microsoft word - soalan dan jawapan forum 1

Upload: mohdameri57

Post on 08-Oct-2015

85 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

  • Forum 1 Jelaskan dengan ringkas perbezaan antara kata nama khas dengan kata nama am. Berikan 5 contoh kata nama am dan 5 contoh kata nama khas yang bersesuaian yang boleh diajarkan kepada murid Tahun 1.

    Moderator : Ghazali bin Din

    RESPON 1

    Assalam dan selamat sejahtera,

    Kata nama khas dan kata nama am biasanya merupakan isi pelajaran yang terawal diperkenalkan dalam subjek Bahasa Melayu kepada murid Tahun Satu. Kata nama khas merujuk kepada nama orang dan nama tempat, ia ditulis dengan huruf besar pada huruf awal. Manakala kata nama am merujuk kepada benda umum, ia ditulis dengan huruf kecil pada permulaan ayat. Perhatikan perbezaan antara kata nama am dengan kata nam khas seperti yang berikut:-

    Bilangan Kategori Kata Nama Am Kata Nama Khas 1 manusia murid, guru, nelayan Amin, Cikgu Ameri, Pakcik Ali 2 binatang/haiwan ayam,ikan, burung Si Jalak, Si Belang, Si Putih 3 benda radio, basikal, buku Sony, BMX, Majalah Anis 4 benda kereta, jam, motorsikal Proton Wira, Bonia, Jaguh 5 tempat kampung, sekolah, taman Kampung Bukit Temin, Sekolah

    Kebangsaan Bayas, Taman Langkawi Sekian...

    2. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

    Memang benar apa yang diperkatakan oleh guru. Topik kata nama diajar dan diperkenalkan pada awal pelajaran kerana kata nama bertujuan mendedahkan murid dengan perkataan atau kata yang merujuk kepada manusia, haiwan, benda dan tempat.

    Penggunaan kata bagi kata nama am dan kata khas juga perlu didedahkan difahami oleh murid terutama penggunaan huruf besar untuk kata nama khas manakala huruf kecil untuk kata nama am kecuali bagi permulaan ayat.

    Contoh kata nama haruslah mudah dan senang difahami oleh murid agar mudah digunakan untuk kata yang lain. Antara contoh kata nama am ( cikgu, kuda, pasar, kasut) dan kata nama khas ( Doktor Ali, Si Belang, Restoran Mawar, Samsung)

    3. Assamualaikum dan salam sejahtera

    Dr,pensyarah dan rakan -rakan yang dihormati dan dikasihi sekelian.....

    Selamat berjumpa kembali , dalam ruangan forum untuk semester 5 ini,semoga perbincangan melalui forum ini dapat menambahkan wawasan ilmuan yang amat berguna kepada kita

    TM

    PDF Editor

  • semua , Bagi saya sebarang perbincangan dan komen dari rakan-rakan amatlah dialu-alukan.....saya umpama " Buah cempedak diluar pagar , Ambil galah tolong jolokkkan, Saya pelajar baru belajar , Kalau salah tolong perbetulkan.....

    Dalam perbincangan dalam tajuk yang diberikan Kata nama am ialah kata yang merujuk kepada orang, benda, haiwan dan tempat secara am. Kata nama am ditulis dengan menggunakan huruf kecil kecuali pada pangkal ayat. Bagi murid tahun 1 contoh perkataan yang sesuai melibatkan kata nama am ialah seperti kakak, meja, ayam, sekolah,buku dan sebagainya.

    Manakala Kata nama khas ialah yang merujuk kepada orang, benda, haiwan dan tempat secara khusus. Huruf besar digunakan untuk menulis kata nama khas . Bagi murid tahun 1 , contoh yang sesuai yang boleh diajarkan seperti Nor Adila, Si Tompok,Sang Kancil,Gunung Jerai , Kedah Darul Aman dan sebagainya..

    Sekian....\

    4. Salam sejahtera,

    Saya setuju dengan penerangan cikgu . Ini merupakan pendapat saya .Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk kepada sesuatu yang khusus.Penulisan kata nama khas mestilah dimulai dengan huruf besar .Kata nama khas dapat dibahagikan kepada dua jenis ,iaitu kata nama khas hidup dan kata nama tak hidup. Manakala kata nama am merujuk kepada kata nama yang umum, yakni tidak merujuk kepada nama-nama secara khusus. Katan nama am boleh dibahagikan kepada kata nam am hidup dan kata nama am tak hidup.

    Berikut adalah beberapa contoh untuk murid -murid tahun 1:

    TM

    PDF Editor

  • Kata nama am

    Kata nama khas

    Kereta

    Proton Saga, Honda,Altis,Waja,Persona

    Pensil

    Papermate, Swan , Stabilo , Lion

    Buku

    Bahasa Melayu , Matematik , Bahasa Inggeris

    Binatang

    Kambing, Lembu , Kucing

    Bola

    Bola Sepak , Bola Tampar , Bola Kriket

    Bunga

    Bunga Raya , Bunga Ros , Bunga Melur

    Kasut

    Adidas , Bata , Pallas

    5. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

    Memang benar apa yang diperkatakan oleh cikgu. Kata nama am dan kata nama khas ialah kata yang merujuk kepada manusia, haiwan, benda dan tempat.

    Murid tahun 1 khasnya, perlu didedahkan dengan contoh yang dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian mereka. Contohnya kata nama am ( abang, ayam, sekolah, pensel ) dan kata nama khas ( Cikgu Anis, Si Tompok, Toshiba dan Zoo Negara ).

    Guru tahun 1 juga perlu menekankan murid dengan penggunaan kata nama dengan betul seperti penggunaan huruf besar bagi kata nama khas serta huruf kecil bagi kata nama am kecuali di permulaan ayat.

    6. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

    Saya tertarik dengan contoh yang diberikan oleh cikgu. Amat mudah dan ringkas untuk difahami. Seperti apa yang disampaikan kepada murid tahun 1 di dalam kelas, penyampaian seseorang guru haruslah ringkas, padat dan mudah difahami.

    Dapat dirumuskan bahawa kata nama am dan kata nama khas merujuk kepada kata nama untuk manusia, haiwan, benda dan tempat. Contoh kata nama haruslah mudah dan dekat

    TM

    PDF Editor

  • dengan persekitaran murid seperti kata nama am ( guru, itik, sekolah, pensel ) dan kata nama khas ( Cikgu Siti, Pak Belang, Sek.Keb.Chenderawasih,Komputer Acer)

    7. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

    Kata nama khas dan kata nama am ialah kata yang merujuk kepada nama manusia, haiwan, tempat dan benda.

    Perbezaan antara kata nama khas dengan kata nama am ialah, kata nama khas ditulis dengan menggunakan huruf besar bagi permulaan ayat, serta nama khas bagi manusia, haiwan, tempat dan benda.

    Manakala kata nama am pula ditulis dengan menggunakan huruf kecil, kecuali pada permulaan ayat dan selepas noktah.

    Contoh kata nama khas ialah :

    1. manusia - Doktor Aina, Cikgu Suriati

    2. haiwan - Si Jalak, Si Belang

    3. tempat - Zoo Negara, Muzium Negara

    4. benda - Proton Saga, Komputer Acer

    Contoh kata nama am ialah :

    1. manusia - datuk, cikgu

    2. haiwan - kuda, burung

    3. tempat - sekolah, pejabat pos

    4. benda - beg, pensel

    TM

    PDF Editor