mesin gerudi meja.doc

7
MESIN GERUDI MEJA Mesin gerudi ini mempunyai liang bulat pendek. Mesin gerudi jenis ini dipasang di atas meja. Saiz gerudi adalah ditentukan oleh keupayaan bindunya memegang mata gerudi yang paling besar iaitu 3mm – 13mm. lazimnya gerudi ini digunakkan untuk menggerudi lubang pada kayu atau logam ,iaitu kerja-kerja yang berat. Mesin gerudi dikendalikan oleh motor yang dijana oleh arus elektrik. Gerudi ini mempunyai sistem takal bagi melaraskan kelajuan yang berlainan. Kelajuan yang sesuai bagi putarn mata gerudi hendaklah ditetapkan mengikut : a. Diameter mata gerudi. b. Jenis bahan yang digerudi. Kelajuan rendah digunakan untuk menebuk lubang berdiameter besar pada bahan keras seperti keluli lembut.

Upload: bohari77

Post on 17-Jan-2016

311 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: MESIN GERUDI MEJA.doc

MESIN GERUDI MEJA

Mesin gerudi ini mempunyai liang bulat pendek. Mesin gerudi jenis ini

dipasang di atas meja.

Saiz gerudi adalah ditentukan oleh keupayaan bindunya memegang mata

gerudi yang paling besar iaitu 3mm – 13mm.

lazimnya gerudi ini digunakkan untuk menggerudi lubang pada kayu atau

logam ,iaitu kerja-kerja yang berat.

Mesin gerudi dikendalikan oleh motor yang dijana oleh arus elektrik.

Gerudi ini mempunyai sistem takal bagi melaraskan kelajuan yang berlainan.

Kelajuan yang sesuai bagi putarn mata gerudi hendaklah ditetapkan mengikut :

a. Diameter mata gerudi.

b. Jenis bahan yang digerudi.

Kelajuan rendah digunakan untuk menebuk lubang berdiameter besar pada

bahan keras seperti keluli lembut.

Kelajuan tinggi digunakan untuk menebuk lubang kecil pada kayu atau logam

yang lembut.

Page 2: MESIN GERUDI MEJA.doc

Gambar di atas menunjukkan mesin gerudi meja serta bahagian-bahagian utamanya.

Page 3: MESIN GERUDI MEJA.doc

Gambar rajah di atas menunjukkan bahagian-bahagian utama yang terdapat pada

kepala gerudi.

MENGGERUDI MENGGUNAKAN MESIN GERUDI ELEKTRIK

Alat-alat

Alat-alat berikut perlu disediakan sebelum memulakan kerja-kerja mengerudi :

1. Ragum gerudi – memegang benda kerja.

2. Pencengkam – memegang benda kerja di atas meja atau tapak.

3. Bongkah V – menyokong benda kerja yang berbentuk silinder.

4. Alas meja – mengalas bahagian bawah benda kerja.

Page 4: MESIN GERUDI MEJA.doc

Langkah – langkah

1. Tanda pusat lubang pada benda kerja dengan penebuk pusat.

2. Apit benda kerja pada ragum gerudi supaya benda kerja tidak bergerak ketika

menggerudi.

3. jika benda kerja tidak muat dalam ragum gerudi,apit benda kerja pada meja

dengan pencengkam.

4. Alas bahagian bawah benda kerja dengan sekeping kayu supaya mata gerudi

tidak terkena ragum atau meja.

5. Pilih saiz mata gerudi yang dikehendaki dan pasangkan pada bindu gerudi.

6. Laraskan kelajuan putaran gerudi supaya sesuai dengan kerja yang hendak

dibuat.

7. Turunkan bahagian tuas penghantar leluas supaya muncung mata gerudi

berada tepat di atas tanda pusat lubang.

8. Tekan suis untuk menghidupkan mesin gerudi dan pandukan mata gerudi ke

pusat lubang yang hendak digerudikan. Gunakan bendalir penyejuk untuk

menyejukkan mata gerudi.

9. beri tekanan secara perlahan-lahan pada pemegang mesin sehingga mata

gerudi membuat lubang.

10. Matikan mesin gerudi sesudah lubang ditebuk.

Page 5: MESIN GERUDI MEJA.doc

PERATURAN KESELAMATAN KETIKA MENGGENDALIKAN MESIN

GERUDI ELEKTRIK

Dapatkan kebenaran untuk menggunakan mesin tersebut daripada guru

terlebih dahulu.

Tanggalkan tali leher dan lipatkan lengan bagi baju yang berlengan panjang.

Guna kaca mata keselamatan (google).

Semak perkara-perkara berikut sebelum menggerudi :

a. Kelajuan putaran dilaraskan dengan betul.

b. Mata gerudi dipasang dengan ketat dalam bindu.

c. Benda kerja diapit dengan kuat dalam ragum gerudi atau dicengkam

dengan kuat pada meja.

d. Jangan sesekali memegang atau mencengkam benda kerja dengan

tangan.

Jangan cuba membuang serpihan logam di sekeliling mata gerudi dengan

tangan ketika menggerudi.

Hanya seorang sahaja yang dibenarkan menggunakan mesin gerudi pada satu

masa.