mesyuarat agung koop 2011

Upload: nora-abdullah

Post on 13-Jul-2015

91 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT AUNG KALI KEEMPAT 2011/10 KOPERASI SEKOLAH AGAMA MENENGAH BANDAR BARU SALAK TINGGI BERHAD (B-10463) TARIKH MASA TEMPAT : 9 November 2011 : 11.00 pg : Dewan Al-Khawarizmi

KEHADIRAN : SILA RUJUK LAMPIRAN TURUT HADIR : PN. AZIZAH BT SAHAR (PEN. PENGARAH SKM CAWANGAN KUALA LANGAT SEPANG) Agenda 1 Perkara Majlis Perasmian 1.1 Ucapan Aluan Pengacara Majlis memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah Mengalu-alukan kehadiran Pengetua dan Penolong Pengarah SKM Wilayah Kuala Langat/ Sepang , Ahli Lembaga Koperasi dan semua anggota.

1.2

Ucapan Pengetua En Arriffin bin Rabu Pengetua memaklumankan inimerupkan pengalaman baru baginya kerana sekolah lama beliau tidak mempunyai koperasi. Harapan agar koperasi dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan sekolah di masa akan datang.

1.3

Ucapan Aluan oleh Pn Azizah, Penolong Pengarah (SKM) Mengucapkan tahniah kepada koperasi kerana berjaya mengekalkan 50% dividen pada tahun ini. Selesai megendalikan kedai koperasi, pihak koperasi boleh mempelbagaikan lagi aktivitinya seperti menceburi bidang pertanian.

1.4

Setiausaha, Pn Nora mencadangkan En Khairudin b Abas sebagai Pengerusi Sementara bagi mesyuarat kali ini kerana Pengerusi Koperasi, En. Zamri b Tujan sedang menunaikan haji di Mekah. Semua ahli mesyuarat bersetuju melantik En Khairudin b Abas sebagai Pengerusi Sementara mesyuarat.

1.5

Ucapan oleh Pengerusi Sementara En Khairudin b Abas Terima kasih atas kehadiran semua pentadbir sekolah, ahli lembaga koperasi dan anggota. Pengesahan minit mesyuarat agung kali keempat. o o Cadangan oleh : Saudari Mardhiyyah bt Abadan Disokong oleh : Saudara Waliuddin b. Zulkifli

2

Menimbang Laporan-Laporan ALK dan Jawatankuasa Koperasi

2.1

Juru Audit Dalaman Pengerusi membentangkan laporan JAD bagi pihak En Haznul Hizam yang sedang berkursus. Penerimaan, perbelanjaan dan pelaburan wang dan perolehan dalam tahun kewangan ini adalah mengikut Akta, Peraturan-Peraturan dan Undang-Undang Kecil Koperasi.

2.2

Laporan Setiausaha Pn Nora Abdullah membentangkan laporan setiausaha seperti di dalam buku edaran mesyuarat agong.

2.3

Laporan Unit Belian En Zulazmi membentangkan laporan unit belianSetiap barang yang terdapat di koperasi dibeli dari syarikat yang berbeza

2.4

Laporan Unit Inventori Dan Jualan

En Zulazmi melaporkan terdapat sejumlah RM27,825.32 inventori yang dimiliki oleh koperasi sehingga tahun kewangan berakhir 31 Januari 2011.

2.5

Laporan Unit Keanggotaan Pn Nora melaporkan jumlah keahlian dan syer setakat 31 Januari 2011 adalah mengikut laporan yang disediakan di dalan buku edaran mesyuarat agung.

2.6

Laporan Unit Perkhidmatan En Baihaki membentangkan laporan unit perkhidmatan seperti yang dinyatakan di dalam buku edaran mesyuarat agung.

2.7

Laporan bendahari En Baihaki membentangkan laporan kewangan bagi pihak Bendahari, En Hashim yang sedang berkursus. Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Januari 2011 boleh dirujuk di pada buku edaran mesyuarat agung.

2.8 Semua laporan diterima untuk diluluskan secara sebulat suara tanpa bantahan.

3

Pembubaran ALK 2010/11 dan Perlantikan Bagi Tahun 2011/2012

3.1

Pembubaran ALK Terdapat 15 orang ahli lembaga koperasi bagi tahun 2010/2012. Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas semua kerjasama yang diberikan oleh ALK dan mengisytiharkan ALK 2010/2011 dibubarkan. Cadangan lantikan ALK baru akan dibuka dan pemilihan ALK 2010/2012 akan dilaksanakan.

3.2

Perlantikan ALK 2011/2012 Mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik 6 orang guru sebagai ahli lembaga dalam kalangan guru seperti berikut : o o o o o o o o En Arrifin b Rabu (Pengerusi) En Khairy b Tuhib Pn Rozilawati bt Hassan Pn Siti Suriya bt Aminuddin Pn Rosmidah bt Ramli Pn Tumisah bt Akim Pn Laila bt Sulong Pn Norhaizan bt Kamarudin

6 orang ALK pelajar yang dilantik dengan undian tertinggi ialah o o o o o o Saudara Nazeeri Saudara Kamal Arredha Saudara Iqbal Saudari Fahani Saudari Farah Afiqah Saudari Marni Adilah

Dicadangkan oleh : Saudara Safwan Sufi Disokong oleh : Saudara Muhammad Syafiq dengan kiraan undi

4

Belanjawan Bagi Tahun 2012

4.1

Pengerusi mencadangkan diberi mandat kepada ALK 2011/2012 bagi menyediakan Belanjawan bagi tahun 2012. Disokong sebulat suara tanpa bantahan.

5

Cadangan lain untuk koperasi

5.1

Mesyuarat bersetuju sebulat suara menentukan : had pelaburan koperasi sebanyak RM10, 000 dan had keterhutangan koperasi RM50,000

5.2

Cadangan 50% keuntungan daripada syer kepada semua anggota seperti dinyatakan dalam penyata kewangan dan dicadangkan dalam laporan juruaudit. Cadangan : Saudara Mohd Firdaus b Yusof Disokong oleh : Saudara Mohd Ikhwan b Abdul

5.3

Bayaran kepada Juruaudit Dalaman Mesyuarat bersetuju dengan cadangan bayaran sekali gus sebanyak RM50 kepada juruaudit dalaman.

5.4

Elaun ALK pada tahun 2011/2012 5.1Pengerusi menerangkan pada tahun lepas, elaun dibayar RM10 setiap bulan 5.2 Cadangan ealaun ALK 2011/2012 Saudara Mohd Hafizi mencadangkan elaun sebanyak RM5 pada tahun hadapan Elaun bulanan sebanyak RM15 dicadangkan oleh Saudara Moh Firdaus Yusof dan disokong oleh Saudara Lukhman Syafiq.

Saudari Syazrin Fairuz mencadangkan elaun sebanyak RM10 dikekalkan dan mendapat sokongan majority anggota.

5.5

Mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) cawangan Shah Alam sebagai firma audit.

6

Lantikan anggota untuk penentusahan draf minit mesyuarat agong Pn Nora Abdullah mencadangkan 4 orang ALK dan 6 orang mengesahkan minit mesyuarat : o o o o o o o o o o En Arriffin b Rabu En Khairy b Tuhib Pn Norhaizan bt Kamarudin Saudara Kamal Arredha Saudara Nazeeri Saudari Marni Adillah Saudara Abdul Muhaimin Saudara Abdul Muiz Zamri Saudara Firdaus Asyfari Saudari Safiyyah Dicadangkan oleh : Pn Nora Abdullah Disokong oleh : Saudara Abdul Muhaimin

6.1 anggota biasa

7

Mendengar, menimbang atau memutuskan usul - usul 7.1 Pengerusi memaklumkan usul yang dibawa oleh Pn Siti Khairul Bariah berkenaan menaikkan had pelaburan.

7.2

Mesyuarat bersetuju sebulat suara mengekalkan had pelaburan minimum bagi guru RM100 dan RM10 bagi pelajar seperti termaktub dalam Undang undang Kecil dan memberi mandat kepada ALK baru 2011/2012 untuk menentukan had maksimum pelaburan.

8

Aduan / komen terhadap ALK tahun 2010/11. 8.1 Tiada sebarang komen terhadap ALK tahun 2010/11

9

Penangguhan 9.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.15 petang.

Disediakan Oleh,

. Nur Syarafina Bt Ramli Pencatat Mini

Mohd Alif Loqman Bin Abdullah Pencatat Minit

Disemak oleh,

Pn Nora binti Abdullah Setiausaha

Koperasi SAMBBST Berhad