[milotark.blogspot pkb 3108 modul keadah pemulihan matematik topik 4

Upload: izzati-syafiqah

Post on 04-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 4

    1/7

    (PKP3108KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

    TAJUK 4 AKTIVITI DALAM PENGAJARAN MATEMATIK

    4.0 SINOPSISMatematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secaramantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.Sifat matematik tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna danmencabar pemikiran.

    4.1 HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir tajuk ini anda akan dapat:

    1. Mengenal pasti komponen-komponen pengajaran matematik2. Menentukan aktiviti-aktiviti yang sesuai berasaskan komponen-

    komponen matematik untuk pengajaran dan pembelajaran3. Mengaplikasi komponen-komponen pengajaran matematik dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran matematik

    4.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

    30

    Komponen DalamPengajaran Matematik

    Generalisasi

    PenyelesaianMasalah

    Pembelajaran Masteri

    PenguasaanMatematik

    KandunganMatematik

    Sikap Positif TerhadapMatematik

  • 7/31/2019 [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 4

    2/7

    (PKP3108KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

    KANDUNGAN ISI

    4.3 PENGENALAN

    Mata pelajaran Matematik sentiasa mengalami anjakan paradigma apabilaunsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya bagi memenuhikehendak dan cabaran masa hadapan setiap pelajar di sekolah rendah (Yahyaet.al 2003). Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah ialah untukmembina kemahiran asas mengira. Justeru itu program Matematik sekolahrendah memberi tumpuan kepada kemahiran mengira iaitu tambah, tolak, darab,bahagi dan penyelesaian masalah harian secara berkesan.

    Menurut Noraini (2005) Matematik merupakan mata pelajaran yang penting danmerupakan satu mata pelajaran yang mencabar bagi kebanyakan pelajar.Matematik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Gurudan ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang positif terhadap Matematik kerana ia

    juga akan memberi kesan kepada sikap anak-anak mereka. Mempunyai guruyang menunjukkan minat terhadap Matematik akan mendorong pelajar meminatiMatematik. Guru perlu meyakinkan pelajar bahawa semua orang boleh majudalam Matematik.

    Komponen Pengajaran Matematik

    4.4 Kandungan MatematikKeupayaan mengajar Matematik adalah dipengaruhi pedagogi umum,pengetahuan kandungan pedagogi dan pegathuan kandungan matematik.Shulman (1987) menyatakan beberapa kategori pengetahuan guru, termasuklahkandungan pengetahuan, pengetahuan pedagogi umum. Shulman menjelaskankandungan pengetahuan sebagai pengetahuan, pemahaman, kemahiran dancara murid belajar.

    Ball and Bass (2000) membincangkan kepentingan perkaitan antara kandungandan pedagogi, dan wujud jurang bagaimana untuk mengurus dengan efektif kedua-dua bidang tersebut. Pengetahuan kandungan pedagogikal merupakankandungan dan pedagogi yang mewakili analogi, ilustrasi, contoh, penerangandan tunjuk cara supaya kandungan difahami murid. Ball and Bass (2000),menjelaskan bahawa pengetahuan kandungan pedagogi adalah perwakilantentang sesuatu topik dan bagaimana murid berusaha untuk menggunakannya.

    4.5 Penguasaan Matematik Matematik ialah satu bahasa istimewa dan penting yang harus dipelajari olehsemua orang. Cara dan teknik matematik itu sendiri haruslah dikuasai jika kitahendak mendalami bahasa bidang tersebut. Matematik ialah satu cara berfikir,kajian pola, kajian perhubungan, satu seni, dan bahasa yang tersendiri, satu alatdalam kehidupan sosial dan rekreasi manusia.

    31

  • 7/31/2019 [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 4

    3/7

    (PKP3108KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

    Kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai seperti nombor, operasi tambah,operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi. Kalau kita perhatikan dalam dirimurid-murid, proses kognitif dan pengetahuan telah berkembang sejakpermulaan persekolahan lagi. Oleh itu, untuk mengukuhkan lagi pengetahuantentang matematik guru perlu memperkenalkannya dengan menggunakankaedah dan strategi yang dapat menarik minat murid tersebut meneroka bahasaitu.

    Dalam mata pelajaran matematik, masalah ini wujud dalam dua keadaan iaitumurid-murid salah dalam mempelajari dan memahami konsep dan kemahiranmatematik serta murid-murid memang lemah dari segi mental. Oleh yangdemikian, adalah perlu bagi murid-murid yang sukar menguasai pembelajaranmatematik diberi bantuan dan sokongan :-

    1. dalam menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik sepertimengenal nombor, operasi tambah, operasi tolak, operasi darab

    dan operasi bahagi seterusnya dapat digunakan dalam kehidupanseharian.

    2. menggunakan kemahiran asas yang telah dipelajari sepertimenyelesaikan masalah untuk diaplikasikan dalam kehidupanseharian dan membantu murid-murid membina keyakinan dalamdiri mereka. Sebagai contohnya, apabila seorang murid berjayamenyelesaikan masalah dan faham tentang apa yang telahdipelajari, mereka akan berasa yakin dengan kebolehan diri sendiridalam mempelajari matematik.

    3. Membetulkan konsep dan kemahiran matematik yang salahdikuasai oleh murid-murid.

    4. Memberi peluang kepada murid-murid lembam mempelajarikemahiran matematik mengikut kadar kebolehan mereka sendiri.Ini dilakukan untuk mengelak mereka daripada terus tercicir danseterusnya dapat memupuk minat mereka untuk mempelajari matapelajaran matematik

    Dalam matematik terdapat mathematics acquisition device (MAD) yangmempunyai kerangka konsep yang hampir sama dengan language acquisitiondevice (Sinclair, Kamii, & University of Alabama at Birmingham, 1994; Sinclair &Kamii, 1995):

    1. secara asas menguasai konsep matematik tanpa direct teaching.2. mengikuti turutan standard perkembangan semasa3. membina konsep matematik dari peringkat umur yang awal.

    4.6 Pembelajaran Masteri

    Pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar menguasai sesuatu unitpembelajaran yang dipecah-pecahkan kepada beberapa subunit yang mengikut

    32

  • 7/31/2019 [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 4

    4/7

    (PKP3108KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

    pemeringkatan. Pelajar akan maju ke unit seterusnya, hanya setelah menguasaisesuatu subunit yang sedang dipelajarinya.

    Prosedur Pembelajaran Masteri

    4.7 Penyelesaian Masalah

    Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajaran danpembelajaran matematik. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran perlumelibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif danmerentasi keseluruhan kurikulum. Perkembangan kemahiran penyelesaianmasalah perlu diberi penekanan sewajarnya supaya murid dapat menyelesaikanpelbagai masalah secara berkesan. Kemahiran ini melibatkan langkah-langkahseperti berikut:

    1. Memenuhi dan mentafsirkan masalah2. Merancang strategi penyelesaian3. Melaksanakan strategi, dan4. Menyemak semula penyelesaian.

    Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaian masalah,termasuk langkah-langkah penyelesaiannya harus diperluaskan lagipenggunaannya dalam mata pelajaran ini. Dalam menjalankan, aktivitipembelajaran untuk membina kemahiran penyelesaian masalah ini, perkenalkanmasalah yang berasaskan aktiviti manusia. Melalui aktiviti ini, murid dapatmenggunakan matematik apabila berdepan dengan situasi yang baru dan dapatmemperkukuhkan diri apabila berdepan dengan pelbagai situasi harian yanglebih mencabar. Antara strategi-strategi penyelesaian masalah yangdipertimbangkan:

    33

  • 7/31/2019 [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 4

    5/7

    (PKP3108KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

    1. Mencuba kes lebih mudah2. Cuba jaya3. Melukis gambar rajah4. Mengenal pasti pola5. Membuat jadual/carta atau senarai secara bersistem6. Membuat simulasi7. Menggunakan analogi8. Bekerja ke belakang

    4.8 Generalisasi

    Konsep generalisasi merupakan satu kaedah yang signifikan dalam kemahiranpenaakulan matematik. Untuk membuat generalisasi adalah denganmelaksanakan pemerhatian tentang sesuatu yang berkemungkinan benar (Haylock, 2010). Contoh semua ahli dalam set nombor, satu set bentuk atau satuset orang. Generalisasi mungkin benar (contohnya semua hasil darab 12 adalah

    darab 3) atau salah (contohnya tiada wanita boleh membaca peta). Terdapatbeberapa komponen dalam proses melaksanakan generalisasi:

    1. conjecture (semakan)Perkataan yang lazim digunakan dalam konteks penyelesaianmasalah matematik. ia merupakan proses semakan matematik.Contohnya, murid mungkin membuat semakan bahawa 91 adalahnombor perdana. Pada peringkat ini, murid belum tentu tahubahawa 91 adalah nombor perdana. Setelah dibuat penerokaanmembahagi 91 dengan 2, 3, 5 dan 7, murid mendapati 91 hanyaboleh dibahagi dengan 7 iaitu 13 kali dan ini bermakna 91 bukan

    nombor perdana.2. counter-example

    Counter-example merupakan kes spesifik yang memamerkanbahawa generalisasi adalah tidak sah. Contohnya dalam setahunada empat bulan yang ada lima kali hari Ahad.

    3. Kes spesifikBerdasarkan contoh dalam 2 di atas, ia memandu kita menghalusiatau meneliti generalisasi yang hendak diaplikasi dan jika ianyatidak sesuai boleh disisihkan.

    4. hipotesisSelalu digunakan untuk merujuk kepada generalisasi yang masih

    memerlukan semakan ( conjecture ) sama ada benar atau salah.Kaedah penaakulan induktif boleh digunakan bagi mencari buktitentang sesuatu kes. Contohnya murid ingin tahu apa jawapannya

    jika dia menambah nombor ganjil dengan nombor ganjil jawapannya nombor ganjil.

    34

  • 7/31/2019 [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 4

    6/7

    (PKP3108KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

    5. proof (bukti)Bukti merupakan kaedah matematik bagi penaakulan. kaedahpenaakulan deduktif boleh digunakan untuk mendapatkan bagisesuatu kes dalam matematik.

    4.9 Menggalakkan Sikap Positif Terhadap Matematik

    Matematik sangat penting untuk memperkembangkan kemampuan berfikir secara logik serta sikap positif murid yang berguna dalam mempelajari ilmupengetahuan mahupun dalam penerapan matematik dalam kehidupan sehari-hari. Namun, hingga kini masih banyak keluhan, baik dari ibu bapa muridmahupun pakar pendidikan matematik, tentang rendahnya kemampuan muriddalam aplikasi matematik, khususnya penerapan di dalam kehidupan sehari-hari(Saragih, 2000). Sebagai contoh, masalah yang berkaitan dengan perbandingansenilai, misalnya seorang petani membeli 12 kg baja seharga RM45.00. Berapaharga yang diperlukan jika ia membeli sebanyak 72 kg? Ramai murid yang

    mengalami kesukaran untuk menjawab soalan tersebut.

    Untuk mengatasi permasalahan di atas perlu dicari suatu pendekatan yang dapatmenyokong proses pembelajaran matematik yang menyenangkan dan bukanmenyeramkan sehingga dapat meningkatkan motivasi sekaligus mempermudahpemahaman murid dalam belajar matematik.

    Berkaitan dengan sikap positif murid terhadap matematik, beberapa pendapat,antara lain Ruseffendi (1988), mengatakan bahwa anak-anak menyenangimatematik hanya pada permulaan mereka berkenalan dengan matematik yangsederhana. Makin tinggi tingkatan sekolahnya dan makin sukar matematik yang

    dipelajarinya akan semakin berkurang minatnya. Menurut Begle (1979), muridyang hampir mendekati sekolah menengah mempunyai sikap positif terhadapmatematik yang secara perlahan menurun.

    Murid yang memiliki sikap positif terhadap matematik memiliki ciri-ciri antaralainnya bersungguh-sungguh dalam belajar matematik, menyelesaikan tugasdengan baik dan tepat waktu, penglibatan secara aktif dalam perbincangan,melaksanakan tugasan kerja rumah dengan tuntas, dan selesai pada waktunya.Dengan demikian, untuk memupuk sikap positif terhadap matematik, perludiperhatikan agar penyampaian matematik dapat dipermudahkan, senangdifahami, tidak menakutkan, dan tunjukkan bahwa matematik banyak

    kegunaannya. Oleh kerana itu, bahan/sumber harus dipilih dan disesuaikandengan persekitaran yang berkaitan dengan kehidupan sehari-hari (kontekstual)dan tahap kognitif murid, dimulai dengan cara-cara informal melalui pemodelansebelum dengan cara formal.

    35

  • 7/31/2019 [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 4

    7/7

    (PKP3108KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

    LATIHAN 1Huraikan komponen pengajaran matematik yang bolehmeningkatkan keupayaan murid (buat dalam bentuk pengurusangrafik).

    REHAT Adakah kita selalu menunggu waktu yang sesuai dan sempurnauntuk memulakan usaha mencapai kejayaan?

    LAYARI INTERNEThttp://www.icme10.dk/proceedings/pages/regular_pdf/RL_John_Mason.pdf Buat rumusan setelah anda membaca artikel ini.( InternationalJournal of Mathematical Education in Science and. Technology34 (1) p 135-143. Owens, K. & Clements, M. (1998)

    LATIHAN 2Minggu pertama, Jali membeli permainan berharga RM5.00.Minggu berikutnya, Jali berbelanja membeli permainan berhargaRM10.00. Siti pula mempunyai jumlah wang yang sama dansepanjang tempoh dua minggu tersebut, dia membeli permainanberharga RM7.50 setiap satu. Siapa mendapat permainan yanglebih banyak? Gunakan kaedah Generalisasi untuk menjawabsoalan ini. (jawapan anda hendaklah dibuat dalam bentukpersembahan powerpoint)

    BIBLIOGRAFI

    Haylock, D. (2010). Mathematics explained for primary teachers . 4 th edition.London: SAGE Publications Ltd.

    Noraini Idris (2005). Pedagogi dalam Pendidikan Matematik . Selangor: UtusanPublications

    Prof. Madya, Dr. Yahya Buntat Dr. Muhammad Sukri Saud Siti Fatimah Ahmad.(2003). Masalah pembelajaran matematik Tahun Lima dalam BahasaInggeris . Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor.

    TAMATSELAMAT MAJU JAYA

    36

    http://www.icme10.dk/proceedings/pages/%20regular_pdf/RL_John_Mason.pdfhttp://www.icme10.dk/proceedings/pages/%20regular_pdf/RL_John_Mason.pdfhttp://www.icme10.dk/proceedings/pages/%20regular_pdf/RL_John_Mason.pdfhttp://www.icme10.dk/proceedings/pages/%20regular_pdf/RL_John_Mason.pdf