[milotarik.blogspot] contoh pentaksiran dalam pendidikan khas

Upload: izzati-syafiqah

Post on 04-Apr-2018

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 [Milotarik.blogspot] Contoh Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    1/8

    PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

    suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentangpembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (LembagaPeperiksaan Malaysia, 2000)

    Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahanmurid dan meningkatkan pencapaiannya.Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan danstandard perkembangan murid tersebut.

    Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaianmurid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan

    pemahamannya.Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembarankerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik

    Pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumatdan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai

    kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya.Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid danmerangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuaimengikut tahap kebolehannya

  • 7/30/2019 [Milotarik.blogspot] Contoh Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    2/8

    PEMBELAJARANASAS

    Kemahiran 3 M :

    kemahiran membaca - membaca maklumat danlatihan & mencari bahan-bahan pembelajaran untukmelakukan ulangkaji.

    kemahiran menulis - untuk menulis nota pelajarandan melakukan latihan.

    kemahiran mengira - penting bagi mata pelajaranyang melibatkan kira-kira tetapi ia juga pentingdalam kehidupan seharian mereka.

    Kemahiran pengurusan diri :keupayaanmenguruskan diri sendiri

    (membersihkan diri sendiri, memakai pakaian tanpabantuan, makan dengan cara yang betul danmampu memenuhi kehendak asas diri sepertimembuang air.

    supaya murid dapat menjaga keperibadian dirisendiri dan berupaya menguruskan diri sendiritanpa pertolongan orang lain.

    Kemahiran

    Tingkah laku yang bersesuaian untukberinteraksi di rumah, sekolah danbersama masyarakat.Keupayaan sosial individu yang mampumencapai kejayaan tanpa mengganguorang lain.

    Aspek dalam kemahiran sosial-kemahiran berkomunikasi, asertif,bergaul, menyelesaikan masalah.Tujuan pentaksiran - mengenalpasti muridyang mempunyai kelemahan dalam

    bersosial.

    membantu murid dalam proses P&P dankehidupan seharian mereka.membolehkan mereka berinteraksi danmenjaga hubungan antara masyarakatdengan baik dan bersesuaian mengikutgolongan.

  • 7/30/2019 [Milotarik.blogspot] Contoh Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    3/8

    Kemahiran Tingkah Laku

    melibatkan perangai, kelakuan dan cara seseorang itu membawapenampilan dirinya.karektor asas benda hidup kerana setiap benda hidup di dunia inimempunyai perwatakan yang tersendiri.

    Faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku ialah melaluipersekitaran.Walaubagaimanapun, tingkah laku berubah menerusi pembelajaran.

    Menguasai penggunaanlambang-lambang pertuturanuntuk berkomunikasi

    Memerlukan pemahamansimbol dan maksudperkataan untukmengintrepetasikanmaklumat dan idea.

    Kemahiranbahasa

    Kemahiran

    matemati

    Keupayaanmenguasai

    pengetahuantentang perkaraasas Matematikseperti nombordan operasimudah

    Penting dalammembantu dalampelajaran danaktiviti seharian

  • 7/30/2019 [Milotarik.blogspot] Contoh Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    4/8

    BIODATA MURID

    Nama Murid : Luqman Hakim bin Kiroman

    Tarikh Lahir : 26 Oktober 1997

    Jantina : Lelaki

    Umur : 11 tahun

    Sijil Lahir : AF 88379

    Alamat : 552, Jalan 2/8 Taman Suria 2

    Jitra, Kedah

    Jenis Masalah : Slow Learner and Mild Mental Retardation

  • 7/30/2019 [Milotarik.blogspot] Contoh Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    5/8

    LAPORAN PENTAKSIRAN DAN PEMERHATIAN

    Saya telah menjalankan pentaksiran menggunakan Ujian Diagnostik

    Bahasa Melayu dan Matematik ke atas Luqman yang mempunyai masalah slow

    learnerdan mild retardation.

    Kemahiran Bahasa Melayu

    Saya melakukan tiga jenis Ujian Diagnostik Bahasa Melayu iaitu 1)

    membaca perkataan KVK dan KVKVK, 2) padanan gambar dan perkataan serta

    3) menulis suku kata akhir. Berdasarkan pentaksiran Bahasa Melayu yang

    dibuat, saya mendapati bahawa dia mempunyai beberapa kelebihan dan

    kelemahan. Ujian pertama iaitu membaca perkataan KVK dan KVKVK

    menunjukkan, dia dapat membaca perkataan KVK dengan lancar. Namun, beliau

    mempunyai sedikit masalah untuk membaca perkataan KVKVK dan perkataan

    yang mempunyai lebih dari satu suku kata. Ujian kedua iaitu padanan gambar

    dan perkataan pula memberi hasil yang baik. Dia mampu mengenal dan

    memadankan gambar dengan perkataan satu suku kata. Hasil ujian ketiga iaitu

    menulis suku kata akhir, dia boleh menulis huruf-huruf tetapi mempunyaimasalah dalam menulis saiz dan orientasi huruf yang betul.

    Kemahiran Matematik

    Tiga jenis Ujian Diagnostik Matematik pula ialah 1) perbandingan, 2)

    susunan nombor, dan 3) penambahan. Hasil pentaksiran Ujian Diagnostik

    Matematik pula adalah berbeza dengan hasil Ujian Diagnostik Bahasa Melayu.

    Ujian pertama iaitu berkenaan dengan perbandingan, dia mengenal dan mampu

    membezakan bentuk dengan betul. Ujian kedua pula iaitu susunan nombor

    menampakkan sedikit kelemahan dirinya. Hal ini mungkin kerana bentuk soalan

    yang ditulis adalah dalam Bahasa Inggeris. Dia boleh menulis nombor mengikut

    susunan tetapi tidak dapat menulis nombor secara perkataan. Ujian

  • 7/30/2019 [Milotarik.blogspot] Contoh Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    6/8

    penambahan pula memerlukan dia masa yang agak lama untuk menjawab setiap

    satu soalan. Hal ini menyebabkan dia berasa bosan dan tidak ada keyakinan diri

    untuk menjawab soalan berikutnya. Namun, dia mampu menjawab proses

    penambahan yang melibatkan satu tempat nombor dan mempunyai masalah

    apabila melibatkan dua tempat nombor.

    Kemahiran Sosial

    Saya juga telah menjalankan pemerhatian terhadap kemahiran sosial dan

    tingkah laku murid tersebut. Saya mendapati bahawa Luqman merupakan

    seorang murid yang mempunyai kemahiran sosial yang memuaskan. Hal ini

    digambarkan apabila dia mampu bermain, bergaul, berbual dan berinteraksi

    dengan rakan dan gurunya. Dia juga boleh menjawab soalan jika ditanya dan

    memberi pandangan apabila perlu. Namun, beliau mengambil masa untuk mesra

    dengan sesiapa yang baru dikenalinya.

    Kemahiran Tingkah Laku

    Pemerhatian terhadap tingkah laku dia pula memberi gambaran kepadasaya bahawa Luqman merupakan seorang murid yang mempunyai perwatakan

    yang sukar dijangka. Dia boleh menjadi seorang yang periang, suka bermain dan

    suka bercakap tetapi kadangkala dia menjadi seorang yang pendiam, menyendiri

    dan lebih suka memerhati.

  • 7/30/2019 [Milotarik.blogspot] Contoh Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    7/8

    Refleksi

    Berdasarkan hasil pentaksiran dan pemerhatian yang dijalankan, saya

    mempunyai beberapa cadangan yang untuk membantu mengatasi masalah

    yang dihadapi oleh Luqman. Pertama, merujuk hasil Ujian Diagnostik Bahasa

    Melayu, dia mempunyai masalah dalam membaca perkataan yang lebih dari satu

    suku kata. Oleh yang demikian, guru boleh mendedahkan Luqman dengan lebih

    kerap tentang perkataan yang melibatkan lebih dari satu suku kata. Guru boleh

    menggunakan kaedah pengajaran menggunakan kad perkataan, kad bergambar,

    bercerita dan sebagainya. Usaha ini akan menambahkan lagi perbendaharaan

    kata dan kemahiran membacanya. Kedua, berkenaan dengan masalah saiz dan

    orientasi tulisannya. Di sini, guru boleh mengajar menulis saiz huruf dengan betul

    dengan cara menyuruh dia menulis mengikut saiz kotak atau garisan. Guru boleh

    melukis kotak atau garisan yang saiznya sesuai dengan huruf. Contohnya, kotak

    ini atau garis ini . Berkenaan dengan orientasi tulisannya pula,

    guru seharusnya memerhatikan cara kedudukannya semasa menulis. Sekiranya

    kedudukan badan, pensil atau kertas dalam keadaan yang salah seperti senget,

    guru hendaklah membetulkan kedudukannya.

    Seterusnya ialah mengenai hasil pentaksiran Ujian Diagnostik Matematik

    Luqman. Masalah dalam susunan nombor adalah bukan kerana dia tidak

    mengenal turutan nombor yang betul tetapi dia mempunyai masalah

    pemahaman dalam mengenal nombor Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian,

    guru seharusnya mendedahkan dia dengan perkataan Bahasa Inggeris. Hal ini

    kerana dia mempunyai pemahaman yang kurang dalam Bahasa Inggeris.

    Sekiranya guru lebih kerap mengajarnya Matematik dalam Bahasa Inggeris,

    saya berpendapat Luqman akan dapat menguasainya dengan lebih baik. Untuk

    membantu Luqman dalam masalah penambahan pula, guru boleh mengajar

    Luqman pengiraan secara konkrit. Ini bermaksud, guru harus membekalkan

    Luqman dengan benda maujud seperti batang aiskrim, biji getah, batu, buah-

  • 7/30/2019 [Milotarik.blogspot] Contoh Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

    8/8

    buahan dan sebagainya untuk pengiraan. Hal ini supaya dia nampak secara

    jelas bagaimana proses penambahan itu berlaku.

    Secara umumnya, pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru

    maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam

    pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki

    kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat

    adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid

    tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data

    pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan

    pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal,

    lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik.

    Segala bukti dan data tersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan

    dan kelebihan murid berkenaan untuk penempatan.

    Mengikut pemahaman saya, pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah

    untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam

    pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga

    dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi,strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

    Pentaksiran dan pemerhatian yang dijalankan ke atas murid telah memberi saya

    pengetahuan dan gambaran tentang bagaimana menilai keupayaan murid

    Pendidikan Khas. Hal ini kerana, kemampuan dan tahap kebolehan setiap murid

    Pendidikan Khas adalah berbeza mengikut jenis masalahnya. Oleh yang

    demikian, guru memainkan peranan yang penting dalam merancang dan

    merangka intervensi serta strategi yang paling sesuai untuk menjalankan proses

    pengajaran dan pembelajaran supaya mereka memperolehi pendidikan yang

    sepatutnya.