menjaga kemudahan awam budaya terpuji

2
“Menjaga kemudahan awam budaya terpuji” Kemudahan awam ialah perkhidmatan dan peralatan yang disediakan oleh kerajaan dan pihak tertentu untuk digunakan oleh orang ramai. Contoh kemudahan awam ialah tandas awam, stesen bas, stesen komuter dan lapangan terbang. Namun sering kali ada sahaja berita yang kita dengar tentang kerosakan harta benda awam. Amalan menjaga kemudahan awam menjadi tanggungjawab kita. Antaranya termasuklah mengepam air setelah menggunakan tandas. Amalan ini akan dapat menghindar bau yang tidak menyenangkan dan tandas akan kelihatan lebih bersih Selain itu, tabiat membuang sampah merata-rata tempat akan menyebabkan keadaan persekitaran menjadi kotor. Sudah tentu orang ramai yang menggunakan kemudahan awam tersebut berasa tidak selesa. Oleh itu kita seharusnya menjaga persekitaran dengan baik. Kita juga dilarang menconteng kemudahan awam, contohnya pada dinding, papan tanda, perhentian bas, tandas dan pondok telefon. Ini akan menimbulkan pandangan negative dalam kalangan pelancong asing terhadap rakyat tempatan. Kemudahan awam merupakan harta benda yang digunakan bersama-sama oleh masyarakat sekeliling.oleh itu penting bagi kita untuk menggunakan setiap kemudahan awam dengan baik dan teratur. Disamping itu juga, kita sebagai pengguna kemudahan awam haruslah mengelakkan daripada merosakkan harta benda awam.

Upload: aslam-shamm

Post on 10-Nov-2015

85 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

text

TRANSCRIPT

Menjaga kemudahan awam budaya terpuji

Kemudahan awam ialah perkhidmatan dan peralatan yang disediakan oleh kerajaan dan pihak tertentu untuk digunakan oleh orang ramai. Contoh kemudahan awam ialah tandas awam, stesen bas, stesen komuter dan lapangan terbang. Namun sering kali ada sahaja berita yang kita dengar tentang kerosakan harta benda awam.

Amalan menjaga kemudahan awam menjadi tanggungjawab kita. Antaranya termasuklah mengepam air setelah menggunakan tandas. Amalan ini akan dapat menghindar bau yang tidak menyenangkan dan tandas akan kelihatan lebih bersih

Selain itu, tabiat membuang sampah merata-rata tempat akan menyebabkan keadaan persekitaran menjadi kotor. Sudah tentu orang ramai yang menggunakan kemudahan awam tersebut berasa tidak selesa. Oleh itu kita seharusnya menjaga persekitaran dengan baik.

Kita juga dilarang menconteng kemudahan awam, contohnya pada dinding, papan tanda, perhentian bas, tandas dan pondok telefon. Ini akan menimbulkan pandangan negative dalam kalangan pelancong asing terhadap rakyat tempatan.

Kemudahan awam merupakan harta benda yang digunakan bersama-sama oleh masyarakat sekeliling.oleh itu penting bagi kita untuk menggunakan setiap kemudahan awam dengan baik dan teratur. Disamping itu juga, kita sebagai pengguna kemudahan awam haruslah mengelakkan daripada merosakkan harta benda awam.

Kemudahan awam ialah hak semua orang. Oleh itu sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita sepatutnya menjaga kemudahan awam yang disediakan demi kepentingan bersama.