minit mesyuarat

Upload: basyir

Post on 09-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Minit mesyuarat sekolah menengah

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM DAMAMINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI PERTAMA 2015

Tarikh :28.5.2015(Khamis)Masa :2.30 PetangTempat :PSS SMK Alam DamaiPengerusi :Pn.Roselin Binti Mat Wajab

Senarai kehadiran : 1. Roselin Binti Mat Wajab 2. Hassimah Binti Hassan 3. Nur Farah Fasihah Bt Komari 4. Mohd Idzha Bin kassim 5. Azlina Binti Ramali

Hadir Bersama :Tiada

Tidak Hadir Bersebab:1. Siti Amira Nabila ( Mesyuarat Panitia B. Melayu)

Setiausaha : Pn azlina Ramali

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru ke mesyuarat guru yang kedua bagi tahun 2015. Pengerusi mengingatkan guru-guru tentang teguran daripada pengetua berkaitan etika kerja dan berpakaian. Selain itu pengetua juga telah memberi peringatan tentang kehadiran guru masuk- keluar ke kelas. Kelas perlu diutamakan. Guru-guru perlu masuk dan keluar kelas tepat pada waktu supaya pdp berjalan lancar.Tindakan: Makluman

1.2 Pengerusi mengingatkan guru-guru supaya menghantar buku rekod mengajar tepat pada waktu. Penulisan rekod pengajaran harian (RPH) perlu tepat megikut Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT). Guna penulisan rekod pengajaran harian seperti yang dipamerkan oleh Pn. Samehah dalam mesyuarat yang lepas. Pengerusi juga mengingatkan pesanan pengetua supaya menulis band dalam RPH menggunakan format terbaru. Tindakan: Makluman

1.3 Pengerusi juga memaklumakan tentang teguran pengetua berkaitan pembetulan latihan pelajar. Selaian itu dalam refleksi perlu ditulis tentang aktiviti pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang lemah.Tindakan: Makluman

1.4 Pemantauan atau pencerapan guru akan dijalankan dan guru perlu merujuk jadual yang telah ditetapkan. Semasa pdp perlu berfokuskan pelajar apabila dicerap atau dipantau. Tindakan : Semua guru

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT2.1 Minit mesyuarat dicadangkan pengesahannya oleh En. Idzha bin Kassim dandisokong sebulat suara oleh ahli mensyuarat.

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Soalan peperiksaan perlu dihantar kepada ketua panitia untuk bank soalan beserta dengan JSUTindakan: Semua guru

3.2 Sudut Sejarah perlu dipenuhkan kerana masih terdapat sudut sejarah yang kosong dalam kelas-kelas. Guru-guru sejarah perlu membantu pelajar memenuhkan sudut sejarah yang masih kosong. Tindakan : Semua guru

3.3 Guru-guru diminta menghantar buku latihan kepada ketua panitia untuk semakan.Tindakan: Semua guru

3.4 LADAP untuk penandaan PT3 dan KBAT akan diadakan untuk membantu guru-guru memantapkan lagi kemahiran guru yang sedia ada.Tindakan: Makluman

3.5 Analisis jawapan pelajar berkaitan dengan soalan peperiksaan pertengahan tahun Tindakan: Semua guru

4. LAPORAN PANITIA 4.1 Peperiksaan akhir tahun tiada soalan objektif. Hanya soalan objektif pelbagai instrumen. Hal ini kerana terdapat pelbagai masalah yang timbul selian sukar untuk membuat post mortem. Ramai pelajar yang gagal apabila solan objektif diutarakan dalam peperiksaan yang lepas.Tindakan: Makluman4.2 Setiap guru perlu buat post-mortem bagi setiap kelas yang diajar. Post-Mortem perlu dihantar selepas cuti persekolahan penggal pertama. Bagi kelas Ibnu Sina perlu buat dua salinan. Satu salinan dihantar kepada ketua panitia sejarah dan satu salinan lagi dihantar kepada Pn. Lailatul Shima.Tindakan :4.3 Berkaitan dengan PBS, boleh mula melengkapkan PBS di bilik S/U peperiksaan. Dalam buku rekod mengajar juga perlu diisi beserta tarikh terutama selepas bulan April.Tindakan: Semua guru4.4 Panitia sejarah telah dipilih sebagai panitia perintis untuk PLC. PLC ini akan diadakan pada hari selasa selepas cuti. Kelas yng terlbat ialah kelas 5 adab. Guru-guru akan diberi relief dan En. Idzha akan menjadi perekod semasa PLC berlangsung.Tindakan: Makluman

5.HAL-HAL LAIN

5.1 Berkaitan PT3, apabila persekolahan diteruskan selepas cuti pertengahan tahun, pelajar mula perlu dilatih untuk membuat jadual kerja dan kerangka kasar. Proses awal ini markahnya adalah sebanyak 10 markah. Diikuti Objektif Kajian, Kaedah Kajian dan juga sumber rujukanTindakan: Guru PT3

5.2 PT3 akan berlangsung pada 5 Julai 2015 hingga 17 Julai 2015. SMK Alam Damai akan melaksanakan PT3 Sejarah pada 6 Julai Hingga 10 Julai 2015. Kemungkinan minggu selepasnya sekolah akan bercuti.Tindakan: Makluman5.3 Rujukan PT3 perlu difailkan dan dihantar kepada guru untuk rujukan pentaksiran.Tindakan: Makluman 5.4 Kertas jawapan pentaksiran murid PT3 Sejarah akan dicop oleh ketua panitia.Tindakan: makluman5.5 Kertas jawapan pentaksiran yang siap perlu diikat dan disimpan. Kertas jawapan ini tidak boleh dilihat atau ditanda sebelum dipanggil untuk proses penandaan.Tindakan: Makluman 5.6 Kertas jawapn PT3 Sejarah yang siap ditanda akan dikumpulkan mengikut Gred.Tindakan: Makluman 5.7 Pastikan pelajar dapat markah penuh untuk Proses Awal.Tindakan: Guru PT3

6 PENUTUP 6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas kehadiran guru untuk mesyuarat panitia kali kedua. Diharapkan setiap pesanan dan teguran diambil peduli dan dilaksanakan sebaik mungkin. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang

Disediakan Oleh : Disemak oleh:

.( Azlina binti Ramali ) ( Pn. Roselin binti Mat Wajab )