masyarakat cina jakun
DESCRIPTION
etnik dalam malaysia...TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Malaysia antara negara yang diduduki oleh kumpulan-kumpulan etnik pelbagai yang
sentiasa berusaha untuk mencapai kehamornian dan keadaan yang aman damai. Sebelum negara
mencapai kemerdekaan, terdapat pandangan menyatakan bahawa amat sukar untuk negara
mengecapi nikmat kemerdekaan yang stabil lantaran daripada komposisi kumpulan etnik yang
pelbagai. Terdapat andaian juga menyatakan bahawa kewujudan pelbagai kumpulan etnik akan
berkemungkinan mengakibatkan ketidakadilan terhadap etnik majoriti dan etnik minoriti lain.
Namun begitu pada ketika negara memperjuangkan kemerdekaan, rundingan dari semua
pihak telah dibuat oleh pemimpin negara dan semua pihak telah bersetuju membuat perundingan
dengan pihak penjajah. Dari segi aspek ini, dapat dilihat etnik tersebut dapat bersatu ketika
menuntut kemerdekaan. Justeru selepas kemerdekaan, banyak harapan dan perubahan yang
dibuat untuk mengatasi kemunduran etnik-etnik agar dapat mengubah kehidupan etnik untuk
keluar daripada belengu kemiskinan dan meningkatkan tahap hidup melalui pelbagai dasar yang
dirancang pada masa tersebut. Catatan sejarah selalu menyebut betapa harmoninya keakraban
antara etnik dalam memperjuangkan kemerdekaan. Antara kumpulan etnik yang terdapat di
negara ini adalah etnik-etnik Melayu, Cina ,India, Peribumi Sabah dan Sarawak, dan Orang asli
serta kumpulan etnik kecil lain.
Disamping itu, Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai
bangsa dan wujud perbezaan dari segi bahasa, budaya, ekonomi, cara hidup, penempatan dan
hubungan sosial. Justeru itu, pepaduan diantara etnik-etnik perlu dijaga untuk mencapai status
sebagai sebuah negara maju menjelang Wawasan 2020. Sebagai rakyat yang hidup dalam
masyarkat majmuk, kita harus peka dan faham keperluan dan kehendak rakyat kumpulan
majoriti disekeliling kita. Kepelbagaian etnik seperti Malaysia ini memerlukan tolak ansur,
faham memahami, hormat-menghormati, setiakawan, tolong-menolong sama ada diwaktu senang
1
ataupun susah. Salah satu konsep Satu Malaysia yang di pekenalkan Perdana Menteri Malaysia
telah diamalkan pada masa kini amat sesuai untuk menyatu padukan rakyat tanpa mengenal
etnik, agama dan anutan ideologi politik. Melalui konsep ini juga golongan pemimpin dapat
mengenali dan mengetahui kebajikan rakyat.
Selain itu, di Malaysia juga mengalami pewujudan masyarakat integrasi sejak berabad
dahulu. Merurut Ahmad Haji Kambar, 1987 Integrasi satu proses bagi mewujudkan satu identiti
nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi. Antara
konsep integrasi adalah segrerasi, akomodasi, alkuturasi, asimilasi dan amalgamasi. Walaupun
konsep ini terjadi secara semulajadi yang banyak terjadi daripada perkhawinan campur tetapi
ianya boleh diterima oleh semua pihak di Malaysia. Ini dapat dilihat dari segi budaya yang amat
menpengaruhi sesuatu kumpulan etnik tersebut. Antara konsep integrasi adalah amalgamasi yang
melibatkan dua bangsa yang berbeza dan bercampur menjadi suku bangsa yang lain. Contohnya
bangsa cina berkahwin dengan bangsa melayu akan menghasilkan budaya baru yang dikenali
sekarang sebagai Baba Nyonya. Juga konsep asimilasi dimana cina dengan masyarakat orang asli
Jakun dan budayanya lebih kepada budaya masyarakat orang asli. Malahan dari segi konsep ini
juga perpaduan diantara masyarakat majmuk ini dapat dipupuk bagi mewujudkan perpaduan oleh
kerana sikap bertolak ansur, saling memahami dan bekerjasama antara pelbagai pihak.
2
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Berpandukan tema-tema yang telah diberikan, kumpulan kami telah mengambil tajuk
Etnik dalam Negara iaitu Orang asli. Suku Kaum Jakun kebanyakannya tinggal di selatan
pendalaman Semenanjung Malaysia. Endicott (1975, 1979) dan William Hunt (1952)
menjelaskan kebanyakkan masyarakat Orang Asli tinggal di kawasan-kawasan bukit dan hulu
sungai, yang mana juga persekitarannya dikelilingi oleh hutan rimba. Sebilangan besar mereka
mendiami kawasan luar bandar yang banyak dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung-
ganang, bukit-bukau, lembah, sungai, gua, dan sebagainya. Juga terdapat diantaranya dikatakan
mengamalkan animisme. Tempat yang kajian kami lakukan ialah No. 39, Blok B, RPS Kedaik,
26800 Kuala Rompin ,Pahang. Daripada UTHM,Johor ke Pahang mengambil masa sekuang-
kurangnya 140 km.Terdapat jugak Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kedaik,26700
Muadzam Shah, Rompin dan klinik desa RPS Kedaik Rompin.Kebanyakan pelajar menaiki bas
yang telah disediakan oleh kawasan-kawasan kampung sendiri. Daripada rumah ke sekolah lebih
kurang 25 km. Semua penduduk yang mempunyai masalah tentang kesihatan hanya pergi ke
klinik sahaja. Pada mulanya disini tiada pejabat orang asli,oleh itu mereka menetap di sungai
dan penempatan bermula 1978. Sebelum Felcra dibuka, kebanyakan penduduk mancari sumber
makanan dan minuman kesemua dari sumber pendapatan iaitu sungai.
2.1 PENTADBIRAN & INSTITUSI ADAT
Institusi Adat masih lagi berperanan penting dalam kehidupan harian masyarakat ini.
Secara tradisinya, di wilayah atau perkampung masyarakat Orang Asli ditadbir oleh seorang
‘ketua masyarakat’ yang dipanggil ‘Tok Batin’ dan ‘Lembaga Adat’ (ahlinya terdiri daripada
Tok Batin, Menteri, Jukerah, Jenang, dan Penghulu).
3
Gelaran ‘Tok Batin’ ini sama seperti yang digunakan oleh suku kaum Temuan, Semelai,
Jahut, Semoq Beri, Che Wong, dan Mahmeri. Bagi suku kaum Semai (Perak), Lanoh, Jahai,
Kensiu, dan Temiar misalannya, mereka lebih gemar memanggil ketua masyarakatnya dengan
gelaran “penghulu” . Sejak turun menurun pemilihan dan pelantikan Tok Batin dibuat
berdasarkan keturunan sebelah Tok Batin, iaitu anak lelaki sulung. Jika beliau tiada zuriat lelaki,
atau tiada dikalangan anaknya yang berkebolehan maka pewaris seterusnya akan dipilih dari
kalangan adik beradik atau saudara mara yang mempunyai pertalian darah paling dekat dengan
Tok Batin. Beliau penasihat dan bertanggungjawab dalam urusan adat istiadat perkahwinan,
menjaga keselamatan dan kesentosaan kampung, dan mentadbir hal ehwal adatresam suku
kaum dalam kampung atau wilayahnya.
2.2 KEGIATAN UTAMA MASYARAKAT
Suku kaum Jakun masih lebih banyak bergantung kepada sumber alam semula jadi,
kegiatan pertanian, penternakan, dan berniaga secara kecil-kecilan. Berderau Ladang. Istilah
berderau nmembawa maksud kerja secara beramai-ramai untuk menyiapkan sesuatu kerja
dengan cepat. Suku Kaum Jakun mengamalkan konsep berderau ini bila mana untuk membuka
kawasan baru seperti bertanam padi huma. Berderau mengikut giliran, contohnya bermula
dengan kawasan tanah milik A, selepas itu diikuti kawasan tanah milik B, tanah C, D, dan
seterusnya. Suku Kaun Jakun juga mempercayai hutan-belukar, bukit-bukau, gunung-ganang dan
anak sungai ada penguasa atau keramatnya. Justeru itu, demi keselamatan diri dan tanaman
maka “netau” atau “upacara buka tanah” dilakukan sebelum pembukaan kawasan baru
(Seman, 2002). Ini juga bagi menjamin berhuma padi memberi hasil yang memberangsang dan
tanam selamat dari gangguan binatang liar dan bencana alam. Tradisi netau atau upacara buka
tanah diketuai oleh pawing atau poyang kampung atau wilayah tersebut. Dilakukan dengan jampi
mentera termasuklah membakar “kemeyan” dan mendirikan “sangkak” berisi pulut kuning, nasi
putih, ayam, sireh pinang, air, dan rokok (Deh, 2002). Selepas itu barulah aktiviti berderau atau
kegiatan menebas menebang dijalankan. Aktiviti ini dibuat oleh kaum lelaki dan bederau
biasanya mengambil masa panjang sehinggalah belukar pokok selesai ditebas-tebang, kering
4
maka barulah dibakar sehingga kawasan tersebut bersih atau hangus dijilat api. Beberapa hari
kemudiannya maka aktiviti “menugal” padi dijalankan secara beramai-ramai oleh sebilangan
besarnya adalah kaum wanita. Jenis padi yang biasa ditanam ialah padi merah, padi melek,
padi pulut, padi serendah, dan padi kasturi.
2.3 ISTIADAT PERKAHWINAN
Selain dari menjaga keselamatan dan kesentosaan kampung , institusi keluarga dan
lembaga adat juga bertanggungjawab terhadap hal-hal perkahwinan. Adat perkahwinan suku
kaum ini bermula dengan rombongan ‘merisik’ yang diketuai oleh ketua keluarga pihak lelaki
bersama Tok Batin. Amalan ini dilakukan secara senyap dan hanya diketahui oleh keluarga
sebelah lelaki dan perempuan sahaja. Setelah kedua belak pihak mencapai kata sepakat maka
diikuti dengan upacara meminang serta hantaran, diikuti dengan penetapan tarikh majlis
perkahwinan. Cincin “belah rotan” digunakan sebagai tanda pertunangan, “pengeras (batu
kepala)” satu suku(dua puluh lima sen), dan kelengkapan serba satu (sepasang pakaian,
sepasang kasut, alat-alat solek, sehelai sapu tangan dan satu set perkakas jahitan iaitu gunting,
jarum, dan benang). Lazimnya, rombongan peminangan terdiri daripada ibubapa pihak lelaki,
saudara mara terdekat dan Tok Batin. Tok Batin bertindak sebagai saksi dan penasihat adat
perkahwinan. Jika sekiranya dari kampung atau wilayah berlainan maka melibatkan kedua-dua
Tok Batin dari wilayah atau kampung tersebut hadir sama sebagai penasihat dan saksi. Jika
perlu, peranan Tok Batin juga boleh bertindak sebagai wali dalam situasi tertentu.
Seterusnya, dan sebelum hari perkahwinan, bermula dengan jemputan rasmi kepada
anggota keluarga yang terdekat. Lebih terhormat lagi jemputan ini dilakukan dari rumah ke
rumah oleh pihak pengantin lelaki atau perempuan yang berkenaanterhadap saudara mara atau
waris masing-masing. Jemputan juga dilakukan terhdap sahabat-handai, rakan-rakan dan jiran.
Biasanya kedua-dua belah pihak berkumpul di rumah pengantin perempuan sehari sebelum. Pada
malamnya dimulakan dengan upacara ‘malam berinai’ (antara aktivitinya iaitu pasangan
5
pengantin berinai, tarian inai, dll.) yang merupakan sebahagian daripada persiapan sebelum
‘majlis persandingan’ pada keesokan harinya.
Sebelum majlis persandingan, bermula dengan perarakan pengantin lelaki ke rumah
perempuan dan seterusnya ke jinjang pelamin. Perarakan ini diiring oleh kaum keluarga terdekat
beserta dengan bunyi gong dan gendang. Setelah sampai di halaman rumah salah seorang dari
kumpulan perarakan pengantin lelaki member salam dalam bentuk pantun, dan pantun dibalas
oleh pihak pengantin perempuan. Setelah berbalas pantun, gendang dipalu lagi diikuti dengan
‘tarian lian buah pukul’ (silat menyambut kedatangan pengantin lelaki), oleh pihak pengantin
lelaki serta pihak pengantin perempuan, dan kebiasaannya juga dua orang. Di atas “pelamin”,
menurut adatnya juga pengantin perempuan duduk sebelah kiri pengantin lelaki. Adapun,
pasangan pengantin di atas pelamin itu juga di sebut “Raja Sehari”. Seterusnya, diikuti dengan
‘tarian (silat) sembah pengantin’. “Tempung Tawar” direnjis tanda restu anggota keluarga,
saudara mara, sahabat handai dan tetamu. Selesai upacara persandingan kedua-dua pengantin
diiringi masuk kedalam rumah dan diikut dengan majlis amanat dari generasi tua waris terdekat
kepada pasangan pengantin yang diketuai oleh kedua-dua Tok Batin. Masyarakat Orang Asli
mengaanggap perkahwinan sebagai sesuatu yang suci dan perceraian sebagai sesuatu yang
durjana.
Hari Perayaan Suku Kaum Jakun yang asal ialah upacara “Bela Kampung” yang mana
acara kemuncaknya pada tengah malam peralihan ke tahun baru (tengah malam 31 Disember
dan 1 Januari). Aktiviti Bela Kampung tersebut bermula dari siang hari sehingga terbit matahari
subuh. Semua warga kampong jauh-dekat, datang beramai-ramai. Ada yang membawa barang-
barang masakan seperti padi, pulut, kelapa, ayam, daging, ikan, gula, teh, sayur-sayuran, ubi,
buah-buahan, sireh-pinang, asam, garam, dan sebagainya. Berkumpul, beramah mesra dalam
suasana kekeluargaan, bersama-sama menyediakan makan minum, dan segala hidangan istimewa
seperti “nasi berdiri”, pulut putih, kuning, dan merah.
6
3.0 PENYATAAN MASALAH
Di bawah ini menerangkan tentang faktor-faktor masalah yang di hadapi oleh penduduk
orang asli Jakun yang berada di Pahang:
1) Mereka mencari sumber pendapatan dengan alam semulajadi sahaja. Oleh itu, agak sukar
untuk mereka maju ke hadapan kerana banyak pelbagai kemungkinan akan beraku
apabila kita hanya bekerja dengan alam semulajadi. Contohnya hujan, hakisan tanah,
pembuangan sampah sarap dan pembakaran. Semua ini boleh menyebabkan mereka tidak
dapat untuk mencari nafkah untuk kehidupan seharian mereka.
2) Kesihatan mereka tidak menentu di sebabkan hanya mempunyai klinik sahaja. Oleh itu,
tiada peralatan yang canggih untuk mengatasi kesakitan mereka. Jadi, mereka perlu pergi
ke hospital yang sangat jauh untuk mendapatkan rawatan yang baik.
3) Kebanyakan penduduk orang asli tidak mepunyai perabot dan peralatan yang canggih
seperti komputer, televisyen dan radio. Oleh itu, mereka sukar untuk menghubungkan
mereka dengan dunia luar.
4) Mempunyai jalan raya yang tidak sekata dan perlu masuk ke dalam lagi untuk sampai ke
rumah orang asli. Kebanyakan mereka tidak mempunyai kenderaan untuk keluar, jadi
susah untuk mereka pergi ke pekan untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.
7
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
1. Untuk memperkenalkan budaya masyarakat orang asli di kalangan mahasiswa dan
mahasiswi.
2. Untuk mengetahui adat, budaya dan latar belakang kelompok masyarakat orang asli
jakun.
3. Untuk mengkaji hubungan dan persepsi masyarakat lain terhadap masyarakat orang asli
di Malaysia.
5.0 PERSOALAN KAJIAN
Antara persoalan yang kami kaji didalam tajuk kajian adalah seperti berikut:-
Latar belakang:
1. Bagaimana sejarah penempatan masyarakat orang asli di kawasan ini?
2. Apakah asal-usul keturunan orang asli di sini?
3. Apakah majoriti suku kaum/agama masyarakat di sini?
4. Apakah cara hidup dan pertuturan bahasa/tulisan yang digunakan?
5. Bagaimana organisasi untuk masyarakat orang asli?
6. Apakah sumber pendapatan masyarakat?
7. Bagaimana sambutan perayaan masyarakat di sini?
8. Apakah kebudayaan dan adat resam masyarakat di sini?
9. Adakah masih mengamalkan tradisi turun-temurun?
10. Bagaimana pergaulan/penerimaan masyarakat luar terhadap masyarakat orang asli di
sini?
8
Perkahwinan:
1. Bagaimana adat perkahwinan (cina atau orang asli) masyarakat di sini?
2. Adakah terdapat sebarang halangan dari kedua belah pihak pengantin?
3. Apakah pakaian pada hari perkahwinan, adakah masih memakai pakaian tradisi
masyarakat orang asli atau pakaian moden?
4. Apakah jenis hidangan tradisi utama (gotong-royong/catering)?
5. Apakah persembahan dan alat muzik tradisional masyarakat disini semasa upacara
perkahwinan?
6. Bagaimana perkahwinan campur terutamanya dari segi pemilihan agama/penerapan
budaya terhadap anak-anak?
Soalan tambahan:
1. Apakah sumbangan dari pihak kerajaan kepada masyarakat disini?
2. Apakah kemudahan yang terdapat di kampong ini?
3. Jika berlaku sebarang kesalahan sepert imencuri, adakah hukuman akan dijatuhkan oleh
Tok Batin atau mengikut system perundangan yang sedia ada?
4. Percaya kepada pantang larang.
9
6.0 METODOLOGI
6.1 PENGENALAN
Metodologi kajian adalah mengenai hubungan etnik masyarakat orang asli cina di Pahang
menerangkan aspek yang diketengahkan iaitu berkaitan dengan kaedah-kaedah yang telah
diterapkan serta dilaksanakan sepanjang kajian ini dilakukan.
Bagi memastikan kajian ini berjaya mencapai matlamat, langkah-langkah sistematik perlu
dirancang sebaik yang mungkin bagi menjamin kajian yang dilaksanakan dapat memuaskan serta
mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Dalam merancang sesuatu kajian, carta alir akan digunakan serta penerangan tentang
kaedah dan aktiviti yang akan digunakan bagi melaksanakan kajian ini. Metadologi juga
menerangkan susun aturcara yang dilakukan dengan menyiapkan keseluruhan kajian bagi modul
hubungan etnik ini. Selain itu, ketika permulaan kajian dibahagian pertengahan dan bahagian
akhir kerja kajian dilaksanakan dengan jayanya mengikut jadual yang ditetapkan.
6.2 KAEDAH-KAEDAH METODOLOGI
Untuk melaksanakan kajian ini, perancangan awal adalah penting bagi memastikan kajian
yang hendak dilakukan siap dalam tempoh yang telah ditetapkan. Dengan perencanaan yang
sistematik dan teratur, kerja-kerja bagi melaksanakan kajian ini dapat dilakukan dengan mudah
tanpa sebarang masalah.
10
Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan ialah :
i. Mencari tajuk kajian berkaitan dengan hubungan etnik/kaum di Malaysia
ii. Mencari maklumat untuk mendapatkan persetujuan
iii. Mencari lokasi yang sesuai untuk melakukan kajian
iv. Membuat temujanji
v. Membuat persediaan sebelum membuat kajian
vi. Membuat sesi temuramah
vii. Mengumpul maklumat
viii. Membuat laporan
6.2.1 Mencari tajuk kajian berkaitan dengan hubungan etnik/kaum di Malaysia
Sebelum kajian luar dijalankan, kami telah membuat beberapa perbincangan bagi
memilih tajuk yang sesuai untuk melakukan kajian berkaitan dengan kaum-kaum yang ada di
Malaysia. Pada perbincangan yang pertama, kami telah bercadang untuk menjalankan kajian
mengenai masyarakat orang asli jakun di Bekok tetapi setelah melalui beberapa proses
perbincangan bersama dengan ahli kumpulan, kata sepakat telah dicapai dengan memilih tajuk
iaitu kajian mengenai masyarakat orang asli cina.
6.2.2 Mencari maklumat untuk mendapatkan persetujuan
Setelah tajuk-tajuk yang dibentangkan mendapat persetujuan dari ahli kumpulan, kami
telah mencari beberapa maklumat untuk mendapatkan persetujuan daripada pensyarah sebelum
kajian ini dijalankan. Pensyarah telah bersetuju dengan tajuk yang telah diberikan oleh kami dan
telah memberikan sedikit penerangan bagi proses perlaksanaan kajian agar berjalan dengan
11
lancar. Kami juga telah mencari maklumat dari sumber- sumber untuk rujukan sepanjang kajian
ini dijalankan bagi memantapkan lagi sesi temuramah bersama masyarkat orang asli.
6.2.3 Mencari lokasi yang sesuai untuk melakukan kajian
Umum mengetahui bahawa penempatan orang asli memang banyak di Malaysia terutama
di Johor dan Pahang. Tetapi bagi masyarakat orang asli cina, kami telah sepakat untuk
menjalankan kajian di kampung orang asli Kedaik, Muadzam Shah, Pahang. Kami memilih
lokasi ini berikutan salah seorang ahli kumpulan kami berketurunan orang asli cina dan menetap
di sana. Dengan pemilihan ini, proses menjalankan kajian ini dapat dilakukan dengan lancar.
6.2.4 Membuat temujanji
Sebelum kajian dibuat di lokasi yang telah ditetapkan, satu temujanji telah diaturkan
antara kedua-dua belah pihak iaitu pihak kami dan pihak bagi masyarakat orang asli cina.
Membuat temujanji adalah penting bagi memastikan kelancaran proses kajian ini. Kami telah
membuat temujanji dengan sebuah keluarga orang asli cina dimana pasangan suami beketurunan
cina dan isteri berketurunan orang asli dan telah menetap di perkampungan itu. Temujanji yang
kedua adalah dengan Tok Batin iaitu ketua bagi masyarakat orang asli di situ. . Kami telah
membuat temujanji pada 10 November 2012. Dengan penemuan bagi sesi temuramah dengan
masyarakat orang asli ini dapat memberi maklumat dengan lebih jelas dan tepat
12
6.2.5 Membuat persediaan sebelum membuat kajian
Ahli kumpulan kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang kecil bagi
pembahagian tugas. Kami telah dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan membuat
kajian, laporan dan pembentangan. Kerjasama daripada ahli kumpulan amat diperlukan bagi
mencapai matlamat kajian ini. Kumpulan yang membuat kajian telah membuat beberapa
persediaan sebelum berangkat ke Pahang. Antaranya menyediakan beberapa skrip soalan untuk
diajukan kepada pihak yang berkaitan supaya perjalanan sepanjang sesi temuramah berjalan
lancar, mudah disampaikan dan tersusun.
Selain itu juga, persediaan untuk merakam semasa sesi temuramah turut disediakan.
Kami menggunakan video perakam bagi merakam keseluruhan sesi temuramah itu untuk
dijadikan rujukan bagi kajian etnik ini. Kami juga telah menyediakan beberapa cenderahati
sebagai tanda kenangan bagi pihak kami kepada masyarakat orang asli disitu.
6.2.6 Membuat sesi temuramah
Pada tarikh yang telah ditetapkan, kami telah bertolak dari Johor untuk melakukan kajian
etnik di perkampunagna orang asli di Pahang. Kami telah disambut oleh sebuah keluarga di
perkampunagn orang asli disitu. Bagi sesi temuramah yang pertama kami telah menemubual
sebuah keluarga yang mengamalkan perkahwinan campur iaitu antara orang asli dan orang cina.
Sesi temuramah telah berlangsung selama 30 minit dengan pertanyaan soalan adalah dari segi
agama dan perkahwinan campur ini
Bagi sesi temuramah yang kedua telah dijalankan bersama dengan Tok Batin iaitu lebih
dikenali sebagai ketua kampung didalam masyarakat Melayu dan sesi temuramah telah
13
berlangsung kira-kira satu jam. Soalan yang diajukan berkaitan dengan latar belakang, adat,
budaya dan ekonomi di kampung tersebut.
6.2.7 Mengumpul maklumat
Setelah selesai sesi temuramah itu, ahli-ahli kumpulan mengumpul maklumat hasil
daripada kajian yang telah dijalankan di Pahang. Hasil daripada pungutan maklumat iaitu dengan
mencatit dan merakam semasa sesi temuramah telah dikumpulkan supaya satu laporan penuh
yang lengkap dapat dihasilkan. Kami juga membuat rujukan di Internet dan beberapa buku untuk
memantapkan lagi hasil kajian ini.
6.2.8 Membuat laporan
Setelah selesai proses mengumpul maklumat hasil daripada sesi temuramah dan beberapa
rujukan, satu laporan perlu dilakukan. Ini adalah penting supaya hasil kajian yang dilakukan
dapat memenuhi dan menepati matlamat sebenar kajian iaitu mengkaji masyarakat orang asli
cina.
14
6.3 CARTA ALIRAN KAEDAH-KAEDAH MELAKSANAKAN KAJIAN
15
7.0 DAPATAN
7.1 PENGLIBATAN KERAJAAN DAN AGENSI
Keprihatinan dan sokongan pihak Dun Muadzam Shah dan kerajaan terhadap taraf kehidupan
masyarakat asli telah memberi impak positif kepada penduduk miskin Orang Asli. Program
bantuan kerajaan melalui pelbagai agensi kerajaan dilakukan bagi memastikan tahap ekonomi
penduduk Orang Asli terus meningkat dari semasa ke semasa.
Beberapa agensi terlibat dalam pelaksanaan bantuan kerajaan negeri Pahang, disokong oleh
agensi seperti di bawah:
a) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
Jabatan yang berperanan dalam membantu meningkat taraf kehidupan masyarakat Orang Asli
dari segi sosioekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya.
b) FELCRA
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau FELCRA bermatlamat untuk
membangunkan sektor luar Bandar dengan membantu penduduk menyertai aktiviti-aktiviti
ekonomi Negara Malaysia dan seterusnnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan
mereka.
16
7.2 PEKERJAAN DAN SUMBER MANUSIA
Keunikan pekerjaan masyarakat Orang Asli di Dun Muadzam Shah terletak pada sifat mereka
yang sentiasa ingin mengekalkan tradisi dan budaya kehidupan sejak dari zaman nenek moyang
mereka. Pekerjaan tradisi yang menjadi sumber pendapatan Orang ASli di Kampun Kedaik
adalah berlandaskan kepada persekitaran alam mereka. Pekerjaan utama mereka boleh
dikategorikan kepada empat jenis iaitu pertanian sara diri, berburu, menangkap ikan dan
mengumpul hasil mahsul hutan.
Pertanian sara diri merujuk kepada pertanian secara kecil-kecilan yang biasanya
diusahakan di sekitar rumah sahaja. Tanaman kontan yang diusahakan lebih bertujuan memenuhi
keperluan seharian mereka tanpa perlu dijual kepada masyarakat lain. Mereka juga menanam
pelbagai jenis tanaman lain berbentuk padi, atau makanan ubi yang lain. Ada juga yang menyara
keluarga dengan menjual lebihan daripada hasil tanaman mereka bagi mendapatkan wang saku
dan digunakan sebagai perbelanjaan seharian.
Menangkap ikan adalah salah satu aktiviti utama mereka untuk mendapatkan sumber
protein dalam makanan seharian. Kerja menangkap ikan dilakukan di sungai yang berhampiran.
Mereka menggunakan jerat, lukah, kail, racun akar Tuba, tombak, jaring dan menggunakan
tangan. Ikan sungai yang masih banyak dan mendapat permintaan tinggi adalah ikan jenis Lais,
Lampan, Baung, Kelah dan Sebarau. Oleh sebab itu, Orang Asli masih lagi mudah mendapatkan
bekalan ikan dan kebanyakan ikan ditngkap juga dijual kepada peraih ikan dan orang awam.
Sumber pendapatan lain bagi masyarkat Orang Asli di Dun Muadzam Shah ini adalah
memungut hasil hutan. Antara hasil hutan yang dijadikan sebagai sumber pendapatan ialah rotan,
buluh, kayu gaharu, camar, akar-akar kayu, petai dan buah-buahan hutan seperti buah Sentul dan
Tampoi. Rotan dan buluh dijadikan alat perabot yang tinggi nilai komersialnya di pasaran
17
manakala akar kayu seperti Cendana dijadikan minyak wangi.Hasil hutan yang dibawa keluar
oleh Orang Asli seperti ulam-ulaman ini menjadi kegemaran masyarakat lain khususnya
masyarakat Melayu.
Namun begitu, setelah agensi kerajaan mula memberi bantuan kepda masyarakat Orang
Asli di Kampung Kedaik, mereka tidak lagi menjadikan hasil hutan sebagai pekerjaan utama
tetapi telah menjadi pengusaha ladang kelapa sawit yang berjaya.
46%
26%
14%
14%
Kadar pekerjaanMenangkap ikan Hasil hutan Pertanian Kelapa sawit
Rajah 7.2.1 : Kadar Pekerjaan Penduduk di Kampung Kedaik
Rajah di atas menjelaskan pecahan peratusan mengikut jenis pekerjaan dan sektor utama
di dalam masyrakat Orang Asli. Majoriti daripada mereka menjadi penangkap ikan di sungai di
samping menjadikan hasil tangkapan sebagai makanan harian. Peratusan kedua terbesar ialah
mencari hasil hutan iaitu sebanyak 26 peratus. Namun selepas pembangunan dan penggunaan
tanah diberikan, mereka lebih ramai bergiat dalam mengusahakan lading kelapa sawit iaitu
peratusannya mencapai 14 peratus. Selebihnya adalah mereka yang bertani untuk mendapatkan
hasil tanaman untuk dihantar kepada peraih besar.
18
Gambar 7.2.1 : Hasil hutan (rotan) Gambar 7.2.2 : Kolam ikan
76%
18%
6%
Kadar Penggunaan Tanah
Kelapa SawitDusunLain-lain
Rajah 7.2.2 : Kadar Penggunaan Tanah
Rajah di atas menerangkan tentang penggunaan tanah oleh penduduk Orang Asli di Dun
Muadzam Shah. Butiran dalam rajah tersebut menunjukkan bahawa majoriti penggunaan tanah
adalah untuk penanaman kelapa sawit iaitu 88 peratus bersamaan dengan 888.05 hektar tanah.
Hal ini kerana kedudukan geografi dan bentuk tanah-tanih di kawasan petempatan Orang Asli
Kampung Kedaik bersesuaian dengan penanaman kelapa sawit dan pokok buah-buahan seperti
durian, cempedak, rambutan dan sebagainya. Hanya 3 peratus bersamaan dengan 30.02 hektar
19
tanah di kawasan Kampung Kedaik diusahakan bagi tujuan perikanan, perternakan dan pertanian
seperti penanaman getah.
7.3 PERKEMBANGAN EKONOMI
JAKOA adalah Jabatan Kemajuan Orang Asli yang telah melaksanakan program-program yang
dirancang serta yang telah diagihkan oleh pihak kerajaan. Sungguhpun masyarakat Orang Asli
merupakan golongan minoriti, namun mereka tidak dibiarkan ketinggalan dari arus
pembangunan. Justeru, JAKOA telah memberi banyak pendedahan yang memberi kesan positif
kepada pendapatan Orang Asli di Kampung Kedaik. Kewujudan program-program pelaksanaan
positif ini bukan sahaja dapat mengurangkan kemiskinan malah telah memajukan serta
menaikkan taraf hidup masyarakat Orang Asli.
Program keusahawanan yang telah dilaksanakan adalah satu contoh program yang telah
dijalankan oleh kerajaan. Kesan daripada program ini dapat meningkatkan daya saing antara
mereka dan masyarakat luar dalam bentuk perniagaan seprti membuka kedai runcit di
perkampungan Orang Asli di Kampung Kedaik. Belia Orang Asli diberikan ruang dan peluang
untuk mempelajari kemahiran seperti menjahit, bidang automotif dan sebagainya.
Selain itu, program perumahan PPRT yang diwujudkan juga telah memberikan kesan
positif dimana kawasan perkampungan Orang Asli di Kampung Kedaik menjadi lebih tersusun.
Kemudahan asas yang mencukupi seperti bekalan elektrik 24 jam, bekalan air, jalan
perhubungan antara blok ke blok di Kampung Kedaik dan sebagainya. Justeru itu, dengan
adanya kemudahan prasarana yang disediakan mereka dapat membawa masuk dan keluar hasil
usaha mereka dengan lancar. Pembangunan sebegini telah meletakkan masyarakat Orang Asli
maju ke hadapan dan tidak terpinggir.
20
Gambar 7.3.1 : Ladang kelapa sawit Gambar 7.3.2 : Kedai runcit
Rumah PRT, 35.14%felcra, 22.62%
ASB PPRT, 35.32%
ROA Tanah Abg, 9.92%
Rumah PRT Felcra ASB PPRT ROA Tanah Abg
Rajah 7.3.1: Program Peningkatan Ekonomi
Rajah di atas menjelaskan tentang jumlah peratusan penerima program pembangunan
ekonomi yang dijalankan di kawasn perkampungan Orang Asli di sekitar Kampung Kedaik.
Ternyata melalui rajah ini kita dapat lihat seramai 252 Orang Asli atau 35 peratus menerima
Amanah Saham Bumiputera (ASB PPRT). Program pembangunan ekonomi bersama FELCRA
hanya melibatkan 10 peratus daripada keseluruhan jumlah penerima di kawasan ini. Hal ini
21
kerana kebanyakan penduduk perkampungan asli bekerja di ladang-ladang sawit milik sendiri.
Oleh sebab tanah terbiar milik Orang Asli terlalu kurang, menyebab sejumlah kecil penduduk
yang tidak bekerja, dan juga mereka yang berminat dengan perladangan kelapa sawit menerima
pembangunan ekonomi ini.
7.4 SOSIAL
Kajian ini meliputi amalan agama yang dianuti dan kepercayaan yang diamalkan Orang Asli
suku kaum Jakun yang terletak di Rompin, Pahang.Terdapat tiga jenis agama dan kepercayaan
yang dianuti oleh Orang Asli di sini iaitu Islam, Kristian dan Buddha. Selain itu, kepercayaan
seseorang itu mengikut sebelah bapa mereka sendiri.
Penduduk kampung kedaik disini, sesetengahnya juga menganuti agama Islam. Surau
juga telah dibina bagi memberikan kemudahan kepada mereka yang ingin sembahyang
berjemaah dan juga menjadi tempat penyampaian ajaran Islam kepada penduduk kampung
kedaik. Penerimaan ajaran Islam dalam kalangan Orang Asli tidak dilakukan secara paksaan.
Jabatan Agama Islam Pahang dan JAKOA terus menerus mendidik masyarakat Islam Orang Asli
memahami dan menghayati ajaran Islam.
Agama Kristian merupakan salah satu agama yang menjadi ikutan di perkampungan
Orang Asli. Namun begitu, tidak ramai yang memeluk agama Kristian disebabkan mereka masih
setia kepada kepercayaan nenek moyang mereka.
22
Blok A Blok B0%
10%20%30%40%50%60%70%80%90%
100%
IslamKristianBuddha
Rajah 7.4.1 : Peratusan agama yang dianuti oleh penduduk kampung Blok A dan Blok B
Kampung Kedaik
7.5 PERAYAAN
Sikap keterbukaan penduduk Orang Asli dalam menerima perayaan lain selain daripada adat
tradisional mereka membuktikan bahawa mereka sebenarnya masyarakat yang fleksibel dan
berfikiran terbuka.
Setiap kali Tahun Baru Cina, masyarakat Orang Asli di Kampung Kedaik akan
menyambut perayaan tersebut. Hal ini bermula disebabkan salah seorang ahli keluarga mereka
menganut agama kristian dan Buddha. Selain itu juga, mereka juga turut menyambut Hari Raya
Puasa dan meraikan bersama-sama dengan masyarakat Orang Asli yang beragama islam.
23
AGAMA
BLOK KAMPUNG KEDAIK
7.6 PERKAHWINAN
Adat perkahwinan Orang Asli di sini ada persamaan dengan orang melayu dari sudut
persandingan. Bagi masyarakat Orang Asli, kaum lelaki berumur 18 tahun sudah sesuai untuk
berkahwin manakala umur pengantin perempuan tidak boleh melebihi umur pengantin lelaki.
Upacara perkahwinan dilakukan oleh ibubapa pengantin itu sendiri. Proses perkahwinan ini
bermula dengan merisik sehinggalah bersanding. Pada hari peminangan, upacara tersebut akan
diketuai oleh Tok Batin seterusnya hari perkahwinan akan ditetapkan atas persetujuan kedua
belah pihak. Tok Batin akan memberi khidmat kaunseling serta nasihat terhadap pasangan yang
ingin berkahwin. Begitu juga dengan pasangan yang ingin bercerai, Tok Batin akan memberi
pandangan terlebih dahulu. Bagi Orang Asli yang beragama islam, pasangan perlu mendaftar
terlebih dahulu di jabatan Agama Islam.
7.6.1 Perkahwinan Campur
Seiring dengan peredaran zaman, perkahwinan campur antara Orang Asli dengan warga asing
semakin bertambah peratusnya.Perkahwinan campur dapat ditakrifkan dengan perkahwinan
antara dua pihak yang berlainan agama, bangsa atau kewarganegaraan. Ia merupakan
perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua insan dari kelompok berbeza samada agama
atau bangsa lain. Sehubungan dengan itu, masyarakat Orang Asli tidak terkecuali daripada
perkahwinan campur.
Contoh : Asli + Cina
Perkahwinan antara orang asli dan cina akan mengikut adat perkahwinan kedua dua belah pihak.
Selain itu juga masyarakat Orang Asli tidak memberi sebarang halangan kepada kedua belah
24
pihak pengantin untuk berkahwin. Cara perkahwinan dikekalkan dengan memakai pakaian
tradisi tetapi akan mengikut adat pakaian orang cina dan tiada perarakan yang dibuat. Jenis
hidangan tradisi juga mengikut adat orang cina dimana mereka akan makan di meja bulat. Majlis
makan-makan juga hanya dibuat bersama dengan keluarga yang terdekat dan dibuat secara
sederhana sahaja. Dari segi pemilihan agama dan penerapan budaya pula adalah bebas. Anak-
anak bebas untuk menganut mana-mana agama samada pihak ibu atau bapa. Kebiasaannya,
agama yang dianuti oleh keluarga yang berkahwin campur antara asli dengan cina adalah agama
Buddha.
Gambar 7.6.1.1: Keluarga kahwin campur (cina+asli)
7.7 ADAT KELAHIRAN DAN ADAT KEMATIAN
Saat kelahiran seorang bayi adalah masa yang amat dinanti-nantikan semua pasangan suami
isteri. Sedikit keunikan yang terdapat pada masyarakat Orang Asli, mereka masih mempercayai
pantang larang yang harus dipatuhi bagi mengelakkan nasib buruk. Terdapat beberapa pantang
larang yang diamalkan oleh masyarakat Orang Asli di Kampung Kedaik ini sewaktu isteri
mereka mengandung. Antara pantang larang yang masih diamalkan ialah tidak boleh makan
25
kijang, ayam hutan dan ikan yang mempunyai sengat kerana bimbang terkena “kenan” dan
menghidap sakit sawan. Selain itu, sewaktu si isteri sedang mengandung, si suami juga tidak
boleh memancing ikan kerana dipercayai bayi akan putus semasa bersalin. Suami juga tidak
boleh memegang alat menangkap ikan kerana dikhuatiri bayi yang bakal dilahirkan terlekat uri.
Kepercayaan mereka bukan terhenti di saat kelahiran tetapi juga kepada kematian.
Apabila terdapat kematian, saudara-saudara yang jauh dan dekat akan dihubungi dengan segera.
Mereka akan dating menziarahi dan memberi bantuan dalam upacara pengebumian. Penduduk di
kampung yang ada kematian ahlinya, akan menangguhkan kerja-kerja seharian mereka kerana
dikhuatiri akan ditimpa nasib malang. Pada sebelah malamnya pula, penduduk kampung akan
berjaga sepanjang malam di rumah si mati bagi mengelakkan si mati diganggu hantu dan
dilangkahi kucing kerana menurut kepercayaan mereka jika mayat dilangkahi kucing, mayat
tersebut boleh bangun dan mengacau orang sekeliling.
7.8 PENDIDIKAN
Peluang pendidikan untuk Orang Asli di Negara ini sentiasa terbuka luas. Peluang yang
diberikan telah menyebabkan taraf pendidikan Orang Asli bertambah baik. Kesedaran ibu bapa
dalam kalangan masyarakat Orang Asli juga semakin positif. Mereka sedar kepentingan
pendidikan untuk generasi mereka. Namun begitu, perkembangan pelajar Orang Asli agak
lambat kerana mereka hanya mengharapkan sekolah yang berdekatan sahaja.
Pendidikan membawa kepada peningkatan kesedaran pembangunan dalam sesuatu
kampung. Apa yang boleh dilihat, pembangunan yang dibangunkan oleh kerajaan di bandar akan
memberi kesan kepada kampung Orang Asli yang tahap pendidikannya meningkat. Hal ini
demikian kerana pendidikan di sekolah dan juga pendedahan kepada orang luar membuatkan
26
mereka ingin bersaing dengan lebih hebat lagi dan menginginkan kemajuan kaum mereka di
samping mendukung falsafah pendidikan negara.
7.8.1 Statistik pendidikan masyarkat Orang Asli di Kampung Kedaik
Berdasarkan statistik dan kajian yang dijalankan di Kampung Kedaik di dun Muadzam Shah,
ternyata pendidikan anak-anak Orang Asli lebih tertumpu kepada pendidikan di peringkat pra
sekolah dan sekolah rendah. Namun begitu, ada juga yang telah berjaya melanjutkan ke
peringkat pengajian tinggi (IPT).
Pra Se
kolah
Pendidika
n Rendah
Pendidika
n Men
enga
h
Menuntut IP
T
Lepasa
n IPT
0
40
80
120
160
Statistik Pendidikan
statistik pendidikan
Rajah 7.8.1.1 : Keseluruhan Statistik Pendidikan Masyarakat Orang Asli
Rajah di atas menunjukkan peratusan keseluruhan anak-anak masyarakat Orang Asli
yang menerima pendidikan. Kebanyakkan adalah pada peringkat rendah dimana mereka dapat
melanjutkan pelajaran di sekolah yang berdekatan. Namun peratusan anak-anak Orang Asli yang
menuntut pelajaran di peringkat IPT juga semakin memuaskan.
27
Gambar 7.8.1.2 : Salah satu sekolah yang terdapat di Kampung kedaik
Gambar 7.8.1.3 : Asrama kediaman pelajar
28
8.0 RUMUSAN
Secara rumusanya, setiap insan yang berada di muka bumi ini tidak akan lari daripada
menuntut ilmu sehingga ke liang lahad. Pendidikan merupakan salah satu cabang ilmu yang
disampaikan secara formal mahupun tidak formal kepada semua lapisan Masyarakat.
Sehubungan dengan itu, Masyarakat minoriti iaitu Masyarakat orang asli di RPS Kedaik Pahang
tidak ketinggalan untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan setaraf dengan penduduk di
Bandar. Meskipun begitu, Terdapat banyak cabaran yang timbul untuk menjadikan impian
kerajaan dalam memajukan bidang pendidikan orang asli menjadi kenyataan. Namun seribu daya
tak hendak seribu dalih. Pelbagai usaha dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini
dilaksanakan oleh semua pihak dari segi meningkatkan kemudahan prasarana. Hal ini penting
kerana melalui pendidikan, Masyarakat orang asli mampu memperbaiki taraf kehidupan mereka.
Masyarakat orang asli yang bersedia untuk melakukan anjakan paradigm harus diberikan
peluang meningkatkan kemahiran supaya mereka terus Berjaya dalam hidup sama seperti
Masyarakat etnik yang lain di Malaysia.
Masyarakat Malaysia yang pelbagai kumpulan etnik telah menjadi diskusi sejagat. Iklan
pelancongan sering menggambarkan masyarakat Malaysia yang bersatu dalam kepelbagaian dari
segi budaya dan perpaduan. Namun dalam situasi sebenar, setiap kumpulan etnik bukan sahaja
mempertahankan identitinya malah analisis menunjukkan perjuangan antara etnik berlaku.
Persaingan antara etnik dalam merebut peluang-peluang yang ada sememangnya wujud.
Setiap kumpulan etnik memperjuangkan kepentingan masing-masing dengan gelagat
tertentu. Selalu ditimbulkan persaingan dibimbangi akan menimbulkan konflik etnik yang
memusnahkan. Ada pihak yang begitu takut kesan-kesan negatif persaingan antara etnik.
Hakikatnya persaingan etnik dalam mengekalkan kepentingan masing-masing berterusan. Secara
teori, persaingan merupakan sesuatu yang fungsional dalam masyarakat. Ahli-ahli masyarakat
akan menjadi lebih dinamik dengan adanya persaingan. Dalam usaha masing-masing
mengekalkan status quo, mereka cuba merungkaikan kekuatan pihak lawan.
29
LAMPIRAN
Gambar 1: Kemudahan Pendidikan Seperti Sekolah Rendah
Gambar 2: Klinik Desa RPS Kedaik
30
Gambar 3: Kemudahan Kesihatan Bagi Penduduk RPS Kedaik
Gambar 4: Sesi Bergambar Bersama Dengan Tok Batin
31
Gambar 5: Rumah Tok Batin (Ketua Kampung)
Gambar 6: Makanan Tradisional Masyarakat Orang Asli
32
Gambar 7: Perkahwinan Cina Campur Orang Asli
Gambar 8: Anak Cina Campur Orang Asli
33
Gambar 9: Kedai Runcit di RPS Kedaik
Gambar 10: Suasana Penempatan Penduduk RPS Kedaik
34
BIBLIOGRAFI
Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia (Peninsular Malaysia Orang Asli
Graduates Association). 2002. Suku Kaum Jakun [Orang Asli] Semenanjung Malaysia.
Rencana secara luaran atau suatu pengenalan terhadap suku kaum Jakun.
Dr. Rafiuddin Afkari. 2012. Antara Kasih & Naungan, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.
Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Hubungan Etnik. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kuala
Lumpur.
Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd Izam Ghazali, Mohd Hasani Dali (November 2011). Kanak-
Kanak Minoriti Orang Asli Di Malaysia: Menggapai Literasi Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu: Universiti Utara Malaysia.
Wan Hashim Wan Teh. 1988. Kesinambungan Budaya Melayu-Orang asli: Rencana tentang budaya
Masyarakat orang asli: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Omar Bin Othman. Januari 2004. Orang Asli Dalam Politik Dan Pembangunan Di Pahang: Abstrak tesis
Universiti Putra Malaysia
Shabli bin Arshad (Ketua Pengarang). 2011. Buletin Asli: Komuniti Berdaya, Desa Berjaya.
Mhd.Ariff Mhd.Shariff Dan Mustafa Bahari. 1992. Dialek Orang Asli Suku Jakun: Satu Kajian Kes
Awal (Fonologi). Universiti Malaya. http://www.jakoa.gov.my/ abstrak
Low Ai Choo. 2000. Penilaian Taraf Pemakanan Warga Tua Semelai Di Kg. Sg. Sampo, Jempol:
Universiti Putra Malaysia. http://www.jakoa.gov.my/ abstrak
35