mari mmbca adikky syg

7
SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG EMPAT, ALOR GAJAH MELAKA KERTAS KERJA PROJEK “MARI MEMBACA ADIKKU SAYANG” PRASEKOLAH PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU) PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2011 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH SITI AESYAH BINTI MAT JUSOH PELAJAR PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2011 DENGAN KERJASAMA PRASEKOLAH CEMERLANG SEK KEBANGSAAN SIMPANG EMPAT, ALOR GAJAH MELAKA

Upload: amirahnajwaismail

Post on 21-Jul-2016

15 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Mari Mmbca Adikky Syg

SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG EMPAT, ALOR GAJAH MELAKA

KERTAS KERJA PROJEK “MARI MEMBACA ADIKKU SAYANG” PRASEKOLAH

PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU) PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH

SITI AESYAH BINTI MAT JUSOH

PELAJAR PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2011

DENGAN KERJASAMA PRASEKOLAH CEMERLANG SEK KEBANGSAAN SIMPANG EMPAT, ALOR GAJAH MELAKA

Page 2: Mari Mmbca Adikky Syg

1.0 PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk

mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas

guru permulaan. Dalam pada itu, pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan

menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam

dan di luar bilik darjah. Lantaran itu, aktiviti Mari Membaca Adikku Sayang ini

dirancang bagi memenuhi objektif tersebut.

Di dalam bilik darjah prasekolah, aktiviti Mari Membaca Adikku Sayang

merupakan antara aktiviti yang sangat sesuai dijalankan untuk murid prasekolah

khususnya yang baru dalam perkembangan membaca. Ia merupakan saluran

pengantara yang baik bagi kanak-kanak belajar dan juga meningkatkan keyakinan

diri dihadapan rakan-rakan dalam membuktikan kepada semua yang mereka telah

menguasai kemahiran membaca..

Diharapkan agar dengan wujudnya aktiviti Mari Membaca Adikku Sayang ini

dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak

prasekolah. Dalam masa yang sama program ini juga akan dapat membantu kanak-

kanak yang masih lemah dalam kemahiran membaca. Justeru itu, melalui program

ini ia dapat memupuk keyakinan dalam diri kanak-kanak dan perasaan cintakan

buku.

2.0 MATLAMAT

Meningkatkan penguasaan kanak-kanak prasekolah dalam aktiviti membaca dan

memupuk semangat cintakan buku.

3.0 OBJEKTIF

i. Melahirkan kanak-kanak yang menguasai kemahiran membaca

Page 3: Mari Mmbca Adikky Syg

ii. Membantu kanak-kanak yang masih lemah dalam kemahiran membaca untuk

menguasai kemahiran tersebut.

iii. Menanamkan perasaan cintakan buku dalam diri kanak-kanak.

iv. Membudayakan budaya suka membaca dalam kalangan kanak-kanak.

4.0 TARIKH

14 Julai 2014 – 4 Ogos 2014

5.0 TEMPAT

Bilik Darjah Prasekolah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Melaka

6.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK PRASEKOLAH

PENAUNG Puan Pouziah binti Ghani

PENASIHAT I Puan Hanisah binti Hamid

PENASIHAT II Puan Nurulhuda binti Md Tahir

PENGERUSI Cik Siti Aesyah binti Mat Jusoh

NAIB PENGERUSI Cik Amirah Najwa binti Ismail

Page 4: Mari Mmbca Adikky Syg

6.1 Ahli Jawatankuasa Kerja

mentor Puan Hanisah binti Hamid

pengerusi Cik Siti Aesyah binti Mat Jusoh

AJK dokumentasi Amirah Najwa binti Ismail

7.0 PELAN TINDAKAN

Berikut merupakan pelan tindakan dalam projek Mari Membaca Adikku Sayang ;

Bil Tarikh Aktiviti Tindakan

1 14 Julai 2014

Pelancaran program Mari Membaca Adikku Sayang

Guru pelatih menerangkan kepada kanak-kanak mengenai program tersebut.

Kanak-kanak diberi pendedahan tentang Program Mari Membaca Adikku Sayang

Kerjasama daripada AJK dokumentasi dan mentor serta pembantu pengurusan murid

2 15 Julai 2014 Membawa kanak-kanak ke perpustakaan

Memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang peraturan di dalam perpustakaan.

Menunjukkan contoh bahan bacaan yang sesuai dibaca dengan tahap umur kanak-kanak di prasekolah

Kerjasama daripada mentor, PPM dan AJK dokumentasi

Page 5: Mari Mmbca Adikky Syg

Memperuntukkan masa selama 15 minit bagi setiap kelas untuk berada di perpustakaan dan membaca.

3 21 – 25 Julai 2014

Kanak-kanak diberi masa setiap hari selama 30 minit untuk mereka membaca bahan bacaan mengikut tahap kemampuan mereka.

Setiap perkembangan kanak-kanak akan dicatatkan

Guru pelatih, AJK dokumentasi, mentor

4 4 Ogos 2014

kanak-kanak diberi peluang bercerita tentang buku yang dibaca di hadapan rakan-rakannya yang lain.

Kanak-kanak yang menunjukkan peningkatan dalam pembacaan mereka akan diberi ganjaran.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil perkara Jumlah unit jumlah catatan

1. Kertas A4 1 bundle Rm13 x 1

2. Ganjaran ( kotak pensil ) 5 buah Rm5 x 5

JUMLAH RM 38.00

9.0 PENUTUP

Semoga dengan wujudnya program Mari Membaca Adikku Sayang dalam kalangan

kanak-kanak prasekolah dapat membantu kanak-kanak prasekolah menguasai

kemahiran membaca sebelum mereka melangkah ke Tahun Satu.Program ini juga

diharap dapat memupuk sikap cintakan buku dalam kalangan kanak-kanak

prasekolah

Selain itu juga diharapkan dengan adanya program seperti ini akan dapat

meningkatkan semangat keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak prasekolah

meskipun mereka masih tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.

Page 6: Mari Mmbca Adikky Syg

Bagi pihak guru pelatih, projek melaksanakan dan mengelola program Mari

Membaca Adikku Sayang ini dapat dijadikan satu pengalaman baru yang berguna

sebagai bekalan ilmu ketika sudah menjadi guru prasekolah sebenar kelak.

Pelaksanaan projek ini juga diharapkan dapat memberi impak kepada konsep kendiri

guru pelatih terhadap kemahiran mengurus dan memimpin.

Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak adalah

diharapkan bagi kejayaan membina sudut bercerita prasekolah ini.

Page 7: Mari Mmbca Adikky Syg

Disediakan oleh,

......................................... ( SITI AESYAH BINTI MAT JUSOH ) Pengerusi program Mari Membaca Adikku Sayang, Guru Pelatih PISMP Prasekolah IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Disemak oleh,

.......................................... ( PUAN HANISAH BINTI HAMID)

Mentor Projek Internship, Guru Prasekolah SK Simpang Empat, Alor Gajah Melaka.

Disahkan oleh,

.......................................................... ( PN POUZIAH BINTI GHANI)

Guru Besar, SK Simpang Empat, Alor Gajah Melaka