minggu 2 fitrah

Upload: wan-ting-tan

Post on 03-Jun-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 MINGGU 2 FITRAH

    1/14

    MINGGU 1

    Fitrah Kejadian Manusia Menurut Islam

    Pengenalan

    Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi, rohani, dan istilah kebudayaan,atau secara campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens(Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari golongan mamaliayang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dalam hal kerohanian, mereka dijelaskanmenggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana, dalam agama, dikaikan dalamhubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos, mereka

    juga seringkali dibandingkan dengan bangsa lain. Dalam antropologi kebudayaan,mereka dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi mereka dalammasyarakat majemuk serta perkembangan teknologinya, dan terutama berdasarkankemampuannya untuk membentuk kelompok dan lembaga untuk dokongan satu sama

    lain serta pertolongan.

    Manusia mempunya dua jantina: lelaki dan perempuan.Terdapat pelabagai falsafahdalam kejadian manusia. Ini akan diterangkan seperti di bawah:

    Falsafah Penciptaan Manusia Menurut Islam

    MENURUT ISLAM

    Orang Islam meyakini rukun iman yang enam, umatnya mengakui bahwa Al Quranadalah satu-satunya literatur yang paling benar dan bersifat global bagi ilmu

    pengetahuan.

    Islam merupakan agama yang selari dengan fitrah kejadian manusia. Islam melaluiajarannya yang lengkap bukan mahu melahirkan manusia yang hanya beribadat khusussepanjang masa sehingga lupa untuk berbakti bagi hari dunianya. Islam telahmenggariskan ajaran yang sempurna dalam memastikan umat manusia tidak terpesongke jalan kesesatan yang cuba di heret oleh nafsu dan syaitan. Setiap pekerjaan walaupun pada zahirnya untuk kehidupan dunia turut dicatatkan pahalanya sebagai suatuibadat jika selari dengan kehendak agama begitulah sebaliknya jika suatu ibadatkhusus walau pun pada zahirnya sebagai bekalan akhirat tetapi menjadi sia-sia jikadilumuri dengan niat yang tidak ikhlas dan mahu mencari habuan dunia semata-mata.

    Islam bukan datang dengan paksaan sebaliknya meresap ke jiwa umat manusiadengan kerelaan hati sendiri setelah hati begitu tertarik dengan keindahannya. Iaberbeza dengan ideologi ciptaan manusia yang datang melalui akal fikiran yang tidakmampu memberi kebahagiaan dan jalan penyelesaian kepada kehidupan manusiasecara sempurna. Ideologi biasanya tidak boleh lari daripada paksaan si kuat ke atas silemah untuk tunduk dan patuh kepadanya. Ideologi tidak meresap ke jiwa denganpenuh kerelaan manusia tetapi ia merupakan suatu paksaan yang akhirnya membawakepada sifat dendam yang membawa kepada kehancuran. Islam membawa umat

    http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/12/fitrah-kejadian-manusia-menurut-islam.htmlhttp://pelangipetang89.blogspot.com/2009/12/fitrah-kejadian-manusia-menurut-islam.html
  • 8/13/2019 MINGGU 2 FITRAH

    2/14

    manusia kepada suatu destinasi yang begitu pasti iaitu akhirat sedangkan ideologidatang dengan matlamat yang tidak jelas demi mengaut hasil dunia yang pastiditinggalkan dengan mengenepikan hari akhirat.

    Kejayaan Islam membina tamadun yang agung pada zaman kegemilangannya

    telah melahirkan rasa iri di hati musuh Islam. Akhirnya barat dengan penuh ketekunanterus belajar dan mengkaji tentang kemampuan Islam dalam membina tamadunsehingga memungkinkan mereka turut maju dan bertambah maju meninggalkan umatIslam yang hilang pedoman terutama selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki 1924yang lalu. Barat berjaya membina tamadun tersendiri tetapi sayangnya disebabkanmereka memisahkan tamadun kebendaan daripada ruh agama menyebabkan lebihbanyak kesan negatif dan buruk yang timbul. Dulu Islam berjaya menguasai hati-hatimanusia sehingga dunia barat turut menerima cahaya Ilahi tanpa menggunakanpengaruh ketenteraan yang menggila dan paksaan sebaliknya lebih banyakmempengaruhi melalui kerja-kerja dakwah yang membuka hati umat manusia untuktunduk dan berlindung di bawah keadilan sistem Islam. Penyebaran Islam sehingga

    mampu membina sebuah kuasa pemerintahan yang kuat dan luas adalah bertujuanmenguruskan dunia dan agama secara serentak bagi memastikan amanah sebagaikhalifah di bumi dalam membawa manusia ke arah menyembah Allah dalam setiaplapangan hidup mampu dilaksanakan. Islam melarang sebarang paksaan apatah lagimenzalimi umat manusia dalam memeluk Islam tetapi memberi ruang kepada merekauntuk mengemukakan hujah sehingga mereka benar-benar faham tentang Islam yangmemungkinkan mereka akhirnya memeluk Islam atau pun tetap alam agama asalmereka tetapi dengan penuh kerelaan hati mereka tunduk kepada sistem Islam yangmenjanjikan kesaksamaan dan keamanan. Ini berbeza dengan matlamat penjajahanbarat yang lebih menjuruskan kepada mencari keuntungan dunia dalam mengaut hasilmahsul yang ada dalam negara yang dijajah walau pun terpaksa mendirikan hukumrimba yang penuh dengan penindasan dan kezaliman dengan mengenepikan sifatkemanusiaan.

    Memandangkan perbezaan ketara antara penyebaran dan perluasaan kuasapemerintahan Islam dengan penjajahan barat melalui ideologi yang dibawa maka baratterus memikirkan bagaimana cara untuk terus menguasai dunia bagi memastikanmereka dapat mengaut hasil mahsul daripada negara yang berjaya dijajah dan ditindas.Barat memandang serius terhadap Islam yang dianggap sebagai musuh utama yangmesti dihapuskan agar nafsu serakah mereka dapat dipuaskan di atas penderitaanorang lain. Umat Islam mesti terus dijauhkan daripada memakai Islam yang menjanjikankesempurnaan. Umat Islam mesti dirosakkan agar mereka sendiri benci kepada Islamyang dianggap punca kemunduran. Umat Islam mesti ditelanjangkan agar mesti terusmalu untuk berhadapan dengan kezaliman kuffar. Umat Islam mesti dijauhkan daripadabudaya ilmu agar kejahilan yang membelenggu diri akan membolehkan kuffar mampumemperbodohkan mereka. Umat Islam mesti dijauhkan daripada qiblatnya yangsebenar agar mereka menjadikan barat sebagai qiblat yang terbaik bagi mencarikemajuan. Umat Islam mesti dilupakan daripada mengingati al-Quran yangmembolehkan barat terus menyuap mereka dengan ajaran yang songsang. Umat Islammesti ditanamkan sfat was-was terhadap kemampuan Islam dalam menerajui dunia

  • 8/13/2019 MINGGU 2 FITRAH

    3/14

    sehingga mereka menjadi umat pengecut yang terus tunduk kepada kehendak barat.Umat Islam mesti dilagakan sesama sendiri agar kuffar terus mendapat keuntunganhasil daripada perpecahan umat Islam. Umat Islam mesti dilupakan daripada mengenaliidentiti mereka yang sebenar iaitu sebagai umat pilihan yang sepatutnya memerintahbukannya menjadi hamba kepada barat.

    Setelah memerhati kepada usaha kuffar dalam menjauhkan umat Islamdaripada identiti yang sebenar maka kita sebagai umat pilihan mesti kembali mencariindentiti yang hilang dari diri. Kita mesti kembali kepada seluruh ajaran Islam denganmembina kembali keyakinan bahawa hanya Islamlah yang mampu megembalikankemuliaan dan kemajuan kepada seluruh umat manusia. Kita mesti kembali kepadaseluruh ajaran al-Quran dengan menafikan seluruh dakyah kuffar yang terusmemerangi kita tanpa mengira masa dan tempat. Jangan terus biarkan kuffarmemperkudakan kita. Jangan terus membiarkan kuffar meratah dan membaham tubuhmanusia yang tidak berdosa demi mencari keuntungan dunia. Jangan biarkan kuffarterus melakukan penindasan dan kezaliman demi memuaskan nafsu serakah mereka.

    Jangan biarkan musuh Islam terus melakukan kerosakan di muka bumi. Kembalilah kitawahai umat Islam kepada identiti yang sebenar berqiblatkan kepada Islam.

    Minggu 2

    IMPLIKASI BAKA KEPADA PERKEMBANGAN MANUSIA

    Kesan Baka Ke Atas Perkembangan Manusia

    Kesan baka ke atas perkembangan adalah hasil daripada daya usaha seorang paderi Austria yang bernama

    Gregor Mendel (1857). Eksperimen-eksperimen beliau di dalam kebunnya di Broneo mengenai swee peas

    telah merintiskan jalan kepada ilmu genetik Prinsip-prinsip kesan baka ke atas perkembangan yang

    dikemukakan adalah ciri-ciri yang diwarisi hasil daripada gen-gen yang diperturunkan tanpa pertukaran

    daripada satu generasi ke satu generasi. Dalam setiap individu gen-gen ini adalah berpasangan dan di mana

    dua gen dalam satu pasang itu berlainan kesannya satu gen dominan menindasi yang lemah yang dipanggil

    gen resesif.Gen adalah penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri biologi. Perkembangan manusia yang

    dipengaruhi oleh kesan baka adalah seperti berikut:-

    Fizikal

    Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan

    kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang

    mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar

    http://alkauthar.blogspot.com/2007/08/implikasi-kepada-perkembangan-manusia.htmlhttp://alkauthar.blogspot.com/2007/08/implikasi-kepada-perkembangan-manusia.htmlhttp://alkauthar.blogspot.com/2007/08/implikasi-kepada-perkembangan-manusia.html
  • 8/13/2019 MINGGU 2 FITRAH

    4/14

    badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Teori biologi William H.

    Sheldom dalam Mohammad Aziz Shah (1924:73) mengkategorikan tiga jenis bentuk badan iaitu endomorf,

    ektomorf dan mesomorf. Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur

    panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka juga memainkan

    peranan penting.

    Kajian Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) mendapati kanak-kanak yang

    kembar seuri mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan

    kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai

    pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.

    Mental /Kognitif (Kecerdasan)

    Perkembangan mental seseorang itu banyak dipengaruhi oleh faktor baka. Kecerdasan tinggi atau rendah,

    biasanya telah ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Walau bagaimanapun pengaruh

    persekitaran tidak kurang pentingnya. Kajian-kajian tentang kecerdasan menunjukkan bahawa nisbahnya ialah

    baka 51% dan persekitaran 40%. Setiap individu dilahirkan mewarisi beberapa ciri dari kedua ibu bapa serta

    saudara sedarah sebelumnya. Adakalanya anak-anak tidak banyak mewarisi ciri-ciri daripada ibu bapanya

    tetapi apabila dikesan, dia lebih mirip kepada nenek atau moyangnya. Begitu juga dengan aspek intelek, yang

    mana sebahagiannya diwarisi. Baka menentukan had kecerdasan seseorang, namun begitu Anastasi (1958)

    dalam Tang Chee Yee (1990) mengatakan bahawa tidak ada gunanya kita berbahas yang mana faktor yang

    lebih penting dalam proses perkembangan. Yang pentingnya ialah kita mesti membincangkan bagaimana

    kedua-dua faktor persekitaran dan baka dalam proses perkembangan manusia.

    Ahli-ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan seperti Alfred Binet (1857-1911), Theodore Simon (1873-1961),

    dan Guilford dalam Ramlah Jantan dan rakan (2004) percaya bahawa kecerdasan adalah diwarisi dan percaya

    bahawa kecerdasan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran, Borich dan Tombari, (1997). Pendapat

    mereka ini tidak dipersetujui oleh ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan dari tradisi revisionist seperti

    Howard Gardner (1983) dan Sternberg (1985) yang mengatakan kecerdasan yang diwarisi boleh

    dipertingkatkan melalui pembelajaran .

    Mental /Kognitif (Kecacatan mental)

    Kecacatan mental juga disebabkan oleh perwarisan genetik, misalnya ketololan (idiocy) kedua-dua ibu bapa

    terjadi apabila ibu dan bapa ini mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Penyakit phenylkeyonuria oleh

    kekurangan enzim yang menyebabkan penghasilan kimia beracun di dalam badan yang akhirnya merosakkan

  • 8/13/2019 MINGGU 2 FITRAH

    5/14

    mental kanak-kanak, Tang Chee Yee (1990:34).

    Kajian juga mendapati sebahagian daripada kecacatan mental adalah diwarisi. Contohnya, penyakit Tay-Sachs,

    dikaitkan dengan gen resesif yang diterima oleh anak daripada ibu atau bapa. Tay-Sachs adalah berkaitan

    dengan masalah kecelaruan enzim, menyebabkan otak tidak berupaya memecahkan lemak tertentu. Bila

    keadaan berterusan, menghalang pemindahan maklumat oleh saraf dan menyebabkan kerosakan sel otak.

    Individu yang mengidap penyakit TaySachs biasanya meninggal dunia sebelum umur 3 tahun.

    Mental /Kognitif(Down Syndrome dan Sindrom anak menggoloid)

    Penyakit tersebut disebabkan oleh pembahagian dan percantuman sel yang tidak sempurna semasa meiosis,

    Lefrancois (1999). Sindrom ini berlaku satu dalam setiap 680 kelahiran. Kebanyakan kanak-kanak sindrom

    down adalah terencat akal, pendek dan otot-ototnya lembik. Salah satu faktor kecacatan baka ialah umur ibu

    atau bapa yang terlalu tua. Oleh kerana itulah wanita yang telah melebihi umur 40 tahun tidak digalakkan hamil.

    Mental /Kognitif (Phenylketonuria, PKU)

    Phenylketonuria adalah kecelaruan genetik yang dikaitkan dengan kehadiran dua gen resesif. Individu yang

    mengidap penyakit PKU, enzim di hatinya yang bertanggungjawab memecahkan phenylalanine kepada

    bahan protein kegunaan tubuh tidak ada atau tidak aktif. Ini menyebabkan kerosakan pada sistem saraf dan

    kecacatan mental. Tapi pada hari ini, bayi-bayi yang menghidap PKU diberi pemakanan khas dan boleh

    mengatasi masalah kekurangan enzim tersebut (Ramlah Jantan dan Mahani Razali 2004:25)

    Penyakit kebakaan (Hemophilia)

    Penyakit-penyakit kebakaan lebih banyak diturunkan melalui kromosom X. Antaranya Hemophilia iaitu sejenis

    kelainan sel darah. Mangsa hemophilia tidak mempunyai bahan pembeku di dalam sel darahnya, iaitu AHG.

    Pendarahan yang dialaminya tidak berhenti kerana pembekuan pada tempat luka tidak terjadi.

    Rabun warna

    Mata mengandungi pigmen-pigmen warna merah, hijau dan biru. Kelainan dan kekurangan pigmen ini akan

    mengakibatkan rabun warna. Rabun warna yang kerap dihidapi ialah merah dan hijau. Lelaki jauh lebih kerap

    mengalaminya dari kaum perempuan.

    Muscular Dystrophy

    Muscular dystrophy ialah keadaan otot-otot menjadi lemah dan lama kelamaan tidak boleh berfungsi. Penyakit

    ini boleh berlaku pada peringkat kanak-kanak umur 4 hingga 10 tahun, iaitu pada anak lelaki. Jenis kedua

  • 8/13/2019 MINGGU 2 FITRAH

    6/14

    melibatkan kanak-kanak remaja dibahagian muka dan lengan. Pengidap penyakit ini merasa lemah otot-

    ototnya yang jelas kelihatan bila berjalan.

    Kekurangan Enzim G6PD

    Gen yang terdapat pada kromosom X yang mengawal penghasilan enzim G6PD sangat rendah parasnya.

    Enzim ini terlibat dalam pemecahan (metabolisma) karbohidrat untuk mengekalkan stabiliti sel-sel darah merah.

    Pengidap penyakit ini terdedah kepada anemia.

    Talasemia

    Talasemia ialah sejenis anemia yang diwarisi oleh sebilangan kecil orang-orang keturunan Mediterranean dan

    timur. Tanda-tanda penyakit ini kekuningan kekuningan kulit dan mata putih, demam, lemah, lesu serta tidak

    selera makan. Penyakit ini biasanya disedari apabila bayi berumur 3 hingga 4 bulan. Bayi akan terbantut

    pertumbuhan dan perkembangannya malah boleh membawa maut jika tidak dirawat. Pertukaran darah

    diperlukan selalu oleh pesakit berpenyakit ini.

    Kerdil (Dwarfism)

    Kerdil berlaku pada kadar 1 :1000. Cartilage yang biasanya terdapat pada tulang-tulang kaki dan tangan tidak

    lengkap kejadiannya. Pertumbuhan tulang yang sedang berlaku terbantut menyebabkan tangan dan kaki

    pengidapnya pendek.

    Sindrom Edwards dan Sindrom Patau

    Lain-lain penyakit kebakaan ialah seperti Sindrom Edwards dan Sindrom Patau. Pengidap hanya boleh hidup 3

    hingga 4 bulan. Kecacatan yang teruk berlaku dari segi mental dan fizikal. Kepalanya lonjong dan kecil,

    telinganya cacat, dagu dan mulutnya kecil (Surina Sangari 1989:14).

    Sahsiah

    Kajian juga mendapati sahsiah juga adalah diwarisi daripada ibu atau bapa melalu baka. Helen Bee (1995),

    mengatakan temperamen iaitu trettret personaliti adalah diwarisi daripada ibu bapa dan akan kekal pada

    individu sepanjang hayatnya. Kajian Loehlin, 1992, Plomin, 1994 dalam (Shaffer, 1999) juga mendapati

    sebahagian besar dimensi personaliti adalah mewarisi baka. Contohnya personaliti ekstrovert, di mana

    seseorang lebih suka bersosial dan selalu gembira; dan introvert di mana individu biasanya pemalu, suka

    menyendiri dan kurang selesa bergaul dengan ramai orang.

    Temperamen yang diwarisi akan mempengaruhi cara individu bertindak kepada persekitarannya turut

  • 8/13/2019 MINGGU 2 FITRAH

    7/14

    mempengaruhi cara bagaimana orang lain dan persekitaran bertindak balas terhadap individu. Maksudnya,

    terdapat tindak balas terhadap individu iaitu tindak balas dua hala. Contohnya, kanakkanak yang suka

    bergaul akan mencari kawan yang suka bergaul, mereka yang suka bergaul pula akan mencari atau

    memerlukan individu tersebut untuk dibuat kawan (Newman dan Newman, 1997).

    Kajian Plomin, (1990) dalam Shaffer, (1990) mendapati korelasi positif antara IQ dengan individu yang ada

    pertalian keluarga. Persamaan skor IQ di kalangan individu kembar seuri yang tinggal bersama adalah paling

    tinggi berbanding lainlain bentuk persaudaraan.

    Kematangan

    Gesell (1952) memperkatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak dipengaruhi oleh dua

    faktor yang utama. Pertama, kanakkanak itu adalah hasil daripada persekitaran sendiri. Tetapi secara

    khususnya, Gesell percaya bahawa perkembangan kanakkanak ditujukan dari dalaman dengan perlakuan

    baka. Gesell menamakan proses ini sebagai kematangan.

    Menurut Gesell lagi, semasa perkembangan bayi, mereka belajar duduk, berdiri, berjalan dan berlari dan

    keupayaan tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik. Mereka muncul dengan pertumbuhan

    sistem saraf yang dengan sendirinya ditentukan oleh gen. Kanakkanak sudah tentunya berbeza dari segi

    kepantasan perkembangan. Mereka tidak berdiri dan berjalan pada umur yang sama. Walau bagaimanapun,

    mereka melalui sekuens yang serupa. Bagi Gesell, perbezaan individu dalam kepantasan pertumbuhan

    dikawal sepenuhnya oleh mekanisme genetik dalaman.

    Kamarulzaman (2003), mengatakan kematangan merujuk kepada proses perkembangan yang dikawal oleh

    faktor dalaman, terutama gen, iaitu bahan kimia yang terkandung dalam nukleus setiap sel. Gen yang

    menentukan sekuens, masa dan bentuk tingkah laku yang terhasil. Walau bagaimanapun proses mekanisme

    ringkas di mana gen bekerja, pada masa Gesell dan hari ini, masih kabur. Kita tahu bahawa gen tidak bekerja

    secara berasingan dan mereka menerima isyarat daripada cytoplasm ialah persekitaran gen, maka sukar

    bagi kita menentukan perbezaan antara faktor dalaman dan persekitaran. Walau bagaimanapun, kita dapat

    menganggap kematangan sebagai proses semasa gen mengarahkan perkembangan, walaupun bersama

    dengan faktor lain.

    Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidakdapat diukur, tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Ahli-ahli psikologiperkembangan mengkaji aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan manusia dan cubamencari kaitannya dengan factor-faktor yang mempengaruhinya, iaitu baka dan persekitaran.

    Ada di antara pengkaji sering mempersoalkan sama ada baka atau persekitaran yang lebihberpengaruh ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia (nature versus nuture)Sebagai salah seorang pengkaji, anda dikehendaki menyediakan satu laporan kajian mengenai,Baka atau Persekitaran: Yang manakah lebih mempengaruhi ke atas pertumbuhan danperkembangan manusia?

  • 8/13/2019 MINGGU 2 FITRAH

    8/14

    PengenalanPerkembangan dan pertumbuhan mempunyai pengertian dan penjelasan yang hampir sama.Walau bagaimanapun dari segi pemahaman dan pengkajian dalam bidang psikologi kedua-duanya membawa makna yang berlainan. Perkembangan menjelaskan maksud aspekperubahan yang dialami oleh individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tetapi jelaskelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan berlaku dari peringkat permulaan

    percambahan sel sehingga akhir hayat individu tersebut. Proses pertumbuhan pulamenjelaskan perubahan individu secara kuantitatif. Perubahan ini merangkumi tiga aspek, iaitu

    jasmani, mental, sosial dan emosi. Keempat-empat aspek ini memainkan peranan yang pentingdi dalam pertumbuhan manusia.Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia terbahagi kepadadua, iaitu faktor baka dan persekitaran. Di permulaan laporan kajian ini saya akan menjelaskanperanan kedua-dua faktor ini dalam mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia.Faktor BakaFaktor baka ialah faktor pewarisan yang diperturunkan oleh ibu bapa melalui pencantumankromosom sel sperma dan ovum. Baka akan menentukan saiz badan, kecerdasan, sesetengahpenyakit seseorang individu dan temperamen (trait sahsiah).

    Baka Menentukan Jantina dan Ciri-ciri FizikalJantina dan sifat-sifat fizikal diwarisi semasa percantuman kromosom. daripada 23 pasangankromosom ini, terdapat sepasang kromosom yang menentukan jantina. Kromosom lelaki X danY, sementara kromosom perempuan ialah X dan X. sekiranya kromosom X (lelaki) bercantumdengan kromosom X (perempuan), maka ianya menjadi XX iaitu jantina bayi adalah perempuan.Tetapi jika kromosom Y (lelaki) bercantum dengan kromosom X (perempuan), keadaan nyamenjadi XY dimana jantina bayi nanti adalah lelaki. Di sini jelas menunjukkan bahawa penentu

    jantina adalah dari kromosom dalam sel benih.Individu juga mewarisi sifat-sifat fizikal ibu bapa seperti ketinggian, bentuk badan, warna kulit,warna mata, warna rambut dan temperamen (Buss dan Plomin dalam Borich danTombari,1997). Kajian ini mendapati kanak-kanak kembar seuri, dipelihara oleh keluarga yangberasingan, mempunyai banyak persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsuaian

    berbandingan dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian inimembuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas perkembangan dan pertumbuhanmanusia.Kecacatan MentalHasil daripada kajian juga menunjukkan kecacatan mental adalah diwarisi. contohnya penyakitTay- Sachs yang dikaitkan dengan gen resesif yang diterima oleh anak daripada ibu atau bapa.Individu yang menghidap penyakit Tay-Sachs biasanya meninggal dunia sebelum umur 3 tahun.Downsyndrome atau sindrom anak monggoloid adalah disebabkan oleh pembahagian danpercantuman sel yang tidak sempurna semasa meiosis (Lefrancois,1999). Kanak-kanaksindrom down ini biasanya terencat akal. Phenylketonuria (PKU) adalah kecelaruan genetikyang dikaitkan dengan kehadiran dua gen resesif. Penghidap PKU ini, tidak ada enzim dihatinya yang bertanggungjawab memecahkan phenylalanine kepada bahan protein yang

    berguna untuk tubuhnya atau tidak aktif. Ini menyebabkan kerosakkan pada sistem saraf dankecacatan mental.SahsiahSahsiah juga didapati diwarisi dari ibu bapa melalui baka. Helen Bee (1995) mengatakantemperamen diwarisi daripada ibu bapa dan kekal sepanjang hayat indiviu. Kajian Loehlin, 1992dan Plomin,1994 (dalam Shaffer,1999) juga mendapati sebahagian besar dimensi personalitimerupakan pewarisan

    baka. Contohnya, personaliti ekstrovert, iaitu seseorang yang suka bersosial dan selalu gembira;

  • 8/13/2019 MINGGU 2 FITRAH

    9/14

    ekstrovert, individu yang pemalu, menyendiri dan kurang selesa bergaul dengan orang ramai.Temperamen pula mempengaruhi individu bertindak balas terhadap persekitarannya danmasyarakat dan persekitaran pula bertindak balas terhadap individu tersebut. Maksudnyaterdapat tindak balas dua hala. contohnya, kanak-kanak yang suka bergaul akan mencarikawan yang suka bergaul, mereka memerlukan individu tersebut untuk dibuat kawan (Newmandan Newman,1997).

    KecerdasanAhli-ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan, Alfred Binet(18571911), Theodore simon(18731961) dan Guilford percaya kecerdasan adalah diwarisi dan tidak dapat dipertingkatkanmelalui pengajaran (Borich dan tombari,1997). Kajian Plomin, 1990 (dalam Shaffer,1990)mendapati korelasi positif antara IQ dengan individu yang ada pertalian persaudaraan.Persamaan IQ di kalangan individu kembar seuri yang tinggal bersama adalah paling tinggiberbanding lain-lain bentuk persaudaraan.Faktor PersekitaranFaktor persekitaran merujuk kepada faktor di sekeliling, iaitu faktor kebakaan yangmempengaruhinya termasuklah makanan, rakan sebaya, guru, media elektronik seperti internet,media massa dan juga bahan bacaan.Faktor Persekitaran Lebih Mempengaruhi Perkembangan dan Pertumbuhan Manusia

    Berdasarkan bahan-bahan rujukan yang telah saya perolehi sama ada dalam bentuk jurnal,buku, artikel atau bahan dari internet, nampaknya faktor persekitaran adalah lebih cenderungmempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia. Ini adalah kerana keadaanperubahan yang sentiasa berlaku di muka bumi ini baik dari segi keadaan sosioekonomi,pertambahan penduduk, ciptaan-ciptaan yang dihasilkan oleh manusia malahan iklimpersekitaran di bumi juga penyumbang kepada pengaruh perubahan pada seseorang individu.Seterusnya adalah penjelasan-penjelasan tentang mengapa faktor persekitaran dikatakan lebihbanyak mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan pada manusia. Hasil dapatan iniadalah berdasarkan kajian-kajian yang dibuat oleh ahli-ahli psikologi yang membuat kajiantentang perkembangan dan pertumbuhan manusia.

    6HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKANpositif fetus mengalir masuk ke dalam darah Rh negatif ibu, sistem ibu akan mengeluarkanantibodi yang boleh menyerang darah fetus. Akibatnya bayi akan mendapat penyakit kuning,lahir tidak cukup bulan dan mengalami kecacatan otak. Penyakit berjangkit seperti rubella jugaberbahaya kepada perkembangan fetus. Jikalau ibu mengidap penyakit rubella semasa tigabulan pertama penghamilan, akibatnya anak yang dilahirkan mati, atau buta, pekak, cacat otakatau mengalami kecacatan jantung. Penyakit kelamin seperti sifilis adalah merbahaya selepasfetus terbentuk, terutama empat bulan kehamilan dan seterusnya. Kecacatan yang berlakukeatas bayi ialah mata yang menyebabkan buta dan sakit kulit. Penyakit AIDS juga merupakangejala yang serius dalam kematian kanak-kanak di antara umur satu hingga lima bulan.Kebanyakan bayi yang lahir oleh ibu yang berpenyakit AIDS menunjukkan tanda-tanda AIDS,dan akan menghidapi HIV apabila berumur lima belas bulan.

    Agen-agen TeratogenikTeratogen ialah bahan-bahan persekitaran yang menyebabkan kod-kod genetik berubah danmenyebabkan keabnormalan. Ianya seperti suntikan rubella yang boleh menyebabkan buta,pekak dan kerencatan mental kepada kanak-kanak. Tempoh lapan minggu yang pertamamerupakan satu masa yang paling kritikal bagi bayi yang di dalam kandungan.

  • 8/13/2019 MINGGU 2 FITRAH

    10/14

    FAKTOR PERSEKITARAN YANG MEMPENGARUHI MANUSIA SELEPAS LAHIRSebagaimana nasihat-nasihat yang diberikan oleh para doktor dan jururawat, faktor pemakananperlu dititikberatkan dalam persekitaran kehidupan kanak-kanak sejak dari peringkat awal lagibagi menjamin perkembangan yang sempurna. Susu ibu amat berkhasiat untuk bayi.seterusnya, bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat, makanan yang

    berzat dan seimbang amat diperlukan. Makanan bukan sahaja membantu pertumbuhan danperkembangan seseorang individu, malah ia juga dapat melindungi mereka daripada berbagai-bagai penyakit (Ashford,J.B.,1997).

    KeluargaKeluarga adalah unit paling asas dan terpenting dalam proses pembentukan masyarakat. Jikabaik, sejahtera dan bahagia sesebuah keluarga maka akan baik, sejahtera dan bahagialahgenerasi yang dilahirkan dalam sesebuah masyarakat. Sekiranya institusi keluarga berpecahbelah maka kesan sosial dan kesan ekonominya akan dirasai oleh masyarakat dan generasiberikutnya. Oleh itu maju atau mundurnya sesebuah negara adalah berpunca daripada institusikeluarga. Keluarga juga merupakan satu latar persekitaran yang banyak mempengaruhiperkembangan seseorang individu. Selain daripada mempunyai pertalian darah, mereka

    mempunyai pertalian emosi dan sosial kerana mereka sentiasa mempunyai hubungan rapat.Kanak-kanak yang dilindungi dan dijaga dengan baik akan merasa selamat dan yakin danmempunyai self-esteem yang tinggi. Cara gaya asuhan dan didikan ibu bapa juga akanmempengaruhi pembentukan personaliti seseorang anak. Menurut Rahil Mahyuddin danHabibah Elias (2002:149), ada empat aspek dalam perhubungan ibu bapa yang memberi kesankepada perkembangan identiti seseorang. Antaranya ialah minat dan penglibatan ibubapa, kekuatan emosi dalam interaksi keluarga, ciri tingkah laku keluarga dan ciri autoriti ibubapa. Contohnya, ibu bapa yang bersikap autokratik akan melahirkan anak-anak yang pasif,takut dan menarik diri. Kanak-kanak ini akan membesar menjadi individu yang kurangberkeyakinan dan amat bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan. Sebaliknya,ibu bapa yang mengamalkan prinsip demokrasi akan mengasuh kanak-kanak menerima danmemberi, bertolak ansur, berbincang dan mematuhi pendapat majoriti dalam satu-satu tindakan

    membuat keputusan. Ibu bapa yang sentiasa menemani anak-anak mereka dalam segalaaktiviti pula besar kemungkinan akan membentuk kanak- kanak yang sukar berdikari.Dalam kajian yang dijalankan oleh Elder (1980) dalam Rahil & Habibah (2002:150), kualitiperhubungan antara remaja dan ibu bapa mempengaruhi perkembangan identiti. Jikalaukeadaan dan limitasi ibu bapa itu menghalang mereka melakukan segala-galanya, maka remajaitu akan menghadapi masalah dalam pencapaian identiti. Saiz keluarga pula mempengaruhipembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak dari saiz keluarga yang kecillazimnya akan mendapat perhatian dan layanan yang lebih sempurna berbanding kanak-kanakyang dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang ramai. Jika segala permintaan kanak-kanaksentiasa dipenuhi oleh ibu bapa tanpa memikirkan keperluannya, mungkin boleh menyebabkanmereka bersikap angkuh dan terlalu bergantung kepada ibu bapa. Bagi seseorang yangdibesarkan dalam persekitaran keluarga yang bercerai-berai pula, mereka akan sentiasa

    bergelut dengan perasaan marah dan akan menyalahkan diri sendiri dan sukar mencapaiharapan yang realistik tentang perhubungan dengan orang lain (Rahil & Habibah, 2002:151).

    Rakan SebayaRakan sebaya adalah faktor penting dalam mempengaruhi perkembangan individu terutamaketika zaman remaja. Menurut Tang Chee Yee (1990:35),rakan sebaya ialah karib, klik,gangyang mempengaruhi perkembangan sikap, minat, bahasa dan falsafah hidup. Lazimnya rakansebaya mempunyai usia, cita-cita, minat dan tahap kecerdasan yang lebih kurang sama.Pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek iaitu afektif, sosial, kognitif dan psikomotor.

  • 8/13/2019 MINGGU 2 FITRAH

    11/14

    Kanak-kanak belajar bersosialisasi dengan mempelajari perkara-perkara yang boleh diterimadan yang tidak boleh diterima oleh ahli-ahli kumpulan sebaya. Perkembangan kognitif merekapula akan bercambah kerana terlibat dalam perbincangan dan perdebatan dengan rakansebaya mereka. Kanak-kanak juga akan mempelajari sikap yang diamalkan oleh rakan sebayamereka. Contohya; sekiranya rakan tersebut menunjukkan sikap yang positif terhadap pelajaranmaka mereka akan cenderung terhadap pelajaran tetapi malangnya jika rakan mereka bersikap

    negatif dan anti sosial maka ada kecenderungan kanak- kanak ini juga akan turut terjebakdengan perkara-perkara yang tidak diingini. Akhlak dan nilai yang diamalkan oleh rakan sebayalazimnya akan mempengarhi kanak-kanak turut bertingkahlaku sedemikian kerana mereka takutdisingkir. Kajian tentang perhubngan rakan sebaya menunjukkan satu trend terhadap salingsokong-menyokong melalui ketaatan dan kemesraan (Douvan dan Gold (1966)dalam Rahil dan Habibah ,2002:152). Kumpulan sebaya ini juga ialah nadi bagi remaja. Kualitiperibadi membuatkan remaja menjadi popular di kalangan mereka. Mereka ini akan ceria,bertenaga, baik budi, mempunyai humor, berinisiatif, mempunyai desakan dan idea bernas(Conger, 1977 dalam Rahil & Habbah, 2002:154), manakala remaja yang terasing di kalanganrakan sebaya mempunyai ciri-ciri bertentangan dengan remaja popular.

    Bab 4 Keturunan dan Variasi

    1. MEMAHAMI PROSES PEMBAHAGIAN SEL

    Kita mengetahui bahawa badan kita terbina dari berjuta-juta sel. Dalam sel ini terdapat

    pusat aktiviti yang disebut sebagai nukleus. Dalam nukleus pula terdapat kromosom yang

    mengandungi gen. Gen inilah yang mengawal sifat kita. Contohnya ia mengawal samaada

    rambut kita kerinting atau tidak.

    Gen adalah bahan baka yang membawa maklumat genetik.

    Gen terletak dalam Kromosom. Jika dilihat menerusi mikroskop, kromosom adalah struktur

    bebenang dalam nukleus sel.

    Manusia boleh tumbuh dan membiak kerana selnya boleh membahagi. Dua jenis

    pembahagian sel ialah mitosis dan meiosis. Mitosis berlaku dalam seluruh badan dan

    menyebabkan setiap hari kita membesar. Bilangan kromosom yang terhasil tetap sama

    dengan gen asal [kadang kala digelar 'gen induk']. Meiosis pula berlaku dalam testis atau

    ovari untuk menghasilkan sperma atau ovum. Bilangan kromosom dalam sperma ialah

    separuh dari bilangan sel induk. Manusia mempunyai 23 kromosom iaitu separuh dari

    kromosom sel induk (46 kromosom).

    Terdapat banyak perbezaan antara mitosis dan meiosis.

    MITOSIS MEIOSIS

    a. Berlaku dalam sel soma a. Berlaku dalam organ

    http://www.cellsalive.com/mitosis.htmhttp://www.cellsalive.com/mitosis.htmhttp://www2.uah.es/biomodel/citogene/horwitz/meiosis.jpghttp://www2.uah.es/biomodel/citogene/horwitz/meiosis.jpghttp://www2.uah.es/biomodel/citogene/horwitz/meiosis.jpghttp://www.cellsalive.com/mitosis.htm
  • 8/13/2019 MINGGU 2 FITRAH

    12/14

    b. Untuk pertumbuhan fizikal

    c. Menghasilkan 2 "sel anak"

    setiap pembahagian

    d. Tidak menyebabkan variasi

    pembiakan (testis/ovari)

    b. Untuk pembentukan sel gamet

    (sperma/ovum)

    c. Menghasilkan 4 "sel anak"

    d. Menyebabkan variasi

    2. PERWARISAN SIFAT

    Saintis telah mengetahui bahawa kebiasaannya organisma mempunyai sepasang kromosom

    yang membawa sepasang gen. Gen-gen ini mungkin sama atau berbeza. Terdapat dua jenis

    gen iaitu gen dominan dan gen resesif. Gen dominan ialah gen yang kuat dan mampu

    menonjolkan cirinya pada organisma. Gen resesif adalah gen yang lemah. Ia tidak boleh

    menonjolkan cirinya jika berjumpa dengan gen dominan. Gen resesif hanya boleh

    menonjolkan cirinya jika ia berjumpa dengan pasangan gen resesif yang sama.

    Gen dominan akan mengakibatkan sifat dominan. Mengikut kajian saintis genetik beberapa

    contoh sifat dominan manusia ialah seperti sifat rambut kerinting dan kebolehan

    menggulung lidah. [the ability to roll his tongue].

    Sifat resesif pula adalah seperti sifat rambut lurus dan tidak boleh menggulung lidah.

    Bagaimanakah sifat-sifat ini boleh diperturunkan dari ibu bapa ke anak?.

    Sel MANUSIA mempunyai 46 kromosom (23 gen yang berpasangan).Sperma dan ovum

    yang terhasil dari meiosis hanya mengandungi 23 kromosom sahaja. Jika sperma membawagen yang mengawal sifat rambut kerinting (dominan) mensenyawakan ovum yang

    membawa sifat rambut lurus, maka anak yang terhasil akan berambut kerinting.

    Struktur kromosom dalam gamet :-

    SPERMA OVUM

    22+X atau 22+Y 22+X sahaja

    Kromosom X dan kromosom Y digelar sebagai "Kromosom Seks". Kromosom ini

    menentukan jantina seseorang.

    http://en.wikipedia.org/wiki/Spermhttp://en.wikipedia.org/wiki/Spermhttp://en.wikipedia.org/wiki/Sperm
  • 8/13/2019 MINGGU 2 FITRAH

    13/14

    3. KEJADIAN KEMBAR

    Proses persenyawaan berlaku apabila sebiji ovum disenyawakan oleh 'seekor' sperma.

    Zigot akan terhasil. Zigot pula membesar sebagai fetus didalam uterus ibu. Kebiasaanya

    hanya satu zigot terhasil dari persenyawaan. Ini adalah kerana kebiasaannya wanita

    menghasilkan sebiji ovum setiap bulan.

    Walau bagaimanapun kadang kala lebih dari satu fetus terbentuk. Kejadian yang

    menakjubkan ini akan menghasilkan kembar. Pada asasnya terdapat 2 jenis kembar.

    Oopp...ada 3 sebenarnya. Kembar itu ialah 1kembar seiras (identical twins) dan kembar tak

    seiras (non-identical).

    Mari lihat perbezaan kembar seiras dan tak seiras. Jadual dibawah akan menerangkannya

    dengan jelas kepada anda.

    SEIRAS TAK SEIRAS

    *satu ovum disenyawakan oleh 1

    sperma, zigot yang membahagi 2.

    (fantastik betul...)

    *mempunyai kandungan genetik sama.

    *ciri fizikal sama.

    *berkongsi plasenta.

    *jantina MESTI sama.

    *2 ovum disenyawakan

    oleh 2 sperma berbeza.

    *mempunyai kandungan

    genetik berbeza.

    *ciri fizikal (paras rupa)

    berbeza.

    *plasenta berasingan.

    *jantina mungkin sama

    atau berbeza.

    Kembar yang satu lagi ialah 3kembar siam (Siamese Twins). Kembar siam berpunca dari

    kejadian kembar seiras. Fetus yang membahagi dua kadangkala tidak berpecah sepenuhnya.

    Oleh itu kembar itu bercantum pada bahagian tertentu seperti pada dada atau sisi. Kesian

    ya kembar ni...

    4. MUTASI

    Semasa proses pembahagian sel, terdapat beberapa kes dimana terdapat kecacatan pada

    sel. Kejadian ini digelar sebagai mutasi (Mutation). Mutasi boleh mempengaruhi kehidupan

    organisma.

    Mari kita mengkaji mutasi secara mendalam.

    Mutasi berlaku apabila struktur gen atau kromosom berubah secara spontan. Para saintis

    genetik telah mengenalpasti 2 jenis mutasi iaitu mutasi gen dan mutasi kromosom.

    http://www.christiananswers.net/q-aig/twins.jpghttp://www.christiananswers.net/q-aig/twins.jpghttp://www.christiananswers.net/q-aig/twins.jpghttp://www.christiananswers.net/q-aig/twins.jpg
  • 8/13/2019 MINGGU 2 FITRAH

    14/14

    Mutasi gen berlaku apabila bahan kimia DNA berubah. Perubahan ini akan menyebabkan ciri

    organisma berubah.

    Mutasi kromosom pula berlaku apabila bilangan kromosom berubah. Kita telah mengetahui

    bahawa manusia mempunyai 46 kromosom. Gamet (sperma atau ovum) pula mempunyai

    23 kromosom. Jika mutasi kromosom berlaku, sperma atau ovum mungkin membawa 22

    atau 24 kromosom. Anak yang terhasil dari persenyawaan gamet ini akan mempunyai ciri

    yang amat berbeza dari ibu bapa.

    Jadual dibawah adalah perbezaan antara kedua-dua mutasi tersebut.

    MUTASI GEN MUTASI KROMOSOM

    * Bahan kimia dalam gen berubah.

    * Cth penyakit :

    * Albino (Kulit putih) , Anemia sel

    sabit (kelihatan pucat), Hemofilia(darah tidak dapat membeku) , Buta

    warna.

    * Bilangan atau susunan

    kromosom telah berubah.

    * Cth penyakit :

    * Sindrom Down(mongolisme) ,Sindrom

    Klinefelter(testis kecil).

    Setakat ini para saintis sungguh berminat untuk mengkaji tentang faktor yang

    menyebabkan mutasi. Antara faktor yang telah dikenalpasti ialah pengaruh bahan kimia

    beracundan sinaran radioaktif. Pada masa yang sama saintis juga menggunakan

    pengetahuan ini untuk menghasilkan baka organisma baru menggunakan proses "mutasibuatan". Contohnya saintis bidang pertanian telah berjaya menghasilkan jagung yang tahan

    penyakit. Ini dinamakan "pembiakbakaan". Pembiakbakaan adalah merupakan satu bidang

    didalam penyelidikan genetik. Negara kita bergiat cergas dalam aktiviti penyelidikan genetik.

    Minggu 3

    http://fig.cox.miami.edu/Faculty/Dana/klinefelter.jpghttp://fig.cox.miami.edu/Faculty/Dana/klinefelter.jpghttp://fig.cox.miami.edu/Faculty/Dana/klinefelter.jpghttp://fig.cox.miami.edu/Faculty/Dana/klinefelter.jpghttp://fig.cox.miami.edu/Faculty/Dana/klinefelter.jpghttp://fig.cox.miami.edu/Faculty/Dana/klinefelter.jpg