mapp

15
PENGENALAN Budaya korporat atau dalam bahasa Inggeris iaitu “Corporate Culture” telah diperkenalkan oleh Tom Peter dalam bukunya “In Search Of Excellence” telah mendapati bahawa kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat bahawa sesebuah syarikat atau sesuatu kumpulan atau jabatan yang mempunyai budaya korporatnya sendiri mempunyai kecenderungan untuk berjaya. Malaysia juga tidak terkecuali membentuk budaya korporatnya sendiri untuk seiring maju dengan negera-negara lain yang membangun seperti Amerika Syarikat dan Jepun termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia. Tanggal 20 April 2009 serentak di seluruh institusi kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia program penerapan budaya korporat bermottokan “KAMI SEDIA MEMBANTU”. Secara ringkasnya, motto “Kami” bermaksud semua warga Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama. “Sedia’ pula menunjukkan warga Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa bersedia dalam memberi perkhidmatan secara professional dan “ Membantu” adalah ikhlas dalam memberi bantuan dan menjalankan tugas. Hal ini amat berkait rapat dengan tugas dan peranan Penolong Pegawai Perubatan(PPP) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia, dimana seseorang PPP perlu besikap sedemikian dalam menghadapi pelbagai situasi sama ada di hospital/klinik atau di lapangan bersama pelanggan/pesakit. 1

Upload: ahmad-najmin

Post on 21-Dec-2015

212 views

Category:

Documents


39 download

DESCRIPTION

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIATAHUN 2 SEMESTER 1

TRANSCRIPT

Page 1: MAPP

PENGENALAN

Budaya korporat atau dalam bahasa Inggeris iaitu “Corporate Culture” telah diperkenalkan

oleh Tom Peter dalam bukunya “In Search Of Excellence” telah mendapati bahawa kajian

yang dilakukan di Amerika Syarikat bahawa sesebuah syarikat atau sesuatu kumpulan atau

jabatan yang mempunyai budaya korporatnya sendiri mempunyai kecenderungan untuk

berjaya.

Malaysia juga tidak terkecuali membentuk budaya korporatnya sendiri untuk seiring maju

dengan negera-negara lain yang membangun seperti Amerika Syarikat dan Jepun termasuklah

Kementerian Kesihatan Malaysia. Tanggal 20 April 2009 serentak di seluruh institusi

kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia program penerapan budaya korporat

bermottokan “KAMI SEDIA MEMBANTU”.

Secara ringkasnya, motto “Kami” bermaksud semua warga Kementerian Kesihatan Malaysia

bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama. “Sedia’ pula

menunjukkan warga Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa bersedia dalam memberi

perkhidmatan secara professional dan “ Membantu” adalah ikhlas dalam memberi bantuan

dan menjalankan tugas.

Hal ini amat berkait rapat dengan tugas dan peranan Penolong Pegawai Perubatan(PPP)

dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia, dimana seseorang PPP perlu besikap sedemikian

dalam menghadapi pelbagai situasi sama ada di hospital/klinik atau di lapangan bersama

pelanggan/pesakit.

1

Page 2: MAPP

KONSEP BUDAYA KORPORAT

Pada umumnya,konsep budaya korporat dapat dilihat berdasarkan kepada beberapa unsur

asas ,nilai,norma dan artifak yang dikongsi bersama oleh anggota sesuatu organisasi.

Konsep budaya korporat sebenarnya adalah ditunjukkan dengan jelas melalui bagaimana

sesuatu kerja dalam sesebuah organisasi itu harus dilaksanakan dan dinilai.Di samping

itu,budaya korporat juga melibatkan jalinan hubungan para pekerja,baik di peringkat dalaman

mahupun di peringkat luaran pada sesebuah organisasi.Oleh itu,konsep budaya korporat

adalah juga dilihat melalui bentuk hubungan sesama pekerja dalam sesebuah organisasi serta

hubungan dengan pihak lain yang berkaitan seperti pelanggan,pembekal atau agensi yang lain.

Antaranya contoh ialah setiap anggota KKM perlu mempunyai sifat penyayang supaya

mereka menjadi lebih peka, prihatin dan mengambil berat ke atas individu yang datang untuk

mendapatkan rawatan. Amalan sifat penyayang yang penuh dengan rasa mesra dan keikhlasan

akan memberikan keselesaan kepada pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan di

kemudahan kesihatan KKM. Sebagai contoh, amalan sifat penyayang ini telah dipraktikkan

oleh semua anggota kesihatan di Malaysia terutamanya anggota-anggota KKM di hospital-

hospital seperti Hospital Tuanku Jaafar di mana mereka begitu bertanggungjawab ke atas

masyarakat yang datang untuk mendapatkan rawatan selain mereka proaktif dalam

memberikan rawatan serta menghormati privasi dan hak pesakit.

Kementerian Kesihatan khususnya juga memberikan penekanan terhadap penilaian

Profesionalisme di kalangan anggota KKM. Hal ini kerana bagi memastikan setiap anggota

KKM peka terhadap perubahan semasa dan sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan

serta kemahiran berkaitan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan

dengan baik.

Hal ini juga dijelaskan dalam Buku Penerapan Budaya Korporat dan Nilai Murni Di Kalangan

Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia halaman 57 hingga 81 di mana kerja berpasukan

adalah lebih berkesan sekiranya elemen-elemen seperti bersatu menuju matlamat, adanya

perasaan kekitaan, kepimpinan, saling mempercayai antara satu sama lain, akauntabiliti,

berpengetahuan dan berkemahiran, kreatif, berinovasi serta bekerjasama dalam pasukan

dilaksanakan oleh warga KKM di dalam tugas harian mereka.

2

Page 3: MAPP

Banyak faedah yang akan diperolehi oleh individu sekiranya mengamalkan konsep kerja

berpasukan seperti kurangnya tekanan kerja, tanggungjawab dapat dikongsi bersama,

pengetahuan dan kemahiran dapat dipertingkatkan, dapat memupuk perasaan harga diri,

kejayaan dan kegagalan dapat dikongsi bersama serta setiap ahli mempunyai semangat

kekitaan.

3

Page 4: MAPP

PERBINCANGAN / HUJAH

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memfokuskan beberapa strategi penerapan budaya

korporat dan nilai murni di kalangan anggota kesihatan di seluruh Malaysia bagi

memantapkan lagi perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat.

Strategi penerapan budaya korporat adalah dengan menerapkan nilai-nilai ini di dalam tugas

harian. Ini bermakna bahawa di dalam setiap apa jua tugasan yang sedang dijalankan, nilai-

nilai budaya korporat perlu diamalkan samada secara langsung atau tidak langsung melalui

empat langkah iaitu pertama, kesedaran dan latihan di mana kesedaran adalah langkah awal

yang paling kritikal dan juga merupakan kunci kejayaan bagi penerapan nilai-nilai ini.

Matlamat aktiviti kesedaran adalah untuk mewujudkan kesedaran dan keyakinan dalam diri

setiap anggota kesihatan. Aktiviti kesedaran adalah tidak terhad kepada ceramah semata-mata

tetapi merangkumi sesi dialog, taklimat, pameran dan juga bengkel kesedaran. Aktiviti

kesedaran mesti diikuti dengan latihan. Oleh itu, setiap hospital di Malaysia termasuklah

Hospital Tuanku Jaafar sentiasa mengadakan aktiviti kesedaran budaya korporat seperti

ceramah, pameran dan sebagainya kepada anggota kesihatannya untuk meningkatkan

perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.

Bagi sesi latihan pula, ia dapat memberikan pengetahuan dan tunjuk ajar kepada kakitangan

dalam melakukan sesuatu perkara. Kursus-kursus yang diadakan adalah berasaskan refleksi di

mana peserta akan dapat menilai diri mereka secara telus. Mereka akan berusaha untuk

mengikis sifat-sifat buruk dan menanam sifat-sifat yang mulia dalam diri mereka. Peserta

harus dilatih untuk menerapkan nilai-nilai budaya korporat dan nilai-nilai murni sewaktu

menjalankan tugas harian mereka sebagai anggota KKM. Sebagai contohnya, setiap anggota

kesihatan di Hospital Tuanku Jaafar akan menghadiri kursus-kursus tertentu untuk

mempertingkatkan nilai-nilai murni dalam diri mereka dalam memberikan perkhidmatan

kesihatan kepada rakyat Malaysia dan juga dalam kehidupan mereka seharian.

Langkah yang kedua ialah melalui amalan dan teladan yang baik di mana Ketua Jabatan

haruslah mengambil inisiatif menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak buahnya. Jika ramai

yang menjadi contoh teladan yang baik, secara tidak langsung organisasi tersebut telah

mengamalkan budaya korporat. Hal ini juga akan mencerminkan komitmen dan kepimpinan

Ketua Jabatan itu sendiri. Jika seseorang ingin menjadi ‘role-model’ kepada yang lain, mereka

perlulah mempunyai sikap yang mulia, cara pertuturan yang menyenangkan dan berkemahiran

tinggi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Sebagai contohnya, di dalam wad, Ketua

4

Page 5: MAPP

Jururawat akan menjadi ‘role-model’ kepada jururawat-jururawat terlatih yang bertugas di

dalam wad tersebut. Jika sikap yang ditunjukkan oleh Ketua Jururawat itu baik, maka anak-

anak buahnya akan menunjukkan sikap yang baik terhadapnya dan juga pesakit dan begitulah

juga sebaliknya.

Selain itu juga, langkah seterusnya ialah dengan melakukan penilaian dan pembaikan di mana

proses penilaian hendaklah dilakukan dengan sekerap mungkin iaitu sekurang-kurangnya

sebulan sekali bagi mengetahui perkembangan perlaksanaan sesuatu tugas dan pembaikan

yang boleh dijalankan bagi melicinkan proses pelaksanaan tersebut. Penilaian tidak

semestinya berbentuk formal bahkan boleh diselitkan semasa mesyuarat, perhimpunan atau

semasa minum kopi. Hal ini turut diamalkan oleh setiap hospital di Malaysia di mana setiap

anggota kesihatan akan dinilai dari segi perkhidmatan dan sahsiahnya oleh ketua mereka

setiap bulan bagi memastikan perkhidmatan dan sikap anggotanya berada di tahap yang

terbaik.

Langkah terakhir yang boleh dilakukan dalam usaha untuk menerapkan budaya korporat

dalam diri setiap anggota kesihatan ialah dengan mengamalkan sifat nasihat-menasihati antara

satu sama lain secara berhemah. Setiap individu yang berpengalaman boleh berperanan

sebagai mentor kepada anggota yang lain. Amalan nasihat-menasihati perlu sentiasa

dipraktikkan oleh semua anggota KKM kerana manusia adakalanya cepat lupa akan

tanggungjawab yang diberikan. Hal ini kerana amalan ingat mengingati antara satu sama lain

akan meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan selain dapat mengeratkan hubungan

silaturahim antara rakan sekerja.

5

Page 6: MAPP

RUMUSAN

Kesimpulannya,budaya korporat perlu diterapkan dalam diri setiap warga Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya bagi memastikan setiap komitmen dan tanggungjawab

yang diberikan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Nilai-nilai teras seperti perkhidmatan

Penyayang, Profesionalisme dan juga Kerja Berpasukan yang termaktub dalam Program

Kempen Penerapan Budaya Korporat bukan sahaja merupakan sebahagian daripada nilai-nilai

budaya korporat Kementerian Kesihatan malahan ia juga merupakan sebahagian daripada

komponen misi baru Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kejayaan kempen tersebut sebenarnya bergantung kepada komitmen dan kesanggupan semua

anggota KKM menerima dan mengadaptasikan perubahan secara sukarela dengan sikap yang

terbuka. Dengan berteraskan komitmen, sikap serta semangat cintakan organisasi dan negara,

usaha pihak kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik untuk rakyat

bermatlamatkan kecemerlangan akan tercapai dengan sebaik mungkin.

Bagi kementerian lain, mereka hanya berurusan dengan masyarakat yang sihat tetapi bagi

Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka berurusan dengan pesakit. Oleh yang demikian,

setiap anggota KKM harus berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka dengan lebih

berhati-hati. Ini bererti apabila kita berinteraksi dengan pesakit, kita hendaklah melayan

mereka seperti keluarga kita sendiri. Untuk memastikan pesakit mendapat layanan yang baik

dari kita sebagai perawat, kita perlu mengamalkan sifat dan kelakuan yang dianggap baik oleh

pesakit iaitu dengan mempraktikkan nilai-nilai budaya korporat seperti yang diwar-warkan

oleh pihak kerajaan.

6

Page 7: MAPP

RUJUKAN

i) Buku

Dr Roslan Johari Bin Mohd Ghazali, Dr Roslinah Binti Ali, Dr Nor Filzatun Binti

Borhan dan Dr Noriah Binti Bidin, 2007. Penerapan Budaya Korporat dan Nilai Murni

di Kalangan Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia, Kuala Lumpur.

Dato’ Seri Dr. Liow Tiong Lai, 2009. Teks Ucapan Semasa Perasmian Kempen

Penerapan Budaya Korporat, Kuala Lumpur.

Kementerian Kesihatan Malaysia, 2009. Buku Kecil Penerapan Budaya Korporat,

Kuala Lumpur.

ii) Laman Web

http://nmsyukra.blogspot.com/2009/04/budaya-korporat-kami-sedia-membantu.html

http://jknsabah.moh.gov.my/v3/modules/wfdownloads/singlefile.php?cid=4&lid=4

http://www.moh.gov.my/v/bu_kor?theme_color=co_default

http://www.infosihat.gov.my/BudayaKoperat/BudayaKorporat_Pameran.php

7

Page 8: MAPP

LAMPIRAN

BUDAYA KORPORAT-KAMI SEDIA MEMBANTU

LOGO

 

Latar Belakang Putih

Melambangkan kepentingan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian

Kesihatan Malaysia menjalankan tugas.

Sentuhan di Hati

Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.

Hati Berwarna Merah

Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk

meningkatkan mutu perkhidmatan.

Tangan

Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu.

Nilai-nilai Teras

Menonjolkan prinsip-prinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas.

8

Page 9: MAPP

Latar Belakang Putih

Melambangkan kepentingan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian

Kesihatan Malaysia menjalankan tugas.

Sentuhan di Hati

Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.

Hati Berwarna Merah

Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk

meningkatkan mutu perkhidmatan.

Tangan

Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu.

Nilai-nilai Teras

Menonjolkan prinsip-prinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas.

MOTO

Kami Sedia Membantu

Kami - Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk

mencapai matlamat yang sama.

Sedia - Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.

Membantu - Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.

9

Page 10: MAPP

NILAI-NILAI TERAS

Penyayang

Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian.

Kami bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan menghormati hak

individu. Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.

Profesionalisme

Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja

yang dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami percaya dalam

memberikan perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan masyarakat.

Kerja Berpasukan

Kami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat

yang sama

JANJI KAMI

Kami Sedia Membantu

Kami Komited terhadap keperluan anda

Memastikan perkhidmatan yang adil, mesra, rasa hormat dan prihatin.

Kami melaksanakan apa yang dirancang

Menjanjikan anda tahap profesionalisme yang tertinggi dalam segala urusan penyampaian

perkhidmatan.

Kami berdedikasi terhadap tugas

Bekerjasama untuk mengukuhkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan.

10

Page 11: MAPP

 KOMITMEN KAMI

Kami komited memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasa

kemesraan, kejujuran dan keikhlasan.

Kami komited memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap profesional, tekun,

mudah didekati dan bersopan santun.

Kami komited bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan

sentiasa efisien, efektif dan produktif.

 IKRAR BUDAYA KORPORAT KKM

Bahawasanya kami, WARGA KERJA KKM, berikrar:

Memberi perkhidmatan yang terbaik, mesra dan profesional;

Memberi layanan secara saksama tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama;

Bekerja sebagai satu pasukan yang efisien, efektif dan produktif;

Sedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab; serta

Komited untuk mencapai matlamat Kementerian.

11