mengembangkan kekayaan anda di kota singa · kelebihan singapura termasuk: • pemerintah dan mata...
TRANSCRIPT
MENGEMBANGKAN KEKAYAAN A N DA DI KOTA SI NGA
03Lindungi kekayaan anda dalam dunia yang tidak menentu
08Keperluan kewangan anda berbeza di puncak
06Kuasa besar dalam industri kewangan
09Masa untuk nikmati kejayaan anda
07Mengapa Prudential
14Perbandingan – Insurans di Singapura dan Malaysia
K A N D U N G A N
Kekayaan yang telah anda bina menandakan kejayaan anda. Sebagai seorang individu Bernilai Bersih Tinggi, anda mempunyai keupayaan untuk melebarkan lagi sayap anda.
Dengan menjadikan Prudential Singapura rakan kongsi kewangan pilihan anda, anda menjadi sebahagian daripada hubungan yang telah bertahan selama 85 tahun di salah sebuah negara yang paling selamat dan dikawal selia dengan ketat di dunia.
03
Kecekapan Singapura sudah terbukti.
Berada di barisan hadapan ekonomi pengetahuan, reputasi Singapura dibina atas mutu, kebolehpercayaan, integriti dan peraturan undang-undang sambil ia terus mengekalkan antara taraf hidup yang tertinggi di dunia.
Dengan melaburkan sebahagian daripada aset anda di Singapura, anda meraih kestabilan, keselamatan dan penglibatan secara langsung dengan sebuah hab kewangan antarabangsa, yang juga merupakan pangkalan perniagaan serantau kepada pelbagai syarikat insurans.
Kelebihan Singapura termasuk:
• Pemerintah dan mata wang yang stabil Sebagai tunjang kewangan di Asia, kestabilan Singapura yang terbukti memberikan anda ketenangan fikiran dan keyakinan untuk melabur dan meneroka.
• Industri kewangan yang dikawal selia dengan ketat Semua institusi kewangan dan Perunding Kewangan dikawal selia dan dipantau oleh Penguasa Kewangan Singapura.
• Pendirian yang pro-perniagaan Kepada para pelabur, ini bermakna undang-undang dan kadar cukai yang kompetitif yang tidak menghakis keuntungan anda, mudahnya melakukan pelaburan serta transaksi yang selamat dan terjamin.
L I N DU NG I K E K AYA A N A N DA DALAM DUNIA YANG TIDAK MENENTU
04
P E NJAGA A N K E S I H ATA N
Singapura merupakan sebuah hab perubatan antarabangsa dengan infrastruktur perubatan yang dinilaikan sebagai yang terbaik di Asia dan menduduki tempat pertama sebagai destinasi pelancongan perubatan kegemaran di peringkat global oleh Laporan Pelancongan Perubatan dan Kesejahteraan Dewan PHD 2013*.
• Akses mudah kepada doktor pakar kanan yang berpengalaman
• Pengkhususan yang tinggi dalam kader pakar
• Ramai doktornya terlatih di hospital-hospital terkemuka di seluruh dunia
• Penggunaan peralatan, teknik dan rawatan terkini
*Sumber: Lembaga Pelancongan Singapura
• Singapura dinilaikan oleh Bloomberg sebagai yang terbaik antara 51 negara bagi sistem penjagaan kesihatan paling cekap
• Menduduki tempat kedua di dunia bagi hasil penjagaan kesihatan oleh The Economist Intelligence Unit
Sumber: Lembaga Pelancongan Singapura
05
USAustr
alia
Singapura
S$87,000 S$171,050 S$145,653
Sumber-sumber: SPH – The Sunday Times,19 Mei 2013; British Council; Pusat Maklumat Pendidikan Amerika Syarikat (USEIC); www.studyinaustralia.gov.au; Kementerian Pendidikan
Kos Pendidikan Universiti
Universiti Kebangsaan Singapura menduduki tempat pertama dalam senarai universiti-universiti terkemuka Asia. Universiti Teknologi Nanyang juga menduduki tempat kedua secara bersama di Asia.
Sumber: Straits Times Jun 21 2016, NUS, NTU mendahului senarai universiti-universiti terbaik Asia.
P E N D I D I K A N
Dengan kekurangan sumber semula jadi yang sangat ketara, satu-satunya kelebihan Singapura mengikut sejarah adalah tenaga kerjanya yang berpendidikan tinggi, inovatif dan bermotivasi. Semangat ini berterusan sehingga ke hari ini dengan sistem pendidikan yang disegani di seluruh dunia.
• Universiti bertaraf dunia berhampiran anda
• Ekosistem cemerlang bagi pendidikan yang berbilang budaya dan bahasa
• Pengajian tinggi peringkat teratas pada kos yang lebih rendah berbanding banyak negara-negara lain
• Mutu hidup yang tinggi di bandar kosmopolitan
06
Beribu pejabat di London, Prudential merupakan nama yang dipercayai di Singapura selama lebih daripada 85 tahun.
• Peneraju pasaran di Singapura yang menguruskan dana bernilai S$30 bilion
• Disenaraikan di Bursa Saham Singapura dan bursa saham utama yang lain di seluruh dunia
• Mengekalkan Penilaian Kekuatan Kewangan AA oleh Standard & Poor’s pada tahun 2016
KUASA BESAR DALAM I N D U S T R I K E W A N G A N
07
*8.30pg hingga 5.30ptg (SGT), Isnin hingga Jumaat, kecuali hari cuti umum Singapura.
Komponen utama hubungan anda dengan Prudential Singapura adalah komitmen kami untuk memberikan anda perkhidmatan yang terbaik, di mana sahaja anda berada.
• Perunding Kewangan berdedikasi yang akan menjaga keperluan anda
• Kemudahan talian perkhidmatan pelanggan untuk bantuan atau maklumat yang anda perlukan di +65 6333 0333*
• Manfaat eksklusif seperti perkhidmatan limosin apabila anda tiba di Singapura
• Undangan khas ke acara-acara utama sebagai salah seorang pelanggan kami yang dihargai
• Akses kepada hospital-hospital bereputasi tinggi dan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia menerusi gabungan khas kami
MENGAPA PRUDENTIAL
08
Melindungi diri dan aset anda sambil mengurangkan liabiliti anda memerlukan penelitian
jauh dan persiapan. Mulakan dengan pelan kewangan yang komprehensif dan disesuaikan
mengikut keperluan anda daripada Prudential.
• Insurans ‘Keyman’
• Pengurusan Aset
• Perancangan Persaraan
• Perancangan Pewarisan
KEPERLUAN KEWANGAN ANDA BERBEZA DI PUNCAK
09
Kata mereka, orang yang berada di puncak gunung, tidak terjatuh di situ. Mungkin sudah
tiba masanya untuk berehat dan menikmati pemandangan. Dengan sedikit perhatian dan
perancangan, hari-hari senja anda akan menjadi detik-detik yang terbaik dalam hidup anda.
MASA UNTUK NIKMATI KEJAYAAN ANDA
10
I N S U R A N S ‘ K E Y M A N ’
Asas sebuah syarikat yang berjaya seringkali terdiri
daripada beberapa orang utama yang menerajui
kepimpinan dan visi yang mendorong pertumbuhan.
Sekiranya sesuatu yang tidak diingini terjadi, kehilangan
walau seorang daripada anda boleh melumpuhkan syarikat.
Perlindungan ‘Keyman’ membantu mengisi kekosongan
yang ditinggalkan oleh kehilangan pemegang jawatan
utama dengan melindungi perbelanjaan kritikal. Ia juga
merupakan insentif yang menarik untuk meyakinkan ahli
pasukan teras anda supaya terus kekal bersama syarikat.
11
P E N G U RU SA N A S E T
Anda telah bekerja keras seumur hidup anda untuk mencapai
kekayaan. Inilah masanya kekayaan anda bekerja untuk anda.
Prudential Singapura mampu membantu anda
mengembangkan kekayaan anda dengan model pelaburan
‘open-architecture’ kami. Ini bermakna anda akan melabur
dalam hanya yang terbaik di luar sana kerana kami tidak terikat
atau berkewajipan kepada pengurus dana dalam syarikat.
RIZAB KECEMASANterdiri daripada 3 hingga 6 bulan wang tunai atau aset
yang mudah dicairkan
ASET DEFENSIFuntuk melindungi
kekayaan anda
RIZABmemberikan anda pulangan
yang lancar dan stabil
PELABURAN dengan risiko tinggi dan mudah
berubah-ubah dengan potensi pulangan lebih baik
12
P E R A N C A N G A N P E R SA R A A N
Masa tidak ternilai harganya. Kita harus memanfaatkan
kesempatan-kesempatan yang menguntungkan segera,
tanpa menunda-nunda. Dalam masyarakat yang cepat
menua, bukan sahaja anda perlu menjaga kesihatan diri
sendiri tetapi juga tanggungan anda. Malahan, kesihatan
peribadi dan keluarga mereka telah disebut oleh 73.4%
daripada individu Bernilai Bersih Tinggi dalam satu pungutan
suara sebagai isu yang menjadi keprihatinan mereka*.
Dengan mendapatkan nasihat yang terbaik daripada
pakar-pakar kewangan dan perubatan di Singapura, anda
memastikan kesejahteraan fizikal dan fiskal anda untuk
tahun-tahun yang mendatang.
*Sumber: Laporan Kekayaan Asia-Pasifik 2015, Capgemini dan
Pengurusan Kekayaan RBC
13
P E R A N C A N G A N P E WA R I SA N
Pelan pewarisan memastikan aset-aset anda kekal dalam
keluarga dan mengagihkannya mengikut kemahuan anda.
Bebas daripada kebimbangan tentang pembahagian
kekayaan, anda dapat meluangkan lebih banyak masa di
padang golf bersama rakan-rakan anda dan bukan di pejabat
peguam merunsingkan tentang siapa dapat apa.
Untuk memastikan aset anda dibahagikan secara saksama,
pertimbangkan untuk menggunakan polisi insurans. Dengan
85 tahun pengalaman di Singapura, Prudential berada dalam
kedudukan yang unik untuk menasihatkan anda polisi paling
sesuai untuk anda.
14
PE R BA N DI NGA N – INSURANS DI SINGAPURA DAN MALAYSIA
15
SINGAPURA MALAYSIA
Perlindungan untuk penyakitkritikal di peringkat awal | Ya
Perlindungan untuk penyakitkritikal di peringkat pertengahan | Ya
Premium mungkin lebih rendah olehkerana jangka hayat yang lebih tinggi*
Perlindungan untuk penyakitkritikal di peringkat awal | Tidak
Perlindungan untuk penyakitkritikal di peringkat pertengahan | Tidak
Premium mungkin lebih tinggi olehkerana jangka hayat yang lebih rendah*
Pensijilan diperlukan sebelum dilantiksebagai Perunding Kewangan? | Ya
Keperluan menjalani latihan pembangunan profesional tahunan | Ya
Jangkaan untuk memenuhi komitmen sepenuh masa sebagai Perunding Kewangan? | Ya
Pensijilan diperlukan sebelum dilantiksebagai Perunding Kewangan? | Ya
Keperluan menjalani latihan pembangunan profesional tahunan | Tidak
Jangkaan untuk memenuhi komitmen sepenuh masa sebagai Perunding Kewangan? | Tidak
Perlindungan data peribadi | Ya Perlindungan data peribadi | Ya
Polisi mesti ditandatangani di Singapura Polisi boleh ditandatangani di Malaysia
Ditadbir oleh badan kawal selia | Ya Ditadbir oleh badan kawal selia | Ya
* Sumber: Bank Dunia, Jangkaan Hayat Ketika Lahir, Jumlah (Tahun) http://data.worldbank.org/indicator/SP.DYN.LE00.IN
Untuk maklumat lanjut, temui Perunding Kewangan Prudential anda. Hubungi kami di 1800 333 0333 hari ini.
www.prudential.com.sg
NOTA-NOTA:Risalah ini bukanlah sebuah kontrak insurans dan semua data yang dinyatakan di sini hanyalah untuk tujuan maklumat. Walaupun Prudential Assurance Company Singapore (Pte) Limited (“Prudential”) telah melakukan segala usaha untuk menggunakan sumber-sumber yang boleh dipercayai, kami tidak boleh secara sendiri mengesahkan ketepatan data yang digunakan di sini. Pelanggan tidak seharusnya bergantung semata-mata pada maklumat yang dinyatakan dalam risalah ini dalam membuat keputusan untuk melakukan sebarang transaksi kerana tiada apa yang terkandung di sini merupakan nasihat kewangan, pelaburan atau sebarang nasihat profesional yang lain. Kami mengesyorkan supaya pelanggan mendapatkan nasihat daripada Perunding Kewangan Prudential. Setakat mana dibenarkan sepenuhnya di bawah undang-undang Singapura, Prudential tidak menjamin dan dengan ini menafikan sebarang jaminan berhubung dengan ketepatan, kebolehpercayaan, maklumat terkini, bukan pelanggaran atau kesesuaian bagi sebarang tujuan tertentu mana-mana kandungan risalah ini. Risalah ini adalah untuk kegunaan di Republik Singapura sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai telah disediakan di luar Republik Singapura atau meyakinkan mana-mana pengguna di luar Republik Singapura untuk membeli sebarang produk insurans. Risalah ini tidak membentuk sebahagian daripada kontrak polisi atau nasihat, pelawaan atau cadangan kepada mana-mana individu untuk membeli sebarang kontrak insurans atau melibatkan diri dalam sebarang transaksi yang serupa yang dinyatakan dalam risalah ini. Maklumat adalah tepat pada 31 Mac 2017.
SYARAT-SYARATMENANDATANGAN
PENGAWASANPENGAWALAN
PENSIJILANPERUNDINGKEWANGAN
PERLINDUNGANDATA PERIBADI
PREMIUM &PERLINDUNGAN
15
16
Singapura dan Prudential.
Rakan pelaburan terbaik untuk bersama mengembangkan dan melindungi kekayaan anda.
Hubungan anda sangat berharga. Lindungi mereka.