manusia awal - sejarah asia tenggara
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara
1/21
SEJARAHASIA TENGGARA DARI
ABAD PERTAMA HINGGA AWAL
ABAD KE ENAMBELAS
(AEE 1102)
SEMESTER 1 SESI 2012-2013
Soalan :Bincangkan dapatan berhubung temuan
fosil/rangka dalam kontaks manusia awal di Asia
Tenggara .
Nama : MUHAMMAD TIRMIZI BIN MUSLIM.
No.Matrik : AEY120029.
Nama Pensyarah : DR MOHD SUPIAN SABTU
Masa Tutorial : Khamis 10.00-11.00 Pagi.
-
7/28/2019 Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara
2/21
PENGENALAN
Perkembangan manusia pada masa kini telah mencapai ke suatu tahap kesempurnaan
sama ada dari segi sifat fizikal manusia itu sendiri mahupun perkembangan peradaban yang
tinggi. Melihat dari perkara tersebut, perbagai persoalan yang dapat ditimbulkan misalnya.
Bilakah dan bagaimana manusia itu sendiri wujud dan berkembang khususnya di kawasan Asia
Tenggara ini sehingga mencapai ke tahap pada mas kini. Oleh itu, bidang sejarah dan arkeologi
merupakan kombinasi displin ilmu yang amat jelas dalam mengungkap persoalan tersebut. jika
dilihat, bidang arkeologi ini adalah merupakan sebuah ilmu yang mengkaji tentang benda-benda
lampau atau lama. Benda-benda lampau ini termasuklah kajian dari segi kebudayaan serta
melibatkan aktiviti kaji purba terhadap element tertentu seperti penemuan artifak,fosil termasuk
rangka-rangka tinggalan purba tersebut.1
Melalui bidang arkeologi juga bukti-bukti mengenai
kewujudan dan pradaban manusia awal dapat di temui melalui kajian arkeologi seperti eskavasi
yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi di tapak-tapak kajian yang telah dikenal pasti terlebih
dahulu, misalnnya, di Asia Tenggara, terdapat beberapa tapak penemuan fosil dan rangka seperti
di sekitar Pulau Jawa, Kepulauan Flores, Lembah Lenggung di Perak, dan Gua Niah, Sarawak.
Fosil dan rangka yang ditemuii di kawasan tersebut juga sebenarnya dapat memberikan petunjuk
kepada ahli-ahli sejarah dan arkeologi tentang masa, sifat fizikal dan seterus corak kebudayaan
manusia yang hidup pada zaman prasejarah dan khususnya di kawasan asia tenggara ini. Asia
Tenggara yang merangkumi dua bahagian iaitu wilayah kebenuaan dan wilayah kepulauan telah
1Mhd supa b sabtu ,Akelg da Kesea:Dalam Kteks Aiak da eatue D emeanug
Malaysa.Malaysa Da eg enaah.
-
7/28/2019 Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara
3/21
menjadi kawasan tumpuan ahli arkeologi serta sejarahwan sama ada, dari dalam, atau luar
kawasan ini. Hal ini kerana, penemuan disekitar kepulauan Jawa yang dilakuan oleh seorang
rakyat belanda pada tahun 1890 telah menyingkap asal-usul perkembangan manusia yang
dikatakan wujud sejak zaman prasejarah lagi di kawasan asia tenggara ini
Jika kita kembali kepada konsep prasejarah yang sebenar, Prasejarah bermaksud zaman
yang tidak mempunyai sistem tulisan serta tiada perkembangan yang khusus. Oleh yang
demikian Berdasarkan Prehistoric Archeology: A Brief Introduction hasil karya Frank Hole dan
Robert F. Heizer.2
Mereka menyatakan prasejarah sebagai sebahagian masa silam manusia yang
tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan, iaitu sebelum sejarah. Oleh itu, dapat dijelaskan juga,
bahawa bukti-bukti prasejarah dapat diperolehi melalui kajian terhadap beberapa element
tinggalan seperti, artifak, fosil, rangka dan sebagainya yang didasari melalui displin-displin
bidang arkeologi. Berdasarkan kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) mentarifkan fosil
sebagai tinggalan sisa jasad sama ada manusia, haiwan serta tumbuhan zaman purba atau
prasejarah yang telah mengeras bersama batu dan tertanam di dalam lapisan perut bumi.3
Selain
itu, rangka pula merupakan struktur tulang yang dapat menentukan bentuk tubuh sama ada
haiwan atupun manusia.4
Oleh yang demikian, kedua-dua tinggalan ini merupakan bhan
tinggalan purba yang dapat menjelaskan kewujudan manusia pada zaman lampau.
2hp:ppm.dbp.g.myearh.aspxkisl
3hp:ppm.dbp.g.myearh.aspxkagkamausa
-
7/28/2019 Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara
4/21
PENEMUAN DI SEKITAR KEPULAUAN JAWA
Di Indonesia, kepulauan jawa merupakan salah satu lokasi penting bagi perkembangan
manusia purba kerana di kawasan tersebut banyak penemuan fosil dan rangka yang telah
mengungkap sejarah atau rahsia kewujudan manusia pada zaman purba di kepulauan tersebut. Di
kepulauan ini juga beberapa kajian dan penemuan yang terawal telah dilakukan oleh beberapa
ahli arkeologi dari eropah. Penemuan-penemuan tersebut merupakan bbukti bahawa di
kepulauan tersebut telah wujud pelbagai spesies manusia pada zaman purba. Penyelidikan di
kepulauan Jawa ini mengandungi beberapa tahap penyelidikan yang bermula dari tahun 1890
an oleh Eugene Dubois di Trinil. Penyelidikan tahap pertama ini menemukan rangka yang
dinamakan sebagai Pithercantropus Erectus. Pada 1931 hingga 1934 pula, kajian tahap kedua
telah dilakukan oleh koeningswald dan Weidenreich di Sungai Bengawan Solo dan rangka yang
ditemui ini dikenali sebagai Homo Soloensis.Manakala kajian pada tahap ke tiga yang dilakukan
oleh Koeningswald di Lembangan Sungai Solo pada tahun 1936 hingga 1941 pula menemukan
rangka menusia yang digelar sebagai Homo Mojokertensis. Kajian pada tahap yang terakhir pula
telah dilakukan pada tahun 1941 di tapak Sangiran dan manusia ini dinamakan sebagai
Meganthropus paleojavanicus atau Java Man . Manusia Jawa Man ini dikatakan telah hidup lebih
awal di kepuauan jawa dan merupakan manusia yang tertual di kepulauan tersebut5
5Has,Ba,utheast Asa,A ht Hsty,Ld:MarMlla,1966,M 1-8
-
7/28/2019 Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara
5/21
Sejarah kewujudan manusia awal di kepulauan jawa ini terbuka luas apabila satu kajian
yang dilakukan buat pertama kali telah dipelopori oleh pengkaji dari eropah iaitu Eugene Dubois
dan seterusnya menemukan spesis manusia yang dikenali sebagai Pithecanthropus Erectus atau
manusia kera yang berjalan tegak.6
Kajian terhadap spesis manusia Pithecanthropus Erectus ini
telah dilakukan sekitar tahun 1890 hingga 1892 dan lokasi penemuan fosil ini adalah di Trinil
iaitu sebuah desa di pinggir Bengawan Solo Jawa Timur. Pada peringkat awal kajiannya, Dubois
telah menemukan bahagian dari tulang rahang yang ditemukan pada 1890. Hasil dari penemuan
ini telah meletakkan Eu ge ne Du bo is se ba ga i or an g yan g pe rta ma se ka li
menen t ang t eo r i manus i a p e r t ama be r as a l da r i E r opah a t au Af r i ka dan
b e r an ggap an ma nu s i a pe r t am a b e r ad a d i k epu l au an As i a Te n ggar a .
Se t e r us nya , pada t ahun yang be r i ku t nya i a i t u 1891 pu l a t e l ah d i t emukan
t u l ang ge r ah am dan bahag i an a t a s t engkor ak a t au t empur ung kepa l a . Dari
penemuan tersebut, dubois telah mempercayai bahawa fosil dan rangka yang ditemukannya pada
ketika itu adalah tinggalan daripada salah satu spesies manusia awal yang dikenali sebagai
Pithecanthropus Erectus. Dubois bertambah yakin dengan ka jian yang dilakukan itu apabila
pada tahun yang berikutnya, sekali lagi beliau telah menemukan tulang geraham dan peha kaki
kiri yangtelah menyebabkan beliau membuat beberapa kesimpulan terhadap hasil dapatan yang
dijumpai itu. Jika dilhatt dari ciri-ciri biologi yang boleh diperhatikan daripada spesies
manusia Pithecanthropus Erectus ini, banyak perkara yang boleh dihujahkan dalam membuat
analisis terhadap manusia purba ini. melalui beberapa dapatan fosil serta rangka yang ditemukan
oleh Dubois, dapat dilihat bahawa manusia Pithecanthropus Erectus ini merupakan salah satu
spsies manusia yang mempunyai gambaran wajah seperti kera. Hal ini kerana sifat fizikal
6D. G. E. Hall.A History of South-East Asia, Marmlla, Ld, 1968, hal.5.
-
7/28/2019 Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara
6/21
bahagian wajah seperti tulang rahang yang kasar dan besar , serta tulang kening yang menonjol
mendekatkan ciri manusia ini kepada spesis manusia kera atau ape-man. Selain itu, bahagian
dahi yang landai serta dagu yang tidak kelihatan turut memberi gambaran bahawa spesis manusia
Pithecanthropus Erectus ini mempunyai pelipis yang menonjol kehadapan. Bukan itu sahaja
tulang belakan Pithecanthropus Erectus ini yang berada di belakang kepalanya menunjukan
bahawa manusia ini tidak mempunyai lehir dan kepalanya rapat dengan bahagian bahu.
Penemuan peha kiri dari spesies Pithecanthropus Erectus ini juga merupakan salah satu bukti
bahawa manusia spesies Pithecanthropus Erectus ini mampu berjalan tegak dan lurus seperti
manusia biasa pada hari ini. Malah ketinggian yang dimiliki oleh Pithecanthropus Erectus iaitu
sekitar 165 hingga 170 cm mampu menampung serta memberi keseimbangan kepada manusia ini
untuk berjalan tegak dan lurus. Dari segi kapasiti otak pula, tengkorak atau kapasiti otak
Pithecanthropus Erectus ini adalah pada kadar 813-1059 cc atau juga pada kadar puratanya ialah
900 cc. ia dianggap munasabah walaupun bentuk keseluruhannya adalah kecil kerana purata
komposisi otak meningkat semasa era revolusi Erectus. Bukan itu sahaja, fakta ini dikukuhkan
lagi dengan pendapat yang dinyatakan oleh Bisborough pada tahun 1973, bahawa kebanyakan
peningkatan dalam saiz otak adalah berhubung-kait secara perlahan-lahan dengan peningkatan
dalam saiz tubuh badan sepsis manusia tersebut. di suatu sudut yang lain, Wolpoff berpendapat
bahawa manusia Pithecanthropus Erectus ini mempunyai gigi yang kasat serta tajam. ini juga
boleh menjadi suatu kebenaran kerana sepsis manusia sperti ini mungkin menjalankan kegiatan
memburu binatang untuk dijadikan makanan, malah gigi yang kasar dan besar menjadi suat alat
pengunyah yang sesuai kerana dipercaya binatang yang diburu tidak dimasak terlebih dahulu.
Makanan yang tidak dimasak jelas memberi satu gambaran bahwa manusia Pithecanthropus
Erectus ini tidak pandai menggunakan api dalam kehidupan sehirian. Spesis Pithecanthropus
-
7/28/2019 Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara
7/21
Erectus ini torgolong hidup di dalam Zaman pleistosen tengah atau juga dikenali sebagai
lapisan Trinil malah merupakan satu zaman yang telah dibuat oleh Von Koenigswald untuk
mengklasifikasikan semua manusia awal yang telah hidup di bumi kepulauan jawa . spesis ini
juga dikatakan berasal dari benua afrika dan berhijrah ke Asia Tenggara.7
Di sekitar tahun 1931 hingga 1934, satu penyelidikan telah dilakukan oleh Von
Koeningswald dan Weidenreich di kawasan berhampiran Sungai Bengawan Solo. Mmelalui
penyelidikan tersebut, Von Koeningswald dan Weidenreich telah menjumpai beberapa dapatan
seperti dua tulang kaki dan juga sebelas rangka manusia yang tidak lemgkap. Bukan itu sahaja
turut ditemukan tulang rahang dan gigi yang tidak begitu jelas kerana telah mengalami kereputan
Hasil dapatan yang telah ditemui ini telah membawa kepada penemuan spsies manusia yang
digelar oleh pelbagai penulis sebagai Homo Erectus Soloensis, Homo Sapiens Soloensis, dan
juga Pithecanthropus Soloensis8. Walau apa pun istilah yang digunakan bagi mengungkap atau
menjelaskan Sepsis manusia ini, ternyata jelas bahawa Manusia Kera dari Solo ini
sememangnya mempunyai ciri-ciri yang melewati spesies manusia Pithecanthropus Erectus dan
ciri-ciri tersebut adalh mendekati ciri manusia moden. melalui dapatan yang telah ditemui dapat
menjelaskan beberapa ciri-ciri manusia Homo Soloensis ini antaranya ialah, erdapat tonjolan
yang t ebal dibahagi an kening dan dengan dahi yang landai kebelakang, rongga mata dan
akar hidung yang tebal. Di sebalik itu juga, terdapat juga temuan tengkorak kecil seorang
wanita yang mempunyaira ha ng at as da n ba wa h. Bu ka n i tu sa ha ja Ket in ggi an nya
7Pete Bellwd. (000). Pasenaah kepulaua Id-Malaysa. Jakata, Idesa: PT Gameda Pustaka Utama.
Hlm 59 & 608
Bellwood Peter. Mans conquest of the Pasific: The Prehistory of South-East Asia and Ocenia, Oid Uesty
Pess, New Yk, 1979, hal.4.
-
7/28/2019 Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara
8/21
p u l a d i a nggar k an 16 5 cm da n i n i h ampi r s ama d engan k e t i n gg i a n s p es i s
manus i a yang d i t emui l eb i h awa l s ebe l um i n i . Spes i e s Homo So l oens i s i n i
d i ka t akan t e l ah mencapa i t hap manus i a moden . ha l i n i dapa t d i l i ha t da r i
kompos i s i o t ak manus i a Homo So l ens i s i n i yang be r j uml ah s ek i t a r 1000
h i ngga 1300 cc yang s ama dengan manus i a moden .9
Manusia Homo Soloensis
ini juga hidup dalam Zaman Pleistosen atas atau lapisan Ngandung dan turut dikatagorikan
sebagai Homo Sapiens yang sama dengan sepsis manusia Homo Wajakensis.
Homo Wajakensis merupakan salah satu spesies manusia yang telah ditemui oleh Van
Reicshotten pada tahun 1889di daerah Wajak, Tulung agung, Jawa Timur. Kemudian Reicshotten
telah mengirim sebuah tengkorak kepada Eugene Dubois untuk diteliti dan membuatkajian yang
terperinci. Oleh yang demikian Eugene Dubois telah meggelar fosil tengkorak tersebut sebagai
Homo Sapiens Wajakensis. Spesis manusia Homo Wajakensis ini dianggarkan berumur lebih
kurang 10 000 tahun dan Manusia jenis ini juga dipercayai merupakan campuran daripada
Austroloid dan jugasebagai moyang Melayu Proto dan Austromelanasians.10
Sebenarnya,
Terdapat dua penemuan tengkorak. Tengkorak yang pertama mempunyai panjang 200 mm dan
tempurung kepala boleh menampung sebanyak1530 cc Struktur tulang juga kukuh iaitu
berdasarkan ketebalan 10 mm. Selain itu.kajian terhadap Tengkorak yang kedua pula mendapati
bahawa saiznya lebih kecil dan struktur tulang kurang tebal. Tempurung kepalanya hanya dapat
menampung sebanyak 1650 cc. melihat dari segi kapasiti atau volume otak manusia ini, jelas
berlaku perkembangan jika dibandingan dengan manusia sebelumnya. Manusia jenis ini juga
9 Pete Bellwd, 000,Pasenaah Kepulau Id- Malaysa,( T.W Kaml,tenemaha), Jakata, Gamda
PustakaUtama (Kaya asal dtebtka 1985), hlm 119.9 10
Pete Bellwd. (000).Pasenaah kepulaua Id-Malaysa. Jakata, Idesa: PT Gameda Pustaka Utama.
Hlm 67-75.
-
7/28/2019 Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara
9/21
dikatakan mempunyai ketinggian 130 cm-210 cm. ketinggian manusia Homo Wajakensis ini
diperoleh memalui pemerhatian terhadap saiz tengkorak manusia tersebut. Dari segi berat badan
mereka pula ialah sekitar 30 kg hingga 150 kg. selain itu manusia Homo Wajakensis ini turut
tergolong di dalam katagori manusia Homo Sapiens. Jika dil ihat , Teori kewujudan
manusia homo sapiens di Asia Tenggara adalah berasal daripada teori Charles Darwin (1808-
1882) bukan itu sahaja,. Beliau telah menyatakan di dalam bukunya The Origin Of Species
(1859) dan The Descent Of Man (1871) bahawa manusia berasal dari binatang atau lebih tepat
berasal dari jenis manusia-kera (ape- man) atau terevolusi dari kera yang sebenarnya dengan
manusia yang sebenar.
11
Ini kerana kebanyakan spesies yang ditemukan di Kepulauan Jawa
adalah mendekati ciri-ciri kera. Pandangan ini boleh dijadikan rujukan namun ianya tidak
boleh dijadikan sandaran yang kukuh untuk mengatakan bahawa manusia berevolusi atau berasal
dari kera Bukan itu sahaja, dapat dilihat juga dari pendapat yang di lontarkan oleh Charles
Darwin iatu Manusia telah berevoulusi dari sepsis Rumapithecus (20 hingga 8 juta tahun dahulu)
kepada AustralopithecusAtricanus (4 juta tahun dahulu) dan berkembang sehingga muncul
spesies manusia Homo sapiens-sapiens yang ada pada hari ini 12 Manusia Homo
sapiensmerupakan manusia yang hidup pada zaman prasejarah iaitu di antara zaman paleolitik
pertengahan hingga pada awal zaman neolitik dan mula berkemban g pada sekit ar tahun 70
000 tahun dahulu13
dan tergolong dalam zaman Holosoen
11Abdul Rahma Han Abdulllah,006,enaah Da Kebudayaa Asa Teggaa Tadsal
, KasmaPublras,hah Alam, hlm 9.12
sIbd, hlm 11.13
Pete Bellwd, 000,Pasenaah Kepulau Id- Malaysia
,(T.W Kaml,tenemaha), Jakata, Gameda PustakaUtama (Kaya asal dtebtka 1985), hlm 99.
-
7/28/2019 Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara
10/21
Penyelidikan yang dilakukan sekitar tahun 1936 hingga ke 1941 di kepulauan
jawa telah membawa kepad a beberapa penemuan dapat an yang se te rusn ya membawa
kepada penemuan beberapa spesies manusia purba di sekitar kawasan kepulauan
tersebut. Semua penyelidikan diperingkat ini dipelopori oleh Von koeningswald dan
antara beberapa spesies manusia yang telah ditemukan dalam penyelidikan beliau
ini termasuklah Pithecanthropus Modjokertensis, Pithecanthropus Robustus dan juga
Meganthropus Paleojavanicus. Bukan itu sahaja, kesemua spisis manusia yang telah ditemukan
tersebut merupakan antara manusia purba yang sudah lama menetap di kepulauan jawa ini dan
tergolong di dalam zaman Pleistosen bawah atau jetis.
Pada tahun 1936, Von koeningswald telah melakukan kajian di kawasan
Perning,Mojokerta,Jawa Timur. Hasil dari kajian tersebut telah membawa kepada penemuan
tengkorak kanak-kanak yang berusia 6 tahun, serpihan tulang dan tulang rahang. Fosil kanak-
kanak yang telah ditemui tersebut menunjukan bahawa kanak-kanak tersebut dianggarkan telah
berusia sekitar 6 tahun yang mempunyai komposisi otak sekitar 650cc dan dikatakan juga
ianya boleh mencapai 1000cc apabila kanak-kanak tersebutmenjadi dewasa. Selain
itu juga, Manusia jenis ini dikatakan tidak mempunyai susunan gigi yang lengkap. Hal ini
kerana, Fosil yang ditemui itu juga hanya mempunyai tiga buah gigi geraham yang masih lagi
melekat dibahagian atas dan juga dibahagian bawah. Gigi-gigi tersebut memiliki ciri-ciri
gigigeraham kedua sebagai gigi terbesar dan gigi depannya yang kecil. Selain itu, fosil yang
ditemukan ini mempunyai sebuah tulang rahang tetapi tulang rahangnya adalah besar. Spisis
manusia ini juga memiliki muka yang menonjol ke hadapan serta mempunyai kening yang tebal
dan tulang pipi yang kuat. Sepsis manusia yang ditemui ini digelar Pithecanthropus
-
7/28/2019 Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara
11/21
Modjokertensis semperna dengan nama kawasan dimana fosil tersebut ditemukan. Selain itu,
fosil yang ditemukan ini merupakan antara fosil kedua tertua di kepulauan jawa.
Bukti kewujudan spisis Pithecanthropus Robustus di kepulauan jawa ini ditemui pada
tahun 1939 oleh Von Koenigswald di Sangiran lembah Sungai Bengawan Solo. Pithecanthropus
Robustus atau lebih mudah dengan nama manusia kerayang besar dan kuat tubuhnya merupakan
salah satu sepsis manusia purba yang berbadan besar. Hal ini kerana, melihat dari fosil yang
ditemui, ternyata jelas kerana cirri-ciri yang ada pada fosil yang ditemui tersebut menunjukkan
tengkoraknya yang besar, lebar dan manakala atas tengkoraknyalebih sempit. Bukan itu sahaja,
ciri-ciri fizikal spisis manusia ini adalah bersifat premitif kerana memilikikening yang
menonjol,tulang pipi yang kasar. Selain itu, spisis Pithecanthropus Robustus ini juga memiliki
rahang dan tulang gigi yang besar. Saiz gigi yang besar pula jelas menunjukan bahawa spisis
manusia ini mengambil makanan yang kasar. Pithecanthropus Robustus ini juga tidak
mempunyai dagu dan mempunyai muka yang menonjol kehadapan serta dikatakanmemiliki
komposisi otak sebanyak 900cc14
.
1941 merupakan salah satu tahun yang amat penting dalam kontaks sejarah
perkembangan manusia awal di kepulauan jawa. hal ini kerana, pada tahun tersebut satu lagi
penemuan spisis manusia prasejarah telah ditemukan di Sangiran, bahagian Jawa Timur. Fosil
yang ditemukan oleh Von Koenigswald ini dikenali sebagai Meganthropus Paleojavanicus atau
dengan kata lain manusia raksasa Jawa kerana tubuhnya dikatakan besar dan ianya ditemui di
14Pete Bellwd. (000).Pasenaah kepulaua Id-Malaysa. Jakata, Idesa: PT Gameda Pustaka Utama.
Hlm 63-65.
-
7/28/2019 Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara
12/21
Jawa. Manusia jenis ini hidup di Jawa sekitar 2-1 juta tahun yang lampau dan adalah manusia
purba yang paling awal sekali yang hidup dan menetap dikepulauan Jawa ini. Antara fosil yang
ditemui ialah rahang bahagian bawah yang lebih kasar daripada rahang Pithecanthropus.
Rahangnya adalah menyerupai bentuk kera, mempunyai rangka badan yang lebih besar. Antara
ciri yang lain ialah mempunyai kening yang menonjol, tulang pipi yang tebal dan rahang yang
besar dan kuat. Daripada ciri-ciri yang ada pada spisis manusia Meganthropus Paleojavanicus
atau Java Man, jelaslah bahawa sepsis manusia ini adalah yang mendahului dari spisis-spisis lain
yang hidup di bumi kepulauan jawa ini. Sebenarnya, penemuan fosil bagi Meganthropus
Paleojavanicus adalah lebih dari satu penemuan. Fosil-fosil tersebut adalah seperti Meganthropus
A/ Sangiran 6, Meganthropus B/ Sangiran, Meganthropus C/ Sangiran 33/BK 7905 dan juga
beberapa fosil Meganthropus yang lain. Ape yang penting kesemua fosil yang ditemukan
tersebut adalah tergolong di dalam satu sepsis manusia yang sama
Kebanyakan spesies manusia prasejarah yang ditemukan di Kepulau Jawa dipercayai
hidup pada zaman pleistosen. Ini dilihat melalui dari pendapat yang telah diberikan oleh Von
Koeningswald yang telah membagikan zaman penemuan manusia awal di kepulauan jawa ini
kepada tiga peringkat zaman iaitu zaman pleistosen Atas atau (lapisan Ngandong) yang dianggar
25.000 hingga 10.000 tahun lalu. pleistosen tengah (lapisan Trinil) sekitar 700.00 hingga 125.000
tahun lalu dan pleistosen bawah (lapisan jetis) sekitar 1,6 juta hingga 700.00 tahun lalu.15
Ketiga-tiga lapisan pleistosen ini merupakan ciri-ciri geologi bagi spisis manusia yang hidup
pada zaman lampau di kawasan Kepulauan Jawa ini. Selain itu, zaman pleistosen ini
digambarkan dengan ciri-ciri geografi yang tersendiri serta berbeza dengan apa yang dapat
15Pete Bellwd. (000).Pasenaah kepulaua Id-Malaysa. Jakata, Idesa: PT Gameda Pustaka Utama.
Hlm 23-4.
-
7/28/2019 Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara
13/21
diperhatikan pada ketika ini. Zaman tersebut dikatakan adalah suatu zaman dimana, kawasan
sekitar kepulauan asia tenggara bercamtum akibat struktur air batu yang mengeras. Ini memberi
satu pentanda bahawa sepsis yang hidup pada zaman tersebut seperti Meganthropus
Paleojavanicus atupun spisis manusia yang lain mampu bergerak bebas. Bukan itu sahaja, iklim
pada zaman tersebut dikatakan sejuk dan berbeza dengan iklim pada masa kini. Zaman pleistosen
ini berakhir kira-kira 10.000 tahun yang lalu dan bermulalah satu zaman baru yang digelar
zaman Holosoen yang mempunyai kesinambungan dengan apa yang terbentuk pada hari ini.
PENEMUAN DI KEPULAUAN FLORES
Manusia Flores merupakan salah satu sepsis manusia purba yang di temukan di sekitar
kawasan Asia Tenggara. Kajian terhadap spisis manusia Flores ini adalah bermula pada tahun
1950 hingga 1960 an di Tapak Gua Liang Bua Kepulauan Flores.16
Manusia ini dikatakan telah
hidup di kepuulauan tersebut sejak dahulu lagi dan mengikut kajian yang dilakukan oleh Mike
Morwood, manusia Flores ini telah hidup kira-kira 95 ribu hingga 13 ribu tahun lalu..17 Kajian
pada peringkat awal telah dilakuan oleh Theondor Vertheeven dan menemui tanda-tanda
kewujudan manusia awal di kepulauan flores ini melalui artifak batu yang ditemui berhampiran
dengan fosil gajah yang dianggarkan berusia 750 000 tahun dahulu. Bukan itu sahaja, kajian
yang dilakukan oleh Verhoeven pada tahun 1954 telah membawa kepada penemuan fosil
manusia pendek yang digelar sebagai Protonegrito Florensisdi, yang dijumpai di kawasan
Liang Toge sekitar 30 km dari Liang Bua. Selain itu, Kajian oleh peter Brown pada 2003 telah
16hp:ews.aalgegaphr.rmews004101072041072hm2oesess2.html
16hp:ews.aalgegaphr.rmews004101072041072hm2oesess2.html
-
7/28/2019 Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara
14/21
menemukan rangka seorang wanita yang berusia sekitar 18 000 tahun lalu dan dikenali sebagai
Manusia Hobbit.
Manusia Flores ini dikatakan mempunyai ciri-ciri fizikal seperti ketinggian hanya sekitar
3 kaki atau bersamaan dengan 1 meter sahaja dan digelar sebagai manusia kerdil. Selain itu
manusia ini juga mempunyai ciri-ciri lain seperti berdahi landai,tulang kering yang menonjol
keluar serta tebal dan mempunyai geraham yang sama dengan manusia Homo Erectus.Manusia
Flores ini juga dikatakan mempunyai kapasiti otak yang lebih rendah berbanding dengan
Chipanzee dan Pada tahap awal ia dianggap sebagai rangka manusia moden yang matinya
disebabkan olen penyakit microcephaly atau penyakit saraf dimana otak mereka akan mengecut
manakala badan pula mengecil.18
Oleh yang demikian , saiz fizikal manusia flores yang kerdil
adalah disebabkanbeberapa factor dan antaranya ialah keadaan geografi. Walaubagaimanapun ,
Manusia Homo Floresiensis ini sebenarnya sudah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan
sekeliling walaupun mereka ini merupakan manusia yang bersifat fizikal kerdil. saiz tubuh yang
kecil dan kerdil ini disebabkan oleh faktor geografi serta proses alam.Walau bagaimanapun,saiz
mereka yang kerdil ini amat berkait rapat dengan masalah sumber protin atau kalori yang amat
kekeurangan dan terhad .kekurang kalori dan proten ini tidak terhad kepada manusia sahaja,hal
ini kerana hidupan yang tinggal di kepulauan tersebut seperti gajahdikatakan sebesar kerbau
sahaja .
Manusia flores ini hidup secara berkelompok serta sudah mempunyai petempatan yang
tetap seperti tinggal di dalam gua-gua.Bagi memenuhi keperluan hidup mereka , manusia flores
ini mengamalkan aktiviti berburu untuk mendapatkan sumber makanan disamping turut
menjalankan kegiatan mencari makanan di laut dan di sungai-sungai yang berdekatan. Hal ini
18hp:www.ukessays.rmessaysarhaelgyhm-oesess.php
-
7/28/2019 Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara
15/21
dibukti dari peralatan yang diperbuat dari batu seperti mata tombak yang dikat dengan kayu
telah memberi petanda bahawa manusia flores ini menggunakan suatu peralatan dalam
mendapat sumber makanan. Di suatu sudut yang lain peralatan yang dihasil oleh manusia flores
ini menunjukan bahawawalaupun kapasiti otak manusia tersebut yang rendah. Namun per alatan
yang dapat dihasilkan adalah lebih baik dari spesies manusia yang ditemukan di kepulauan jawa
sebelum ini.
penemuan manusia spesies Homo Floresiensis ini meberi sumbangan yang begitu besar
kepada penyeledikan dalam konteks manusia awal di Asia Tenggara. Ciri-ciri unik yang terdapat
pada spesies menusia Homo Floresiensis ini telah menjadikan kawasan Asia Tenggara ini
sebagai kawasan yang mempunyai variasi dalam spesies manusia awal. Bukan itu sahaja.
walaupun asal usul manusia Flores ini masih belum dikenalpasti dengan jelas sama ada mereka
adalah spesies tersendiri atau terpisah daripada manusia moden, namun berdasarkan bukti-bukti
yang diperolehi dari beberapa kajian dan penyelidikan sebelum ini jelas lebih menyokong
bahawa manusia Flores ini adalah ras manusia moden iaitu hasil hijrah Homo Sapien dan
bukannya merupakan spesies yang baru.19
Walaupun tidak semua ciri-ciri mereka lebih kepada
manusia moden tetapi beberapa perilaku mereka sungguh mirip kepada manusia moden dan
disebabkan itu mereka dikatakan sebagai manusia zaman awal yang agak unik dan berbeza dari
spesies yang ditemukan di Kepulauan jawa sebelum ini.20
19hp:ephlma.rmamales2pygmes.htm
19hp:ews.aalgegaphr.rmews004101072041072hm2oesess2.html
-
7/28/2019 Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara
16/21
PENEMUAN MANUSIA DI SEMANANJUNG MALAYSIA
Semenanjung Malaysia merupakan salah satu lokasi di Asia Tenggara ini yang memeliki
banyak bukti kewujudan manusia prasejarah yang diperolehi melalui beberapa siri kajian yang
dilakukan oleh ahli arkeologi tempatan. Penyelidikan terhadap kewujudan kehidupan manusia
prasejarah di semenanjung Malaysia ini telah dimulakan pada tahun 1987 oleh Pusat
Penyelidikan Arkeologi, Universiti Sains Malaysia.21
Melalui beberapa penyelidikan yang telah
dilakukan telah membawa kepada penemuan suatu spesies manusia yang digelar sebagai
Manusia Perak (Perak Man). Penemuan tersebut telah memberi kesan terhadap pensejejarahan
terhadap zaman prasejarah di Malaysia Khus dan di asia tenggara amnya. Bukan itu sahaja,
kawasan Lembah Lenggong yang merupakan kawasan penemuan rangka Perak Man telah
diumumkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO pada bulan jun tahun ini.22
Oleh yang
demikian, spesies manusia Perak Man ini boleh memberikan gambaran terhadap kewujudan
manusia prasejarah di sekitar Semenanjung Malaysia.
21Mkhta ad. Da Zama Batu Ke Tamadu Awal DI Malaysa. Pemekasaa Ja D Bagsa. Pulau Pag.
Peebta Uesty as Malaysa Pess. Hlm 1 22
hp:www.utusa.rm.myutusaDalam2Nege01070d211Lembah-Leggg-kini-Tapak-Wasa-
Dunia
-
7/28/2019 Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara
17/21
Penemuan Manusia Perak (Perak Man) ditemukan pada tahun 1991 di Gua Gunung
Runtuh, lembah lenggong, negeri Perak. Pnemuan tersebut adalah hasil exskavasi yang
dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama
Jabatan Musium Negara. Melalui penemuan tersebut telah ditemuakan rangka manusia
paleolatik yang dikebumikan dalam suatu upacara kebumian yang penuh dengan spiritual.
Rangka yang ditemuakan adalah 90% lemgkap dan merupakan rangka manusia paleolitik yang
terlengkap yang pernah ditemukan di Asia Tenggara.23
Manusia perak ini dikatakan hidup
sekitar 10.000 tahun dan dipercayai hidup selama 45 tahun dan mati disebabkan sakit tua.
Manusia perak memiliki ketinggian sekitar 154 cm sahaja. Selain itu, manusia perak ini dikesan
menghidapi pennyakit genetik Branchimesophlangia iaitu bahagian badan sebelah kiri lebih
pendek dari bahagian sebelah kanan. Penyakit yang dihadapi oleh manusia perak ini
menyebabkan manusia tersebut berjalan dalam keadaan berdengkut-dengkut. Melihat dari
keadaan ini dapat disimpulkan bahawa manusia ini adalah istimewa dari sudut fizikal dan bukan
itu sahaja, manusia perak ini yang mati ketika berusia 45 tahun telah memberi gambaran bahawa
manusia Perak ini dihormati serta mansyarakat pada ketika itu menjaganya dengan baik.24
Manusia Perak dikatakan dikebumikan dengan penuh adat-istidat pengebumian
paleolitik. Hal ini dapat dilihat dari cara manusia ini dikebumikan dimana lubang kubu digali
sedalam 80-100cm. seterusnya lubang kubur manusia perak ini dilapik dengan 3,700 cengkerang
siput yang terdiri dari siput sungai setebal 38.48 cm. selain itu, Manusia perak ini ditanam
adalah dalam keadaan berlipat (flexed burial) dan dikebumikan bersama dengan 12 alat batu,
23Mkhta ad. Da Zama Batu Ke Tamadu Awal DI Malaysa. Pemekasaa Ja D Bagsa. Pulau Pag.
Peebta Uesty as Malaysa Pess. Hlm 17 4
Mkhta ad. Da Zama Batu Ke Tamadu Awal DI Malaysa. Pemekasaa Ja D Bagsa. Pulau Pinang.
Peebta Uesty as Malaysa Pess. Hlm 18
-
7/28/2019 Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara
18/21
makanan dalam bentuk siput sedut dan 9 spesies binatang seperti khinzir, biawak, harimau
bintang, kura-kura dansebagainya.25
upacara pengebumian manusia perak ini memperlihatkan
bahawa manusia atau masyarakat pada ketika itu mempercayai kehidupan selepas mati. Dari
suatu sudut yang lain pula dapat dilihat bahawa manusia perak tersebut memiliki status social
yang tinggi dalam kalangan masyarakatnya. Hal ini dapat diperhatikan melalui barang-barang
yang ditanam bersama manusia tersebut menjelaskan bahawa manusia perak itu mungkin mahir
dalam mencari kawasan buruan, memburu binatang dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa
manusia perak menjadi rujukan kepada masyarikatnya dan pemergiannya amat diratapi serta
dihormati oleh semua masyarakatnya.
26
25Mkhta ad. Da Zama Batu Ke Tamadu Awal DI Malaysa. Pemekasaa Ja D Bagsa. Pulau Pag.
Peebta Uesty as Malaysa Pess. Hlm 16 6
Mkhta ad. Da Zama Batu Ke Tamadu Awal DI Malaysa. Pemekasaa Ja D Bagsa. Pulau Pag.
Peebta Uesty as Malaysa Pess. Hlm 19
-
7/28/2019 Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara
19/21
KESIMPULAN
Penemuan pelbagai spesies manusia sama ada di kawasan Kepulauan Jawa, kepulauan
Flores dan di semenanjung Malaysia memberi kesan terhadap perkembangan manusia prasejarah
di Asia Tenggara khususnya dan dunia amnya. Fosil-fosil manusia awal seperti Pithecanthropus
Erectus, Meganthropus Paleojavanicus, Homo Soloensis dan Homo Wadjakensis yang ditemukan
di Kepulauan Jawa jelas menunjukkan bahawa manusia telah wujud berjuta-juta tahun dahulu
dan hidup pada ketiga-tiga zaman Pleistosin. yang seterusnya dapat dijadikan gambaran
terhadap perkembangan manusia awal di Asia Tenggara ini. Bukan itu sahaja. Penemuan
manusia Flores juga telah menjadikan penyelidikan terhadap perkembangan manusia awal di
Asia Tenggara ini lebih dinamik. Selain itu juga, penemuan manusia perak di semenanjung
Malaysia telah membuktikan bahawa Malaysia juga kaya dengan khazanah purba dan
mempunyai kepentingan dalam perkembangan sejarah dunia.
-
7/28/2019 Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara
20/21
BIBLIOGRAFI
1. Bellwood, Peter, Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago, Academic Press, Sydney,1985,
2. Charles Higham, 1989, The Archeology of Mainland Southeast Cambridge, CambridgeUniversity Press, 1989
3. Bellwood Peter. Mans conquest of the Pasific: The Prehistory of South-East Asia andOcenia, Oxford University Press, New York, 1979,
4. Mokhtar Saidin. Dari Zaman Batu Ke Tamadun Awal DI Malaysia. Pemerkasaan Jati DiriBangsa. Pulau Pinang. Penerbitan University Sains Malaysia Press.
5. http://news.nationalgeographic.com/news/2004/10/1027_041027_homo_floresiensis_2.html6. http://www.ukessays.com/essays/archaeology/homo-floresiensis.php.7. http://www.cryptomundo.com/cryptozoo-news/floresiensis-replica/8. http://nephiliman.com/anomalies_pygmies.htm.9. Nicholas Tarling(edited).The Cambridge history of Southeast Asia volume 1. Cambridge
University Press 1992
10.http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=fosil11.Bernard Heuvelmans. (1962). On The Track of Unknown Animals. London: Rupert Hart
Davis.
http://www.ukessays.com/essays/archaeology/homo-floresiensis.phphttp://www.ukessays.com/essays/archaeology/homo-floresiensis.phphttp://nephiliman.com/anomalies_pygmies.htmhttp://nephiliman.com/anomalies_pygmies.htmhttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=fosilhttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=fosilhttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=fosilhttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=fosilhttp://nephiliman.com/anomalies_pygmies.htmhttp://www.ukessays.com/essays/archaeology/homo-floresiensis.php -
7/28/2019 Manusia Awal - Sejarah Asia Tenggara
21/21