masalah penglihatan
DESCRIPTION
Masalah Penglihatan kanak-kanak pTRANSCRIPT
![Page 1: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/1.jpg)
MASALAH PENGLIHATAN
![Page 2: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/2.jpg)
Mata adalah satu deria yang sangat berharga kepada manusia. Jika mata tidak lagi berfungsi, segala keindahan alam tidak lagi dapat dinikmati. Untuk mengetahui, memahami dan menafsir dunia luar merupakan fungsi otak, pengalaman serta mata kita. Jadi kecacatan dalam penglihatan ini boleh menghalang pemahaman seseorang individu terhadap dunia seperti sedia kala.
MATA
![Page 3: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/3.jpg)
CARTA SNELLENDari segi undang-undang, ia melibatkan penilaian ketajaman penglihatan dan medan penglihatan iaitu seseorang yang buta di sisi undang-undang mempunyai ketajaman penglihatan 20/20 atau kurang dengan mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan pembetulan
PENGENALAN
![Page 4: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/4.jpg)
Melalui sistem klasifikasi undang-undang ini juga, orang yang kabur penglihatannya mempunyai ketajaman penglihatan di antara 20/70 dengan 20/200 dengan mata yang lebih baik penglihatannya.
![Page 5: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/5.jpg)
Individu yang buta ini terpaksa belajar membaca dengan menggunakan sistem tulisan braille ataupun menggunakan kaedah mendengar iaitu pita audio dan rakaman.
Bagi individu yang tergolong dalam penglihatan rendah pula ialah mereka yang tidak sempurna penglihatannya serta dapat membaca tulisan cetak walaupun mereka memerlukan alat-alat pembesar atau buku yang memakai huruf cetak yang besar.
![Page 6: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/6.jpg)
Kecacatan penglihatan atau buta adalah sejenis kecacatan fizikal di mana sebahagian daripada alat-alat pancaindera telah rosak sama ada rosak teruk atau mengalami kehilangan yang sedikit sehingga meninggalkan kesan yang negatif terhadap pertumbuhan seseorang kanak-kanak.
Dari aspek pendidikan, masalah penglihatan bermaksud, cacat separuh atau kurang nampak ialah mereka yang berkemampuan untuk membaca dan melihat huruf biasa. Buta ialah mereka yang langsung tidak dapat melihat dan perlu menggunakan kod Braille untuk membaca.
DEFINISI
![Page 7: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/7.jpg)
Kanak-kanak yang cacat penglihatan biasanya normal seperti kanak-kanak biasa cuma mereka hanya kekurangan dari segi kebolehan melihat sahaja. Namun yang menimbulkan masalah adalah cacat penglihatan yang disertai dengan beberapa kecacatan lain seperti pekak, autisme dan kecacatan anggota badan.
Bagi kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai ini, ia menimbulkan masalah terutamanya dalam penerimaan pendidikan. Kanak-kanak cacat penglihatan sepenuhnya iaitu buta adalah sama seperti kanak-kanak normal lain cuma kekurangan dari segi melihat. Malah kebanyakan daripada mereka menunjukkan pencapaian yang menggalakkan berbanding dengan murid yang rabun.
![Page 8: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/8.jpg)
FAKTOR-FAKTORpenyakitbaka dan keturunan
komplikasi semasa hamil dan semasa lahir
sifiliskecederaan
Rubella : Penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yg boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yg mengandung antara satu hingga tiga bulan.
![Page 9: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/9.jpg)
TAHAP
Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity (ketajaman penglihatan) dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut:
SEDERHANA
TERUK
SANGAT TERUK
![Page 10: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/10.jpg)
Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta.
SEDERHANA
Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan, walaupun dengan bantuan khas.
TERUK
![Page 11: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/11.jpg)
Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca serta perlu bergantung kepada deria-deria lain
SANGAT TERUK
![Page 12: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/12.jpg)
JENIS-JENIS MASALAH PENGLIHATAN
![Page 13: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/13.jpg)
ASTIGMATISME Astigmatisme atau mata silindris
merupakan kelainan pada mata yang disebabkan oleh kerana lengkung kornea mata yang tidak merata.
![Page 14: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/14.jpg)
MYOPIAIni adalah penyakit rabun mata yang paling lazim di kalangan kanak-kanak dan remaja dan boleh disebabkan oleh keturunan.
Kanak-kanak yang rabun dekat memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang.
Ini akan menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya.
Rabun dekat biasanya dapat dikesan ketika kanak-kanak memulakan alam persekolahan, seawal-awalnya ketika berumur 6 tahun.
![Page 15: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/15.jpg)
Imej terbentuk di hadapan retina
Penggunaan kanta cembung membolehkan imej difokuskan di retina.
![Page 16: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/16.jpg)
![Page 17: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/17.jpg)
HYPEROPIADikenali juga sebagai rabun jauh
Terjadi apabila bentuk kornea kurang melengkung atau bola mata terlalu pendek dan menyebabkan cahaya bertumpu ke bahagian belakang retina.
Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung untuk rabun jauh.
Keadaan ini akan menjadi lebih baik apabila mata semakin membesar dan menjadi lebih panjang
![Page 18: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/18.jpg)
Imej terbentuk di belakang retina
Penggunaan kanta cekung membolehkan imej kembali difokus pada retina
![Page 19: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/19.jpg)
![Page 20: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/20.jpg)
RABUN WARNARamai yang menganggap orang yang mempunyai rabun warna mempunyai penglihatan bagaikan televisyen hitam putih.
Sebenarnya, orang yang rabun warna itu tidak sebenarnya buta warna, cuma persepsi warnanya sahaja yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan normal.
Jika kita melihat warna merah menyala, seseorang yang mempunyai defeksi warna merah akan melihat warna tersebut seperti warna merah gelap.
Jenis rabun warna adalah pelbagai dan tahap keterukan rabun warna itu sendiri berbeza.
Ada segelintir orang yang mempunyai Defek warna yang sangat teruk di mana ia boleh menyebabkan mereka ‘buta’ terhadap semua warna.
Jenis rabun warna yang biasa dijumpai adalah jenis defek warna hijau-merah atau biru-kuning.
![Page 21: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/21.jpg)
![Page 22: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/22.jpg)
STRABISMUS (JULING)
Suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak searah dan memandang pada titik yang berbeza.
Masalah ini adalah ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata kerana penyimpangan ke dalam atau ke luar pada sebelah atau kedua-dua belah mata.
Sekiranya tidak dirawat, strabismus boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan kekal.
![Page 23: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/23.jpg)
SEBAB-SEBAB MATA JULING
Dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui
Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata yang juling itu atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri.
Rabun jauh juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam.
Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.
![Page 24: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/24.jpg)
![Page 25: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/25.jpg)
![Page 26: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/26.jpg)
DIPLOPIA(DOUBLE VISION)
Diplopia atau penglihatan ganda adalah suatu gangguan penglihatan yang mana objek terlihat ‘double’ atau berganda.
Diplopia berasal dari bahasa Yunani, diplo = ganda
opia = penglihatan
![Page 27: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/27.jpg)
![Page 28: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/28.jpg)
![Page 29: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/29.jpg)
GLAUKOMAGlaukoma adalah sejenis kerosakan
mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata.
Kesemua jenis Glaukoma adalah disebabkan gangguan atau dihalang oleh
bendalir yang mengedarkan ke dalam mata.
Pusat atau sempadan penglihatan akan rosak atau hilang keseluruhannya apabila tekanan meningkat dan merosakkan saraf
optik.
Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.
![Page 30: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/30.jpg)
![Page 31: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/31.jpg)
AMBLYOPIADikenali sebagai lazy eye / mata malas
Suatu keadaan di mana salah satu mata tidak berfungsi dan perlu bergantung pada sebelah mata yang sihat.
Mata malas merupakan gangguan yang terjadi pada masa perkembangan penglihatan.
Oleh sebab ketajaman penglihatan berkurang, mata menjadi malas melakukan fungsinya.
![Page 32: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/32.jpg)
Saraf mata yang seharusnya berkembang menjadi terhenti.
Masalah ini sukar dikenal pasti kerana dengan hanya satu mata sahaja, individu mampu melakukan kegiatan dengan normal.
Sekiranya mata yang baik mengalami gangguan, barulah dapat dikesan bahawa salah satu mata sebenarnya malas melakukan fungsinya.
![Page 33: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/33.jpg)
RAWATAN OKLUSI MATA
![Page 34: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/34.jpg)
KATARAKSejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun.
Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya.
Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat, atau tidak dirawat.
Masalah katarak berbeza dengan glaukoma yang merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata.
![Page 35: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/35.jpg)
Golongan yang berisiko mengidap katarak adalah seperti berikut :-
Pesakit kencing manis yang gagal mengawal penyakitnya.Kandungan gula dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal dan membentuk katarak.
Orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas.Katarak merupakan suatu proses akibat usia yang lanjut.
Kanak-kanak dan bayi yang baru lahir dengan komplikasiKatarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si ibu mengidap jangkitan seperti penyakit Rubella semasa mengandung.
![Page 36: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/36.jpg)
![Page 37: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/37.jpg)
RETINITIS PIGMENTOSA
Medan penglihatan pesakit akan semakin menyusut dan kebiasaannya di peringkat yang teruk akan menyebabkan pesakit hanya boleh melihat di medan penglihatan tengah sahaja.
Penyakit ini menyebabkan penghidapnya kehilangan penglihatan sisi (periferi).
TUNNEL VISION
![Page 38: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/38.jpg)
![Page 39: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/39.jpg)
UVEITIS
Peradangan pada uvea Uvea adalah lapisan pada mata yang berada di antara lapisan sklera dan retina
dan terdiri dari iris, badan siliar dan koroid.
Menyerang secara tiba-tiba dengan gejala mata merah dan sakit tetapi terjadi juga secara perlahan dengan mata sedikit
merah dan sakit. Namun, pandangan kabur secara
bertahap.
![Page 40: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/40.jpg)
![Page 41: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/41.jpg)
DEGENERASI MAKULAbiasanya akan dialami oleh golongan warga emas 70 tahun ke atas
penyakit ini boleh dihidapi awal akibat pengambilan ubat-ubatan tertentu, rokok dan alkohol
Pesakit akan menghadapi kemerosotan penglihatan akibat sel-sel pada bahagian retina yang paling sensitif akan menyusut dan musnah secara mendadak.
kesusahan untuk membaca atau menulis di samping tahap penglihatan jauh yang merosot. Penglihatan warna juga boleh terganggu akibat penyakit ini.
![Page 42: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/42.jpg)
![Page 43: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/43.jpg)
![Page 44: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/44.jpg)
CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN
![Page 45: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/45.jpg)
FIZIKAL
• Bebola mata berputar• Mata sensitif terhadap cahaya• Bahagian tepi mata kelihatan merah• Kelopak mata bengkak• Mata selalu berair• Juling• Terdapat bintik-bintik di tengah mata
![Page 46: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/46.jpg)
TINGKAHLAKU• Memusingkan kepala pada sebelah arah ketika
melihat objek• Selalu mengerut atau mengecilkan mata• Kerap mengerdipkan mata• Selalu terlanggar objek• Menonton TV atau membaca dengan jarak yang
dekat• Kurang keyakinan dan sering menyisihkan diri• Selalu menutup sebelah mata• Sering mencari-cari baris ayat yang dibaca
![Page 47: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/47.jpg)
KOGNITIF
• Daya pengamatan tentang jisim amat lemah dan terbatas
• Keliru dengan huruf
![Page 48: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/48.jpg)
PSIKOMOTOR
• Lemah dalam melukis saiz dan jarak dalam matematik
• Mengetahui tentang sesuatu konsep melalui sentuhan (Cth : Konsep Panas – Sejuk )
![Page 49: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/49.jpg)
TINDAKAN PENDIDIKAN YANG DICADANGKAN
Guru dan ibu bapa perlu memberi rangsangan dan sering bersama-sama melakukan sesuatu pergerakan yang ingin diajar kepada kanak-kanak ini.
Latihan yang berulangan diperlukan dengan menyertakan berbagai rangsangan seperti bunyi dan warna yang terang untuk kanak-kanak rabun.
Kanak-kanak perlu diajar untuk menggunakan imbangan seperti duduk dengan postur yang betul.
Kanak-kanak perlu diajar untuk berdiri dan mendapatkan keseimbangan.
![Page 50: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/50.jpg)
Aktiviti motor halus boleh dijalankan seperti menggenggam, meramas, menekan, menggunting, mewarna, dan menyurih (tracing) boleh dilakukan kepada kanak-kanak cacat penglihatan.
Mereka boleh diajar untuk menggunakan bola getah dan gunting untuk melakukan sesuatu aktiviti di samping menguatkan otot tangan mereka.
Apabila sesuatu tahap asas dalam pergerakan telah dikuasai, maka aktiviti gross motor boleh dicadangkan untuk dijalankan. Sebagai contoh ialah aktiviti pemadanan objek.
![Page 51: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/51.jpg)
Aktiviti fizikal seperti berlari, melompat, mendaki, berguling, meregang dan berpusing juga membolehkan kanak-kanak ini mengembangkan kemahiran motor mereka selain dapat memberikan kepuasan dalam melakukan sesuatu aktiviti (Kain, 2004).
Aktiviti circle games seperti jongkang jongkit, gelungsur, marry-go-round juga boleh dilakukan. Semua aktiviti ini memerlukan pengawasan untuk menjamin keselamatan mereka
![Page 52: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/52.jpg)
SentuhPandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh benda-benda. Beri kanak-kanak pelbagai benda ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti seharian seperti bermain, mengurus diri, menyertai keluarga di dapur ataupun di taman.
BauPastikan kanak-kanak diberikan peluang
untuk menghidu benda, misalnya makanan yang dimakannya, minumannya, sabun
yang digunakan untuk mandi, bau pasar, bau kiosk petrol, minyak wangi, bedak dan
lain-lain.
AKTIVITI YANG MELIBATKAN DERIA
![Page 53: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/53.jpg)
Pendengaran
Bercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Namakan benda-benda yang disentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan juga benda-benda yang sedang dilakukan dan
jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang perasaan.
•Galakkan kanak-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali.
•Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-kanak.
![Page 54: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/54.jpg)
RasaGalakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut kerana ini menggalakkan sensasi rasa. Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar serta tidak boleh ditelan.
Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanak tumbuh gigi. Berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa dan tekstur dan beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu.
![Page 55: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/55.jpg)
Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya. Antaranya adalah tongkat putih, mesin braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta, gambar rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi dengan kemudahan mesin braille, alat rakaman audio, duplicator braille, bilik penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand magnifier, spectacle magnifier, dan teleskop.
stand magnifier
spectacle magnifier
duplicator braille
hand held magnifier
![Page 56: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/56.jpg)
TIPS UJIAN KETAJAMAN
•Sistem penglihatan adalah antara yang paling cepat berkembang dalam tumbesaran bayi. •Bayi selalunya mula melihat objek- objek yang terang ketika berumur satu bulan, mula mengamati objek yang bergerak ketika berumur dua bulan dan mula mencapai sesuatu objek besar ketika berumur empat bulan. •Perkembangan penglihatan ini berkembang berterusan dan akan mencapai tahap ketajaman penglihatan 6/6 pada umur empat tahun.
![Page 57: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/57.jpg)
* Ujian penglihatan cahaya - Ini boleh dilakukan dengan menggunakan lampu suluh kecil yang digerakkan beberapa kali dari mata bayi ketika berumur dua atau tiga bulan. Selalunya bayi akan mengikut dengan gerakan kepala ke mana arah lampu digerakkan.
* Menggunakan mainan yang sederhana besar - Ujian ini boleh dilakukan ketika bayi berumur tiga hingga empat bulan. Letakkan alat mainan (seelok-eloknya yang mengeluarkan bunyi) tersebut di hadapan bayi, Bayi akan cuba mencapai alat mainan tersebut.
![Page 58: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/58.jpg)
* Mengunakan gula-gula manik - Ujian ini boleh dilakukan semasa bayi berumur enam hingga tujuh bulan. Letakkan gula-gula manik yang berwarna-warni pada tapak tangan anda di hadapan bayi. Sekiranya penglihatan bayi normal, ia akan cuba mengutipnya dan dimasukkan ke dalam mulut. Cuba dengan beberapa saiz gula-gula yang berbeza.
* Memadankan gambar-gambar yang serupa – Ujian ini boleh dilakukan dengan menggunakan dua set gambar yang serupa. Selalunya boleh diuji pada kanak-kanak berumur dua hingga tiga tahun pada jarak yang agak jauh di hadapannya. Jika anak sudah mula bercakap, suruh dia sebutkan objek yang ditunjukkan atau padankan gambar yang tunjukkan.
![Page 59: masalah penglihatan](https://reader033.vdocuments.pub/reader033/viewer/2022061516/558466d5d8b42a962c8b4f5d/html5/thumbnails/59.jpg)
KESIMPULAN
Mata merupakan salah satu pancaindera manusia yang sangat penting dan penjagaannya perlu bagi memastikan tiada masalah akan timbul kelak. Golongan ibu bapa seharusnya menyedari tentang perkara ini dan sentiasa mengawasi anak-anaknya. Namun, bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang cacat penglihatan seharusnya menerimanya dengan redha keadaan anaknya sebagai satu dugaan bukannya menyalahkan mana-mana pihak. Penerimaan ibu bapa ini akan dapat, membentuk satu keyakinan diri di dalam diri anaknya dalam mencari identiti dirinya terutamanya dalam komunikasi dengan pihak luar.