masalah dan cara mengatasi masalah pembelajaran
DESCRIPTION
dhwbdjnTRANSCRIPT
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3106)
MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN & CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN.
Di sediakan oleh :Nur Shamimi binti Jamudin
PISMP J2 (AMBILAN JANUARI 2011)Pensyarah pembimbing :
Puan Norehan bt Muhamad
MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN & CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN
MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN (MENYELURUH)
MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN
(KEMAHIRAN BAHASA)CARA MENGESAN
KESUKARAN PEMBELAJARAN
LANGKAH-LANGKAH MENJALANKAN SESI
PEMULIHAN
RUJUKAN
Masalah Penguasaa
n Pembelaja
ran
Pengajaran &
Pembelajaran
Fizikal & Deria
Masalah Pertutura
n
Kesihatan
Mental
Emosi
Faktor Pengajaran dan Pembelajaran
Kaedah dan pendekatan guru yang berbeza.Sesetengah kaedah sesuai bagi pelajar namun
mungkin tidak sesuai bagi sebilangan kecil pelajar.
Bahan P&P haruslah menarik dan mudah difahami.
Guru perlu bijak dalam memilih bahan pengajaran agar sesuai dengan tahap pelajarnya.
Faktor Fizikal dan Deria
Keadaan fizikal yang buruk, kurang makanan, dan penyakit dikaitkan dengan masalah pembelajaran – keadaan fizikal yang lemah akan menggangu penumpuan terhadap pembelajaran.
Kawalan motor yang lemah serta penglihatan atau pendengaran yang kurang baik menambahkan lagi masalah pembelajaran.
Kecacatan penglihatan berlaku dalam dua bentuk : rabun dekat dan rabun jauh.
Masalah pendengaran pula akan menjejaskan kebolehan pelajar untuk membaca.
Pendengaran yang baik akan membantu pelajar untuk mendengar sebutan dan intonasi bacaan guru.
Masalah PertuturanMasalah ini akan menjejaskan perkembangan bahasa
pelajar dari segi lisan.Kebolehan bertutur dengan baik adalah disebabkan
oleh alat artikulator yang sempurna.Kecacatan alat ini akan menyebabkan pelajar gagal
menyebut sesuatu perkataan dengan tepat, sebutan bunyi tidak jelas, pic yang berubah serta tidak konsisten dan intonasi yang tidak jitu.
Oleh itu, pelajar akan gagal membaca dengan sempurna.
Faktor Kesihatan
Kesihatan pelajar adalah sangat penting bagi menentukan keberkesanan pembelajaran.
Masalah seperti kekurangan makanan berzat akan menyebabkan pelajar keletihan dan tidak bermaya semasa di dalam kelas.
Pelajar-pelajar yang letih tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas.
Faktor MentalMental sangat penting dan jika mental bermasalah
maka keseluruhan pencapaian akademik seseorang pelajar akan terganggu.
Masalah mental mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti kelahiran awal bulan, kecederaan akal akibat kemalangan atau terjatuh dari tempat tinggi dan faktor penyakit yang menyebabkan bengkak pada sesuatu kawasan otak seperti demam yang menyebabkan seseorang individu mengalami suhu yang tinggi untuk tempoh yang lama.
Faktor EmosiMasalah emosi selalunya berlaku di rumah yang
berpunca dari keluarga yang tidak harmonis.Ibu bapa yang kerap bergaduh juga akan menggangu
emosi pelajar.Faktor-faktor yang menyebabkan pelajar mengalami
kesukaran dalam pembelajaran adalah terlalu kompleks.
Faktor tersebut jelas akan menjejaskan pembelajaran pelajar dan guru perlu berusaha untuk mengurangkan faktor-faktor penghalang itu demi kepentingan pelajar.
Masalah Penguasa
an Pembelaj
aran (Kemahir
an Bahasa)
Kemahiran Lisan
Kemahiran
Membaca
Kemahiran
Menulis
Kemahiran Lisan
Kosa kata yang terhad. Menggunakan dialek. Menggunakan bahasa ibunda. Lemah dalam kesantunan berbahasa. Gagal mematuhi peraturan. Lemah ingatan pendengaran.
Kemahiran Membaca
Keliru pada huruf yang hampir sama : b-d, m-w.
Keliru pada huruf-huruf besar dan kecil yang berubah : a-A, b-B.
Masalah disleksia : (kail) – (kali), (dada) – (baba).
Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup.
Tidak dapat membatangkan perkataan yang mengandungi lebih daripada dua suku kata.
Membaca secara berlagu. Lemah ingatan penglihatan. Tidak faham bahan yang dibaca. Sukar membuat hubung kait. Tidak dapat membuat urutan.
Kemahiran Menulis
• Kecondongan dan bentuk huruf tidak tekal.• Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk.• Salah ejaan.• Kosa kata yang terhad.
• Aliran pemikiran tidak lancar.• Lupa format penulisan.• Lemah dalam penyampaian idea.• Lemah dalam penggunaan tanda baca.• Ayat yang tidak gramatis.
Cara Mengesa
n Kesukara
n Pembelaj
aran
Pemerhatian
Pentaksiran rekod
prestasi
Rekod profil
Ujian kertas dan
pensel
Pemerhatian o Melalui cara ini, guru dapat memperoleh berbagai- bagai
maklum balas tentang seseorang pelajar. o Pemerhatian yang teliti merupakan faktor yang paling penting
dalam mengesan pelajar untuk pendidikan pemulihan.o Setiap pelajar yang memberikan reaksi yang lambat dalam
pelajaran akan menunjukkan ciri- ciri yang nyata yang dapat dikesan oleh seseorang guru.
o Dalam pemerhatian guru, guru akan dapat melihat terdapatnya beberapa masalah- masalah yang dihadapi oleh pelajarnya sebagai contoh, pelajar yang menghadapi masalah lemah dalam bacaan.
o Pelajar yang lemah dalam bacaan biasanya menunjukkan tiga ciri :-
Pertama, kegagalan menyebut perkataan. Pelajar akan berhenti membaca dan tidak dapat meneruskan bacaan tanpa dibantu oleh guru.
Kedua, berhenti sejenak, pelajar terpaksa berhenti satu atau dua saat sebelum menyebut satu- satu perkataan.
Ketiga salah menyebut perkataan.
o Pemerhatian tentang masalah-masalah pembelajaran ini juga dapat membantu guru menganalisis tingkah laku pelajar serta sikapnya terhadap kejayaan dan kegagalan.
o Selain daripada pemerhatian yang dibuat di dalam bilik darjah, guru juga boleh membuat pemerhatian di dalam bilik darjah.
o Seorang pelajar yang pendiam atau suka berseorangan ketika makan di kantin atau berjalan balik ke rumah mungkin mengalami masalah sosioemosi.
o Masalah seperti ini juga dapat menggangu penumpuan pelajar terhadap pelajarannya di dalam bilik darjah.
Pentaksiran Rekod Prestasio Rekod prestasi adalah seperti bentuk senarai semak, iaitu
senarai kemahiran-kemahiran kecil dikemukakan. o Contohnya, satu bentuk senarai semak yang telah
disediakan guru untuk melihat sejauh mana prestai muridnya dan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai oleh pelajarnya.
o Bagi setiap kemahiran yang diperolehpelajar, tanda () akan diletak di sebelah namanya.
o Dengan ini, jelaslah bahawa penelitian tentang rekod prestasi merupakan satu cara yang baik untuk mengesan kesukaran pembelajaran pelajar.
Pentaksiran Rekod Profilo Pentaksiran rekod profil memberi gambaran tentang
pencapaian pelajar secara keseluruhannya. o Rekod ini biasanya disediakan pada setiap penghujung
penggal.o Pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran
dicatatkan dalam bentuk gred. o Bagi pelajar yang mendapat gred rendah maka guru
perlu memberikan pemulihan terhadap pelajar tersebut serta bagi mana- mana mata pelajaran yang menunjukkan gred yang tidak memuaskan.
Ujian Kertas Penselo Ujian seperti ini adalah sangat terkenal dalam kalangan guru. o Kebanyakan guru akan menggunakan kaedah ini bagi menilai tahap
pencapaian pelajarnya.o Ujian ini terdiri daripada ujian objektif dan subjektif.o Pelbagai jenis ujian ini akan dapat memberikan gambaran
pencapaian pelajar- pelajar dalam mana- mana mata pelajaran sekalipun.
o Skor yang diperoleh akan menunjukkan tahap pemahaman pelajar. o Skor yang rendah akan menunjukkan kelemahan pelajar dalam
satu-satu mata pelajaran.o Oleh itu, pendidikan pemulihan perlu diadakan untuk mengatasi
kelemahan- kelemahantersebut.
RUJUKAN
• http://www.scribd.com/doc/53611042/MASALAH-PENGUASAAN-PEMBELAJARAN
• Modul Pemulihan dan Pengayaan.