masakan waktu darurat & susun atur hidangan
TRANSCRIPT
MASAKAN WAKTU DARURAT
1. BUSH COOKING
Bush Cooking ialah masakan di dalam hutan yang dimasak dengan cara panggang dan bakar.
Contohnya, BBQ dan sebagainya.
HIASAN HIDANGAN
1. PERAMU MEJA
2. SUSUN ATUR HIDANGAN
Susunan Peralatan (Peranggu Meja)
Peranggu meja ialah persiapan meja makan yang lengkap dan alatan menghidang dan sesuai
dengan susun atur yang betul. Alatan peranggu meja ialah seperti kutleri (sudu, garpu dan
pisau), gelas, pinggan, alas meja dan napkin.
Susunan Alatan Peranggu Meja
Peraturan Menggunakan Peranggu Meja
- Meja perlu mempunyai ruang di antara 50-60cm seorang.
- Alas meja yang sesuai perlu dibentangkan menutupi seluruh permukaan meja dan
jatuh lebih kurang 30cm di sekeliling meja.
- Kutleri pula disusunkan dengan jarak 2.5 cm dari tepi meja dan sebagainya.
- Garpu sebelah kiri pinggan.
- Sudu disebelah kanan pinggan.
- Pisau disebelah kanan pinggan (pisau diletakkan dengan mata pisau menghadap ke
pinggang).
- Gelas minuman diletakkan berderet disebelah kanan atas, piring mentega atau roti
disebelah kiri.
Panduan gaya meja
Secara asasnya, susun atur kelengkapan menghidang mengambil kira menu mengandungi
salad, roti, sup, minuman soda. Ini termasuk hidangan utama pencuci mulut diikuti minuman
kopi. Sehubungan itu, cawan serta piring perlu dihantar segera ke meja makan sebelum
dihidangkan makanan dan minuman.
Berikut disertakan peraturan serta panduan mudah menyediakan gaya di meja bermula
dengan;
Pinggan dan mangkuk
* Pinggan untuk makan malam perlu ditempatkan sekurang-kurangnya dua inci daripada
hujung meja serta di tengah pelapik meja (jika menggunakannya). Pastikan kedudukannya
betul-betul di tengah setiap kerusi.
* Mangkuk sup ditempatkan di atas pinggan makan.
* Piring salad berada di sebelah kiri atau di hujung atas garpu.
* Piring roti ditempatkan di sebelah kanan atau atas sedikit daripada piring salad.
* Sajian pelbagai menu lazimnya disajikan secara berperingkat. Misalnya, jika hidangan
pertama adalah sup, maka mangkuknya perlu ditempatkan di atas pinggan makan. Manakala
sajian salad disajikan sejurus mangkuk sup serta sudu dihantar ke dapur.
Kelengkapan menghidang perak
* Ia perlu ditempatkan di atas meja sebagai persediaan jika mahu digunakan. Alat yang
digunakan dulu perlu ditempatkan di hujung paling kiri meja dengan kedudukannya di
sebelah kanan pinggan.
* Garpu diletak di kiri pinggan makan manakala pisau dan sudu di bahagian kanan.
* Pastikan mata pisau tidak menghala ke arah diri kecuali pisau untuk menyapu mentega,
perlu diletakkan di atas piring roti.
* Pastikan sudu, garpu dan pisau berjarak setengah inci dari pinggan di antara perkakasan itu.
Atur dalam kedudukan sebaris dengan bahagian hulunya dijadikan penanda aras.
* Kelengkapan menghidang pencuci mulut boleh ditempatkan di permukaan meja jika mahu.
Namun, pastikan garpu dan sudu khas untuknya ditempatkan di bahagian atas tengah atau
sebaris dengan pinggan makan.
Gelas dan cawan
* Gelas perlu ditempatkan di atas pisau makan dan jika ada gelas tambahan, susun elok-elok
bersebelahannya. Lazimnya, ia diatur dalam kedudukan tiga segi.
* Cawan dan piring kopi ditempatkan di kanan sudu dan pisau makan.
Aksesori lain
* Napkin selalunya diletak di atas pinggan makan, di tepi kiri garpu atau ditempatkan dalam
gelas minum.
* Bagi majlis keramaian besar, disyorkan melabel makanan bagi memudahkan tetamu
menikmati menu diinginkan. Jika ingin memperkenalkan diri kepada pelanggan, letak kad
nama berdekatan kutleri dan di sebelah kiri gelas minum.