melayu pendatang satu pemesongan fakta - core.ac.uk filekerajaan melayu melaka pada abad ke-15....
TRANSCRIPT
Melayu pendatang satu pemesongan faktaOleh L1M SWEE TIN
KEBELAKANGAN ini banyak benar pihakyang menyoal siapakah Melayu? ApakahMelayu? Dari mana asalnya mereka? Penduduk asalkah mereka di negara ini? Ataupun, sekadar pendatang? Hakikat persoaIan ini timbul sejak sekian lama dahulutidak disangkal lagi. Pelbagai kajian, darisegala sudut pandangan dan perspektif,bahkan metodologi digunakan, untuk merungkai satu pertanyaan yang penulis kirasebenarnya begitu mudah dan jelas.
Sungguhpun demikian, peralihan masa,perubahan landskap politik dan atas kepentingan-kepentingan yang tertentu, sesuatu yang kelihatannya tidak seharusnyatimbul, ditimbulkan semula. Penulis tertarik untuk tampil menghuraikan beberapaperkara yang berkaitan dengan Melayu.
Sejarah bangsa Melayu sudah cukup lama. Dua konan Melayu teragung, SejarahMelayu dan Hikayat Hang Tuah memerihalkan dengan cukup jelas banyak perkarayang bersangkutan dengan Melayu. la adadibuat secara langsung, dengan menerangkan dan memberikan gambaran-gambaransecara terperinci, manakala sesetengahnyaperlu dirumuskan dahulu untuk kita memperoleh maklumat yang lengkap, yang lebihmenyeluruh.
Terbentuknya Kerajaan Melayu Melakamerupakan satu hal yang sukar ditolak.Seandainya, digunakan premis mudah menyatakan karya sastera seumpama SejarahMelayu, yang bukannya sebuah penulisansejarah secara mutlaknya, merupakan cereka yang mudah dinafikan kebenarannya,catatan sejarah Kesultanan Melayu Melakatercatat lebih daripada itu.
Banyak buku yang non kreatif, yang bersifat kajian atau penyelidikan - sekiranyakonan Sejarah Melayu dikatakan sebuahkarya separa kreatif atau kreatif - membuktikan bahawa Kesultanan Melayu Me-
laka wujud dan amat gilang-gemilang. Pemerintahannya teratur, hubungan dagangdan diplomatiknya dengan dunia luar luas,termasuk hubungannya dengan KerajaanChina yang dikenali besar dan tertua.
Dalam hal ini, Hashim Hj. Musa (Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi Globalisasi Barat, Penerbit Universiti Malaya, 2004) memetik Liang Liji(1996), menyentuh hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15, yang menurutnya, "Hubungan antara China denganalam Melayu sudah lama wujud, iaitu sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117S.M). Semasapemerintahan Sun Quan (222-252 M), duaorang utusannya telah melawat Funan dannegeri-negeri lain di Semenanjung TanahMelayu dan Kepulauan Melayu, dan mengadakan hubungan diplomatik denganmereka."
Catatan ini jelas akan' kewujudan Kerajaan Melayu Melaka. Bukti ini pentinguntuk dikaitkan kemudiannya dengan Melayu, yang apakah hubungannya denganbangsa pendatang.
Terbukti
Orang-orang Melayu depgan itu terbuktijelas sudah pun mendiami Melaka, dansemua wilayahnya. Melaka diketahuiumum berada di Alam Melayu atau disebutjuga Malay Archipelago. Alam Melayu meliputi kawasan luas seluruh Nusantara.
Hashim Hj. Musa memetik tulisan SinomElegant, A Pyrrhic Victory: The Asian Millenium, Far Eastern Economic Review, Jun10, 1999 yang menyatakan, "Five centuriesago Malacca hosted 2, 000 ships each day, asmany as crowd in modern-day Singapore,which boast of being one of the three busiestports (in the world) ...it was a place where.Gujratis, Tamils and Bengalis from Indialived and traded in cure harmony withMalays, Chinese and Arabs; a city of100, 000 where 84 languages could be heardin tbe markets. The Malay sultans whoruled Malacca ensured that the Straits (ofMalacca) was free from pirates. Goods couldbe stored safely in hundred of well-guardedgodowns, and in case of disputes, the city'slaw were administrated fairly to both Ma-
laccans dan foreigners (hIm. 136)Orang-orang Melayu bukan sahaja ge
milang di Melaka, malahan bertebaran diseluruh kawasan Nusantara. Dengan yangdemikian, tanpa diragukan lagi merekalahyang telah menjadi penduduk asalnya.
Bangsa Melayu telah membina tamadundan peradaban yang tinggi. Sehubungandengan ini, penulis suka memetik pandangan A Aziz Deraman (Tamadun Melayudan Pembinaan Bangsa Malaysia) yang berbunyi, "Sejarah ketamadunan Melayu yangpanjang meninggalkan pusaka kebudayaan·yang amat tinggi mutu dan nilainya. Sebagaitamadun yang tinggi, dunia menyaksikansuatu kronologi peradaban yang bermuladari prasejarah menempuhi zaman Seriwijaya, Majapahit, Campa, dan memancarkan cahaya kegemilangannya pada zamankerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15.Melaka sebagai empayar besar, berpengaruhdi seluruh Tanah Melayu dan di Sumatera,bertindak sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang menghubungkan Barat dengan Timur, pusat penyebaran ilmu, sertadisegani oleh semua."
Jelas, catatan tentang Melaka sudah cukup mantap untuk dijadikan bukti kukuhakan kewujudan tamadun dan peradabanMelayu itu. Dengan keterangan di atas,wilayah Melayu itu diketahui luas, sebagaimana yang disebut lebih awal, ia meliputi wilayah yang dinamakan Nusantara.
A Aziz Deraman selanjutnya menghuraikan, "oo.bahawa bangsa rumpun Melayudilandasi oleh ketentuan identiti wilayah inisebagai Alam Melayu. Wilayah itu jugalahmenyerlahkan entiti geografi dan kebudayaan yang satu dengan pengalaman sejarah yang hampir senipa. Apa-apa sahajanama yang diberikan kepadanya Yavadwipa, 'Golden Chersonese, Malay Archipelago, Tanah Jawi atau segala nama kunomerupakan petanda wujudnya kesatuan,keutuhan wilayah budaya, dan kewujudansesuatu entiti dengan struktur dalamannyajelas bersifat Melayu."
Melayu di sini juga harus difahami bukandalam konteks ras atau kaum. Melayu itujuga bukan lagi satu etnik. Melayu sudahmencakupi satu entiti budaya. Konsep Melayu ialah konsep budaya dan entiti budayaitu. la tidak bergantung pada kapasiti ras,
etnik atau kaum lagi.A Aziz Deraman mengakui, bahawa dari
segi fizikal atau rupa bentuk Melayu itusudah berubah, "Bangsa serumpun Melayutidak lagi dapat diasaskan pada biologikerana mungkin sebagai individu kita tidaklagi memiliki seratus peratus darah warisanasli. Kewujudan bangsa terlihat dalam dunia kesaIjanaan sebagai satu unit sosiobudaya dengan segala sempadan sejarahdan ketamadunannya ...". Hal ini biasa, sementelahan ia berIaku dalam wilayah yangluas, dan kemunculan pelbagai suku daridaerah yang bertaburan itu.
Berasal
Logik bahawa orang-orang Melayu berasal dari pulau Sumatera atau kepulauan
. lainnya sebagai contoh, sekali gus merupakan logik yang tertolak, dan dangkal. Mereka sebenarnya bergerak atau 'mengalir',tentunya dari satu penempatan ke satupenempatan, dari satu daerah ke satu daerah yang lain, atau dari satu wilayah ke satuwilayah yang dipilihnya. (Realiti ini tidakubahnya sebagaimana keadaan pendudukdari Kelantan, pada masa kini mengalir keTerengganu, Pahang bahkan hingga keRompin atau ke Kedah dan Perlis di sebelahutara yang membentuk pengaliran atas kapasiti rakyat negara ini. Mereka bukanpendatang.)
Namun, pergerakan atau pengaliran inimasih di dalam satu lingkungan yang sama,yakni Alam Melayu tersebut. la berlaku ataspelbagai faktor, antaranya perkahwinan.Disebutkan bahawa setelah Islam datang keMelaka, dan Melaka menjadi pusat pengembangan Islam yangsangat disegani,berlakulah perkahwinan antara penghuniwilayah-wilayah ini. Pergerakan dan pengaliran yang terjadi ini sudah pasti tidakboleh sama sekali dilihat sebagai pergerakan 'pendatang'.
Pendatang tidak menubuhkan kerajaan.Sejarah kemasukan beberapa etnik ke negaraini sejak zaman-berzaman, yang pada pendapat Hashim Hj. Musa dikatakannya berlaku dalam dua gelombang besar, iaitu padaera pra penjajah dan pada zaman penjajahmasih disifatkan sebagai pendatang. Ini disebabkan mereka tidak membentuk atau
menubuhkan kerajaan. Mereka mungkin sudah mengasosiasikan diri ke dalam kelompok masyarakat setempat. Sifat asosiasi itumemungkinkan status mereka berubah sehinggakan mereka kemudiannya diterimasebagai Melayu. Definisi Melayu dalam Perlembagaan pula jelas diketahui umum.
Perkara 160, mentafsirkan "Melayu ertinya seseorang yang menganut agama Islam,lazim bercakap Bahasa Melayu, menurutadat istiadat Melayu" (Perlembagaan Malaysia, 1986).
Menyifatkan Melayu sebagai pendatangmerupakan satu pemesongan fakta yang terang-terangan tidak berasas. Menyamakankeberadaan mereka di dalam lingkunganwilayah mereka sendiri dengan pergerakanetnik yang lain adalah satu pendustaan kebenaran sejarah ketamadunan dan peradaban yang tidak seharusnya diperkotak-katikkan. Ia kelak akan memberi senario yangsalah, dari sudut apa-apa pun, tentang penduduk asal Alam Melayu ini. Orang-orangMelayu itu difahami sebagai latar belakangkebudayaannya amatlah besar, wilayahnyayang bertaburan luas, mereka mungkin daripada suku keturunan yang berlainan, adaMinang, ada Aceh, ada Jawa dan ada Bugis,atau lain-Iainnya. Tetapi, merekalah Melayu,Melayu yang sangat luas pengertiannya, dalam konsep entiti budaya itu.
Bersandarkan hakikat bahawa Alam Melayu didiami sejak zaman-berzaman, kepelbagaian suku yang mewarna-warnikankebudayaannya, kedudukan Melayu' sebagai bangsa yang bertamadun serta tinggiperadabannya, melihatkim pembentukankerajaan-kerajaannya, bukti kewujudanKesultanan Melayu Melaka yang besar diabad ke-15, sejarah pengaliran umatnyayang bertali arus menjejari wilayahnya, danpengertian Melayu menurut peruntukanPerlembagaan sangat jelas membuktikanbahawa Melayu bukanlah pendatang. Iatidak menepati sarna sekali ciri-ciri atausifat watak kependatangan itu .
• PENULIS ialah pensyarahKesusasteraan Melayu di FakultiBahasa Moden dim Komunikasi,Universiti Putra Malaysia (UPM).