minggu tautan kasihkvjuasseh.edu.my/wp-content/uploads/2018/04/buletin-januari-2.… · fasa penuh...
TRANSCRIPT
24 JANUARI 2018
Unit Pengurusan Asrama Kolej Vokasional
Juasseh (KVJ) telah menerima satu lawatan
yang telah dilakukan oleh Ketua Penolong
Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik &
Vokasional (BPTV) iaitu Puan Hajah Sarina
Binti Sari. Pengarah KVJ, Pn Hajah Fatimah
binti Md Akhir dan En. Shahrizal Bin Mo-
hamad Sharif telah mengiringi pegawai
BPTV tersebut untuk melawat kawasan
sekitar asrama termasuk dewan makan
23 - 28 JANUARI 2018
Pada 23 Januari 2018. Detik bersejarah
yang akan menjadi ingatan semua pelajar
1 SVM kohort 2018.
Program yang dimulakan dengan
pendaftaran pelajar diteruskan dengan
pelbagai lagi aktiviti menarik dan ber-
faedah untuk dimanfaatkan oleh para
pelajar 1 SVM.
Antara aktiviti yang telah dijalankan
sepanjang Program Minggu Tautan Kasih
Pelajar 1 SVM ialah Taklimat Kolej
Kediaman, Pertandingan Bakat (Malam
Kebudayaan), Eksplorasi, gotong-royong,
Ceramah Kerohanian dan pelbagai lagi.
Taklimat - taklimat yang telah diberikan
kepada para pelajar bukan sahaja diberi-
kan oleh pensyarah - pensyarah
malah disampaikan oleh para
pelajar senior sendiri. Oleh itu, para
pelajar 1 SVM mendapat informasi
berguna untuk mereka, di samping
itu pelajar senior yang lain dapat
meningkatkan tahap keyakinan diri
mereka untuk bercakap dihadapan
khalayak ramai.
LAWATAN PEGAWAI
MINGGU TAUTAN KASIH
“ 23 Januari 2018. Detik
bersejarah yang akan
menjadi ingatan semua
pelajar 1 SVM kohort 2018. “
Buletin kvjuasseh
Volume 1, Issue 1
Bulan dengan perlahan-
l a h a n b e r t u k a r
daripada warna putih
mutiara kepada warna
k e m e r a h a n d a n
kemudiannya kembali
ke warna aslinya sepanjang tempoh lima
jam.
Warna kemerahan akan dapat dilihat ketika
fasa penuh gerhana bulan pada 31 Januari
ini berbeza daripada gerhana bulan penuh yang
lain bergantung kepada beberapa faktor terma-
suk keadaan di atmosfera atas bumi dan
kedudukan bulan di sepanjang orbitnya.
Gerhana bulan penuh akan berlaku sekali lagi
dan kelihatan di Malaysia pada 28 Julai depan.
Sumber: Berita Harian
Gerhana Bulan penuh
berlaku apabila
matahari, bumi dan
bulan berada pada
kedudukan sebaris
dan keseluruhan
bulan merentasi bayangan
umbra bumi.
TAHUKAH ANDA???...
PROGRAM SOLAT GERHANA BULAN
“Bulan dengan perlahan-lahan
bertukar daripada warna putih
mutiara kepada warna
kemerahan dan kemudiannya
kembali ke warna aslinya..”
31 JANUARI 2018
Peristiwa Gerhana Bulan yang berlaku pada
tarikh ini menarik perhatian setiap rakyat Ma-
laysia. Bagi umat Islam, digalakkan
mengerjakan ibadat solat sunat gerhana ini
berdasarkan satu hadis diriwayatkan
Imam Muslim; Rasullullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya matahari dan bulan itu
kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-
tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi ger-
hana kerana matinya seseorang dan tidak pula
kerana lahirnya. Apabila kamu telah
menyaksikannya maka berdoalah kepada
Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah
terang kembali.”
Oleh itu, warga KVJ yang beragama Islam telah