memanaskan badan dan regangan(zul).docx

7
ARCHERY(VSPA2031) NAMA MOHD ZULFIKRI AZIZI BIN UMAR NO. MATRIK 232624 NAMA JURULATIH MOHD SHUBANTHIRIO BIN MOHD SUHAIMI KUMPULAN C

Upload: syed

Post on 17-Feb-2016

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMANASKAN BADAN DAN REGANGAN(Zul).docx

ARCHERY(VSPA2031)NAMA MOHD ZULFIKRI AZIZI BIN UMAR

NO. MATRIK 232624

NAMA JURULATIH MOHD SHUBANTHIRIO BIN MOHD

SUHAIMI

KUMPULAN C

Page 2: MEMANASKAN BADAN DAN REGANGAN(Zul).docx

MEMANASKAN BADAN DAN REGANGAN SEBELUM MEMANAH

MEMANASKAN BADAN DAN REGANGAN

Kecergasan dalam aktiviti memanah terdiri dari tiga faktor utama. Kelembutan sendi-

sendi badan dikawal oleh beberapa faktor seperti struktur tulang, otot, tendon dan ligamen.

Kesemuanya mengawal pergerakan sendi-sendi badan. Untuk meningkatkan kadar pergerakan,

latihan regangan berikut dicadangkan:

Latihan regangan

Berikut adalah latihan regangan, memanas serta menyejukkan badan. Latihan ini akan

mengelakkan kecederaan kepada otot, tendon dan sendi dan meningkatkan kelembutan. Semasa

melakukan latihan ini ,jangan tahan nafas anda kerana ia akan menjadikan anda pening. Semasa

melakukan latihan ini, otot anda akan memerlukan lebih oksigen, jadi kadar pernafasan anda

bertambah.

Pertama, melonggarkan lengan atas dan otot dada. Cantumkan jari dengan kedudukan

tapak atas kepala dengan keadaan jari terkunci antara satu sama lain. Regangkan ke atas dan

tahan selama 10 saat.Tangan keluar. Luruskan tangan anda.

Seterusnya, melonggarkan dada, bahu atas dan otot bawah lengan. Bengkokkan satu

tangan melepasi kepala dan turun ke belakang. Bengkokkan tangan yang lagi satu dari bawah ke

atas. Cuba pegang jari-jari anda dan tahan selama 10 saat. Biarkan keadaan belakang anda dalam

keadaan tegak semasa latihan ini.

Page 3: MEMANASKAN BADAN DAN REGANGAN(Zul).docx

Seterusnya melonggarkan bahu dan otot belakang. Kuncikan jari kedua-dua tangan

bersama-sama, keluarkan tangan ke hadapan dan pusing ke kiri dan kekanan pelahan-lahan

selama 10 saat. Jangan berpusing secara mengejut kerana ini akan merosakkan sendi-sendi

tulang belakang.

Seterusnya melonggarkan otot belakang dan bahu. Gunakan seutas getah, pegang kedua-

dua hujungnya, angkat kedua-dua lengan ke paras bahu dan depangkan tangan. Biarkan bahu

pada kedudukan lurus, ke belakang dan ke depan dengan cara mengembang dan menguncup otot

belikat. Lakukan selama10 saat.

Seterusnya, melonggarkan otot bahu. Gunakan seutas getah, pegang kedua hujungnya,

angkat sebelah tangan melepasi kepala dan sebelah lagi separas dengan bahu.Tarik tangan

separas bahu ke bawah kemudian tukar hala. Ulang lebih kurang 6 kali.

Disamping itu, melonggarkan otot dada dan bahu. Gunakan seutas getah, pagang kedua

hujung ketika getah berada di bahagian belakang badan. Angkat kedua tangan separas bahu

kemudian hayunkan tangan ke depan untuk menegangkan getah. Tahan selama 10 saat dan ulang

sebanyak 6 kali.

Sebagai regangan terakhir iaitu Melonggarkan otot memanah Gunakan seutas getah. Ikat

kedua hujungnya untuk membentuk satu lingkaran, buat aksi seperti menarik tali panah. Tahan

selama 10 saat. Ulang sebanyak 6 kali. Ulang latihanmenggunakan tangan yang sebelah lagi.

Page 4: MEMANASKAN BADAN DAN REGANGAN(Zul).docx

Kesimpulan

Aktiviti pemanasan badan ini adalah sangat penting di dalam sukan. Ini adalah

keranaaktiviti inikan menyebabkan tubuh badan kita dapat bersedia dari segi mental dan

fizikalsebelum kita melakukan aktiviti yang lebih lasak. Pemanasan badan ini berperananuntuk

mengelakkan kita tercedera semasa melakukan regangan. Aktiviti pemanasanbadan adalah tidak

sama dengan aktiviti regangan. Pemanasan badan dilakukansebelum melakukan regangan.

Setelah kita melakukan regangan barulah kita bolehmelakukan aktiviti yang lebih lasak. Apa bila

kita mengikut turutan ini, badan kita akanlebih bersedia untuk melakukan aktiviti yang lasak.

Apabila kita melakukan aktivitipemanasan badan, suhu badan akan naik. Dengan erti kata lain,

aktiviti pemanasanbadan inni telah meningkatkan suhu badan dan suhu otot pada badan.

Page 5: MEMANASKAN BADAN DAN REGANGAN(Zul).docx

LAMPIRAN

PERTAMA KEDUA

KETIGA KEEMPAT

KELIMA KEENAM

KETUJUH