[milotark.blogspot pkb 3108 modul keadah pemulihan matematik topik 7
TRANSCRIPT
(KOD DAN NAMA KURSUS)
TAJUK 7 Kemahiran Matematik Berfungsi
7.0 SINOPSIS
Topik ini menjelaskan matematik berfungsi, kurikulum berfungsi,
pengajaran dan pembelajaran matematik berfungsi serta cadangan
aktiviti.
7.1 HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan kepentingan matematik berfungsi
2. menghuraikan matematik berfungsi
3. menjelaskan prinsip-prinsip pengajaran matematik berfungsi
4. menjelaskan dan memberikan contoh-contoh aktiviti matematik berfungsi
7.2 KERANGKA TAJUK
62
Matematik Berfungsi
Matematik Berfungsi Kurikulum Berfungsi P & P matematik berfungsi Cadangan Aktiviti
(KOD DAN NAMA KURSUS)
Mengapakah kanak-kanak berkeperluan khas perlu diajar kemahiran
matematik berfungsi?
7.3 Matematik Berfungsi
Matematik Berfungsi membolehkan pelajar memiliki pelbagai pengetahuan,
kemahiran dan melahirkan pelajar yang berkeyakinan dalam kehidupan harian
dan kerjaya. Individu yang memiliki kemahiran ini akan dapat meningkatkan diri
dalam bidang pendidikan, latihan dan kerjaya serta dapat memberi sumbangan
dalam masyarakat dan kerjaya.
Tujuan kemahiran matematik berfungsi adalah:
• Mengembangkan kemahiran yang diperlukan dalam kerjaya,
pembelajaran dan kehidupan
• Menangani masalah kemahiran yang terpisah
• Menjadikan pelajar lebih berkeyakinan
• Menjadikan pelajar lebih yakin semasa berhubung dengan orang lain
dalam kehidupan
Ciri-ciri kemahiran matematik berfungsi adalah berasas kepada kemahiran
menyelesaikan masalah. Mengajar pelajar kemahiran matematik berfungsi
bermakna guru juga membantu membentuk kemahiran penyelesaian masalah
pelajar. Pembelajaran kemahiran matematik berfungsi boleh dilaksanakan
dalam mata pelajaran Bahasa , Matematik mahupun teknologi maklumat dengan
cara menggalakkan pelajar menyelesaikan masalah yang sering dihadapi dalam
kehidupan harian pelajar. Kemahiran matematik berfungsi bertujuan melahirkan
individu yang memiliki pelbagai pengetahuan dan kemahiran penyelesaian
masalah bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan lebih baik dalam
komuniti, kehidupan harian dan kerjaya. Guru bertanggungjawab memastikan
Individu bermasalah pembelajaran diajar dan di beri pendedahan menggunakan
63
(KOD DAN NAMA KURSUS)
kemahiran matematik yang dipelajari agar dapat digunakan dalam kehidupan
harian dengan baik.
7.4 Kurikulum Berfungsi (Functional Curriculum)
Kurikulum berfungsi dibentuk untuk mengajar kemahiran kehidupan berfungsi
atau dalam kata lain kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan,
pekerjaan dan dapat digunakan dalam kehidupan bermasyarakat (Brown et al.,
1979; Falvey, 1989; Snell & Broeder, 1987). Patton, Cronin dan Jairrels (1997)
telah menggariskan komponen-komponen di dalam kurikulum berfungsi sebagai
kemahiran berfungsi dalam akademik, pendidikan vokasional, kehidupan
bermasyarakat, kehidupan harian, kewangan, kehidupan berdikari,
pengangkutan, hubungan sosial, dan keperluan diri. Kurikulum berfungsi perlu
diberi kepada pelajar bermasalah pembelajaran agar mereka dapat menguasai
kemahiran-kemahiran yang sangat diperlukan dalam kehidupan dan apabila
pendidikan sedia ada gagal memberi kemahiran yang diperlukan untuk menjalani
kehidupan harian setelah mereka tamat persekolahan.
7.5 Pengajaran dan pembelajaran matematik berfungsi.
Pengajaran dan pembelajaran matematik berfungsi adalah sebagai panduan
kepada guru matematik untuk menerapkan kemahiran matematik berfungsi
dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat enam langkah yang perlu
dilaksanakan oleh guru untuk mengajar matematik berfungsi iaitu:
• Mengenalpasti matematik berfungsi yang ingin diajar dan perubahan yang
yang diharapkan
• Proses penyelesaian masalah – bagaimana hendak menggunakan proses
penyelesaian masalah agar pembelajaran matematik benar-benar
berfungsi
64
(KOD DAN NAMA KURSUS)
• Merancang aktiviti untuk membantu pelajar dapat menggunakan
matematik dengan berfungsi
• Aktiviti merentas kurikulum
• Penilaian
• Refleksi
Guru boleh membantu pelajar untuk menjadikan matematik berfungsi iaitu:
• Kenalpati situasi yang menggunakan matematik
• Menggunakan situasi tersebut
• Menghuraikan situasi menggunakan matematik
• Membuat analisis, mendapatkan jawapan dan kaedah penyelesaian
• Menghuraikan hasil matematik berdasar situasi
• Menjelaskan keputusan dan membuat rumusan
Isi kandungan pengajaran matematik berfungsi :
• Pengurusan diri
o Mengenalpasti jumlah cukai
o Membandingkan perbelanjaan
o Mengetahui nilai wang yang dimiliki
o Mengetahui jadual kerja
o Pengurusan kewangan
• Pengurusan harta dan kesihatan diri
o Pertimbangan diri dan orang lain
o Mengira jumlah kalori yang perlu
o Jadual pengambilan ubatan
o Membandingkan perbelanjaan
o Insurans
o penyelenggaraan
65
(KOD DAN NAMA KURSUS)
• rekreasi
o membuat perbandingan perbelanjaan pengangkutan
o perbelanjaan majalah dan surat khabar
o hiburan : menonton wayang, televisyen, internet, sukan, konsert
dan sebagainya
7.6 Model-model Kemahiran Matematik Berfungsi
Life Centered Career Education (LCCE) menggariskan 8 kemahiran matematik
berfungsi dalam kehidupan.
• Menguruskan kewangan keluarga – menyediakan belanjawan
• Mengurus rumahtangga – mengira perbelanjaan rumah
• Mempamerkan cara kerja dan sikap yang betul – memahami arahan
secara lisan dan tulisan
• Membeli dan menyediakan makanan – merancang bagi penyediaan
makanan yang berkhasiat
• Membeli dan menjaga pakaian – merancang perbelanjaan untuk pakaian,
menggunakan mesin basuh
• Keyakinan diri - menganalisis tahap kemahiran dan menganalisis diri
• Bergaul dengan komuniti – membuat perancangan perjalanan
• Kemahiran menyelesaikan masalah - menggunakan strategi dan
penyelesaian yang berkesan
Cronin dan Patton’s menggariskan 6 subdomain dan kemahiran matematik
berfungsi
• Kemahiran dalam pekerjaan – mengetahui jumlah pendapatan
• Mengurus rumahtangga - mengira perbelanjaan rumah
• Keraian - membandingkan makan di rumah dengan makan di luar
66
(KOD DAN NAMA KURSUS)
• Kesihatan - menggunakan jangka suhu
• Hubungan - merancang kos untuk perjumpaan
• Perkhidmatan - maklumat permit bangunan
7.7 Cadangan Aktiviti Matematik Berfungsi
1) Situasi
Berikut adalah contoh senario yang boleh digunakan dalam matematik berfungsi
• Perjalanan bas ke tempat kerja?
• Membuat secawan kopi?
• Menonton DVD?
• Menonton perlawanan bola sepak?
• Merancang percutian?
• Cuaca hari ini?
• Mebuat kuih?
2) Gambar
Bina soalan berdasarkan gambar?
67
(KOD DAN NAMA KURSUS)
3) Perbandingan
Apakah persamaan dan perbezaan bentuk rajah dibawah?
Latihan 1
Pilih dua isi kandungan matematik berfungsi yang ingin di ajar kepada
pelajar bermasalah pembelajaran. Beri dua contoh bagi setiap
kemahiran dan nyatakan kepentingan kemahiran tersebut berdasarkan
isi kandungan yang dipilih
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan
Latihan 2
Pilih satu contoh matematik berfungsi dan huraikan bagaimana
anda hendak mengajar kanak-kanak berkeperlulan khas dengan
menggunakan lapan langkah pengajaran kurikulum matematik berfungsi
oleh Schwartz and Budd (1981)
Bincangkan aktiviti-aktiviti kemahiran matematik berfungsi yang
boleh dilaksanakan kepada pelajar bermasalah pembelajaran
Tamat
68
(KOD DAN NAMA KURSUS)
www.cldinternational.org/PDF/Initiatives/MathSeries/dunn.pdf - Similar
www.dddcec.org/ETMRDDV/sample/Bouck.pdf
69