menterjemah hadith
TRANSCRIPT
PPPJ2443TERJEMAHAN
ARAB-MELAYU-ARAB 2
MENTERJEMAH HADISOleh: Mohd Haffizzuddin bin Kamaruddin
A144955
Pensyarah : Dr. Maheram binti Ahmad
PENGENALAN
Hadis bermaksud segala perkara yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada dari perbuatan, percakapan, taqrir mahupun sifat.
Di Malaysia khasnya, gerakan penterjemahan hadith telah lama bermula sejak zaman Syeikh Daud al-Fathani dan zaman Syeikh al-Marbawi lagi.
Namun persoalannya, bolehkah hadis Rasulullah diterjemahkan ke dalam bahasa selain bahasa
Arab ????????????????
PENDAPAT ULAMA’ BERKAITAN TERJEMAHAN HADIS
• Para ulama telah membincangkan mengenai keharusan dan bentuk terjemahan yang diterima dalam penerjemahan hadis.
• Isu terjemahan makna hadith ini berkait rapat dengan isu periwayatan hadith secara makna.
• Menurut al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitab Syarah al-Nukhbat “ periwayatan hadith dengan makna, perselisihan pendapat para ulama mengenainya adalah masyhur. Walaupun begitu, kebanyakan mereka mengharuskannya. Antara hujah mereka yang terkuat ialah ijmak mengharuskan penerangan syariat dengan menggunakan bahasa asing kepada bukan Arab oleh mereka yang mahir dalam bahasa tersebut.”
• Imam Tirmizi pula berkata: “ Sesiapa yang ingin menyampaikan hadith yang telah didengarinya kepada orang lain, dia boleh menukar lafaz selagi mana tidak mengubah maknanya ”.
• Ibn Faris pula menyatakan bahawa sekiranya perawi mesti memelihara lafaz itu tanpa meninggalkan satu huruf pun maka sudah pasti Rasulullah memerintahkan para sahabat menulis atau membuat penelitian rapi terhadap apa yang mereka dengari daripadanya seperti mana menulis wahyu al-Qur’an. Oleh kerana tiada perintah sedemikian, periwayatan hadith adalah lebih ringan, walau bagaimanapun menyampaikannya menurut lafaz yang didengarinya adalah lebih afdal.
KONSEP TERJEMAHAN HADITH
Dalam konsep penterjemahan, penterjemah hendaklah mengutamakan mesej dalam teks sasaran daripada teks sumber kerana maksud daripada penterjemahan adalah untuk menyampaikan mesej kepada pembaca dengan perantaraan bahasa sasaran.
Sekiranya kita akur bahawa terjemahan hadith adalah satu bentuk penerangan makna, penterjemah sebenarnya tidak perlu berasa takut untuk menggunakan perkataan-perkataan yang dirasakan sepadan bagi menjelaskan maksud-maksud ayat yang mereka terjemahkan.
Teks terjemahan hadith tidak dapat menandingi teks asal berbahasa Arab kerana penterjemah akan sentiasa terikat dengan beberapa faktor yang mempengaruhi cara dan cita rasa bahasanya menterjemah. Misalnya, apabila terdapat penerangan yang pelbagai untuk hadith-hadis tertentu, penterjemah akan cenderung memilih makna yang sesuai dengan mazhab fiqah atau aqidah yang dipercayainya.
Teks terjemahan hadith tidak boleh dijadikan sebagai hujah dalam mengekstrak hukum kerana ia tertakluk kepada faktor-faktor penterjemahan. Faktor-faktor seperti latar belakang penterjemah yang pelbagai yang akan mempengaruhi cara mereka menterjemah dan akan membawa kepada berbagai terjemahan dalam sesuatu bahasa di samping beberapa faktor lain.
SYARAT-SYARAT TERJEMAHAN HADITH
SYARAT 2
Makna sumber
Syarah hadith
Makna rajih
Istilah sumber
Kata nama
Agama lain
Taasub
Bahasa mudah
Matan
Berkumpulan
1) Terjemahan Langsung Daripada Makna Sumber
- Terjemahan mesti langsung daripada makna Hadith, tidak
bersumberkan terjemahan yang sedia ada kerana telah
terdedah kepada pelbagai kesalahan.
2) Memenuhi Syarat-Syarat Syarah Hadith.
- Terjemahan hendaklah memenuhi syarat-syarat yang
terdapat dalam syarah hadith yang muktabar termasuk
sandarannya mesti berdasarkan riwayat yang diperakui dan
tidak menyimpang dari kaedah- kaedah bahasa Arab.
3) Memakai Makna Yang Rajih.
- Jika terdapat pelbagai makna, hendaklah dipakai makna
yang paling rajih. Bagi menyempurnakan pensyaratan ini
maka sebaiknya diletakkan nota kaki.
4) Mengekalkan Istilah Sumber
- Istilah sumber yang dimaksudkan di sini ialah istilah yang terdapat
di dalam matan Hadith seperti: Solat, Haji, Zakat dll.
5) Kata Nama Tidak Diterjemahkan
- Kata Nama khas seperti nama-nama Allah para nabinya dan
tempat tidak perlu diterjemah dan diubah, tetapi hanya perlu
menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin (rumi) mengikut
transliterasi yang diperakui dan memulakan setiap kata nama
dengan huruf besar.
6) Tidak Memakai Istilah Agama Lain.
- Terjemahan makna tidak memakai istilah yang khas di dalam
istilah agama-agama lain yang sedia ada dalam al-Qur’an dan
Hadith. Seperti kalimah para nabi tidak diterjemahkan dengan
makna Astople kerana ia bermaksud Hawariyyin dalam agama
Kristian.
7) Tidak Bercorak Taasub.
- Terjemahan tidak mengikut aliran atau fahaman yang sempit,
tetapi tidak mengapa jika makna sumber berkaitan dengan pendapat
muktamad mazhab yang menjadi anutan penterjemah, seperti makna
lafaz quru’ yang terdiri daripada makna suci atau haid.
8) Bahasa Mudah Difahami
- Terjemahan mestilah memperlihatkan ciri jalinan dan keteraturan fikiran
antara ayat- ayat. Oleh itu, terjemahan penanda wacana yang tepat
mesti dititik beratkan. Bahasa yang mudah difahami juga amat
diperlukan dalam penterjemahan hadis.
9) Terjemahan Ditulis Bersama Matan Hadith.
- Ini bagi mengelak kekeliruan bahawa terjemahan itu mempunyai taraf
yang sama dengan matan hadith yang sebenar.
10) Dihasilkan Secara Berkumpulan.
- Terjemahan secara berkumpulan secara dasarnya lebih baik kerana
dapat melihat dari kepelbagaian sudut terutamanya ketepatan
pemilihan perkataan, struktur ayat dan sebagainya.
KEPAKARAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENTERJEMAH HADITH
Pakar Bahasa Arab
Penuntut Ilmu Hadith
Pakar Bahasa Melayu
Pakar dalam Pelbagai
Disiplin Ilmu
1) Pakar dalam Bahasa Arab Penterjemah mestilah menguasai ilmu al- Arabiyyah,
iaitu ilmu bahasa Arab atau kaedah-kaedah sastera
Arab yang diperlukan dalam memahami makna Hadith. Mengetahui kosa kata dalam bahasa Arab dengan
jelas dan baik serta mengetahui kedudukan ayat
dalam rangkaian kalimat. Mengusai lmu-ilmu alat Arab yang terpenting iaitu :-
a) Ilmu Nahu
b) Ilmu Saraf
c) Ilmu Balaghah yang terdiri daripada ilmu Ma’ani,
Badi’ dan Bayan.
2) Penuntut Ilmu Hadith
Penterjemahan makna Hadith merupakan proses gabungan mensyarah
dan menterjemah secara serentak. Penterjemah perlu terdiri daripada penuntut ilmu hadith yang menurut
metode ilmiah pembelajaran ilmu hadith. Pendekatan yang dilakukan ialah dengan belajar secara berperingkat-
peringkat ilmu-ilmu asas hadith dengan mantap dan melalui metode yang
kukuh. Penterjemah hendaklah memiliki ilmu dalam memahami matan hadis
seperti :-
a) Gharib Hadith
b) Mukhtalif Hadith
c) Musykil Hadith
d) Nasikh dan Mansukh Hadith
e) Asbab wurud Hadith
f ) Fiqh Hadith
3) Pakar dalam Bahasa Melayu
Penguasaan bahasa sasaran merupakan antara
syarat terpenting dalam menghasilkan terjemahan yang
bermutu. Penterjemah perlu mengetahui bahasa sasaran secara
mendalam bagi memastikan bahasa yang dipakai tidak
menyalahi tatabahasanya kerana dalam konteks
penterjemahan, teori komunikatif perlu diambil kira agar
pengguna dapat memahaminya dengan mudah. Oleh itu, kepakaran dalam bahasa Melayu amat penting
dalam proses menterjemahkan Hadith.
4) PAKAR DALAM PELBAGAI DISIPLIN ILMU
Setiap bidang ilmu mempunyai istilah tertentu yang khusus
bagi ilmu tersebut. Penglibatan pakar-pakar dalam bidang tertentu seperti
bidang sains, sejarah, geografi, sosiologi dan lain- lain
mampu mengelakkan istilah tertentu dari bercampur-aduk. Melalui perbincangan bersama pakar-pakar ini, kerja-kerja
dapat disusun dan diselaraskan bagi melancarkan gerak
kerja terjemahan. Terjemahan seumpama ini lebih dipercayai kerana tidak
mengandungi matlamat peribadi yang merupakan gambaran
pendapat dan kehendak seseorang penterjemah sahaja.
KESIMPULAN
Terjemahan Hadith ke dalam bahasa selain
Arab adalah dibenarkan dalam Islam. Individu yang terlibat dalam proses
penterjemahan Hadith ini haruslah mengikut
syarat-syarat yang telah ditentukan oleh para
ulama’ silam. Di samping itu, kemahiran yang tinggi dalam
ilmu-ilmu berkaitan turut diperlukan dalam
proses penterjemahan hadith.
RUJUKAN
Diambil dan diolah daripada Konsep dan Syarat
Terjemahan Hadith oleh Khairul Amin Mohd Zain &
Mohd Norzi bin Nasir.