mengenai kepercayaan dan juga pegangan cina ini boleh dibahagikan kepada dua ketegori
TRANSCRIPT
-
Mengenai kepercayaan dan juga pegangan Cina ini boleh dibahagikan kepada dua
ketegori, yang pertama adalah kepercayaan dalam agama dan yang kedua pula
kepercayaan dalam adat dan budaya. Antaranya dinyatakan di bawah:
a) Kepercayaan dalam agama: Kepercayaan kepada dewa-dewi, roh nenek
moyang (spiritisme), dan lain-lain spirituil.
Antara kepercayaan ritual yang terkenal di Kelantan ialah Datuk Kong atau dikenali
sebagai Tok Kong. Menurut sebutan orang Cina adalah merupakan Local Deity
atau Dewa Kawasan bagi sesuatu tempat. Paling terkenal dengan panggilan Earth
Deity atau Dewa Bumi. Apa yang nyata, ia merujuk kepada personaliti yang
sama, iaitu Datuk Kong atau dikenali juga Datuk Keramat. Datuk Kong merupakan
dewa pangkat rendah di dalam hirierki dewa-dewi Cina. Kebanyakkan Datuk Kong
yang disembah adalah orang Melayu yang telah meninggal malah patung di dalam
rumah Datuk Kong juga merupakan patung berciri- cirikan orang Melayu dengan
memakai songkok, berkain samping, berbaju Melayu dan memegang rantai tasbih.
Ini kerana mereka mempercayai bahawa roh orang baik-baik dan alim ini bila
disembah dan disajikan dapat memberikan pelindungan kepada penduduk kampung.
Datuk Kong ini juga dikatakan dapat memberi kekayaan kepada sesiapa yang rajin
membaca zikir atau mantranya berulang kali (seperti bertasbih) dan sesiapa yang rajin
memuji-muji Datuk Kong akan diluaskan rezekinya, dilepaskan dari segala bentuk
kesulitan dan lain-lainnya. Datuk Kong juga akan menunaikan hajat kepada sesiapa
sahaja yang berdoa kepadanya. Dalam sesetengah upacara Datuk Kong akan dipanggil
oleh bomoh Cina dengan cara menurun untuk berkomunikasi dengan penganut-
penganutnya.
b) Kepercayaan adat: Kepercayaan kepada angka.
Secara asasnya masyarakat Cina amat mengambil berat mengenai angka kerana bagi
mereka angka memiliki eleman positif dan negatif. Hal ini tergolong dalam ketegori
membawa tuah dan nasib. Mereka mempercayai bahawa setiap angka memiliki
maksud tersendiri kecuali angka 1 yang tidak memiliki apa-apa penafsiran. Dalam
banyak-banyak angka, angka yang dianggap negatif satu-satunya angka 4. Mereka
mempercayai bahawa angka 4 adalah angka yang membawa sial danmemiliki
eleman yang negatif. Ini kerana mereka mempercayai bahawa angka (s)=4 ia mempunyai bunyi yang sama dengan ( s ) yang membawa maksud mati, nombor empat telah menjadi nombor malang bagi budaya orang Cina, Jepun, Korea dan
Viatnam. Berlainan pula dengan angka (b)= 8Mempunyai bunyi yang sama dengan (f) yang membawa maksud kemewahan. Dalam dialek cantonese pulak,
bunyi b disebut sebagai baat dan sama bunyinya dengan faatyang bermakna
masa depan yang cerah. Tidak hairanlah sekiranya mereka sanggup menghabiskan
ribuan ringgit untuk memiliki angka ini. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan juga
ada sesetengah kaum Cina juga telah menolak kepercayaan ini dan mereka
menganggapnya sebagai kepercayaan yang karut.
-
[Dr. Hj. Ann Wan Seng]
Menjelaskan Pantang Larang Kaum Cina:
Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan
seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka
banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan
yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal, kelahiran, perkahwinan dankematian. Adat resam
dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam
masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam
masyarakat Cina secara keseluruhannya.
a) Sewaktu mengandung
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa
mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa
kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina
yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalamsetiap tindak-tanduk dan kegiatan
seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita
mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini
kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek
moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan
apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya. Terdapat banyak
pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. Antaranya mereka tidak dibenarkan
melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami
kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-
kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi.
Di samping itu mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin.
Sewaktu mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan
-
tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa
mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk
mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai.
Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka
kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan,
wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang tajam seperti nenas dan
mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini
akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki
atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama
apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang di kandung
adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.
b) Kelahiran:
Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya di dalam
bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak
dibernarkan sama sekali. Ibu yang mengandung mesti berjaga-jaga supaya tidak terperanjat
dengan benda-benda yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira-kira sebulan
selepas bersalin. Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji berat badannya. Sebaliknya
kata-kata pujian seperti gemuk atau gemuk macam babi dapat diterima. Kelahiran
seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara mara dan sahabat handai
memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah-hadiah itu dibungkus dengan kertas merah.
Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur satu tahun.
c) Perkahwinan
Perkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun
keluarganya. Ia merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi perubahan bagi seseorang
lelaki. Pada umumnya, perkahwinan adalah cara yang sah untuk mendapatkan seseorang isteri.
Institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta
memulakan zuriat sendiri. Di samping itu, lelaki Cina akan menghadapi banyak tanggungjawab
baru sebagai suami dan sebagai seorang bapa kemudiannya. Dalam masyarakat Cina, pada masa
dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila kanak-kanak itu berumur di antara 7 dan 14 tahun.
Selanjutnya tidak terikat lagi dengan peraturan tradisional bagi seseorang perempuan Cina
untuk berkahwin. Pada masa dahulu sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu bapa.
Tetapi keadaan itu telah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun ibu bapa masih mempunyai
kuasa dalam mencampuri hal perkahwinan anak-anak mereka. Walaupun kini perkahwinan
tidak diatur oleh ibu bapa tetapi peringkat ramalan nasib masih dijalankan dan ia merupakan
peringkat yang sangat penting. Penetapan masa dan tarikh untuk perkahwinan juga penting.
Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa
sesuatu perkahwinan diadakan iaitu:
1. Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai suami
isteri yang sah dari segi undang- undang.
2. Upacara minum teh. Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin
baru memberi teh kepada ahli-ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda
pengenalan antara satu sama lain.
3. Jamuan makan. Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan-kawan akan dijemput.
Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk
dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja. Perkara yang dianggap mustahak dalam
-
perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman perkahwinan itu kepada kawan-kawan dan dan
saudara mara mereka dengan mengadakan jamuan. Besar kecilnya jamuan ini bergantung
kepada kemampuan seseorang. Oleh kerana majlis ini penting maka tetamu-tetamu yang hadir
eloklah memakai pakaian yang cantik dan berwarna merah. Sebaiknya-baiknya hendaklah
dielakkan daripada memakai baju yang berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna-warna
ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa sedih dalam masyarakat Cina. Apabila tetamu
berjumpa dengan kedua pengantin baru itu mereka haruslah mengucapkan tahniah kepada
mereka. Tetamu janganlah menceritakan atau menyebut perkataan-perkataan yang sedih seperti
kematian, sakit, bencana atau hantu apabila bertutur dengan kedua pengantin itu.
Warna merah dikalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh
kerana itu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus dengan kertas berwarna merah.
d) Kematian
Upacara kematian yang melibatkan penziarahan dan penjagaan mayat biasanya berlangsung
dari tiga hingga tujuh hari. Ini untuk membolehkan sanak saudara dan rakan taulan memberi
penghormatan terakhir, selain menghadiri upaca pengebumian. Sumbangan wang
dalam sampul putih biasanya disampaikan kepada keluarga si mati oleh mereka yang datang
menziarahi. Jumlahnya pula perlu berupa wang dalam bentuk angka yang ganjil.
Pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna-warni sewaktu pergi ke
rumah orang mati. Sebaiknya-baiknya pelawat itu memakai baju berwarna muram seperti hitam
atau kelabu dan sebagainya. Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah
membawa sepasang lilin putih duit kertas dan lain-lain alat sembahyang untuk diberikan
kepada keluarga si mati yang kurang berada. Sekarang lazimnya pelawat memberikan derma
atau menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu
persatuan menyediakan panji-panji yang ditulis dengan kata-kata pujian kepada si mati.
Dalam kebudayaan Cina, kematian selain melibatkan perbelanjaan wang yang besar
jumlahnya, dianggap sebagai sesuatu yang kotor/mencemarkan, malah amat kotor dan
mencemarkan sekali. Justeru itu, terdapat dua pihak yang terpaksa bergelumang dengan
kekotoran/ pencemaran yang membawa sial ini. Pertama ialah keluarga si mati, kedua ialah
rakan taulan yang menziarah.
Sehubungan dengan kekotoran ini, mayat Cina diuruskan dengan penuh berhemat dan
penuh teliti. Oleh itu, (orang Cina) mengambil langkah berhati-hati semasa berhadapan dengan
hal kematian dan lebih-lebih lagi dengan mayat si mati. Untuk ini, ramai (orang Cina) yang
berada pada jarak yang jauh daripada mayat dan sesetengahnya tidak pun mahu melihat mayat
dalam keranda dari jarak yang dekat semasa memberi penghormatan terakhir takut-takut
terlekat sial. Dalam hal ini, seboleh-bolehnya mayat dan keranda tidak boleh disentuh oleh
mereka (orang Cina) yang mengziarahi. Ini kerana penyentuhan itu dianggap terlalu berbahaya,
apatah lagi untuk diusung pada hari pengkebumian.
Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah
atau gula-gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna yang
membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula-gula yang
diberi itu boleh dimakan.
e) Perayaan
-
Majlis riang ria yang paling dinantikan oleh kaum Cina adalah tahun baharu. Ia boleh
dikatakan festival Cina yang paling penting dan yang paling meriah untuk diraikan selama
15 hari pada bulan pertama takwim Cina.
Perayaan tahun baru diadakan jamuan yang istimewa sempena menghimpunkan ahli
keluarga untuk merayakannya di malam tahun baru. Perayaan ini diserikan dengan adat
orang tua memberi angpau kepada kanak-kanak dan ahli keluarga yang belum mendirikan
rumah tangga. Pemberian angpau adalah untuk melambangkan kegembiraan, selain
merupakan semacam restu untuk kehidupan makmur serta untung nasib yang baik
sepanjang tahun.
Tarian singa dipersembahkan sempena perayaan ini, adalah untuk menghalau kuasa jahat
seperti syaitan dan iblis. Ia juga dilihat sebagai mengundang perkara yang baik-baik.
Kadang kala tarian singa dipersembahkan untuk dikaitkan dengan cuaca sepanjang tahun
dipenuhi rahmat dan hujan.
Mercun ikut dipasang untuk menghalau kuasa jahat selain menandakan kemeriahan
perayaan tahun baru. Dan pada tahun baru juga terdapat buah yang sinonim dengan orang
Cina iaitu limau. Juga menjadi amalan baik untuk membawa dua atau empat biji limau
Mandarin untuk diberikan kepada tuan rumah oleh tetamu semasa menziarahi pada
perayaan tahun baru. Pemberian limau itu diibaratkan sebagai pemberian emas. Ini kerasa
dalam bahasa sukuan Cina kantonis, nama/sebutan untuk limau menyerupai nama/sebutan
untuk emas.
f) Pantang larang makan
Orang Cina amat mementingkan kesihatan dan makanan yang berkhasiat. Orang tua dilarang
memakan kangkung kerana boleh menyebabkan sakit sendi. Mereka yang mempunyai luka
pada badan tidak dibenarkan memakan udang dan ketam kerana mengakibatkan luka susah
sembuh. Pada tahun baru Cina, ikan yang dimakan tidak boleh putus kerana membawa petunjuk
yang tidak baik. Para nelayan yang makan di atas kapal dilarang membalikkan ikan yang
mereka makan kerana boleh membawa bencana dan kemalangan. Orang Cina tidak digalakkan
bercakap semasa makan. Mereka dilarang mengetuk mangkuk dan pinggan dengan penyepit.
Terdapat banyak kepercayaan Cina jika ingin disenaraikan. Ini kerana orang Cina akan
mewarisi setiap kepercayaan daripada nenek moyang mereka. Jadi, tidak menjadi masalah
untuk memahami kondisi mereka memandangkan ia adalah kepercayaan yang menyeluruh di
dalam kalangan masyarakatnya. Hal ini boleh dirujuk mana-mana buku yang disenaraikan di
akhir perbincangan masalah ini juga boleh dirujuk kepada orang Cina sendiri.
Setelah mengenal pasti kepercayaan dan pegangan orang Cina maka bolehlah
dikritiskan dengan memahami kepincangan dalam agama mereka. Sebelum itu hendaklah
mengetahui bagaimana kronologi agama Cina terbentuk.
Mengenal Pasti Masalah Dalam Agama Yang Dianut Oleh Cina:[1]
a) Majoriti Cina non-muslim di Malaysia adalah penganut agama Buddha (Mahayana).
Dalam falsafah Buddha ini terdapat beberapa kepincangan dasar dan salah satunya
falsafah Buddha tidak memiliki penjelasan mengenai konsep ketuhanan dan juga
penciptaan. Sebelum itu perlulah mengenali konsep agama yang dianut oleh orang
Cina. Hal ini boleh dilihat dalam sejarah China di mana kronologi pencantuman tiga
agama Cina berlaku iaitu agama Confusios, Taoisme dan Buddha. Hal ini
dinamakan sebagai sinkretisme (ia adalah hasil daripada gnosticisme dibawah
-
pecahan pluralisme) atau dikenali penyatuan aliran yang berbeza-beza. Orang Cina
menggangap ketiga agama itu saling isi mengisi antara satu sama lain, yang satu
menyempurnakan kekurangan yang lain. Bagi mereka yang hendak mengatur alam
realiti akan merujuk kepada Confusios. Mereka yang mencarikan kehidupan yang
romantik dan perhubungan alam ghaib akan merujuk kepada Taoisme. Manakala
bagi mereka yang menempuh jalan ke akhirat akan merujuk Buddha. Pada
hakikatnya memang tidak ada pertentangan atau percanggahan benterokan ketiga
agama ini, kerana masing-masingnya seolah-olah berjalan mengikut lajurnya sendiri
dan tidak memasuki lajur yang lain. Bagi mereka tiga agama itu mempunyai satu
tujuan juga, iaitu hendak memberi kebahagian kepada manusia.
b) Kaum Cina sangat fleksibel dan juga memiliki pegangan yang kukuh terhadap
falsafah mereka. Sekira diteliti kembali sejarah perkembangan agama Buddha yang
mana kronologi awal pengasasnya adalah Siddhartha Guatama Buddha yang lahir
dari Kapilavastu terletak di sebelah utara India Tengah berhampiran dengan Nepal.
Guatama Buddha pada awalnya adalah seorang penganut agama Hindu yang
membawa pembaharuan di dalam agamanya. Setelah itu dia dipulaukan oleh
golongan Brahma kerana dia didakwa sebagai seorang ahli bidah. Jelas disini
bahawa Guatama Buddha adalah orang India dan membawa ideologi Hinduisme.
Persoalan mula timbul, bagaimanakah orang Cina menerima agama Buddha
sedangkan sejarah awal Buddha tidak ada kaitan dengan Cina? Sejarah menyatakan
bahawa falsafah Buddha mula memasuki ke Cina pada 399 SM oleh seorang sami
yang bernama Fa Hsien. Ini jelas bahawa kaum Cina sangat fleksibel sehingga dapat
mengaplikasikan Buddha pada awalnya adalah India kepada budaya Cina.
c) Dalam agama Buddha memiliki kitab sucinya yang dinamakan Tri-Pitaka yang
bermakna tiga bakul. Kitab ini ditulis dalam bahasa Pali, suatu bahasa
yangmempunyai perkaitan rapat dengan bahasa Sanskrit. Tripitaka yang dalam
bahasa Pali disebut Tipitaka adalah tiga gabungan tulisan penting yang
terdiri daripada: Vinaya Pitaka, Sutta Pitaka, dan Abhi-dhamma Pitaka yang ditulis
dalam bentuk persajakan, memuatkan ajaran-ajaran mengenai kepelbagaian
cawangan doktrin Buddha. Kitab agama Buddha ini sukar untuk diperolehi, jadi
tidak hairanlah sekiranya ramai dari penganut agama Buddha tidak memilikinya.
Ada juga segelintir dikalangan penganut agama Buddha tidak mengenali langsung
kitab-kitab ini. Penafsiran kandungan kitab ini juga tidak banyak dinyatakan di
dalam buku-buku terbitan kuil. Ini jelas menunjukkan bahawa pengamalan kaum
Cina Buddha tidak bergantung terus kepada kitab agama mereka. Mereka lebih
terikat dengan budaya orang dulu-dulu.
d) Mengenai agama anutan kaum Cina ini masih lagi diperdebatkan oleh ilmuan
perbandingan agama dan juga ahli falsafah. Terdapat dua kes, pertama ramai ilmuan
menyatakan bahawa Buddha itu bukanlah suatu agama tetapi ia sekadar falsafah.
Manakala ada juga dakwaan menyatakan Confusios dan Taoisme tidak lebih
daripada kepercayaan orang Cina dan ia bukan agama. Kedua, terdapat penafsiran
menyatakan bahawa gabungan ketiga-ketiga agama Cina ini (sinkritisme Confusios,
Taoisme dan Buddha) tidak sepatutnya dinamakan sebagai agama Buddha seperti
dilabelkan oleh kebanyakkan ilmuan. Ini seolah-olah mengetepikan sistem agama
-
Confusios dan Taoisme dalam kepercayaan Cina yang mana tidak kurang hebatnya
pengaruh mereka di dalam masyarakat Cina. Ada usul cadangan supaya menamakan
kembali fahaman sinkritis ketiga-tiga agama ini.
Kesimpulan
Pada bahagian akhir bab dinyatakan perbincangan kepincangan itu bukanlah bermaksud
untuk mengkritik agama Buddha tetapi untuk memberi ruang perbincangan secaraakedemik
kepada mereka yang mengkaji agama Buddha dan budaya Cina. Sesungguhnya dapat
disimpulkan bahawa orang Cina lebih mementingkan budaya daripada agama.
Sebab itulah kaedah untuk berdakwah kepada orang Cina adalah penting untuk mendalami
budaya dan adat mereka lebih-lebih lagi boleh berbahasa mandarin. Mereka (orang Cina)
bersifat fleksibel dan mudah untuk didekati dan antara kaedah yang paling mesra yang sering
diamalkan oleh para pendakwah adalah menjemput mereka ke restoran untuk menikmati
hidangan beserta mengadakan dialog dan beramah mesra. Pengetahuan dan pemahaman yang
dijelaskan secara ringkas di atas ini sudah tentu banyak membantu kita melakukan penyesuaian
budaya dengan lebih baik lagi, khususnya dalam bentuk empati budaya (yakni pemahaman
sesuatu kaum) serta relativiti budaya (iaitu sesuatu budaya itu tidak sama dengan yang lain).
Catatan Akhi Zulkifli (orang KB bertugas di Sandakan) yang menyertai seminar:
Kebudayaan cina,
Setia pada negara, taat pada ibubapa-lindungi keluarga.
Kerajinan dan kesungguhan.
Pemujaan dewa dan nenek moyang.
Aspek di atas -humanisme persoalan manusia dan masyarakat.
Aspek kelahiran.
Pantang larang sebulan untuk ibu bersalin berehat.
Anak lahir umur sebulan, jamuan makan + ang pau sampul merah atau hadiah-balut kertas
merah, merah jambu atau kuning.
Sambut hari lahir genap 60 tahun. Kejayaan. Jamu mee yang panjang usia panjang. Angpau
jumlah wang genap.
Merah warna berkat-darah kehidupan, tangkis kuasa jahat.
Perayaan.
Festival tahun baru cina selama 15 hari. Jamuan, bersosial. Jamuan kumpul semula ahli keluarga
mlm ambang tahun baru.