minit mesyuarat guru 3

12
PK 07/3 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN ( C ) KULAI BESAR MINIT MESYUARAT GURU / DIALOG PRESTASI 3 / TAHUN 2015 Tarikh : 16 Februari 2015 (Hari Isnin) Masa : 2:00 petang – 3:30 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah Pengerusi : Pn. Pee Ching Shim (Guru Besar) Kehadiran(Bilangan) :74/ 78 1 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Guru Besar menekankan kuasa guru merotan murid berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil7/2003. 1.2 Guru Besar mengingatkan etika pakaian guru ke sekolah merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/ 2001 2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Dicadang untuk disahkan oleh Cik Chow Ying Xin. Disokong untuk pengesahan oleh Cik Loy Hee San. 3 PERKARA BERBANGKIT Tiada 4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA)/ FOKUS MESYUARAT 4.1 Dialog Prestasi Bersama Guru 4.1.1 Kehadiran Murid 4.1.1.1 Berdasarkan data kehadiran murid pada 16/02/2015, peratus kehadiran murid pada hari tersebut ialah 94.4%. 4.1.1.2 Guru-guru diingatkan supaya mengeluarkan surat amaran kepada ibu bapa murid sekiranya murid berkenaan tidak hadir ke sekolah tiga hari berturut-turut tanpa sijil sakit atau tidak dapat dihubungi. 1

Upload: mei

Post on 18-Dec-2015

299 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat guru

TRANSCRIPT

PK 15/3

PK 07/3SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN ( C ) KULAI BESARMINIT MESYUARAT GURU / DIALOG PRESTASI 3 / TAHUN 2015

Tarikh: 16 Februari 2015 (Hari Isnin)

Masa: 2:00 petang 3:30 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat Sekolah

Pengerusi: Pn. Pee Ching Shim (Guru Besar)

Kehadiran(Bilangan) :74/ 78

1PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Guru Besar menekankan kuasa guru merotan murid berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil7/2003. 1.2 Guru Besar mengingatkan etika pakaian guru ke sekolah merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/ 2001

2PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALUDicadang untuk disahkan oleh Cik Chow Ying Xin.Disokong untuk pengesahan oleh Cik Loy Hee San.

3PERKARA BERBANGKITTiada

4PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA)/ FOKUS MESYUARAT

4.1 Dialog Prestasi Bersama Guru4.1.1 Kehadiran Murid

4.1.1.1 Berdasarkan data kehadiran murid pada 16/02/2015, peratus kehadiran murid pada hari tersebut ialah 94.4%.4.1.1.2 Guru-guru diingatkan supaya mengeluarkan surat amaran kepada ibu bapa murid sekiranya murid berkenaan tidak hadir ke sekolah tiga hari berturut-turut tanpa sijil sakit atau tidak dapat dihubungi.Tindakan: Semua Guru

4.1.2 Keberadaan Guru di Sekolah

4.1.2.1 Berdasarkan data kehadiran guru pada 16/02/2015, peratus kehadiran guru pada hari tersebut ialah 97.30%, terdapat 4 orang guru tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut. Hal ini adalah disebabkan terdapat 2 orang guru sedang cuti bersalin, 2 orang guru mengambil cuti sakit.Tindakan: Semua Guru

4.2 Pengurusan Sekolah

4.2.1 Johor Showcase

4.2.1.1 Setiap guru mendapat edaran brosur Johor Showcase. Guru diminta menyimpan dalam fail peribadi guru masing-masing. 4.2.1.2 Guru penyelia kelas diminta menampalkan Johor Showcase pada papan kenyataan kelas masing-masing.

Tindakan: Semua Guru

4.2.2 Penataran Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB)4.2.2.1 PPPB adalah usaha untuk melengkapi pembangunan profesionalisme sedia ada dan mentransformasi amalan pembangunan profesionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion keguruan. (PPPM Anjakan 4)Tindakan: Semua Guru

4.2.2.2 Tiga Kompetensi PPPBi. Kemahiranii. Pengetahuaniii. Nilai ProfesionalTindakan: Semua Guru

4.2.2.3 Atribut Guru dan Pemimpin Sekolahi. Beraspirasiii. Kompeteniii. Profesioniv. Strategiv. BerwawasanTindakan: Semua Guru

4.2.2.4 Lima Tahap Penilaian Pelaksanaan PPPBi. Reaksi guruii. Pembelajaran guruiii. Sokongan dan perubahan pembelajraniv. Penggunaan pengetahuan dan kemahiranv. Hasil pembelajaranTindakan: Semua Guru 4.2.2.5 Aktiviti PPBi. Kursusii. Portal e-Guruiii. Bengkeliv. Inovasiv. Lawatan Penanda Arusvi. Coaching and Mentoringvii. PLCviii. Penulisan dan PengkaryaanTindakan: Semua Guru 4.2.2.6 Portfolio PPBi. Semua guru dikehendaki mewujudkan satu portfolio PPB secara individu mulai tahun 2015.ii. Cadangan kandungan profil PPB individu Peranan dan tanggungjawab Penyertaan dalam aktiviti PPB Sumbangan kepada organisasi / profesion Bahan bukti dalam pdp/ kepimpinan Anugerah / pencapaian Penilaian pdp/ KepimpinanTindakan: Semua Guru 4.2.3 Pekeliling Merotan Murid

4.2.3.1 Semua guru mendapat Surat Pekeliling Ikhtisas Bil7/2003: Kuasa Guru Merotan Murid. Guru perlu membaca dan memahami Surat Pekeliling Pekeliling Ikhtisas Bil7/2003: Kuasa Guru Merotan Murid dengan teliti. 4.2.3.2 Dalam melaksanakan hukuman rotan, guru hendaklah sentiasa menyedari bahawa merotan adalah sebahagian daripada proses pendidikan. Tindakan yang dikenakan mestilah difahami sebagai alat untuk mendisiplinkan murid dan bukan sebagai alat yang akan merosakkan fizikal dan mental murid. Tindakan: Semua Guru

4.2.4Hukuman Kepada Murid 4.2.4.1 Guru dilarang menyepak, mencubit murid atau lain-lain hukuman yang menyentuh bahagian badan murid. 4.2.4.2 Guru diingatkan supaya tidak mendenda murid menggalas beg sekolah sambil berdiri berjam-jam di luar bilik darjah. 4.2.4.3 Demi keselamatan murid, guru diingatkan jangan mendenda murid lewat balik ke rumah. Jika murid tersebut ketinggalan bas, guru berkenaan perlu bertanggungjawab menghantar murid balik ke rumah. 4.2.4.4 Guru diminta menghubungi ibu bapa / penjaga murid terdahulu sekiranya guru berkenaan ingin mendenda murid lewat balik ke rumah. 4.2.4.5 Pada waktu rehat, jangan mendenda murid menyiapkan kerja sebelum mereka makan di kantin, kebajikan murid perlu dijaga. Tindakan: Semua Guru

4.2.5 Pekeliling Pakaian Guru 4.2.5.1 Guru diminta mematuhi etika pakaian penjawat awam seperti mana kandungan Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang telah diedarkan seperti berikut:i. Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 1985ii. Per.6 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib)1993iii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6 Tahun 1985iv. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7 Tahun 2001v. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2006vi. Perkeliling Perkhidamatan Bil 1 Tahun 2008vii. Pekeliling Perkhidmatan Bil 9 Tahun 20134.2.5.2 Guru perlu menunjukkan pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata apabila bertugas di sekolah. 4.2.5.3 Guru perempuan diingatkan supaya tidak memakai skirt yang pendek dan skirt yang dipakai haruslah sampai ke paras lutut. 4.2.5.4 Guru perlu memakai pakaian yang sesuai dan kemas apabila menghadiri mesyuarat di PPD terutamanya guru perempuan digalakkan untuk memakai skirt yang panjang.

Tindakan: Semua Guru

4.2.6 Keselamatan Murid

4.2.6.1 Ibu bapa yang ingin membawa anak balik awal, haruslah mengisi Borang Kebenaran Balik Awal di billik darjah atau pejabat.4.2.6.2 Ibu bapa tidak dibenarkan membawa anak balik awal pada waktu rehat, tetapi dibenarkan pada sebelum atau selepas rehat. 4.2.6.3 Penyelia kelas dikehendaki menyenaraikan nama murid dan cara menghubungi penjaga murid yang mempunyai masalah kesihatan yang perlu diberi perhatian.

Tindakan: Semua Guru

4.2.7 Pengurusan Bilik Sumber di Blok B

4.2.7.1 Beberapa buah almari besi masih tiada pemilik. 4.2.7.2 Pemilik almari besi diminta tampalkan nama pemilik dan tajuk bahan pada almari besi masing-masing. 4.2.7.3 Guru perlu bertindak sebelum 28/2/2015 untuk memudahkan kerja mengecat di bilik tersebut. Tindakan: Semua Guru

4.2.8 Peperiksaan Dalaman4.2.8.1 Berikut ialah ketetapan MGB yang terkini:

Tahun 1 - 53 kali setahun (Mei, Julai, Oktober)

Tahun 64 kali setahun (Mac,Mei, Julai, Ogos)

Tahun 51 kali Ujian Setara (Oktober)

Tahun 6Peperiksaan bagi mata pelajaran Bukan Teras (Pendidikan Moral, Sivik, Kajian Tempatan, Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup)

Tindakan: Semua Guru

4.2.9 Pelunjuran UPSR Sekolah 4.2.9.1 Berikut ialah Pelunjuran UPSR SJKC Kulai Besar mengikut ketetapan JPNJ:GPS : 2.13% Lulus : 60.38 4.2.9.2 Ketua Panitia akan dipanggil untuk pembentangan UPSR secara oncall.4.2.9.3 Ketua Panitia mesti menyediakan diri dengan perkara-perkara yang berikut:i. Perancangan Strategik Panitiaii. Data-data UPSRiii. Program-program Kecemerlangan UPSRiv. Bilangan dan nama murid Near-Miss Cemerlangv. Bilangan dan nama murid Near- Miss Lulusvi. Data Linus (BM,BI dan Matematik)Tindakan: Semua Guru

4.2.10 Laporan Pemantauan PdP Bahasa Inggeris -PPD4.2.10.1 Guru hanya menggunakan 20% Bahasa Inggeris semasa mengajar Bahasa Inggeris, 80% Bahasa Cina digunakan untuk mengajar.4.2.10.2 Untuk penambahbaikan, guru patut menggunakan 100% BI untuk mengajar Bahasa Inggeris, 100% BM untuk mengajar Bahasa Malaysia dan 100% BC untuk mengajar Bahasa Cina semasa pemantauan.

Tindakan: Semua Guru 4.2.11 Kursus i-Think Online4.2.11.1 Laman web www.ithinkonline.org.my ; kata laluan: ithink1234.2.11.2 Guru boleh mula mengikuti kursus i-Think online pada bila-bila masa di mana-mana tempat.4.2.11.3 Semua guru perlu membelajari 25 modul, selepas itu menduduki peperiksaan akhir online.4.2.11.4 Markah lulus ialah 60%, guru yang lulus akan mendapat sijil daripada KPM.4.2.11.5 Guru diingatkan bahawa tarikh akhir menduduki peperiksaan akhir online adalah pada bulan Mac.4.2.11.6 Sekiranya menghadapi masalah, guru boleh click sokongan untuk menghubungi pihak yang berkenaan. 4.2.11.7 Diharapkan guru dapat memperkenalkan peta pemikiran dan teknik penyoalan aras tinggi dan mengaplikasikannya dalam PdP.

Tindakan: Semua Guru

4.2.12 Waktu Sampai ke Pejabat4.2.12.1 Didapati ramai guru yang lewat sampai ke sekolah.4.2.12.2 Semua guru harus thumbprint sebelum 7:15 setiap pagi.4.2.12.3 Laporan kehadiran guru akan muncul perkataan LEWAT jika guru sampai selepas 7:15 pagi, maka guru perlulah jaga baik rekod kehadiran sendiri. Tindakan: Semua Guru

4.2.13 Buku Rekod PdP4.2.13.1 Guru mesti hantar Buku Rekod PdP pada setiap Hari Khamis sebelum 2:00 petang.4.2.13.2 Guru mesti menurunkan tandatangan setiap kali menghantar Buku Rekod PdP ( Borang PK03/1). Guru perlu juga memastikan tarikh betul sebelum turunkan tandatangan.4.2.13.3 Jika Tuan PPD melawat ke sekolah, perkara pertama yang beliau perlu semak ialah Rekod Penghantaran Buku Rekod PdP. Jika dapati ada guru yang belum menghantar Buku Rekod Pdp, beliau akan terus berjumpa dengan guru berkenaan. 4.2.13.4 Tuan PPD juga berpesan, Guru Besar boleh terus menghantar nama guru yang tidak menghantar Buku Rekod PdP kepada beliau. Beliau akan mengeluarkan surat arahan meminta guru tersebut menghantar buku rekod ke PPD untuk ditandatangani oleh Tuan PPD sendiri.Tindakan: Semua Guru

4.2.14 Kempen Jimat Elektrik Sekolah4.2.14.1 Guru yang terakhir meninggalkan pejabat patut pastikan suis penyaman udara, lampu dan kipas ditutup. 4.2.14.2 Guru mesti padam elektrik komputer setelah menggunakan komputer.4.2.14.3 Guru perlu membimbing murid tutup semua suis ketika meninggalkan bilik darjah atau sewaktu balik.

Tindakan: Semua Guru

4.3 Pengurusan Kurikulum

4.3.1 Pencerapan4.3.1.1 Guru Tahun 6 dicerap berdasarkan 1 jenis borang pemantauan: PK04/14.3.1.2 Guru Tahun 1-5 dicerap berdasarkan 2 jenis borang pemantauan: PK04/1 Borang Pemantauan PBS

4.3.1.3 Guru LINUS dicerap berdasarkan 3 jenis borang pemantauan: PK04/1 Borang Pemantauan PBS Borang Program Isi Dengan Kuku-LINUS4.3.1.4 Guru yang dicerap perlu menyediakan 4 salinan dimana borang asal perlu diserahkan kepada pencerap dan salinan yang lain akan diserahkan kepada Ketua Panitia, Ketua Penyelaras PBS (Pn.Chan Wai Theng), Ketua Penyelaras LINUS (Pn. Chop Suet Yee) dan cikgu sendiri.

Tindakan: Semua Guru

4.3.2 Pengurusan Kelas 4.3.2.1 Guru perlu melatih murid bangun lalu memberi salam jika ada pegawai PPD, Guru Besar, GPK atau guru masuk ke kelas anda semasa PdP dijalankan. 4.3.2.2 Tempat duduk murid harus bertukar setiap minggu supaya adil.4.3.2.3 Untuk memotivasikan murid datang ke sekolah dan meningkatkan disiplin murid, guru boleh memberikan tugas kepada setiap murid. Kelas 4F merupakan contoh yang sangat baik dan sepatutnya dicontohi oleh semua guru.4.3.2.4 Setiap guru bertanggungjawab melatih murid menjaga kebersihan dan keceriaan di dalam dan di luar bilik darjah.4.3.2.5 Guru waktu terakhir perlu membimbing murid tutup tingkap dan pintu dan tutup semua suis elektrik. Tindakan: Semua Guru

4.3.3 Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)4.3.3.1 Seramai 15 orang guru baharu mengikuti PPGB selama 12 bulan.4.3.2.2 Untuk mengurangkan stress, guru baharu harus berani bertanya GPK, mentor, ketua panitia, penyelaras atau rakan sejawat jika menghadapi sebarang masalah semasa menjalankan tugas.

Tindakan: Semua Guru

4.4 Pengurusan Hal Ehwal Murid 4.4.1 Penyelia kelas perlu memastikan butir-butir ibu bapa / waris diisi dengan lengkap sebelum bulan Februari.4.4.2 Nama ibu bapa / waris murid bangsa cina harus ditulis dalam Bahasa Cina. 4.4.3 Semua kesalahan dalam jadual kedatangan tidak boleh dipadam dengan pemadam atau liquid paper, Ia hanya boleh dipangkah dengan kemas kemudian ditandatangani di sebelahnya.

Tindakan: Semua Guru

4.5 Pengurusan Ko-kurikulum

4.5.1 Pelaksanaan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum 4.5.1.1 Hari Perhimpunan Bulanan Kokurikulum akan diadakan pada Hari Pertama Minggu Ketiga setiap bulan. Hari Perhimpunan Bulanan Kokurikulum yang seterusnya adalah 15/3/2015.4.5.1.2 Sukan tahunan dijangka akan dilaksanakan pada bulan Jun, hari Ahad.

Tindakan: Semua Guru

5HAL-HAL LAIN

5.2 Perhimpunan5.2.1 Guru diminta sampai lebih awal ke majlis perhimpunan sebelum loceng berbunyi.5.2.2 Guru diingatkan tidak berbual-bual di depan murid semasa perhimpunan dijalankan. Tindakan: Semua Guru

5.3 Ketepatan Masa Bertugas5.3.1 Guru yang bertugas diminta menjalankan tugas pada masa yang tepat.

Tindakan: Semua Guru

5.4 Mesyuarat Agung PIBG5.4.1 Tarikh Mesyuarat Agung PIBG telah ditukar kepada 7/3/2015, hari Sabtu pada 2:00 petang.5.4.2 Semua guru merupakan ahli PIBG maka kehadiran semua guru adalah diwajibkan. Tindakan: Semua Guru

5.5 Frog Vle5.5.1 Guru baharu perlu mendapatkan user ID dan kata laluan daripada Cikgu Lau Tze Sheng.5.5.2 Guru yang mengajar mata pelajaran komputer perlu membimbing murid log in sistem Frog Vle dan menjawab soalan kuiz yang disediakan oleh guru. Tindakan: Semua Guru

5.6 Pertukaran Kata Laluan e-mel Sekolah5.6.1 Kata laluan e-mel sekolah:[email protected] laluan: 076636197Tindakan: Semua Guru

5.7 Pengutipan Kad Derma5.7.1 Penyelia kelas diminta mengutip wang sumbangan murid selepas cuti Tahun Baru Cina, selewat-lewatnya 2/3/2015. Tindakan: Semua Guru

6 PENUTUP a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat/ahli mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya (5 Mac 2015).b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.......................................... ............................................( E LEE PING ) ( PEE CHING SHIM ) Penolong Setiausaha Pengerusi/ Ahli Mesyuarat Tarikh : 16 Februari 2015 Tarikh : 17 Februari 2015`11