malaysia, 1957 - 1977:penglibatannya dalam bidang politik … · 2016. 3. 30. · penglibalan...

28
Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik Negara-negara Koman wei MOHD. SHAMSUDDIN*. M.A. Penglibalan Malaysia di dalam Komanwel lelah memberi pendedahan awal kepada negara ini unluk melibalkan diri di dalam polilik antarabangsa. Pengamalan ini juga membolehk an Malaysia bergiat secara aktif mengenai soal-soa1 politik negara-negara ahli di dalam Komanwel. Penulisan ini akan mcngkaji len tang peranan scrta sumbangan yang diberikan olch Malaysia menyentuh soal-soal politik negara komanwcl. Penumpuan diberikan lerhadap penglibalan Malaysia dalam isu kemerdekaan Rhodesia Selatan dan Aparlheid Afrika Selalan. Pengkajian bidang ini dilakukan bagi membuktikan bahawa di sebalik menerima bantuan kcrjasama ckonomi dan pertahanan. sebenarnya Malaysia telah membcrikan sumbangan besar dalam bidang polilik terhadap masalah-masalah yang berlaku di Afrika. SUMBANGAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN KOMANWEL Menjelang lahun-Iahun 1960an lerdapal beberapa perkembangan yang berlaku di dalam polilik anlarabangsa yang lelah mempcngaruhi perkembangan polilik Komanwel ilu sendiri. Selepas Perang Dunia Kedua lelah lerbenluk ban yak perlubuhan scranlau alau wilayah-wilayah gcografi yang melibalkan negara-negara Komanwel. 1 Pcmbentukan Komuniti Ekonomi Eropah (European Economic Cominity (EEC) dalam 1957 lelah diikuli pula dengan pembenlukan European Free Trade Area (EFTA), Latin American Free Trade Association (LAFT A) dan beberapa kumpulan kecil negara-negara dari Amerika Tengah, Afrika, dan Caribbea.' Bagaimanapun perkembangan yang berlaku lidak melemahkan Komanwel untuk bergerak scbagai salah sebuah badan antarabangsa yang berpengaruh di dunia. Dalam masa yang sarna, penglibalan Auslralia, Kanada, New Zealand dan India di dalam Komanwel memberikan kesan terhadap keberkesanan badan ini daripada dipengaruhi sepenuhnya oleh Brilain. Pensyarah di Jabatan Sejaruh, Universiti Kebangsaan Malaysia I Hugh Co rbet dlln Paul Streeten, "Continuing World Issu es of Commonwealth Concern," dalam Palicy in a GIO/XII Context, cd. Paul Streeten Hugh Corbet (London: Frank Cass 7 CO., 1971). him. 1. 2 Ibid. 54

Upload: others

Post on 11-Nov-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik Negara-negara

Koman wei

MOHD. SHAMSUDDIN*. M.A.

Penglibalan Malaysia di dalam Komanwel lelah memberi pendedahan awal kepada negara ini unluk melibalkan diri di dalam polilik antarabangsa. Pengamalan ini juga membolehkan Malaysia bergiat secara aktif mengenai soal-soa1 politik negara-negara ahli di dalam Komanwel. Penulisan ini akan mcngkaji len tang peranan scrta sumbangan yang diberikan olch Malaysia menyentuh soal-soal politik negara komanwcl. Penumpuan diberikan lerhadap penglibalan Malaysia dalam isu kemerdekaan Rhodesia Selatan dan Aparlheid Afrika Selalan. Pengkajian bidang ini dilakukan bagi membuktikan bahawa di sebalik menerima bantuan kcrjasama ckonomi dan pertahanan. sebenarnya Malaysia telah membcrikan sumbangan besar dalam bidang polilik terhadap masalah-masalah yang berlaku di Afrika.

SUMBANGAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN KOMANWEL

Menjelang lahun-Iahun 1960an lerdapal beberapa perkembangan yang berlaku di dalam polilik anlarabangsa yang lelah mempcngaruhi perkembangan polilik Komanwel ilu sendiri. Selepas Perang Dunia Kedua lelah lerbenluk ban yak perlubuhan scranlau alau wilayah-wilayah gcografi yang melibalkan negara-negara Komanwel. 1 Pcmbentukan Komuniti Ekonomi Eropah (European Economic Cominity (EEC) dalam 1957 lelah diikuli pula dengan pembenlukan European Free Trade Area (EFTA), Latin American Free Trade Association (LAFT A) dan beberapa kumpulan kecil negara-negara dari Amerika Tengah, Afrika, dan Caribbea.' Bagaimanapun perkembangan yang berlaku lidak melemahkan Komanwel untuk bergerak scbagai salah sebuah badan antarabangsa yang berpengaruh di dunia. Dalam masa yang sarna, penglibalan Auslralia, Kanada, New Zealand dan India di dalam Komanwel memberikan kesan terhadap keberkesanan badan ini daripada dipengaruhi sepenuhnya oleh Brilain.

Pensyarah di Jabatan Sejaruh, Universiti Kebangsaan Malaysia I Hugh Corbet dlln Paul Streeten, "Continuing World Issues of Commonwealth Concern," dalam Com"lflllw~alt"

Palicy in a GIO/XII Context, cd. Paul Streeten Hugh Corbet (London: Frank Cass 7 CO., 1971). him. 1. 2 Ibid.

54

Page 2: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALA YSIA, 1951 1917

Malaysia mcrupakan wilayah bckas naungan) dan tanah jajahan4 British dari rantau Asia Tenggara yang tcrawal mcnyertai kesatuan Komanwel. 5 Semenjak mencapai kemerdekaan pada lahun 1957, Malaysia' lelah memainkan peranan dengan memberikan sokongan dan banluan bagi menjayakan pergerakan pertubuhan Komanwel. Malaysia bersama-sama sebilangan besar ahli Komanwel berusaha menggerakkan badan ini supaya menjadi sebuah badan bebas, mem­perjuangkan hak-hak asasi manusia dan berjuang ke arah mewujudkan keamanan dan kestabilan di dunia. Malaysia dari semasa ke semasa melahirkan pandangan dan eadangan terhadap sesuatu isu yang berlaku di kalangan negara-ncgara rakan dalam Komanwel ataupun yang ada kaitan dengan kepcntingan bersama Komanwel.

Dasar Luar yang dibenluk oleh kerajaan Malaysia banyak dipengaruhi oleh keperluan unluk melindungi kedaulalan pOlilik dan wilayah-wilayahnya daripada campur langan dan serangan pihak luar. Terdapal pengkaji dasar luar Malaysia memperkatakan bahawa dasar luar Malaysia adalah berkecuali.7 Bagairnanapun, sebenarnya dasar luar Malaysia mcmperlihatkan dasar-dsar yang pro-Barat, anti kornunis dan rnenja lankan dasar tidak campur tangan dalam hal-ehwal dalam negeri sesebuah negara .

Penglibalan Malaysia dalam Kornanwel dipcngaruhi oleh perhubungan yang rapat dengan sebilangan besar negara-ncgara Komanwel. Ncgara-ncgara Komanwel dapal bekerjasama dalam banyak hal dan keadaan ini lclah mempcngaruhi peranan Malaysia unluk bcrgial aklif di dalamnya. Malahan sebahagian besar pengaruh dan kegialan pOlilik semenjak mula merdeka lelah banyak dipelajari daripada beberapa negara Komanwcl terutamanya daripada Britain, Australia, New Zealand dan India' Penglibalan poiilik Malaysia di peringkal anlarabangsa adaiah amal menarik sekali kerana sebahagian besar kegialan pOlilik Malaysia di pcringkat baru mcdeka banyak terlibat bcrsama-sama dengan Ilcgara-Ilcgara Komanwel. Antara penglibatan berkesan Malaysia didalam Komanwcl ialah mengenai isu Apartheid, masalah Rhodesia Selatan, soal keamanan negara-negara Komanwcl di Arrika, sumbangan serta bantuan kewangan . rancangan kcrjasama dan diplomasi antarabangsa.9

Oi samping itu, Malaysia juga telah membcrikan perhatian tcrhadap soal-soal kcadilan dan hak-hak asasi manusia yang melibatkan ah li-ahli Komanwel. Penglibatan bcrsama ncgara-negara Komanwel tclah ban yak mcmbantu dan mem-

3 Negeri-negeri bekas mlUngan kerajaan British iahlh Negeri-Ncgcri Mela),u Rersekutu dan Negcri-Negcri Melayu Tidak bersckutu mclibatkan Perak. Sclangor. Negeri Sembilan. Pahang. Kedah. Tcrengganu, Kelanlan dan Johor.

4 Negeri-negeri yang lerlibal yang dikalllkan tanah jajahan British ialah Melaka, Pulau Pinang dan Singapurn. Juga ia melibalkan Sabah (Dahulunya Borneo Ulara) dan Sarawak .

.s India merupakan negara lanah jlljahan British di Asia yang tcmwlli menyertai Komunwcl. Oiikuti okh Ceylon dan Pakistan kcmudiannyu dlliam lahun 1957. Nigeria schuah negum dari Afrika Iclah menyenui Komanwel. Kemudiannya barulah Malaysio (yang pada masa itu dikenali scbogai Tanah Mel:t)'u) menycrlai Kom:mwc1.

6 Pado masa itu masih dikenali scbagai Pcrsekutuan Tonah Mclayu. 1 Pcndapal ini dinyatokan oleh R.O. Tilman dan juga S:ITlIvUnamullu. Sila rujuk lohan Sar:lvanumullu. The Djfemma

o/lnr/t'pt'IU/('nce (P.Pimmg: Universili Sains MalaY5ill. 1983). him . 28. 8 Oi pcringkat awal. Icrdapal pcgllwui-pegowai Perkhidmal:1I1 Awam Tannh Mclayu aInu MeS yang dilalih di ncgara­

ncgara Komanwc1. 9 Malahan sumb:mgan yang dibcrikan olch Malaysia meluas huhn S:lhaja kcpadu negara-negara Komanwel bahkan

ncgara-ncgara huk.tn Kom'lllwd.

55

Page 3: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

berikan inspirasi kepada perjuangan Malaysia mcnaapatkan kcmcrdckaan dan mc~ nentang peneabulan hak-hak penduduk di wilayab-wilayah yang dijajah oleh kuasa­kuasa Eropah atau sckutunya di Afrika, dan bcbcrapa bahagian dunia yang lain.

Malaysia juga telah bersikap sebagai sebuah negara merdeka yang bersimpati melihat masalah wilayah-wilayah yang bel urn merdeka. Pengalaman mcmpcroleh kcmcrdekaan dcngan cara perundingan mencrusi saluran politik telah mcmpenga~ ruhi kerajaan unt-uk bertindak lebih aktif dcngan menjalankan usaha-usaha mempcroleh kcmerdekaan bagi wilayah-wilayah yang masih dijajah terutamanya di Arrika. Pemimpin Malaysia berkeyakinan kemerdekaan wilayah-wilayah yang belum merdcka bolch dibcrikan dcngan eara baik dan aman tanpa melibatkan penggunaan senjata dan pertumbuhan darah.

Pada pcringkat awal kemerdekaan, Tanah Melayu pad a ketika itu hanya membuat hubungan dengan bcbcrapa negara Komanwel, negara-negara jiran dan ncgara-negara yang memang telah scdia mempunyai hubungan perdagangan tradisional.'o Malaysia telah mengalami kesukaran untuk berhubung dan mendapat sokongan negara-negara Komanwel di Afrika sewaktu berlakunya Konfrontasi. Pada waktu itll, kerajaan Malaysia lerpaksa mcnghantar perwakilan-perwakilan ke negara~negara Afrika bagi menerangkan kedudukan sebenar Malaysia. Ini adalah kerana pada waktu tcrsebut, Malaysia hanya mempunyai satu misi diplomatik di Arrika yang berpusat di Kaherah." Pada tahun 1965, dua misi diplomatik dibuka di Afrika iaitu di Nigeria dan Habsyah.12

Malaysia telah memperluaskan perwakilannya ke luar negcri bagi menjalan­kan tindakan yang aktir dalam politik antarabangsa. Bagi menampung perkem­bangan ini kerajaan Malaysia tclah memperluaskan peranan Kcmenterian Luarnya serta jumlah pegawai yang berkhidmat tclah diperbanyakkan." Pcnambahan pegawai-pegawai di Kementcrian Luar ban yak membantu usaha-usaha kerajaan memperluaskan perhubungan luar dengan negara-ncgara di dunia dan memper­tingkatkan lagi kegiatan Malaysia di peringkat anlarabangsa. 14

Semcnjak terlibat di dalam Komanwel, Malaysia telah mcmberikan peranan penting dalam mencari penyelcsaian beberapa isu politik di peringkat antarabangsa. Terdapat beberapa prinsip antarabangsa yang diperjuangkan oleh Malaysia terutamanya mcngenai hak-hak asasi masyarakat peribumi yang ditindas di benua

10 Foreigll Affair ... Muifl)·.~iu. Vol. I. no. (1966). hlm.70 II Arnold Smith . Stitches ill Time: nc Commonweulth in Wurfd Polilics (Canada: Andre Deutsch ltd., 1981). him 9. 12 J.H. Bcngaleholc, ··Malaysia·s Foreign Minislry: The Development and Problems of the Foreign AfT:lirs

Administration in a New Nation'·, Australian Outlook, Vol. 32, NO. I (April 1978). him. 42 13 Smith, S/i/du:s ill Times. him . 9. 14 Di peringkal serantau, Malaysia tclah melahirkan pandangan perlunya diadakan kcrjasama antara negara-negara di

Asia Tenggara. Bidang yang paling utam:l mestilah meliblltkan kerjasama bcraSllskan ekonomi. 50sial dan kebudaYllan. Malaysia tclah mcncadangkan supaya diadakan kerjas8lna dengao Burma, Cambodia. Indonesia. Laos, Filipina, Singapura. Negeri Thai dan Vietnam. SebcJum mcnc:ldangkan perkara ioi Malaysia, tchlh pun mengadakan Pcrjanjian Persahabalan denglln Indonesia dalum tahun 1957 menycntuh bidang kcrjusama daJam bidang sosi31 dan ckonomi. Kedua-dua kerajaan merasakan dcngan adanya kerjasama ia dapat mewujudkan keamanan jangka panjang di sam ping pembangunan ekonomi negara masing-musing. Sila rujuk Foreigll A/fuif'" Malaysia. Vol. I. no. I (1966), him. 70 dan M. Ghazali Shafie, Muluysill : IIm'rna/irmal Rdalioru (K. Lumpur: Creative Enterprise). him. II.

56

Page 4: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALA YSIA. 1957- 1977

Arrika. Kerjasama serla penglibalan aklir dalam Komanwel membolchkan Malaysia menyokong usaha-usaha kemerdekaan sesebuah tanah jajahan dari pengaruh kuasa penjajah. dan dasar pelbagai-bangsa (multi-racialism). IS

Pada perlengahan lahun 1966 Malaysia sudah dapal menjalankan hubungan rapat dengan negara-negara jiran dan memulihkan hubungan beberapa negara yang sebelum ini tidak baik. Amara yang penting ialah pcmulihan hubungan dcngan Indonesia dan Filipina. Hubungan diplomatik Malaysia dengan Filipin. lelah dipulihkan kemb.li pada 3 lun 1966. 16 Manakala hubungan dengan Indonesia dipulihkan sccara rasmi dengan termctcrainya Pcrjanjian Kcamanan anlara kedua­dua pihak pada II Ogos 1966. Hubungan diplomalik dengan Pakislan juga dipulihkan dalam lahun 1966."

Scbcnarnya pemulihan hubungan politik Malaysia dengan ncgara-negara Icrsebut lelah memberikan kesan baik lerhadap kegialan dan dasar luar Malaysia. Pcnonjolan dasar luar Malaysia mula menunjukkan kcpada usaha-usaha memper­juangkan keamanan di rantau Asia Tcnggara dan dunia. Malaysia telah menjalankan usaha-usaha bagi mcndapatkan kerjasama melalui PBB, Pcrgerakan Ncgara-negara Bcrkccuali dan Komanwc1. 18

Di pcringkat baru mcmperoleh kcmcrdekaan. Tanah Mclayu Lelah Illcnjadi penaja bersama sualu usul di Perlubuhan Bangsa-Bangsa Bersalu (P BB) pada 1960 mengisyliharkan 'penjajahan' adalah bcrtentangan dcngan Piagam PBB dan mcnycru semua negara yang masih menjajah supaya mengembalikan hak dan kuasa memc­rintah kcpada rakyat peribumi. '9 Perjmmgan Malaysia mencntang pcnjajahan adalah satu usaha yang amat berhasil dan di lihat olch negara-ncgara Dunia Ketiga 20

sebagai usaha yang bermaruah tinggi. Malaysia scndiri tclah rnemainkan pcranan penting dalam pcrjuangan mencntang penjajahan di peringkat anlarabangsa.

Penglibalan Malaysia dalam PBB lelah dilakukan dcngan eara yang berkesan dan dapat menempatkan ncgara ini setanding dcngan ncgara-ncgara yang lerkemuka . Malaysia lelah memberikan sokongan penuh dan paluh pada perinsip, lujuan dan fungsi PBB scbagai alal bagi rncnggalakkan dan mengckalkan kcamanan serla kesclamatan dunia; mengawal kcbcbasan dan hak asasi manusia; dan menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam scmua bidang, tcrmasuklah ckono­mi, saintifik dan sosiaJ.. 21

Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan Perang Saudara di Cyprus (1955-60)." Manakala dalam krisis di Kongo, Malaysia telah mcmbcrikan bantuan kctcntcraan di samping sokongan politik dan moral bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Malaysia

15 Foreign Affairs Malaysia. Vol. I. no. I (1966). him. 70. 16 Ibi!! .. Vol. I. no. 3 (1966) him. S. 17 Ibid. 18 Ibid.. him. 7. 19 M. Ghai'..,lic: Shalic. Mafll)'siu: flllerilmiflnal Rdmiulls. (K. Lumpur: Creative Enterprise. 1982). him. 21. 20 Ncgllru-ncgam yung baru mcnclIp:ti kemcrdekaan lIluu ncgllnl-ncgnra yang digolongkan dailltll kumpuilln ncgara­

ncsara sedang membangun. 21 "(mig" Affairs Mulflysio. Vol. I. no. I ( 1966). hlm.3 22 Cha rles Foley dan W.1. Scobie. l'hl' Struggl(' for CYPfIIS (Calirorni3: Hom'cr Inst. Press. 1978). hlm. 1.

57

Page 5: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA OARI SEGI SEJARAH

telah dilantik dalam Jawatankuasa sebagai Penasihat kepada Setiausaha Agung mengenai maslah Kongo pad a 1960 dan dalam Suruhanjaya Perdamaian (Conciliation Commission) ia telah dilantik sebagai Naib Pengerusi."

Malaysia turut melibatkan diri secara aktif bagi membentuk Sekretariat Komanwel. Usaha ini dilakukan bagi menjadikan Komanwel sebagai sebuah badan bebas dan tidak dimonopoli oleh sesebuah kuasa terutamanya Britain. Cadangan­cadangan awal datangnya dari Australia supaya ditubuhkan Sekretariat tetapi menurut Sir Arnold Smith, Setiausaha Agung Sekretariat Komanwel yang pertama, idea asal pembentukan sebuah Sekretariat datangnya dari K warne Mkrumah.24 Idea ini telah mendapat sokongan yang menggalakkan dari kebanyakan negara­negara Komanwel mala han dengan cara ini sahaja pergerakan Komanwel dilihat akan dapat bergerak lebih bebas.

Dalam Persidangan Perdana-Perdana Menteri Komanwel yang diadakan dalam tahun 1964, keputusan telah diperoleh untuk mewujudkan sebuah sekretariat bagi Komanwel. Ia merupakan sebuah badan bebas tanpa dikuasai oleh sesebuah kerajaan dan dipimpin oleh seorang Setiausaha Agung yang bertanggungjawab terhadap perjalanan sekretariat tersebul. 25

Dalam persidangan Perdana-Perdana Menteri 1964 juga, ahli-ahli yang hadir telah membincangkan struktur sekretariat Komanwel dan cadangan telah diterima supaya ia mengikut struktur atau model seketariat PBB.'· Syarat-syarat" penyertaan Komanwel masih diteruskan seperti sebelum ini dan keahliannya terbuka pada bekas tanah jajahan Britain yang telah merdeka.

Penubuhan Sekretariat Komanwel yang terasing daripada pentadbiran Britain memberi makna Pejabat Luar Britain tidak lagi bertanggungjawab penuh terhadap perjalanan pertubuhan Komanwel. Dengan tertubuhnya sebuah sekretariat, ia bermakna bahawa semua negara ahli dapat menyumbangkan tenaga dan peranan mengikut kemampuan sendiri dalam sekretariat. Kebanyakan negara yang menyertai Komanwel mahukan Komanwel menjadi sebagai sebuah pertubuhan yang mengamalkan dasar persamaan dasar dari segi warna kulil. Malaysia memperjuangkan hak-hak persamaan kepada semua negara dalam Komanwel dan tidak menunjukkan sikap 'bertumpuan Inggeris' (anglo-centric). Malahan keba­nyakan ahli mahu menjadikan Komanwel kurang bersikap bertumpuan Inggeris.28

Pembentukan sekretariat Komanwel telah mengubah peranan Britain dari sebuah negara yang dianggap sebagai ahli terkanan menjadi sebuah anggota yang sarna kedudukannya seperti ahli-ahli Komanwel yang lain. Perubahan ini kadang

23 IMd., him. 7. 24 Oi sini Nkrumah melihst negara-ntgara Arrika yang miskin hanys boleh membangun dengan care bersatu di

ltalangan mereka dan Komanwel dijangkakan dapat memainhn peranan ini. Sila rujuk Arnold Smith, Stjtch~s in Time, him. 4.

2S Ibid, 26 B. Vivekanandan, The Shrinking Circle: The Commotlwelth in British Foreign Poliry 1948-74 (Bombay: Somaiya Pub.,

1983), him. 14. 27 Syarat utama sesebuah negara yang memohon memasuki Komanwel ialah ia mesti dicadang atau ditaja olch abli­

abli Komanwcl dan keahlian anggota baru hanya sah setelah mendapat persetujuan majorili ahli-ahli Komanwel. 28 Perkara in; hampir sarna dinyatakan oleh Patrick Gorden Walker sewaktu menyampaikan seminar bertajuk "An

Evolving Commonwealth," di Karachi pada 270ktober 1966

58

Page 6: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA, 1957- 1977

kala rnenyukarkan Britain sendiri terutama diperingkat awal sektetariat ditubuhkan dalam dekad I 960-an. Dasar luar Britain terpaksa disesuaikan daripada menjadi sebagai kuasa yang berpengaruh kepada sebuah kuasa yang terpaksa bersetuju dengan keputusan majoriti dalam Komanwel.

Setelah ditubuhkan Sekreteriat Komanwel yang terasing daripada kerajaan Britain, badan ini telah memainkan peranan sebagai badan bebas daripada pengaruh Britain. Kegigihan Arnold Smith sebagai Setiausaha Agung Seketariat Komanwel yang pertama mendorong badan ini bergerak bebas dan secara berkesan terutama kepada ahli-ahlinya. Begitu juga Sridath Ramphal yang menggantikan Arnold Smith telah meneruskan peranan Komanwel dengan baik dan berkesan.

Seketariat telah rnernainkan peranan dengan berusaha membantu menyele­saikan masalah yang dihadapi oleh negara-negara Komanwel. Sebahagian besar negara-negara Komanwel yang terbentuk selepas merdeka menghadapi beberapa masalah politik dalam negeri. Malahan beberapa masalah telah pun sedia wujud sebelum kemerdekaan negara-negara berkenaan baik di rantau Afrka, Asia mahupun di Pasifik. Masalah utama yang sering timbul ialah ten tang masalah perkaurnan. Keadaan ini berlaku kerana sering kali tcrdapat persaingan antara masyarakat peribumi dengan beberapa bangsa lain yang telah di bawa masuk oleh Britain ke wilayah-wilayah jajahan tersebut.

Di Malaysia sendiri konnik perkauman telah membawa kepada pertumpahan darah dalam tahun 19692

• antara masyarakat peribumi Melayu dengan masyarakat Cina. Di Cyprus berlaku pertelingkahan antara penduduk keturunan Greek dan Turki. Di Afrika Timur dan Afrika Tengah Indophobia menjadi masalah politik kepada kebanyakan negara di sana,30

Masalah yang dihadapi oleh Komanwel merupakan eabaran kepada negara­negara ahli untuk menyelesaikannya. Selepas 1960-an, keadaan ekonomi Britain yang lemah telah mempengaruhinya untuk lebih banyak bergantung pada sumber ekonomi dari negara-negara di Afrika. Britain tidak lagi dapat bergantung pada tanah-tanah jajahannya di Asia kerana hampir sebahagian besar jajahannya telahpun diberikan kemerdekaan. Keadaan ini mernpengaruhi sikap Britain untuk berada di bcnua Afrika.

Dekad 1960-an merupakan tempoh masa yang amat meneabar bagi Komanwel. Dalam tempoh ini, telah berlaku beberapa krisis politik antara ncgara-ncgara Komanwel sendiri, lnsiden-insiden penting yang telah mencetuskan peperangan seperti perang saudara di Cyprus, perang antara India-Pakistan, pemberontakan di Nigeria, pengisytiharan kemerdekaan di Rhodesia Selatan oleh rejim Kulit Putih Ian Smith.3J

Pcrhalian telah diberikan oleh ahli-ahli Komanwcl bagi menyelesaikan semua krisis itu rnelalui dua saluran iaitu secara dalarnan 3t3U rnelalui PBB. Isu-isu yang berlaku Icbih banyak merupakan isu dalaman yang berkaitan dengan ahli-ahli

29 Lcbih dikenuli scbagai Trajedi 13 Mei 1969. ]0 Ali Malfui, "Geographical Propinquity Versus Commanwealth Cohesion," dalam CommOn}l'f!tlllh Polic), ill a Golbal

COII/f!XI, cd. Paul Strecten dan Hugh Corbet (London: Frank Cass 7 Co., 1971), him. 27. ]1 "'The Commonwealth Under Attack," Round Tablf!, No. 222 (Mac 1966), him. 112.

59

Page 7: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Komanwel itu sendiri. Misalnya· ini dapat dilihat daripada krisis pengisytiharan kemerdekaan Rhodesia Selatan oleh rejim Kulit Putih Ian Smith yang tidak diiktiraf oleh ahli-ahli Komanwel. Ia merupakan isu dalaman kepada Komanwel dan melibatkan kerajaan Britain sendiri. Bagaimanapun. apabila masalah-masalah tersebut tidak dapat diselesaikan oleh Komanwel. cara yang lebih berkesan ialah membawa kepada penglibatan PBB. Antara perkara-perkara lain ialah isu wilayah Kashmir yang melibatkan perebutan antara India dengan Pakistan.

Corak pergerakan Komanwel pada peringkat awal ban yak dipengaruhi oleh Britain. Kebebasan ahli-ahli menjadi pengaruh penting yang diambil dari sistem politik di Britain. Ia telah dapat memperlihatkan kemampuan sebahagian besar negara-negara Komanwel menyuarakan rasa tidak puas hati dan tentangan terhadap isu-isu yang bertentangan dengan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dan hak asasi man usia. Tunku Abdul Rahman. Nehru. Nyerere. Nkrumah merupakan antara pemimpin-pemimpin Komanwel yang telah menyuarakan dengan lantang tentangan terhadap dasar-dasar yang melanggar hak asasi manusia yang berlaku di Afrika.

Perjuangan pemimpin-pemimpin dunia ketiga di dalam Komanwel dipenga­ruhi juga oleh kegiatan mereka dalam pertubuhan-pertubuhan di luar Komanwel. Oi tahun 1960-an terdapat banyak pergerakan yang ditubuhkan melibatkan negara­negara Afro-Asia. Oi Asia Tenggara sendiri telah ditubuhkan ASEAN dalam tahun 1967 dan ini telah ban yak mempengaruhi penglibatan Malaysia dalam ASEAN.

Pergerakan politik di Afrika juga agak menarik dan dipenuhi dengan ban yak cabaran. Oalam bulan Mei 1963 The Organisation of African Unity (OAU) telah ditu­buhkann Presiden Nkrumah telah memainkan peranan penting menggerakkan badan ini. OA U merupakan sebuah badan yang telah berjaya menerima ahli-ahli dari pelbagai bekas tanah jajahan di Afrika untuk bersatu serla bergerak ke arah kepen­lingan politik anlarabangsa bagi mendapatkan kemerdekaan dan sarna hak di Afrika. Usaha-usaha Nkrumah telah dibanlu oleh beberapa pemimpin terkemuka negara­negara Afrika yang lain terutamanya daripada Presiden Julius Nyerere dari Tanzania.

Ghana yang telah merdeka dalaor tahun 1957. iaitu sarna tahun dengan Malaysia merdeka. merupakan ne$i:1ra jajahan Britain di Afrika yang terawal mendapat kemerdekaan. Sedangkan wilayah-wilayah yang masih dijajah oleh kuasa Barat yang lain masih lagi belum diberikan kemcrdekaan. Afrika agak unik kerana dijajah oleh ban yak kuasa Barat terutamanya Belgium. Perancis dan Portugis. Kemerdekaan Ghana telah mendorong Presiden K warne Nkrumah berjuang membantu mendapatkan kemerdekaan bagi wilayah-wilayah lain di Afrika.

Kerajaan Malaysia juga aklif dalam persidangan-persidangan yang diadakao oleh pertubuhan Komanwel. Tidak terdapat kes yang Malaysia menentaog sebarang keputusan Persidangan peringkat tertinggi Komanwel. Penglibatan dalam Persi­dangan Komanwel memberikan beberapa faedah kepada Malaysia. Malaysia banyak mendapat sokongan politik daripada negara-negara utama dalam Komanwel yang kemudiannya mempengaruhi negara-negara lain untuk memberi-

32 Ali A Mazrui, "Geographical Propinquity versus Commonwealth Cohession," him. 18; Robert W. Peterson (eel .) South Africa and Aparth~/d N. York: Facts on File Inc., 1971), him. %-7.

60

Page 8: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA,1957- 1977

kan sokongan politik kepada Malaysia. Salah satu yang terpenting ialah sokongan yang telah diberikan oleh sebilangan besar negara-negara Komanwel sewaktu Malaysia menghadapi Indonesia dalam peristiwa Konfrontasi.

Mesyuarat Perdana-Perdana Menteri Komanwel pada 1964 mengiktiraf pembentukan negara Malaysia. Mesyuarat dalam tahun yang sama juga telah melahirkan simpati dan sokongan dalam usaha mengekalkan kemerdekaan dan kesempurnaan negara menggalakkan penyelesaian seeara aman dan dihormati an tara Malaysia dengan negara-negara jiran. Mesyuarat yang sama pad a 1965, telah melahirkan kenyataan:

" ... recognized and supported the right of the government and people of Malaysia to de/end their sovereign independence and territorial inlergrity. and expressed their sympathy to the Prime Minsiter of Malaysia in his country's effort to that end ... 33

Bagaimanapun, cum a Pakistan dan Ghana dari kalangan ahli Komanwel yang tidak menyokong Malaysia sewaktu Konfrontasi Malaysia-Indonesia terutamanya dalam Persidangan Perdana-Perdana Menteri 1965. Tindakan itu dipengaruhi oleh sikap salah sangka pemimpin Pakistan terhadap dasar luar Malaysia terhadap negaranya. Manakala menurut Tunku Abdul Rahman keadaan ini ada kaitannya dengan pandangan Malaysia terhadap krisis India-Pakistan 1965. Menurut Arnold Smith, perselisihan faham bermula dalam bulan September 1965 selepas perwakilan Malaysia di PBB berucap mengenai persengketaan India-Pakistan yang menyebelahi India. Dalam masa yang sama Tunku Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa Malaysia perlu memandang hubungan antarabangsanya lebih utama daripada hubungan agama dengan negara-negara lain.34

Akibatnya, Pakistan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Tindakan Pakistan ada kaitan dengan sikap perwakilan Malaysia dalam Majlis Keselamatan PBB En. R, Ramani" terhadap perang India-Pakistan yang dikatakan memihak kepada India." Pakistan kemudiannya menyebelahi Indonesia sewaktu berlakunya Konfrontasi. 37

Konfrontasi merupakan masalah Komanwel juga kerana beberapa negara Komanwel terlibat seeara langsung seperti Australia, New Zealand, Britain yang bertindak membantu Malaysia. Australia melalui wakilnya Peter Howson, dalam Persidangan Parlimen Komanwel di Jamaica dalam bulan November 1964 menyeru negara-ncgara Komanwcl yang lain supaya menyokong Malaysia. 38

Sewaktu menghadapi Konfrontasi , Malaysia kurang mendapat sokongan daripada sebahagian besar negara Komanwel di Afrika. Ini kerana kebanyakan negara itu baru merdeka dan belum begitu mengenali Malaysia. Tambahan pula

33 Oipetik daripada J.O.B. Miller, Survey o/the Commonwealth, (London: Cambridge University Press, 1974), him. 88. 34 Smith, Stitches in Times, him . 22. 3S Asalnya beliau adalah warganegara India tetapi kemudiannya telah diberikan tarar warganegara Malaysia apabila

dilantik sebagai wakil Malaysia ke PBB. 36 Smith. Stitches In Time, him . 22. 37 Miller, Survey o/Commonwealth Affairs, him. 91 38 Ibid., him . 92.

61

Page 9: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

faktor kedudukan yang jauh dan keadaan negara itu yang lebih ban yak menumpukan pada dasar dan masalah dalam negaranya menyebabkan mereka kurang memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh Malaysia.

Walau bagaimanapun, Australia, New Zealand telah dikritik oleh akhbar-akhbar di Britain dalam bulan Disember 1963 dan lanuari 1964 kerana tindakan mereka yang lambat menghantar pasukan tentera ke Borneo Utara sedangkan pasukan tentera mereka telah pun berada di Tanah Melayu semenjak 1955 lagiJ9 Australia telah mendapatkan kepastian Amerika Syarikat terhadap sokongannya terhadap Malaysia. Dalam bulan lulai 1963, Menzies melaporkan bahawa Amerika Syarikat menyokong Malaysia pada dasarnya sahaja kerana Amerika Syarikat memandang masalah Malaysia adalah masalah yang boleh diselesaikan oleh ahli-ahli Komanwel.40

Ahli-ahli komanwel mengharapkan penyelesaian Konfrontasi dapat dibuat secara aman dan baik seperti mewujudkan persahabatan, keamanan, dan hubungan yang lebih rapat antara Malaysia dengan Indonesia, ahli-ahli Komanwel berpendapat hanya dasar-dasar asas mengenai perhubungan kedua-dua negara perlu diadakan dahulu oleh kerajaan Malaysia dan Indonesia.4I Konfrontasi secara besar-besaran mengingatkan kerajaan Malaysia terhadap peranan dan sokongan yang berkesan yang telah diberikan oleh sebilangan besar negara-negara Komanwel kepada negara ini.

PENGLIBATAN MALAYSIA TERHADAP MASALAH DI AFRIKA

Salah satu perkara yang ditekankan dalam dasar luar Malaysia di dalam Komanwel ialah mengenal soal yang berlaku di benua Afrika. Portugal, Sepanyol, Perancis, Itali dan Britain adalah merupakan antara kuasa-kuasa Eropah yang menjalankan penjajahan di Afrika. Kebanyakan wilayah jajahan British di Afrika sewaktu Tanah Melayu merdeka masih merupakan wilayah-wilayah jajahan kecuali Ghana yang merdeka dalam tahun 1957. Tuntutan turut dibuat bagi mendapatkan kemerdekaan daripada kuasa penjajah ini dan telah disokong kuat oleh sebahagian besar ahli Komanwel.

Semenjak selepas kemerdekaannya lagi , Malaysia menjalankan dasar memperjuangkan kemerdekaan bagi tanah-tanah jajahan terutama di Afrika dan juga di bahagian-bahagian lain di dunia. Sedangkan pada masa itu, sebilangan besar negara di Asia telah memperoleh kemerdekaan daripada kuasa-kuasa penjajah. Sebagai sebuah negara yang baru merdeka, Malaysia melahirkan rasa simpatinya kepada wilayah-wilayah berkenaan terutamanya kepada masyarakat dan cita-cita mereka. Ia telah menjalankan berbagai usaha dan di dalam PBB Malaysia mendesak supaya negara-negara penjajah memberikan kemerdekaan kepada wilayah-wilayah yang masih belum merdeka.42

Kemerdekaan yang diperoleh oleh India, Pakistan, Ceylon, Burma dan

39 Miller, Survey of Comm(JlllI'('allh Affairs, him. 93. 40 Ihid. 41 Commanwealth Secretariat. Commanll'l'alrh Relalion Ycar Book. London: 1966, him. 9 dan 17. 42 Foreign Affairs Malaysia, Vol. I, no. I (1966), him. 8

62

Page 10: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA,1957- 1917

Malaysia telah dijadikan contoh oleh pemimpin-pemimpin dan rakyat di Afrika untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan daripada Britain.43 Menjelang tempoh yang sarna juga, telah ada perjuangan kebangsaan yang kuat di Afrika menentang kuasa-kasa penjajah termasuk dasar penjajahan pihak British.

Nkrumah pernah menyatakan dalam tahun 1957, bahawa kemerdekaan Ghana tidak akan lengkap sehinggalah kesemua wilayah di Afrika dimerdekakan.44 Oleh itu wilayah-wilayah di Afrika terus memperjuangkan kemerdekaan yang turut melibat­kan juga perjuangan kemerdekaan wilayah Portugis di Angola dan Mozambique."

Malaysia mengharapkan permasalahan di Afrika diselesaikan dengan cara politik dan bukannya dengan cara kekerasan atau penggunaan senjata. Pendirian Malaysia ini berpengaruh kerana kebanyakan penduduk Afrika memilih untuk mendapatkan kemerdekaan negara mereka dengan cara perlembagaan, undang-undang dan secara aman dalam kempen kemerdekaan dan kebebasan tanah air mereka. Walau ba­gaimanapun, mereka juga tidak ragu-ragu menggunakan kaedah lain jika kaedah pertama terse but gaga!.46 Oleh itu menjelang tahun 1970, telah ban yak negara jajahan British di Afrika mencapai kemerdekaan dan kemudiannya menyertai Komanwe!.

JADUAL t NEGARA-NEGARA KOMANWEL YANG MERDEKA (t96O - 70)

Negara Tahun Kemerdekaan

Nigeria 1960 Sierra Leone dan Tanganyika 1961 Jamaica 1962 Trinidad 1962 Uganda 1962 Kenya 1963 Zanzibar 1963 Tanzania 1963 Malawi 1964 Malta 1964 Zambia 1964 Gambia 1965 Singapura 1965 Guyana 1966 Botswana 1966 Lesotho 1966 Barbados 1966 Mauritius 1968 Swaziland 1968 Tonga 1970 Fiji 1970 Samoa Barat 1970

Sumber: Miller, A Suryey of The Commonwealth Affairs, hlm. 24.

43 Miller, Suryey of Communweallh Affairs. him. 23, 44 Ibid. 45 J. K. Nyerere, "Rhodesia in the Context of Southern Africa," Foreign Affairs. Vol. 44, no. 3 (1966). him. 374. 46 Ibid .. him. 373.

63

Page 11: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Bagaimanapun peranan penting turut dimainkan oleh pemimpin-pemimpin Afrika sendiri bagi mendapatkan kemerdekaan bagi wilayah-wilayah yang dijajahi di Afrika. Pemimpin-pemimpin terkemuka di Afrika seperti Nkrumah dari Ghana, Nyerere dari Tanzania, Kaunda dari Zambia dan Banda dari Malawi adalah antara tokoh-tokoh yang terkemuka memperjuangkan hak dan kemerdckaan wilayah­wilayah jajahan di Afrika. Bagaimanapun, Nyerere, Kaunda dan Banda membuat tuntutan melalui jentera Komanwel untuk mempengaruhi Britain agar memberikan kemerdekaan kepada wilayah-wilayah yang dijajah di Afrika"

Malahan, ahli-ahli Komanwel dari Afrika seringkali meminta sokongan daripada Komanwel bagi membantu memperoleh kemerdekaan bagi tanah jajahan Portugis, pemerintahan oleh golongan majoriti di Zimbabwe, kemerdekaan sepenuhnya kepada Namibia dan penamatan sistem Apartheid di Afrika Selatan" Perjuangan ahli-ahli dari Afrika telah mendapat sokongan sepenuhnya dari Malaysia dan Malaysia merupakan salah sebuah ahli dalam Komanwel yang telah memainkan peranan penting menyuarakan perkara tersebut di peringkat antara barrgsa.

Perjuangan pemimpin-pemimpin Afrika berserta dengan sokongan padu dari negara-negara Komanwel lain te rmasuk lah Malaysia memberikan kesan kepada perubahan dasar Britain terhadap tanah jajahannya di Afrika. Britain mula seeara beransur-ansur memberikan kemerdekaan kepada tanah jajahannya di Afrika. Bagaimanapun, kerajaan British amat teliti memberikan kemerdekaan bagi mengawasi kepentingan ekonominya agar terus terjamin selepas sesebuah wilayah diberikan kemerdekaan.

Pemberian kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahan Britain di Afrika meninggalkan Afrika Selatan dan Rhodesia Selatan sebagai wilayah yang terus di bawah pengaruh British. Malahan kedua-dua wilayah terus ditadbir oleh penduduk kulit putih dan je1as bereanggah dengan dasar yang dinyatakan oleh pihak British mahu memerdekakan wilayah-wilayah di Afrika. Kerajaan British masih terus menyokong pemerintahan minoriti kulit putih di kedua-dua wilayah dengan menafikan hak penduduk asal kulit hitam. Keadaan ini adalah kerana Britain mempunyai kepentingan ekonomi yang besar di kedua-dua wilayah berkenaan.

Kepentingan ekonomi telah mempengaruhi sikap Britain untuk kurang mengambil sebarang tindakan terutamanya sekatan terhadap Afrika Selatan atau sebarang paksaan di Rhodesia Selatan dan ini menimbulkan keeaman hebat daripada sebilangan besar ahli Komanwel Afrika. Keengganan Britain juga telah menjadikan ia sebagai isu utama antarabangsa yang menyebabkan Kanada, Australia, New Zealand, India dan Malaysia mendesak kerajaan Britain mengambil langkah-Iangkah wajar bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku di Afrika Selatan dan Rhodesia Selatan"

Negara-negara Afrika menggunakan PBB sebagai arena perjuangan mereka bagi mendapatkan sokongan lebih banyak negara-negara ahli. Tindakan negara-

47 Miller. Sun·e}. of Commom\'l'alrh Affairs. him. 110. 48 Comma nwealth Secretariat. Commonll'ealth !leOlu of Go\·ernmf'lII.f Met!ling (Kingston. 29 April 6 Mci 1975) 49 Miller. Sum·}' ofComm(Jnll'ealrh Affairs. him. 11 6.

64

Page 12: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA,1957- 1977

negara Komanwel dari Afrika berkempen menentang rejim kulit putih telah menambahkan lagi 'masalah' di dalam negara-negara Komanwel. Ini disebabkan keadaan tersebut menimbulkan bayangan perpecahan dalam Komanwel. Sebelum ini, Kanada dan beberapa negara cuba mengelakkan perpecahan di dalam Komanwel sewaktu menghadapi Krisis Suez 1956 dan isu Afrika Selatan 1960-1. Keadaan ini menjadikan Komanwel terpaksa mcnumpukan masa dan usaha mengelakkan daripada berlakunya perpecahan. Menurut Miller:

"Afrika brought a new dimension to Commonwealth relations. it was nol s;mply a malter of issues. it involved lOne. temper and emotion ... so

Negara-negara Afrika terus berusaha dalam pelbagai bidang di peringkat anlarabangsa dan diplomatik bagi menghalang dasar apartheid dan diskriminasi kepada penduduk kulit hitam dan bewarna di Afrika Selatan dan di Rhodesia Selatan. Bukan di PBB sahaja malahan mereka telah berusaha di dalam pertubuhan­pertubuhan antarabangsa yang lain scpcrti UNESCO dan ILO. Perjuangan juga dilakukan di dalam lawatankuasa Olimpik Antarabangsa serta badan-badan lain yang berkaitan dengan sukan dan badan-badan saintifik51 supaya memberikan tekanan kepada Afrika Selatan dan Rhodesia Selatan.

ISU RHODESIA SELATAN

Isu Rhodesia Selatan bcrmula apabila Ian Smith mengisytiharkan kemerde­kaan Rhodesia daripada Britain pada November 1965 atau lebih dikenali sebagai Pengisytiharaan Kemerdckaan Sendiri (Unilateral Declaration of Indeopendence (UOI». Pengisytiharan tersebut dilakukan setelah kerajaan Rhodesia Selatan dan British gagal untuk mencapai persetujuan mengenai perlembagaan kemcrdekaan Rhodesia Selatan. Tindakan Ian Smith menimbulkan pelbagai reaksi dari kalangan negara-negara Komawel. Kerajaan British mengambil sikap tidak mengiktiraf kemerdekaan Rhodesia Selatan tetapi menjaIankan dasar tidak menggunakan kekerasan bagi memaksa Rhodesia mcnarik balik pengisytiharan kcmerdekaan. S2

Tiga orang Perdana Menteri Britain terpaksa menghadapi masalah ini iaitu Alec Douglas Home, Harold Wilson dan Edward Heath dan menjadi cabaran utama kepada Britain semenjak penjajahan mereka di sana pada 1923.53

Tindakan Ian Smith mengisytiharkan kemerdekaan Rhodesia merupakan tindakan yang tidak menu rut perlembagaan dan telah mengetepikan hak majoriti penduduk kulit hitam di sana. 54 Hal ini berlaku kerana Ian Smith telah menubuhkan kerajaan yang terdiri daripada kumpulan kulit putih minoriti dan menjalankan dasar perkauman di benua Afrika. 55 Tindakan tersebut tidak diterima oIeh

50 Ibid., him. 123. 51 Miller, Survey ofCommonM'eallh Affairs, him. 251. 52 Amry Vandenbosch . Soulh Africa and Ihe World (Kenlucky: The UniversilY Press of KenlUcky, 1970), him . 147. 53 Smith, SliIcht's in Timt's, him. 51. 54 Foreign Affairs Malaysia, Vol. I (1966), him . 13 . 55 Nyerere, "Rhodesia in the Context of Southern Africa," him. 381.

65

Page 13: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

sebilangan besar masyarakat antarabangsa yang pad a ketika yang sarna sedang memperjuangkan hak asasi man usia. Oisamping itu, dalam masa yang sarna ter­dapat beberapa pandangan daripada ahli-ahli Komanwel yang mahu menghukum Rhodesia, pertamanya mencadangkan supaya diambil tindakan tentera secepat mungkin bagi menjatuhkan Ian Smith dan rejimnya. Manakala pandangan kedua yang dilahirkan oleh Britain'6 menuntut diadakan sekatan ekonomi dan lain-lain termasuk eksport minyak bagi menjatuhkan rejim Ian Smith. Malaysia menyokong cadangan Britain dan telah melaksanakan beberapa tindakan termasuklah tidak mengiktirafrejim Ian Smith, tidak menerima surat-surat yang datang dari Salisbury, menguatkuasakan pengawasan terhadap semua bayaran dan pemindahan kewangan dengan penduduk Rhodesia dan melaksanakan larangan l2erdagangan ke atas negara tersebut. 57

Malaysia memandang berat terhadap perkembangan yang berlaku di Rhodesia pada waktu itu. Isu Rhodesia pertama kali telah dibincang dalam Mesyuarat Perdana-Perdana Menteri Komanwel pada 1964. Walaupun mengamalkan dasar tidak cam pur tangan, namun atas alasan memperjuangkan hak-hak asasi manusia, Malaysia mengkritik tindakan kerajaan kulit putih di Rhodesia. Pada 21 Oktober 1965, Kementerian Luar Negeri telah mengeluarkan kenyataan seperti yang berikut:

"The Malaysian Government views with the gravest concern events now taking place in Rhodesia. It will be racalled that Malaysia with the vast majority of other nations in the United Nations General Assembly subscribed to a resolution on 12th October which condenmed any allempt by the Rhodesian Government to seize independence illegally and called upon Britain to use any possible measures to prevent UDI. ,,58

Rhodesia merupakan tanah jajahan Britain. Britain dalam tahun 1966 mengakui ia merupakan lawful authority di Rhodesia Selatan dan bertanggungja­wab terhadap menyelesaikan isu berkenaan. Kerajaan Konservatif Britain menyedari dan mengambil perhatian bahawa Rhodesia Selatan adalah tanggungja­wab Britain.'9 Oi peringkat ini, Malaysia bersama-sama negara-negara Afrika yang lain telah berusaha kuat supaya negara-negara Komanwel tidak mengiktiraf rejim Ian Smith dan mengadakan tekanan supaya negara yang dibentuk di Rhodesia Selatan adalah sebuah negara yang berdasarkan sistem demokrasi. Oesakan kuat Tunku Abdul Rahman dan beberapa pemimpin negara Komanwel yang lain terhadap isu Rhodesia telah memberikan kesan terhadap kerajaan Wilson supaya mengambil beberapa tindakan terhadap Rhodesia. Kerajaan Britain telah mengenakan sekatan ekonomi, mengeluarkan Rhodesia daripada sistem Kawasan Sterling sebagai 'hukuman' kepada Rhodesia.60

Malaysia bersama-sama negara Komanwel di Afrika telah melahirkan sokongan antarabangsa terhadap penyelesaian isu Rhodesia iaitu dengan memberi-

56 Pandangan Britain ini telah mendapat sokongan sebilangan ahli-ahli Komanwel. 57 Siaran Akhbar (K. Lumpur: Jabalan Penerangan Malaysia, 1965). 58 Foreign Affairs Malaysia Vol. I, no. 3 (1967), hlm.49 59 Clyde Sanger, "Rhodesia Tests the United Nations," Round Table, No. 233 (Januari 1969) him. 53. 60 Foreign Affairs Malaysia, Vol. 1, no. 3, him. 52.

66

Page 14: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA. 1957- 1977

kan sokongan moral yang padu dan sokongan diplomatik serta bantuan-bantuan lain yang dirasakan perlu kepada penduduk kulit hitam di sana. Soal ini telah menarik perhatian bcberapa negara Komanwel. Nigeria sebagai contohnya telah memberikan perhatian yang berat terhadap masalah ini.

Kebanyakan ahli Komanwel yakin bahawa negara-negara Komanwel boleh memainkan peranan terhadap memberikan tekanan, kepada Rhodesia Selatan kerana kedudukan Rhodesia dalam bidang ekonomi yang sangat bergantung pada Britain dan negara-negara Komanwel terutamanya dalam bidang perdagangan 61

Oleh itu sekatan ekonomi dijangkakan sebagai senjata utama untuk memberikan tekanan kepada Rhodesia. Bagaimanapun sekatan ckonomi yang dikcnakan ke atas Rhodesia memberikan kesan kurang baik kepada beberapa negara jiran yang banyak hubungan ekonomi dengannya seperti Zambia62

Peluang yang lebih baik untuk memperluaskan perjuangan menentang rejim Ian Smith adalah di dalam PBB kerana di dalamnya terdapat beberapa buah negara Komanwel yang menyertai Majlis Keselamatan PBB63 Dalam sesi 1965-67, New Zealand merupakan ahli tidak tetap Majlis Keselamatan. Kemudiannya dalam sesi 1967-69, Kanada pula menggantikan tempat New Zealand. Bagaimanapun sehingga 1967, Majlis Keselamatan tidak dapat bertindak lebih jauh kerana di tahun ini pera­nannya hanya tertumpu untuk mengkaji terhadap sekatan di Rhodesia Selatan M

Hampir dalam setiap kali persidangan Komanwel yang dihadiri, Malaysia telah mendesak agar masalah Rhodesia dan Afrika Selatan diberikan perhatian. Tunku Abdul Rahman dengan berani telah menyelar dasar apartheid yang dijalan­kan oleh Afrika Selatan dan pemerintahan rejim minoriti kulit putih Ian Smith di Rhodesia Selatan. Bagi Malaysia, ia yakin soal ini dapat dimainkan dengan cara lebih berkesan oleh Britain kerana ia merupakan kuasa yang amat berpengaruh di kedua-dua wilayah. Sebarang langkah dan tekanan yang diberikan oleh Britain akan dapat menampilkan perubahan di Rhodesia dan Afrika Selatan.

Isu Rhodesia membuktikan peranan berkesan Malaysia dalam politik antarabangsa. Sewaktu Malaysia menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB dalam tahun 1965 dan menjadi Pengerusi dalam bulan Mei tahun yang sama, Malaysia juga turut menjalankan tindakan aktif menyokong kumpulan Afro-Asia menentang penjajahan Portugis dan lain-lain wilayah di Afrika. Malaysia juga telah menjadi salah sebuah daripada lima buah ncgara yang dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas di Angola'"

Soal Rhodesia tclah menarik minat ahli-ahli politik Malaysia dan pernah dibincangkan di dalam Dewan Parlimen. Pada 1965 kebanyakan ahli Dewan memberikan penumpuan yang banyak kepada hal negara-negara Komanwel dan juga negara-negara jiran Malaysia. (ni disebabkan pendedahan ahli-ahli Dewan

61 "Central Africa. A Frontier Line of Colour:' Rountl1'able (Mach 1965), him. 192. 62 "A Policy of Rhodesia," Round Table. No. 22 (Mac 1966), him. 109. 63 Britain sememangnya merupakan ahl; lelap Majlis K"eselamalan PBB. Anggota letap Majlis Keselamalan yang lain

ialah Amerika Syarilcal. Kesatuan Soviet. Perands dan China. 64 Clyde Sanger, "Rhodesia Test to the United Nations. him. 54-5. 6S Foreign Affairs Muluy.fiu. Vol. I, no. I. 1966 him. 7

67

Page 15: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA DARI SEQI SEJARAH

kebanyakannya tertumpu kepada negara-negara Komanwel di samping Indonesia, Thailand dan Filipina. Belum banyak tumpuan diberi kepada hal negara-negara luar terutamanya di kalangan negara-negara Eropah .

Satu soalan telah dibangkitkan oleh ahli Dewan Negara yang dikemukakan kepada Menteri Luar Negeri untuk mengetahui sarna ada sebagai ahli Komanwel dan ahli PBB, kerajaan Malaysia akan menimbangkan seeara serius untuk meng­gunakan pengaruh semaksimum mungkin terhadap kerajaan British supaya mengambil tindakan cepat dan positif bagi membatalkan kemerdekaan tidak sah bagi Rhodesia dan menggulingkan Ian Smith sebagai Perdana Menteri.66

Bagi menjawab soalan ini, Menteri Luar Malaysia telah menjelaskan bahawa bagi kerajaan Malaysia, Rhodesia merupakan wilayah yang amat bergantung pada Britain justeru itu permasalahan di sana adalah tanggungjawab kerajaan British. Malahan Malaysia menyedari bahawa masalah Rhodesia perlu diselesaikan oleh kerajaan Britain. Malaysia telah melahirkan pandangan yang berkesan dalam Persidangan Komanwel di Lagos dalam bulan lanuari 1966. Tun Abdul Razak yang hadir dalam persidangan berkenaan telah menyatakan bahawa Britain perlu diberikan masa yang secukupnya bagi menjatuhkan rejim Ian Smith dengan mengenakan sekatan ekonomi tanpa menggunakan kekuatan tentera."7 Di samping itu, Malaysia juga telah mengambil beberapa langkah sebagai tindakan balas terhadap pengisytiharan kemerdekaan Rhodesia atau VDI. Antara langkah penting yang dilakukan oleh Malaysia adalah seperti yang berikut.

Pertama, Malaysia tidak akan mengiktiraf VDI. Kedua, Malaysia akan memberikan layanan seperti mana yang telah diberikan ke atas Republik Afrika Selatan, iaitu pada asasnya tidak mengadakan semua bentuk perhubungan termasuk perdagangan. Ketiga, Malaysia akan menyokong sebarang tindakan yang diambil oleh mesyuarat agung PBB atau Majlis Keselamatan PBB bagi menyelesaikan masalah berkenaan. Keempat, Malaysia akan memberikan sokongan moral dan diplomatik dan lain-lain yang mungkin bagi membantu kerajaan Britain menye­lesaikan masalah di Rhodesia'"'

Langkah yang dijalankan oleh Malaysia adalah suatu langkah yang tegas. Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf tindakan regim kulit putih Ian Smith mengisytiharkan kemerdekaan Rhodesia. Selanjutnya kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf pas port atau visa yang dikeluarkan oleh rejim terse but dan tidak mengadakan sebarang bentuk hubungan diplomatik dengan negara tersebut. Malahan Malaysia tidak melayan sebarang surat, bungkusan dan alat-alat komunikasi lain yang dihantar dari negara tersebut.69

Menteri Kewangan Malaysia telah membuat arahan yang dikenali sebagai Customs Prohibition of Imports and Exports (Southern Rhodesia) Order, 1965 yang

66 Soalan ini telah dikemukakan oleh Encik Saidon bin Kechut ahli Dewan Negata pada 18 Disembct 1965, Siaran Akhbar. PEN. 12/65/320 (PARl) (K. lumpur, Jabaten Penerangan Malaysia).

67 Foreign Affairs Malaysia, (1966), hlnrn. 7. 68 Sjaran Akhbar, PEN. 12/65/320 (PARL) 69 Ibid. Dalam hal ini, scbarang surat yang menggunakan stem dari Rhodesia dikenakan bayaran scbagai surat yang

tidak bcrstern.

68

Page 16: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA, 1957- 1977

melibatkan semua negeri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Arahan ini bertujuan melarang sebarang bent uk perdagangan dengan Rhodesia atau wilayah yang diperintahnya.70 Kerajaan Malaysia juga telah menguatkuasakan Pengawalan Pertukaran Matawang terhadap Rhodesia. Akibatnya, Rhodesia tidak dimasukkan dalam senarai Kawasan Sterling dan semua bayaran terhadap Rhodesia dan semua urusan kewangan dengannya dikenakan faedah.71

Seterusnya Malaysia telah menyokong segala usaha yang dilakukan oleh PBB termasuklah resolusi yang dikeluarkan oleh Persidangan Agung PBB dan Majlis Keselamatan PBB. Sebelum itu, pada 20 November 1965, Malaysia telah memberikan cadangan kcpada Majlis Keselamatan PBB menyeru semua ahli menghentikan hubungan ekonomi dengan Rhodesia termasuklah bekalan minyak. Malaysia juga terus menyeru kerajaan Britain menjalankan segala usaha bagi mengakhiri rejim kulit putih.72

Pada peringkat awal, ahli 1awatankuasa Sekatan Komanwel yang dilantik oleh Ahli-ahli Komanwel telah membawa usul ke dalam Majlis Keselamatan PBB me­minta Portugal dan Amerika Syarikat memberhentikan perdagangan min yak dengan Rhodesia. Bagaimanapun usaha ini gagal apabila Britain menentang cadangan tersebut.73 Britain yakin ia dapat berunding dan menasihat Rhodesia untuk menerima cadangan-cadangannya. Setelah Wilson gagal memujuk Ian Smith menerima ca­dangan Britain," Wilson telah mengusulkan kepada Majlis Keselamat-an PBB agar mengadakan sckatan mandatori kepada eksport utama Rhodesia yang melibatkan tembakau, asbestos, krom, besi, tembaga, gula, daging dan beberapa barangan lain75

Usaha negara-negara Komanwel untuk menekan rejim Ian Smith juga telah dikemukakan dalam persidangan Persatuan Parlimen Komanwel di Wellington pada 1965. Beberapa negara iaitu Nigeria, Zambia, India, 1amaica, Uganda, Pakistan, Sierra Leone, Kenya, Ghana, Tanzania, Trinidad, Ceylon dan Barbados mencadangkan Britain mengambil tindakan menggunakan tentera di Rhodesia. Menurut ., mdangan kerajaan Zambia, sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Rhode< ' ,dalah lemah dan tidak mendatangkan kesan. Bagaimanapun dasar Britain, }\ ustralia dan New Zealand mahu mengelakkan sebarang penggunaan tentera di Rhodesia. Malaysia bersama-sama Kanada tidak mencadangkan Britain 'menggunakan kekuatan tentera tetapi bersetuju ia digunakan oleh pasukan tentera pengaman PBB. Pandangan ini dikirakan suatu yang amat menarik dan telah meninggalkan kesan apabila ia dilaksanakan oleh PBB.

Dalam Persidangan Khas Ketua-ketua Kerajaan Komanwel di Lagos dalam bulan 1anuari 1966, telah ditubuhkan dua buah jawatankuasa yang mewakili semua

10 Siaran Akhbar PEN. 12/65/320 (PARL) (18 Disember 1965). 71 Ibid. 72 Ibid. 73 Smith, Stitches in Time, him. 61. 74 Wilson telah mengadakan rundingan dengan Ian Smith yang bertempat di alas kapal HMS Tiger pada 2-4bb.

Disember 1966 sebagai usaba untuk menyelesaikan masalah Rhodesia Sclatan. Bagaimanapun kabinet Ian Smith telah menolak segala cadangan Britain . Rundingan ini lebih dikenali sebagai cadangan Britain. Rundingan ini lebih dikenali sehagai Rundingan 'Tiger', Sila rujuk Smith, Stitches in Time, him. 68.

75 Ibid., him. 68.

69

Page 17: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

ahli Komanwel bagi bertemu dan berbincang dengan Setiausaha Agung Seketariat Komanwel di London. Jawatankuasa pertama ditugaskan menilai kesan tindakan sekatan dan juga mencadangkan langkah-Iangkah untuk membantu Zambia." Manakala jawatankuasa kedua akan menyelaraskan program-program khas bagi membantu dan melatih penduduk kulit hitam Rhodesia membentuk kerajaan scndiri.77

Tindakan sekatan perdagangan dan ekonomi ke atas Rhodesia telah memberikan kesan yang kurang baik kepada ekonomi Zambia. Oalam mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel dalam bulan September tahun 1966 di London beberapa langkah telah dipersetujui untuk membantu Zambia. Oalam hal ini, Malaysia telah menyumbangkan bantuan sebanyak M$50,000 dan menyenaraikan barangan buatan Malaysia yang boleh didagangkan di Zambia.'"

Kerajaan Britain tidak menggunakan pasukan tentera kerana mempunyai alasan bahawa sekatan ekonomi adalah senjata terbaik untuk menyelesaikan masalah di Rhodesia. Bagaimanapun, Britain telah mengumumkan sekatan perdagangan minyak berkuat kuasa dalam tempoh lima minggu selepas VOl. Keadaan ini sebenarnya telah memberi peluang kepada Rhodesia mengambil langkah awal berunding dan mendapatkan bekalan minyak dari Afrika Selatan yang telah memberikan peluang kepada Rhodesia Selatan untuk terus bertahan 79

Kehadiran Tunku dalam Persidangan Perdana-Perdana Menteri pada bulan September 1966, yang paling utamanya adalah untuk membangkitkan persoalan tentang rejim Rhodesia. Sikap yang ditunjukkan oleh Malaysia adalah sederhana dan bertolak ansur'o Bagaimanapun cadangan Malaysia dalam persidangan terse but supaya dihantar satu misi atau rombongan ke Rhodesia telah tidak diterima.

Persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel yang diadakan pad a 8- 15 Jun 1977 di London merupakan detik penting bagi perubahan politik di Rhodesia Selatan. Persidangan tersebut telah melahirkan kebimbangan terhadap masalah yang berlaku di Rhodesia Selatan yang melibatkan semakin meningkat ancaman keselamatan dan keamanan dunia apabila berlakunya pertentangan bersenjata di sana. Penentangan tersebut disebabkan oleh pentadbiran yang berterusan oleh kerajaan rejim kulit putih Ian Smith. Pemberontakan yang berlaku juga menyebabkan kematian dan meningkatnya jumlah pelarian ke negara-negara berhampiran.81

Bagi mengatasi masalah tersebut, persidangan Ketua-Ketua Negara Ko­manwel dalam tahun 1977 telah bersetuju bahawa kemerdekaan Rhodesia Selatan

76 Zambia merupakan ncgara yang banyak berganlung pada ckonomi Rhodesia . Tindakan mcngcnakan sekalan kc alaS Rhodesia Sclatan telah mendatangkan kesan buruk kcpada Zambia. Oleh itu. negara-negara Komanwcltelah bcrusaha mcncari langkah-Iangkah perlu bagi membantu Zambia.

77 Si(lran Akhbar. PEN. 9/66/ 320 (PARL). 78 Ibit!. 79 Smith. Stitchl's in Time, him. 59-60. 80 Sioron Akhbor. PEN . 12/65/320 (PARL). 81 Fort'ign Affnir.r Ma/u),.fiu, Vol . 10, no. 2, 1977, him . 24

70

Page 18: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA,1 957- 1977

mestilah berlandaskan suara majoriti terutamana rakyat tempatan. Persetujuan juga telah dicapai supaya tekanan yang maksimum perlu dikenakan kepada rejim Ian Smith. Dalam masa yang sarna wakil-wakil yang hadir juga mengutuk sokongan dan bantuan yang diberikan oleh rejim kulit putih Afrika Selatan kepada rejim Ian Smith"2 Di peringkat ini, sokongan yang diberikan oleh negara-negara Komanwel terhadap usaha memerdekakan Rhodesia Selatan mencapai kemuncak dan membolehkah Rhodesia Selatan diperintah oleh penduduk majoriti kulit hitam.

ISU APARTHEID

Isu dasar Apartheid di Afrika Selatan pula telah mendapat perhatian hangat di kalangan ahli-ahli Komanwel. Dunia memandang berat terhadap dasar yang dijalankan oleh rejim minoriti kulit putih di Afrika Selatan. Sistem yang dilakukan menunjukkan perjalanan pentadbiran yang membezakan warna kulit yang merendahkan kedudukan masyarakat kulit hitam dan bewarna. Sistem ini mengekalkan kedudukan politik kulit putih dan terus meletakkan ekonomi kulit hitam mundur dan kebanyakan mereka kekal menjadi golongan buruh sahaja83

Dasar apartheid bersama-sama isu Rhodesia merupakan masalah yang tercetus dalam Komanwel. Bagaimanapun, semenjak kedua-dua isu ini bermula, kebanya­kan negara Komanwel telah menunjukkan reaksi kurang senang dan menentang kedua-dua dasar tersebut. Terdapat banyak tuntutan urn urn yang datang dari individu dan negara Komanwel yang mahukan dasar berkenaan diberhentikan. Dasar apartheid telahpun wujud sebelum Malaysia menyertai Komanwel lagi iaitu telah diperkenalkan pada 29 Jun 1949.84 Afrika Selatan merupakan anggota Komanwel yang telah lama menyertai Komanwel iaitu semenjak terbentuknya negara-negara Dominion.

Amalan penindasan terhadap masyarakat kulit hitam di Afrika Selatan dengan sistem apartheid telah dikecam hebat oleh ahli-ahli Komanwel kecuali Kerajaan Britain. Sistem apartheid adalah sistem yang dijalankan oleh penduduk minoriti kulit putih di Afrika Selatan yang menjalankan amalan perbezaan warna kulit dengan memberikan kelebihan kepada golongan kulit putih. Golongan kulit hitam dan kulit bewarna telah ditindas dan dirampas hak-hak asasi mereka terutama dari segi sosial dan politik. Masyarakat kulit hitam turut ditindas dalam bidang pendidikan. Seketariat Komanwel telah melaporkan keadaan ini:

"In the evolution of apartheid it was important that blacks should not be over· educated. In 'white' South Africa they were to have a role subservient to whites,.85

82 Ihid. 83 Mission 10 Soulh A/rica: The Commonwealth Report. (Middlesex: Commonwealth Secretariat. 1986. him. 31. 84 Janet Robertson. Lilwralism in Soulh A/rica /948-63. (Oxrord: Clarendon Press. 1971). him. 12. Juga sila rujuk Asia

Magazine. Vol. 28. no. E- 19 (June 22·24). him. 4. 85 Mission 10 South Africu. him. 34.

71

Page 19: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Walaupun dikeeam dan dikenakan berbagai-bagai tindakan, sistem apartheid terus diamalkan oleh rejim kulit putih Afrika Selatan kerana .sokongan yang diberika n oleh Britain dan bagi pihak negara lain.

Terdapat ban yak pendapat yang telah diberikan bagi menyelcsaikan masalah di Afrika Selatan. Antara pendapat penting ia la h mengadaka n sekatan ekonomi dan pcngawalan scnjata ke atas rejim Afrika Selatan. Bagaimanapun terdapat perbezaan pcndapat di kalangan ncgara-ncgara Komanwcl mengenai kcbcrkesanan sekatan ckonomi.

Britain menolak kaedah sekatan ekonomi dan pcnjualan senjata kerana bertentangan denga n dasar kerajaannya .'· Ini adalah kcrana Britain mcrupakan pembekal utama senjata dan alat-alat peperanga n kepada Afrika Scla tan. Hubungan ini penting bagi kedua-dua negara kerana bagi pihak British ia akan mendapa t keuntungan daripada penjualan senjata ke Afrika Selatan. Oi samping itu, Britain juga dapat memcnuhi tanggungjawabnya dalam perjanjian keselamata n dengan Afrika Selatan . Bagi Afrika Selatan, Britain adalah satu-satunya tempat ia bergantung bagi mendapatkan bekalan senjata. Negara-negara Afrika telah membawa isu penjualan senjata ke Afrika Selatan ke Majlis Keselamatan PBB di akhir 1963 untuk mendapatkan resolusi bagi mcnyeru ahli-ah li berhenti membe­kalkan senjata kc Afrika Sclatan"' Oalam hal ini, Arnold Smith pernah mengingatkan ahli-ahli Komanwel, jika sekatan gagal dilakukan, ia akan menye­babkan PBB gagal melaksanakan peraturan dan undang-undang antaraba ngsa di Afrika Selatan .s, Kerajaan Konservatif Britain bersetuju menghentikan penjualan senjata bagi kegunaan dalam negeri bagi apartheid tetapi mengekalkan keputusan untuk membekalkan senjata bagi kegunaan luar yang sangat berkaitan dengan keselamatan pangkalan laut British di Afrika Sclatan. Bagaimanapun selcpas pilih­an raya 1964, kerajaan Parti Buruh ( 1964-70) yang memerintah bereadang tidak mengeluarkan lesen senjata (penjualan) keeuali bagi kontrak-kontrak yang sedia ada.89

Walaupun Komanwel mendesak sekatan perdagangan senjata namun apabila kerajaan Parti Konservatif (1970--74) memerintah di Britain kemudiannya, Britain meneruskan dasar pcnjualan senjata terutama pera la tan la ut kcpada Afrika Selatan. Oalam hal ini , Edward Heath, Perdana Menteri Britain, mempertahankan tindakan kerajaannya dengan menyatakan:

"Under the arrangement (SimonslOwn Agreement) we have an obligation 10 supply to South Africa Ihe maritime equipment she requires 10 fulfil her side of the arrangement. While the government did 1101 wish 10 encourage aparheid. the defence of the greal sea rOUles around Ihe Cape of Good Hope ;s of vital importance 10

.. 90 us .

86 Miller, Sur~ey o/Commoll w('alth A//airs, him. 160. 87 Ibid. 88 Clyde Sanger. "Rhodesia Tests in United Nations." him. 58. 89 Miller. SlIr~ey o/CommonweQfth A//Qirs. him. 160. 90 Ibjd .. him. 164.

72

Page 20: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA,1957- 1977

Perjuangan yang kurang berkesan menentang Apartheid dalam Komanwel mempengaruhi beberapa pemimpin dalam Komanwel untuk memperjuangkan isu ini di peringkat antarabangsa. Pemimpin-pemimpin Komanwel masih memikirkan sarna ada perlu atau tidak Afrika Selatan berada dalam Komanwel. Selepas insiden berdarap Sharpeville91 pada 1960 pemimpin-pemimpin mula memikirkan tindakan yang lebih tegas perlu diambil ke atas Afrika Selatan.

Tindakan Britain berkeras dengan dasamya tidak mengutuk dasar Apartheid telah melahirkan rasa kurang senang di kalangan negara-negara Komanwel. Malaysia sendiri telah mengambil beberapa tindakan antaranya dengan cara memberikan Ingatan kepada Britain. Malahan ini telah menimbulkan banyak kritikan daripada pemimpin-pemimpin Komanwel terhadap pendirian kerajaan British. Pendirian British merenggangkan hubungannya dengan negara-negara Komanwel Afrika·'

Tentangan terhadap Afrika Selatan dalam PBB dan lain-lain bertambah kuat sekitar 1960-an tetapi hasil kejayaannya masih sedikil. Ekonomi Afrika Selatan yang terus berkembang telah membuka peluang pelaburan berbagai-bagai syarikat yang berpusat di London, Eropah dan Amerika Syarikat untuk bergiat di Afrika Selatan.93 Kerajaan British sendiri merasakan kesan tersebut apabila menghadapi rusuhan daripada penduduk-penduduk di dalam negaranya terhadap dasar penjualan senjata ke Afrika Selatan dalam bulan Disember 1967.94

Bagaimanapun Britain melindungi isu ini daripada dibincangkan di dalam sebarang persidangan Komanwel. Malahan Britain juga cuba mengelak daripada membincangkan tentang isu Rhodesia Selatan dalam persidangan-persidangan Perdana Menteri Komanwel·6 Pendirian kerajaan British dalam Persidangan Perdana-Perdana Menteri Komanwel dalam bulan Mei 1960 cuba mengelak daripada membincangkan soal dasar apartheid. Britain cuba mengalihkan perbincangan dengan cara membangkitkan persoalan sarna ada Persekutuan Rhodesia dan Nyasaland boleh menghadiri persidangan walaupun belum merde­ka. Ia temyata sebagai satu helah Britain untuk menghindarkan negara-negara Komanwel daripada membincangkan peristiwa yang berlaku di Afrika Selatan yang nantinya akan memberikan tekanan kepadanya.

Sebenamya peristiwa Sharpeville banyak mengubah keadaan. Perkara ini telah diperbahaskan di sidang Parlimen dan juga dalam akhbar di beberapa negara­negara Komanwel. Di dalam parlimen India pada 23 Mac 1960, Nehru telah mem­bincangkan isu ini.96 Pada 1960, di dalam Parlimen Tanah Melayu, perbincangan

91 Peri!itiwa ini berlaku pada 21 Mac 1960 di bandar Sharpeville di mana polis kulit putih Afrika Selatan telah menembak sekumpulan besar penunjuk perasaan kulit hilam. Dalam kejadian tersebut seramai 67 orang kulit hitam terbunuh dan 186 cedera. Malahan beberapa insiden yang polis menembak penunjuk-penunjuk perasaan telah juga berlaku di beberapa kawasan. Sila rujuk Miller, Sur~ey of Commonwealth Affairs, him. 141

92 OJ Britain sendiri terdapat banta han terhadap perjalanan dasar penjualan senjata Britain kepada Afrika Selatan. Surat kepada Pengarang yang diterbitkan dalam akhbar The Times dan beberapa akhbar Britain yang lain dari 1 Mac hinggalah 13 Mac 1961 banyak membincangkan tentang masalah ini.

93 Ibid" him. 160-1. 94 Ibid, 95 Me Lean, The British Policy, him. 163. 96 Miller. Survey of Commonwealth Affairs. him . 143

73

Page 21: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA DARI SEG I SEJARAH

telah diadakan ten tang masalah ini dan resolusi mengenainya telah dilahirkan oleh Tunku Abdul Rahman sendiri. Walaupun ianya merupakan isu dalam negeri Afrika Selatan tetapi dari segi hakikatnya ia telah meneabul hak asasi manusia dan telah meninggalkan reaksi kurang senang daripada masyarakat antara-bangsa. Tunku pernah melahirkan pandangan:

"Are we goi"g there just to talk platitudes with a country whose hantl~ are stai"ed with red blood of i"nocent human beings? Can we do this when all the world has condemned the police action there as the cruellest and vilesl massacre ever committed in a Commonwealth country. Are we to stand by and say nothing, do nothing? I think not and I intend 10 Jpeak out, be il at formal meetings or informal meetings of our Commonwealth Prime M inislers. ,~7

Sebelum mesyuarat Perdana Mcnteri diadakan pada 3 Mei 1960, beberapa pemimpin kerajaan termasuk Oiefenbaker, Walter Nash, Ayub Khan, Menzies dan Nehru menyatakan yang mercka tidak akan membawa isu Afrika Selatan untuk dibincangkan sebagai agenda utama. Manakala reaksi Nkrumah tidak diketahui.9'

Hanya Tunku Abdul Rahman di kalangan pemimpin Komanwel yang menyatakan hasrat untuk membangkitkan dasar perkauman Afrika Sclatan. Sebelum ini anggota Komanwel telah mengiktiraf dasar tidak akan membineangkan isu dalam negeri ahli. Afrika Sclatan pula telah bersetuju untuk bertemu dengan Perdana-Perdana Menteri Komanwel dalam perbineangan tidak rasmi mengcnai perkembangan di Afrika Sclatan sebelum Persidangan Perdana-Perdana Menteri Komanwel pada 1960. Oalam perbineangan tidak rasmi tersebut, pemimpin-pemimpin Komanwel keeuali Tunku Abdul Rahman, telah berpuas hati dengan penjelasan Afrika Selatan dan tidak bercadang membangkitkan isu ini di dalam persidangan yang hendak diadakan.99

Tunku, sebaliknya telah meminta supaya dibangkitkan soal apartheid dan mahukan ia dibineangkan di dalam persidangan Perdana-Perdana Menteri yang diadakan pada 1960. '00 Untuk melaksanakan tujuan ini, Tunku telah mengarahkan pegawai-pegawai di Kemcnterian Luar Tanah Melayu untuk menyediakan kertas kerja bantahan. 101 Tindakan ini agak mcmeranjatkan sebilangan besar pegawai­pegawai di Kemcnterian Luar Tanah Melayu kerana dianggap scbagai soal dalam negeri Afrika Selatan, malahan India dan Pakistan yang merupakan negara berpengaruh dalam Komanwel yang lebih awal menjadi ahli, tidak membangkitkan perkara ini. Kerajaan British melalui Pejabat Pesuruhjaya Tinggi ke Tanah Melayu telah cuba memujuk Tunku supaya tidak meneruskan raneangannya tetapi usaha tersebut gagal. 102

97 Malay (Federation). Howe of RepresenrQtivl's Debates (26 April 1960, him. 602- 8). 98 The Times (30 April 1960) dan Obsm'er (I Mei 1960), 99 Miller. Survey of Commonwealth Affair,f. him . 147.

100 "South Arriea and the world", him. 182. 101 Mercka yang Icrlibat ialah Tan Sri Gha7.ali Shalic, Encik Zaiton Ibrahim (Tnn Sri). Encik Zain Azrai (Tan Sri) dQn

Encik lainnl Abidin bin Abdul Wahid. Temubual dengan Proresor Daluk lainal Abidin, Universiti Kebangsaan Malaysia. 5 September 1990.

102 Ibid.

74

Page 22: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA, 1957- 1977

Oleh itu, Tunku rnerupakan orang yang bertanggungjawab rnernbangkitkan persoalan apartheid di Afrika Selatan dalam persidangan Perdana-Perdana Menteri Kornanwel pada 1960. Sebelum ini, belum ada pemimpin-pemimpin yang membawa usul supaya soal apartheid di Afrika Selatan dibincangkan dalam persidangan Perdana-Perdana Menteri Komanwel. Tindakan Tunku telah membuka jalan kepada keluarnya Afrika Selatan daripada Komanwel dalam 1961.103 Salah satu komen Tunku mengenai sistem ini ialah:

"Today it is sad to talk that there is one country in the Commonwealth where one race is thought 10 consider itself by divine right as a master. The other members 0/ the Commonwealth saw the danger and the/oily o/this idea in this age and with the best o/intentions tried to bring them to the,r senses. They will realize in time to come that disaster must befall them unless they end their way. ,,104

Oalam perbincangan yang sarna beberapa cadangan telah dilahirkan mengenai kedudukan Afrika Selatan dalam masyarakat antarabangsa. Perbincangan juga memutuskan bahawa perlunya dilaksanakan 'perang ekonomi' terhadap Afrika Selatan, 'memboikot' barangan dari Afrika Selatan dan gangguan terhadap pembangunan sistem jalan kereta api, laut, air, pos, telegraf dan radio. Negara­negara Afrika telah diseru supaya rnenutup pelabuban kepada kapal-kapal Afrika Selatan begitu juga lapangan terbang rnereka.'os Tindakan 'perang ekonomi' yang dilaksanakan oleh negara-negara Komanwel Afrika telah meninggalkan kesan negatif kepada ekonomi Afrika Selatan.

Oalam perjuangan rnenentang apartheid, Malaysia lebih terkehadapan dari­pada negara-negara Komanwel yang lain. Malaysia telah mencadangkan agar persoalan isu Apartheid di Afrika Selatan dimasukkan dalam agenda Persidangan Agung ke 12 PBB pada 1960.'06 Malaysia memandang bahawa sistem apartheid yang diamalkan mencabul hak asasi manusia di sarnping rnelihat ia sebagai satu sistem yang tidak bertamadun. Malaysia telah menentang sistem ini baik secara bersendirian ataupun melalui pertubuhan-pertubuhan seperti Komanwel, PBB, ASEAN, Negara­negara Berkecuali dan sebagainya. Oi dalam Komanwel, Malaysia rnengutamakan perjuangan menentang sistem apartheid. Ini dapat dilihat apabila kerap kali dalam pertemuan Komanwel, Malaysia akan rnenyuarakan perkara ini. Walau bagaima­napun Peter Boyce mengkritik tindakan Malaysia ini dengan berkata:

"Here particularly the Australian Government would possibly feel that the Malayan vote was/ounded in ignorance 0/ the true conditions pertaining to the administration oj a stone-age people in a remote region. ,,107

103 Saravanamutlu, The DII~mma o/INkpetfcknu, him. 41. 104 Ucapan Tunku Abdul Rahman sewaktu menerima Ijazah Kehormat Universiti Cambridge pilda 9 Jun 1960. The

Tim~s (10 Jun 1960). lOS Millcr, Survey 0/ Commonw~aJth Affairs, him. 149 106 Petcr Boyce, "Twenty Years of Australian Diplomacy in Malaya," Journal o/Southeast Asltllf History (Sept. 1963),

hIm. 96. 107 Ibid.

75

Page 23: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Malaysia telah memberikan buah fikiran dan cadangan bagi menyelesaikan masalah apartheid di Afrika Selatan. Tunku Abdul Rahman pernah mencadangkan kepada rejim kulit putih Afrika Selatan supaya diberikan sekurang-kurangnya 10 buah kerusi parlimen kepada penduduk kulit hitam di Afrika Selatan. lo, Pada pandangan Tunku pemberian kerusi parlimen tersebut tidak akan menggugat pen­duduk kulit putih dan kekuatan mereka di Parlimen kerana ia sebagai tanda peng­iktirafan hak-hak manusia masyarakat kulit hitam. 109 Langkah ini adalah sebagai permulaan kepada pemberian hak kepada masyarakat kulit hitam. Bagaimanapun pandangan Tunku Abdul Rahman tidak dipedulikan oleh kerajaan kulit putih Afrika Selatan dan tidak mendapat reaksi yang menggalakkan daripada ahli-ahli Komanwel yang lain.

Dalam beberapa keadaan, Malaysia menyertai beberapa buah negara Komanwel terhadap sebarang tindakan terhadap Afrika Selatan. Pemulauan per­dagangan dengan Afrika Selatan pertama kali dilakukan oleh India. Malaysia juga telah mengambil tindakan yang sarna iaitu melaksanakan sekatan perdagangan terhadap Afrika Selatan semenjak 1965"0 dan ini telah meninggalkan kesan kehilangan berjuta-juta Ringgit pertukaran asing kepada Malaysia. 11I Malahan telah dibentuk Tabung Bantuan Pergerakan Anti-Apartheid (Anti-Apartheid Move­ment Relief Fund) bagi membantu pelarian dari Afrika Selatan dan keluarga-keluarga mangsa keganasan rejim kulit putih Afrika Selatan. 112 Malaysia telah menyumbang­kan sebanyak AS 5,000 kepada badan ini yang ditubuhkan di bawah pengawasan PBB.113 Tabung bantuan ini telah dibuka kepada semua negara untuk menderma.

India merupakan salah sebuah negara yang kuat menentang dasar Apartheid bersama-sama Malaysia kerana ramai masyarakal India yang berada di Afrika Selatan turut terjejas dengan dasar berkenaan. Terdapat tiga faktor utama yang dilekankan oleh India supaya Komanwel memainkan peranan menghalang dasar ini daripada dijalankan di Afrika Selatan. Pertama, Komanwel tidak boleh dianggap sebagai sebuah pertubuhan yang bebas selagi ada negara ahli yang mengamalkan dasar apartheid. Kedua, konsep Komanwel sebagai pertubuhan pelbagi bangsa berasaskan kesamaan bangsa tidak bermakna selagi diamalkan sistem terse but. India berpendapat amalan berlerusan dasar Apartheid bukan sahaja mengancam negara-negara Komanwel tetapi juga mengancam pembangunan organisasi ini kerana ia tidak menggalakkan negara lain untuk menyertainya. 114

Salah satu usaha Malaysia di dalam PBB ialah berusaha menentang dasar Apartheid di Afrika Selatan yang telah diperluaskan di Rhodesia Selatan. Banyak resolusi yang telah dikeluarkan oleh PBB bagi mengakhiri amalan dasar apartheid

108 Th~ Tim~s (14 Jun 1960) 109 Ihid. 110 Ucapan oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir b. Mohamad di Majlis Makan Malam yang diberikan oleh Puan

Margaret Thatcher, Perdana Menteri United Kingdom di London, 20 lulai 1987 dalam A New Era of Co­Operation &gins in Anglo-Malaysian Ties (K. Lumpur: Kementerian Pencrangan), him. 7.

111 Ibid. 112 Ibid. 113 Ibid. 114 Vivekanandan, The ShrinkiJrg Circlt!, him. 13.

76

Page 24: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA. 1957 1971

yangjelas sekali bercanggah dengan Piagam PBB malahan mengancam keamanan di Afrika. Pada 1965, Malaysia telah dilantik sebagai ahli lawatankuasa Khas yang ditubuhkan oleh persidangan agung PBB bagi mengkaji dasar Apartheid di Afrika Selatan. 115

lawatankuasa ini kemudiannya telah meminta ahli-ahli PBB untuk mengambil segala langkah bagi menamatkan dasar apartheid. Antara cadangan yang dikemu­kakan dan berjaya dilaksanakan ialah mengadal<an sekatan perdagangan terhadap 'Afrika Selatan dan membantu Tabung Pergerakan Kebebasan Anti-Apartheid bagi menoiong mangsa-mangsa apartheid. 1 16

Terdapat juga beberapa kerajaan yang tidak menunjukkan simpati terhadap masyarakat kulit hitam dan bewarna di Afrika Selatan terutamanya dari Britain dan Australia. Pendirian kedua-dua kerajaan, menyebabkan mereka dikecam oleh ahli­ahli Komanwel yang lain dan nama baik kedua-dua negara tersebut telah terjejas, Kerajaan Malaysia sendiri mengambil berat terhadap pendirian kedua-dua negara ini. Dalam persidangan Parlimen di Malaysia pernah diusulkan agar kerajaan Malaysia mengambil tindakan terhadap pendirian Australia. Malahan dasar kerajaan Australia terhadap penduduk Asia di negara itu kadang kala dilihat mengamalkan dasar perbezaan warna kulit.

Britain mempunyai minat dan kepentingan di Afrika Selatan. Terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi tindakan Britain. Dari sud ut ekonomi, Afrika Selatan merupakan kawasan perlombongan emas dan galian lain yang terpenting. Rakyat Britain telah melabur sejumlah besar pelaburan di sana dan memonopoli kegiatan perlombongan di sana. Keduanya, tindakan sekatan dan tekanan yang dilakukan oleh negara-negara di dunia sebaliknya memberikan peluang kepada Britain untuk memonopoli kegiatan ekonomi , perdagangan dan pembangunan di Afrika Selatan tanpa ada saingan dari negara-negara luar. Kegiatan ekonomi Britain di Afrika Selatan hanya mendapat saingan dengan pelabur-pelabur lepun dan Amerika Syarikat.

Dengan memberikan sokongan kuat kepada rejim kulit putih Afrika Selatan dan memperkuatkan pasukan pertahanan bermakna kedudukan kegiatan ekonomi Britain di Afrika Selatan menjadi kukuh, berbeza dengan negara-negara di Asia Tenggara di mana, Britian terpaksa memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk pertahanan tetapi perlu bersaing untuk menjalankan kegiatan ekonomi. Di Afrika Selatan, ancaman-ancaman yang dihadapi mampu diselesaikan oleh kerajaan Afrika sendiri,

Dari segi sejarah, Afrika Selatan merupakan sebuah tanah jajahan yang paling penting bagi Britain. Afrika Selatan mempunyai hubungan yang paling rapat dengan kerajaan Britian. fa juga telah memberikan bantuan dan menyumbangkan bantuan tenaga tentera serta melibatkan diri dalam isu pertahanan yang dihadapi oleh Britain. Mengikut kerajaan British, Afrika Selatan dapat memainkan peranan sebagai negara yang boleh diharapkan menentang faham komunis di benut Afrika.

liS Foreign Affairs Malay.ria. Vol. I . no. I. him. 9. 116 Ibid.

77

Page 25: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Beberapa cara dilakukan oleh pemimpin Malaysia bagi mendapatkan sokongan ahli-ahli Komanwel dan negara-negara lain untuk mencntang dasar apartheid. Perhubungan antara pemimpin-pemimpin menjadi salah satu cara yang berkesan yang dapat mempengaruhi ahli-ahli Komanwel dan mengenakan tekanan lebih kuat kepada kerajaan Afrika Selatan. Sewaktu Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatannya ke Kanada dalam bulan Oktober 1960, beliau telah menyelar rejim kulit putih Afrika Selatan. Tunku telah menyatakan Tanah Melayu akan terus menghadkan hubungan dengan Afrika Selatan dan juga mengadakan' sekatan perdagangan kepada barangan Afrika Selatan.' '7

Salah satu cadangan yang mendapat kesan yang kuat ialah seruan Tunku Abdul Rahman pada 1960 supaya Afrika Sclatan keluar dari Komanwel dengan alasan tidak mahu nama baik dan kedudukan Komanwel terancam disebabkan olch Afrika Selatan."· Seruan Tunku ini merupakan titik permulaan kepada tindakan beberapa negara Komanwel yang mahukan Afrika Selatan keluar dari badan ini. Malahan Tunku sendiri sewaktu bertemu dengan Harold Macmillan, Perdana Menteri Britian, telah berbincang mengenai kedudukan keahlian Afrika Selatan dalam Komanwel jika Afrika Selatan menjadi sebuah negara Republik pada 31 Mei 1961.'"

Keahlian Afrika Selatan dalam Komanwel mula tercabar dalam mesyuarat Perdana-Perdana Menteri Komanwel dalam tahun 1960. Tindakan Tunku mem­bangkitkan isu apartheid di dalam mesyuarat ini telah memberi kesan kepada perwakilan-pcrwakilan yang hadir dalam mesyuarat berkenaan. Oalam mesyuarat tersebut, perwakilan yang hadir telah mcnyuarakan cadangan supaya dikaji semula keahlian Afrika Selatan. Oalam mesyuarat tersebut Afrika Selatan telah meng­harapkan simpati ahli-ahli Komanwel lain untuk ia tems kekal sebagai ahli dalam Komanwel. Bagaimanapun keengganan-nya mengubah dasar apartheid mcnyebab­kan banyak negara tidak menerimanya di dalam pertubuhan berkenaan."o

Bagaimanapun, terdapat beberapa percanggahan pendapat ten tang negara manakah yang mula mengusulkan agar Afrika Selatan dikeluarkan dari Komanwel. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa negara-negara Afrikalah (terdiri daripada Ghana dan Nigeria) yang pertama sekali menyeru Afrika Selatan keluar daripada Komanwel. Oaripada apa yang dapat dikaji , dilihat Tunku merupakan tokoh utama yang terawal mengusulkan secara rasmi dalam persidangan Ketua­Ketua Negara Komanwel di London supaya Afrika Selatan dikeluarkan daripada Komanwel jika ia tidak mahu menghapuskan dasar apartheid.

Malaysia memang mencadangkan supaya Afrika Selatan dikeluarkan daripada Komanwel kerana keengganan negara itu menghapuskan dasar Apartheid. Seme­m-angnya selepas kejayaan mengeluarkan Afrika Selatan daripada Komanwel terdapat usaha-usaha daripada beberapa negara terutama dari Afrika yang mahukan Afrika selatan keluar dari PBB. Oalam hal ini, Malaysia telah melahirkan

117 The TimeJ (25 October 1960) 118 Ibid. 119 Ibid., (16 November 1960) 120 Vivekanandan, The Shrinking Circle, him. 13.

78

Page 26: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALA VSlA DARI SEGI SEJARAH

pandangan bahawa Afrika Selatan perlu berada di dalam PBB kerana dengan keahliannya dalam PBB, tekanan moral dan politik dapat diberikan kepada Afrika Selatan.'2' Penyingkiran daripada Komanwel adalah sebagai pengajaran kepada Afrika Selatan bahawa dasar apartheid tidak diterima oleh masyarakat antar­abangsa.

Penyingkiran Afrika Selatan dari PBB hanya akan memberikan kesan kepada negara tersebut memikirkan yang ia berada di luar badan dunia dan dengan ini merasakan ia tidak lagi perlu memperdulikan tekanan dari negara-negara ahli. Malahan dengan berada di dalam PBB, Afrika Selatan akan mendapat lebih banyak tekanan dari lebih ban yak negara di dunia bukan sekadar dari negara-negara Komanwel dan Afrika sahaja. Pandangan Malaysia dihormati oleh negara-negara Komanwel dan Afrika Selatan terus kekal sebagai ahli PBB.'22 Malahan selepas itu usaha mahu mengeluarkan Afrika Selatan daripada PBB oleh negara-negara Afrika serna kin berkurangan.

PBB merupakan arena utama bagi penentangan terhadap apartheid. Ia bermula dengan kritikan India terhadap dasar apartheid dalam Sesi Pertama Perhimpunan Agung PBB (1946) yang kemudiannya semakin berkembang dan berpengaruh. India membawa tiga isu utama terhadap soal ini, pertama tentang layanan ke atas orang-orang India di Afrika Selatan, kedua ten tang amalan keseluruhan apartheid dan ketiga ten tang penjajahan Afrika Selatan di Namibia.J2)

Dengan keluarnya Afrika Selatan daripada Komanwel pada 1961.'24 ia membuktikan wujudnya prinsip pengiktirafan kesamarataan hak dan warna kulit sebagai asas keahlian Komanwel. Menurut Profesor Mansergh perubahan yang berlaku merupakan perkembangan terpenting dalam Komanwel dalam dekad 1960-an'2S malahan hingga 1970-an.

Walaupun selepas terkeluar daripada Komanwel, kerajaan Afrika Selatan tetap berdegil untuk meneruskan dasar apartheid. Malaysia telah berusaha bersama­sarna beberapa negara menganjurkan resolusi di dalam PBB pada 5 April 1961 meminta pertimbangan ahli-ahli dalam PBB supaya mengadakan sekatan individu terhadap Afrika Selatan. 126

Walaupun Afrika Selatan keluar daripada Komanwel tetapi ia masih mengekalkan kedudukannya dalam Kawasan Sterling. Hubungan perdagangan dengan Britain terus berjalan seperti biasa. Malahan kerajaan British telah memberikan jaminan terus bekerjasama dalam perdagangan dan pertahanan. Kedua-dua pihak menjalankan dasar kerakyatan yang tersedia ada seperti biasa bagi kemudahan rakyat kulit putih kedua-dua negar berhijrah. Malahan kedua-dua kerajaan bertukar-tukar duta tetapi bukan bertaraf Pesuruhjaya Tinggi.'27

Sokongan yang terus diberikan oleh Britain menyebabkan berbagai-bagai

121 For~jgn Affairs Malaysia, Vol I. I, no. I, him. 10. 122 Ibid. 12] Miller, Sur"y on CommonK·Mltn Affairs. him . 138- 9. 124 Rio Hon. Lord Gamer, "The Commonwealth Under Strain", Round Tab/~, no. 258, April 1975, him. 20. 12S N. Manscrgh, A DeeaJe o/Commonwealth /955-64 (london: Oxrord University Press, 1971 ). him. 15. 126 Boyce. "Twenty Years or Australian Diplomacy in Malay," him. 99. 127 Miller, SUTI'('yon Commonwealth Affairs. him. 158.

79

Page 27: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALAYSIA, 1957- 1977

bentuk tekanan diberikan oleh negara-negara Komanwel kepada Britain supaya ia dapat mengambil tindakan ke atas rejim Afrika Selatan dan Rhodesia Selatan. Bentuk-bcntuk tckanan bergantung pada strategi sescbuah negara dan ini termasuklah ancaman untuk meninggalkan Komanwel , memutuskan hubungan diplomatik dengan Britain'" dan menghentikan peluang-pcluang ekonomi Britain dalam perdagangan dan pelaburan. Ahli-ahli Komanwel juga telah berjaya membawa kedua-dua masalah ini ke dalam PBB dan Persidangan Agung PBB dalam bulan September 1967, telah meminta Britain menggunakan kuasa paksaan terhadap rejim Ian Smith.'"

Kedegilan untuk terus menjalankan dasar apartheid menyebabkan Afrika Selatan ketinggalan dalam banyak biding terutama bantuan, kerjasama dan latihan. Manakala dosar luar Afrika Selatan hampir sepanjang masa tertumpu terhadap mempertahankan dasar apartheid akibat tekanan hampir sebahagian besar negara di dunia,130

RUMUSAN

Pembentukan dasar luar Malaysia di peringkat awal ditumpukan pada membangunkan negara dan cuba melahirkan dasar luar yang boleh menjadikan M~laysia diiktiraf sebagai negara yang merdeka. Malaysia melahirkan idea-idea keamanan, keadilan sosial dan ekonomi, hubungan persahabatan dan kerjasama negara-negara bagi kepentingan negara dan penduduk.131 Sebagai sebuah negara yang baru merdeka, Malaysia berusaha menentang penjajahan . Malaysia menentang penjajahan kerana ia bertentangan dengan prinsip kebcbasan dan hak asasai manusia, mengancam keamanan, mengancam pembangunan sosial dan ekonomi sesebuah wilayah. 132

Sikap Malaysia yang menyokong hak-hak dan kebebasan individu telah mempengaruhi pcmbentukan dasar luar Malaysia menentang dasar apartheid. Tindakan Malaysia telab meninggalkan kesan yang hebat sehingga Afrika Selatan terpaksa keluar dari Komanwel. Tindakan ini menyebabkan Malaysia dihortnati di peringkat antarabangsa dan dihortnati oleh ramai pemimpin rakyat kulit hitam Afrika. Tekanan yang hebat terhadap dasar apartheid telah menyebabkan rcjim kulit putih Afrika Selatan tidak dapat mengembangkan dasar tersebut dengan lebih luas di benua Afrika. Jika tidak, ada kemungkinan dasar apartheid cuba diserapkan sedikit sebanyak di beberapa wilayah di Afrika terutamanya di tanab jajahan Brilian, Perancis dan Portugis,

Dalam hal ini penumpuan dasar luar Malaysia mengutamakan penglibatan sepenuhnya dalam organisasi-organisasi antarabangsa lebih-Iebih lagi dalam PBB Komanwel dan pergerakan serantau. Perjuangan secara berkumpulan lebih banyak

128 Telah dilakukan oleh Ghana dan Tanzania dalam tahun 1965. 129 Miller. Sur~ey on Commonweallh Affairs. him, 124. 130 Vandenbosh, Soulh A/rica and the World, hIm. 13. 131 Ibid. 132 Ibid,

80

Page 28: Malaysia, 1957 - 1977:Penglibatannya Dalam Bidang Politik … · 2016. 3. 30. · Penglibalan Malaysia dalam PBB bagi mengekalkan kcamanan umparnanya mclibalkan diri menyelesaikan

MALA VSIA DARI SEGI SEJARAH

mendalangkan kesan. Tambahan pula, sebagai negara kecil, keupayaan Malaysia adalah lerhad dan lerpaksa berhadapan dengan negara-negara besar dan ber­pengaruh seperli Amerika Syarikal, Brilain, Kesaluan Soviel dan China.

Perjuangan lerhadap soal hak dan kebebasan individu lelah mempengaruhi usaha Malaysia unluk campur langan di Tibet. Keyakinan Malaysia bahawa PBB dapal memainkan peranan ulama lelah mempengaruhi Malaysia unluk menyokong kual badan dunia ini. Bagi Malaysia,jaluh bangunnya PBB bergantung padajumlah sokongan yang diterima daripada ahli-ahlinya.

Penglibatan negara di dalam Komanwel telah membantu Malaysia memban­gun sebagai sebuah negara yang aman dan dihormati di peringkat antarabangsa. Pengalaman yang diperoleh daripada penglibatan dalam Komanwel telah digunakan bagi melibatkan diri dalam ASEAN dan badan-badan lain yang disertai oleh Malaysia. Pengalaman yang diperoleh dalam badan-badan lain terutamanya ASEAN dapat pula digunakan oleh Malaysia di dalam Komanwel. Dalam hal ini, Malaysia telah menggunakan sebaik-baik pengalaman untuk bergiat dalam badan­badan dunia.

81