masalah penguasaan pembelajaran

6
pengajaran dan pembelajara n fizikal dan deria masalah pertutur an kesihata n mental emosi MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN Setiap pelajar mempunyai kebolehan dan keupayaan masing-masing. Banyak perbezaan dari segi bakat, minat, dan lain-lain lagi. Oleh itu, tidak semua pelajar dapat belajar dengan tekun dan penuh minat di dalam bilik darjah. Ada yang cepat belajar dan ada yang sebaliknya. Pelajar- pelajar yang lambat ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti: Faktor Pengajaran Dan Pembelajaran Seorang guru menggunakan pendekatan serta kaedah yang berbeza. Sesetengah kaedah sesuai bagi pelajar namun mungkin tidak sesuai bagi sebilangan kecil pelajar. Sebilangan kecil inilah yang perlu diberi perhatian. Bahan P&P haruslah menarik dan mudah difahami oleh golongan ini jika tidak mereka akan bosan dan mereka akan membenci matapelajaran yang diajar, guru, sekolah dan keseluruhannya. Apabila hal ini berlaku mereka akan mula ponteng sekolah. Oleh hal yang demikian, guru perlu bijak memilih bahan pengajaran agar sesuai dengan tahap pelajarnya.

Upload: rosakejora

Post on 02-Jul-2015

1.678 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN

pengajaran dan

pembelajaran

fizikal dan deria

masalah pertuturan kesihatan mental emosi

MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN

Setiap pelajar mempunyai kebolehan dan keupayaan masing-masing. Banyak

perbezaan dari segi bakat, minat, dan lain-lain lagi. Oleh itu, tidak semua pelajar dapat

belajar dengan tekun dan penuh minat di dalam bilik darjah. Ada yang cepat belajar dan

ada yang sebaliknya. Pelajar- pelajar yang lambat ini adalah disebabkan oleh beberapa

faktor seperti:

Faktor Pengajaran Dan Pembelajaran

Seorang guru menggunakan pendekatan serta kaedah yang berbeza. Sesetengah

kaedah sesuai bagi pelajar namun mungkin tidak sesuai bagi sebilangan kecil pelajar.

Sebilangan kecil inilah yang perlu diberi perhatian. Bahan P&P haruslah menarik dan

mudah difahami oleh golongan ini jika tidak mereka akan bosan dan mereka akan

membenci matapelajaran yang diajar, guru, sekolah dan keseluruhannya. Apabila hal

ini berlaku mereka akan mula ponteng sekolah. Oleh hal yang demikian, guru perlu

bijak memilih bahan pengajaran agar sesuai dengan tahap pelajarnya.

Page 2: MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN

Faktor Fizikal Dan Deria

Keadaan fizikal yang buruk, kurang makanan, dan penyakit dikaitkan dengan masalah

pembelajaran. Keadaan fizikal yang lemah akan menggangu penumpuan terhadap

pembelajaran. Kawalan motor yang lemah serta penglihatan atau pendengaran yang

kurang baik menambahkan lagi masalah pembelajaran. Kecacatan penglihatan berlaku

dalam dua bentuk. Sesetengah pelajar mempunyai masalah membaca bahan dari jarak

dekat seperti membaca buku. Sebaliknya, ada juga yang menghadapi masalah

membaca tulisan dari jarak jauh seperti membaca di papan hitam. Masalah

pendengaran pula akan menjejaskan kebolehan pelajar untuk membaca. Pendengaran

yang baik akan membantu pelajar untuk mendengar sebutan dan intonasi bacaan guru.

Masalah Pertuturan

Masalah ini pula akan menjejaskan perkembangan bahasa pelajar dari segi lisan.

Kebolehan bertutur dengan baik adalah disebabkan oleh alat artikulator yang

sempurna. Kecacatan alat ini akan menyebabakan pelajar gagal menyebut sesuatu

perkataan dengan tepat. Sebutan bunyi juga tidak jelas, pic yang berubah serta tidak

konsisten dan intonasi yang tidak jitu. Dengan masalah seperti ini pelajar akan gagal

membaca dengan sempurna.

Faktor kesihatan

Kesihatan pelajar adalah sangat penting bagi menentukan keberkesanan pembelajaran.

Masalah yang berkaitan dengan kesihatan ini adalah seperti kekurangan makanan

berzat yang menyebabkan pelajar keletihan dan tidak bermaya semasa di dalam kelas.

Pelajar-pelajar yang letih tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Keadaan

pelajar yang lemah dan kesihatan yang tidak dijaga akan menyebabkan ketidakhadiran

mereka ke sekolah.

Page 3: MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN

Faktor Mental

Mental sangat penting dan jika mental bermasalah maka keseluruhan pencapaian

akademik seseorang pelajar akan terganggu. Masalah mental mungkin disebabkan oleh

faktor-faktor seperti kelahiran awal bulan,kecederaan akal akibat kemalangan atau

terjatuh dari tempat tinggi dan seterusnya adalah faktor penyakit yang menyebabkan

bengkak pada sesuatu kawasan otak seperti demam yang menyebabkan seseorang

individu mengalami suhu yang tinggi untuk tempoh yang lama.

Faktor Emosi

Masalah emosi selalunya berlaku di rumah yang berpunca dari keluarga yang tidak

harmonis. Kelahiran bayi baru dan seterusnya telah menggugat kasih sayang yang

telah diberikan pada pelajar tersebut akan menggangu emosinya. Perasaan kecewa

dan sedih kerana telah menyebabkan ibu dan bapanya mengalih perhatian kepada bayi

tersebut juga akan menggangu penumpuannya dalam bilik darjah. Selain itu, ibu bapa

yang berkelahi juga akan menggangu emosi pelajar. Pelajar tersebut akan tertekan

dengan keadaan seperti itu dan semasa di sekolah pelajar itu tidak dapat memberikan

penumpuan yang penuh kerana masih ingat pada pergaduhan ibu dan bapanya.

Faktor- faktor yang menyebabkan pelajar mengalami kesukaran dalam pembelajaran

adalah terlalu kompleks. Faktor tersebut jelas akan menjejaskan pembelajaran pelajar.

Oleh itu, seseorang guru perlu berusaha untuk mengurangkan faktor-faktor penghalang

itu demi kepentingan pelajar.

CARA- CARA PENGESANAN MASALAH PEMBELAJARAN

Guru kelas merupakan orang yang paling baik untuk mengesan aspek-aspek

kelemahan pelajar. Guru perlu mengesan masalah pembelajaran ini semenjak dari awal

lagi iaitu di penggal pertama ketika pelajar di tahun satu.

Page 4: MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN

pemerhatian

pentafsiran rekod prestasi

rekod profil

ujian kertas dan pensel

Antara cara- cara untuk mengesan masalah pembelajaran ini adalah melalui beberapa

cara seperti:

Page 5: MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN

Pemerhatian

Melalui cara ini, guru dpat memperoleh berbagai- bagai maklum balas tentang

seseorang pelajar. Pemerhatian yang teliti merupakan faktor yang paling penting dalam

pengesanan pelajar untuk pendidik pemulihan. Setiap pelajar yang memberikan reaksi

yang lambat dalam pelajaran akan menunjukkan ciri- ciri yang nyata yang dapat

dikesan oleh seseorang guru. Dalam pemerhatian guru, guru akan dapat melihat

terdapatnya beberapa masalah- masalah yang dihadapi oleh pelajarnya sebagai

contoh, pelajar yang menghadapi masalah lemah dalam bacaan. Pelajar yang lemah

dalam bacaan biasanya menunjukkan tiga ciri.

Pertama, kegagalan menyebut perkataan. Pelajar akan berhenti membaca dan tidak

dat meneruskan bacaan tanpa dibantu oleh guru. Kedua, berhenti sejenak, pelajar

terpaksa berhenti satu atau dua saat sebelum menyebut satu- satu perkataan. Ketiga,

salah menyebut perkataan. Dari segi matematik pula guru dapat membuat pemerhatian

bagi dua perkara iaitu kegagalan pelajar membezakan bentuk segi empat sama dengan

segi empat tepat. Pemerhatian tentang masalah-masalah pembelajaran ini juga dapat

membantu guru menganalisis tingkah laku pelajar serta sikapnya terhadap kejayaan

dan kegagalan.

Selain daripada pemerhatian yang dibuat di dalam bilik darjah, guru juga boleh

membuat pemerhatian di dalam bilik darjah. Seorang pelajar yang pendiam atau suka

berseorangan ketika makan di kantin atau berjalan balik ke rumah mungkin mengalami

masalah sosioemosi. Masalah seperti ini juga dapat menggangu penumpuan pelajar

terhadap pelajarannya di dalam bilik darjah.

Page 6: MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN

Pentafsiran Rekod Prestasi

Rekod prestasi adalah seperti bentuk senarai semak, iaitu senarai kemahiran-

kemahiran kecil dikemukakan. Contohnya, satu bentuk senarai semak yang telah

disediakan guru untuk melihat sejauh mana prestai muridnya dan kemahiran-

kemahiran yang telah dikuasai oleh pelajarnya. Bagi setiap kemahiran yang diperoleh

pelajar, tanda (√) akan diletak di sebelah namanya. Dengan ini, jelaslah bahawa

penelitian tentang rekod prestasi merupakan stau cara yang baik untu kmengesan

kesukaran pembelajaran pelajar.

Pentafsiran Rekod Profil

Pentafsiran rekod profil memberi gambaran tentang pencapaian pelajar secara

keseluruhannya. Rekod ini biasanya disediakan pada setiap penghujung penggal.

Pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran dicatatkan dalam bentuk gred. Bagi

pelajar yang mendapat gred rendah maka guru perlu memberikan pemulihan terhadap

pelajar tersebut bagi mana- mana mata pelajaran yang menunjukkan gred yang tidak

memuaskan.

Ujian Kertas Pensel

Ujian seperti ini adalah sangat terkenal dalam kalangan guru. Kebanyakan guru akan

menggunakan kaedah ini bagi menilai tahap pencapaian pelajarnya. Ujian ini terdiri

daripada ujian objektif dan subjektif. Pelbagai jenis ujian ini akan dapat memberikan

gambaran pencapaian pelajar- pelajar dalam mana- mana mata pelajaran sekalipun.

Skor yang diperoleh akan menunjukkan tahap pemahaman pelajar. Skor yang rendah

akan menunjukkan kelemahan pelajar dalam satu-satu mata pelajaran. Oleh itu,

pendidikan pemulihan perlu diadakan untuk mengatasi kelemahan- kelemahan

tersebut.