mesy jkuasa kerja pss 2013

Upload: halimahtun-saadiah

Post on 02-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Mesy Jkuasa Kerja Pss 2013

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK

09000 KULIM, KEDAH

Tel : 04-4907591 Fax : 04-4916066

____________________________________________________________________________________________. Rujukan : SKTAM / 30/002/1 ()

Tarikh : 17.2.2013

Kepada, .

.

Tuan / Puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) KALI -1

Dengan segala hormatnya dimaklumkan tuan/puan dijemput ke mesyuarat di atas.

2. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut :

Tarikh : 28.2.2013Masa : 12.45 tengahari

Tempat : Bilik santapan3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

3.1 Ucapan pengerusi

3.2 Ucapan penasihat

3.3 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

3.4 Perkara berbangkit

3.5 Perancangan strategik 2013

3.6 Lantikan Jawatankuasa kerja PSS

3.7 NILAM

3.5 Kewangan

3.6 Hal-hal lain.

4. Kehadiran semua guru yang terlibat adalah diwajibkan. Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

SENTIASA CEMERLANG

Saya yang menjalankan tugas,

..

(PN. HALIMAHTUN SAADIAH BT MOHD RADZI)

S/U Jawatankuasa Kerja PSS

SK Tunku Abdul Malik

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK

09000 KULIM, KEDAH

Tel : 04-4907591 Fax : 04-4916066

____________________________________________________________________________________________. Rujukan : SKTAM / 30/002/1 ( )

Tarikh : 4.3.2013

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

KALI PERTAMATarikh: 28.2.2013Masa

: 12.45 tengah hari

Tempat: Bilik informasiKEHADIRAN:

1. Pn. Yuhanis bt. Abd. Ghani (Guru Besar)

2. Pn. Zuraini bt. Mohamed Ibrahim (PK1)

3. Pn. Halimahtun Saadiah bt Mohd Radzi

4. Pn. Mazliana bt. Mohd Noor

5. Pn. Rafidah bt Ibrahim

6. Pn. Asiah bt. Ishak7. Pn. Hanani bt Osman8. Pn. Vasugi a/p Rengan9. Pn. Nasriah bt Hussain

10. Pn. Ronita bt Ahmad

11. Pn. Noor Azura bt Azini

12. Pn. Zakiah bt Othman

13. Pn. Syazwani bt Salleh

14. Pn. Rossushilawati bt. Mohammad

15. Pn. Fadzilah bt Osman16. Pn. Rosidah bt. Embi

17. Pn. Madzlina bt Muhamad

18. Pn. Rohana bt Musa

19. Pn. Rusnah bt. Ismail

20. Pn. Sandra Devi a/p Muniandy

TIDAK HADIR:

1. Pn. Sumadi a/pDamotharan ( latihan catur )

2. Pn. Puvaneswary a/p Kandasamy ( ziarah kematian )3. Pn. Norleeda bt. Abdul Rahman ( lawatan penanda aras ke P.Pinang)AGENDA:

I. Ucapan pengerusi

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang hadir ke

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah (PSS) kali pertama untuk

tahun 2013 ini. 2. Pengerusi memaklumkan semasa beliau menghadiri mesyuarat Bistari baru-baru ini,

mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber sekolah mesti diselesaiakan sebelum bulan Mac. Mengikut perancangan awal mesyuarat ini hendak diadakan pada

21.2.2013 iaitu minggu lepas, tetapi terpaksa ditunda ke hari ini atas arahan Guru

Besar. Walaubagaimana pun mesyuarat ini berjaya juga diadakan pada hari terakhir

dalam bulan Februari.

Makluman.

II. Ucapan penasihat.2. Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli jawatankuasa kerja Pusat Sumber Sekolah dan jawatankuasa Nilam untuk kali yang pertama ini.

3. Berharap mesyuarat jawatankuasa ini dapat mengadakan mesyuarat sebanyak empat kali dan bukannya hanya dua kali sahaja seperti tahun lalu.

4. Pada tahun ini sekolah akan memberi fokus kepada pra sekolah dan pusat sumber sekolah. Oleh itu diharapkan semua ahli jawatankuasa kerja pusat sumber sekolah dapat memahami tugas masing-masing.Tindakan: Semua AJK PSSIII. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.5. Setiausaha jawatankuasa kerja PSS membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

Pengesahan minit mensyuarat yang lalu dicadangkan oleh Pn. Rossushilawati dan

disokong oleh Pn. Ronita.IV. Perkara berbangkit :

6. Perpustakaan bergerak kerosakan troli .Pn. Rafidah menyatakan telah membuat penelitian tentang harga troli besi yang baru dari syarikat Chong. Didapati harganya agak mahal iaitu dalam lingkungan RM500 ke RM 600. Untuk mengurangkan kos perbelanjaan Pn. Rafidah mencadangkan menggunakan bakul plastik untuk aktiviti perpustakaan bergerak ini. Keputusan diambil setelah dibuat perbincangan dalam mesyuarat. Perpustakaan bergerak kembali menggunakan bakul dan diletakkan di astaka minda pada waktu rehat dan disimpan sebelum sekolah tamat pada sesi pagi dan sesi petang.Tindakan: Pn. Rafidah, Pn.Ronita.Pn. Mazlina dan Pn. Sandra

7. Guru kurang membawa murid-murid ke pusat sumber kerana waktu yang diperuntukan hanya setengah jam dan perlu naik ke tingkat tiga. Pn. Rohana berpendapat ini memakan masa dan tidak praktikal untuk membawa murid-murid ke PSS. Guru Besar faham tentang perkara tersebut tetapi adalah menjadi kewajipan setiap guru untuk mencari jalan penyelesaian untuk membawa murid-murid ke Pusat Sumber. Dalam jadula waktu kelas juga dimasukkan jadual BMP, maka jadual waktu tersebut mestilah dipatuhi.

8. Guru Besar juga menyatakan dalam mesyuarat bahawa masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang perlu dipaksa untuk membudayakan sikap membaca.

Tindakan: Semua guru.

V. Perancangan Strategik 20139. Pengerusi membentangkan perancangan strategik 2013 dan memohon setiausaha memberi penerangan lanjut.10. a) Setiausaha selaku guru perpustakan dan media (GPM) menerangkan program khas Pusat Sumber sekolah ialah Program Nilam yang melibatkan semua murid sekolah SKTAM. Bahan bacaan tidak hanya di perpustakaan sekolah sahaja, tetapi boleh didapati dari mana-mana sahaja.Oleh itu semua murid diwajibkan memiliki buku catatan NILAM.

Tindakan: Semua guru.

b). Program Jom Pi PSS untuk merealisasikan program NILAM ini dimana murid-murid digalakkan ke PSS untuk membaca dan membuat catatan ke dalam buku NILAM. Murid-murid juga boleh meminjam buku-buku dari perpustakaan.

Buku-buku Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Bahasa Arab yang dibaca boleh dicatatkan sebagai bahan bacaan.Tindakan: Semua guru.

c) Seterusnya program rakan pembaca, dimana selepas membaca 100 buah buku murid boleh mendapatkan borang rakan pembaca dari Pusat Sumber. Antara aktiviti rakan pembaca adalah seperti bercerita tentang buku yang telah dibaca kepada rakan-rakan di kelas, di perhimpunan atau mereka boleh meminjamkan buku yang telah dibaca kepada rakan-rakan. Setiap aktiviti yang dilakukan akan mendapat 5 markah. Tindakan: Pn. Halimahtun dan semua guru.

d) Program bersama kilang Bard. En. Wadil sebagai setiausaha program ini. Kumpulan sasaran adalah murid Tahun 2 dan 3.Pada bulan Mac akan diadakan mesyuarat dengan sekolah-sekolah yag terlibat.

Aktiviti yang akan dijalankan ialah pertandingan bercerita dan story telling.

Setiap sekolah perlu ada wakil seorang murid perempuan dan seorang murid lelaki dari Tahun 3. Cerita yang disampaikan mestilah dari buku-buku yang disumbangkan oleh kilang Bard. Tindakan: En. Wadil dan guru-guru Tahun 2 dan 3 .e) Buku-buku sumbangan dari kilang Bard diasingkan dan diletakkan di rak yang diberikan bersama-sama buku-buku tersebut.

Tindakan: Pn. Halimahtun dan pengawas PSS

VI. Lantikan Jawatankuasa.11. Jawatankuasa Unit Bahan Bacaan.

Pn. Halimahtun, Pn Nasriah dan Pn. Syazwani. Bertanggung jawab memastikan bahan bacaan diproses apabila pembelian dibuat nanti. Akan buat pameran buku supaya ketua-ketua panitia matapelajaran dapat membuat pemilihan buku-buku yang diperlukan dan di letakkan di perpustakaan. 12. Jawatankuasa unit perpustakaan bergerak.

Pn. Rafidah, Pn. Ronita, Pn. Mazlina dan Pn. Sandra Devi.

Memastikan buku-buku diletakkan di astaka minda pada waktu rehat dan disimpan semula sebelum sekolah tamat.

13. Jawatankuasa Unit Keceriaan.

Pn. Mazliana, Pn Rosidah dan Pn. Noor Azura.

Untuk menarik minat murid-murid untuk hadir ke PSS walaupun berada di tingkat 3. Pihak pentadbir telah memilih orang yang kreatif seperti Pn. Mazliana untuk mempertingkatkan penggunaan PSS pada tahun ini.

14. Jawatankuasa Unit Media/Alatan.

Pn. Hanani dan Pn. Rusnah. Perlu memastikan alatan di bilik tayangan telah mencukupi atau belum. Boleh buat penambahan alatan yang diperlukan seperti CD, VCD dan sebagainya berkaitan dengan bilik tayangan. Buat permohonan nota minta dan serahkan ke pejabat. Buat semakan stok alatan yang sedia ada. Boleh rujuk dengan guru PSS.15. Jawatankuasa Informasi/papan kenyataan.

Pn. Zakiah dan Pn. Sumadi. Perlu lekatkan bahan-bahan informasi atau maklumat di papan kenyataan PSS di luar perpustakaan. Maklumat juga boleh dlekatkan di mana-mana papan kenyataan yang difikirkan sesuai seperti di tepi bilik guru untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar kerana tidak semua murid naik ke tingkat 3 bangunan pentadbiran. 16. Jawatankuasa Unit NILAM

Pn. .Asiah - Tahun 1

Pn. Rossushilawati Tahun 2

Pn. Rohana - Tahun 3

Pn. Fadzilah Tahun 4

Pn. Puvaneswary- Tahun 5

Pn. Vasugi Tahun 6

Pn. Norleeda Pendidikan Khas Jawatankuasa ini bertanggungjawab memungut data NILAM yang telah dilengkapkan mengikut tahun-tahun yang telah ditetapkan itu dan serahkan kepada guru penyelaras NILAM , Pn. Halimahtun. Jawatankuasa ini juga perlu berbincang untuk mengadakan pelancaran program NILAM untuk tahun ini.17. a) Guru Besar berharap semua ahli jawatankuasa kerja pusat sumber sekolah dapat sama-sama bekerjasama dalam meningkatkan kepenggunaan pusat sumber. Antara cadangannya ialah adakan pohon ilmu di pusat sumber supaya murid-murid dapat melekatkan bilangan buku yang dibaca dan berlumba-lumba antara satu sama lain untuk melekatkan nama mereka di pohon tersebut.

b) Beli buku besar big book dan pamerkan.c) pamerkan buku-buku baru di rak berasingan

VII . NILAM18. Pn. Zuraini selaku pengerusi memaklumkan kepada semua AJK penarafan IQPSS bagi SKTAM ialah 4 bintang. Kebanyakan sekolah di Kulim bertaraf 4 bintang, hanya SMK Sultan Badlishah sahaja yang bertaraf 5 bintang. Program NILAM amat membantu dalam penarafan ini.

19. Pn. Zuraini juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru yang terlibat iaitu guru Bahasa Melayu, guru Bahasa Inggeris dan juga guru kelas dalam pengisian data NILAM.20. Untuk tahun ini guru Bahasa Melayu, guru Bahasa Inggeris dan guru Bahasa Tamil yang bertanggungjawab melengkapkan data NILAM pada setiap hujung bulan. Guru kelas mencetak data yang telah lengkap dan tampalkan di belakang kelas dan serahkan satu salinan kepada AJK NILAM mengikut tahun masing-masing. AJK NILAM serahkan kutipan data kepada penyelaras NILAM.

Tindakan : Semua guru yang terlibat

21. PN. Zuraini juga memaklumkan seorang murid SKTAM iaitu Vishunuvartini a/p Rasaya dari Tahun 6S telah dipilih sebagai pemenang bagi tokoh NILAM peringkat daerah Kulim Bandar Bharu bagi katogeri Bahasa Inggeris dan akan bertanding di peringkat negeri pada 4 Mac 6 Mac 2013. 22. Untuk makluman semua taklimat mengenai NILAM dan rakan pembaca telah diberikan oleh Pn.Halimahtun selaku guru pusat sumber kepada semua murid di tapak perhimpunan pada 15.1.2013 (Selasa), jam 7.30 pagi untuk sesi pagi. Untuk sesi petang pula telah dibuat pada 21.1.2013(Ahad) , semasa perhimpunan mingguan.

Tindakan: Pn. Halimahtun

VIII. Kewangan

23. Peruntukan kewangan pada tahun 2013 ialah sebanyak RM16352.00 (kerajaan) dan RM 2524.00 dari yuran perpustakaan. Jumlah semuanya ialah RM 18876.00. Sila rujuk lampiran anggaran belanjawan mengurus PSS yang terdapat dalam perancangan strategik yang telah diberikan. 24. Guru besar mencadangkan supaya membeli lebih banyak buku rujukan. Ini bertujuan untuk membantu pelajar yang tidak mampu membeli buku rujukan tetapi masih berkesempatan untuk mengulangkaji dan membuat latihan tambahan.Guru Besar akan mewarwarkan kepada ketua-ketua panitia dalam mesyuarat kurikulum mengenai perkara tersebut kerana setiap ketua panitia lebih maklum tentang keperluan buku rujukan matapelajaran masing-masing.

Tindakan: Guru Besar

25. Buku-buku rujukan atau buku-buku kerja ini boleh dipindahkan ke kelas-kelas jika perlu berbuat demikian.

IX. Hal-hal lain.26. Diharapkan semua ahli jawatankuasa dapat bekerjasama dalam satu kumpulan supaya dapat meningkatkan lagi fungsi pusat sumber sekolah.27. Pelancaran Program Nilam. Buat bersama-sama iaitu sesi pagi dan sesi petang. Cari hari Sabtu ganti untuk melaksanakannya.

Tindakan: Pn. Rossushilawati dan AJK NILAM

28. Beri hadiah kepada murid yang membaca paling banyak buku. Tidak perlu dibuat setiap bulan. AJK NILAM boleh tentukan bilakah hadiah-hadiah hendak diberikan.Tindakan : AJK NILAMMesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.05 petang.

Disediakan oleh

Disemak oleh:

(PN. HALIMAHTUN SAADIAH

(PN.ZURAINI BT

BT. MOHD RADZI)

MOHAMED IBRAHIM)

Setiausaha Jawatankuasa Kerja PSS

Pengerusi Jawatankuasa Kerja PSS

SK Tunku Abdul Malik, Kulim.

SK Tunku Abdul Malik, Kulim.