian sejarah iaitu pertama sejarah sebagai sesuatu yang telah berlalu, satu peristiwa, satu kejadian; kedua, sebagai riwayat dan peristiwa yang telah berlalu; ketiga, sebagai semua pengetahuan tentang masa lalu; keempat, sebagai ilmu yang berusaha menentukan dan mewariskan ilmu pengetahuan.

Umumnya, sejarah itu adalah masa lalu. Pengertian ini nyata benarlah keluasannya, kerana ia dapat dianggap mempunyai erti yang sewenang-wenangnya tanpa tertakluk kepada batasan kecuali suasana masa lalu. Sejarah sebagai masa lalu dimaksudkan mengandungi semua kejadian serta peristiwa dan pengalaman yang telah berlaku dan berlalu; sama ada kejadian itu merupakan kumpulan kejadian ataupun kejadian yang berasingan bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan; yang penting sudah berlaku dan berlalu. Pada dasarnya sejarah berupa semua pengalaman, tingkah laku, kejadian serta peristiwa dalam kehidupan seseorang individu, pemimpin, sebuah institusi, pertubuhan, negara mahupun masyarakat. Semua kejadian yang pernah berlaku kepada diri seseorang atau pun sesebuah pertubuhan dan sebagainya dikira sebagai tergolong ke dalam lingkungan masa lalu. Sama ada kejadian itu merupakan kejadian yang penting, yang patut dan perlu diingat, ataupun yang bersejarah, mahupun sebaliknya, yakni tidaklah penting dan remeh, bukanlah menjadi persoalan utama dalam hubungannya dengan pengertian tersebut. Hanya perkara yang telah berlaku itu sebahagian daripada masa lalu dan dari itu sebahagian daripada sejarah atas hakikat ia telah berlaku. Ringkasnya sejarah merupakan satu cabang ilmu. Semua peristiwa masa lampau yang menjadi inti pati cerita sejarah itu benar-benar terjadi dan dapat dibuktikan kebenarannya, seperti perjuangan manusia untuk mencapai kehidupan kemanusiaan yang lebih sempurna dan sebagai ilmu yang berusaha mewariskan pengetahuan tentang masa lalu kisah sesuatu masyarakat.

2. Kepentingan metodologi sejarah dalam melakukan penyelidikan disiplin berkaitan.

Louis Gottschalk dalam karyanya yang berjudul Understanding History telah memberikan suatu pandangan yang menyakinkan tentang kaedah sejarah. Beliau mengatakan bahawa kaedah sejarah adalah suatu proses meneliti dan menganalisis secara kritis catatan dan tinggalan masa lalu. Dengan kata lain, apa yang dianalisis dan diteliti adalah sumber-sumber kajian sejarah itu sendiri. Bagi Jacques Barzun dan Henry F. Graff mengatakan bahawa kaedah sejarah itu adalah sebahagian daripada teknik-teknik penyelidikan sejarah. Menurut Gilbert J. Garraghan, beliau mentakrifkan kaedah sejarah itu sebagai; sekumpulan prinsip dan peraturan yang sistematik bertujuan membantu usaha mengumpul sumber-sumber sejarah dengan berkesan, meneliti dan mengkaji sumber-sumber tersebut dengan kritis dan membentangkan suatu sintesis (umunya dalam bentuk penulisan) daripada hasil-hasil yang telah diperolehi.

Penyelidikan bermaksud maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara, menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih mendalam tentang sesuatu. Manheim menyatakan bahawa penyelidikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan manusia sejagat. Helmstadter pula mendefiniskan penyelidikan sebagai aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan menggunakan kaedah mengenalpasti persoalan yang sedang digunapakai oleh sarja-sarjana dalam bidang tersebut. Woolf, menyatakan penyelidikan adalah suatu penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan menemukan dan menginterpretasikan fakta-fakta, mengulang semula teori yang diterima dalam penemuan baru atau amalan penggunaan teori yang digunapakai semula. Dapat disimpulkan bahawa penyelidikan sejarah adalah transkripsi bertulis yang melibatkan penyiasatan yang khusus tentang masa lalu yang mempunyai bukti-bukti yang kukuh bersandarkan kepada bukti sejarah dan fakta sejarah itu sendiri.

Justeru sebagai sejarawan yang ingin menjalakankan sesuatu penyelidikan dengan menggunakan metodologi sejarah, apa yang perlu dipentingkan adalah perolehan dan penggunaan sumber dan fakta dalam penulisan sejarah. Dengan bertunjangkan sumber primer, sejarawan dapat menyampaikan hasil kajian yang tepat tentang sesuatu peristiwa dengan sebenar-benarnya. Hal ini penting kerana apabila sejarawan menggunakan kaedah metodologi sejarah, maka hasil penulisan tersebut dapat diangkat sebagai karya sejarah yang unggul. Oleh yang demikian, bagaimanakah seseorang sejarawan itu yang mengkaji jurusan atau bidang yang dipilihnya, berusaha dan mencapai apa yang boleh dikira sebagai kebenaran sejarah itu? Sebenarnya persoalan ini adalah persoalan yang memerlukan penerangan keseluruhan mengenai kaedah dan teknik penyelidikan sejarah. Hanya apabila sejarawan melakukan kaedah dan teknik maka barulah apa yang dianggap sebagai kebenaran sejarah dapat diwujudkan.

Perkara pertama yang perlu dititikberatkan oleh sejarawan adalah pemilihan dan penggunaan sumber. Seperti suatu ilham, sumber adalah sesuatu yang boleh menjadi punca kepada sesuatu lahiran pemikiran atau penulisan, tetapi sumber berbeza dengan ilham kerana ia tidak bersifat abstrak mahupun spontan, dan ia boleh dirujuk kembali apabila sejarawan memerlukannya semula. Pada peringkat awal, sumber adalah sekumpulan bahan-bahan yang tersimpan di tempat-tempat yang khusus seperti di arkib, perpustakaan, muzium, pejabat menyimpan rekod, istana dan sebagainya, ataupun di rumah-rumah orang perseorangan yang mempunyai minat menyimpannya. Sejarawan yang ingin melakukan penyelidikan perlu mengenalpasti sumber-sumber yang diperlukannya.

Secara amnya, sumber boleh diertikan sebagai kumpulan bahan rujukan bagi kegunaan penyelidikan dalam mana-mana bidang keilmuan. Jadi dalam hal ini, bukanlah sejarawan sahaja yang memerlukan sumber untuk penyelidikannya, bahkan ilmu-ilmu yang lain turut memerlukan sumber. Umumnya dari segi sejarah, sumber itu dibahagikan kepada dua kategori; iaitu yang pertama adalah sumber primer dan kedua adalah sumber sekunder. Satu lagi kategori sumber adalah sumber lisan yang kadangkala boleh dianggap sebagai sumber utama, ataupun sumber kedua bergantung kepada kepentingan dan ketulenan serta kejituannya berhubung dengan sesuatu peristiwa yang sedang dikaji.

Sumber pertama adalah kumpulan sumber mahupun bahan yang boleh dirujuk, tetapi keadaannya masih asli dan belum lagi ditafsirkan serta terdapat di institusi-institusi seperti yang dinyatakan di atas. Antara sumber pertama adalah bahan berupa dokumen, surat, sama ada yang rasmi ataupun sebaliknya, catatan dan laporan, buku harian, warkah watiqah dan titah perintah, dan kadangkala akhbar serta majalah dengan peringatan boleh dianggap sebagai sumber utama. Apa yang menjadikan sumber-sumber itu sebagai sumber utama adalah keadaannya itu sendiri yang merupakan sumber pertama sekali mencatatkan dan melapor mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku. Sumber pertama bukan merupakan suatu hasil kajian terhadap sumber lain, sebaliknya ia bersifat asli dan masih belum diolah atau ditafsirkan.Seterusnya apakah yang dikatakan sumber kedua? Secara asasnya, sumber kedua adalah kajian-kajian ataupun penulisan-penulisan yang telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun sesuatu kumpulan, tentang sesuatu peristiwa, tokoh-tokoh dan sebagainya. Kajian-kajian ini didasarkan kepada sumber-sumber utama. Menurut amalan ilmiah pada hari ini, penghasilan sesuatu sumber kedua perlu melalui sesuatu proses atau kaedah penyelidikan yang teratur supaya hasilnya akan merupakan suatu hasil yang boleh diterima kebenarannya. Sumber kedua sebenarnya merupakan tafsiran, penyeluruhan, kesimpulan malahan andaian yang dibuat oleh seseorang pengkaji terhadap perkara-perkara yang dikajinya dengan bersandarkan kepada sumber utama yang berkaitan. Sumber kedua biasanya digunakan oleh penyelidik sama ada sebagai rujukan, bandingan mahupun sebagai ungkapan bagi mengukuhkan pandangan serta tafsirannya terhadap perkara yang dikajinya. Dalam kategori sumber kedua ini termasuk buku-buku majalah dan akhbar, latihan ilmiah, tesis, karangan ataupun esei yang menganalisis sesuatu isu yang penting. Selanjutnya, dalam menghasilkan penulisan sejarah, sejarawan harus menyedari bahawa kepentingan sumber, sama ada sumber utama mahupun sumber kedua, adalah suatu kepentingan yang asasi. Hal ini adalah kerana sumber, bagi penulisan sejarah sebagai berbeza dari penulisan karya kreatif. Sumber adalah suatu keperluan yang hakiki. Tanpa sumber sejarawan tidak berupaya menghasilkan pensejarahannya. Oleh itu, sejarawan harus mencari serta mengumpulkan dan memastikan sumbernya. Melalui sumber sejarawan dapat mencari fakta dan ia merupakan salah satu unsur yang akan memperkukuhkan kebenaran penulisannya. Jelas bahawa sesuatu hakikat bahawa fakta adalah salah satu unsur yang mengukuhkan kebenaran lantas kesejarahan sesebuah penulisan. Tanpa fakta, penulisannya akan menjadi kosong dari segi kesejarahannya; mungkin ia menjadi sebuah karya falsafah, ataupun logik, ataupu karya kreatif. Bagi sejarah, fakta itu boleh dianggap sebagai tulang belakang malah nadi bagi kesejarahannya. Tanpa fakta juga, sejarawan hanya berbicara di arena yang kosong. Hubungan fakta dengan sumber amat rapat di mana dari sumber itu akan lahirnya fakta. Fakta adalah suatu hakikat yang stabil, kukuh, terbukti dan tidak boleh dipersoal mahupun digugat kebenarannya. Dari satu segi fakta sejarah, ia adalah objektif dan benar-benar wujud ataupun pernah berlaku suatu ketika dahulu. Menurut Louis Gottschalk, asas bagi proses meneliti dan menganalisis secara kritis adalah melalui kaedah yang kritis. Kaedah kajian sejarah dianggap penting dalam melakukan penyelidikan sejarah kerana melalui kaedah ini seseorang sejarawan itu dijangka dapat menghasilkan karya pensejarahan yang lebih bersifat objektif. Konsep objektif merupakan satu konsep yang cuba untuk mempersembahkan penulisan sejarah secara tepat sebagaimana ia berlaku yakni tiada unsur penambahan atau bias mahupun pengadilan moral. Konsep objektif ini didasarkan kepada fakta-fakta atau sumber-sumber utama yang boleh dipercayai. Melihat kepada pengertian objektif pada asasnya bermakna tujuan atau sasaran sesuatu sejarah itu dikaji dan ditulis. Garraghan menyatakan objektif adalah bersifat neutral yang tidak memihak kepada mana-mana pihak. Begitu juga halnya dengan Donald V. Gawronski yang menyatakan bahawa konsep objektif bermaksud menggunakan fakta sejarah tanpa ada perasaan memihak dan prasangka.

Dengan adanya kaedah kajian sejarah yang mementingkan objektiviti ini maka sejarah itu dapat menjelaskan sesuatu itu sebagaimana sebenarnya berlaku tanpa dibayangi oleh kepentingan penulis atau pihak tertentu. Hal ini dibuktikan lagi dengan pernyataan Ranke bahawa matlamat pengajian sejarah adalah untuk menggambarkan kejadian-kejadian sebagaimana sebenarnya berlaku dan membiarkan fakta-fakta sejarah bercakap dengan sendirinya tanpa penglibatan sejarawan.Selain itu, konsep objektif dapat mengelakkan berlakunya bias dalam kajian yang dijalankan oleh sejarawan. Hasil kajian yang dianggap objektif harus dapat dipertahankan kebenarannya, sekurang-kurangnya untuk sementara waktu sehinggalah terdapat satu penerangan lain atau sumber baru yang mungkin memaparkan kelemahan dan kesilapan yang mula-mula tadi.

Ciri pertama yang harus dipertimbangkan oleh seseorang sejarawan ialah harus memahami dan mengamalkan proses penyelidikan yang sistematik dalam menghasilkan kajiannya. Kedua, sejarawan haruslah mendapatkan serta menggunakan sumber utama dan benar serta harus memeriksa, mengkaji dan menganalisis sumber dengan kritis dan jujur. Hal ini adalah supaya keaslian sumber tersebut dapat dikenalpasti dan mempunyai perkaitan dengan fakta-fakta tersebut. Sejarawan yang objektif mestilah menjangkakan pendapatnya dari penglihatan yang tajam dan sudah tentu pandangannya itu berbentuk metod, tiada keraguan dengan pendapatnya atau kajiannya yang terhasil daripada satu pandangan persendirian yang telus tanpa bias.

Selain dapat menghasilkan penyelidikan yang bersifat objektif, kepentingan metodologi sejarah juga adalah untuk memastikan penggunaan sumber dalam penyelidikan sejarah adalah sahih dan diakui kebenaran sumber tersebut. Penulisan sejarah mesti mempunyai peraturan-peraturan serta tatacara yang betul bagi menghasilkan penulisan yang objektif semasa sejarawan menjalankan penyelidikan. Pemilihan sumber adalah penting dalam menghasilkan penulisan yang bersifat objektif. Sumber boleh dirujuk kembali apabila diperlukan. Pemilihan sumber yang tepat akan dapat membantu mempengaruhi pandangan, penyeluruhan serta tafsiran penyelidikan terhadap sesuatu topik kajian. Bagi aliran objektivis, ilmu sejarah tidak dapat berdiri tanpa sumber atau bukti. Malah pernah dikatakan bahawa penyelidikan sejarah hanya terhad dengan adanya sumber atau bukti untuk dihasilkan. Sejarawan perlu melakukan penyelidikan bagi mengesan dan mengenal pasti sumber yang diperlukan dalam menghasilkan penulisan yang objektif agar bertepatan dengan sejarah menurut Ranke iaitu seharusnya tepat seperti apa yang terjadi.

Walaupun sukar bagi seseorang sejarawan untuk menghasilkan sesuatu penulisan yang sepenuhnya objektif dan rasional, namun demikian ia haruslah mengambil kira apakah penulisannya merupakan gambaran yang paling munasabah mengenai sesuatu peristiwa yang dikaji. Pengadilan seseorang sejarawan terhadap kajiannya seharusnya tidak didasarkan kepada apa yang difikirkannya betul, sebaliknya mestilah berasaskan kepada apa yang didapatinya betul bersandarkan sumber yang ada. Sejarah bukanlah ilmu falsafah yang membenarkan kita menerima kebenaran dengan berdasarkan penghujahan mental yang logik tanpa merujuk bahan-bahan pembuktian. Sejarah juga bukan kesusasteraan yang memberikan kebebasan yang lebih luas kepada akal, pemikiran, imaginasi, emosi, sentimen, khayalan dan angan-angan. Sejarah adalah suatu bidang ilmu yang menuntut pengkajinya menyatakan kebenaran bukan sahaja dengan penghujahan yang logik, imaginasi tetapi penghujahan itu seharusnya bersifat objektif dalam erti kata semuanya merupakan kebenaran, sama ada yang tepat mahupun imbasan, yang boleh diterima sebagai fakta bagi sesuatu peristiwa yang dikaji. Dalam usaha menghasilkan sesuaru karya sejarah dengan bersandarkan kepada kaedah penyelidikan sejarah, seseorang sejarawan perlu berusaha mendapatkan sumbernya, kemudian memilih sumber tersebut; bukan memilih mana yang sesuai untuk digunakannya tetapi mana-mana yang ada kaitan, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan peristiwa yang dikaji. Sejarawan harus mengkaji sumbernya untuk mendapatkan fakta dan seterusnya membolehkannya membuat tafsiran terhadap fakta-fakta serta peristiwa yang berkenaan. Dengan berdasarkan sumber yang dikaji, maka dianggap bahawa ia akan menghasilkan tafsiran yang seimbang dan sewajarnya iaitu sepadan dengan sumber yang digunakan. Dengan gabungan dari tafsirannya itu merupakan penulisannya ataupun karya sejarahnya, yang dengan sendirinya merupakan peringkat terakhir di dalam proses penyelidikan sejarah.RujukanAbdul Rahman Haji Abdullah. 1996.Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Caldwell. W.E. 1965.The Abcient World, Muhd Yusof Ibrahim (Terj.). Holt, Rinehart and Winston Press.

Carr. E.H. 1984.Apakah Sejarah?. Abdul Rahman Hj. Ismail (Terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collingwood R.G. 1985.Idea Sejarah. Muhd Yusof Ibrahim (Terj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibnu Khaldun. 2002.Mukadimah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ishak Saat. 2007. Ilmu Sejarah antara Tradisi dan Moden. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Louis Gottschalk. 1968. Understanding History: A Primer of Historical Method. Edisi kedua. Boston: Beacon Press.

Muhd. Yusof Ibrahim & Mahayudin Haji Yahya. 1968. Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd Yusof Ibrahim. 1986. Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd. Yusof Ibrahim. 1997. Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd. Yusof Ibrahim. 2000. Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, dan Kaedah. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shaharom Hussein. 1950. Tawarikh Johor. Singapura: al-Ahmadiah Press.

Sidi Ghazalba. 1966. Pengantar Sedjarah Sebagai Ilmu. Bharatara: Djakarta.

Sutharalingam. 1985. Pengenalan kepada Sejarah. Marican & Sons (M) Sdn. Bhd.

Tengku Iskandar. 1970. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Bin Abdul Wahid. 1958. Kepentingan Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tengku Iskandar, Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1970, hlm. 1033.

Collingwood R.G., Idea Sejarah, Muhd Yusof Ibrahim, (Terj), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 7.

Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, dan Kaedah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1997, hlm. 10.

Ibnu Khaldun, Mukadimah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 10.

Ishak Saat, Ilmu Sejarah antara Tradisi dan Moden, Karisma Publications Sdn. Bhd., Shah Alam, 2007, hlm. 2.

Muhd. Yusof Ibrahim & Mahayudin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1968, hlm. 305.

Carr. E.H., Apakah Sejarah?, Abdul Rahman Hj. Ismail (Terj.), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1984, hlm. 27.

Collingwood R.G., Idea Sejarah, hlm. 7.

Caldwell, W.E., The Abcient World, Muhd Yusof Ibrahim (Terj.), Holt, Rinehart and Winston Press, 1965, introduction, hlm. ix.

Rowse, A.L., The Use of Gistory, edisi semakan baru, The Colier Books, New York, 1965, hlm. 44.

R. Sutharalingam, Pengenalan kepada Sejarah, Marican & Sons (M) Sdn. Bhd., 1985, hlm 14.

Shaharom Hussein, Tawarikh Johor, al-Ahmadiah Press, Singapura, 1950, hlm. 109.

Zainal Abidin Bin Abdul Wahid, Kepentingan Sejarah, dlm. Dewan Bahasa, jil. II, Bil 10, Oktober, 1958, hlm. 506.

Sidi Ghazalba, Pengantar Sedjarah Sebagai Ilmu, Djakarta, Bharatara, 1966, hlm. 2.

Louis Gottschalk, Understanding History: A Primer of Historical Method, edisi kedua, Beacon Press, Boston, 1968, hlm. 48.

Garraghan G.J., A Guide to Historical Method, hlm. 33.

Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1986, hlm. 65.

Ibid., 66.

Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, dan Kaedah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2000, hlm. 212.

Garraghan G.J., A Guide to Historical Method, hlm. 7.

Gawronski Donald V., History Meaning and Method, Scott Foresman and Company, Philippine, 1975, hlm. 15.

Ishak Saat, Ilmu Sejarah antara Tradisi dan Moden, hlm. 8.

Ibid., hlm. 10.

Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, hlm. 54.

Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996, hlm. 69.

9