menggunakan lembaran kerja google drive dalam p&p

3
kamal | pkg ampangan Frog VLE | Bagaimana Menggunakan Lembaran Kerja di Google Drive dalam P&P Kita akan lihat bagaimana untuk menggunakan lembaran kerja tersebut di dalam proses PdP. Langkah 1. Murid akan log in Frog dan membuka site yang kita telah bina. Kemudian, mereka akan klik pada pautan Latihan yang kita letakkan. Langkah 2 Anak panah di bawah menunjukkan 2 orang anak murid telah membuka lembaran kerja tersebut. Bilangannya akan bertambah sebaik semua murid membukanya. Di sini kita punyai 2 pilihan iaitu :

Upload: nananani

Post on 12-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Untuk panduan bersama

TRANSCRIPT

Page 1: Menggunakan Lembaran Kerja Google Drive Dalam P&P

kamal | pkg ampangan

Frog VLE | Bagaimana Menggunakan Lembaran Kerja di Google Drive dalam P&P Kita akan lihat bagaimana untuk menggunakan lembaran kerja tersebut di dalam proses PdP. Langkah 1. Murid akan log in Frog dan membuka site yang kita telah bina. Kemudian, mereka akan klik pada pautan Latihan yang kita letakkan.

Langkah 2 Anak panah di bawah menunjukkan 2 orang anak murid telah membuka lembaran kerja tersebut. Bilangannya akan bertambah sebaik semua murid membukanya.

Di sini kita punyai 2 pilihan iaitu :

Page 2: Menggunakan Lembaran Kerja Google Drive Dalam P&P

kamal | pkg ampangan

(1) Pilihan 1 – meminta murid menjawab lembaran kerja tersebut secara individu dan kemudian guru boleh menyemak jawapan setiap murid. Bagaimanapun, murid perlu membuat beberapa langkah sebelum boleh menjawab secara individu. Ini kerana, lembaran kerja yang terpapar sekarang adalah yang dikongsi. ( Sila rujuk langkah 3 di bawah )

(2) Pilihan 2 – menggunakan lembaran kerja tersebut untuk aktiviti perbincangan terus di mana

guru boleh meminta beberapa orang murid menaip jawapan mereka dan kemudian jika ada kesalahan, guru boleh meminta murid lain membetulkan jawapan rakan mereka. Aktiviti ini amat menarik minat murid kerana apa yang ditaip rakan mereka akan dipaparkan terus dalam computer mereka. Pilihan 2 ini mungkin boleh dijalankan setelah murid selesai menjawab secara individu dalam Pilihan 1. Langkah 3 Untuk menjawab secara individu, murid perlu membuat salinan lembaran kerja atas nama mereka. Caranya ialah klik File dan kemudian klik Make a copy.

Langkah 4 Minta murid menaip nama mereka sebagai file name. Kemudian, tick dalam kotak Share it with the same person. Ini bagi memastikan lembaran kerja ini kembali kepada kita untuk disemak. Klik OK.

Page 3: Menggunakan Lembaran Kerja Google Drive Dalam P&P

kamal | pkg ampangan

Langkah 5 Murid boleh mula menjawab soalan di dalam lembaran kerja tersebut. Setelah selesai menjawab, mereka hanya perlu tutup sahaja tab berkenaan kerana dalam google drive semua hasil kerja akan tersimpan secara automatik.

Langkah 6 Untuk guru menyemak hasil kerja murid, guru hanya perlu buka Google Drive dan lihat di bahagian Shared with Me. lembaran kerja murid tadi akan ada di bahagian tersebut.