mengenal pasti faktor-faktor yang … · kepuasan kerja dalam kalangan guru teknikal sekolah...
TRANSCRIPT
MENGENAL PASTI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN GURU TEKNIKAL SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK DAERAH JOHOR BAHRU
RUZILAYATI RAMELI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MENGENAL PASTI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUASAN
KERJA DALAM KALANGAN GURU TEKNIKAL SEKOLAH MENENGAH
TEKNIK DAERAH JOHOR BAHRU
RUZILAYATI RAMELI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER, 2008
vi
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Buat ibu bapaku,
Esah Binti Embong,
Rameli bin Tahar,
Terima kasih atas segala pengorbanan, dorongan dan doa kalian sentiasa mengiringi
setiap detik perjalanan hidup ini. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan
membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.
Buat kakak dan adik-adikku
Yang telah banyak membantu.Jasamu tetap ku kenang
Buat pembimbing yang di hormati....Dr. Hajjah Norani Mohd Noor
Jutaan terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan mu selama ini
Kepada rakan-rakan seperjuangan yang membantu secara langsung dan tidak langsung
Semoga kejayaan ini menjadi sumber untuk terus berjaya di hari yang mendatang,
Insya Allah.
vii
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, projek sarjana muda ini dapat disempurnakan sebagaimana yang
dirancangkan. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh
Allah yang amat dikasihi.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan
kepada pensyarah pembimbing, Dr. Hajjah Norani Mohd Noor yang sentiasa
menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang tempoh kajian ini
dijalankan.
Seterusnya, ucapan penghargaan dan terima kasih ini juga ditujukan kepada Guru
Kanan Teknikal di Sekolah Menegah Teknik Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik
Perdagangan Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik ERT Azizah dan Sekolah
Menengah Teknik Tanjung Puteri yang banyak membantu untuk mengedarkan soal
selidik ini dan juga guru-gur u lain di atas kerjasama yang diberikan semasa proses
kajian ini dijalankan.
Tidak ketinggalan juga kepada semua pensyarah yang telah mencurahkan ilmu
dan bakti sepanjang tempoh pengajian saya di sini. Akhir kata, terima kasih juga kepada
rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam menjayakan dan merealisasikan kajian ini.
viii
ABSTRAK
Kepuasan kerja merupakan salah satu elemen kerja yang penting bagi
meningkatkan prestasi dan pencapaian sesebuah organisasi terutamanya sekolah.
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
kepuasan kerja di kalangan guru teknikal. Kajian deskriptif telah digunakan untuk
mengenal pasti lima pemolehubah iaitu faktor beban kerja, kepimpinan pengetua, rakan
sekerja, persekitaran tempat kerja dan disiplin pelajar. Instrumen kajian yang digunakan
adalah berbentuk soal selidik yang mempunyai 30 item. Sampel kajian yang terlibat
dalam kajian ini terdiri daripada 30 orang guru-guru teknikal. Data-data yang diperolehi
diproses dengan menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Science) Versi 11.5
For Windows. Hasil analisis dinyatakan dalam bentuk statistik kekerapan,peratus dan
nilai min. Dapatan kajian menunjukkan faktor rakan sekerja dan kepimpinan pengetua
mempengaruhi kepuasan kerja. Faktor lain seperti beban kerja, persekitaran kerja dan
juga disiplin pelajar mempengaruhi kepuasan kerja di kalangan guru-guru teknikal. Bagi
tujuan kajian lanjutan pada masa akan datang penyelidik dicadangkan mengkaji
kepuasan kerja ini dari aspek-aspek yang lain dengan menggunakan kaedah dan
responden yang berbeza.
ix
ABSTRACT
Job satisfaction is one of the elements which important to increase the
performance and achievement of an organization especially at school. The purpose of
this research is to identify the factors that influence job satisfaction among technical
teachers. The research instrument used is questionnaire consisting of thirty items. Thirty
teachers from the technical school were involved as sample in this study. The data
collected is analyzed using SPSS (Statistical Package for Social Science) Version 11.5
for Windows. Result from the analysis is presented in statistic frequency, mean and
percentage form. Research finding shows that the colleague factor and principal
leadership influence the job satisfaction. The other factors such as work stress, work
environment and discipline of student also be influenced the job satisfactions among
technical teachers. For further research, it is suggested that research be conducted on
jobs satisfaction in other criterias or by using a different types of instrument and
respondent.
x
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN PENYELIA ii
PENGAKUAN PENULIS iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI GAMBARAJAH xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop dan Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Terminologi 8
xi
1.8.1 Kepuasan kerja 8
1.8.2 Guru teknikal 9
1.8.3 Sekolah Menengah Teknik 9
1.8.4 Persekitaran kerja 9
1.8.5 Pengetua 10
1.8.6 Disiplin pelajar 10
1.8.7 Beban kerja 10
1.8.8 Rakan sekerja 10
1.9 Penutup 11
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Sifat Motivasi 12
2.2.1 Motivasi Instrinsik 12
2.2.2 Motivasi Ekstrinsik 13
2.3 Teori Maslow 13
2.3.1 Keperluan fisiologi 14
2.3.2 Keperluan keselamatan 14
2.3.3 Keperluan kasih sayang 15
2.3.4 Keperluan penghargaan 15
2.3.5 Sempurna kendiri 15
2.4 Teori Dwi Faktor Frederick Herzberg 15
2.4.1 Faktor pendorong 16
2.4.2 Faktor keperluan atau hygiene 16
2.5 Pengukuran Kepuasan Kerja 16
2.6 Faktor-Faktor yang mempengaruhi Kepuasan Kerja 17
2.6.1 Faktor Bebanan Kerja 17
2.6.2 Faktor Hubungan Rakan Sekerja 18
2.6.3 Faktor Kepimpinan Pengetua 19
2.6.4 Faktor Persekitaran Tempat Kerja 20
2.6.5 Faktor Disiplin Pelajar 21
xii
2.8 Kajian-Kajian Lepas Berkaitan Kepuasan Kerja 22
2.9 Penutup 24
III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 26
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Populasi 27
3.4 Sampel 28
3.5 Instrumen Kajian. 28
3.5.1 Bahagian A 29
3.5.2 Bahagian B 29
3.6 Kajian rintis 31
3.7 Kesahan soal selidik 32
3.8 Prosedur kajian 33
3.9 Analisis Data 34
3.10 Penutup 36
IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 37
4.2 Analisis Data Bahagian A 38
4.2.1 Responden Mengikut Jantina 39
4.2.2 Responden Mengikut Umur 39
4.2.3 Responden Mengikut Status Perkahwinan 40
4.2.4 Responden Mengikut Kelayakan Akademik 40
4.2.5 Responden Mengikut Bilangan Waktu
Mengajar Dalam Seminggu 41
4.3 Analisis Data Bahagian B 42
4.3.1 Persoalan Kajian 1: Bagaimanakah faktor
beban kerja mempengaruhi kepuasan kerja
di kalangan guru teknikal di sekolah teknik
daerah Johor Bahru? 42
xiii
4.3.2 Persoalan Kajian 2: Bagaimanakah faktor
rakan sekerja mempengaruhi kepuasan kerja
di kalangan guru teknikal di sekolah teknik
daerah Johor Bahru? 45
4.3.3 Persoalan Kajian 3 : Bagaimanakah faktor
kepimpinan pengetua mempengaruhi kepuasan
kerja di kalangan guru teknikal di sekolah
teknik daerah Johor Bahru? 47
4.3.4 Persoalan Kajian 4 : Bagaimanakah faktor
persekitaran tempat kerja mempengaruhi
kepuasan kerja di kalangan guru teknikal di
sekolah teknik daerah Johor Bahru? 49
4.3.5 Persoalan Kajian 5 : Bagaimanakah faktor
disiplin pelajar mempengaruhi kepuasan kerja
di kalangan guru teknikal di sekolah teknik
daerah Johor Bahru? 52
4.4 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 54
4.5 Penutup 55
V KESIMPULAN, PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 56
5.2 Kesimpulan Persoalan Kajian 57
5.3 Perbincangan Latar Belakang Responden 59
5.4 Perbincangan Persoalan Kajian 59
5.4.1 Faktor Beban Kerja 60
5.4.2 Faktor Rakan Sekerja 61
5.4.3 Faktor Kepimpinan Pengetua 63
5.4.4 Faktor Persekitaran Tempat Kerja 65
5.4.5 Faktor disiplin Pelajar 66
5.5 Rumusan 68
5.6 Cadangan 68
5.6.1 Pihak sekolah 69
xv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA
HALAMAN
3.1 Jumlah Bilangan Sampel 28
3.2 Jumlah Bilangan Item-item 30
3.3 Skala Likert 30
3.4 Pekali Alpha Cronbach 32
3.5 Pemeringkatan Skala Likert 35
3.6 Tahap Bagi Setiap Nilai Min 35
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 39
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 39
4.3 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 40
4.4 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Akademik 40
4.5 Taburan Responden Mengikut Bilangan Waktu
Mengajar Dalam Seminggu
41
4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Terhadap Faktor Beban Kerja
43
4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Terhadap Faktor Rakan Sekerja
45
4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Terhadap Faktor Kepimpinan Pengetua
47
4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Terhadap Faktor Persekitaran Tempat Kerja
50
4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden
Terhadap Faktor Disiplin Pelajar
52
xviii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Pengesahan Item Soal Selidik
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
- Surat EPRD (Surat Kebenaran Daripada Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM)
- Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
D Surat Pengesahan Ke Sekolah
E Surat Pengesahan Pelajar
xix
SENARAI SINGKATAN
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional
TTG - Tugas dan Tanggungjawab Guru
PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru
ILO - Pertubuhan Buruh Antarabangsa
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
SPSS - Satistical Package For The Social Science
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menjelang tahun 2020 sektor perindustrian dan perdagangan akan jauh
bertambah lebih maju daripada sekarang. Ini bermakna, tenaga mahir yang
berketrampilan, tangkas dan inovatif perlu dihasilkan untuk memenuhi kehendak kedua-
dua sektor tersebut. Ini kerana tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dan mahir dalam
teknologi terkini merupakan elemen terpenting bagi mewujudkan industri berasaskan
sains, bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi serta aktiviti-aktiviti
penyelidikan dan pembangunan. Menurut Perdana Menteri , Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi dalam ucapannya iaitu:-
“Sektor pendidikan negara harus melalui satu arus perubahan yang terancang
untuk melahirkan tenaga kerja.”
“oleh itu, bidang pendidikan yang berasaskan sains dan teknologi telah dan
sedang diberi penekanan di peringkat sekolah dan pasca sekolah khususnya di
peringkat kolej teknikal, kolej serta universiti,''
“pendekatan atau cara pembelajaran juga perlu terus dihalusi supaya dapat
melahirkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan berdikari serta
mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dalam kerja harian”
(Utusan Malaysia, 23 Ogos, 2004)
2
Bidang pendidikan juga semakin berkembang maju seiring dengan
perkembangan teknologi pada hari ini selari dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk
melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Aspek kepuasan kerja juga
turut menjadi satu persoalan yang harus dititik beratkan. Ini kerana pada masa ini,
bilangan guru dan sekolah semakin bertambah seiring dengan peningkatan jumlah
pendidik di negara ini.
Oleh sebab itu Kementerian Pendidikan terutamanya dibawah Jabatan
Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) perlulah memainkan peranan penting dalam
sistem pendidikan negara untuk melahirkan tenaga kerja mahir. Sejarah penubuhan
Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional telah bermula pada tahun 1964 dan ia
merupakan pendidikan yang menggabungkan latihan kemahiran dan pengetahuan teori
kepada pelajar dalam usaha untuk menyediakan pekerja yang berkemahiran dan
berpengetahuan dalam bidang industri. Ia merupakan salah satu langkah awal kerajaan
untuk mendedahkan pelajar-pelajar dengan kemahiran dan teori yang praktikal bagi
memenuhi permintaan keperluan tenaga mahir negara. Oleh itu, pihak sekolah
merupakan peranan terpenting dengan memastikan guru-guru dapat menjalankan tugas
dengan baik dan cekap untuk melahirkan pelajar yang berkualiti untuk masa depan
negara.
Kepuasan kerja merupakan unsur penting dalam meningkatkan proses
pengajaran dalam sistem pendidikan di sekolah, maka ia memerlukan pendidik yang
kreatif, cekap bermotivasi tinggi dan berkhemah mulia. Semua ini dapat dicapai apabila
guru-guru dapat memenuhi kepuasan dalam pekerjaannya. Apabila keperluan dapat
dipenuhi, maka seseorang individu itu akan mempunyai sikap positif terhadap
kerjayanya (Maslow 1954)
3
Kepuasan kerja ialah satu perasaan yang diperolehi daripada sesuatu tugas
sebagai nilai kerja yang berselaras dengan keperluan individu (Edwin A.L 1979). Bagi
guru, kejayaan pelajar berkait rapat dengan kepuasan kerja mereka. Menurut Turina
dalam Nor Azizah (1984) aspek-aspek kepuasan kerja oleh guru-guru di Semenanjung
Malaysia adalah :
1) Keseronokan mengajar
2) Kepuasan dengan pencapaian akademik mengajar
3) Penghargaan oleh pihak sekolah
4) Peluang cuti belajar
5) Pentadbiran yang baik
6) Kemudahan dalam pengajaran dan pembelajaran
Baron dan Grenberg (1990) pula menyatakan terdapat tiga punca utama yang
memepengaruhi kepuasan kerja seseorang guru iaitu:-
1) Prosedur dan polisi pentadbiran di sekolah (pengiktirafan, pengagihan tugas
khas dan tanggungjawab)
2) Kepelbagaian kerja dan;
3) Persekitaran sosial kerja (hubungan dengan rakan sekerja)
1.2 Latar Belakang Masalah
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor kepuasan kerja
di kalangan guru-guru teknikal di sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru.
Kajian ini dilakukan berdasarkan kepada (Utusan Malaysia 7 Julai 2005) yang
menyatakan guru-guru disekitar Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur dikatakan
‘guru terbeban’ memandangkan mereka terpaksa mengambil masa 74jam seminggu
untuk menjalankan tugas termasuk 50.4 jam atau 68% yang melibatkan aktiviti
kurikulum.
4
Berdasarkan laporan awal Jawatankuasa Mengkaji Tugas dan Tanggungjawab
Guru (TTG) dalam Utusan Malaysia 7 Julai 2005 mendapati bahawa 12.7 peratus masa
guru di negara ini dihabiskan untuk aktiviti ko-kurikulum, 8.9 peratus untuk hal ehwal
murid dan 1.2 peratus untuk pengurusan asrama. Jawatankuasa itu juga mendapati 4.3
peratus masa guru digunakan untuk pengurusan, 2.4 peratus kewangan, 1.1 peratus
masing-masing untuk latihan dan hubungan komuniti manakala 0.1 peratus
pembangunan fizikal sekolah.
Kajian yang dijalankan oleh Jawatankuasa Mengkaji Tugas dan Tanggungjawab
Guru (TTG) dalam akhbar Utusan Malaysia, Khamis, 31 Mei 2007 mendapati seorang
guru di negara ini menggunakan purata 66.24 jam seminggu untuk melaksanakan tugas
dan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik. Jumlah itu melebihi purata jam
seorang pekerja yang disarankan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) iaitu 45
jam seminggu. Menurut Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
jumlah tersebut meliputi tugas yang dilaksanakan di sekolah dan luar sekolah, dalam
waktu persekolahan dan di luar waktu persekolahan. Ia merangkumi sembilan bidang
tugas dan tanggungjawab iaitu kurikulum, kokurikulum,hubungan komuniti,
pembangunan staf, pembangunan fizikal, pejabat dan pentadbiran, kewangan, hal ehwal
murid dan pengurusan asrama. Sebagai contoh bagi bidang tugas kurikulum, ia
melibatkan pelbagai episod kerja seperti pengajaran dan pembelajaran (P&P),
perancangan, penyediaan bahan dan nota, penilaian, penyemakan latihan, ujian
peperiksaan, kelas tambahan, kelas ganti dan mesyuarat bidang akademik
Kepelbagaian bidang tugas dan episod kerja guru menyebabkan penggunaan
masa mereka amat tinggi sehingga melebihi jumlah purata yang disarankan oleh ILO.
Oleh itu penggunaan masa guru yang amat tinggi boleh memberi kesan terhadap kualiti
pelaksanaan tugas dan tanggungjawab utama para guru khususnya dalam bidang
kurikulum selain membawa pelbagai kesan sampingan lain.
5
Menurut Maseri (1994) dalam Awaluddin (1998), tugas guru bukan sahaja
bekerja dari pukul 7.45-2.00 petang tetapi mereka juga terpaksa memerah otak untuk
merancang aktiviti ko-kurikulum. Namun khidmat mereka ini tidak mendapat ganjaran
yang setimpal malah ke arah menjadi sukarelawan berbanding dengan kakitangan
kerajaan awam yang lain.
Selain itu, persekitaran kerja juga mempengaruhi kepuasan kerja guru. Konsep
persekitaran kerja merangkumi pelbagai aspek seperti kedudukan dan keadaan sekolah
secara keseluruhan, keadaan pejabat sekolah, bilik guru serta persekitaran yang aman
dan tenang akan memberikan kepuasan yang maksima kepada guru dalam menjalankan
tanggungjawabnya seharian. Menurut Herzberg (1966) dalam Arshad (1998),
persekitaran kerja perlu elok, menarik dan selesa. Keadaan persekitaran yang
sedemikian akan meningkatkan kepuasan kerja dan kegembiraan kepada guru.
Kepimpinan pengetua juga mempunyai kaitan dengan masalah yang di hadapi
oleh para guru pada hari ini. Di antara ciri-ciri kepimpinan yang dipertikaikan ialah
tidak berwibawa, mengawal peraturan yang terlalu longgar, pentadbiran yang tidak
cekap dan ketegasan yang tidak seimbang. Seseorang pengetua itu perlu tahu
menguruskan masa dan pandai membuat keputusan bagi pihak sekolah bagi
melancarkan lagi tugas-tugas pendidikan. Mereka perlu berwibawa dan tidak perlu
bertindak seperti kuku besi apabila menguruskan sekolah. (Ibrahim Junid, 1995) dalam
Arshad (1998).
1.3 Penyataan Masalah
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
kepuasan kerja di kalangan guru teknikal di sekolah menengah teknik daerah Johor
Bahru kemungkinan terdapatnya pengaruh faktor kepuasan kerja dari aspek kepimpinan
pengetua, hubungan rakan sekerja, beban kerja, persekitaran kerja dan disiplin pelajar.
6
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini secara amnya adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang
mempengaruhi kepuasan kerja dikalangan guru teknikal di sekolah menengah teknik
daerah Johor Bharu.
(i) Mengenalpasti sama ada beban kerja mempengaruhi kepuasan kerja
dikalangan guru teknikal di sekolah teknik daerah Johor Bahru.
(ii) Mengenalpasti sama ada rakan sekerja mempengaruhi kepuasan kerja
dikalangan guru teknikal di sekolah teknik daerah Johor Bahru.
(iii) Mengenalpasti sama ada kepimpinan pengetua mempengaruhi
kepuasan kerja dikalangan guru teknikal di sekolah teknik daerah
Johor Bahru.
(iv) Mengenalpasti sama ada persekitaran kerja mempengaruhi kepuasan kerja dikalangan guru teknikal di sekolah teknik daerah Johor Bahru.
(v) Mengenalpasti sama ada disiplin pelajar mempengaruhi kepuasan
kerja dikalangan guru teknikal di sekolah teknik daerah Johor Bahru.
1.5 Persoalan Kajian
Untuk mencapai objektif kajian, maka beberapa persoalan kajian dikemukakan seperti
berikut:-
(i) Bagaimanakah faktor beban kerja mempengaruhi kepuasan kerja di kalangan
guru teknikal di sekolah teknik daerah Johor Bahru?
7
(ii) Bagaimanakah faktor rakan sekerja mempengaruhi kepuasan kerja di
kalangan guru teknikal di sekolah teknik daerah Johor Bahru?
(iii) Bagaimanakah faktor kepimpinan pengetua mempengaruhi kepuasan kerja di
kalangan guru teknikal di sekolah teknik daerah Johor Bahru?
(iv) Bagaimanakah faktor persekitaran kerja mempengaruhi kepuasan kerja di
kalangan guru teknikal di sekolah teknik daerah Johor Bahru?
(v) Bagaimanakah faktor disiplin pelajar mempengaruhi kepuasan kerja di
kalangan guru teknikal di sekolah teknik daerah Johor Bahru?