menarik bulan ini! - psn.gov.my-psn-ogos-14... · mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga...
TRANSCRIPT
Menarik Bulan Ini!
Program Perkampungan STI MOSTI Sempena Minggu Merdeka 2014…1
Majlis Jamuan Raya & Apresiasi PSN 2014…2 Bacaan Surah Yassin & Tahlil (Sempena Hari Perkabungan Negara)...2
Khabar Dari PSN Cawangan Wilayah Utara…2
Sana-Sini PSN…3
Info Sains…3
Program-Program Menarik…4
Sudut Buku…4
Jom Kenali Bahan Pameran…4
Sebarang pertanyaan atau
maklumbalas, sila hubungi:
Pusat Sains Negara,
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi,
Persiaran Bukit Kiara,
50662 Bukit Kiara,
Kuala Lumpur .
Tel: 03-2089 3400
Faks: 03-2089 3401
www.psn.gov.my www.facebook/PusatSainsNegara
1
PROGRAM PERKAMPUNGAN STI MOSTI SEMPENA MINGGU MERDEKA 2014
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah
menganjurkan Program Perkampungan STI MOSTI 2014 pada
28 Ogos hingga 1 September lalu, bertempat di Laman Tunku
Abdul Rahman, Kuala Lumpur, bersempena bulan kemerdekaan
Malaysia kali yang ke-57.
Pusat Sains Negara (PSN) turut terlibat dalam perkampungan
STI lima hari itu dengan mengenengahkan bahan pameran yang
berkonsepkan sains dan muzik. Selain membawa konsep muzik
yang menggunakan teknologi terkini, PSN juga berkongsi
pengetahuan mengenai beberapa jenis muzik yang boleh
terhasil daripada bahan buangan.
Orang ramai yang hadir dan mencuba bahan pameran yang
disediakan PSN bukan sahaja merasa seronok mengenali sains
dan muzik malah mereka juga optimis untuk mempelajari ilmu
sains dengan lebih dekat.
Program berkenaan juga memberi pendekatan bersepadu
melibatkan empat komponen yang berkait rapat dengan
pembangunan modal insan yang menyentuh aspek rohani,
mental, intelektual dan fizikal.
SPEKTRUM@PSN EDISI OGOS 2014
MAJLIS BACAAN SURAH YASSIN & TAHLIL SEMPENA HARI PERKABUNGAN NEGARA
Pusat Sains Negara (PSN) telah mengadakan Majlis
Bacaan Surah Yassin dan Tahlil Sempena Hari
Perkabungan Negara pada 22 Ogos yang lalu. Bacaan
Surah Yassin dan Tahlil tersebut telah diketuai oleh En
Abdul Malik Ibrahim, Pereka PSN. Majlis itu diadakan
bersempena memberi penghormatan terakhir kepada
para penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam
tragedi nahas MH17 yang telah ditembak jatuh di
Wilayah Donestk, Timur Ukhraine, pada 17 Julai 2014.
Pihak PSN turut bersama-sama berhimpun dan
bertafakur selama seminit secara serentak seluruh
negara bagi menzahirkan rasa dukacita dan hiba atas
kejadian yang berlaku. Seluruh warga kerja PSN
mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga dan
sahabat handai mangsa nahas MH17. Al-Fatihah.
MAJLIS JAMUAN RAYA & APRESIASI PSN 2014
Majlis Jamuan Raya dan Apresiasi Pusat Sains Negara
(PSN) 2014 telah diadakan pada 26 Syawal 1435H yang
lalu. Majlis ini telah dihadiri oleh seluruh warga kerja
PSN termasuklah bekas staf dan pesara yang pernah
berkhidmat di sini. Sebanyak tiga aktiviti telah dijalankan
sepanjang majlis berlangsung iaitu pertandingan
pakaian tercantik, persembahan berkumpulan terbaik
dan gerai tercantik. Para pemenang bagi setiap kategori
yang dipertandingkan dipilih berdasarkan undian ramai.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang dan
penerima cenderahati telah disempurnakan oleh YBrs.
Prof. Madya Dr. Irmawati Ramli, Pengarah PSN.
Penduduk wilayah utara semakin menghargai
dan menerima kewujudan Pusat Sains Negara
Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU) sebagai
satu hub informasi dan pembelajaran secara
tidak formal sekaligus menjadikan PSNCWU ini
sebagai tempat riadah berilmiah bagi penduduk
tempatan.
PSNCWU juga sering menjadi lokasi yang
dipilih bagi tujuan penyelidikan dan
pengumpulan maklumat mengenai sains,
teknologi dan inovasi (STI) serta dari aspek lain
yang berkaitan.
Kehadiran mahasiswa daripada pelbagai
institusi pengajian tinggi awam dan swasta ke
PSNCWU, secara tidak langsung telah
mempromosikan PSNCWU dengan lebih
meluas lantas menjadi pilihan sebagai lokasi
kerja kursus mereka untuk menyiapkan tugasan
yang diberi pensyarah.
Ini membuktikan bahawa PSNCWU telah
diterima baik oleh masyarakat setempat dan
sektor akademik wilayah berkenaan dengan
menjadikan PSNCWU sebagai hub
pembelajaran dan pengajaran dalam bidang
STI.
Masyarakat kini sudah mula sedar akan
kepentingan memahami ilmu sains asas dalam kehidupan seharian.
2
KHABAR DARI PSN CAWANGAN WILAYAH UTARA
PSNCWU SATU HUB INFORMASI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR
SANA-SINI PSN…
SPEKTRUM@PSN EDISI OGOS 2014
INFO SAINS
3
Festival Sains Teknologi dan Inovasi (FESTI)
18 Ogos 2014
Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu
Lawatan Rasmi Delegasi China
26 Ogos 2014
Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur
Lawatan Rasmi Delegasi
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
14 Ogos 2014
Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur
PROGRAM-PROGRAM MENARIK
SPEKTRUM@PSN EDISI OGOS 2014
SUDUT BUKU
4
SHARK
Penulis : Miranda Macquitty
Penerbit : Dorling Kindersley (1992)
Buku ini memberi maklumat kepada
kita berkenaan sejarah hidup, tingkah
laku dan habitat seekor ikan jerung.
Kita juga akan dapat mempelajari
pelbagai jenis ikan jerung yang hidup
di dasar laut dalam buku ini.
JOM KENALI BAHAN PAMERAN
Nama : Mindball
Lokasi: Galeri Thinking Machine
(Aras 2)
Fungsi: Bahan ini berfungsi untuk
menguji bagaimana sesuatu objek
menerima arahan daripada arus minda
sama ada ia akan bergerak atau
berhenti.
Pameran ‘Whodunit?’
8 September 2014- 5 Februari 2015 Pusat Sains Negara
Kuala Lumpur
Science Kids 2014 26-30 September 2014
Pusat Sains Negara Kuala Lumpur
Festival Sains 2014
November 2014 Pusat Sains Negara
Kuala Lumpur