manual sistem pinjaman peralatan ict jabatan
TRANSCRIPT
MANUAL SISTEM PINJAMAN PERALATAN ICT
JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN (JPNNS)
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
ISI KANDUNGAN
Objektif ………………………………………………………………………….1
Cara Penggunaan ………………………………………………………………….1
1. Log Masuk ………………………………………………………………….1
2. Kemaskini Profil ………………………………………………………….3
3. Permohonan Baru ……………………………………………………….…4
4. Pemilihan Senarai Pergerakan Mengikut Tahun atau Bulan ……….…6
5. Maklumat Pinjaman ……………………………………………………….....6
6. Kemaskini Maklumat Pinjaman ……………………………………….…7
7. Cetak Borang ……………………………………………………………….…9
8. Penghapusan Data ………………………………………………………....10
9. Log Keluar …………………………………………………………………11
Objektif
Manual ini adalah untuk membantu staf Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan bagi memohon
pinjaman peralatan ICT secara online.
Cara Penggunaan Sistem Pinjaman Peralatan ICT
1. Log Masuk
i. Sila ke laman web http://www.jpnns.gov.my/booking. Muka hadapan sistem
pinjaman peralatan ICT akan dipaparkan.
ii. Klik pada “Log Masuk” di bahagian atas sebelah kiri sistem pinjaman peralatan ICT.
Skrin Log masuk sistem ini akan dipaparkan.
1
Bagi pengguna yang baru mendaftar masuk sila masukkan nombor kad pengenalan
sahaja dan terus klik padang butang masuk.
Bagi pengguna yang telah megemaskini profil sila masukkan nombor kad pengenalan
dan kata laluan, kemudian klik butang masuk.
iii. Maklumat staf seperti gambar, nama, jawatan, unit serta senarai pinjaman peralatan
ICT akan dipaparkan. Pada paparan ini pengguna juga boleh mengemaskini profil dan
memohon peralatan ICT.
2
2. Kemaskini Profil
i. Bagi pengguna yang baru pertama kali memasuki sistem pinjaman peralatan ICT, sila
klik pada butang “Kemaskini Profil” di bahagian kanan bawah skrin untuk
mengemaskini data. Borang kemaskini maklumat staf akan dipaparkan.
ii. Sila isi maklumat alamat rumah dan tukar kata laluan. Klik pada butang “Kemaskini”.
3
iii. Mesej kemaskini data telah berjaya akan dipaparkan di skrin dan sila klik pada butang
“ OK”.
3. Permohonan Baru
i. Bagi pengguna yang ingin mengisi maklumat pinjaman sila klik pada butang
“Permohonan Baru” dan borang maklumat pinjaman akan dipaparkan.
4
ii. Sila isi maklumat berkenaan tarikh penggunaaan, tarikh pemulangan, tujuan
pinjaman, lokasi perlatan dibawa, peralatan dipohon 1 dan peralatan dipohon 2.
iii. Klik pada butang “Hantar” untuk menyimpan data . Mesej permohonan telah diterima
akan dipaparkan dan klik pada butang “OK”.
iv. Klik pada butang “Kembali” jika ingin kembali ke paparan sebelum ini.
5
4. Pemilihan Senarai Pinjaman Mengikut Tahun Atau Bulan
i. Pilih tahun senarai pinjaman perlatan ICT jika pengguna ingin melihat senarai
pinjaman mengikut tahun.
ii. Klik pada “semua” jika ingin melihat semua senarai pinjaman peralatan ICT atau klik
pada bulan yang dikehendaki untuk melihat senarai hanya pada bulan tertentu sahaja.
4. Maklumat Pinjaman
i. klik pada gambar “i” di sebelah kanan skrin. Skrin maklumat pinjaman akan
dipaparkan.
6
ii. klik pada butang “kembali “ jika ingin kembali ke paparan sebelum ini.
5. Kemaskini Maklumat Pinjaman
ii. Kemaskini maklumat pinjaman dengan klik gambar “pensel” di sebelah kanan skrin.
Skrin kemaskini maklumat pinjaman dipaparkan.
7
iii. Sila kemaskini maklumat dan klik pada butang “Hantar”. Mesej kemaskini data telah
berjaya akan dipaparkan.
iv. Klik pada butang “OK”
8
6. Cetak Borang
i. Sila klik pada gambar rajah”pencetak” di sebelah kanan skrin. Skrin cetak borang
akan dipaparkan.
ii. Sila klik “Cetak” pada permohonan pinjaman perlatan ICT atau borang membawa
keluar peralatan ICT. Klik butang “Kembali” jika ingin kembali ke menu sebelum ini.
9
7. Penghapusan Data
i. Menghapuskan rekod pinjaman dengan klik pada gambar rajah “bakul sampah” di
sebelah kanan skrin. Mesej menghapuskan rekod akan dipaparkan.
ii. Klik pada butang “OK” untuk menghapuskan rekod pinjaman atau butang “Cancel”
jika ingin membatalkan penghapusan rekod pinjaman.
10
8. Log Keluar
i. Sila klik pada butang “Keluar” di sebelah kanan atas skrin jika pengguna ingin keluar
dari sistem pinjaman peralatan ICT. Skrin Log Masuk akan dipaparkan.
11