malay confirmation form mergedcdn.standtogether.my/wp-content/uploads/... · melaporkan kejadian...
TRANSCRIPT
MANUAL PELAJAR
WWW.STANDTOGETHER.MY
SOALAN SERING DITANYA (FAQs)
APA ITU KEMPEN #STANDTOGETHER?
#StandTogether adalah kempen yang dilancarkan oleh R.AGE dan SP Setia untuk
menjadikan minggu pertama April sebagai Minggu Baik Hati Kebangsaan di semua
sekolah. Ia bertujuan untuk menggalakkan sikap baik hati dan empati dalam sistem
persekolahan di Malaysia, seterusnya melahirkan pelajar dengan keperibadian
terpuji. Kempen ini juga bertujuan untuk menambah baik sistem pembelajaran dan
secara tidak lansung budaya buli di sekolah
ADAKAH MINGGU BAIK HATI KEBANGSAAN MENDAPAT KEBENARAN
KEMENTERIAN PELAJARAN?
Ya, Kementerian Pelajaran telah memberikan kami sokongan penuh untuk
melaksanakan Minggu Baik Hari Kebangsaan di semua sekolah di seluruh negara.
JUMLAH YURAN YANG DIKENAKAN UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN INI?
Pertandingan ini adalah percuma! Penyertaan dalam semua #StandTogether
program adalah percuma. Semua sumber bilik darjah kami juga percuma.
BOLEH TAK SEKOLAH HANTAR LEBIH DARIPADA SATU PENYERTAAN UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN #STANDTOGETHER? Boleh! Sekolah boleh menjalankan lebih dari satu Projek Baik Hati dan hantar pada kami, namun hanya satu projek akan di pilih di setiap sekolah. Setiap Projek mestilah diketuai oleh pelajar, dan mereka boleh berbuat demikian dalam kumpulan yang tidak melebihi 10 orang pelajar.
BOLEH TAK KALAU KITA NAK HANTAR PENYERTAAN SEBAGAI SEKUMPULAN
PELAJAR?
Boleh! Pelajar anda boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini sebagai
satu kelas, satu persatuan, Badan Beruniform, atau hanya sekumpulan rakan yang
ingin menjadikan sekolah sebuah tempat yang lebih baik. Namun ahli setiap
kumpulan tidak boleh melebihi 10 orang pelajar.
SIAPA DUTA SELEBRITI #STANDTOGETHER?
Senarai duta selebriti kami masih berkembang. Setakat ini kami ada Lisa Surihani,
Harith Iskander, Chef Wan, Ismail Izzani, JinnyBoyTV, Arwind Kumar, Jenn Chia, Nik
Qistina, dan banyak lain lagi! Anda boleh menyemak video kami sini, atau di
Facebook dan Instagram.
BILAKAH TARIKH AKHIR UNTUK MENDAFTAR PERTANDINGAN 2020?
April 17, 2020. Cepatlah mendaftar!
MACAMANA NAK MENDAFTAR?
Senang je! Jawab beberapa soalan, kemudian jangan lupa isi surat pengesahan
Minggu Baik Hati Kebangsaan dan borang pendaftaran untuk menyertai
Pertandingan (2 surat berbeza). Jangan lupa hantar semula surat-surat yang telah
lengkap dengan tanda tangan guru besar sebelum tarikh tutup. Ini semua boleh
dilakukan semasa mendaftarkan program Minggu Baik Hati Kebangsaan
menggunakan Chat Bot Baik Hati di WhatsApp. Untuk bermula, pergi ke
bit.ly/standtogether2020.
BOLEH TAK KALAU KAMI INGIN MENYERTAI PERTANDINGAN #STANDTOGETHER
TAPI KAMI TAK MAHU MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM KEMPEN MINGGU BAIK
HATI KEBANGSAAN #STANDTOGETHER?
Malangnya tidak. Setiap sekolah perlu menyertai Minggu Baik Hati Kebangsaan
sebelum menyertai pertandingan.Klik sini untuk mendaftar menyertai Minggu Baik
Hati Kebangsaan menggunakan Chat Bot di Whatsapp: bit.ly/standtogether2020.
Untuk maklumat yang lanjut, klik di sini!
APAKAH MINGGU BAIK HATI KEBANGSAAN
#STANDTOGETHER?
#StandTogether adalah satu program yang berlangsung sepanjang tahun. Program
yang mendapat sokongan Kementerian Pelajaran ini bertujuan membantu
menjadikan sekolah-sekolah di Malaysia satu tempat yang baik serta menyemai
nilai-nilai murni, sikap BAIK HATI dan EMPATI.
Langkah pertama untuk meraikan Minggu Baik Hati Kebangsaan (NKW) di sekolah
anda adalah dengan MENDAFTAR dan anda akan menerima akses kepada semua
program, aktiviti dan sumber kami sepanjang tahun ini.
CARA MENDAFTAR UNTUK MINGGU BAIK HATI KEBANGSAAN
Layari bit.ly/standtogether2020 untuk mendaftar sekolah anda melalui Whatsapp. Setelah mendaftar, ini apa yang anda perlu lakukan:
1. RANCANG SEBUAH “PROJEK BAIK HATI” DI SEKOLAH ANDA
Mencipta sebuah Projek Baik Hati yang dipimpin oleh pelajar untuk
menjadikan sekolah anda tempat yang lebih baik, dan melancarkannya
semasa Minggu Baik Hati Kebangsaan. Klik di sini untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang Projek Baik Hati.
2. MELAKSANAKAN "STRATEGI BAIK HATI" DI SEKOLAH
Kami telah menyediakan satu senarai 9 strategi yang akan menggalakkan
budaya baik hati di sekolah anda. Untuk Minggu Baik Hati Kebangsaan tahun
ini, sekolah anda mesti mengamalkan sekurang-kurangnya TIGA daripada 9
strategi.
3. LENGKAPKAN SURAT PENGESAHAN MINGGU BAIK HATI KEBANGSAAN
Lengkapkan surat pengesahan yang dilampirkan, dapatkan tandatangan
guru besar atau pengetua anda, ambil gambar, dan hantar semula surat
kepada kami melalui pautan laman web di bawah.
SEDIA MENDAFTAR?
Layari https://standtogether.my/nkw/!
MENYERTAI PERTANDINGAN #STANDTOGETHER
Sudah mendaftar untuk Minggu Baik Hati Kebangsaan? Hebat! Sekarang anda juga
boleh bersaing dalam pertandingan #StandTogether.
Para pelajar yang menjalankan Projek Kebaikan yang paling hebat semasa Minggu
Baik Hati Kebangsaan akan memenangi beberapa hadiah yang menakjubkan,
termasuk:
❏ Lawatan sekolah oleh salah satu selebriti dari Duta #StandTogether kami
❏ Geran tunai RM1,000
❏ Liputan media oleh R.AGE dan The Star
❏ Berpeluang untuk dinamakan Sekolah Paling Baik Hati di Malaysia
CARA MENYERTAI PERTANDINGAN #STANDTOGETHER
1. DAFTAR UNTUK MENYERTAI MINGGU BAIK HATI KEBANGSAAN
Sekiranya anda belum mendaftar, layari https://standtogether.my/nkw/.
Semasa mendaftar anda akan ditanya sama ada anda mahu menyertai
Pertandingan #StandTogether- jawab YA!
2. DAFTAR UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN #STANDTOGETHER
Anda perlu mencari idea untuk Projek Baik Hati. Kirim idea anda di laman
web di bawah. Anda perlu memuat naik Borang Pendaftaran Pertandingan
yang dilampirkan.
3. JALANKAN IDEA “PROJEK BAIK HATI” DAN HANTAR LAPORAN KEPADA
KAMI!
Menjalankan Projek Baik Hati anda dengan bersungguh-sungguh sepanjang
tahun, dan hantar kami laporan mengenai aktiviti tersebut serta
keberkesannnya sebelum atau pada 24 Jun.
SEDIA MENYERTAI PERTANDINGAN?
Sebaik sahaja anda mempunyai idea untuk Projek Baik Hati, sila pergi ke
https://standtogether.my/nkw/.
TIPS PERTANDINGAN #STANDTOGETHER
Terima kasih kerana menyertai Pertandingan #StandTogether! Kami amat teruja
untuk melihat apa yang anda ada untuk kami. Ini tip dari juri kami yang boleh
gunakan dalam mencari idea untuk projek baik hati anda:
1. MEMPUNYAI OBJEKTIF YANG JELAS
Setiap projek yang baik bermula dengan objektif yang jelas. Cuba tanya diri
anda: apakah yang anda ingin capai, dan apa langkah yang perlu dijalankan
untuk menyelesaikannya?
2. PASTIKAN PROJEK ANDA MUDAH UNTUK DILAKUKAN
Setelah anda telah pasti dengan objektif anda, ini masanya untuk cuba cari
idea. Ingat kadangkala idea yang mudah itu lebih berkesan. Jika anda boleh
menjelaskan projek anda dalam satu ayat, itu menunjukkan bahawa projek
anda mempunyai fokus yang jelas.
3. FIKIRAN TENTANG SASARAN PROJEK ANDA
Tanya diri anda berapa orang yang akan mendapat manfaat dari projek anda.
Adakah projek itu akan berkesan terhadap 10 atau 100 orang? Apabila anda
ingin merancang projek anda, sentiasa berazam untuk mencapai impak yang
maksimum.
4. PASTIKAN ANDA BOLEH KEKALKAN PROJEK ANDA
Elakkan projek yang hanya boleh dilakukan selama sehari atau seminggu
sahaja kerana perubahan tidak akan berlaku dalam masa sehari dua. Jadi,
cuba mengekalkan projek anda selama mungkin.
5. ADAKAH PROJEK ANDA BOLEH DIKEMBANGKAN LAGI?
Ini bermaksud projek anda seharusnya boleh dikembangkan kepada skala
yang lebih besar. Tanyakan diri anda: adakah projek ini mudah bagi
Kementerian Pendidikan untuk melaksanakannya di 1,000 sekolah di seluruh
Malaysia? Ini sebabnya tip #2 begitu penting, idea yang mudah lebih senang
direplikakan dalam skala yang lebih besar.
AKTIVITI LAIN YANG BOLEH DISERTAI SEMPENA MINGGU BAIK HATI KEBANGSAAN
Berikut adalah beberapa aktiviti lain yang boleh anda ambil bahagian dalam
kempen #StandTogether:
1. SERTAI PERMAINAN BAIK HATI
Membina empati adalah kemahiran yang penting untuk membanteras gejala
buli. Kami ada beberapa permainan dan aktiviti yang boleh anda jalankan
dalam kelas atau bersama rakan-rakan. Permainan-permainan ini bertujuan
menyemai amalan baik hati dan sikap empati melalui pembelajaran
interaktif. Permainan-pemainan ini tidak memerlukan masa yang panjang
dan boleh diadakan pada masa lapang. Bahan-bahan yang digunakan pula
mudah untuk didapati. Sebelum itu, dapatkan semua bahan yang anda
perlukan di laman web kami di sini.
2. CALONKAN INDIVIDU PALING BAIK HATI UNTUK ANUGERAH BAIK HATI
Sekiranya anda mengenali seseorang yang menunjukkan kebaikan yang luar
biasa di sekolah, calonkan mereka untuk Anugerah Baik Hati! Tujuann
anugerah ini adalah untuk menonjolkan individu yang boleh dijadikan contoh
kepada orang ramai. Anugerah akan diberikan kepada seorang guru, seorang
pelajar, seorang guru besar atau pengetua sekolah, seorang kaunselor, dan
seorang staf sekolah yang “paling baik” di Malaysia .Untuk mencalonkan
seseorang, klik pautan ini.
3. SERTAI BENGKEL YANG DIADAKAN SEMASA JELAJAH AMALAN BAIK HATI
Pasukan #StandTogether akan mengadakan bengkel semasa Jelajah Baik
Hati yang akan diadakan di setiap negeri di Malaysia. Bengkel ini bertujuan
untuk melahirkan Duta Baik Hati dalam kalangan pelajar serta guru-guru.
Duta Baik Hati ini akan mewakili sekolah serta komuniti untuk menyebar
luaskan lagi amalan baik di Malaysia. Tiada bayaran akan dikenakan kepada
sekolah yang menyertai Minggu Baik Hati Kebangsaan, sekiranya ingin
menghantar wakil menyertai bengkel ini. Kami ada menyediakan subsidi
perjalanan namun berdasarkan kepada permintaan sekolah. Untuk
maklumat lanjut, e-mel ke [email protected].
STRATEGI BAIK HATI
Di sini terdapat beberapa strategi daripada beberapa orang pakar, yang boleh anda
gunakan untuk memastikan persekitaran di sekolah anda lebih baik dan selamat
Sebagai sebahagian daripada komitmen anda untuk Minggu Baik Hati Kebangsaan,
guru besar anda perlu laksanakan TIGA strategi di sekolah anda tahun ini.
1. MENYOKONG MINGGU BAIK HATI KEBANGSAAN DENGAN MENYERTAINYA
SETIAP TAHUN
Perubahan tidak boleh dilakukan dengan sekelip mata. Jadi pastikan sekolah
anda menjalankan aktiviti baik hati pada setiap minggu pertama bulan April
untuk memastikan budaya baik hati ini berterusan.
2. NYATAKAN SOKONGAN SEKOLAH TERHADAP KEMPEN #STANDTOGETHER
Minta semua orang di sekolah anda - pelajar, guru-guru serta kakitangan
untuk membuat Aku Janji Baik Hati #StandTogether. Ini boleh dilakukan
secara berkala semasa perhimpunan sekolah, dan anda juga boleh
meletakkan poster aku janji tersebut di sekolah untuk mengingatkan setiap
orang tentang komitmen mereka untuk mengamalkan amalan baik. Muat
turun poster di https://standtogether.my/resources-strategies.
3. KONGSI SATU KISAH BERUNSUR KEBAIKAN SEWAKTU PERHIMPUNAN
SETIAP MINGGU
Ambil masa 5 minit setiap kali perhimpunan untuk menonjolkan satu
kebaikan yang telah dilakukan warga sekolah anda. Anda boleh menetapkan
guru atau pemimpin pelajar untuk bantu mencari atau menerima laporan
tentang kebaikan yang telah dilakukan setiap minggu.
4. WUJUDKAN SATU SISTEM PELAPORAN YANG SELAMAT DAN SULIT
Sediakan satu platform dalam talian yang sulit seperti menggunakan alamat
e-mel atau Google Form, bagi membolehkan pelajar atau orang luar
melaporkan kejadian buli. Pelajar mungkin rasa tidak selamat untuk
melaporkan kes buli menggunakan sistem pelaporan fizikal. Pastikan semua
kes disiasat, pelajar akan kehilangan kepercayaan kepada sistem tersebut
sekiranya mereka merasa bahawa tindakan tidak diambil ke atas laporan
yang telah dibuat.
5. UTAMAKAN SESI KAUNSELING SEBELUM MENGHUKUM
Ucapan yang baik serta kata-kata penuh empati lebih berkesan daripada
memberi hukuman secara fizikal kepada golongan muda. Selain itu, kajian
telah menunjukkan bahawa hukuman fizikal atau hukuman yang boleh
malukan pesalah akan menggalakkan pelajar untuk melakukan keganasan.
Untuk tip kaunseling, sila rujuk https://standtogether.my/resources-strategies.
6. MAKAN DENGAN CIKGU DI KANTIN
Ayuh pelajar, kenali cikgu-cikgu anda sewaktu makan! Ini boleh mengubah
hubungan di antara guru dan pelajar. Cuba secara baik untuk mengadakan
perbualan yang tidak berkaitan dengan sekolah. Contohnya: cari persamaan
di antara anda seperti hobi pada waktu lapang.
7. WUJUDKAN SATU “JAWATANKUASA BAIK HATI” YANG TERDIRI
DARIPADA GURU DAN PELAJAR
Jawatankuasa ini boleh membantu menjalankan idea di atas, atau cari idea
baru! Contohnya, wujudkan satu atau beberapa kumpulan terdiri daripada
individu yang kita kenal rapat. Ahli kumpulan ini boleh membantu satu sama
lain dengan memberi sokongan moral atau berkongsi kisah sesama mereka
sahaja. Kami cadangkan untuk libatkan juga guru atau Pembimbing Rakan
Sebaya.
8. TUKAR PERANAN MASING-MASING DI DALAM KELAS
Setiap minggu, seorang pelajar diberi masa 10 minit untuk mengajar sesuatu
yang mereka sangat suka, di dalam kelas (dengan kehadiran cikgu juga!).
Pelajar dan guru boleh merasai pengalaman berada di dalam kelas sebagai
seorang guru dan pelajar. Ini membolehkan pelajar menambah keyakinan diri
dan bersikap lebih terbuka. Aktiviti ini boleh dilakukan sewaktu kelas bagi
mata pelajaran Sivik, atau bagi mengisi masa lapang sesudah minggu
peperiksaan.
9. LAKSANAKAN KURIKULUM KECERDASAN EMOSI #STANDTOGETHER
Setiap minggu, ambil 15 minit untuk mengajar pelajar mengenai kecerdasan
emosi dengan menggunakan pelan “Empathy Class” yang telah disediakan.
(Muat turun di sini : https://standtogether.my/resources-strategies).
Program-program kelas empati telah terbukti berjaya meningkatkan hasil
pembelajaran, kebahagiaan seseorang, melahirkan individu yang berjaya
serta mengurangkan kes buli.
APPENDIX