merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
DESCRIPTION
UBKTRANSCRIPT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PEREKAYASAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA2012
LATAR BELAKANG
1. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan
modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi
mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin
dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif,
berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta
peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk
berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-
ubah.
2. Mengimbau sejarah perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B & K)
di Malaysia, ianya telah bermula sejak tahun 1939. Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) ketika itu dikenali sebagai EDUCATION
DEPARTMENT OF THE STRAITS SETTLEMENTS AND THE
FEDERATED MALAY STATES telah menerbitkan sebuah buku
panduan kerjaya untuk murid sekolah yang berjudul A Guide to
Careers in Malaya for Parents, Teachers and Pupils. Langkah
penerbitan buku berkenaan diambil sebagai meniru sistem pendidikan
di Amerika Syarikat yang mewujudkan unit bimbingan dan kaunseling
kerjaya di sekolah.
3. Kemudian pada tahun 1966, KPM melalui Bahagian Sekolah-Sekolah
menerbitkan pula buku yang berjudul SCHOOL GUIDANCE SERVICES.
1
Buku tersebut telah dibiayai oleh Unesco dan telah ditulis oleh pakar
bimbingan dan kaunseling kerjaya bernama RK McKenzie daripada
Kanada. Beliau dibantu oleh 11 orang pegawai Hal Ehwal Murid
daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) seluruh negara untuk
menulisnya.
4. Sejak itu, perkhidmatan B & K di sekolah telah diberi pengiktirafan oleh
KPM di mana sebagai contoh pada awal tahun 1960an hingga tahun
1980an, daripada tidak mempunyai bilik khas B & K telah dipastikan
perkhidmatan ini ada mempunyai bilik khas untuk menjalankan
perkhidmatan tersebut di sekolah pada tahun 1996. Sebelum tahun
1996, tidak ada perjawatan sepenuh masa guru bimbingan dan
kaunseling, namun bermula pada tahun 1996, kerajaan telah bersetuju
meluluskan perjawatan tersebut secara sepenuh masa.
5. Dalam hal ini, semua guru B & K mesti memahami bahawa
perkhidmatannya adalah secara over and above di sekolah. Kuota guru
B & K di sekolah tidak sama dengan guru mata pelajaran akademik.
Enrolment kelayakan untuk setiap sekolah adalah bagi sekolah
menengah, 500 orang murid nisbah seorang guru dan bagi sekolah
rendah, 350 orang murid bagi seorang guru. Perkhidmatan guru B & K
secara sepenuh masa membawa maksud guru B & K (sekolah rendah
dan menengah) memberikan perkhidmatan sepenuh masa dengan
waktu bertugas mengikut waktu persekolahan sama seperti guru mata
pelajaran biasa.
6. Kesemua yang dilakukan seperti yang disebutkan tadi adalah kerana
kepercayaan dan keyakinan KPM bahawa perkhidmatan ini akan
benar-benar dapat membantu usaha-usaha membangunkan sahsiah
dan disiplin murid di peringkat sekolah. Jemaah Menteri pula pada
tahun 2001 semasa menimbangkan memorandum bagi mewujudkan
jawatan guru kaunseling sepenuh masa juga menekankan bahawa
2
aspek pembangunan sahsiah dan disiplin murid perlu diberi penekanan
dan keutamaan dengan wujudnya jawatan ini.
7. Setelah hampir lima belas tahun perkhidmatan tersebut diberi peranan
secara sepenuh masa, apakah perkhidmatan tersebut telah mencapai
objektifnya. Harapan yang telah diamanahkan kepada guru-guru B & K,
apakah telah dapat ditunaikan dengan jayanya? Kesemua persoalan ini
perlu kita analisa secara konstruktif dan mendalam. Sekiranya harapan
tersebut belum mencapai kejayaan seperti diharapkan, maka kita
perlu melakukan perubahan yang dikira drastik bagi memulihkan
kepercayaan stake holder KPM terhadap perkhidmatan ini.
8. Hari ini, isu yang melibatkan disiplin murid secara keseluruhannya
masih belum dapat diatasi sepenuhnya. Sungguh pun data yang
dikumpul oleh KPM masih dikatakan boleh dikawal, di mana dalam
tempoh 5 tahun (2007 hingga 2011) menunjukkan ianya berada
pada kadar purata 2.07%, namun dari segi jumlah yang terlibat masih
besar.
9. Sebagai contoh, pada tahun 2011 sahaja, kes-kes melibatkan disiplin
murid adalah berjumlah seramai 110218 atau 2.05%. Kes-kes ini
termasuklah kes-kes yang berat seperti memukul, bergaduh, ponteng
sekolah serta kes-kes disiplin yang ringan seperti kekemasan diri. Hal
ini menunjukkan bahawa sekitar 2 hingga 3 peratus bilangan murid
yang masih perlu diberi perhatian sewajarnya. Daripada jumlah
tersebut, seramai 72,873 (66.1%) orang adalah melibatkan murid
sekolah menengah dan seramai 37,345 (33.9%) orang adalah murid
sekolah rendah.
10. Berdasarkan maklumat tersebut, KPM masih berhadapan dengan isu
yang melibatkan sahsiah dan disiplin murid. Ternyata bahawa KPM
perlu membuat perubahan terhadap perkhidmatan ini. Ditambah pula
3
isu yang sedang dihadapi sekarang bertambah kompleks kerana latar
belakang puncanya yang pelbagai.
11. Generasi anak muda kita hari ini yang dikenali sebagai generasi Y,
mereka ini celik IT. Perhubungan dalam kalangan mereka berasaskan
twitter, facebook, sms dan daya imaginasi pahlawan mereka
berimejkan robot. Istilah Robocop, Transformers dan The X-Men
menyaksikan zaman ini, manusia dilihat hebat kerana menggunakan
kecanggihan sains, teknologi dan telekomunikasi yang global.
12. Sungguh pun hukuman dan penguatkuasaan merupakan sebahagian
daripada usaha membendung permasalahan ini, namun ia juga
terbukti dewasa kini kurang berkesan sepenuhnya. Anak-anak kita hari
ini telah semakin terbuka dan mengetahui hak-hak mereka. Hukuman
secara tradisional telah mula dipertikaikan dan ironinya disokong pula
oleh ibu bapa mereka. Lagi pun hukuman sahaja tanpa diikuti dengan
langkah-langkah berkesan dalam usaha intervensi terhadap salah laku
tersebut tidak akan membawa apa-apa makna kepada pembangunan
sahsiah yang disebutkan tadi.
13. Hari ini, disebabkan isu-isu yang disebutkan tadi masih berterusan,
maka kewajaran perkhidmatan B & K secara sepenuh masa di sekolah
telah mula dipertikaikan. Hal ini disebabkan perkhidmatan ini yang
sepatutnya memberi fokus kepada membangunkan sahsiah dan
disiplin murid telah kurang diberi perhatian. Guru-guru B & K pula
sering diberi persepsi yang negatif, misalnya sering menjalankan tugas
di luar sekolah. Tanggung jawab memberikan perkhidmatan
kaunseling dalam membendung isu tersebut juga telah mula
kedengaran dipertikaikan keberkesannya.
14. Kesemua ini menuntut agar KPM melaksanakan perubahan bukan
sahaja dari segi konsep pelaksanaan perkhidmatan ini tetapi juga dari
4
segi fokus operasinya agar dapat direkayasa semula dalam
membendung permasalahan yang disebutkan tadi.
15. Dalam hal ini, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) telah
meminta Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM untuk
mengambil langkah berkesan dalam usaha merekayasa Perkhidmatan
B & K di sekolah. KPPM telah meminta agar perkhidmatan ini
memberi fokus sepenuhnya kepada usaha pembangunan
sahsiah serta membendung permasalahan disiplin dalam
kalangan murid di sekolah. Hal ini disebabkan guru B & K
merupakan guru yang telah dilepaskan daripada tanggungjawab dalam
P&P dan mereka diharap boleh memberi tumpuan sepenuhnya bagi
menangani permasalahan tersebut.
PEREKAYASAAN PERKHIDMATAN B & K DI SEKOLAH
TUJUAN
16. Supaya Guru B & K memfokuskan perkhidmatannya kepada usaha
Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid di sekolah.
KONSEP
17. Perkhidmatan B & K di sekolah adalah perkhidmatan yang mesra
murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan
yang diberikan boleh membantu murid meningkatkan keupayaan
berfikir dan bertindak secara positif dan berkesan.
18. Guru B & K menjiwai bahawa setiap muridnya merupakan aset penting
yang perlu sentiasa dibantu dan dibimbing agar mereka boleh
membuat keputusan yang wajar dan betul dalam menjalani
kehidupannya.
5
OBJEKTIF
19. Objektif perkhidmatan B & K di sekolah adalah;
19.1 Sebagai perkhidmatan yang mesra murid
19.2 Meningkatkan disiplin diri murid
19.3 Membangun dan mengembangkan sahsiah diri murid
FOKUS PERKHIDMATAN B & K
20. Perkhidmatan B & K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus
kepada program dan aktiviti;
20.1 Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid
20.2 Peningkatan disiplin diri murid
20.3 Pendidikan Kerjaya murid
20.4 Psikososial dan kesejahteraan mental murid
20.5 Pengurusan Profil Murid
20.6 Pendidikan Pencegahan
20.7 Konsultasi keibubapaan
20.8 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Fokus Pembangunan Sahsiah Diri Murid:
21. Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri
(charector) murid dari aspek;
21.1 Sikap penyayang (kepedulian)
21.2 Budi bahasa
21.3 Konsep kendiri6
21.4 Kepemimpinan
21.5 Komunikasi
21.6 Kekemasan diri
21.7 Ketepatan masa
Fokus Peningkatan Disiplin Diri Murid
22. Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang
perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala
seperti berikut;
22.1 Perlakuan ponteng sekolah
22.2 Perlakuan berunsur jenayah
22.3 Perlakuan berunsur kelucahan
22.4 Perlakuan berunsur kurang sopan
22.5 Perlakuan berunsur vandalisme
Fokus Pendidikan Kerjaya Murid
23. Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid
mengenai maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju
kerjaya. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;
23.1 melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang
bagi memastikan semua murid dapat mengenalpasti potensi diri,
minat, sikap dan hala tuju kerjaya.
23.2 Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid mulai sekolah
rendah sehingga menengah dalam pelan pembangunan dan
perkembangan kerjaya mereka.
23.3 Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada
terus ke kerjaya atau meneruskan pengajian ke institusi-institusi
awam atau swasta.
7
Fokus Psikososial dan kesejahteraan mental murid
24. Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekal dan
mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B &
K perlu;
24.1 Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi
24.2 Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi
24.3 Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif
Fokus Pengurusan Profil Murid
25. Fokus ini adalah menyediakan pengkalan Profil Murid. Ia bertujuan
untuk membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid
seterusnya tindakan membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh
dilakukan secara lebih berkesan. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;
25.1 Menyediakan profil setiap murid bermasalah disiplin
25.2 Menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah
25.3 Menyediakan profil kerjaya setiap murid
25.4 Menyediakan profil murid dari segi Kesejahteraan Mental/emosi
26. Profil murid hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar
belakang murid, latar belakang ibu bapa/penjaga, latarbelakang
masalah, kekerapan dan punca masalah, status tindakan
penyelesaian.
Fokus Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan
27. Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing
murid agar berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan
kegiatan-kegiatan yang memudaratkan diri dari segi kegiatan seks
bebas, bahaya HIV, dadah, rokok termasuk bahan inhalan.
8
28. Fokus ini juga adalah memberi pendidikan pencegahan serta
membimbing murid agar mengelakkan diri daripada jenayah rogol
dan bunuh diri.
Fokus Konsultasi Keibubapaan:
29. Fokus ini adalah membimbing murid mengetahui tanggungjawab diri
dalam keluarga di mana;
29.1 kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam
persekolahan,
29.2 melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.
Fokus Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
30. Fokus ini adalah meningkatkan kemahiran menolong dan soft skills
(kemahiran generik) semua ahli PRS. Guru B & K perlu;
30.1 Melaksanakan latihan kemahiran kepada murid yang menjadi
PRS.
30.2 Melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu
rakan sebaya berkonsepkan ‘Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain’
dengan;
a. PRS sebagai role model kepada orang lain
b. Memberi galakan kepada rakan agar bersikap positif
c. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain
KAEDAH
31. Kaedah perkhidmatan:
31.1 Perkhidmatan kaunseling dan bimbingan secara individu atau
kelompok
31.2 Pelaksanaan program dan aktiviti murid
31.3 Penyampaian (Outreach) yang berkesan
9
31.4 Engagement bersama murid, guru dan ibu bapa
Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok
32. Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok adalah
menjadi Sasaran Kerja Utama guru B & K.
33. Murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara individu
atau kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk
semasa waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P).
Pelaksanaan Program dan Aktiviti Murid
34. Pelaksanaan program dan aktiviti murid yang merujuk kepada fokus
perkhidmatan ini hendaklah dirancang dan dilaksanakan bersesuaian
dengan matlamat yang ditetapkan.
35. Selain itu, masa serta kerjasama pihak pentadbir, rakan guru yang lain
perlu diperolehi bagi melaksanakan sesuatu aktiviti secara berkesan.
Menjalankan Tugas Luar
36. Seorang guru B & K boleh dibenarkan menjalankan tugas luar iaitu
selain daripada tugas hakiki di sekolah mereka dengan kadar 20
peratus setahun. Ini bermakna, 80 peratus masanya setahun
hendaklah berada di sekolah tempat mereka bertugas.
37. Kekecualian boleh diberikan sekiranya guru B & K diarahkan;
10
37.1 Mengikuti kursus, latihan termasuk menyambung pengajian
dalam tempoh masa yang panjang.
37.2 Menjalankan tugas luar apabila berlaku sesuatu bencana atau
mala petaka di sesuatu tempat.
37.3 Kekecualian menjalankan tugas luar melebihi tempoh atau kadar
yang ditetapkan dalam perkara ini boleh juga diberikan dengan
syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah
Pelajaran Negeri terlebih dahulu.
38. Dalam hal ini, tugas luar bermakna tugas yang diarah atau diminta
oleh agensi atau badan lain termasuk KPM, JPN dan PPD.
Penyampaian (Outreach) yang berkesan
39. Bagi memastikan agar perkhidmatan B & K adalah perkhidmatan yang
mesra murid, maka guru B & K hendaklah;
39.1 Membuat sebaran secara berkesan berkaitan perkhidmatan,
program dan aktiviti yang ditawarkan kepada murid.
39.2 Menawarkan aku janji (piagam pelanggan) manfaat yang boleh
diperoleh daripada perkhidmatan B & K di sekolah.
Engagement bersama murid, guru dan ibu bapa
40. Bagi menentukan agar perkhidmatan ini menjadi istimewa, maka guru
B & K hendaklah;
40.1 Mengadakan jalinan perhubungan mesra dengan khususnya ibu
bapa dan keluarga dalam menangani sesuatu isu berhubung
murid.
11
40.2 Mengamalkan sikap penyayang dalam hubungannya dengan
murid, rakan guru, ibu bapa, komuniti setempat dan masyarakat.
40.3 Mewujudkan jaringan (networking) dengan pihak-pihak lain
termasuk murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat bagi
mendapatkan maklum balas terhadap perkhidmatan yang diberi.
Kelas Ganti
41. Guru B & K Sepenuh Masa boleh mengambil kelas ganti tidak lebih 8
waktu seminggu.
42. Semasa bertugas sebagai guru ganti di sesebuah bilik darjah, mereka
hendaklah melaksanakan program atau aktiviti yang berkaitan
perkhidmatan B & K.
43. Guru B & K boleh menggunakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sebagai panduan dan rujukan semasa melaksanakan
aktiviti bimbingan di dalam kelas ganti.
Sokongan Pentadbir Sekolah
44. Dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan oleh guru B &
K, sokongan dan kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah amat
diperlukan. Dalam masa yang sama, pihak pentadbir sekolah juga
hendaklah membuat pemantauan serta memberikan maklum balas
kepada guru B & K akan keberkesanan perkhidmatan mereka.
12
13