menyediakan laporan penyelidikan · pdf file(termasuklah proses pengajaran pembelajaran dan...

8
BAB MENYEDIAKAN LAPORAN PENYELIDIKAN PENGENALAN Peringkat terakhir dalam sesuatu penyelidikan tindakan adalah apabila proses dan hasilnya dilaporkan. Terdapat beberapa alasan mengapa laporanpenyelidikan perlu disediakan. Berikut adalah diantara sebab-sebab mengapa penyelidik yang menjalankan penyelidikan tindakan perlu melaporkan proses serta hasil kajian mereka (Altricther et al. 1993). Mengelakkan Terputusnya Penjanaan Ilmu Ramai pendidik tidak menyedari nilai pengetahuan yang boeh mereka jana daripada pengalaman yang ditimba dalam bilik darjah. Penyelidikan tinjauan bertujuan untuk memperbaiki fenomena ini dengan memperkenalkan kepada guru-guru pendekatan amali bagi menjana pengetahuan hasil daripada pengalaman mereka supaya mereka sama-sama dapat menyumbangkan pengetahuan tersebut kepada 7

Upload: buituyen

Post on 06-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: MENYEDIAKAN LAPORAN PENYELIDIKAN · PDF file(termasuklah proses pengajaran pembelajaran dan proses yang berkaitan dengan ... masalah, rekabentuk kajian, prosedur-prosedur kajian,

BAB

MENYEDIAKAN LAPORAN PENYELIDIKAN

PENGENALAN

Peringkat terakhir dalam sesuatu penyelidikan tindakan adalah apabila proses dan

hasilnya dilaporkan. Terdapat beberapa alasan mengapa laporanpenyelidikan perlu

disediakan. Berikut adalah diantara sebab-sebab mengapa penyelidik yang

menjalankan penyelidikan tindakan perlu melaporkan proses serta hasil kajian

mereka (Altricther et al. 1993).

Mengelakkan Terputusnya Penjanaan Ilmu

Ramai pendidik tidak menyedari nilai pengetahuan yang boeh mereka jana daripada

pengalaman yang ditimba dalam bilik darjah. Penyelidikan tinjauan bertujuan untuk

memperbaiki fenomena ini dengan memperkenalkan kepada guru-guru pendekatan

amali bagi menjana pengetahuan hasil daripada pengalaman mereka supaya

mereka sama-sama dapat menyumbangkan pengetahuan tersebut kepada

7

Page 2: MENYEDIAKAN LAPORAN PENYELIDIKAN · PDF file(termasuklah proses pengajaran pembelajaran dan proses yang berkaitan dengan ... masalah, rekabentuk kajian, prosedur-prosedur kajian,

86 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

professional mereka. Justeru itu membuat laporan merupakan langkah yang

terakhir bagi mencapai matlamat. Yakni mengelakkan terpupusnya penjanaan ilmu

dalam kalangan pendidik.

Mempertingkatkan Kualiti Mengrefleksi Amalan

Proses melaporkan pengalaman-pengalaman serta hasil-hasil kajian penyelidikan

tindakan biasanya melibatkan refleksi dan analisis yang menajamkan interpretasi-

interpretasi awal yang sudah dibuat serta membuahkan pandangan pandangan

tambahan. Di samping itu, proses melaporkan juga membantu penyelidik

menteorikan amalan pendidikan mereka. Selain daripada itu, melapor hasil-hasil

penyelidikan tindakan juga merupakan prasyarat untuk guru mendapatkan maklum

balas serta kritikan daripada orang lain yang sekaligus bertindak sebagai ‘quality

control’ terhadap tindakan yangdijalankan tersebut.

Memperjelaskan Pendidrian Melalui Hujah Rasional

Dengan menganalisa dan melaporkan pengalaman mengadakan sesuatu tindakan,

seseorang pendidik berupaya menjelaskan pensiriannya serta rasional terhadap

amalan tersebut. dengan perkataan lain, melalui proses melaporkan penyelidikan

tindakan, guru dilatih mengemukakan pendirian mereka terhadap polisi-polisi

pendidikan yang sedia ada dengan menggunakan hujah-hujah yang mantap dan

rasional

Mengamalkan Tanggungjawab Profesional

Apabila seseorang guru melaporkan tindakan yang diambilnya mengenai sesuatu

amalan pendidikan secara sistematik dan rasional, beliau sebenarnya menunjukkan

sifat bertanggungjawab ke atas rofesinalismenya. Ini adalah kerana kedudukan

profesionalisme guru juga bergantung kepada pandangan pihak-pihak lain seperti

ibu bapa dan masyarakat. Dengan melaporkan hasil-hasil tindakan yan diambil

melalui penyelidikan tindakan, guru yang terlibat menunjukkan komitmen mereka

kepada mereka yang berkenaan dan sekaligus menjadikan pihak-pihak tersebut

Page 3: MENYEDIAKAN LAPORAN PENYELIDIKAN · PDF file(termasuklah proses pengajaran pembelajaran dan proses yang berkaitan dengan ... masalah, rekabentuk kajian, prosedur-prosedur kajian,

Menyediakan Laporan Penyelidikan 87

sebagai rakan kongsi yang mampu memberikan sumbangan serta pandangan

mereka terhadap amalan pendidikan tersebut.

Memainkan Peranan Dalam Perkembangan Profesional

Menurut Schon (1983) melalui proses melaporkan penyelidikan tindakan, seseorang

penyelidik akan menjadi seorang pendidik yang reflektif yang berupaya memainkan

peranan yang lebih aktif dalam perkembangan profesionalismenya dengan cara

berkongsi teori-teori amalan serta pengetahuan bilik darjahnya kepada rakan-rakan

baru dalam profesionnya.

Memperkukuhkan Keyakinan Kendiri Kepada Para Guru

Pengalaman mengajar setelah beberapa tahun kadang-kadang mengaitkan sesuatu

amalan pendidikan menjadi rutin dan terpencil yang boleh menyebabkan kurangnya

perasaan ingin bekerjasama dalam kalangan guru. Melalui proses melaporkan

penyelidikan tindakan yag dilaksanakan, masalah ini dapat dibendung kerana

proses mendokumentasikan perkembangan profesionalisme seseorang guru boleh

menyebabkan terjananya satu badan ilmu yang kolektif. Proses ini biasanya

berupaya memperkuatkan lagi keyakinan kendiri para pendidik mengenai amalan

pendidikan mereka.

Memperbaiki Reputasi Profesionalisme Perguruan

Terdapat ramai guru yang merasakan diri mereka kecil pada pandangan masyarakat

dan mengambil profil yang rendah terhadap isu-isu awam yang berkatan dengan

pendidikan. Akibatnya mereka menjadi bahan kritikan media dan pihak-pihak

tertentu terutamanya ibu bapa kerana mereka kurang bersuara dalam perdebatan

isu-isu tersebut. melalui proses melaporkan penyelidikan tindakan, keadaan ini

dapat diperbaiki dengan terjananya ilmu oleh golongan pendidik sendiri yang

memberi peluang kepada mereka menyuarakan pandangan terhadap isu-isu

pendidikan yang menjadi perhatian umum. Ini sekaligus akan meningkatkan

reputasi profesionalisme perguruan mereka.

Page 4: MENYEDIAKAN LAPORAN PENYELIDIKAN · PDF file(termasuklah proses pengajaran pembelajaran dan proses yang berkaitan dengan ... masalah, rekabentuk kajian, prosedur-prosedur kajian,

88 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

ASAS MEMBENTUK LAPORAN PENYELIDIKAN

Penyelidikan tindakan boleh dikategorikan kepada penyelidikan kualitatif

berbentuk kajian kes. Menurut Elliot (1994) dan Zalmorski (1994) dalam Mohd

Kamal Dasuki (1996), ini adalah kerana:

1. Penyelidikan tindakan bersifat khusus, yakni ia menggambarkan situasi

tertentu.

2. Penyelidikan tindakan bersifat longitudinal: yakni ia mendokumenkan satu

proses yang meliputi satu tempoh masa yang tertentu.

3. Penyelidikan tindakan bersifat menyeluruh

4. Penyelidikan tindakan mempunyai kualiti ketulenan dan tidak muda

dipertikaikan.

5. Penyelidikan tindakan biasanya tertumpu kepada pemahaman proses

(termasuklah proses pengajaran pembelajaran dan proses yang berkaitan

dengan interaksi sosial dalam bentuk yang lain)

6. Penyelidikan tindakan banyak melibatkan data jenis deskriptif dan interpretif.

7. Penyelidikan tindakan bersifat kualitatif atau kuantitatif

Menurut mereka lagi, pembentukan laporan sesuatu penyelidikan tindakan haruslah

berdasarkan kepada criteria yang berikut:

1. Mengandungi penjelasan tentang fokus, yakni tentang permasalahan yang

diselidiki atau cuba diperbaiki.

2. Mengandungi penjelasan tentang konteks bagi penyelidikan yang

dilaksanakan.

3. Mengandungi deskripsi tentang strategi tindakan.

4. Meliputi penerangan tentang sejauh mana strategi tersebut dilaksanakan dan

apakah kesannya.

5. Merangkumi penerangan mengenai kesan yang dijangkakan dan kesan yang

tidak dijangkakan serta penerangan tantang kenapa ianya berlaku.

6. Mengandungi deskripsi tentang metodologi yang digunakan untuk mengumul

data dan rasional pemilihan metodologi tersebut.

Page 5: MENYEDIAKAN LAPORAN PENYELIDIKAN · PDF file(termasuklah proses pengajaran pembelajaran dan proses yang berkaitan dengan ... masalah, rekabentuk kajian, prosedur-prosedur kajian,

Menyediakan Laporan Penyelidikan 89

7. Mengandungi dapatan kajian yang disokong dengan pelbagai jenis data.

PROSEDUR MELAPORKAN PENYELIDIKAN

Sebelum menyediakan laporan bagi satu penyelidikan tindakan, adalah baik

sekiranya soalan berikut di ambil kira:

1. Untuk siapa? Khalayak yang berkemungkinan akan membaca laporan

tersebut.

2. Apa? Apa yang akan dimasukkan dalam laporan tersebut.

3. Bagaimana? Apakah pendekatan yang akan digunakan bagi melaporkan

penyelidikan tindakan tersebut.

Untuk Siapa?

Dalam menyediakan laporan penyelidikan tindakan, sesetengah penyelidik tersalah

anggar tentang khalayak yang mungkin berminat dengan kajian tersebut. Altricher

et al. (1993) menyenaraikan lebih daripada 10 jenis khalayak yang berpotensi

seperti berikut:

1. Rakan-rakan di sekolah

2. Guru-guru daripada sekolah yang berdekatan

3. Peserta-peserta latihan dalam perkhidmatan

4. Guru besar

5. Pelajar-pelajar

6. Ibu bapa

7. Nazir sekolah

8. Lembaga pentadbir sekolah

9. Ahli akademik

Page 6: MENYEDIAKAN LAPORAN PENYELIDIKAN · PDF file(termasuklah proses pengajaran pembelajaran dan proses yang berkaitan dengan ... masalah, rekabentuk kajian, prosedur-prosedur kajian,

90 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

10. Masyarakat tempatan

11. Media

Apa?

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, perkara-perkara yang perlu dimasukkan

dalam sesuatu laopran penyelidikan tindakan termasuklah penjelasan dan deskripsi

mengenai penyataan masalah, konteks, reka bentuk kajian, strategi tindakan dan

kesannya serta analisa dapatan kajian.

Bagaimana?

Oleh kerana khalayak yang mungkin berminat mengetahui hasil-hasil penyelidikan

tindakan yang dijalankan berbeza antara satu dengan yang lain, pendekatan

melaporkan penyelidikan tindakan juga biasanya berbeza. Misalnya, seseorang guru

boleh melaporkan dasil penyelidikannya kepada masyarakat setempat dengan

menulis rencana pendek dalam surat khabar, manakala laporan yang akan

dikemukakan kepada pengetuanya mungkin akan menjadi lebih formal dan

terperinci. Berikut adalah di antara pendekatap-pendekatan yang boleh digunakan

oleh seseorang guru untuk melaporkan hasil penyelidikannya.

Laporan Lisan dan Perbincangan Berbentuk Wacana

Satu cara melaporkan hasil penyelidikan tindakan adalah secara lisan. Ini boleh

dilaksanakan dalam bentuk bengkel atau seminar yang melibatkan pendidik lain

atau mereka-mereka yang berminat dalam pendidikan.

Persembahan Dalam Bentuk Grafik

Sesetengah hasil kajian penyelidikan tindakan boleh dilaporkan secara grafik dalam

bentuk gambar rajah, jadual atau karikatur. Sekiranya persembahan seperti ini

dapat dipaparkan di papan kenyataan umum seperti di bilik rehat guru tentulah

ianya akan menarik perhatian dan membuka peluang kepada perbincangan dalam

Page 7: MENYEDIAKAN LAPORAN PENYELIDIKAN · PDF file(termasuklah proses pengajaran pembelajaran dan proses yang berkaitan dengan ... masalah, rekabentuk kajian, prosedur-prosedur kajian,

Menyediakan Laporan Penyelidikan 91

kalangan guru kerana persembahan dalam bentuk grafik biasanya ringkas dan

mudah difahami.

Persembahan Audio-Visual

Saru lagi cara melaporkan hasil penyelidian tindakan adalah melalui persembahan

audio-visual. Klip-klip video yang merakamkan aktiviti-aktiviti proses penyelidikan

tindakan yang dijalankan boleh menjadi bahan kepada perbincangan pihak yang

melihatnya.

Rangkaian Komputer

Salah stau cara yang efektif melaporkan hasil-hasil penyelidikan tindakan yang

dijalankan adalah melalui rangkaian-rangkaian computer yang sedia ada pada masa

kini terutamanya melalui rangkaian mel elektronik dan alat-alat Internet yang lain

seperti Usenet Newsgroups dan Buletin Board dalam World Wide Web.

Dokumen Bertulis

Cara paling biasa dan popular melaporkan hasil-hasil penyelidkan tindakan adalah

melalui dokumen-dokumen bertulis.

PENULISAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Oleh kerana kebanyakan penyelidikan tindakan adalah berdasarkan konteks sesuatu

amalan itu dijalankan, kajian kes merupakan format yang paling biasa digunakan

bagi melaporkan hasil kajian tersebut. menurut Altricter et al. (1993), satu lagi

format yang boleh digunakan ialah cross-case analaysis.

Kajian Kes

Secara umumnya, kajian kes adalah laporan bertulis di mana guru yang terlibat

dalam penyelidikan tindakan memberikan maklumat entang satu kes daripada

amalan pendidikan mereka termasuklah maklumat seperti konteks, penyataan

masalah, rekabentuk kajian, prosedur-prosedur kajian, strategi-strategi tindakan

Page 8: MENYEDIAKAN LAPORAN PENYELIDIKAN · PDF file(termasuklah proses pengajaran pembelajaran dan proses yang berkaitan dengan ... masalah, rekabentuk kajian, prosedur-prosedur kajian,

92 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

serta isu-isu lain yang berkaitan. Berikut adalah di antara cara-cara menstrukturkan

penulisan satu kajian kes.

Menyusun Mengikut Urutan Kajian

Kaedah penulisan kajian kes suatuenyelidikan tindakan adalah dengan melaporkan

pengalaman dan dapatan mengikut uruta kronologikal seperti mana ianya berlaku.

Adalah baik sekiranya urutan ini dapat digambarkan juga dalam bentuk gambarajah

atau satu senarai urutan. Salah satu kelemahan penulisan laporan menkut kaedah

ini adalah kesukaran membuat perkaitan di antaa satu lankah dengan yang ain dan

kemungkinan laporan menjadi terlalu deskriptif dan tidak analitis.