manual eksperimen
TRANSCRIPT
MANUAL EKSPERIMENKAEDAH SATUTAJUK Kekenyalan (Hukum Hooke)HASIL PEMBELAJARAN Pelajar dapat mengkaji hubungan antara pemanjangan spring dengan berat beban .BAHAN DAN RADAS Spring, kaki retort dan pengapit, pembaris meter, pin penunjuk, plastisin, pemberat .ARAHAN KEPADA MURIDA) Anda dikehendaki menjalankan eksperimen berdasarkan bahan dan radas serta langkah-langkah seperti berikut:1. Pembaris meter dikapit secara menegak dengan tanda sifar di atas.2. Spring digantung pada pengapit dan pin penunjuk dilekatkan pada bahagian bawah spring dengan plastisin.3. Bacaan awal pin l0 dicatatkan.4. Satu beban 50g dilekatkan pada bahagian bawah spring dan bacaan baru pin l1 dicatatkan.5. Pemanjangan spring itu ialah x = l1 - l06. Eksperimen diulang dengan menggunakan pemberat 100g, 150g, 200g dan 250g .7. Bacaan direkodkan dalam jadual dan graf pemanjangan spring melawan daya regangan diplotkan. (F = mg)
B) Berdasarkan eksperimen yang telah anda jalankan, tuliskan laporan eksperimen yang mengandungi perkara-perkara berikut:1. Tujuan2. Pernyataan masalah3. Hipotesis4. Pemboleh ubaha) Manipulasib) Bergerakbalasc) Dimalarkan5. Prosedur eksperimen6. Penjadualan Data7. Analisis Data8. Kesimpulan Eksperimen
C) Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan, bincang permasalahan berikut1. Penggunaan buaian biasanya untuk bayi dan bukan untuk kanak-kanak. Terangkan mengapa hal demikian berlaku?
MANUAL EKSPERIMENKAEDAH 2TAJUK Kekenyalan (Hukum Hooke)HASIL PEMBELAJARAN Pelajar dapat mengkaji hubungan antara pemanjangan spring dengan berat beban .SITUASI PENCETUS IDEA MURIDSebuah spring yang kuat digunakan untuk menggantung buaian. Bayi dengan berat berbeza diletakkan didalam buaian. Didapati regangan spring paling besar apabila diletakkan bayi yang paling berat. Manakala regangan spring paling kecil apabila diletakkan bayi yang beratnya paling kecil.
A) Berdasarkan permasalahan di atas, jalankan eksperimen dengan menggunakan bahan dan radas berikut :
Spring, kaki retort dan pengapit, pembaris meter, pin penunjuk, plastisin, pemberat .
B) Berdasarkan eksperimen yang telah anda jalankan, tuliskan laporan eksperimen yang mengandungi perkara-perkara berikut :1. Tujuan2. Pernyataan masalah3. Hipotesis4. Pemboleh ubahd) Manipulasie) Bergerakbalasf) Dimalarkan5. Prosedur eksperimen6. Penjadualan Data7. Analisis Data8. Kesimpulan Eksperimen
C) Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan, bincang permasalahan berikut1. Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun telah masuk kedalam buaian menyebabkan spring tidak kembali ke panjang asal apabila kanak-kanak itu keluar daripada buaian tersebut. Terangkan mengapa hal ini berlaku.
2. Bagaimanakah anda dapat menentukan nilai pemalar spring?
RADAS DAN BAHANBILRADAS DAN BAHANKUANTITI
1Spring pilin1
2Pemberat (50 g)5
3Pin penunjuk1
4Pembaris meter1
5Kaki retort dan pengapit1
6Plastisin1
SENARAI SEMAK MENGENDALIKAN EKSPERIMENKAEDAH KEDUAMenjalankan eksperimenPresembahan dataPentafsiran data dan grafPenulisan laporan
Menyusun bahan dan radas Memasang pembaris meter pada pengapit kaki retort
Meletakkan pin penunjuk pada bahagian bawah spring dengan menggunakan platisin
Teknik
Mengukur panjang asal spring Mengukur pemanjangan spring Mengira pemalar spring
Mengumpul data
Merekod data menggunakan jadual
Menggunakan radas
Menggunakan pembaris meter dengan betul Penyimpanan radasPenjadualan data
Lajur, baris, tajuk dan unit
Pemboleh ubah
Bacaan data betul pada 1 tempat perpuluhan yang konsisten dan malar
Sistematik, kualiti dan pengiraan
Graf
Tajuk
Paksi dengan unit
Pemboleh ubah
Skala sekata
5 titik di plotkan
Saiz graf 5 x 4
Garis yang licin dan seimbang
Soalan C1
Soalan C2
Tujuan
Hipotesis
Pembolehubah
Bahan dan radas
Prosedur
Penjadualan data
Analisis data
Kesimpulan