mathematics anxiety
TRANSCRIPT
COURSE: TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES (SME 3023)
GROUP A
MATHEMATICS ANXIETY
NAME : SITI NOR AFAF BT MAHASAN
MATRIC NO : D20081032219
PROGRAMME : PENDIDIKAN MATEMATIK
LECTURER : PROF. DR. MARZITA PUTEH
1
1. Apakah Kebimbangan Matematik ?
Kebimbangan Matematik adalah satu perasaan kurang yakin yang boleh menyebabkan timbulnya
tekanan dalam diri seseorang terhadap Matematik sama ada melibatkan kehidupan seharian
mahupun di dalam situasi akademik di sekolah atau institusi pengajian. Pengalaman yang negatif
seperti pencapaian rendah dan kegagalan dalam Matematik boleh mengakibatkan perasaan
kecewa di kalangan pelajar dan seterusnya mendorong kewujudan kebimbangan Matematik
mengakibatkan pelajar cuba mengelakkan diri daripada Matematik. Oleh itu, pengalaman serta
sikap yang negatif terhadap Matematik boleh menjanakan kebimbangan Matematik di kalangan
pelajar. Kebimbangan Matematik merupakan perasaan takut dan tidak suka pada, serta ingin
mengelakkan diri daripada situasi berkenaan dengan Matematik.
Menurut Richardson & Suinn (1972), ia berkaitan dengan perasaan tekanan dan takut yang
berkaitan dengan manipulasi nombor serta penyelesaian masalah Matematik dalam pelbagai
situasi akademik dan kehidupan seharian.
2. Kenapa fenomena ini berlaku?
Perkara ini berlaku kerana sifat fobia terhadap Matematik telah ditanam dalam diri individu itu
dari awal mereka yang mengenali Matematik. kebimbangan Matematik juga wujud di kalangan
guru pelatih opsyen Matematik. Menurut Aiken (1970), kewujudan kebimbangan Matematik
mengakibatkan pelajar cuba mengelakkan diri daripada Matematik. Oleh itu, pengalaman serta
sikap yang negatif terhadap Matematik boleh menjanakan kebimbangan Matematik di kalangan
pelajar. Kajian-kajian juga menunjukkan bahawa guru boleh memindahkan kebimbangan
Matematik yang wujud di kalangan mereka kepada pelajar mereka (Lazarus, 1974; Bulmahn &
Young, 1982; Kelly & Tomhave, 1985).
Menurut Puteh (1998), satu kajian telah dibuat tentang kebimbangan Matematik yang
berlaku kerana personaliti seseorang guru itu dan kaedah atau teknik pengajaran yang digunakan
di dalam kelas. guru tersebut tidak mempunyai keyakinan yang tinggi ketika mereka
menyampaikan ilmu di dalam kelas yang akhirnya boleh mendorong sifat kurang yakin dan
kurang berminat pelajar untuk mempelajari matapelajaran ini. Seterusnya perkara ini akan
menyebabkan pelajar menanamkan sifat takut dan kebimbangan ketika menjawab soalan yang
berkaitan dengan Matematik. Persepsi pelajar terhadap Matematik juga menjadi negatif. Antara
2
sebab lain ialah pengaruh rakan sebaya di mana rakan sebaya boleh mempengaruhi minat pelajar
terhadap Matematik.
3. Siapakah yang mempunyai kebimbangan Matematik?
Antara individu yang mempunyai sifat kebimbangan Matematik ialah guru Matematik itu
sendiri. Kajian Bulmahn & Young (1982) pula merumuskan bahawa kebimbangan Matematik
juga wujud di kalangan guru pelatih opsyen Matematik. Kajian-kajian juga menunjukkan bahawa
guru boleh memindahkan kebimbangan Matematik yang wujud di kalangan mereka kepada
pelajar mereka (Lazarus, 1974; Bulmahn & Young, 1982; Kelly & Tomhave, 1985). Oleh itu,
seseorang guru tu boleh mempengaruhi persepsi pelajar terhadap matapelajaran ini. Pelajar yang
mempunyai kebimbangan Matematik disebabkan tiada galak galakan daripada guru agar mereka
mempunyai minat dalam mendalami ilmu Matematik.
4. Bilakah ianya berlaku?
Kebimbangan Matematik boleh terjadi apabila tahap keyakinan seseoran itu lemah. Dalam
kalangan guru pelatih terutamanya, mereka bukan mempunyai kebimbangan terhadap mata
pelajaran ini tetapi mereka tidak dapat menerima kenyataan kemungkinan mereka tidak dapat
menyelesaikan masalah yang mempunyai kaitan dengan Matematik.
Selain itu, guru pelatih yang mula tidak meminati apabila mereka berpindah dari
menengah rendah ke menengah atas iaitu dari tingkatan tiga ke tingkatan empat atau selepas
Peperiksaan Menengah Rendah (Puteh, 1998). Perkara ini berlaku kerana ketika pelajar berada di
peringkat menengah rendah mereka belum lagi didedahkan dengan langkah logik Matematik
yang sebenar. Ketika pelajar berada diperingkat akhir menengah rendah yakni ketika mereka
menduduki PMR di tingkatan tiga, format peperiksaan hanya diberi penekanan kepada jawapan
semata-mata dan bukan bagaimana jawapan itu diperoleh dan soalan yang dikemukan adalah
berbentuk objektif.
Kebimbangan Matematik ini juga sering berlaku apabila pelajar tersebut akan menduduki
peperiksaan atau ujian atau ketika mereka menunggu keputusan peperiksaan.
3
5. Apa dan siapa yang membentuknya?
Kebimbangan Matematik ini boleh terbentuk apabila seseorang itu sering gagal dalam
penyelesaian masalah Matematik. Tambahan pula, apabila pelajar itu tidak dapat memahami
pelajaran atau sering membuat kesalahan dalam Matematik guru terus menyalahi pelajar tersebut
dan tidak mengenalpasti apakah faktor yang menyebabkan pelajar tersebut lemah dalam
matapelajaran ini. Perkara ini akan menyebabkan timbulnya perasaan takut dalam diri pelajar
tersebut untuk menyuarakan apa yang mereka tidak faham tentang matapelajaran ini lantas
menyebabkan pelajar itu mempunyai kebimbangan Matematik.
Antara sebab lain yang boleh membentuk kebimbangan Matematik adalah pengaruh ibu
bapa. Menurut kajian, kebanyakan ibubapa tidak memberitahu pelajar untuk sentiasa membuat
latihan Matematik tetapi hanya memberi semangat untuk belajar atau membuat tugasa yang
diberikan oleh guru.
6. Bagaimanakah untuk mengurangkannya?
Guru Matematik adalah bertanggungjawab untuk menerapkan kemahiran dan minat dalam
Matematik kepada pelajar mereka. Mereka seharusnya dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang memberangsangkan agar minat terhadap Matematik dapat dipupuk di kalangan pelajar
mereka. Bagi mencapai matlamat tersebut, guru Matematik perlulah membina konsep kendiri
yang positif dalam diri mereka terhadap Matematik (Purkey, 1970).
Pembinaan konsep kendiri yang positif dan realistik dapat mengurangkan tahap kebimbangan
Matematik. Maka bolehlah diandaikan bahawa dengan membina konsep kendiri yang positif
terhadap Matematik, tahap kebimbangan Matematik boleh dikurangkan.
7. Bagaimanakah untuk menghentikannya?
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab para pendidik guru Matematik untuk mengadakan
suasana pembelajaran dan latihan yang memberangsangkan agar minat terhadap Matematik di
kalangan para guru pelatih dapat dikekalkan dan seterusnya ditingkatkan. Apabila guru pelatih
bermotivasi, persepsi mereka terhadap keupayaan dan potensi mereka dapat dipertingkatkan.
Sekiranya guru pelatih itu mempunyai konsep kendiri yang positif terhadap keupayaan diri
dalam Matematik, tahap kebimbangan Matematik dapat dikurangkan dan seterusnya pencapaian
4
Matematik dapat ditingkatkan. Guru perlu menitikberatkan pencapaian pelajar berbanding
dengan memfokuskan kesilapan pelajar agar dapat mewujudkan suasana kejayaan dalam proses
pembelajaran pelajar. Peneguhan positif juga dapat menyumbang kepada kemajuan pelajar.
selain mempunyai konsep kendiri yang positif, guru juga perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah
pengajaran yang terbaik bagi mempengaruhi sifat minat dan kecintaan pelajar terhadap
Matematik.