mewujudkan budaya keseronokan bekerja

5
Mewujudkan Budaya Keseronokan Bekerja Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Oleh : Haji Samian bin Sawiyo Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Muar Pendahuluan Isu guru dengan pengajaran dan pembelajaran sangat berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan. Hakikatnya guru mesti dan wajib mempunyai ilmu dan kemahiran untuk menyampaikan pengajarannya. Dalam dunia yang kian pesat berubah, segala yang berlaku, berubah dan bergerak begitu pantas serta drastik sekali. Kaedah pengajaran memang sangat banyak. Menarik, seronok, menghiburkan, membosankan, menjemukan dan sebagainya semuanya bergantung kepada penyampainya. Dalam isu ini, kreativiti, komitmen, kesungguhan, dedikasi, kerajinan serta kebijaksanaan mencari sumber atau kaedah pengajaran yang terkini amat dituntut. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah atau sebaliknya seronok, memang bergantung sepenuhnya kepada guru. Oleh itu guru perlu proaktif agar pelajar yang diajar mendapat manfaat sepenuhnya. Salah satu nilai murni dalam Etika Kerja Perkhidmatan Awam yang boleh dihayati dan terkandung dalam Tonggak Dua Belas ialah keseronokan bekerja. Nilai murni keseronokan bekerja yang tertera dalam Tonggak Dua Belas ini perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap anggota perkhidmatan awam agar membentuk perkhidmatan awam yang beretika serta berkualiti. Apakah yang dimaksudkan dengan keseronokan bekerja ? Menurut Kamus Dewan ( Karyanet.com ) ‘keseronokan’ merujuk kepada prihal keadaan atau rasa seronok, kesedapan sesuatu yang menyebabkan sesorang itu berasa seronok. Manakala ‘bekerja’ pula merujuk kepada melakukan atau menjalankan sesuatu untuk menyelesaikan, menghasilkan atau menyelesaikan sesuatu. Tuntasnya ‘keseronokan bekerja’ sebagai seorang guru ialah keseronokan melaksanakan tugas sebagai pendidik bagi melahirkan para pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Keseronokan bekerja akan wujud sekiranya amalan-amalan positif diamalkan iaitu menganggap kerja sebagai ibadat, mempunyai inisiatif sendiri, menghasikan yang berfaedah, mempunyai komitmen terhadap kerja dan bersedia memberi kerjasama. Keseronokan bekerja dapat dicapai sekiranya kita menganggap tugas yang kita lakukan sebagai ibadat. Dalam Islam bekerja adalah suatu tuntutan, keperluan dan merupakan ibadat yang dituntut oleh Allah SWT. Amalan murni ini seharusnya dilaksanakan dengan penuh

Upload: azman-adnan

Post on 25-May-2015

3.933 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mewujudkan budaya keseronokan bekerja

Mewujudkan Budaya Keseronokan Bekerja Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Oleh :

Haji Samian bin Sawiyo

Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Muar

Pendahuluan

Isu guru dengan pengajaran dan pembelajaran sangat berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan. Hakikatnya guru mesti dan wajib mempunyai ilmu dan kemahiran untuk menyampaikan pengajarannya. Dalam dunia yang kian pesat berubah, segala yang berlaku, berubah dan bergerak begitu pantas serta drastik sekali. Kaedah pengajaran memang sangat banyak. Menarik, seronok, menghiburkan, membosankan, menjemukan dan sebagainya semuanya bergantung kepada penyampainya. Dalam isu ini, kreativiti, komitmen, kesungguhan, dedikasi, kerajinan serta kebijaksanaan mencari sumber atau kaedah pengajaran yang terkini amat dituntut. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah atau sebaliknya seronok, memang bergantung sepenuhnya kepada guru. Oleh itu guru perlu proaktif agar pelajar yang diajar mendapat manfaat sepenuhnya.

Salah satu nilai murni dalam Etika Kerja Perkhidmatan Awam yang boleh dihayati dan terkandung dalam Tonggak Dua Belas ialah keseronokan bekerja. Nilai murni keseronokan bekerja yang tertera dalam Tonggak Dua Belas ini perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap anggota perkhidmatan awam agar membentuk perkhidmatan awam yang beretika serta berkualiti. Apakah yang dimaksudkan dengan keseronokan bekerja ? Menurut Kamus Dewan ( Karyanet.com ) ‘keseronokan’ merujuk kepada prihal keadaan atau rasa seronok, kesedapan sesuatu yang menyebabkan sesorang itu berasa seronok. Manakala ‘bekerja’ pula merujuk kepada melakukan atau menjalankan sesuatu untuk menyelesaikan, menghasilkan atau menyelesaikan sesuatu. Tuntasnya ‘keseronokan bekerja’ sebagai seorang guru ialah keseronokan melaksanakan tugas sebagai pendidik bagi melahirkan para pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Keseronokan bekerja akan wujud sekiranya amalan-amalan positif diamalkan iaitu menganggap kerja sebagai ibadat, mempunyai inisiatif sendiri, menghasikan yang berfaedah, mempunyai komitmen terhadap kerja dan bersedia memberi kerjasama.

Keseronokan bekerja dapat dicapai sekiranya kita menganggap tugas yang kita lakukan sebagai ibadat. Dalam Islam bekerja adalah suatu tuntutan, keperluan dan merupakan ibadat yang dituntut oleh Allah SWT. Amalan murni ini seharusnya dilaksanakan dengan penuh

Page 2: Mewujudkan budaya keseronokan bekerja

amanah, bertanggungjawab dan ikhlas supaya mendapat balasan yang baik pada hari akhirat kelak. Agama-agama lain juga memberi saranan yang sama ketika melaksanakan tugas atau bekerja. Dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru, ibadat bermaksud segala ilmu yang kita sampaikan kepada para pelajar adalah merupakan amalan yang dilakukan kerana Allah. Guru tidak menharapkan apa-apa juga balasan kerana apabila guru dapat menghayati tugas guru yang juga menjadi amalan atau ibadah dan wujud rasa seronok itulah sebenarnya kemuncak tugas guru. Perasaan ini bukan sahaja dirasai oleh seorang guru, malah rakan guru yang juga di sekolah bersikap begitu. Sesungguhnya keseronokan bekerja itu merupakan suatu nilai yang sangat tinggi. Bila wujud perasaan seronok, kerja dibuat dengan 100% ikhlas, sukarela dan faktor inilah yang akan dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Bukan setakat itu sahaja, malah kualiti pengajaran dan pembelajaran pasti akan dapat terus ditingkatkan demi kecemerlangan prestasi akademik. Oleh yang demikian, sebagai guru, wajib mengamalkan dan menghayati nilai-nilai murni seperti yang terkandung dalam Tonggak Dua Belas iaitu keseronokan bekerja dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di sekolah. Selain untuk mencapai Cabaran Wawasan 2020, iaitu melahirkan masyarakat yang berjiwa bebas, berkeyakinan terhadap diri sendiri, berbangga dengan apa yang dicapai serta cekap menghadapi rintangan dan sentiasa mengejar kecemerlangan atau dalam erti kata lain pengwujudan masyarakat yang bebas, merdeka dan cemerlang.

Tugas mendidik pelajar di sekolah, seseorang guru perlu menganggap sebagai menanggung satu amanah dan harapan daripada ibu bapa, yang harus dilaksanakan dengan rasa penuh tanggungjawab dan ikhlas. Manakala hubungan antara guru dengan pelajar, mesti dianggap sebagai hubungan antara bapa dengan anak. Segala usaha ini akan menimbulkan dedikasi, ketekunan, amanah, bertanggungjawab dan ikhlas, contohnya saya seronok mengajar dan pada masa yang sama memberi nasihat dan motivasi kepada pelajar supaya mereka berjaya dalam pelajaran kerana inilah juga harapan ibu bapa mereka. Di sinilah sebenarnya terletak seni keseronokan bekerja dalam erti kata pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah demi memacu kejayaan sekolah.

Mempunyai komitmen terhadap kerja juga merupakan salah satu faktor untuk mencapai keseronokan ketika bekerja. Sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran di sekolah, guru akan membuat perancangan yang awal sebelum melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran . Membuat perancangan tahunan dan harian dalam buku rekod pengajaran dengan teliti dan memastikan guru dapat mencapai objektif seperti yang dirancang. Melalui perancangan pengajaran yang teliti juga akan menyakinkan guru ketika mengajar. Bersedia untuk menjawab soalan daripada pelajar dan bersedia dengan soalan kepada pelajar. Langkah-langkah dalam pengajaran dan pembelajaran juga dirancang dengan pelbagai alatan bantuan mengajar yang terkini iaitu ICT. Penggunaan pelbagai kaedah seperti inkuari dan refleksi, aktiviti kumpulan, perbincangan kes dan perkongsian pengalaman dan pembentangan dan soal jawab. Guru akan berasa seronok melaksanakan tugas sebagai seorang guru dan pelajar juga akan berasa seronok dan yakin terhadap guru sebagai pemudahcara mereka. Jika keadaan ini berlaku, pelajar akan sentiasa tertunggu-tunggu untuk hadir ke kelas dan guru pula akan sentiasa menghitung waktu untuk memasuki kelas. Keadaan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas.

Page 3: Mewujudkan budaya keseronokan bekerja

Untuk meningkatkan lagi kemahiran guru dalam mata pelajaran yang diajar, guru wajar menghadirkan diri dalam kursus, seminar, bengkel dan kolokium yang diadakan sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Semuanya ini menjadikan seseorang guru itu lebih seronok bekerja kerana dapat menambah ilmu pengetahuan, dapat bergaul dengan ramai ilmuan dan bertukar-tukar fikiran dan pendapat. Secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi prestasi guru, panitia dan sekolah. Melalui panitia guru dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan rakan-rakan panitia dan sekolah dengan membuat kursus dalaman di peringkat sekolah. Seterusnya membuat perancangan untuk melaksanakan program peningkatan prestasi pelajar. Perkongsian pengalaman dapat menghasilkan idea baru dan penerokaan yang kreatif dalam pelaksanaan proses pedagogi. Penglibatan guru dengan Panel Perunding Mata Pelajaran ( PPMP ), dengan pentaksiran negeri, dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia, merupakan satu pengiktirafan kepada diri seorang guru. Ini menambahkan lagi semangat guru tersebut untuk terus melaksanakan tugas dengan lebih berdidikasi dan cemerlang.

Selain itu juga, keseronokan bekerja akan lahir dengan cara bersedia memberi kerjasama kepada rakan sekerja. Keseronokan bekerja ini dikongsikan bersama dengan rakan panitia supaya dapat mewujudkan ‘ teamwork’ dalam sesuatu panitia. Pengajaran dan pembelajaran dirancang secara bersama dan pemantauan rakan sejawat dilakukan bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Guru boleh berbincang bersama bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam menyelesaikan sebarang masalah tanpa berasa rendah diri antara satu dengan lain. Keseronokan ini menjadikan sesorang guru lebih bersemangat untuk menjalankan tugas sebagai guru dan pelajar juga berasa seronok untuk belajar. Situasi ini dapat mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Pelajar lebih berminat untuk belajar dan mengikuti pelajaran, tiada masalah ponteng kelas dan prestasi pencapaian pelajar pasti akan meningkat.

Hubungan baik dan harmoni, permuafakatan dan sentimen kekitaan sebagai satu pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat dalam organisasi amat penting bagi mewujudkan rasa seronok bekerja. Kerja berpasukan merujuk kepada sekumpulan pekerja dalam sesuatu organisasi yang melaksanakan sesuatu tugasan secara bergandingan untuk mencapai matlamat kumpulan. Setiap ahli berpeluang berkongsi kebolehan dan bakat untuk menyelesaikan sesuatu dengan lebih bijak dan kreatif. Keseronokan akan terbina jika setiap kita diberi peluang untuk mencuba hasil pemikiran kita secara bebas. Ahli panitia diberikan hak untuk merancang program kurikulum bagi meningkatkan pencapaian atau mengatasi kelemahan pelajar. Kebebasan ini membolehkan guru dan rakan setugas merancang program mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan dapatan daripada data ‘headcount’. Setelah mengenal pasti pelajar mengikut tahap pencapaian akademik mereka, guru akan merancang dan membuat aktiviti yang sesuai mengikut tahap dan minat mereka. Latihan dbuat mengikut aras kesukaran dan pendekatan dilakukan mengikut minat pelajar contohnya menyelesaikan sesuatu tugasan dalam kumpulan kecil .

Keseronokan bekerja mampu dicapai apabila kita bekerja secara berkumpulan. Kerja berkumpulan merujuk kepada sekumpulan pekerja dalam organisasi yang melaksanakan tugas secara berganding bahu antara satu sama lain dalam kumpulan tersebut bagi mencapai suatu matlamat bersama. Kerja secara berkumpulan dalam panitia boleh menghasilkan panitia

Page 4: Mewujudkan budaya keseronokan bekerja

menjadi hebat. Melaluinya saya dapat membuat penilaian terhadap pencapaian prestasi sekolah. Sebaliknya guru tidak hanya berpuas hati dengan pencapaian yang telah dicapai. Guru dapat merujuk kepada sumber-sumber lain untuk membantu meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran seperti Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama. Keseronokan bekerja yang wujud daripada kerja berkumpulan ini juga akan menambah ilmu-ilmu yang baru seperti pedagogi terkini dan perisian komputer terkini secara langsung dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran guru. Pelajar mendapat input yang terbaik daripada guru dan mereka lebih berminat untuk belajar dan seterusnya menghasilkan keputusan yang cemerlang dalam keputusan ujian sumatif dan formatif yang akan mereka duduki.

Pengurusan yang berkesan membabitkan penyelenggaraan iaitu melakukan pemantauan, meninjau, memerhati, memberi tunjuk ajar dan berbincang dengan ahli panitia dan pihak pengurusan sekolah mampu meningkatkan keseronokan bekerja. Pemantauan kerja sesama rakan setugas dapat mendekatkan diri seseorang guru dengan rakan dan pihak pengurusan supaya dapat meningkatkan motivasi kerja yang tinggi. Penyeliaan oleh pihak pengurusan dan rakan panitia akan membantu guru menambah baik mutu pengajaran dan pembelajaran. Suasana ini membantu meningkatkan keseronokan bekerja di tempat kerja. Keadaan tempat kerja yang kondusif merupakan satu daripada ciri yang penting bagi seseorang guru untuk berasa seronok di tempat bekerja. Keselesaan tempat kerja guru yang lengkap dengan hawa dingin, peralatan yang sesuai, peralatan komputer lengkap dengan LCD projektor dan sistem bunyi, memberikan guru dan pelajar suasana kerja dan belajar dalam keadaan selesa, nyaman dan seronok.

Sebagai seorang guru, hendaklah sentiasa berinisiatif untuk memajukan diri dan profesion keguruan. Secara tidak langsung keseronokan bekerja akan wujud kerana guru akan sentiasa berusaha ke arah yang lebih cemerlang kerana setiap kejayaan dan peningkatan pada pelajar dan sekolah akan mendapat penghargaan daripada pihak pengurusan sekolah. Guru mesti menjadikan kerja mengajar sebagai suatu cabaran memerlukan kesungguhan, komitmen yang tinggi untuk menghadapi sebarang kemungkinan perubahan dalam dunia pendidikan. Daya kreatif dan adanya keinginan mencuba idea yang baru akan menimbulkan keseronokan bekerja. Untuk memupuk daya kreatif guru akan menjadikan program-program kurikulum sebagai alat untuk mengaplikasi kaedah-kaedah dan pendekatan baru. Pengalaman-pengalaman lalu akan menjadikan seseorang guru bertambah matang dalam segala tindakan. Segala kelemahan yang akan datang perlu dihadapi dengan penuh tekad. Guru perlu berusaha untuk membuat satu pendekatan baru supaya pelajar seronok. Dalam pengajaran dan pembelajaran guru perlu berani mencuba kaedah terbaru dan yang terkini agar pengajaran guru sentiasa subur serta disukai pelajar. Hasilnya pelajar lebih seronok dan kefahaman tentang konsep pengajaran bertambah baik dan seterusnya pasti menunjukkan peningkatan pencapaian akademik. Akhirnya guru berasa bangga kerana telah menunjukkan ciri-ciri profesional sebagai seorang guru.

Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa kesemua yang telah bincangkan dalam penulisan ini sangat berkait rapat dan merupakan satu cara bagaimana amalan keseronokan bekerja dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran seseorang guru. Apabila nilai murni keseronokan bekerja dapat guru terapkan dalam diri dan diamalkan, apa juga halangan dan rintangan tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap program pengajaran dan pembelajaran yang dirancang akan dilaksanakan dengan penuh komitmen. Selepas pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru perlu menjalankan pemantauan dalam semua

Page 5: Mewujudkan budaya keseronokan bekerja

aspek pengajaran dan pembelajaran contohnya menyemak latihan pelajar. Pada masa yang sama guru juga berasa begitu seronok menjalankan penilaian terhadap kerja yang telah dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran serta membuat refleksi. Guru juga melakukan penambahbaikan terhadap kelemahan yang terdapat sepanjang menjalankan tugas. Kesemua langkah ini akhirnya pasti berjaya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru. Impaknya pengajaran dan pembelajaran guru berkesan dan pelajar dapat kesan yang positif dan seronok belajar. Akhirnya dapat meningkatkan pencapaian prestasi akademik pelajar-pelajar.

Penutup

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu proses yang berpanjangan dan berterusan selagi dunia pendidikan di dunia ini tidak berkubur. Pengajaran memang mudah diperkatakan. Namun untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang seronok merupakan sesuatu yang perlukan komitmen, tekad, kesungguhan dan dedikasi yang sangat tinggi. Sebenarnya pokok pangkalnya terletak di tangan guru yang akan mencorakkanya. Jika seseorang guru tidak kreatif dalam pengajaran, pelajar akan bosan dan kesan negatifnya akan dirasai oleh semua pihak. Tetapi jika seseorang guru itu kreatif, inovatif, mempunyai daya usaha yang tinggi untuk memajukan pelajarnya, pasti guru tersebut boleh mengubah 360 darjah kemenjadian pelajarnya, insya-Allah.

Bibliografi

Abdul Wahab bin Jamaludin, Perancangan dan Pengurusan Penyelidikan, di dalam Nadi Pendidikan, Bahagian Perancangan & Penyelidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, Jilid 6, bil 2, 1991.

Abdul Sukur Abdullah ( 1998 ), Education Management Focus, Kuala Lumpur, Ministry of Education.

Glickman, C.D. Gordon, S.P. & Ross Gordon J. M ( 1995 ) Supervission of Intruction : A Developmental Approach, Needham Heights, MA Ally & Bacon.

Press Huberman, A.M & Miles, M.B ( 1984 ) Innovation Up Close, How School Improvement Works, New York, Plenum Press.

Sustaining Improvement : A suite of Modules on Coaching, Running, Netsworks and Building Capacity, UK 2003.

Tonngak Dua Belas, Etika Kerja Perkhidmatan Awam Malaysia.