mesej dari koordinator program - penang.uitm.edu.my · program benchmarking intends to compare the...

14
FKK NEWS Faculty of Chemical Engineering Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang A Newsletter for Alumni, Students and Friends of The Faculty Issue 9/2016 Mesej dari Koordinator Program Inside: Past events p.2-5, Recogni- tions p.6-7, ChESS Update p.8-11, Profile p.12, Recreation p.13 Road to Accreditation p14. ISSN 2231– 7414 وبركاته ورحمة عليكمم السAlhamdulillah, saya panjatkan rasa kesyukuran kepada Maha Suci Alllah SWT Pemerintah Sekalian Alam, kerana diberi peluang berkongsi coretan dalam edisi FKK News pada kali ini. Di kesempatan ini saya mewakili semua warga FKK ingin mengucapkan sekalung tahniah buat warga kerja Buletin FKK yang diketuai oleh Pn Noorzalila Muhammad Niza kerana telah berjaya menghasilkan satu lagi terbitan FKK News bagi isu yang ke 9/2016. Syabas dan Tahniah kepada pelajar FKK khususnya yang telah berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam Peperiksaan Akhir Disember 2015 yang lalu. Seramai 24 orang pelajar (17%) telah memperolehi Anugerah Dekan (AD). Saya berharap agar angka peratusan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Justeru itu, bagi yang tidak berjaya, tingkatkan usaha dan teruskan perjuangan mencari ilmu pada semester yang berikutnya. Selain itu, saya juga ingin merakamkan ucapan Syabas dan Tahniah kepada semua anggota Kumpulan Penyelidik Muda FKK, pensyarah pembimbing dan juga orang perseorangan di atas kejayaan cemerlang yang telah merangkul pelbagai anugerah di dalam setiap penyertaan pertandingan inovasi di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Kejayan ini telah membuktikan kebolehan, kreativiti, kecekapan dan daya saing para pelajar dan pensyarah di dalam setiap perlaksanaan tugas. Bersempena dengan permulaan semester ini, ucapan aluan Selamat Datang saya tujukan khas pada Pelajar Semester 1 dan Pelajar Semester 3 (Penerapan) kerana telah berjaya sampai ke menara gading dan memilih program EH224. Tanamkan azam untuk menimba ilmu dengan bersungguhsungguh untuk bersamasama menyumbang dalam kecemerlangan akademik fakulti. Di samping itu juga, pihak fakulti amat mengalualukan kedatangan staf akademik baru iaitu Dr Norhusna binti Mohamad Nor dan En Mohd Jumain Jalil ke FKK. Saya dengan rasa rendah hati memohon agar semua warga FKK (staf akademik, staf teknikal/ sokongan serta para pelajar) dapat bersamasama berganding bahu dan menggembeleng tenaga dalam memacu FKK ke arah mencapai kecemerlangan akademik serta peningkatan insaniah secara zikal dan spiritual. TOGETHER WE INSPIRE OTHERSTerima Kasih. Wassalam Nor Aida Zubir (Dr) Koordinator Program Fakulti Kejuruteraan Kimia FKK NEWS EDITORIAL BOARD PATRON Prof. Madya Dr. Mohd Fozi Ali ADVISOR Dr. Nor Aida Zubir EDITOR Noorzalila Muhammad Niza REPORTERS Dr. Nor Fariza Ismail Dr. Norhusna Mohamad Nor Dr. Wan Zuraida Wan Kamis Nurulhuda Amri Nur Alwani Ali Bashah Siti Maznah Hj Sulaiman Siti Fatimah Abdul Halim

Upload: others

Post on 25-Sep-2019

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FKK NEWS Faculty of

Chemical Engineering

Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang

A Newsletter for Alumni, Students and Friends of The Faculty

Issue 9/2016

Mesej dari Koordinator Program  

Inside: Past events p.2-5, Recogni-tions p.6-7, ChESS Update p.8-11, Profile p.12, Recreation p.13 Road to Accreditation p14.

ISSN 2231– 7414

السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته

Alhamdulillah,  saya  panjatkan  rasa  kesyukuran  kepada  Maha  Suci  Alllah 

SWT  Pemerintah  Sekalian  Alam,  kerana  diberi  peluang  berkongsi  coretan 

dalam edisi FKK News pada kali ini. Di kesempatan ini saya mewakili semua 

warga  FKK  ingin mengucapkan  sekalung  tahniah  buat warga  kerja Buletin 

FKK yang diketuai oleh Pn Noorzalila Muhammad Niza kerana telah berjaya 

menghasilkan satu lagi terbitan FKK News bagi isu yang ke 9/2016.  

Syabas dan Tahniah kepada pelajar FKK khususnya yang telah berjaya mem‐

perolehi  keputusan  yang  cemerlang  di  dalam  Peperiksaan Akhir Disember 

2015 yang  lalu. Seramai 24 orang pelajar (17%) telah memperolehi Anugerah 

Dekan  (AD). Saya berharap agar angka peratusan  ini akan  terus meningkat 

dari semasa ke semasa. Justeru itu, bagi yang tidak berjaya, tingkatkan usaha 

dan teruskan perjuangan mencari ilmu pada semester yang berikutnya.  

Selain  itu, saya  juga  ingin merakamkan ucapan Syabas dan Tahniah kepada 

semua  anggota  Kumpulan  Penyelidik Muda  FKK,  pensyarah  pembimbing 

dan  juga  orang  perseorangan  di  atas  kejayaan  cemerlang  yang  telah me‐

rangkul pelbagai anugerah di dalam setiap penyertaan pertandingan  inovasi 

di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Kejayan ini telah membuktikan 

kebolehan, kreativiti, kecekapan dan daya saing para pelajar dan pensyarah 

di dalam setiap perlaksanaan tugas.  

Bersempena dengan permulaan  semester  ini, ucapan aluan Selamat Datang 

saya tujukan khas pada Pelajar Semester 1 dan Pelajar Semester 3 (Penerapan) 

kerana telah berjaya sampai ke menara gading dan memilih program EH224. 

Tanamkan  azam untuk menimba  ilmu dengan  bersungguh‐sungguh untuk 

bersama‐sama  menyumbang  dalam  kecemerlangan  akademik  fakulti.  Di 

samping itu juga, pihak fakulti amat mengalu‐alukan kedatangan staf akade‐

mik baru iaitu Dr Norhusna binti Mohamad Nor dan En Mohd Jumain Jalil ke 

FKK.  

Saya dengan rasa rendah hati memohon agar semua warga FKK (staf akade‐

mik,  staf  teknikal/  sokongan  serta  para  pelajar)  dapat  bersama‐sama  ber‐

ganding bahu dan menggembeleng tenaga dalam memacu FKK ke arah men‐

capai kecemerlangan akademik serta peningkatan  insaniah secara fizikal dan 

spiritual.  

“TOGETHER WE INSPIRE OTHERS” 

Terima Kasih. Wassalam 

 

Nor Aida Zubir (Dr) 

Koordinator Program 

Fakulti Kejuruteraan Kimia 

FKK NEWS EDITORIAL BOARD

PATRON

Prof. Madya Dr. Mohd Fozi Ali

ADVISOR

Dr. Nor Aida Zubir

EDITOR

Noorzalila Muhammad Niza

REPORTERS

Dr. Nor Fariza Ismail

Dr. Norhusna Mohamad Nor

Dr. Wan Zuraida Wan Kamis

Nurulhuda Amri

Nur Alwani Ali Bashah

Siti Maznah Hj Sulaiman

Siti Fatimah Abdul Halim

FACULTY UPDATE PAST EVENTS BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK & PROGRAM HIGH IMPACT TEAMBUILDING

FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA, UiTM CAWANGAN PULAU PINANG

Laporan Oleh: Dr. Nor Fariza Ismail

Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMPP) dengan kerjasama Institut Pengurusan

dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN) telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik & Program High

Impact Teambuilding (HIT!) bertempat di Sedim Rainforest Resort, Kulim, Kedah pada 8-10 November 2015.

Penganjuran bengkel seumpama ini merupakan program julung kali diadakan semenjak penubuhan FKK di UiTMPP

pada Jun 2005. Bengkel Perancangan Strategik telah dijalankan bagi merancang dan mendokumentasi perancangan

strategik FKK bagi tempoh 5 tahun akan datang secara terperinci selaras dengan visi dan misi fakulti serta UiTMPP.

Perancangan strategik meliputi hal-hal berkaitan keperluan akademik dan staf, tadbir urus dan pengurusan

pentadbiran, penyelidikan, aktiviti pelajar, kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta fasiliti bagi FKK.

Perbincangan dan pembentangan tentang perancangan bagi setiap topik/perkara dijalankan secara berkumpulan bagi

memastikan perkara yang dibangkitkan meliputi aspek-aspek yang berkaitan. Teambuilding bagi staf FKK adalah

bertujuan untuk memupuk semangat kerja berpasukan dan memberi suntikan semangat serta motivasi di kalangan

staf untuk sentiasa memberi perkhidmatan terbaik dalam tugas-tugas yang diamanahkan. Antara aktiviti-aktiviti fizikal

yang dijalankan adalah Nature Walk, Scavenger Hunt dan Water Impact (Water tubing). Selain memupuk semangat

berpasukan, aktiviti fizikal yang dijalankan dapat memberi peluang bagi peserta membina keyakinan diri dan

menghargai alam semulajadi. Disamping aktiviti fizikal, ceramah motivasi bertajuk ‘Keseronokan Bekerja dan

Pembinaan Diri ke Arah Kecemerlangan Kerja’ telah disampaikan oleh Haji Harun Mat Isa dari Institut Pengurusan

dan Integriti Kedah Darul Aman (INSPIN). Berdasarkan ceramah yang disampaikan, nilai-nilai agama adalah penting

dalam membentuk peribadi individu dan seterusnya menjayakan sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat yang

disasarkan.

Program Benchmarking intends to compare the entire programme including Vision and Mission, Program Educational

Objectives, Program Outcomes, Engineering Curriculum, Laboratories, external examiner and academic staff. This

has been accomplished through the conducted benchmarking visit at The University of Nottingham, Malaysia Campus

which offer the Master of Engineering (Honours) in Chemical Engineering with Environmental Engineering program on

last 12 Jan 2016. The benchmarking activities were fruitful with lots of valuable knowledge sharing vital to the program

success.

Pada 25 November 2015 lalu, Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), UiTMPP

telah mengadakan satu program Lawatan Penanda Arasan ke Pusat

Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar (PPKAS), Universiti Malaysia Perlis

(UniMAP). Lawatan yang disertai oleh 8 orang pensyarah ini adalah

bertujuan untuk menimba ilmu dan pengalaman terutamanya dalam aspek

penyediaan Self-Assessment Report (SAR) dan perancangan mekanisma

untuk pengukuran Program Outcomes dan Program Educational Objective

bagi penilaian akreditasi Program Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia

(Persekitaran) dengan Kepujian (EH224). Pemilihan UniMAP sebagai lokasi

penanda aras adalah disebabkan pencapaian institusi ini yang telah

mendapat pengiktirafan program ijazah untuk tempoh 3 tahun (2014-2016)

dari Engineering Accreditation Council Malaysia (EAC) dan Board of

Engineering Malaysia (BEM). Disamping itu, lawatan ini bertujuan untuk

mengenalpasti keunikan pengisian kursus yang ditawarkan di FKK UiTMPP

berbanding UniMAP, mengadaptasi kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang bersesuaian dan efektif, dan seterusnya meningkatkan prestasi fakulti

yang sedia ada. Para pensyarah juga telah dibawa melawat ke bilik kuliah

serta makmal-makmal yang terdapat di PPKAS, UniMAP bagi meninjau

fasiliti serta kemudahan yang disediakan untuk proses pengajaran dan

pembelajaran. Secara keseluruhannya, program ini telah dapat

dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif seperti

yang disasarkan.

PAST EVENTS 3 

LAWATAN PENANDA ARASAN KE PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR

(PPKAS), UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP)

Laporan Oleh: Nurulhuda Amri

EH224 PROGRAM BENCHMARKING VISIT AT THE UNIVERSITY OF NOTTINGHAM, MALAYSIA CAMPUS

By: Dr. Wan Zuraida Wan Kamis

FACULTY UPDATE PAST EVENTS 4 

Pada 4 hingga 15 April 2016, telah berlangsungnya lawatan

pemeriksa luar dari luar negara di Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM

Cawangan Pulau Pinang. Lawatan ini merupakan sebahagian

daripada keperluan asas yang perlu dijalankan sebelum proses

akreditasi sebenar diadakan bagi program EH224 pada Jan 2017 di

Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), UiTMPP. Program ini adalah

dibawah anjuran Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTMPP dengan

kerjasama Bahagiann Hal Ehwal Akademik, UiTM

Pulau Pinang. Program ini juga melibatkan pihak

Pengurusan Fakulti Kejuruteraan Kimia, AJK unit

akreditasi, pensyarah-pensyarah yang mengajar

subjek EH224 dan resource person kursus EH224

UiTM Pulau Pinang. Pemeriksa luar iaitu Prof. Joe

Diniz da Costa adalah tokoh terkemuka dari universiti

luar negara yang telah dilantik oleh UiTM telah

dijemput untuk menilai Program Ijazah

Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia

(Persekitaran) dengan Kepujian (EH224)

secara terperinci yang melibatkan struktur

dan juga kurikulum program. Adalah menjadi

harapan pihak UiTM agar beliau dapat

memberi pandangan terhadap dasar dan

polisi yang digubal ke arah memantapkan

sistem pengurusan dan kualiti akademik

universiti dalam melahirkan graduan yang

berkaliber seiring dengan keperluan bagi

meningkatkan keboleh pasaran pekerjaan

graduan. Secara keseluruhannya lawatan

Pemeriksa Luar, Prof. Joe Diniz da Costa

untuk tujuan proses semakan dan

pengiktirafan Program Ijazah Sarjana

Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran)

dengan Kepujian (EH224) ini telah berjalan

dengan lancar dan baik. Hasil daripada

lawatan beliau ini telah berjaya

memfokuskan perkara-perkara yang perlu

ditambahbaik dalam kurikulum Ijazah

Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia

(Persekitaran) dengan Kepujian (EH224).

LAWATAN PEMERIKSA LUAR (LUAR NEGARA)

Laporan Oleh: Dr. Nor Husna

PAST EVENTS TAKLIMAT CHARTERED ENGINEER APPLICATION

Laporan Oleh: Siti Fatimah Abdul Halim

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI MADRASATUL TAHFIZ ARRAHMAH

Laporan Oleh: Noorzalila Muhammad Niza

Pada tanggal 19 Februari 2016 yang lalu, satu Taklimat

Chartered Engineer Application telah dianjurkan oleh FKK

UiTMPP bertempat di Bilik Mesyuarat FKK, UiTMPP.

Taklimat ini diadakan sejajar dengan keperluan Engineering

Acreditation Council (EAC) untuk mempunyai pensyarah

berkelayakan professional engineer (PE) sekurang-

kurangnya tiga orang. Seramai 10 orang pensyarah FKK

UiTMPP telah menghadiri taklimat ini. Ir. Mohd Azahar

memulakan taklimat dengan memperkenalkan IChemE

secara amnya dan prosedur-prosedur yang terlibat dalam

permohonan Chartered Engineer. Ir Mohd Azahar juga ber-

kongsi pengalaman beliau berjaya mendapatkan Chartered

Engineer. Akhir sekali, sesi taklimat diakhiri dengan sesi soal

jawab. Bengkel ini telah berjaya memberi pendedahan dan

kefahaman dengan jelas tentang prosedur-prosedur bagi

memohon Chartered Engineer. Secara keseluruhannya semi-

nar yang diberikan oleh Ir. Mohd Azahar ini telah berjalan

dengan lancar dan baik serta hasil dari seminar tersebut,

berjaya membuka minda pensyarah-pensyarah tentang

semua perkara berkaitan Professional Engineer (C.Eng).

Satu program khidmat masyarakat telah diadakan di Madrasatul Tahfiz Arrahmah di Butterworth pada Jun 2016 yang

lepas. Program ini disertai oleh 6 orang pelajar bahagian 3 Fakulti Kejuruteraan Kimia dan seorang pensyarah bersa-

ma dengan 17 orang pelajar tahfiz. Antara pengisian aktiviti adalah sesi gotong royong pembersihan ruang dalaman

Madrasah, mengecat bahagian dinding dapur, sumbangan bantal dan selimut kepada pelajar, sumbangan kipas dan

cenderahati kepada Madrasah. Pihak Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyumbang yang

terdiri daripada warga UiTMPP serta sponsor daripada individu dan syarikat di luar. Semoga aktiviti ini memberi

manfaat kepada yang memerlukan.

RECOGNITIONS 6 

AFIQAH HUSNA BINTI ABD RAZAK ANEES NURZALIKHA BINTI ZAKARYA

MOHAMMAD KAMARUL BIN MOHD SIPI NURAFADYLA BINTI JEMAN

MUHAMMAD SALMAN BIN SAIMIN NURUL HAFFIZA BINTI ABD RAHIM

MUHAMMAD SYAFIQ ADHAM BIN MOHD SITI AMIRA NORFARAHIH

NUR ELIS SHARMILA BINTI ZULAZMI NUR IZYAN NAZIHAH BINTI DUSUKI

AIN NAJWA BINTI SHAMSUL ARIFFIN ASYRAF HAFIZUDDIN BIN ABDUL

JAYNATHAN LESTER BIN JASLI MUHAMMAD SYAFIQ BIN ABDUL JALIL

NIK NUR FARAHANIM BINTI WAN SHAH NUR HIDAYAH BINTI ZAINAL ABIDIN

NURUL ADZWIN BINTI NOORDIN NURUL ATIQAH BTE MUSTAFFA

SARAH IRDINA BINTI ISHAK SITI MAISARAH BINTI ALIAS

SYAHMI IZZUDIN BIN KASMIR UMMI FADHILAH BINTI MISBAN

MAYA AQILAH BINTI MASHUD MUHAMMAD SYAKIRAN IKHWAN

RECOGNITIONS 7 

EVENT  MEDAL  PROJECT  TEAM 

PENANG INVENTION, INNOVATION AND DESIGN 2015  

SILVER MEDAL

EFFECTIVE GREEN LIQUID MEMBRANE FOR WASTEWATER TREATMENT

DR. CHANG SIU HUA

ALIF AZWAN ABDUL WAHAB

GOLD MEDAL

V-HEALTH TEA—SUPPLEMENTAL TEA FOR DEN-GUE DISEASE

MUHAMMAD IZHAM HASHIM

NURUL ASIKIN MOHD AZELAM

MOHD ASYURUL KHAZWAN RAFAIE

NOORFARAH ASYIQIN NOOROSSAIDY

PN. NOORZALILA MUHAMMAD NIZA

GOLD MEDAL GRAPHENE OXIDE-IRON OX-IDE NANOCOMPOSITES FOR DYE CONTAMINATED WASTEWATER REMEDATION

DR. NOR AIDA ZUBIR

JOE DINIZ DA COSTA

CHRISTELLE YACOU

XIWANG ZHANG

SILVER MEDAL CLAY: AN AUSPICIOUS CATA-LYST SUPPORT AND/OR CO-CATALYST

HAMIZURA HASSAN

DR. NOR AIDA ZUBIR

NORHASLINDA NASUHA

NUR HIDAYATI ABDULLAH

SILVER MEDAL ENHANCEMENT OF ANIONIC DYE REMOVAL USING MODI-FIED CLINOPTILOLITE

NURUL HAFFIZA ABDUL HALIM

YUSFARIZA ATIQA MUSTAFA

MUHAMMAD IMRAN SULAIMAN

MUHAMMAD AZMIL ANOR

PN. RASYIDAH ALROZI

BRONZE MEDAL INSOL-TEA

AFFENDI YUSRI

NUR SHUHADA MAZLAN

MOHD IQBAL ADNAN

BRITISH INVENTION SHOW (BIS), LONDON  

SILVER MEDAL PRO-TAG

HARIZ MOHD HANAFIAH

MUHAMMAD SAIFUDDIN SHAHAR

MARTUNIS ZAMZANI IBRAHIM

SILVER MEDAL Ti-CAPs

MARTUNIS ZAMZANI IBRAHIM

MUHAMMAD SAIFUDDIN SHAHAR

HARIZ MOHD HANAFIAH

SILVER MEDAL MY-BOTANY TEA

SYAHMI IZZUDIN KASMIR

AMIRUL IQBAL DEWA SAFRI

ANEES NUR ZALIKHA ZAKARYA

BRONZE MEDAL INSOL-TEA

AFFENDI YUSRI

NUR SHUHAIDA MAZLAN

MOHD IQBAL ADNAN

NATIONAL INNOVATION AND INVEN-TION COMPETITION THROUGH EXHI-BITION (ICOMPLEX) 2016  

ChESS UPDATE 8 

Persatuan ChESS telah mula diterajui oleh presiden Muhammad Hafeez Danial bermula dari November 2014 sehingga November 2015. Pada Januari 2016, Mesyuarat Agong ChESS kali kedua telah berlangsung dengan jayanya dan seramai 13 ahli jawatan kuasa baru telah dilantik untuk menerajui persatuan ChESS yang di ketuai oleh presiden Nooraffendi Ariffin. Persatuan ini diwujudkan sebagai platform kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti selain daripada aktiviti akademik. Berikut adalah carta organisasi untuk AJK yang baru dilantik:

CHEMICAL ENGINEERING STUDENT SOCIETY

Laporan Oleh: Nur Alwani (Penasihat ChESS)

ChESS UPDATE 9 

Sepanjang Mei 2015 – Mei 2016, persatuan pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia, telah merancang dan melaksanakan pelbagai akitiviti yang melibatkan ahli persatuan. Program-program yang telah dilaksanakan, meliputi beberapa teras utama dalam pembentukan kendiri pelajar seperti sifat kepimpinan, khidmat masyarakat dan keusahawanan. Pro-gram-program ini adalah sejajar dengan matlamat fakulti khususnya dan UiTM amnya untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja memenuhi keperluan akademik malahan mempunyai kemahiran bagi melengkapkan diri untuk alam pekerjaan nanti. Antara program yang telah dilaksanakan adalah program Mini National Chemical Engineering Sym-posium (NACES 2015), Family day FKK(2015), ‘Developing A Leadership Characters’(2016), Recycling week, Sus-pended Meal dan Iftar bersama warga FKK. Disamping aktiviti dalaman, ChESS juga telah melibatkan diri dengan aktiviti anjuran persatuan di luar UiTM iaitu National Chemical Engineering Symposium (NACES 2015) anjuran UTP, dan ‘Intervarsity Sport Event’ anjuran UTM, Skudai. Program-program ini memberi peluang kepada pelajar untuk membentuk kemahiran berkomunikasi, ber-fikir, berinovasi serta kepimpinan. Disamping itu ada diantara program yang telah melibatkan para pensyarah dimana dengan penglibatan pensyarah dalam aktivi-ti mereka, para pelajar dapat berkomunikasi dan bertukar pandangan secara langsung. Diharapkan, pada masa akan datang, per-satuan ChESS akan dapat melaksanakan program yang lebih memberi impak kepada pelajar dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Semoga ChESS akan lebih ber-jaya pada masa hadapan dalam membantu para pelajar untuk membentuk atribut grad-uan yang seba boleh.

Intervarsity Sport Day di 

UTM Skudai, Johor 

ChESS UPDATE

10 

WARNA-WARNI AKTIVITI ChESS SEPANJANG 2015—2016

National Chemical Engineering Symposi‐

um (NACES) di Curtin University, Sarawak 

Mini‐NACES 2015 

ChESS UPDATE 11 

WARNA-WARNI AKTIVITI ChESS SEPANJANG 2015—2016

Family Day FKK 2016 

Iftar bersama warga FKK 

PROFILE 12 

NAME: NOORZALILA MUHAMMAD NIZA

BORN: 25 APRIL 1984, KUALA LUMPUR

ALMA MATER:

- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (MSc. CHEMICAL ENGI-NEERING)

- BACHELOR OF CHEMICAL ENGINEERING, UNIVERSI-TY OF MINNESOTA, MINNEAPOLIS USA

INTEREST: WINDOW SHOPPING

PLACE OF INTEREST: NEW ZEALAND

Tell us about your family.  

Married  to a  lovely husband, Muhammad Nizam and blessed with a daughter, Sofea Eleanora and 

son, Muhammad Ariff. 

What is your philosophy in teaching and learning? 

I believe that all of us have the potential to succeed in life no matter what kind of educational back‐ground we have and who we are. However, this is depending on our will to succeed. I believe that if there is a strong will to succeed, and then there is always a way to achieve it. Success is not limited to academic  learning and how much knowledge you have gained;  instead  it  is defined as from various accomplishments you have achieved in your life that satisfied your inner self. Learning is a continu‐ous process, hence we shall prepare ourselves for the challenges that we might face for a better to‐morrow.  

What were your favorite and least favorite chemical engineering classes? 

Favorite chemical engineering classes is Material and Energy Balance and least favorite is Transport Phenomena 

Other than chemical engineering, what field that you are interested to study?  

Veterinary medicine, Music 

What was the best memory of your time at UiTM?   

To get accepted as an academic staff in the university. ‘MARA’ has always been a meaningful memory from the past 16 years till present.   

Where you will be in 10 years from now?   

Soaring upwards! 

What are some of your beliefs on how to be successful? 

Determination, consistent, believe in God.  

What advices would you give to current students and recent graduates?  

Enjoy your students’ life. You will not become a student forever in your life. Enjoy learnings, as learn‐

ings will make you a human.  

RECREATION 13 

7 TIPS PEMAKANAN SIHAT INI MAMPU BUAT ANDA SENTIASA BERTENAGA DAN LANCAR BERIBADAH DI BULAN RAMADHAN

SUMBER MOHD KHAIRUL  AZUAN (DIETITIAN) 

1.Mula Puasa Sunat

Mula berpuasa sunat lebih-lebih lagi yang ada penyakit kronik. Tengok kemampuan. Kalau ada kencing ma-nis, cuba periksa gula jam 2 petang masa hari berpuasa sunat. Kalau dh tinggal 4mmol/l ke bawah, ber-bukalah. Kalau tinggi sangat pun berbukalah. Darurat!

2. Jangan Tinggal Sahur

Lewatkan masa bersahur dan latih diri jangan tinggal sahur walaupun puasa sunat. Banyakkan nasi perang/ basmati/ wholegrain berbanding yang putih dan ajar makan buah masa bersahur.

3. Lebihkan Pengambilan Protein Latih diri makan protein lebih sikit supaya penghadaman da-lam perut lebih lama.

4. Makan Sayur! Siapa yang tak suka makan sayur, boleh cuba tambah sayur atau salad dalam lunch atau dinner anda. Sayur penting untuk bantu tenaga jadi lagi berpanjangan sepanjang hari.

5. Banyakkan Minum Air Kosong Perkenalkan air kosong lebih kerap dalam tempoh sing-kat. Ini kerana nanti bulan ramadhan anda perlu lebih banyak minum air semasa sahur dan berbuka.

6. Senaman Intensif Untuk Stamina Belajar bersenam gaya HIIT (High-Intensity In-terval Training). Full efforts dalam limited time supaya tidak lapar sangat sebelum berbuka pua-sa.

7. Amalkan Pemakanan Sihat! Amalkan pemakanan yang sihat dalam pengambilan menu diet harian semasa di bulan Ramadhan

Laporan Oleh: Siti Maznah Haji Sulaiman

Inquiries & Feedback: 

Faculty of Chemical Engineering, 

UiTM Cawangan Pulau Pinang, 

13500 Permatang Pauh, 

Pulau Pinang. 

Tel: 04‐3822652 

Faks: 04‐3822652 

Website: http://penang.uitm.edu.my/v2/ 

Future Accreditation Activities:

Industrial Advisory Panel (IAP) visit: 27 July 2016

Mock EAC: 8—9 September 2016

SAR Report Submission: 30 September 2016