mengumpat

14
1 1.0 PENDAHULUAN Islam dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w kepada umat akhir zaman sebagai satu bentuk cara hidup yang sistematik dan teratur selain tuntutan mengabdikan diri kepada Sang Pencipta yang Maha Agung. Islam itu datang di tengah-tengah masyarakat Arab Quraisy yang pada masa itu berada di dalam kegelapan jahiliyyah untuk membersihkan segala kekotoran yang ada kearah mewujudkan satu peradaban tamadun manusia yang gemilang. Islam bukanlah satu agama yang direka-reka oleh nabi Muhammad s.a.w sebaliknya ia adalah wahyu dari Allah Taala. Maka setiap suruhan dan larangan adalah dari Allah dan nabi Muhammad s.a.w bertindak sebagai agen kepada risalah tersebut. Setiap suruhan Allah itu pasti akan mendatangkan kebaikan manakala larangan Allah itu sudah pasti kerana kemudaratan yang ada apabila dilakukannya. Maka dua sifat yang lahir dari suruhan dan larangan ini adalah baik dan buruk. Apabila melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya, maka individu tersebut dihiasi dengan sifat-sifat yang baik (mahmudah). Sebaliknya apabila melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhanNya, individu tersebut pasti dihiasi dengan sifat-sifat yang keji (mazmumah). Antara sifat-sifat yang baik adalah; sabar, syukur, redha, adil, merendah diri, malu dan pemurah. Sifat-sifat keji pula adalah seperti riya’, bangga diri, bakhil, tamak, zalim, panas baran, malas, panjang angan-angan dan lain-lain lagi. Jadi, dalam penulisan ini, penulis akan membincangkan dengan terperinci satu akhlak buruk yang sering dilakukan oleh ramai manusia tanpa disedari iaitu mengumpat (backbiting غيبة). Selepas bahagian pendahuluan, penulis akan mengulas teks ringkas yang dikarang oleh Muhammad Abul Quasem di dalam bukunya The Ethics of al- Ghazali: A Composite Ethics In Islam. Seterusnya pada bab ketiga, penulis akan mengupas dan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai tajuk ini. Dan akhirnya kesimpulan pada bab terakhir penulisan ini. Diharapkan para pembaca dapat memanfaatkan penulisan ini seterusnya berhati-hati dengan sifat tercela ini agar tidak terjerumus melakukannya.

Upload: muhammad-akmal

Post on 29-Sep-2015

16 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

mengumpat menurut imam ghazali

TRANSCRIPT

  • 1

    1.0 PENDAHULUAN

    Islam dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w kepada umat akhir zaman sebagai satu bentuk

    cara hidup yang sistematik dan teratur selain tuntutan mengabdikan diri kepada Sang

    Pencipta yang Maha Agung. Islam itu datang di tengah-tengah masyarakat Arab Quraisy

    yang pada masa itu berada di dalam kegelapan jahiliyyah untuk membersihkan segala

    kekotoran yang ada kearah mewujudkan satu peradaban tamadun manusia yang gemilang.

    Islam bukanlah satu agama yang direka-reka oleh nabi Muhammad s.a.w

    sebaliknya ia adalah wahyu dari Allah Taala. Maka setiap suruhan dan larangan adalah

    dari Allah dan nabi Muhammad s.a.w bertindak sebagai agen kepada risalah tersebut.

    Setiap suruhan Allah itu pasti akan mendatangkan kebaikan manakala larangan Allah itu

    sudah pasti kerana kemudaratan yang ada apabila dilakukannya.

    Maka dua sifat yang lahir dari suruhan dan larangan ini adalah baik dan buruk.

    Apabila melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya, maka individu

    tersebut dihiasi dengan sifat-sifat yang baik (mahmudah). Sebaliknya apabila melakukan

    larangan Allah dan meninggalkan suruhanNya, individu tersebut pasti dihiasi dengan

    sifat-sifat yang keji (mazmumah). Antara sifat-sifat yang baik adalah; sabar, syukur,

    redha, adil, merendah diri, malu dan pemurah. Sifat-sifat keji pula adalah seperti riya,

    bangga diri, bakhil, tamak, zalim, panas baran, malas, panjang angan-angan dan lain-lain

    lagi.

    Jadi, dalam penulisan ini, penulis akan membincangkan dengan terperinci satu

    akhlak buruk yang sering dilakukan oleh ramai manusia tanpa disedari iaitu mengumpat

    (backbiting ). Selepas bahagian pendahuluan, penulis akan mengulas teks ringkas

    yang dikarang oleh Muhammad Abul Quasem di dalam bukunya The Ethics of al-

    Ghazali: A Composite Ethics In Islam. Seterusnya pada bab ketiga, penulis akan

    mengupas dan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai tajuk ini. Dan akhirnya

    kesimpulan pada bab terakhir penulisan ini. Diharapkan para pembaca dapat

    memanfaatkan penulisan ini seterusnya berhati-hati dengan sifat tercela ini agar tidak

    terjerumus melakukannya.

  • 2

    2.0 ULASAN TEKS

    Pada permulaan penulisan ini, penulis akan mengulas sedikit sebanyak berkaitan tulisan

    yang dikarang oleh Muhammad Abul Quasem dalam bukunya iaitu The Ethics of al-

    Ghazali: A Composite Ethics In Islam yang diterbitkan oleh Central Printing Sdn. Bhd.

    pada tahun 1975 mengenai satu tabiat buruk iaitu mengumpat.

    Mengumpat adalah keburukan yang paling besar melalui lisan. Bagi

    mengukuhkan lagi pendapat ini, al-Ghazali memetik dari hadith yang menyatakan

    bahawa mengumpat ini lebih teruk keburukannya dari melakukan tiga puluh kali

    penzinaan (Abul Quasem 1975 : 116). Ini jelas menunjukkan bahawa dosa mengumpat itu

    sangat besar dan sangat tidak disukai oleh Allah dan rasulNya. Melalui lidah sahaja,

    pelbagai keburukan yang boleh timbul. Dari kesalahan lisan, manusia sesama manusia

    boleh bergaduh. Melalui lisan juga, manusia lain boleh hilang kehormatan atau harga diri.

    Al-Ghazali mendefinisikan mengumpat itu sebagai menyebut kekurangan atau

    ketidaksempurnaan seseorang dan menyebut kesalahan-kesalahan seseorang yang ia

    harapkan agar kesalahan itu tidak didedahkan. Ketidaksempurnaan boleh jadi pada tubuh

    badan seseorang, keturunan, sifat, pekerjaan, percakapan, urusan keagamaan dan urusan

    keduniaan seperti pakaian, rumah dan sebagainya. Ketidaksempurnaan pada tubuh badan

    seperti seseorang itu terlalu rendah, terlalu tinggi, atau sebarang sifat yang tidak diingini.

    Kekurangan pada keturunan seperti bapa seseorang itu sering melakukan dosa atau

    seorang yang jahat (Abul Quasem 1975 : 116).

    Kekurangan dalam sifat adalah tabiat buruk seperti kedekut atau pengecut.

    Ketidaksempurnaan dalam urusan keagamaan adalah seperti mencuri, melakukan

    pemberontakan dan seumpamanya. Kekurangan dalam pemakaian seperti menjadi kotor,

    terlalu singkat dan sebagainya. Kekurangan dalam urusan keduniaan sebagai contoh

    kurang sopan dan adab atau makan terlalu banyak (Abul Quasem 1975 : 116). Apa yang

    dapat penulis rumuskan adalah manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan dan

    manusia itu akan bersifat dengan sifat kekurangan. Hanya Allah yang bersifat Maha

    Sempurna. Tetapi perlu diingat, manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik

    kejadian. Maka sebagai seorang mukmin yang beriman dengan keenam-enam rukun

  • 3

    iman, adalah tidak layak bagi kita untuk mengeji fizikal yang ada pada individu lain

    kerana Allah Maha Mengetahui rahsia penciptaanNya dan sudah pasti ada hikmah

    tersembunyi dari penciptaan tersebut.

    Al-Ghazali menolak pandangan yang mengatakan bahawa menyebut kekurangan

    seseorang dalam urusan keagamaan atau ketidaksempurnaan lain yang benar-benar ada

    pada diri seseorang tersebut tidak termasuk dalam kesalahan mengumpat. Menurut al-

    Ghazali, mengumpat adalah sebarang bentuk perkataan seseorang kepada seseorang yang

    lain yang melukakan perasaan insan tersebut sekalipun apa yang dikatakan itu adalah

    semuanya benar. Sebaliknya jika seseorang menyatakan apa yang tidak ada pada

    seseorang yang lain pula adalah fitnah dan bukannya mengumpat (Abul Quasem 1975 :

    116). Apa yang dapat difahami di sini adalah mengumpat bukan sahaja menyebut tentang

    kekurangan orang lain, malah menyebut apa yang benar-benar ada pada individu tersebut

    yang tidak disukainya juga dikira mengumpat. Sebagai contoh orang yang lemah akalnya.

    Ia mengetahui tentang kelemahannya itu. Tetapi ada individu lain yang sering

    mengejeknya sebagai lemah ingatan dan ia tidak menyukainya. Maka itu adalah tergolong

    dalam perbuatan mengumpat.

    Mengumpat tidak dihadkan kepada apa yang dilakukan melalui percakapan

    semata-mata sebaliknya ia juga mencakupi dengan membuat seseorang menyedari

    ketidaksempurnaan orang lain dengan apa cara sama ada melalui percakapan, penulisan,

    mengajuk perbuatan, memberi isyarat melalui tangan, kening dan sebagainya. Menyebut

    di dalam buku atau penulisan tentang beberapa kesalahan kenyataan orang tertentu adalah

    mengumpat, kecuali dengan sebab yang baik. Tetapi menyatakan kesalahannya dalam

    ayat seperti seseorang mengatakan begini dan begitu tidak dikira sebagai mengumpat,

    sedangkan mengumpat adalah jika kesalahan individu tertentu itu dikhabarkan sama ada

    individu tersebut masih hidup atau telah pun meninggal dunia (Abul Quasem 1975 : 116).

    Atau seterusnya berkata dengan kata seperti beberapa orang yang kita temui

    semalam bersikap panas baran juga dikira sebagai salah satu bentuk umpatan sekiranya

    yang mendengar itu mengenali dan memahami siapa orang yang dimaksudkan tersebut.

    Berkata buruk tentang seseorang dengan samaran dalam bentuk doa adalah bentuk yang

  • 4

    paling teruk dalam mengumpat. Contohnya berlaku apabila seorang lelaki (orang yang

    diumpat) disebut kepada orang lain (orang yang mendengar umpatan), kemudian ia

    (orang yang mengumpat) berkata kami memohon perlindungan daripada Tuhan

    terhadap orang yang tidak tahu malu; dalam erti kata ia ingin mengatakan lelaki tersebut

    tidak ada perasaan malu; ini melibatkan sifat riya dan mengumpat dalam satu masa yang

    sama (Abul Quasem 1975 : 116-117).

    Percaya kepada apa yang dinyatakan si pengumpat juga termasuk dalam

    mengumpat. Berdiam diri terhadap umpatan adalah turut terlibat dengannya, kecuali

    apabila seseorang tidak berdaya untuk menentangnya atau tidak boleh meninggalkan

    tempat tersebut; bila seseorang dipaksa mendiamkannya, ia perlulah membenci perkara

    umpatan tersebut di dalam hatinya (Abul Quasem 1975 : 117). Boleh jadi kita pernah

    mempunyai sahabat-sahabat yang suka mengumpat kekurangan orang lain. Semasa

    sahabat kita sedang mengumpat, kita perlulah menghindarkan diri dari situasi tersebut

    agar kita tidak terjerumus dalam dosa tersebut. Mungkin kita tidak dapat mengawal

    tindakan kita pada masa tersebut dengan membenarkan apa yang kawan kita umpatkan.

    Maka langkah yang sepatutnya adalah jauhilah diri kita dari si pengumpat. Begitu pula

    keadaannya apabila kita dipaksa mendengar umpatan tersebut, kita tidak dikira berdosa

    berdasarkan apa yang ada dalam hadith mengenai perkara tersebut. Sewajibnya kita

    membenci dan tidak membenarkan umpatan tersebut di dalam hati kerana ia adalah

    selemah-lemah iman.

    Memanggil seseorang dengan panggilan yang menjadi kebiasaan yang

    menunjukkan kekurangannya tidak termasuk dalam mengumpat. Bukan juga termasuk

    kesalahan mengumpat adalah menyatakan kesalahan-kesalahan seseorang yang zalim di

    mana orang tersebut telah menyatakan sendiri kesalahannya kepada masyarakat umum,

    sementara ia tidak berasa sedih terhadapnya, bukan juga seorang lelaki melakukannya

    untuk mendapatkan penghormatan dari orang lain (Abul Quasem 1975 : 117). Adalah

    menjadi kebiasaan kepada kita dalam bersahabat, kita mempunyai panggilan-panggilan

    manja yang sudah terbiasa dan disenangi di kalangan rakan-rakan karib akan panggilan

    tersebut. Seperti contohnya gelaran bob yang sering masyarakat kita gelarkan kepada

    orang yang berbadan besar atau gemuk. Perkara ini dimaafkan dan tidak termasuk dalam

  • 5

    mengumpat. Menjadi keutamaan kepada kita untuk meminta izin darinya terlebih dahulu

    kerana ditakuti dengan panggilan itu juga dia akan berkecil hati.

    Satu perkara lagi yang termasuk dalam mengumpat adalah mengumpat yang

    dilakukan oleh akal, minda atau fikiran yang disebut sebagai berburuk sangka ( )

    terhadap seseorang yang lain di mana ia juga merupakan satu dosa. Bersangka buruk

    adalah mengkategorikan seseorang sebagai jahat, dan ia berbeza dari kekhuatiran dan

    juga keraguan; dua perkara ini tidak termasuk dalam dosa. Tanda-tanda seseorang

    bersangka buruk adalah perubahan tanggapan (membuat tuduhan) terhadap seseorang

    yang lain atau berlakunya tindak balas fizikal yang disebabkan oleh tanggapan (tuduhan)

    itu. Menuduh seseorang melakukan kejahatan perlulah disaksikan atau terdapat bukti-

    bukti yang kukuh dan menerima pakai maklumat seseorang yang adil. Tetapi sekiranya

    terdapat permusuhan di antara mereka, maklumatnya tidak boleh diambil kira sebagai

    betul atau salah (Abul Quasem 1975 : 117). Islam yang datang sebagai agama yang mulia

    ini tidak pernah mengajar umatnya supaya menuduh tanpa sebarang bukti. Untuk

    menuduh seseorang mencuri perlu disertakan bukti. Untuk menuduh orang lain

    melakukan zina juga perlu kepada bukti dan saksi. Dan pelbagai lagi kesalahan yang

    kesemuanya memerlukan kepada bukti yang kukuh sebelum menjatuhkan hukuman

    terhadap orang yang bersalah. Begitulah Islam mengajar umatnya agar tidak mudah untuk

    bersangka buruk terhadap orang lain dan berhati-hati sebelum menjatuhkan sebarang

    bentuk hukuman ke atas pesalah.

    Perkara yang berkait rapat dengan buruk sangka adalah mengintip dan mencari

    kesalahan seseorang ( ). Ini juga adalah salah satu dosa. Apa yang dimaksudkan

    dengan tajassus ini adalah suatu usaha untuk mencari apa yang Allah telah sembunyikan

    mengenai hamba ciptaanNya (Abul Quasem 1975 : 117). Kadang-kadang manusia alpa

    atau terlampau ghairah ingin mencari bukti kesalahan orang lain sehingga tidak sedar

    melakukan intipan. Perkara sebegini turut dilarang dalam Islam yang mana ia seolah-olah

    cuba mencari keaiban orang lain tanpa disedari sekalipun orang tersebut benar-benar

    melakukan kesalahan tersebut. Cuba kita letak keadaan diri kita di tempat orang yang

    melakukan kesalahan itu, sudah pasti kita sendiri tidak mahu kesalahan kita dihebohkan

    kepada orang lain. Dan seboleh-bolehnya kita mahu bertaubat dari melakukan kesalahan

  • 6

    tersebut. Allah Taala itu Maha Luas pengampunanNya dan sentiasa terbuka untuk

    menerima taubat dari hambaNya. Adakah layak bagi kita mengadili hambaNya dengan

    membuka aibnya? Tepuk dada tanyalah iman.

    Menyatakan kesalahan individu tertentu bukannya satu kesalahan sekiranya ia

    dinyatakan untuk tujuan yang baik yang tidak dapat dinyatakan oleh orang selainnya.

    Contohnya seperti: mencari keadilan atau menolong seseorang dari pihak berkuasa,

    menolak kejahatan dengan memberitahu pihak yang bertanggungjawab melaksanakannya,

    mencari pandangan yang tepat dan sah dari seorang hakim atau penilai, dan menasihatkan

    orang lain terhadap perkara tersebut (Abul Quasem 1975 : 117). Ini menjelaskan kepada

    kita bahawa mengumpat itu diharuskan dalam keadaan-keadaan yang tertentu yang

    bolehlah penulis katakan bahawa sekiranya tidak diberitahu hal atau situasi yang sebenar,

    maka pelbagai perkara buruk lagi yang mungkin akan terjadi.

    Mengumpat boleh dirawat dengan dua cara. Pertamanya adalah terdiri daripada

    ilmu pengetahuan dan tindakan. Melalui ilmu pengetahuan seseorang perlulah

    mengetahui kesan-kesan buruk mengumpat di kemudian hari. Tindakan pula adalah

    untuk menyiasat dan mencari kesalahan-kesalahan diri sendiri, berasa malu dengan

    menyalahkan orang lain tanpa menyalahkan diri sendiri, dan menyedari tiada sesiapa pun

    yang dapat terlepas dari bersifat dengan sifat kekurangan. Dengan cara ini, seseorang

    akan menjadi lebih berhati-hati dari memperkatakan tentang apa yang tidak disukai oleh

    orang lain kerana merasakan diri sendiri lebih banyak kekurangan berbanding daripada

    orang lain (Abul Quasem 1975 : 117).

    Cara yang kedua pula adalah dengan menghilangkan punca-punca atau sebab-

    sebab untuk mengumpat. Antara sebab-sebab seseorang mengumpat adalah kerana

    terlampau marah, berniat jahat dan mencari keseronokan bersama kawan-kawan. Untuk

    merawatnya adalah dengan menyedari bahawa mengumpat itu adalah menyalahi larangan

    Allah (Abul Quasem 1975 : 117). Punca-punca seseorang mengumpat telah dijelaskan

    oleh imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulum al-Din dengan panjang lebar. Penulis akan

    membincangkan mengenai punca-punca mengumpat ini dalam bab yang berikutnya.

  • 7

    3.0 PERBINCANGAN

    Imam al-Ghazali dalam kitabnya yang terkenal Ihya Ulum al-Din memulakan penjelasan

    mengenai mengumpat dengan mendatangkan tegahan dari Allah Taala melalui firmanNya

    dari surah al-Hujurat :

    1

    Maksudnya :

    Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak

    menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu

    adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban

    orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah

    seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian

    keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah

    larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya

    Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.2

    Ibnu Juraij mengatakan bahawa orang-orang menyangka ayat ini diturunkan

    kepada Salman al-Farisi yang mana apabila selesai makan, dia tidur dan berdengkur. Lalu

    ada orang menceritakan makannya dan dengkurnya lalu turunlah ayat ini. Muqatil

    mengatakan, ayat ini diturunkan kepada lelaki yang berkhidmat dengan rasulullah s.a.w.

    Pada suatu hari, sebahagian sahabat mengutus utusan kepadanya bagi meminta lauk,

    namun dia enggan memberinya. Lantas mereka menceritakannya dia seorang yang bakhil

    yang bersuara merdu (Zulkifli & Mukhlis 2012 : 680).

    1 Al-Quran, al-Hujurat 49 : 12.

    2 Semua terjemahan ayat al-Quran dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan Al-Quran kepada

    Pengertian Al-Quran 30 Juz, Edisi ke-12, Darul Fikir, Kuala Lumpur, 2001.

  • 8

    Allah memberikan perumpamaan mengumpat seperti memakan bangkai kerana

    bangkai tidak mengetahui bila dagingnya dimakan. Sebagaimana orang yang hidup tidak

    mengetahui bila dirinya diumpat. Demikian makna yang disebut oleh az-Zajjaj. Ini

    mengisyaratkan bahawa kehormatan seseorang bagaikan dagingnya, dan diharamkan

    memakan dagingnya sebagaimana diharamkan mencemari kehormatannya. Di sini

    terkandung peringatan untuk menjauhi perbuatan mengumpat serta celaan dan kecaman

    bagi orang yang melakukannya. Ini kerana daging manusia adalah sesuatu yang secara

    tabiat manusia akan merasa jijik untuk memakannya apalagi ia diharamkan secara syari

    (asy-Syaukani 2012 : 485).

    Rasulullah menerangkan dalam hadith baginda s.a.w mengenai pengertian

    mengumpat. Abu Hurairah r.ahu meriwayatkan bahwa rasulullah s.a.w bersabda:

    : . : : : 3

    Maksudnya : Adakah kamu tahu apa itu ghibah?, mereka berkata : Allah dan RasulNya

    lebih mengetahui. Baginda berkata : Engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu

    dengan perkara yang tidak disukainya. Dikatakan : Beritahukanlah kepadaku, bagaimana

    sekiranya ada pada saudaraku itu apa yang aku katakan? Baginda berkata : Sekiranya

    ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu telah mengumpatnya, jika tiada

    padanya apa yang kamu katakan maka kamu telah memfitnahnya

    Seterusnya mari kita teliti sebuah lagi hadith dari rasulullah s.a.w yang turut

    diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.ahu, rasulullah s.a.w bersabda :

    : 4 Maksudnya : Setiap muslim ke atas seorang muslim adalah haram : darahnya, maruahnya

    dan hartanya.

    3 Hadith riwayat imam Muslim dalam kitab Sahih Muslim, kitab al-birr wa al-sillah wa al-adab, bab haram

    mengumpat. Nom. hadith 2589, hlm : 1002. 4 Hadith riwayat imam Muslim dalam kitab Sahih Muslim, kitab al-birr wa al-sillah wa al-adab, bab haram

    menzalimi muslim, mengecewakannya, menghinanya, darahnya, maruahnya dan hartanya. Nom. hadith

    2564, hlm : 995.

  • 9

    Daripada hadith yang disebutkan di atas, jelas kepada kita apakah yang dimaksudkan

    dengan mengumpat. Hadith kedua pula menunjukkan haram bagi seorang muslim itu

    untuk mengaibkan maruah seorang muslim yang lain dan menceritakan keburukannya

    kepada orang lain. Antara hak seorang sahabat itu adalah tidak diceritakan keaibannya

    semasa kehadirannya atau ketiadaannya. Mereka yang mengaibkan sahabatnya maka

    ketahuilah bahawa dia telah melanggar hak seorang muslim yang diharamkan ke atasnya.

    3.1 Keadaan yang Diharuskan Mengumpat

    Dalam keadaan tertentu, kita dibolehkan untuk menyatakan kesalahan-kesalahan orang

    lain yang mana sekiranya kita tidak menyatakannya, tidak mungkin kita akan sampai

    kepada maksud yang dihajati. Antara keharusan dalam mengumpat adalah seperti berikut

    (Al-Hilali 2005 : 176) :

    1. Membuat aduan mengenai kezaliman. Dibolehkan bagi seorang yang dizalimi

    untuk mengadu kepada pemerintah atau qadhi atau selain daripada mereka yang

    mempunyai kuasa atau kemampuan untuk mengadili penzalim tersebut.

    2. Meminta bantuan untuk mengubah kemungkaran dan maksiat. Dibolehkan

    menyebut keburukan orang itu (perbuatannya melakukan mungkar) kepada

    mereka yang diharapkan untuk mengubahnya, jika tidak dimaksudkan untuk

    mengubah, maka haram baginya menyebut keburukan orang itu.

    3. Meminta fatwa. Sebagai contoh : Suami saya telah menzalimi dan memukul saya,

    maka apakah cara untuk saya mendapatkan hak saya? Yang lebih berhati-hati dan

    lebih baik adalah tidak menyebut secara khusus ketika bertanya dan hanya

    menyebut secara umum sahaja. Tetapi diizinkan untuk menyebut secara khusus

    sebagaimana Hindun bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai suaminya yang

    bakhil, Abu Sufyan, adakah boleh dia mengambil apa yang mencukupi baginya

    dan anaknya sedangkan dia tidak mengetahuinya, dan Rasulullah s.a.w tidak

    melarang Hindun menyebut secara khusus nama suaminya di hadapannya.

    4. Peringatan buat kaum Muslimin. Sebagai contoh rundingan dalam urusan untuk

    mengahwinkan orang, atau memilih orang untuk memegang amanah dan lain-lain,

    wajib bagi orang yang mengetahui untuk memberitahu keburukan orang yang

  • 10

    dibincangkan (jika boleh menyebabkan orang itu menanggung padah dalam

    urusannya nanti) dengan niat untuk menasihati.

    5. Dibolehkan jika dia memang dikenali dan dipanggil dengan gelaran-gelaran

    tertentu seperti si buta, si pekak, si juling dan lain-lain dan dia redha dengannya.

    Jika boleh digelar dengan selain daripada gelaran-gelaran ini adalah lebih baik.

    6. Dibolehkan ghibah jika dia memang melakukan dosa secara terang-terangan.

    Sebagai contoh, meminum arak secara terang-terangan, mengambil harta secara

    zalim dan lain-lain.

    3.2 Kesan-Kesan Mengumpat

    Islam mengharamkan perbuatan mengumpat dan memfitnah termasuk mencaci, memaki

    hamun, membuka keaiban orang, menuduh dan menghina orang kerana kesemua tabiat

    buruk tersebut boleh menjadi punca utama kepada timbulnya perpecahan dan permusuhan

    kaum. Keadaam ini sudah tentu akan menjadi bertambah bahaya jika penduduk sesebuah

    negara terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai latar belakang budaya dan sejarah

    yang berbeza seperti di Malaysia (Nasir Omar 2005 : 187).

    Apabila seseorang tidak mengumpat maka secara tidak langsung ianya akan

    mencapai salah satu jalan kecemerlangan sebagaimana dinyatakan dalam buku Positif

    untuk Berjaya oleh Dato Mohd. Fadzilah Kamsah et. al (2006 : 19) bahawa Imam Al-

    Ghazali mendifinisikan cemerlang dan berjaya dalam aspek yang pelbagai antaranya ialah

    lidah. Hendaklah menghindari diri daripada bercakap dusta, ghibah atau benda yang

    bukan-bukan, menyebarkan fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. Kerana mereka

    yang mampu mengawal lisan darida perkara yang tidak berfaedah berjaya mengawal diri

    mereka daripada melakukan pelbagai perkara sia-sia dan memanfaatkan masa mereka ke

    arah kebaikan.

    Mengumpat dan memfitnah juga ditegah lantaran tabiat tersebut menguntungkan

    sebelah pihak sahaja, iaitu pihak yang membuat umpamatan dan fitnah, sedangkan

    kesannya merugikan banyak pihak lain. Seseorang pemimpin terkemuka mungkin akan

    kehilangan pengaruh dan kerjaya disebabkan umpatan dan fitnah. Sesebuah rumah tangga

  • 11

    pula mungkin menjadi pincang atau terus runtuh, manakala syarikat yang terkenal

    menjadi bankrap disebabkan perbuatan keji yang sama (Nasir Omar 2005 : 187).

    3.3 Punca-Punca Untuk Mengumpat

    Banyak punca yang membawa kepada seseorang itu untuk mengumpat. Imam al-Ghazali

    membahagikan kepada dua kumpulan iaitu pertamanya yang sering terjadi kepada orang

    awam manakala keduanya sering berlaku kepada ahli agama atau orang-orang tertentu

    (al-Ghazali 2005 : 209-211).

    Untuk melegakan kemarahan. Apabila berasa terlalu marah dengan orang tersebut,

    nescaya ia akan berasa sembuh apabila menyebut kejahatan-kejahatan orang

    tersebut.

    Persepakatan dengan teman-teman, menyokong pendapat sahabat-sahabat dan

    menolong mereka dalam percakapan. Apabila seorang sahabat membicarakan

    mengenai kehormatan orang lain, lalu ia berpendapat perlulah ditolong sahabatnya

    itu agar tidak terasa hati padanya.

    Mengkehendaki mununjuk-nunjuk dan bangga diri. Contoh ia mengatakan

    seseorang itu jahil dan lemah kefahamannya. Tujuan ia berkata sedemikian adalah

    untuk mengatakan ia tidak bersifat jahil dan lemah ingatan.

    Hasad dengki kepada orang yang dipuji oleh masyarakat, dihormati dan

    dimuliakan.

    Bersenda gurau, bermain, menghabiskan masa dengan gelak ketawa.

    Seseorang yang berasa begitu bersemangat di dalam menghalang kemungkaran

    yang ada, lalu syaitan menghasutnya sehingga membuka aib orang yang

    melakukan kesalahan tersebut.

    Berasa kasihan kepada ujian yang menimpa seseorang lalu syaitan menghasutnya

    dengan menyebutkan nama orang yang ditimpa musibah tersebut.

    3.4 Kafarah Mengumpat

    Ketahuilah bahawa wajib ke atas orang yang mengumpat itu menyesal, bertaubat dan

    merasa sedih di atas perbuatan mengumpat yang telah dilakukannya agar yang demikian

  • 12

    itu ia keluar dari hak Allah Taala. Kemudian, seharusnya ia minta maaf dan dihalalkan

    daripada orang yang diumpatinya agar ia bebas pula dari orang yang dianiyainya. Dan

    pada masa meminta halal akan perbuatannya itu hendaklah dilakukan dalam keadaan

    sedih, sangat terharu dan menyesal di atas perbuatannya kerana orang yang mempunyai

    perasaan riya kadang-kadang meminta maaf untuk menunjukkan sikap wara sedangkan

    batinnya tidak menyesal akan perbuatan tersebut (al-Ghazali 2005 : 219).

    Hasan al-Basri berpendapat bahawa mencukupilah dia beristighfar yakni

    memohon ampun kepada Tuhan tanpa meminta halal dari orang yang diumpatinya

    melalui hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik dari rasulullah s.a.w: kafarah

    kepada orang yang engkau umpati ialah bahawa engkau meminta diampuni dosanya.

    Mujahid pula berpendapat kafarah engkau memakan daging saudaramu ialah bahawa

    engkau memujinya dan mendoakan kebaikan baginya. Apabila ditanyakan kepada Atha

    bin Abi Ribah tentang taubat daripada mengumpat, beliau mengatakan engkau pergi

    kepada temanmu itu lalu katakana engkau telah berdusta tentang apa yang engkau

    katakana dan berbuat aniaya kepadanya. Maka jika engkau mahu, ambillah hakmu, dan

    jika engkau mahu, maka maafkanlah aku. Sekiranya orang yang diumpat itu berada jauh

    atau telah meninggal dunia, banyakkan istighfar dan berdoa kepadanya serta meminta

    banyak kebaikan kepadanya (al-Ghazali 2005 : 219).

    Jadi apakah pandangan al-Ghazali dalam hal ini? Ketika ditanya kepadanya

    adakah wajib meminta dihalalkan itu, beliau menjawab : tidak wajib, kerana itu adalah

    perbuatan berbuat kebaikan (tabarru) dan tabarru itu suatu keutamaan yang tidak wajib

    tetapi ia perbuatan yang dipandang mulia. Cara orang yang ingin meminta maaf itu adalah

    dengan ia memperbanyakkan pujian dan berkasih sayang kepada orang yang diumpatnya

    itu. Hendaklah ia berterusan melakukannya sehingga orang yang diumpatnya itu menjadi

    sejuk hatinya. Sekiranya tidak reda juga hatinya, maka segala perbuatan baik yang

    dilakukan terhadapnya itu akan menjadi amalan yang akan dihitungkan di Padang

    Mahsyar bagi mengimbangi kejahatan yang dilakukannya (al-Ghazali 2005 : 219).

  • 13

    KESIMPULAN

    Sesungguhnya perbuatan mengumpat itu adalah termasuk dalam dosa yang dilakukan

    melalui perbuatan atau fikiran kita tanpa dihadkan melalui lisan semata-mata. Hendaklah

    kita menjaga diri kita daripada melakukan dosa mengumpat ini kerana ia merupakan

    tegahan daripada Allah Taala. Maka apa yang ditegah oleh Allah itu sudah tentu ada

    keburukan yang akan berlaku sekiranya manusia tetap dalam melakukan larangan atau

    tegahan tersebut.

    Apa yang jelas kepada kita, sudah pasti dengan mengumpat ini akan mengeruhkan

    hubungan manusia dengan manusia yang lainnya. Sudah pasti pelbagai kerosakan dan

    kemungkaran yang akan berlaku di atas muka bumi. Sudah pasti fitnah-fitnah akan

    berleluasa walaupun manusia mengetahui akan keburukannya. Sudah pasti pertumpahan

    darah juga boleh terjadi. Maka apabila mulut lebih berkuasa dari segalanya, kita akan

    lihat semua bahaya yang telah dinyatakan. Kita pernah mendengar kata-kata seperti lidah

    itu lebih tajam daripada pedang. Oleh itu, jagalah lidah dan mulut kita daripada

    melakukan dosa mengumpat.

    Selain daripada hubungan manusia dengan Allah dan alam semesta, manusia juga

    perlu menjaga hubungannya sesama manusia yang lainnya kerana manusia tidak tinggal

    bersendirian di atas muka bumi Allah ini. Manusia memerlukan manusia lainnya untuk

    menambah amal kebaikan untuk dihitung sebagai pahala serta dimasukkan ke dalam

    Syurga Allah. Jika baik hubungan terhadap manusia, maka banyaklah amal kebaikan

    yang akan dicatat, sebaliknya jika buruk hubungan kepada manusia yang lainnya, maka

    sudah pasti banyaklah catatan keburukan yang akan kita terima di Akhirat kelak.

    Wallahu alam.

  • 14

    RUJUKAN

    Al-Quran al-Karim

    Abdullah Basmeih. 2001. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran 30

    Juz. Ed. Ke-12. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

    Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. 2005. Ihya Ulum al-Din. Jil. 3.

    Kaherah: Dar al-Tauzi wa an-Nashr al-Islamiyyah.

    Al-Hilali, Abu Usamah Salim bin Ied. 2005. Syarah Riyadh al-Solihin. Terj. M.Abdul

    Ghoffar. Jil. Ke-5. Jakarta: Pustaka Imam as-Syafie.

    An-Naisaburi, al-Imam Abi al-Hussain Muslim bin al-Hajjaj al-Qusyairi. 2001. Sohih

    Muslim. Beirut: Dar al-Kitab al-Ilmiyyah.

    Asy-Syaukani, al-Imam Muhammad bin Ali bin Muhammad. 2012. Tafsir Fathul Qadir.

    Terj. Amir Hamzah Fachruddin. Jakarta: Pustaka Azzam.

    Mohd Fadzilah Kamsah et. al. 2006. Positif Untuk Berjaya. Edisi Ke-2. Selangor: PTS

    Millennia Sdn. Bhd.

    Mohd Nasir Omar. 2005. Akhlak Dan Kaunseling Islam. Kuala Lumpur: Utusan

    Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Muhammad Abul Quasem. 1975. The Ethics of al-Ghazali : A Composite Ethics in Islam.

    Petaling Jaya: Central Printing Sdn. Bhd.

    Ummu Abdillah, Ili Dalila Mohd Redwan. 2010. Ghibah (Mengumpat). Merintis Jalan

    al-Quran dan as-Sunnah. https://ilidalila.wordpress.com/2010/04/28/ghibah-

    mengumpat/ [24 Mac 2015].

    Zulkifli Mohd Yusoff & Muhammad Mukhlis. 2012. Asbabun Nuzul. Selangor: PTS

    Darul Furqan Sdn. Bhd.