malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … filedewan rakyat aturan urusan mesyuarat ......

38
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 25 SEPTEMBER 2013, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 19 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1312-L56066 Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kementerian sudah melaksanakan bancian penempatan atas air di perkampungan Timur Sabah sebagai satu langkah penyusunan kediaman yang lebih teratur dan meningkatkan tahap keselamatan setempat. 2. PR-1312-L56481 Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapakah blog yang menghina Islam, apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap pemiliknya. 3. PR-1312-L55309 Datuk Johari bin Abdul Ghani [ Titiwangsa ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan:- (a) margin bekalan air atau "reserve margin" yang terdapat pada 34 buah loji rawatan air yang membekal air bagi pengguna di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bagi tempoh 5 tahun akan datang; dan (b) apakah langkah-langkah strategik Kementerian bagi menghadapi krisis air di Lembah Klang terutama peningkatan penduduk yang semakin meningkat di kawasan ini. 4. PR-1312-L55346 Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kementerian sedar penduduk-penduduk Pantai Timur Sabah, khususnya nelayan, masih diancam lanun dan penceroboh, seperti pencerobohan lebih kurang 11 orang pengganas pada 27-28 Ogos 2013, dekat Semporna. Jelaskan mengapa ini masih boleh berlaku walaupun ESSCOM sudah ditubuhkan. Apakah langkah-langkah yang lebih berkesan yang akan diambil.

Upload: ngokien

Post on 24-May-2019

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 25 SEPTEMBER 2013, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 19

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1312-L56066 Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kementerian sudah melaksanakan bancian penempatan atas air di perkampungan Timur Sabah sebagai satu langkah penyusunan kediaman yang lebih teratur dan meningkatkan tahap keselamatan setempat.

2. PR-1312-L56481

Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapakah blog yang menghina Islam, apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap pemiliknya.

3. PR-1312-L55309

Datuk Johari bin Abdul Ghani [ Titiwangsa ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan:-

(a) margin bekalan air atau "reserve margin" yang terdapat

pada 34 buah loji rawatan air yang membekal air bagi pengguna di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bagi tempoh 5 tahun akan datang; dan

(b) apakah langkah-langkah strategik Kementerian bagi

menghadapi krisis air di Lembah Klang terutama peningkatan penduduk yang semakin meningkat di kawasan ini.

4. PR-1312-L55346

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kementerian sedar penduduk-penduduk Pantai Timur Sabah, khususnya nelayan, masih diancam lanun dan penceroboh, seperti pencerobohan lebih kurang 11 orang pengganas pada 27-28 Ogos 2013, dekat Semporna. Jelaskan mengapa ini masih boleh berlaku walaupun ESSCOM sudah ditubuhkan. Apakah langkah-langkah yang lebih berkesan yang akan diambil.

AUM DR 25/9/2013

2

5. PR-1312-L56871

Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan cadangan holistik yang bakal diambil berhubung isu operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), ekoran dari peningkatan rungutan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kaedah pelaksanaan sistem itu yang menggunakan orang ketiga dalam menguruskan operasi dan mengutip saman.

6. PR-1312-L56777

Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan:-

(a) apakah peranan Malaysia dan setakat mana tindakan

yang telah dilakukan sebagai perantara dalam penyelesaian konflik di Selatan Thailand; dan

(b) apakah kekangan terhadap penyelesaian krisis

berkenaan. 7. PR-1312-L56090

Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah pelajar Malaysia yang terjejas dengan pergolakan di Mesir, dan apakah langkah diambil kerajaan untuk memastikan proses pembelajaran pelajar-pelajar kita tidak terjejas pada masa hadapan, terutama di negara-negara yang berisiko menghadapi konflik dalaman.

8. PR-1312-L56065

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah jumlah terkini Klinik 1Malaysia yang mempunyai pegawai perubatan (medical officer). Nyatakan juga senarai Klinik 1Malaysia yang tiada pegawai perubatan serta alasan ketiadaan mereka.

9. PR-1312-L55924

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah kebolehlaksanaan projek laluan rel Pantai Timur yang telah dikenal pasti sebagai satu projek penting di dalam Pelan Induk East Coast Economic Region (ECER) bagi menghubungkan Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi di wilayah berkenaan serta nyatakan anggaran kos dan jadual perlaksanaannya.

10. PR-1312-L56812

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pengambilan pekerja-pekerja asing dihadkan supaya pekerja tempatan tidak tergugat.

AUM DR 25/9/2013 3

11. PR-1312-L56981 Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) apakah statistik terkini jenis-jenis kanser yang meragut

banyak nyawa di Malaysia; dan (b) apakah usaha-usaha khusus Kementerian untuk

meningkatkan kesedaran rakyat terhadap tanda-tanda awal kehadiran kanser dan betapa pentingnya penjagaan makanan dan cara hidup yang sihat untuk mengelakkan kejadian kanser.

12. PR-1312-L55449

Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan dengan terperinci sistem meritokrasi yang diperkenalkan sejak 2002. Bagaimanakah sistem ini berfungsi sedangkan negara kita mengadakan sistem kemasukan universiti yang berbeza STPM dan Matrikulasi. Adakah Kementerian Pendidikan bercadang untuk menghapuskan STPM dan jadikan sistem kemasukan universiti setara.

13. PR-1312-L55112

Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada Kementerian mempunyai rancangan untuk membina sebuah jambatan menyeberangi Sg. Batang Kayan menghubungi Kampung Selampit di daerah Lundu.

14. PR-1312-L56660

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan Pusat untuk membantu petani-petani yang mengalami masalah ketidakstabilan harga komoditi yang mereka hasilkan. Apakah tindakan Kerajaan Pusat untuk menaik taraf hidup petani-petani yang miskin terutama di negeri Sarawak.

15. PR-1312-L55707

Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan langkah-langkah Kementerian bagi penyelesaian isu pembinaan Loji Rawatan Air Langat Dua (Langat 2) dan penstrukturan semula industri air Selangor antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

AUM DR 25/9/2013

4

16. PR-1312-L56135 Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berhubung kegagalan Kementerian dalam pengagihan tenaga kerja polis yang berkesan sebagai usaha meningkatkan kecekapan pihak penguat kuasa dalam melindungi keselamatan masyarakat, bukannya sekadarnya menyarankan orang awam untuk mengambil tindakan seperti memasang kamera litar tertutup (CCTV) atau mengupah pengawal keselamatan.

17. PR-1312-L56521

Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan pendapatan purata tahunan daripada kutipan tol Lebuh Raya Senai-Desaru dan kos penyenggaraan tahunan.

18. PR-1312-L57004

Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan butiran bilangan dan lokasi kematian kanak-kanak akibat ditinggalkan sendiri di dalam kereta untuk sepuluh tahun yang lalu serta apakah Kementerian bersedia untuk bekerjasama dengan Pembangkang untuk mewujudkan satu kempen kesedaran yang lebih kukuh tentang isu ini.

19. PR-1312-L55048

Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan mengapa TNB tidak membaca meter elektrik setiap bulan. Bacaan meter dua bulan sekali akan lebih membebankan pengguna kerana tarif yang lebih tinggi dikenakan mengikut penggunaan masa yang lebih panjang.

20. PR-1312-L55842

Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa peratus (dan jumlah barrel) minyak mentah (crude oil) yang dikeluarkan di Malaysia oleh PETRONAS dan syarikat-syarikat lain ditapis (refined) di Malaysia dan untuk yang ditapis di luar negara, peratusannya dan tempat-tempat penapisan.

21. PR-1312-L55586

Tuan Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah tindakan Kementerian selanjutnya bagi menangani masalah harga barang pengguna yang tinggi di Labuan setelah langkah pemberian subsidi ke atas tambang feri kenderaan ke Labuan berjumlah RM17.1 juta gagal memberi kesan penurunan harga seperti yang diharapkan.

22. PR-1312-L56915

Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kementerian sedang mempertimbangkan penubuhan semula sekolah aliran Bahasa Inggeris.

AUM DR 25/9/2013 5

23. PR-1312-L57035 Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah status penyiasatan terhadap Laporan Polis yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda UPKO Bahagian Tuaran terhadap posting oleh pemilik akaun Facebook bernama Semenanjung Malaysia Anti Sabah dan Sarawak.

24. PR-1312-L55278

Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah bilangan dan jumlah pinjaman Skim TEKUN yang disalurkan kepada Usahawan Tekun di Pulau Pinang sehingga kini semenjak program ini dilaksanakan dan berapakah bilangan dan peratus pembayaran balik tertunggak.

25. PR-1312-L56555

Tuan Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah perancangan Kementerian bagi mengembalikan semangat kecintaan dan ketaatan kepada negara yang semakin tawar di kalangan rakyat dewasa ini.

26. PR-1312-L55798

Dato’ Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak Kerajaan untuk meningkatkan hasil tangkapan nelayan-nelayan pantai di negeri Kelantan. Adakah hasil laut negeri ini semakin berkurangan dan jika berkurangan apakah sebabnya.

27. PR-1312-L55588

Tuan Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah berkesan yang diambil oleh pihak polis dan pihak berkuasa tempatan bagi membendung gejala judi siber dan kegiatan sindiket “Ah Long” yang semakin meruncing dan berleluasa di Labuan.

28. PR-1312-L56202

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kesan kenaikan baja terhadap petani negara kita dan harga sayur-sayuran. Pendekatan yang akan diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

29. PR-1312-L55532

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kementerian telah membuat kajian berkenaan status gaji askar di peringkat bawahan (prebet dan sarjan) dan bagaimanakah kebajikan mereka ini terbela setelah mereka habis berkhidmat kepada negara.

AUM DR 25/9/2013

6

30. PR-1312-L56199 Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia mengarahkan inkues ke atas pembunuhan lima lelaki dalam kes tembakan dengan polis di Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 19 Ogos 2013. Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

31. PR-1312-L55786

Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perkembangan terkini penubuhan taska-taska di tempat kerja untuk kedua-dua sektor awam dan swasta dan apakah pendekatan yang diguna pakai oleh kementerian dalam memastikan pertambahan bilangan taska di tempat kerja dapat menggalak dan meningkatkan bilangan wanita untuk kembali bekerja.

32. PR-1312-L55501

Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah satu kajian hidrologi (hydrology study) dijalan dan diluluskan oleh pihak Kementerian sebelum kerja-kerja penambakan tanah yang sedang dijalankan oleh Kumpulan Liziz Sendirian Berhad secara reka bina di dalam Sungai Terengganu di hadapan kawasan Istana Maziah Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu.

33. PR-1312-L56906 Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:-

(a) setakat mana kajian dilaksanakan dalam memastikan

Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tidak tercicir dalam saingan global seandainya Malaysia bersetuju menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA); dan

(b) apakah benar satu dakwaan melalui TPPA ini dijangka

memberi syarikat asing hak untuk menyaman Kerajaan Malaysia di tribunal asing sekiranya tidak berpeluang mendapat kontrak Kerajaan.

34. PR-1312-L55693

Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenyataan beliau yang menyatakan Felda adalah contoh transformasi terbaik, atas kriteria apakah yang membuatkan Felda berjaya. Adakah Felda menyelesaikan hutang KWSP sebanyak RM 6 bilion.

AUM DR 25/9/2013 7

35. PR-1312-L57032 Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) keperluan Lot Tempat Letak Motosikal digazet di dalam

Akta Perancangan Bandar, Akta Bangunan dan akta yang bersesuaian agar kebajikan pemilik motosikal selamat daripada di saman penguat kuasa serta kecurian motosikal; dan

(b) adakah Kementerian bercadang supaya pihak penguat

kuasa tidak mengeluarkan saman di kawasan yang kurang atau tiada ruang letak motosikal.

36. PR-1312-L55905

Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kejayaan program transformasi Kerajaan sepanjang empat tahun lalu bagi memastikan perkhidmatan awam, terutamanya kehakiman, pendidikan, polis dan perkhidmatan imigresen mencerminkan komposisi berbilang kaum negara ini.

37. PR-1312-L55228

Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jumlah menara telekomunikasi yang telah didirikan di kawasan Baram dan apakah perancangan jangka masa pendek serta perancangan jangka masa panjang Kementerian untuk memastikan liputan perkhidmatan telefon selular dinikmati oleh semua lapisan masyarakat di kawasan Baram.

38. PR-1312-L56418

Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Peguam Negara belum mengambil tindakan pendakwaan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Mohamad Hasan dalam kes pemindahan RM10 juta secara haram ke London melalui perkhidmatan Salamath Ali Money Changer Sdn. Bhd. walaupun SPRM telah menyerahkan kertas siasatan.

39. PR-1312-L56673

Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah hasil cadangan penggabungan dua pengeluar kereta nasional iaitu Proton Holding Berhad dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. yang dikatakan boleh meningkatkan daya saing industri automotif negara.

40. PR-1312-L55824

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan rasional untuk memainkan lagu kebangsaan “Negaraku” di pusat hiburan seperti pawagam. Adakah cara ini merupakan kaedah yang paling tepat untuk menunjukkan semangat patriotik rakyat kepada negara.

AUM DR 25/9/2013

8

41. PR-1312-L55057 Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan:-

(a) projek atau program terkini yang dilaksanakan melalui

pendekatan Blue Ocean Strategy; dan (b) perkembangan terkini kawalan keselamatan di perairan

Sabah dan apakah program latihan ketenteraan yang dilaksanakan dengan negara lain.

42. PR-1312-L55980

Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) kesan pemansuhan ISA, Ordinan Darurat (EO) serta Akta

Kediaman Terhad terhadap peningkatan kadar jenayah berat yang semakin menjadi-jadi; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang untuk mengembalikan

semula undang-undang tersebut atau menggubal undang-undang baharu yang seumpamanya.

43. PR-1312-L56967 Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kebelakangan ini ramai pemaju telah menggunakan strategi pemasaran yang luar biasa dengan memberi rebat (yang tinggi) ke atas harga jualan dan mengamalkan DIBS (Developer Interest Bearing Scheme) dengan pihak bank. Strategi pemasaran tersebut adalah antara punca utama kenaikan harga rumah yang tinggi dan menggalakkan spekulasi harta tanah. Adakah Kementerian bercadang menyekat aktiviti tersebut sebagai suatu langkah mengawal kenaikan harga rumah yang mendadak serta menyekat aktiviti spekulasi.

44. PR-1312-L56434

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan usaha bagi mengembangkan sektor pelancongan di Malaysia secara am dan di Kuantan secara khas untuk menarik lebih ramai pelancong memandangkan pengumuman Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) baru-baru ini menunjukkan Malaysia telah jatuh satu anak tangga ke tempat ke-10 dalam menerima ketibaan pelancong dan tidak berada dalam senarai 10 teratas bagi penerimaan pelancongan antarabangsa.

45. PR-1312-L56282

Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:-

(a) berapa peratuskah golongan belia terlibat dalam industri

pertanian; dan

AUM DR 25/9/2013 9

(b) apakah galakan yang disediakan oleh Kerajaan untuk menarik minat golongan belia menceburi bidang pertanian.

46. PR-1312-L56056

Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah jarak kilometer jalan raya di luar bandar yang sudah dinaik taraf di negeri Sabah termasuklah Parlimen Libaran sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

47. PR-1312-L56195

Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kepada Dewan bilangan kematian yang disebabkan oleh penggunaan senjata api yang menyalahi undang-undang di negara ini dalam tempoh tiga bulan lepas dan jumlah kes yang diselesaikan oleh pihak polis dalam hal ini.

48. PR-1312-L55398

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah peruntukan yang telah diluluskan di bawah Bantuan Pengupayaan Pertubuhan Belia dan jumlah persatuan belia yang telah mendapat bantuan daripadanya mengikut negeri.

49. PR-1312-L56219

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

(a) kedudukan terkini di KLIA2 untuk pembinaan kompleks

terminal, landasan kapal terbang (runway), menara kawalan dan kompleks Gateway@KLIA2; dan

(b) sebab pihak kontraktor tidak dikenakan LAD walaupun

kerja runway dan menara kawalan tidak disiapkan seperti yang dijadualkan pada bulan Jun 2013.

50. PR-1312-L56283

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah langkah kawalan Kerajaan untuk memastikan harga barang tidak terjejas berikutan kenaikan harga minyak sejak 3 September 2013.

51. PR-1312-L56725

Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pelan Kerajaan Persekutuan untuk meluaskan jaringan LRT dan MRT ke Shah Alam - Port Klang memandangkan proses rebakan perbandaran dan taman perumahan semakin aktif ke kawasan Klang-Langat akibat kepadatan tinggi di kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

AUM DR 25/9/2013

10

52. PR-1312-L56472 Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan mengapa Kerajaan Malaysia tidak membuat pendirian tegas mengutuk rampasan kuasa tentera di Mesir yang menjatuhkah Kerajaan pimpinan Presiden yang dipilih secara demokratik.

53. PR-1312-L56733

Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah pelan Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan pendidikan percuma di setiap peringkat sebagai memenuhi hak asasi rakyat dan pelaburan masa hadapan negara yang bertindak sebagai pemangkin mobiliti sosial demi merapatkan jurang kemiskinan dan bukannya sebagai komoditi bagi mereka yang berkemampuan sahaja.

54. PR-1312-L55879

Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan kenapa Duta Besar Malaysia ke Mesir belum dilantik sedangkan ianya sangat-sangat diperlukan lebih-lebih lagi dalam perkembangan semasa di negara Mesir.

55. PR-1312-L56618

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan strategi yang telah diambil untuk menyelamatkan negara daripada kegawatan ekonomi kerana berdepan dengan kombinasi masalah aliran keluar modal (capital outflow) dan kelambatan dana memasuki ke Malaysia, kelembapan eksport, susut nilai mata wang dan harga komoditi, pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan lain-lain.

56. PR-1312-L55158

Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah nilai Saham Bumiputera di Bursa Saham sehingga Julai 2013.

57. PR-1312-L55813

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jumlah pengundi yang didaftarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) pada tahun 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013 (sehingga hari ini) dan sebab-sebab mengapa JASA diberikan tanggungjawab pendaftaran ini.

58. PR-1312-L56448

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah status laporan berkala gabungan ketiga dan keempat CEDAW (Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women) Kerajaan yang sepatutnya sudah dihantar kepada Jawatankuasa CEDAW pada tahun 2008. Jika belum, bilakah ianya akan dihantar.

AUM DR 25/9/2013

11

59. PR-1312-L55580 Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapa Kerajaan menolak permohonan BIMB Holdings Bhd. untuk memperoleh sukuk bernilai RM1.5 bilion bagi tujuan mengambil alih keseluruhan ekuiti Bank Islam yang masih belum dimilikinya.

60. PR-1312-L55350

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan berniat membatalkan Kad-kad Pengenalan, kemudian mendaftar dan mengeluarkan semula Kad-kad Pengenalan baru kepada rakyat tulen Sabah, sekali gus menangani kesan-kesan buruk Kad-Kad Pengenalan palsu. Mengapakah Kementerian membuat pengumuman lebih awal tentang operasi membanteras PTI, memandangkan ia memberi peluang kepada PTI untuk melarikan diri, dan kembali selepas operasi tamat.

61. PR-1312-L56285

Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status pelaksanaan projek Institut Latihan Kemas di Kota Samarahan.

62. PR-1312-L56510

Tuan Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan penjelasan berhubung SUKMA Perlis 2014, setakat mana persediaan yang telah dirancang dan dilaksanakan. Apakah status kerja yang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik.

63. PR-1312-L56096

Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan kriteria dan mekanisme pelaksanaan projek-projek luar bandar untuk memastikan setiap peruntukan itu sampai kepada kumpulan sasaran di luar bandar, termasuk kemungkinan menyalurkan peruntukan menerusi Kerajaan-Kerajaan Negeri.

64. PR-1312-L56522

Tuan Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menyediakan kawasan tarikan pelancong di negeri Perlis amnya dan di kawasan Parlimen Kangar khasnya yang pada masa sekarang mempunyai dua lokasi semula jadi yang patut di komersial iaitu Kuala Perlis dan Sungai Batu Pahat yang meliputi Bukit Ayer. Cadangan penswastaan sektor ini di kawasan berkenaan mungkin boleh dipertimbangkan.

AUM DR 25/9/2013

12

65. PR-1312-L55922 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah keseluruhan pinjaman yang diberikan kepada Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kedah dan berapa pula pinjaman yang telah dibayar balik. Senaraikan jumlah pembayaran balik kepada Kementerian mengikut tahun.

66. PR-1312-L55881

Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pertama kali menerima permohonan mendaftar Pakatan Rakyat dan mengapa Pakatan Rakyat masih tidak didaftarkan.

67. PR-1312-L55131

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan:-

(a) tindakan yang diambil oleh Kementerian bagi memantau

kenyataan-kenyataan yang berbaur fitnah, hasutan dan yang boleh menggugat ketenteraman negara, yang disebarkan melalui blog dan media sosial; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang untuk menapis kandungan

blog dan media sosial bagi menangani gejala ini. 68. PR-1312-L56404

Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status penyiasatan kes tembak Pengerusi My Watch.

69. PR-1312-L56233

Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah Projek Hospital Bahagian Mukah yang baru akan dimulakan pembinaannya. Adakah bangunan baru itu di tempatkan di tapak hospital lama dan berapa buah katil barukah disediakan.

70. PR-1312-L56156

Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sejauh mana kebenaran frasa “Customer is always right” di negara ini memandangkan terdapat peniaga yang tidak mahu bertanggungjawab dengan meletakkan notis seperti “No Refund”, “Good Solds Are Not Refundable” dan sebagainya. Apakah yang boleh dilakukan oleh pengguna untuk mendapatkan pampasan.

AUM DR 25/9/2013

13

71. PR-1312-L56101 Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah wang peruntukan yang telah dibelanjakan untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak ianya dilancarkan pada tahun 2003. Adakah program ini mencapai objektif Kerajaan Persekutuan.

72. PR-1312-L55079

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan kecurian mesin ATM, kes ragut dan kecurian kereta sejak tahun 2010 dan nyatakan bilangan kes-kes yang telah diselesaikan.

73. PR-1312-L56040

Datuk Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk membanteras jenayah yang berleluasa sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat ke atas keselamatan mereka serta memberikan gambaran negatif kepada pelabur dan pelancong dari luar negara.

74. PR-1312-L55963 Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan analisis dan “trend” harga komoditi utama iaitu kelapa sawit dan getah di pasaran tempatan dan antarabangsa. Apakah langkah-langkah dan cadangan Kerajaan untuk mengukuhkan dan menstabilkan harga komoditi-komoditi ini.

75. PR-1312-L56547

Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah perancangan yang berkesan akan diambil oleh Kementerian untuk memastikan penanaman tanaman makanan tempatan seperti sayuran, buah-buahan, padi dan lain-lain, sentiasa dipelihara dalam keadaan yang boleh dibekalkan kepada keperluan dalaman negara kita.

76. PR-1312-L55539

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bilangan petani yang sedang mengusahakan tanah Kerajaan dengan memberi pecahan mengikut negeri. Apakah cadangan pihak Kementerian terhadap kumpulan petani ini.

77. PR-1312-L56539

Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk memberi kuasa dan pengiktirafan yang rasmi kepada Persatuan Penduduk di Taman-Taman Perumahan (seperti JKKK di kampung) supaya mereka boleh mengambil bahagian yang aktif dalam membantu Kerajaan dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan di taman-taman perumahan masing-masing.

AUM DR 25/9/2013

14

78. PR-1312-L56571 Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan mengapa penghuni PPR terpaksa membayar bil air yang tinggi melalui sistem meter pukal dan apakah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.

79. PR-1312-L56373

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) mengapakah dalam keadaan Peguam Negara telah

memutuskan untuk menangguhkan pendakwaan ke atas mereka yang dikeluarkan saman AES, saman AES masih terus-menerus dikeluarkan; dan

(b) adakah Kementerian bersedia untuk memulangkan

kembali wang saman yang dibayar oleh pengguna setelah Peguam Negara memutuskan untuk menangguhkan pendakwaan.

80. PR-1312-L56878

Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah Kementerian telah memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda di setiap politeknik premier dalam usaha memastikan politeknik di negara ini kekal relevan dan kompetitif.

81. PR-1312-L56678

Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) berapakah jumlah anggota D7 (kongsi gelap, perjudian

dan maksiat) di negara ini bagi membanteras jenayah yang melibatkan tiga aspek tersebut mengikut daerah dan negeri; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang untuk menambah jumlah

anggota D7 dan Cawangan Khas dalam operasi membanteras jenayah tiga serangkai ini.

82. PR-1312-L56311

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah pesakit “Schizophrenia” dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dan apakah rancangan yang wujud dan langkah Kerajaan bagi menolong golongan tersebut.

83. PR-1312-L56834

Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk kejadian rusuhan pada 13 Mei, 1969 sebagai sebahagian seruan Perdana Menteri untuk perpaduan negara.

AUM DR 25/9/2013

15

84. PR-1312-L55492 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) tahap pelaksanaan konsep perumahan “Bina-Jual”; dan (b) masalah yang dihadapi melalui konsep “Bina-Jual” tidak

mendapat sambutan daripada pemaju dan amat sukar dilaksanakan.

85. PR-1312-L56996

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah sudah terdapat cadangan untuk memusatkan kampus UMK di Bachok sahaja untuk memastikan pentadbiran lebih baik dan keselesaan staf dan pelajar.

86. PR-1312-L55183

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terkini perlaksanaan Standard Pengurusan Keselamatan IT (IT Security Management (ISMS)) atau MS ISO/IEC 27000 dalam memastikan keselamatan dan kerahsiaan data-data sektor Kerajaan dan swasta negara terjamin.

87. PR-1312-L56936

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:-

(a) apakah usaha-usaha Kementerian di dalam mengekalkan

tahap persaingan kenderaan buatan Malaysia yang ada pada waktu ini sedang diasak oleh kenderaan keluaran negara asing semakin murah harganya dibandingkan kenderaan keluaran tempatan; dan

(b) apakah kesan daripada AFTA akan memberi impak yang

lebih negatif kepada industri permotoran negara. 88. PR-1312-L56609

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) jumlah pengangkutan awam darat yang sedang

beroperasi di kawasan Parlimen Kluang dan sama ada perkhidmatan dan laluan bas terutamanya akan ditambah bagi menampung peningkatan penduduk di kawasan ini; dan

(b) peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk pengangkutan

awam darat dari 2003 hingga 2013.

AUM DR 25/9/2013

16

89. PR-1312-L56174 Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jikalau terma-terma di dalam Perjanjian Malaysia 1963 telah dilaksanakan.

90. PR-1312-L56594

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sistem pembahagian minyak bersubsidi ini boleh ditransformasikan supaya yang layak saja yang mendapatnya dan bukan di sebaliknya.

91. PR-1312-L56700

Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah Kerajaan dalam membendung aktiviti jenayah berat dan asas berlakunya aktiviti jenayah berkenaan.

92. PR-1312-L55247

Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan:- (a) apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian

bagi menangani kemelut isu air di antara negeri Kedah dengan negeri Pulau Pinang; dan

(b) adakah Kerajaan Pusat bercadang menjadi orang tengah

bagi meredakan isu ini antara kedua-dua negeri 93. PR-1312-L56726

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa Kerajaan terlalu lama di dalam mengambil tindakan tegas kepada penderhaka negara seperti mengutuk SPB Yang di-Pertuan Agong dan tidak menghormati Jalur Gemilang dan lagu kebangsaan.

94. PR-1312-L55712

Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa [ Ketereh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan senarai penyakit yang diberikan pelalian di bawah program pelalian nasional dan apakah kriteria yang digunakan dalam menentukan jenis penyakit yang diberi pelalian oleh Kerajaan.

95. PR-1312-L56005 Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:-

(a) jumlah kemalangan yang berlaku di 'Pan Borneo

Highway' sejak 2008 dan bilangan nyawa yang terkorban; dan

AUM DR 25/9/2013

17

(b) sama ada Kementerian mempunyai rancangan untuk mempercepatkan pembinaan jalan tersebut memandangkan terlalu banyak kes kemalangan berlaku serta langkah-langkah untuk mengurangkan kes kemalangan di Pan Borneo Highway.

96. PR-1312-L55385

Tuan Seah Leong Peng [ Telok Intan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah langkah tegas yang diambil oleh Kementerian pada agensi/syarikat utiliti yang gagal mematuhi standard penurapan jalan raya lepas kerja-kerja pengorekan jalan raya dilakukan.

97. PR-1312-L56778

Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk penempatan semula pelajar-pelajar Malaysia yang telah kembali daripada Mesir ekoran krisis rampasan kuasa, dan bagaimana pula penempatan pelajar-pelajar baru yang terhalang untuk memulakan pengajian di sana.

98. PR-1312-L55848

Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sama ada Kementerian akan meningkatkan peruntukan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) supaya mewujudkan 1.32 juta peluang pekerjaan di sektor teknikal dan vokasional menjelang tahun 2020. Peruntukan bagi PTPK dikatakan tidak seimbang jika dibandingkan dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diberi sebanyak RM5bilion setahun.

99. PR-1312-L56459

Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah kadar doktor ke penduduk di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia masing-masing. Apakah faedah telah dilaksanakan untuk mengurangkan jurang di antara Sarawak dan Sabah dengan Semenanjung Malaysia. Adakah kaedah itu berkesan.

100. PR-1312-L56690

Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) kewujudan agensi bukan Kerajaan CTOS dalam

menyimpan maklumat pinjaman individu dan syarikat untuk tujuan perniagaan adalah membimbangkan. Banyak kes kebocoran maklumat peribadi dilaporkan. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengambil alih CTOS kerana maklumat peribadi pinjaman hendaklah diurus oleh Kerajaan supaya ia selamat; dan

(b) sejauh mana BAFIA ACT 1989 melindungi maklumat

kewangan individu.

AUM DR 25/9/2013

18

101. PR-1312-L56542 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah pendirian Kementerian terhadap memorandum yang dibentangkan oleh pertubuhan-pertubuhan Cina terhadap Pelan Induk Pendidikan. Apakah Kementerian akan mendengar pandangan dan bantahan daripada masyarakat umum terhadap Pelan Induk Pendidikan.

102. PR-1312-L55517

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan usaha-usaha Kerajaan bagi menurunkan caj Internet oleh Pembekal Perkhidmatan Internet (Internet Service Providers), justeru memperkembangkan penyebaran informasi dan ilmu kepada golongan yang kurang berada.

103. PR-1312-L57017

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini berkenaan pembinaan Landasan Berkembar Seremban-Johor Baharu dan adakah pihak Kementerian bercadang untuk membina laluan baru kereta api Pantai Timur iaitu dari Johor Baharu ke Kota Bharu.

104. PR-1312-L55505

Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan nama penuh dan latar belakang jurutera yang bertanggungjawab daripada syarikat pemborong reka-bina yang mereka bentuk bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu yang telah runtuh dua kali pada tahun 2009 dan 2013.

105. PR-1312-L55378

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang menggubal undang-undang dan peraturan-peraturan baru untuk membolehkan petisyen pilihan raya didengar atas merit sesuatu petisyen kerana hampir semua petisyen pilihan raya telah ditolak kerana atas alasan teknikal.

106. PR-1312-L56716 Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan usaha Kerajaan dalam membantu golongan pekebun kecil dan sederhana menaikkan harga-harga komoditi pertanian seperti sawit dan getah yang kini berada pada paras yang rendah akibat harga pasaran dunia yang seterusnya memberikan kesan buruk terhadap pendapatan mereka.

107. PR-1312-L55567

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jumlah bantuan dana dan lain-lain pemberian kepada filem Tanda Putera menerusi FINAS dan agensi-agensi berkaitan. Berapa pula kutipan box-office sepanjang 2 minggu selepas tayangan pertama.

AUM DR 25/9/2013

19

108. PR-1312-L56741 Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah bentuk bantuan yang boleh disediakan oleh Kerajaan bagi membantu mangsa-mangsa banjir kilat yang mengalami kerosakan rumah dan harta benda. Sekiranya tiada bantuan disediakan, adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan skim bantuan khusus untuk membantu mangsa banjir.

109. PR-1312-L56312

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab mengapakah kebanyakan kes kecurian kereta dan motosikal tidak berjaya disiasat di kawasan Parlimen Bandar Kuching (P195) dan Parlimen Stampin (P196) dan apakah langkah Kementerian bagi mengatasi masalah ini.

110. PR-1312-L55660

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rujukan yang diterima pakai oleh Kerajaan dalam konsep Wasatiyah yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri.

111. PR-1312-L56383

Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan:-

(a) apakah usaha yang dilakukan oleh Kementerian dalam

usaha memastikan peniaga-peniaga tidak menaikkan harga barang sesuka hati berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini; dan

(b) sehingga awal September berapakah jumlah serbuan

dan tindakan yang diambil oleh Bahagian Penguatkuasa Kementerian terhadap peniaga-peniaga yang bertindak menaikkan harga barang sehingga membebankan pengguna.

112. PR-1312-L55988

Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah program-program sukan di peringkat akar umbi perlu dikaji semula untuk melahirkan atlet-atlet yang bertaraf antarabangsa terutama setelah melihat prestasi terkini atlet kita terutama dalam sukan badminton dan bola sepak yang agak menurun di peringkat antarabangsa.

113. PR-1312-L55659

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kemudahan asas yang telah dibina dan berada di bawah penyenggaraan Kerajaan Persekutuan dalam kawasan Parlimen Kubang Kerian.

AUM DR 25/9/2013

20

114. PR-1312-L55341 Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pecahan pendapatan yang diperoleh dari sumber minyak dan gas Sabah sejak beroperasi hingga hari ini. Dari jumlah pendapatan hasil minyak dan gas ini, apakah pecahan jumlah wang yang telah disalurkan ke negeri Sabah sejak mula beroperasi.

115. PR-1312-L55548

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sebab-sebab yang telah dikenal pasti sehingga berlakunya runtuhan penyambungan tanjakan susur keluar ke jambatan kedua Pulau Pinang pada 6 Jun 2013 dan jenis pampasan yang telah diberikan kepada keluarga si mangsa.

116. PR-1312-L56299

Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sebab mengapa sejumlah RM40 dikenakan diatas permintaan untuk laporan doktor bagi permohonan SOCSO, EPF atau JKM yang jelas amat membebani rakyat serta dimana wang yang dikutip itu disimpan.

117. PR-1312-L55987

Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apabila meter TNB lama ditukar kepada meter baru, mengapakah kadar bayarannya begitu berbeza di mana caj yang dikenakan begitu tinggi berbanding apabila menggunakan meter lama.

118. PR-1312-L55413

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perihal pelan induk pembangunan pelabuhan bagi semua pelabuhan yang beroperasi di negara kita berdasarkan potensi masing-masing. Apakah strategi Kementerian dalam meningkatkan daya saing setiap pelabuhan.

119. PR-1312-L57010

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian menjalankan pemantauan ke atas produk kesihatan dan kosmetik yang terdapat di pasaran agar tidak memudaratkan kesihatan pengguna.

120. PR-1312-L56047

Datuk Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan terkini anggota polis di setiap jabatan dan adakah benar bahawa pasukan polis menghadapi masalah kekurangan anggota di dalam Jabatan Siasatan Jenayah (CID).

121. PR-1312-L55671

Dato' Sri Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status dan keberkesanan program 6P memandangkan ramai lagi pekerja asing tanpa izin (PATI) masih bekerja di industri kritikal seperti pembinaan dan perkhidmatan F&B.

AUM DR 25/9/2013

21

122. PR-1312-L56792 Dr. Michael Teo Yu Keng [ Miri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat manakah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan ahli keluarganya yang berhubung pendedahan rasuah pembalakan dalam satu video daripada sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Global Witness (GW).

123. PR-1312-L55411

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang menggubal undang-undang untuk mengawal penggunaan "unmanned aerial vehicle" termasuk hexacopter bagi menghindar aktiviti pengintipan yang menjurus kepada unsur jenayah dan pencerobohan "privacy" rakyat jelata. Apakah tindakan Kerajaan terhadap gejala ini.

124. PR-1312-L56249

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tahap pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 yang telah diwartakan pada 18 September 2011 dan pencapaiannya.

125. PR-1312-L56640

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) jumlah terkini penerima Skim Rumah Mesra Rakyat

(RMR) SPNB di Parlimen Sibuti dan berapakah jumlah pemohon yang masih menunggu giliran sehingga September 2013; dan

(b) adakah Kerajaan dapat mempertimbangkan pinjaman

menyediakan konsep Rumah Mesra Rakyat untuk komuniti masyarakat Iban di Sarawak bagi membina rumah panjang di bawah program RMR.

126. PR-1312-L55668

Dato' Sri Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan cadangan yang sedia ada atau bakal digunakan untuk memastikan harga rumah tempatan stabil dan tidak melambung tinggi.

127. PR-1312-L56694

Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah SOP penggunaan Antibiotik Carbapenemakan disemak semula memandangkan setakat ini 2 kematian berpunca dari infeksi “super bug” Carbapenem-Resistant Enterobacteriaceae (CRE) kes positif di Sibu akibat terlebih atau tidak kesesuaian antibiotik tersebut.

AUM DR 25/9/2013

22

128. PR-1312-L56676 Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada Kementerian ada memantau dan mengkaji masalah penyelenggaraan dan naik taraf jalan-jalan raya persekutuan di negeri Sarawak terutamanya yang sering dilalui oleh lori-lori kayu balak seperti Jalan Asap /Bakun. Apakah tindakan yang dapat dikenakan oleh Kerajaan ke atas lori-lori kayu balak ini yang sering merosakkan jalan raya dan juga amat bahaya kepada orang awam.

129. PR-1312-L55221

Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan “modus operandi” Kementerian untuk memastikan bilik-bilik darjah/asrama/kemudahan-kemudahan lain yang usang/tidak berfungsi di kawasan luar bandar dibaik pulih ke tahap yang memuaskan supaya tidak menjejaskan sesi pembelajaran.

130. PR-1312-L56060

Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan:-

(a) berapakah bilangan program homestay di luar bandar

yang masih aktif beroperasi mengikut negeri; dan (b) apakah langkah Kerajaan untuk meningkatkan bilangan

pelancong menginap di homestay bagi meningkatkan pendapatan peserta program.

131. PR-1312-L56817

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah bilangan dari tahun 2008-2013 perumahan rakyat mengikut kawasan Parlimen yang telah siap dibina oleh Kerajaan, kerjasama Kerajaan Swasta dan swasta sepenuhnya. Berapakah projek yang terbengkalai dan Berapakah permohonan diterima, diproses, diluluskan dan ditolak.

132. PR-1312-L56732

Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) adakah Kerajaan atau KDN akan mengambil langkah-

langkah yang perlu (Extra precautions) dalam keadaan yang nampak gawat ini (alarming condition) di sempadan bagi menghalang penyeludupan senjata api di sempadan melalui Thailand/Malaysia; dan

(b) apakah terdapat perancangan Kerajaan di dalam

menambah pintu masuk ke Thailand bagi kawasan sempadan Malaysia/Thailand contohnya di Daerah Sik yang mana lebih kurang 20km sahaja.

AUM DR 25/9/2013

23

133. PR-1312-L55080 Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian pihak Kerajaan mengenai cadangan pelantikan senator di mana pelantikan tersebut harus dipilih melalui proses pilihan raya dan bukannya "dilantik" seperti yang berlaku sekarang.

134. PR-1312-L56603

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah memupuk perpaduan dan patriotisme di kalangan rakyat majmuk Malaysia terutama sekali di negeri Sabah.

135. PR-1312-L55322

Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara terperinci siasatan dan tindakan yang telah diambil terhadap dakwaan ahli-ahli MCA mengenai ramai “ahli hantu” wujud di dalam parti tersebut.

136. PR-1312-L56662

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang akan diambil selanjutnya untuk menangani dan membanteras kes-kes jenayah yang berleluasa. Apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menghapuskan kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang semakin berleluasa di negara ini.

137. PR-1312-L56578

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan peringkat penguasaan digital 4G atau 5G di kalangan lebih 5 juta pelajar termasuk peruntukan setiap tahun dan prestasinya.

138. PR-1312-L55518

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pelan penyeragaman penambahbaikan dan kaedah mengurangkan birokrasi dalam penyaluran kutipan zakat - secara bersepadu (centralised). Ini kerana, walaupun setelah saban tahun diumumkan peningkatan jumlah dana zakat, nasib golongan fakir dan miskin dilihat masih tidak terbela.

139. PR-1312-L56006

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli [ Pandan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan semua penerima kontrak-kontrak pembekalan barang, pengangkutan , logistik, perkhidmatan dan lain-lain yang diberikan oleh SPR melalui rundingan terus semasa menguruskan PilihanRraya Umum Ke-13 (PRU-13). Nyatakan syarikat penerima, jenis perbekalan dan jumlah yang dianugerahkan.

AUM DR 25/9/2013

24

140. PR-1312-L56880 Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah terdapat sebarang perancangan untuk mengenakan tindakan terhadap pengendali laman-laman portal yang lalai atau sengaja melepaskan komen-komen pembaca yang boleh memudaratkan keselamatan dan keamanan negara seperti komen yang berkaitan isu-isu sensitiviti dan berbaur perkauman.

141. PR-1312-L55424

Dr. Ismail bin Daut [ Merbok ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan usaha untuk menambah bilangan pensyarah Bumiputera di IPTA melalui Skim Latihan Akademik Bumiputra (SLAB). Setakat ini apakah pencapaiannya. Apakah rancangan Kementerian untuk meneruskan skim tersebut.

142. PR-1312-L55630

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah kedudukan terkini mengenai pembinaan lapangan terbang antarabangsa KLIA 2. Bilakah tarikh sebenar lapangan terbang antarabangsa KLIA 2 ini akan beroperasi.

143. PR-1312-L56048

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli [ Pandan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pelaburan dan pembayaran oleh Tabung Haji setakat ini di dalam Silver Bird Group Berhad dan syarikat-syarikat yang berkait dengannya. Apakah status setiap projek ini dan nilai semasa pelaburan berbanding dengan nilai pelaburan asal.

144. PR-1312-L56315

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah yang telah diperkenalkan bagi meningkatkan keselamatan penduduk di kawasan Parlimen Bandar Kuching (P195) dan Parlimen Stampin (P196) terutamanya daripada segi kes pecah masuk rumah yang berleluasa dan semakin berani.

145. PR-1312-L56808

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik bilangan penerima bantuan kebajikan yang tidak mengisi borang kajian semula bantuan JKM dan statistik bilangan yang ditamatkan serta sebab ditamatkan.

146. PR-1312-L56486

Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan kos perbelanjaan promosi 1Malaysia sejak ia dilancarkan.

AUM DR 25/9/2013

25

147. PR-1312-L55484 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengkaji semula atau menarik larangan ke luar negara oleh peminjam PTPTN yang disenarai hitam.

148. PR-1312-L55394

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik pemilikan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dari golongan muda mengikut negeri.

149. PR-1312-L56004

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) bilangan sekolah khas atau kelas khas untuk pelajar

Orang Kurang Upaya (OKU) di setiap negeri; dan (b) sama ada Kementerian menyediakan sistem pengajaran

dan pengujian yang berlainan untuk golongan OKU memandangkan golongan ini memerlukan lebih prihatin daripada Kerajaan dan masyarakat.

150. PR-1312-L55715

Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa [ Ketereh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah yang bakal diambil bagi membantu pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Mesir setelah mereka dibawa pulang berikutan situasi tidak selamat di negara berkenaan.

151. PR-1312-L55920

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Projek Pilot bagi memodenkan Sistem Pentadbiran Tanah di Pulau Pinang yang dimulakan pada Oktober 2005 berjaya mencapai matlamatnya. Berapakah kos keseluruhan projek termasuk kos tambahan yang diluluskan.

152. PR-1312-L56145

Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan harga komoditi getah sekarang berada pada paras yang rendah. Apakah yang Kerajaan akan lakukan bagi meningkatkan harga komoditi getah agar pendapatan penoreh getah meningkat seterusnya dapat menyara kehidupan keluarga penoreh getah tersebut.

AUM DR 25/9/2013

26

153. PR-1312-L55779 Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapa SJAM-KPS Pusat Hemodialisis Sibu tidak diberi lesen pusat hemodialisis walaupun sudah memohon selama beberapa tahun. Ini mengakibatkan pesakit-pesakit tidak dapat memohon bantuan subsidi hemodialisis daripada Kementerian Kesihatan. Adakah Kerajaan merancang untuk memberi subsidi penuh kepada pesakit hemodialisis dan mengapa.

154. PR-1312-L55420

Dr. Ismail bin Daut [ Merbok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tindakan untuk mengatasi masalah penternak-penternak ikan hiasan khasnya ikan kelisa di Bukit Merah, Perak yang sukar untuk memasarkan ikan kelisa. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan penternak ikan kelisa ini tidak mengalami kerugian akibat pasaran yang terhad.

155. PR-1312-L56838

Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kenapa Amerika Syarikat mengenakan duti sebanyak 54.5% atas import udang kita manakala Indonesia dan Thailand dikecualikan dan apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk menangani isu ini.

156. PR-1312-L55297

Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan akan menjalankan operasi penerbangan terus jemaah Haji ke Tanah Suci, khususnya bagi menjimatkan kos kepada jemaah haji dari Negeri Kelantan dan sekitarnya.

157. PR-1312-L56417 Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan unit kereta rasmi baru yang telah dibeli oleh Kerajaan Persekutuan sejak 5 Mei 2013 mengikut pecahan jenama, model dan kegunaan siapa serta kos setiap unit dan jumlah perbelanjaan yang ditanggung untuk tujuan tersebut.

158. PR-1312-L56123

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) kawasan-kawasan dan tapak tanah yang telah dikenal

pasti oleh Kerajaan Persekutuan untuk membina hospital di Parlimen Kapar; dan

(b) rancangan-rancangan untuk menaik taraf Klinik-klinik

Kesihatan di Parlimen Kapar.

AUM DR 25/9/2013

27

159. PR-1312-L55896 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha yang dibuat untuk menggalakkan lebih ramai pelancong tinggal lebih lama di Kuala Lumpur berbanding di destinasi-destinasi lain dan apakah sebab pelancong mengurangkan tempoh menginap di Kuala Lumpur.

160. PR-1312-L55827

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pendirian Malaysia terhadap penubuhan etnik Tamil di Sri Lanka. Berapakah jumlah pelarian Tamil dari Sri Langka yang kini masih berada di Malaysia dan apakah bantuan-bantuan yang diberikan kepada mereka oleh Kerajaan.

161. PR-1312-L55165

Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah rasional Sekolah Vokasional ditukar kepada Kolej Vokasional.

162. PR-1312-L56753

Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:-

(a) apakah dasar Kerajaan mengenai pembangunan tanah

tinggi mengenai projek perumahan kerana dilihat projek tersebut berlaku kemalangan seperti runtuhan dan rebak; dan

(b) bagaimana dasar pembangunan tanah tinggi untuk

pertanian seperti tanaman kelapa sawit dan getah yang memberi kesan di kawasan luar bandar.

163. PR-1312-L56097

Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah kes-kes tertunggak permohonan kewarganegaraan Malaysia yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur. Adakah Kerajaan masih menerima keputusan DNA (deoxyribonucleic acid) untuk memutuskan status kewarganegaraan.

164. PR-1312-L55590

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan pecahan statistik jumlah gambar pelanggaran had laju yang ditangkap oleh setiap kamera AES sejak pemasangan sehingga bulan Ogos, 2013. Nyatakan terma-terma perjanjian yang membolehkan Kerajaan membatalkan kontrak dengan syarikat pemasangan AES tersebut.

AUM DR 25/9/2013

28

165. PR-1312-L55284 Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah pelajar lepasan Matrikulasi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan Program Asasi yang tidak diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dari tahun 2010-2012.

166. PR-1312-L55118

Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan warga suku kaum Iban, Orang Ulu dan Bidayuh dari Sarawak yang bekerja di sektor perkhidmatan awam di Semenanjung Malaysia.

167. PR-1312-L57059

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) apakah tindakan yang sudah diambil selain kawalan

pihak bersenjata untuk menentukan keselamatan rakyat di negeri Sabah; dan

(b) apakah projek-projek yang telah dilaksanakan.

168. PR-1312-L56850

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa banyak kad pengenalan baru yang telah diberikan sejak 2008-2013. Senaraikan maklumat dengan statistik jantina, umur, bangsa, dan negara. Apakah jumlah kelulusan dan jumlah yang kini sedang diproses.

169. PR-1312-L55643

Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan halangan-halangan yang menyebabkan peserta-peserta KESEDAR belum diberikan hak milik (geran tanah) bagi tanah yang mereka usahakan.

170. PR-1312-L55868

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengubah sistem perjawatan kakitangan pihak berkuasa tempatan daripada sistem tertutup kepada satu sistem yang lebih terbuka dan fleksibel. Jika tidak, apakah alasan dan kebaikan sistem tertutup ini.

171. PR-1312-L55470

Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapakah jumlah kawasan kampung dan taman di Parlimen Silam yang terlibat dengan Program Kampung Tanpa Wayar (KTW) dan adakah Kerajaan bercadang untuk memperluas dan mewujudkan Pusat Pendidikan ICT secara percuma di setiap Kampung dan Taman Perumahan terutama di kawasan luar bandar.

AUM DR 25/9/2013

29

172. PR-1312-L56964 Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan purata gaji bagi 11,185 pembeli kaum Melayu yang telah membeli Rumah Mampu Milik (RMM) di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) daripada tahun 1997 sehingga 2013.

173. PR-1312-L56889

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Wisma Putra bagi menjamin keselamatan rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir serta tindakan lanjut terhadap rakyat yang enggan mengikuti OPS Piramid 2.

174. PR-1312-L55257 Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah perdagangan antara Malaysia dengan Israel untuk 2008-2012 yang menurut Central Bureau of Statistics Israel, negara itu pada tahun 2011 mengeksport USD716 juta dan mengimport USD93.6 juta dari Malaysia dan merupakan rakan dagangan ke-15 terbesar yang berniaga dengan Israel.

175. PR-1312-L57078

Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom [ Saratok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

(a) apakah tahap perkembangan dalam kerjasama pihak polis

dengan negara jiran untuk membanteras penyeludupan senjata api haram yang telah memberi ancaman kepada rakyat negara kita; dan

(b) apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh PDRM dan

pihak Kastam untuk mengatasi masalah penyeludupan ini. 176. PR-1312-L57062

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan jenayah berat yang melibatkan senjata api pada tahun 2012 hingga kini dan nyatakan punca peningkatan jenayah melibatkan senjata api serta nyatakan apakah tindakan Kerajaan bagi membanteras jenayah ini.

177. PR-1312-L55931

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kementerian mempunyai statistik jumlah ibu tunggal di kawasan Parlimen Puchong dan apakah langkah-langkah Kementerian untuk membantu mereka ini yang selalunya tidak berupaya bekerja disebabkan perlu menjaga anak-anak mereka.

AUM DR 25/9/2013

30

178. PR-1312-L55730 Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan akan melaksanakan penempatan berpusat bagi mengawal suasana pekerja asing yang semakin ramai dan telah mengakibatkan kerisauan orang ramai ekoran isu sosial mereka seperti mabuk dan kebisingan yang telah menggugat keselamatan penduduk tempatan khususnya di kawasan Pekan Nenas.

179. PR-1312-L55304

Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) adakah Kementerian yakin MAS berada di landasan yang

betul untuk kembali mencatat keuntungan menjelang akhir tahun 2014 seperti yang diumumkan; dan

(b) adakah Kementerian yakin telah membuat keputusan

yang betul bila memutuskan MAS tidak akan dijual kepada mana-mana pihak dan akan terus diterajui oleh Kerajaan.

180. PR-1312-L55156

Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) bilakah Kerajaan akan membina tembok bagi

menggantikan pagar kawat yang sedia ada di sempadan Malaysia/Thailand terutama sekali di kawasan kritikal yang telah dikenal pasti sebagai tempat penyeludupan; dan

(b) bilakah Kerajaan akan memasang mesin pengimbas

yang canggih supaya setiap kenderaan yang keluar masuk negara ini dapat diimbas dengan sepenuhnya.

AUM DR 25/9/2013

31

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Dalam Negeri

* Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013

2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri

* Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 3. Menteri Dalam Negeri

* Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013

4. Menteri Dalam Negeri

* Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013 5. Menteri di Jabatan Perdana Menteri

* Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2013 6. Menteri di Jabatan Perdana Menteri

* Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2013 7. Menteri Dalam Negeri

* Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013

8. Menteri di Jabatan Perdana Menteri

* Rang Undang-undang Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2013

9. Menteri Kewangan

* Rang Undang-undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2013 10. Menteri Kewangan

* Rang Undang-undang Loteri (Pindaan) 2013 11. Menteri Kewangan

* Rang Undang-undang Pertaruhan Pool (Pindaan) 2013 ________________________________________________________________ * Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua

peringkat di mesyuarat ini.

AUM DR 25/9/2013

32

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 7/2013) Rang Undang- Undang Perbekalan

Tambahan (2013) 2013 [ Menteri Kewangan ]

Bacaan Kali Yang Kedua

2. PR-1312-U56793

Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian secara tegas untuk tidak bersetuju dengan apa jua kaedah menumbangkan Kerajaan selain dari kaedah demokrasi. Pada masa yang sama memainkan peranan penting untuk meminta bantuan OIC dan komuniti antarabangsa bagi mengembalikan Mohamad Morsi kepada jawatan Presiden Mesir ataupun mendesak Kerajaan Mesir mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat demi mengekang dan menghentikan keganasan dan pembunuhan rakyat Mesir yang sedang berlaku."

( Kementerian Luar Negeri )

3. PR-1312-U56794

Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengesa agar diwujudkan Jawatankuasa Khas Parlimen untuk mencapai persetujuan semua pihak agar Kalimah Allah hanya boleh digunapakai di dalam konteks agama Islam dan tidak boleh dibahas secara terbuka untuk kepentingan politik mana-mana pihak."

( Perdana Menteri )

4. PR-1312-U55173

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, ramai golongan belia di negara ini terutama sekali dari golongan graduan yang masih tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan. Dan mengambil maklum juga, bahawa kebanyakan golongan graduan ini sedang menghadapi masalah untuk membuat pembayaran balik pinjaman mereka terutama sekali pinjaman perbadanan tabung pendidikan negara-PTPTN dan berisiko untuk disenaraihitamkan dalam sistem CRISS.

AUM DR 25/9/2013

33

Dan mengambil maklum juga bahawa, walaupun terdapat banyak program keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan, seperti Majlis Amanah Rakyat-MARA, Yayasan Inovasi Malaysia dan lain-lain agensi Kerajaan, namun masih ramai lagi kalangan belia kita yang tidak mengetahui mengenai dengan program tersebut, mungkin kerana kurangnya sebaran mengenai program tersebut. Dan mengambil maklum juga bahawa, ramai golongan belia di negara ini mempunyai minat ataupun hobi yang boleh dimanfaatkan secara positif bagi tujuan pengkomersilan sekiranya dikembangkan di mana sekali gus dapat menjana pendapatan negara. Maka, bagi menangani masalah pengangguran di kalangan belia terutama sekali golongan graduan, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, pihak Kerajaan hendaklah memperbanyakkan lagi program keusahawanan berorientasikan minat atau hobi golongan belia tersebut, serta promosi terus kepada golongan sasar melalui pengkalan data Kerajaan terutama sekali pengkalan data para graduan."

( Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Idustri )

5. PR-1312-U55107

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum kebelakangan ini ramai orang dibunuh dengan sewenang-wenangnya kerana dengan mudah boleh memperolehi senjata api. Dan perasaan takut menghantui rakyat. Dewan ini menggesa pihak polis untuk menumpukan kepada isu ini agar suatu penyelesaian dapat diambil untuk membanteras kegiatan tembak-menembak ini. 125 syor-syor oleh Suruhanjaya Diraja Polis pada tahun 2005 hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya dengan kadar segera."

( Kementerian Dalam Negeri )

6. PR-1312-U56596

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa dewan ini membahaskan Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan peranan Malaysia di dalam perundingannya."

( Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri )

7. PR-1312-U56602

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memperbincangkan perkembangan perhubungan kaum sejak Kemerdekaan Malaysia."

( Perdana Menteri )

AUM DR 25/9/2013

34

8. PR-1312-U56986 Tuan Surendran a/l K. Nagarajan [ Padang Serai ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini telah mengambil perhatian bahawa tempoh notis berkenaan pertanyaan-pertanyaan (questions) menurut Peraturan 22(2) selama 14 hari bekerja sebelum mesyuarat dimulakan adalah tempoh yang terlalu panjang, tidak munasabah dan membantutkan keberkesanan sesi pertanyaan-pertanyaan sebagai suatu cara bagi memastikan akauntabiliti Kerajaan kepada Dewan ini; dan meminta Kerajaan membawa usul untuk meminda Peraturan Majlis Mesyuarat untuk memendekkan tempoh notis kepada 2 hari sebelum hari bila mana pertanyaan itu akan dijawab."

( Perdana Menteri )

9. PR-1312-U55499

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan mempertimbangkan cadangan Malaysian Association of Foreign Maid Agencies (PAPA) untuk menaikkan fi pengambilan pekerja kepada RM6700 oleh majikan dan RM1800 oleh pekerja domestik. Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani Kerajaan Malaysia-Indonesia, yang menetapkan fi tetap pada RM4,511; RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pekerja domestik jelas menunjukkan agensi pekerjaan mengaut keuntungan yang tinggi melalui pemerdagangan ini. Ia akan membawa kepada tangga gaji yang rendah kepada pekerja domestik untuk sekurang-kurangnya 6-9 bulan. Ianya juga bercanggah dengan Akta Pekerjaan (Artikel 24-8) yang menghalang majikan menolak gaji sehingga 50% dan bercanggah dengan Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure) di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Manusia di mana sekiranya gaji tidak dibayar untuk tiga bulan atau lebih, maka majikan boleh didakwa kerana eksploitasi."

( Kementerian Dalam Negeri )

10. PR-1312-U55500

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mendesak agar segala projek pembangunan yang dibina di kawasan Bukit Gasing dihentikan agar hakisan tanah dan penduduk di kawasan pinggir bukit tidak hidup dalam ketakutan setiap kali hujan turun.”

( Kementerian Wilayah Persekutuan )

AUM DR 25/9/2013

35

11. PR-1312-U56272 Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan keluarga mangsa yang mati dalam tahanan Polis Diraja Malaysia, memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi menjalankan bedah siasatan."

( Kementerian Dalam Negeri )

12. PR-1312-U56273

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam di dalam membendung gejala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia."

( Kementerian Pendidikan )

13. PR-1312-U56886

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membincangkan Malaysia selaku anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa agar membawa kes ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa supaya semua pelaku jenayah pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Mesir sekarang ini didakwa ke muka pengadilan di peringkat antarabangsa."

( Kementerian Luar Negeri )

14. PR-1312-U56893

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengesa Kerajaan meningkatkan usaha diplomatik di kalangan anggota ASEAN agar muafakat dapat dicapai untuk menangani krisis pencemaran alam sekitar yang kerap berulang setiap tahun. Kerajaan juga mengarahkan Pejabat Pendakwa Raya untuk mengkaji dan mengambil tindakan undang-undang dan seterusnya dibicarakan di mahkamah apabila berlaku isu pencemaran alam sekitar yang melintasi sempadan antarabangsa".

( Kementerian Luar Negeri )

AUM DR 25/9/2013

36

15. PR-1312-U56896 Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memperbahaskan komitmen Kerajaan Persekutuan mengekalkan subsidi kepada petrol, bahan-bahan api, makanan dan barang-barang keperluan asas pada tahap yang memuaskan supaya inflasi dapat dikawal dengan berkesan".

( Kementerian Kewangan )

AUM DR 25/9/2013

37

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN

2013 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST.45

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan Bagi Tahun 2012

25 September 2013

AUM DR 25/9/2013

38

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

Tarikh

Ucapan

Ahli Yang Berucap

Tajuk Ucapan

Menteri Yang

Bertanggungjawab

1. 2.

25.9.2013 (Rabu) 25.9.2013 (Rabu)

1. 2.

YB Tuan Chong Chieng Jen (Bandar Kuching) YB Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

1. 2.

Kematian Tahanan Bernama Wong Soon Lai dari Lot 1006, Kampung Pemindahan Marudi, Baram, Pada 9 Oktober, 2006. Apakah Rancangan Kementerian Kesihatan Terhadap Masalah Pengangguran Doktor.

1. 2.

YB Menteri Dalam Negeri YB Menteri Kesihatan