[milotark.blogspot pkb 3108 modul keadah pemulihan matematik topik 6

Upload: izzati-syafiqah

Post on 04-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 6

    1/11

    PKB 3108KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

    TAJUK 6 Bahan Bantu Mengajar Matematik

    6.0 SINOPSIS

    Topik ini membincangkan kepentingan bahan bantu mengajar, jenis-jenis

    bahan bantu mengajar, kegunaan bahan bantu mengajar dan kategori bahan

    bantu mengajar.

    6.1 HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Mengenalpasti jenis-jenis bahan bantu mengajar

    2. Mengenalpasti kegunaan bahan bantu mengajar

    3. Membincangkan kepentingan bahan bantu mengajar

    4. Mengkategorikan bahan bantu mengajar

    6.2 KERANGKA TAJUK

    51

  • 7/31/2019 [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 6

    2/11

    PKB 3108KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

    6.3 PENGENALAN

    Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan

    program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar

    untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih

    menarik. Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang

    tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut

    Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran

    Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu

    dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan

    antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu

    atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama

    oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience

    di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak

    hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM juga merupakan

    52

    Bahan Bantu Mengajar

    Kategori BBM

    Ciri-ciri BBMberkesan

    Kepentingan BBMdalam P&P

    Bahan yang menggunakanMedia Elektronik

    Bahan yang menggunakan Mediabukan Elektronik

    Bahan bercorak Pengalaman

    PermainanMatematik

  • 7/31/2019 [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 6

    3/11

    PKB 3108KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

    sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada

    murid-muridnya.

    6.4 Bahan Bantu Mengajar/ Peralatan Mengajar

    BBM ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk

    membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan

    mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-

    gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam

    pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu

    dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

    Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tigakumpulan: alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar.

    Noraziah Abdul Hamid ( 1981) membahagikan BBM kepada dua iaitu media

    elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 )

    dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 ) mengkelaskannya kepada dua iaitu sof tware

    dan hardware Ngui Kuen Sang (1981: 35 ) mengenai BBM, kita tidak dapat

    memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik

    menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaranadalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan

    seseorang.

    Atan Long ( 1982: 174 ) BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu

    bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku,

    carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat

    penyampaiannya dinamakan BBM.

    Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963) hanya alat bantu mengajar

    yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar

    memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap

    ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.

    53

  • 7/31/2019 [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 6

    4/11

    PKB 3108KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

    Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM

    boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

    6.4.1 Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem

    pelajaran, filem jalur, slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita

    rakaman, piring hitam, CD , komputer,radio kaset, televisyen, internet dan

    sebagainya.

    6.4.2 Bahan yang menggunakan media bukan elektronik seperti suara,

    gambar, carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel,

    papan magnet, kad- kad imbasan, buku dan sebagainya.

    6.4.3 Bahan bercorak pengalaman - saperti lakonan, lawatan, projek,

    pameran, bahan maujud (realia) dan sebagainya.

    6.5 Mengapa BBM merupakan satu elemen yang berkesan?

    Menurut teori konstruktivisme pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaanpengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil dari

    percantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada.

    Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam

    pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan

    membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi.

    Teori pembelajaran konstruktivisme berasas kepada penglibatan aktif pelajar

    dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal tentang aktiviti

    pembelajaran di mana ianya relevan dan menarik. Pelajar membina

    pengetahuan semasa atau lepas. Pelajar memilih dan megubah

    54

  • 7/31/2019 [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 6

    5/11

    PKB 3108KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

    maklumat,membina hipotesis, membuat keputusan bergantung kepada struktur

    kognitif untuk berbuat demikian.

    6.6 Kepentingan Bahan Bantu Mengajar ( BBM) di dalam Pengajaran dan

    Pembelajaran

    Kurikulum KBSR memberi penekanan kepada kaedah pengajaran berpusatkan

    pelajar, bahan dan aktiviti. Sehubungan itu bahan bantu mengajar amat penting

    untuk meningkatkan minat, perasaan ingin tahu dan kefahaman murid terhadap

    konsep-konsep matematik. Penggunaan bahan bantu mengajar adalah amat

    penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, rajah dibawah

    menunjukkan kepentingan bahan bantu mengajar.

    Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 )

    kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:

    BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep

    Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar

    Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

    Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri

    di kalangan pelajar

    55

    Memudahkan penyampaian

    pengajaran

    Menimbulkankeseronokan

    Mengukuhkan dayaingatan murid

    Meningkatkan rasaingin tahu murid

    Menimbulkankeseronokankepada murid

    Kepentingan bahanbantu mengajar

  • 7/31/2019 [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 6

    6/11

    PKB 3108KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

    Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem

    bergerak.

    Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata

    pelajar.

    Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih

    mendalam dan beragam.

    Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242) merumuskan kepentingan BBM seperti

    berikut:

    memberi rangsangan dan minat murid-muird.

    menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak

    pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan

    daripada murid-murid.

    membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan

    pembelajaran mereka lebih kekal.

    menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh

    cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan

    beragam.

    dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan

    perbendaharaan kata.

    ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat

    menambahkan lagi bacaan murid-murid.

    Sebagai rumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat:

    menjimatkan masa

    dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid menyeronokkan murid-murid

    56

  • 7/31/2019 [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 6

    7/11

    PKB 3108KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

    6.7 Ciri-ciri BBM yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran

    Matematik

    6.7.1 Kepelbagaian bahan bantu mengajar

    Berbagai BBM akan dapat mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-

    murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar,

    seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan,

    pengalaman dramatized, demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan

    rakaman, filem-filem dan sebagainya. Guru juga boleh menggunakan model-

    model dan bahan-bahan maujud seperti kuboid, kubus, prisma dan sfera untukmengajar geometri dan bentuk benda. Murid juga digalakkan untuk membina

    bentuk-bentuk seperti sfera, kubus, kuboid dari plastesin atau tanah liat.

    Guru yang mahir dengan penggunaan ICT boleh menyediakan bahan

    pengajaran menggunakan powerpoint, excell ataupun mengakses laman web

    dalam pencarian maklumat. Contohnya jika guru menggunakan powerpoint, guru

    boleh memasukkan illustrasi dan grafik , bunyi, yang dapat menarik perhatianperhatian murid untuk mempelajari matematik. Guru juga boleh menggunakan

    laman web untuk mengakses permainan-permainan matematik secara online.

    Hasil beberapa kajian yang telah dijalankan ( Funkhouser, 1983; Henderson and

    Landersman, 1992; Chazan,1998; Mccoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) mendapatii

    bahawa:

    Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap

    yang lebih positif terhadap dirinya serta berkeyakinan sebagai ahli

    matematik dan berkeupayaan menyelesaikan yang lebih komplek.

    57

  • 7/31/2019 [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 6

    8/11

    PKB 3108KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

    Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat

    membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan

    mudah serta berkesan.

    Kemajuan dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir didapati ada

    menunjukkan peningkatan yang positif.

    Situasi pembelajaran pelajar berbantukan komputer mempunyai

    kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka panjang dan dapat

    mengintegrasikannya dalam bidang-bidang lain.

    Bahan atau peralatan lain yang boleh digunakan oleh guru termasuk

    overhead projektor, kamera digital, carta, CDRI yang dibekalkan oleh Bahagian

    Teknologi Pendidikan, CD PPSMI yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran

    Malaysia atau CD yang dibeli oleh pihak sekolah sendiri. Dengan menggunakan

    bahan bantu mengajar akan dapat meningkatkan minat murid yang mempunyai

    masalah dalam pembelajaran matematik untuk mempelajari matematik dengan

    lebih gigih lagi.

    6.7.2 Mutu bahan bantu mengajar

    Mutu bahan bantu mengajar bergantung kepada pembinaan berdasar kreativiti

    guru dan pemilihannya sebagai bahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai

    dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan sesuai dengan murid-murid yang

    terlibat. Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti tidak

    merbahaya, berkesan, sesuai untuk semua pelajar dan subjek, mudah dikendali,

    jelas, keharmonian warna, kesesuaian saiz, bentuk huruf atau carta dan tahan

    lama.

    6.7.3 Kecekapan Menggunakan BBM

    58

  • 7/31/2019 [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 6

    9/11

    PKB 3108KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

    Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana

    kegagalannya menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan atau

    merosakkan pelajaran itu seluruhnya. Ia perlu melibatkan berbagai pancaindera

    murid seperti yang disarankan oleh Wayne F. Virag,1976 seseorang individu

    dalam suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai bahan

    pengajaran, teknik-teknik dan peringkat-peringkat penyampaian pengajaran

    suasana pembelajaran ini pula adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti

    kaedah penyampaian dan bahan pengajaran yang digunakan dalam suasana

    fizikal yang direka untuk pembelajaran.

    Masa mengendalikan BBM dan tidak mengalami sebarang kesulitan

    apabila tiba masa menggunakannya. BBM sentiasa berada di dalam keadaanbaik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya. Guru harus pandai memilih butir-

    butir penting yang perlu ditulis, supaya jelas, terang, kemas dan teratur. Cekap

    mempersuaikan keperluan murid

    dan masa yang diperuntukkan. Kesesuaian BBM seharusnya bersabit dengan

    tujuan pelajaran dan bahan yang hendak disampaikan. Sekiranya tidak, usaha

    menyediakannya adalah sia-sia sahaja.

    6.8 Permainan matematik juga termasuk dalam salah satu pendekatan

    Pembelajaran berpusatkan murid amat sesuai untuk dijalankan kepada murid

    yang mengalami masalah dalam pembelajaran matematik. Menurut (DAgustine,

    1973), permainan adalah satu kaedah yang dapat mengembangkan daya

    kreativiti dan memupuk minat murid terhadap matematik. Ianya dapat

    mengurangkan rasa bosan dan jemu semasa menyelesaikan masalah

    matematik.

    Penggunaan permainan matematik sebagai kaedah pengajaran dan

    pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain

    sambil belajar. Contohnya permainan dan simulasi boleh dilakukan ketika

    59

  • 7/31/2019 [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 6

    10/11

    PKB 3108KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

    menyelesaikan soalan penyelesaian masalah yang melibatkan kehidupan

    seharian. Dengan permainan atau rekreasi matematik, minat murid boleh

    dipupuk. Semasa bermain murid secara sedar atau tidak akan meneroka dan

    seterusnya mengetahui serta memperoleh ilmu baru dalam matematik.

    Matematik berbentuk rekreasi secara lazimnya akan membantu guru memberi

    pendedahan konsep yang mudah diingati oleh murid. Lazimnya pengetahuan

    atau pembelajaran yang diperoleh secara tidak formal (permainan) lebih diingati

    berbanding pembelajaran secara formal.

    Kebanyakan pakar pendidikan menyatakan bahawa penggunaan

    pengalaman sedia ada murid untuk memulakan sesuatu pengajaran dan

    pembelajaran akan menghasilkan satu impak yang positif dalam pengajaran.Kesimpulannya guru boleh membimbing murid mempelajari sesuatu konsep

    matematik dengan lebih baik dan berkesan berdasarkan pengalaman sedia ada

    murid itu sendiri.

    Kesimpulan

    Berdasarkan perbincangan ringkas di atas jelas membuktikan bahawapenggunaan alat bantu Mengajar (ABM) adalah penting kerana penggunaannya

    bukan sahaja pembelajaran pelajar menjadi menarik, malah pemahaman konsep

    matematik pelajar dapat diperkembangkan lagi; ia juga dapat menjimatkan masa

    guru mengajar serta dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang

    berpusatkan pelajar. Apabila pengajaran dan pembelajaran pelajar menjadi

    berkesan, bererti objektif kurikulum telah tercapai dan juga hasrat Kementerian

    Pendidikan untuk memenuhi matlamat SPN -21

    Latihan 1

    Pengkaji berpendapat fizikal manipulatif amat bekesan kerana ia

    bersifat konkrit. Bincangkan kepentingan fizikal manipulatif

    dalam pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas.

    60

  • 7/31/2019 [Milotark.blogspot PKB 3108 Modul Keadah Pemulihan Matematik Topik 6

    11/11

    PKB 3108KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

    Layari lamat web untuk mendapatkan maklumat tambahan

    http://www.geocities.com/fmurni

    Latihan 2

    Huraikan kepentingan alat bantu mengajar dalam pengajaran

    pelajar berkeperluan khas

    Itu saja yang perlu anda lakukan.... SELAMAT BERJAYA.

    61