malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … rabu 9 julai 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil...

26
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 9 JULAI 2008, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 29 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1212-L13123 Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang berfungsi sebagai Pengawal Pantai Malaysia dalam menguatkuasakan undang- undang negara dan keselamatan di kawasan perairan Sabah. 2. PR-1212-L14097 Datuk Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :- (a) kos bagi membina pusat dialisis di seluruh negara dan pecahan jumlahnya mengikut negeri-negeri; dan (b) apakah Kerajaan mepunyai rancangan khusus untuk memperluaskan kemudahan tersebut secara menyeluruh kepada rakyat di seluruh negara. 3. PR-1212-L13553 Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan bagaimanakah Kementerian menilai keberkesanan program usahawan graduan yang diperkenalkan oleh Kementerian. 4. PR-1212-L13100 Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta PERDANA MENTERI menyatakan maklumat terkini terhadap berapa ramai keluarga di Malaysia memperolehi pendapatan bulanan yang di bawah RM 1000 sebulan, antara RM 1001 ke RM 2000 sebulan, antara RM 2001 ke RM 3000 sebulan dan seterusnya hingga RM 20,000 sebulan.

Upload: phungnhan

Post on 30-Apr-2019

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 9 JULAI 2008, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 29

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1212-L13123

Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang berfungsi sebagai Pengawal Pantai Malaysia dalam menguatkuasakan undang-undang negara dan keselamatan di kawasan perairan Sabah.

2. PR-1212-L14097

Datuk Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) kos bagi membina pusat dialisis di seluruh negara dan pecahan

jumlahnya mengikut negeri-negeri; dan

(b) apakah Kerajaan mepunyai rancangan khusus untuk memperluaskan kemudahan tersebut secara menyeluruh kepada rakyat di seluruh negara.

3. PR-1212-L13553

Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan bagaimanakah Kementerian menilai keberkesanan program usahawan graduan yang diperkenalkan oleh Kementerian.

4. PR-1212-L13100 Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta PERDANA MENTERI menyatakan maklumat terkini terhadap berapa ramai keluarga di Malaysia memperolehi pendapatan bulanan yang di bawah RM 1000 sebulan, antara RM 1001 ke RM 2000 sebulan, antara RM 2001 ke RM 3000 sebulan dan seterusnya hingga RM 20,000 sebulan.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

2

5. PR-1212-L13051 Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sejauh manakah Kerajaan menggalakkan penanaman semula koko dan kenaf bagi membantu menambah pendapatan rakyat dan apakah insentif-insentif yang telah disediakan oleh Kerajaan pada masa kini.

6. PR-1212-L14479

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan status terkini proses pengambilalihan pengurusan air selepas Akta Perkhidmatan Air 2006 dan SPAN dikuatkuasakan.

7. PR-1212-L13696

Dato' Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah langkah yang telah diambil untuk menambahkan produk pelancongan di Langkawi dan apakah produk terbaru yang bakal ditawarkan.

8. PR-1212-L12781

Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah tindakan yang akan diambil untuk membantu lebih daripada 2000 pelajar jurusan kedoktoran dari universiti luar negara yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

9. PR-1212-L14212

Dato’ Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tema bagi "World Environment Day" yang disambut pada 5 Jun 2008 ialah "Kick The Habit Towards Low Carbon Economy". Adakah Kerajaan kita menyahut saranan ini dalam usaha mencapai wawasan 2020.

10. PR-1212-L14301

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah status terkini terhadap rancangan pembangunan "Makmal Pemantauan Nuklear di Bukit Ibam, Rompin, Pahang.

11. PR-1212-L13133

Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) sama ada Kementerian mempunyai pelan untuk pemiawaian bantuan

khas untuk warga tua dan orang kurang upaya (OKU) di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah ; dan

(b) bagaimanakah Kementerian membantu dalam pelaksanaannya

memandangkan perbezaan besar yang wujud. 12. PR-1212-L14232

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan memandangkan pegawai-pegawai pendidikan tidak menerima kemasukan Pegawai JPA ke dalam Kementerian , Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah, adakah Kementerian mempunyai dasar yang jelas mengenai hal ini.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

3

13. PR-1212-L13151 Tuan Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh mana usaha bagi menyediakan kemudahan asrama kepada penuntut-penuntut Kolej Komuniti yang mana mereka ini amat sukar untuk mendapatkan tempat tinggal dan ini akan mewujudkan pelbagai masalah sosial sesama mereka.

14. PR-1212-L14473

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan seluruh perbelanjaan program RAKAN MUDA dan bilangan peserta mengambil bahagian mengikut komposisi kaum tahun 2007 hingga kini.

15. PR-1212-L13227

Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kejayaan agro-pelancongan sejak tahun 2005 dari segi penarikan pelancongan dan keuntungan khususnya di Sabah.

16. PR-1212-L12952

Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sejauh mana Kementerian memantau majikan atau syarikat yang mengambil pekerja asing bagi memastikan kebajikan dan kemudahan asas pekerja asing dibekalkan dan dijamin.

17. PR-1212-L12983

Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan dengan melihat kepada senario masyarakat hari ini yang semakin buta sejarah negara dan sejarah kemerdekaan, adakah Kerajaan bercadang untuk mewajibkan semula mata pelajaran sejarah di semua peringkat persekolahan sebagai mata pelajaran wajib dan perlu lulus peperiksaan awam.

18. PR-1212-L13926

Datuk Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada Kerajaan akan menaiktaraf Projek Jalan Kampung (PJK) ke Projek Jalan Luar Bandar (JALB) bagi kampung-kampung yang di bawah kawal selia pihak berkuasa tempatan.

19. PR-1212-L12898

Dato’ Dr. Zainal Abidin bin Ahmad [ Hulu Selangor ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan langkah-langkah diambil untuk mengatasi masalah komunikasi di kawasan-kawasan tertentu antara Kampung Gesir hingga ke Sungai Dusun, Hulu Selangor.

20. PR-1212-L13369

Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan sama ada pihak Kerajaan bercadang untuk menggalakkan penggunaan kuasa melalui sumber alam boleh dibaharui (renewable) seperti angin dan solar.

21. PR-1212-L14040

Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci jumlah yang telah dibelanjakan mengikut perkara-perkara spesifik dan senarai penerimanya untuk Peruntukan Pembangunan Parlimen bagi kawasan Rasah pada bulan Januari dan Februari 2008 sebelum Parlimen ke 11 dibubarkan.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

4

22. PR-1212-L12871 Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk membatalkan siaran secara langsung persidangan Parlimen yang disiarkan sekarang memandangkan terdapat banyak rungutan daripada penonton yang menyifatkan ia sebagai memalukan kerana terdapat tindakan yang tidak beradap yang dilakukan oleh sebahagian Ahli Parlimen.

23. PR-1212-L13213 Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan usaha untuk mempromosikan masjid-masjid lama di Pulau Pinang contohnya Masjid di Batu Uban, merupakan masjid tertua di Pulau Pinang, begitu juga Masjid Melayu atau Masjid Acheh di tengah Bandar Georgetown. Apakah ada usaha untuk mempromosikan Pakej Pelancongan Islam bagi menerima kunjungan Pelancongan Timur Tengah yang semakin meningkat.

24. PR-1212-L13483

Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kutipan cukai perkhidmatan yang dipungut daripada kedai makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) bagi tempoh tahun 2007.

25. PR-1212-L13529 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah Dasar Automotif Negara berjaya dilaksanakan sejak diperkenalkan dan apakah insentif-insentif yang diberikan kepada pengeluar-pengeluar kereta nasional supaya mampu bersaing dengan kereta-kereta import.

26. PR-1212-L13423

Tuan Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bahawa selaras dengan untuk membangunkan 'knowledge economy', apakah langkah yang diambil untuk mencapai matlamat menerapkan kandungan 'knowledge economy' di dalam kurikulum sekolah.

27. PR-1212-L12822 Tuan Ahmad bin Kassim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengenai Projek Marina/Yacth Harbour di Kuala Kedah, kos projek sebenar dan kos pembaikan serta apakah rancangan masa depan Kerajaan untuk projek tersebut, yang boleh dinikmati oleh rakyat di sekitarnya.

28. PR-1212-L12928

Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan setakat manakah hasil kajian yang dibuat oleh MARDI telah dikomersialkan dan nyatakan hasil-hasil kajian yang lain yang telah mendapat sambutan di pasaran baik dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

29. PR-1212-L13678

Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah syarat-syarat pelantikan Duta Besar termasuk pelantikan Duta Besar bukan di kalangan perkhidmatan awam.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

5

30. PR-1212-L14225 Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan dengan keputusan baru-baru ini antara langkah supaya bahan api subsidi hanya boleh dinikmati oleh penduduk tempatan ialah dengan mengadakan sekatan jualan sejauh 50 km, sejauh manakah berkesannya langkah ini bagi mengawal penjualan petrol.

31. PR-1212-L14016

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bilakah Universiti Pertahanan yang telah diumumkan untuk dibina di Segari, Manjung, Perak akan dilaksanakan. Adakah Kerajaan Persekutuan merancang untuk membina Universiti atau Kolej di kawasan Parlimen Beruas.

32. PR-1212-L12989

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana bancian penduduk khasnya dari Sabah melambung tinggi sekali berbanding dengan bancian penduduk di negeri-negeri lain dan jumlah penduduk mengikut kaum di seluruh negara setakat ini.

33. PR-1212-L14381

Tuan Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah skim pinjaman kecil di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia tidak menampakkan impak yang signifikan dalam mengatasi masalah kemiskinan di negara ini malahan pinjaman dengan Along masih berleluasa.

34. PR-1212-L13009

Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kementerian boleh menambahkan bilangan anggota pasukan-pasukan keselamatan supaya pasukan-pasukan keselamatan bersama-sama Jabatan Imigresen dapat melaksanakan kehendak undang-undang negara terhadap PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) yang masih ramai di negeri Sabah khasnya.

35. PR-1212-L14089

Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sejauh mana misi damai di Selatan Filipina mencapai kejayaan dan apakah langkah-langkah masa depan yang dicadangkan bagi memastikan kejayaan pelan damai di kawasan terbabit.

36. PR-1212-L13914

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan butir-butir jumlah perbelanjaan Kerajaan yang telah diperuntukkan untuk menaik taraf kawasan Segambut sejak 2004, apakah hasil kebernasannya dan berapa pula akan/telah diperuntukkan mulai bulan Mac 2008.

37. PR-1212-L13443

Tuan Matulidi bin Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah filem dan drama yang berdaftar di Malaysia termasuk filem dan drama dalam dan luar negara dan yang telah ditayangkan sama ada di panggung wayang atau di televisyen sehingga Mei 2008.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

6

38. PR-1212-L13475 Datuk Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah kerajaan dapat mengklasifikasikan motosikal 3 roda (bukan motosikal dengan sidecar) sebagai kenderaan yang boleh dilesenkan.

39. PR-1212-L12778

Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk memperbaiki dan menaiktarafkan perkhidmatan feri negeri Pulau Pinang memandangkan masalah lalu lintas yang serius di negeri Pulau Pinang.

40. PR-1212-L14167

Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah peruntukan lesen Siput Retak Seribu dikeluarkan oleh Kerajaan dalam tempoh 2005-2008 yang masih aktif dan telah luput.

41. PR-1212-L13816

Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan atas prinsip ketelusan dan urustadbir baik (good governance) sama ada Kerajaan berhasrat mengeluarkan Penyata Pertahanan Negara (National Defence Statement) dan kertas Putih Pertahanan supaya menjelaskan dasar, perbelanjaan dan proses pemodenisasi Angkatan Tentera kepada pembayar cukai.

42. PR-1212-L13957

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-

(a) berapakah jumlah terkumpul subsidi yang telah diberikan oleh Kerajaan

kepada Lebuh Raya KESAS bagi mengelak kenaikan tol yang membebankan pengguna ; dan

(b) apakah rancangan Kerajaan untuk mengatasi kesesakan pada setiap

pagi di lebuh raya tersebut dari arah Klang ke susur keluar Shah Alam dan USJ.

43. PR-1212-L14615

Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk membina mini litar lumba motosikal untuk memberi peluang kepada mereka yang berminat di dalam sukan ini di setiap daerah.

44. PR-1212-L13343

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan :-

(a) apakah rancangan pihak Kementerian bagi memperkasa Jabatan Hal

Ehwal khas agar lebih menyerlah pada masa yang akan datang; dan (b) adakah pihak Kementerian berhasrat untuk mengkaji semula elaun serta

insentif Pegawai JASA ini memandangkan ianya semakin berkurangan dari tahun ke tahun terutamanya di Sarawak.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

7

45. PR-1212-L13845 Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah telah menjadi polisi Kerajaan Persekutuan bahawa Pengerusi sesebuah syarikat seperti MAB, Sepang International Circuit dan lain-lain di mana Menteri Kewangan mempunyai kepentingan, mestilah ahli UMNO dan adakah ini bermakna jawatan dalam syarikat tersebut hanya untuk ahli UMNO dan bukan rakyat Malaysia serta untuk Bumiputera tidak mengira fahaman politik.

46. PR-1212-L13015

Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha bagi meningkatkan tahap dan kualiti perkhidmatan polis di luar bandar dan memandangkan peranan polis sangat penting, kenapa ibu pejabat Polis Daerah Kecil Lenggong, diturun taraf balai kerana ia mengakibatkan rakyat terpaksa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Perak Gerik, yang jauhnya 56 km walaupun untuk urusan kecil.

47. PR-1212-L14333

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah wang yang telah dikutip selepas cukai "windfall tax" diluluskan pada tahun 1999 dan adakah cukai ini dikutip sepanjang kenaikan mendadak harga minyak kelapa sawit.

48. PR-1212-L14557

Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid [ Padang Besar ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah jumlah projek yang dilaksanakan, di mana, berapakah kos yang terlibat dan apakah kesudahan projek-projek kampung hala tuju baru dengan tujuan meningkatkan taraf ekonomi mereka yang terlibat sejak lebih dari 20 tahun lalu yang amat ghairah diwujudkan oleh Kementerian.

49. PR-1212-L14241

Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kementerian merancang untuk menggubal seksyen 95 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 untuk melanjutkan tempoh perintah nafkah seseorang anak supaya meliputi tempoh tambahan yang munasabah, bagi membolehkan anak itu mengikuti pendidikan tahap yang tinggi.

50. PR-1212-L12842

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan sedia meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri 1961 untuk memastikan seksyen 8 Akta tersebut dibaca bersama-sama seksyen 73 Akta tersebut dan supaya Hakim Mahkamah Tinggi diberikan kebebasan untuk meneliti alasan tahanan untuk memastikan tiada penyalahgunaan kuasa berlaku dalam perlaksanaannya.

51. PR-1212-L13944

Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana kakitangan Kerajaan memahami prosedur-prosedur kerja dari peringkat atasan sehingga peringkat bawahan bagi memastikan orang ramai mendapat khidmat terbaik semasa berurusan dengan mereka.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

8

52. PR-1212-L14061 Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) kadar kecurian komputer riba dari kenderaan dalam masa lima tahun

terakhir; dan (b) apakah usaha PDRM untuk membanteras kecurian komputer riba

daripada kenderaan. 53. PR-1212-L13262

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan telaga minyak/gas dalam kawasan JDA (Joint Development Authority) Malaysia-Thailand, jumlah anggaran simpanan minyak/gas dan apa rancangan mengusahakannya.

54. PR-1212-L14269

Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah tahap purata Kadar Perahan Minyak atau Oil Extraction Rate (OER) untuk industri minyak kelapa sawit di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sudah mencapai 24% seperti yang disasarkan dan jika tidak, apakah usaha yang dilakukan oleh Kementerian ke arah ini.

55. PR-1212-L13644

Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah rasional Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dihantar untuk melaksanakan 'Tugas Awam London' iaitu untuk mengawal kediaman rasmi Raja Britain walaupun ia merupakan satu penghormatan kepada Malaysia.

56. PR-1212-L12892

Dato' Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menaikkan imej universiti tempatan. Adakah Kerajaan bersedia untuk mengambil lebih ramai "Professor" dari luar negara dan adakah universiti awam tempatan akan mewujudkan kriteria "publish or perish" sebagai kriteria untuk naik pangkat.

57. PR-1212-L14450

Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan Kempen 'Tak Nak' merokok telah dilancarkan pada September 2004 dan Kerajaan membelanjakan tidak kurang dari RM100 juta untuk program selama 5 tahun ini sehingga kini, apakah kempen ini benar-benar mencapai matlamatnya dan apakah tabiat rokok di Malaysia dan risikonya.

58. PR-1212-L13996

Datuk Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang semakin meruncing di bandar-bandar utama di negeri Sabah.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

9

59. PR-1212-L14394 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah dijalankan kajian terperinci mengenai keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah yang dinyatakan oleh YAB. Perdana Menteri pada 17 Februari lalu ketika beliau mengumumkan bahawa Kerajaan akan menimbangkan permintaan untuk menggunakan bahasa ibunda dalam mata pelajaran itu di sekolah rendah.

60. PR-1212-L13398

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tarikh dan nama Menteri yang menandatangani tiap-tiap surat sokongan oleh Kementerian untuk bon Kuala Dimensi Sdn Bhd dalam projek PKFZ, tarikh kelulusan Jemaah Menteri dan alasan surat sokongan dikeluarkan.

61. PR-1212-L13170

Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan :-

(a) berapakah jumlah ahli perniagaan bumiputera melibatkan diri dalam

projek industri kecil dan sederhana di Sarawak; dan (b) berapakah jumlah pemohon pinjaman IKS dan berapa banyakkah yang

telah diluluskan di negeri Sarawak.

62. PR-1212-L13814 Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapa set unit gerabak berangkai elektrik (Electric Multiple Unit) yang beroperasi oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Adakah jumlah ini memenuhi keperluan jadual perjalanan kereta api penumpang sekarang.

63. PR-1212-L13247

Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago [ Klang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian terhadap pegawai-pegawai Imigresen yang dituduh menjual orang pelarian Burma di sempadan Malaysia-Thailand dengan harga RM300. Isu ini dibangkitkan baru-baru ini dalam program NTV7 pada 3 Mei 2008 yang bertema 'Refugee for Sale'.

64. PR-1212-L14353

Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan jenis-jenis program TV yang mendapat 'rating' tertinggi yang diminati oleh rakyat dalam negara kita dan rakyat Malaysia di luar negara.

65. PR-1212-L12812

Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah mekanisme penyiasatan yang digunakan oleh pihak PPD dan JPN negeri, selepas menerima satu aduan daripada pihak ibu bapa terhadap tingkah laku pihak sekolah yang gagal menangani masalah disiplin / kes buli yang berlaku di kawasan sekolah.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

10

66. PR-1212-L13199 Tuan Manikavasagam A/L Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan jumlah peruntukkan yang diberikan kepada negeri Selangor dalam RMK-9 dan bagaimana peruntukkan itu dibelanjakan dan nyatakan peruntukkan yang masih belum digunakan dan apakah rancangan untuk peruntukkan yang masih di bawah Kementerian.

67. PR-1212-L12751

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah di ambil oleh pihak Kementerian bagi menggalakkan penanaman hasil tani asing di negara ini misalnya kurma, bawang putih, ubi kentang dan gandum agar ianya boleh dijadikan hasil tani negara.

68. PR-1212-L13191

Tuan Gobalakrishan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah perancangan pemberian kondom kepada rakyat masih releven pada masa kini.

69. PR-1212-L13506

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pekerja asing pada 31hb Dis 2007 dan 10 agensi utama yang membawa masuk pekerja asing tersebut serta bilangan setiap agensi.

70. PR-1212-L13569

Datuk Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan akan mengemukakan dengan terperinci penyusunan semula harga subsidi petrol dan bilakah pengumumannya akan dibuat.

71. PR-1212-L13792

Tuan Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pakar ekonomi dunia menjangkakan negeri China dan India akan menjadi kuasa ekonomi dunia dalam dekad yang mendatang:-

(a) tidakkah Kementerian bercadang memperkenalkan subjek Bahasa

Mandarin dan Bahasa Tamil secara elektif di sekolah-sekolah terpilih agar pelajar bukan bangsa Cina dan India dapat menguasai bahasa ini dan mempunyai "advantage" di pasaran pekerjaan dan perniagaan nanti; dan

(b) bersetujukah Menteri pelajar-pelajar yang menguasai banyak bahasa

mempunyai peluang yang cerah dalam hidup mereka. 72. PR-1212-L14547

Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah dasar atau pendekatan yang diamalkan oleh setiap JPN untuk membantu setiap sekolah menjelaskan bil-bil utiliti berlainan termasuk bil Indah Water Konsortium (IWK).

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

11

73. PR-1212-L13446 Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah kes permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia dan pemastautin tetap yang masih tertunggak dan berada dalam pertimbangan sejak 2003 dan apakah sebab ia lewat dipertimbangkan.

74. PR-1212-L14256

Dr. Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah terbaik yang diambil oleh Kerajaan bagi mendapat peluang terbaik pendeposit rakyat dengan aktiviti-aktiviti pelaburan yang telah dilakukan oleh Tabung Haji.

75. PR-1212-L12771

Dato' Dr. James Dawos Mamit [ Mambong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sejauh manakah teknologi nano digunapakai di negara kita setakat ini. Apakah kesan penggunaan teknologi terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia.

76. PR-1212-L13420

Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada pegawai pendaftar berkuasa untuk tidak memasukkan nama bapa dalam sijil kelahiran kerana dia tidak dapat membuktikan telah berkahwin kepada ibu bayi berkenaan.

77. PR-1212-L13751

Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah bayaran / fees yang telah dibuat mengikut tahun kepada 'INFORMER' yang telah membantu di dalam kes-kes penyiasatan Pengelakkan Cukai dan bagaimanakah proses serta kaedah pembayaran itu dibuat.

78. PR-1212-L13637 Puan Rosnah binti Abdul Rashid Shirlin [ Papar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah kabinet akan menghidupkan semula Kementerian Hal Ehwal Khas untuk Sabah dan Sarawak seperti yang telah dipersetujui apabila Sabah menyertai Malaysia pada 1963.

79. PR-1212-L14107

Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan :-

(a) senarai dewan-dewan orang ramai, dewan masyarakat dan pusat

komuniti mengikut kawasan Parlimen di Titiwangsa dan Putrajaya serta nama, alamat dan nombor telefon jawatankuasa atau individu yang memegang kunci premis tersebut; dan

(b) siapakah yang menanggung kos penyelenggaraan dewan-dewan

tersebut. 80. PR- 1212-L14633

Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah perbelanjaan yang diperuntukakan kepada agensi pemeriksaan kenderaan bagi menaiktarafkan sistem dan peralatan serta bagaimanakah Kementerian menagawal piawaian pemeriksaannya.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

12

81. PR-1212-L14008

Tuan Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah semua jenis subsidi yang diberi oleh Kerajaan, kumpulan sasar penerima, perbandingan jumlah dan peratus penerima di bandar dan luar bandar serta kaedah dan strategi penyusunan semula subsidi agar lebih adil dan tidak membebankan negara.

82. PR-1212-L12779 Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah pelan dan program yang akan dilaksanakan untuk membaik pulih skim memperuntukkan tanah untuk penternakan lembu susu negara terutamanya di negeri Pulau Pinang.

83. PR-1212-L14577

Datuk Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan adakah Kementerian bercadang agar pembaharuan lesen-lesen PKK dan status Bumiputera bagi Kelas A, B dan C yang selama ini diproses dan diluluskan di ibu pejabat, dibuat di Pejabat PKK Cawangan Sarawak di Kuching.

84. PR-1212-L14357

Tuan Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN minta menyatakan bilangan rumah yang telah dibina setakat ini di bawah pelbagai program perumahan rakyat mengikut negeri.

85. PR-1212-L13819 Datuk Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-

(a) apakah strategi Kerajaan bagi menarik pelabur-pelabur dalam dan luar

negara ke daerah yang belum pesat membangun; dan (b) adakah Kerajaan mendapati daerah Hilir Perak dan Perak Tengah sesuai

menjadi kawasan perindustrian dan jika sesuai apakah usaha Kerajaan dalam menjayakannya.

86. PR-1212-L13687

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan bilangan aduan tentang masalah perumahan yang diterima oleh Jabatan Pengurusan Harta di DBKL. Sila nyatakan jumlah pegawai yang bekerja di jabatan tersebut dan usaha Kementerian untuk meningkatkan produktiviti jabatan ini.

87. PR-1212-L13882

Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kedudukan beribu rakyat Malaysia yang telah meninggalkan negara ini untuk bermastautin di Amerika Syarikat secara haram dan telah dilucutkan hak memegang pasport Malaysia. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengembalikan hak memegang pasport kepada mereka yang berminat untuk kembali ke Malaysia.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

13

88. PR-1212-L14139 Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasional Kerajaan meluluskan penguasaan lebih 25% saham Bernas oleh Wang Tak Co. Ltd. sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong, sejak awal tahun lepas.

89. PR-1212-L13088

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah perancangan dengan bekas gudang-gudang padi di Bagan Serai dan apakah status kilang padi LPN di Simpang 5 Parit Buntar.

90. PR-1212-L14584

Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah projek 'MRR2 Sg. Buloh Interchange' yang telah lama terbengkalai beberapa tahun akan siap dan berapakah kos yang telah dibelanjakan secara terperinci setakat ini, dan juga jumlah kos kontraknya.

91. PR-1212-L13710

Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah Majlis Fatwa Kebangsaan tidak bersidang untuk mengkaji kedudukan bayaran tambahan PTPTN dari segi aspek riba dan penindasan.

92. PR-1212-L14103

Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berkenaan jumlah orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri serta undang-undang pencegahan yang lain di negara ini setakat pada 31hb Mei 2008.

93. PR-1212-L13330

Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) berapakah jumlah Sekolah Agama Islam di negara ini dan statistik

mengikut pecahan negeri; dan

(b) berapakah jumlah yang diberi bantuan penuh Kerajaan Persekutuan dan berapa ramai pelajar sekolah agama yang menerima biasiswa Kerajaan Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran keluar negara.

94. PR-1212-L14341

Tuan Roslan bin Shaharum [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah KWSP akan melaksanakan perancangan untuk memindahkan tabungan pencarum-pencarum yang beragama Islam ke dalam pelaburan yang berasaskan Syariah supaya dividen yang akan diperolehi oleh pencarum-pencarum adalah halal dan bersih.

95. PR-1212-L14489

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang dilakukan bagi mengurangkan jenayah rogol dan ragut yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

14

96. PR-1212-L14606 Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah syarikat di negeri Selangor yang menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan gas (natural gas) dari Syarikat Gas Malaysia dan apakah faktor-faktor yang menyekat Syarikat Gas Malaysia dari membekalkan gas asli kepada syarikat-syarikat di Pulau Indah.

97. PR-1212-L13747

Datin Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah justifikasi penjualan bangunan Angkasaraya kepada Sunrise Bhd dengan harga lebih RM2800 untuk satu kaki persegi melalui pihak ketiga. Sila nyatakan syarikat yang membeli bangunan ini daripada Bank Rakyat serta penjualan harganya berdasarkan satu kaki persegi.

98. PR-1212-L13810

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada terdapat langkah mendidik petani dan memperkasakan penanaman padi skala kecil di kampung-kampung, menjadikan hubungan petani serta penternak secara langsung dengan pemasaran dan langkah-langkah menjamin ketelusan agensi pemasaran yang bertanggungjawab.

99. PR-1212-L13758

Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak Lafe [ Mas Gading ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah jumlah batang jalan di negara ini yang dikategorikan sebagai Jalan Keselamatan atau Jalan KESBAN dan bilakah Jalan Biawak dalam kawasan Parlimen Mas Gading diturap sepenuhnya memandangkan semua Jambatan sudah siap dibina.

100. PR-1212-L13489

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan adakah pemasangan menara pemancar telekomunikasi di kawasan kediaman telah mengeluarkan radiasi yang berbahaya kepada penduduk setempat.

101. PR-1212-L13670

Dato’ Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan sejauh manakah kejayaan Kementerian di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk melahirkan sekurang-kurangnya 3,500 usahawan Bumiputera baru sepertimana yang dirancangkan dan apakah program-program yang dirangka untuk para belia dan siswazah menggangur supaya terlibat dalam perniagaan, untuk membolehkan kita mencapai sasaran ini.

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

15

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 27 (3) Dewan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut: “Bahawa Dewan ini, menyedari akan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan dan pencapaian matlamat sosioekonomi yang baik semasa awal pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan meskipun ekonomi Malaysia terus berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan terutamanya kenaikan harga minyak petroleum mentah dunia; merestui usaha Kerajaan bagi melaksanakan Misi Nasional untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang bertujuan melaksanakan strategi dan program serta menyediakan peruntukan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang teguh dan bersatu padu seperti di bentang dalam Kertas Perintah CMD 8 Tahun 2008; Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha dengan keazaman yang teguh dan terus menyokong Kerajaan untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur, progresif, adil, berdaya tahan dan berdaya saing.”

Menyambung semula Perbahasan atas Masalah (8 Julai 2008)

2. (D.R. 2/2008) Rang Undang-undang Ahli Geologi 2008 – Menyambung semula Perbahasan atas Masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (25 Jun 2008) [Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar]

3. (D.R. 6/2008) Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan)

2008 [Menteri Pelajaran]

Bacaan Kali Yang Kedua

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

16

4. (D.R. 7/2008) Rang Undang-undang Saraan Hakim

(Pindaan) 2008 [Perdana Menteri]

5. (D.R. 4/2008) Rang Undang-undang Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Pindaan) 2008 [Menteri Pelancongan]

6. (D.R. 10/2008) Rang Undang-undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008 [Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi]

7. PR-1212-U12759

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Second Hand Dealers Act yang diamalkan di Semenanjung belum lagi dipanjangkan ke negeri Sabah. Dan mengambil maklum bahawa dengan ketiadaan Akta ini, para peniaga besi buruk di Sabah hanya perlu mendapatkan lesen mereka daripada Pihak Berkuasa Tempatan sahaja. Dan mengambil maklum bahawa, rakan niaga mereka di Semenanjung yang dikawal oleh Akta ini hanya mendapat lesen mereka setelah permohonan dan premis mereka diperiksa serta transaksi perniagaan mereka secara terperinci oleh pihak polis. Dan mengambil maklum bahawa akhir-akhir ini, banyak kejadian buruk yang merugikan bukan sahaja rakyat tetapi negara, di negeri Sabah seperti keruntuhan tiang elektrik voltan tinggi, kehilangan kabel elektrik dan telefon. Dan mengambil maklum bahawa, tindakan undang-undang yang di ambil kepada para penjenayah tersebut adalah terbatas kerana pihak polis hanya bergantung dengan Local By-Laws. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk memanjangkan second hand dealers acts ke negeri Sabah dengan kadar yang segera, agar kegiatan mencuri besi buruk dapat dibendung dan dihapuskan."

[Menteri Dalam Negeri]

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

17

8. PR-1212-U12760

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa sejak akhir-akhir ini, kita kerap mendengar laporan serta keluhan mengenai dengan keruntuhan moral di kalangan muda-mudi kita, terutama sekali dalam kegiatan maksiat, jenayah dan penagihan dadah. Dan mengambil maklum bahawa Kerajaan melalui pelbagai agensi dan Jabatannya telah menjalankan banyak aktiviti dan kempen bagi mengatasi dan membendung masalah yang dimaksudkan di atas namun keberkesanannya kurang dirasai. Dan mengambil maklum bahawa pihak-pihak lain yang bernaung di bawah Badan keagamaan dan badan bukan Kerajaan juga boleh memainkan peranan mereka bagi mengatasi dan membendung masalah di atas. Namun kegiatan mereka selalunya terhad kerana ketiadaan dana untuk melaksanakan dan menjayakan program yang dirancang. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk menyediakan dana yang cukup kepada Badan-badan yang dimaksudkan di atas agar kita bersama dapat mengatasi masalah ini."

[Menteri Belia dan Sukan] 9. PR-1212-U12761

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa sejak akhir-akhir ini, negara digemparkan dengan isu kekurangan barang makanan terutama sekali beras, di mana pihak Kerajaan terpaksa campur tangan bagi memastikan bekalan adalah mencukupi. Dan mengambil maklum bahawa negeri Sabah dan Sarawak mempunyai keluasan tanah yang mencukupi bagi maksud penanaman padi yang sekurang-kurangnya boleh menambah rizab beras negara . Dan mengambil maklum bahawa selain daripada tanah sawah, negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai tanah yang dengan kecerunan di bawah 25 % yang boleh ditanam dengan beras bukit misalnya beras Bario yang sememangnya terkenal di Sabah, Sarawak dan Brunei. Dan mengambil maklum juga bahawa di setengah kawasan di negara China, misalnya mereka mengusahakan penanaman padi bukit di kawasan yang kecerunannya melebihi 25%. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk menggalakkan dan memberikan subsidi bagi penanaman padi bukit di negeri Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan lagi bekalan dan rizab bekalan beras negara."

[Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani]

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

18

10. PR-1212-U13628

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa dewan ini membincangkan dasar kedaulatan makanan termasuk beras. Bahawa Dewan ini ingin tahu apa sebenarnya 70% mampu diri mengenai beras dan usaha untuk membuka lebih banyak tanah untuk tanaman padi."

[Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani] 11. PR-1212-U13630

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini hendak membahaskan perubahan dasar subsidi termasuk beras dan diesel. Dewan juga mahu mendebatkan cara-cara yang digunakan untuk memastikan golongan yang layak dapat menikmati subsidi dan penyelewengan dapat diatasi." [Perdana Menteri]

12. PR-1212-U13693

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk membenarkan siaran langsung televisyen sepenuhnya bagi sidang Dewan Rakyat supaya rakyat boleh menonton ucapan para ahli berhormat dan proses Dewan Rakyat membuat keputusan terhadap dasar dan undang-undang."

[Menteri Penerangan] 13. PR-1212-U13695

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk memulihkan Pilihan Raya Kerajaan tempatan demi menjadikan perkhidmatan Kerajaan tempatan di negara kita lebih berkesan di samping memulangkan hak kepada rakyat untuk memilih Datuk Bandar dan ahli Majlis Kerajaan Tempatan."

[Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan]

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

19

14. PR-1212-U13697 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mendesak Kerajaan untuk melaksanakan kempen kitar semula dan kempen pengurangan penggunaan plastik dengan lebih gigih demi memelihara kebersihan alam sekitar." [Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan]

15. PR-1212-U13699

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen yang telah dimansuhkan pada tahun 1993 sebagai langkah untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Dunia Pertama." [Perdana Menteri]

16. PR-1212-U13700 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini menyokong cadangan Suruhanjaya Diraja Pembaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM dan YAB Perdana Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC)."

[Perdana Menteri]

17. PR-1212-U12997

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak Kementerian dan memandang serius agar pihak Badan Pencegah Rasuah menubuhkan satu cawangan khas untuk mengendalikan perkara yang tidak ada rasuah terbabit tetapi pihak pegawai sengaja melambat-lambatkan proses pelaksanaannya. Contohnya, sesuatu kerja tidak dapat dijalankan disebabkan sesuatu badan/agensi yang melambat-lambatkannya untuk di proses."

[Perdana Menteri]

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

20

18. PR-1212-U12998

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum dan memandang serius terhadap peningkatan penduduk Malaysia khasnya di Sabah yang meningkat secara mendadak sehingga jauh lebih tinggi berbanding di negeri-negeri lain di Malaysia, contohnya seperti Malaysia 10,439430 pada tahun 1970 dan 22,202,614 pada tahun 2000 peratus kenaikannya sebanyak 113%, Sarawak 976,269 pada tahun 1970 dan 2,012,616 pada tahun 2000 peratus kenaikannya sebanyak 106/% dan Sabah 636, 431 pada tahun 1970 dan 2,449,389 pada tahun 2000 peratus kenaikannya ialah sebanyak 285%. Bagaimana penduduk Sabah melambung naik sehingga 172% lebih tinggi daripada peratus kenaikan penduduk seluruh negara kita."

[Perdana Menteri]

19. PR-1212-U13536 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini meluluskan ketetapan bahawa Kerajaan Persekutuan hendaklah memulihkan semula Pilihan Raya Kerajaan Tempatan di semua Majlis/Dewan Bandaraya dan Majlis Perbandaran seluruh Negara dengan mengambil tindakan meminda Perlembagaan Persekutuan dan Akta Kerajaan Tempatan bagi maksud tersebut supaya kuasa perwakilan rakyat di dalam Kerajaan tempatan dikembalikan semula selaras dengan amalan demokrasi berparlimen di Malaysia dan tuntutan rakyat sebagaimana yang dijelmakan dalam keputusan Pilihan Raya Umum 2008 yang mencerminkan kehendak dan hasrat rakyat."

[Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan]

20. PR-1212-U13538

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini bersetuju supaya Kerajaan Persekutuan membina sebuah Muzium Memperingati Kapitan Yap Ah Loy bagi mengenang jasa mendiang sebagai pembuka dan Bapa Pembangunan Awal Kuala Lumpur untuk tatapan masyarakat Malaysia dan antarabangsa."

[Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan]

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

21

21. PR-1212-U13050

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat resolusi untuk mengambil tindakan terhadap kemasukan pendatang asing yang terlalu ramai sehingga tidak dapat dikawal dan menjejaskan sektor pekerjaan dan sosial."

[Menteri Dalam Negeri] 22. PR-1212-U13053

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat resolusi untuk mendesak Kerajaan supaya menarik balik pindaan Akta Hubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959. Sekiranya ia tidak dipinda ia akan memberikan kesan yang tidak adil bagi kaum pekerja di negara ini."

[Menteri Sumber Manusia] 23. PR-1212-U13331

Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Pengerusi SPR dan panel-panel SPR yang lain meletak jawatan akibat daripada tindakan membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya lepas dan tiada penjelasan yang kukuh bagi membatalkan sehingga kini. Selain itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan Pengerusi SPR adalah bercanggah. Pengerusi SPR juga melakukan pengecualian dalam proses pendaftaran pemilih serta tiada penjelasan diberikan. Dewan ini mendesak supaya sebuah Suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat SPR dan mengadakan public hearing bagi mengembalikan ketelusan dan keyakinan kepada rakyat."

[Perdana Menteri]

24. PR-1212-U12800

Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] akan mencadangkan:-

" Bahawa dewan ini mendesak Menteri Pengajian Tinggi supaya mendedahkan kepada orang awam proses pelantikan pensyarah-pensyarah di Institut-Institut Pengajian Tinggi Awam Negara." [Menteri Pengajian Tinggi]

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

22

25. PR-1212-U12802 Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] akan mencadangkan:-

" Bahawa dewan ini meminta Kerajaan Malaysia supaya meningkatkan pengambilan calon-calon dari golongan bukan Bumiputera di sektor pekerjaan awam."

[Perdana Menteri] 26. PR-1212-U13880

Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi RM100 juta oleh Kementerian Pertahanan, mesti dibahas di Parlimen dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara mempertingkatkan integriti dan keberkesanan jangka panjang pembelian sistem pertahanan. " [Menteri Pertahanan]

27. PR-1212-U14379 Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa sumber bahan api seperti petroleum dan gas telah mengalami kenaikan harga yang semakin melambung dan rizab negara bahan ini akan kehabisan dalam tempoh 20 tahun. Dewan ini berpandangan bahawa Kerajaan harus mengambil langkah-langkah yang progresif dan proaktif untuk memastikan bahawa negara ini tidak akan mengalami kekurangan bahan api dan mencari sumber alternatif yang mudah diganti renewable resources dengan secepat mungkin. Dewan ini mendesak supaya PETRONAS menerajui usaha-usaha untuk mencari sumber alternatif seperti biofuel dan bioethanol daripada sumber-sumber pertanian seperti sweet potato, jagung, sweet sorghum, tebu dan menghasilkan bahan api ini dengan skala besar. Dewan ini juga menggesa PETRONAS supaya berhenti daripada menerokai bidang-bidang yang bukan core competency mereka seperti membina hospital lima bintang Prince Court Medical Centre dan membina dewan muzik filharmonik dan menggaji pemuzik-pemuzik luar negara, di mana perkara-perkara ini merupakan perbelanjaan yang membazir yang hanya memberi keuntungan atau manfaat kepada segolongan kecil rakyat negara ini."

[Perdana Menteri]

Page 23: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

23

28. PR-1212-U14020 Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu dalam menguatkuasakan Resolusi 62/149 Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu pada 18 Disember 2007 di mana negara-negara yang masih mengamalkan hukuman mati diminta untuk menghentikan penggunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman-hukuman mati dengan hasrat untuk menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Moratorium tersebut."

[Menteri Luar Negeri]

29. PR-1212-U14024

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengkaji dalam penubuhan Penguat Kuasa Pengangkutan Awam Kebangsaan National Public Transport Authority (NPTA) untuk menyeragamkan pengangkutan awam di bandar dan antara bandar. Dewan ini berpandangan bahawa badan ini akan mengambil tanggungjawab dalam perancangan, pemantauan dan pembaikan sistem pengangkutan awam di jalan raya."

[Menteri Pengangkutan]

30. PR-1212-U14031 Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum dan sedar mengenai isu yang berkaitan dengan air khususnya berkaitan dengan jumlah penggunaan keperluan air, kesedaran mengenainya dan konservasinya. Justeru, adalah penting bagi Dewan ini mengkaji dalam penggubalan dasar-dasar yang bersangkut paut dengan permasalahan yang dinyatakan itu. Dasar ini nanti akan menjadi rujukan dan mampu dalam meningkatkan kesedaran rakyat berkenaan dengan hak asasi manusia bagi mendapat akses kepada keperluan air dengan selamat serta menjadi panduan kepada pemuliharaan air dan teknologi kepada penguat kuasa tempatan dan sektor-sektor perindustrian." [Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi]

Page 24: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

24

31. PR-1212-U14607

Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sikap tidak profesional Menteri Pelancongan yang membatalkan MoU berkaitan dengan lima buah negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat atas alasan tidak bersefahaman. Dewan ini berpandangan bahawa alasan tersebut bukan sahaja tidak munasabah, bahkan dipengaruhi oleh pemikiran politik kepartian yang amat sempit dan dangkal."

[Menteri Pelancongan]

32. PR-1212-U14617

Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Kementerian Pelajaran supaya membuat perisytiharan terbuka tentang penggunaan semula Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk subjek sains dan matematik di sekolah. " [Menteri Pelajaran]

33. PR-1212-U14620

Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan Malaysia mengkaji semula AUKU supaya ia selaras dengan hak-hak kebebasan rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Dewan ini berpandangan sekatan yang dikenakan oleh AUKU ke atas kebebasan pelajar adalah bercanggah dengan Hak Asasi Manusia. " [Menteri Pengajian Tinggi]

34. PR-1212-U14168

Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menyokong penuh agar cadangan pembinaan pusara Orang Kenamaan yang akan dibuat di ibu kota Kuala Lumpur dibatalkan. Ini kerana projek itu bukan sahaja tidak sesuai bahkan satu pembaziran kepada kawasan tanah yang semakin terhad di ibu kota." [Perdana Menteri]

Page 25: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

25

35. PR-1212-U14177 Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak supaya Kerajaan Malaysia bertindak segera untuk membangunkan Pulau Pisang termasuk membatalkan perjanjian yang membenarkan Singapura mendirikan rumah api di pulau tersebut." [Menteri Luar Negeri]

36. PR-1212-U14182 Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mencadangkan supaya Kerajaan membuat keputusan yang jelas dan tegas untuk mengurangkan kehadiran tenaga kerja asing di Malaysia. Kehadiran yang tidak terkawal itu menyebabkan bukan sahaja menutup peluang pekerjaan kepada orang tempatan tetapi masalah jenayah yang semakin meningkat dan tidak terkawal."

[Menteri Dalam Negeri]

Page 26: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … RABU 9 JULAI 2008.pdf · usaha-usaha yang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ... kemasukan Pegawai JPA ke dalam

AUM DR 9/7/2008

26

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

TARIKH UCAPAN DIBUAT

AHLI YANG BERUCAP

TAJUK UCAPAN

MENTERI YANG

BERTANGGUNGJAWAB

1. 09.7.2008 (Rabu) 2. 09.7.2008 (Rabu)

1. Tuan Khairy Jamaluddin (Rembau) 2. Puan Teo Nie Ching (Serdang)

1. Tenaga Boleh Diperbaharu (Renewable Energy) dan Dasar Tenaga Nasional. 2. Pembinaan Jalan Keluar Masuk dan Terowong di Kawasan Serdang

1. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi 2. Menteri Kerja Raya